PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME …€¦ · konstruktivisme dalam kalangan guru-guru...

30
PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME DALAM KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL BAGI MATA PELAJARAN TEKNIKAL AMIRUDIN BIN YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME …€¦ · konstruktivisme dalam kalangan guru-guru...

Page 1: PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME …€¦ · konstruktivisme dalam kalangan guru-guru teknikal bagi mata pelajaran teknikal. Seramai 47 orang guru yang mengajar mata

PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

DALAM KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL BAGI MATA

PELAJARAN TEKNIKAL

AMIRUDIN BIN YUSOF

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME …€¦ · konstruktivisme dalam kalangan guru-guru teknikal bagi mata pelajaran teknikal. Seramai 47 orang guru yang mengajar mata
Page 3: PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME …€¦ · konstruktivisme dalam kalangan guru-guru teknikal bagi mata pelajaran teknikal. Seramai 47 orang guru yang mengajar mata
Page 4: PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME …€¦ · konstruktivisme dalam kalangan guru-guru teknikal bagi mata pelajaran teknikal. Seramai 47 orang guru yang mengajar mata

PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME DALAM

KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL BAGI MATA PELAJARAN

TEKNIKAL.

AMIRUDIN BIN YUSOF

Laporan Projek Ini DikemukakanSebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kejuruteraan Awam )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2009

Page 5: PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME …€¦ · konstruktivisme dalam kalangan guru-guru teknikal bagi mata pelajaran teknikal. Seramai 47 orang guru yang mengajar mata

ii

Page 6: PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME …€¦ · konstruktivisme dalam kalangan guru-guru teknikal bagi mata pelajaran teknikal. Seramai 47 orang guru yang mengajar mata

iii

DEDIKASI

Buat mak dan ayah yang sentiasa di hati dan dikasihi, Yusof Bin Abd. Wahab

&

Che Rehan Binti Mansor

Berkat doa, restu dan kasih sayang kalian menjadi aset kejayaan

berharga buat anakanda.

Sekalung ijazah anakanda hadiahkan buat kalian berdua.

Juga kepada abang-abang dan adik-adik tersayang, Mohd yunus bin Yusof

Mohd Sofian Bin Yusof

Hidayah Binti Yusof

Mohd Saufik Bin Yusof

Keceriaan kalian menjadi penghibur di kala kesunyian

Juga rakan-rakan seperjuangan, Pelajar-pelajar SPA, SPE & SPJ (2009-06)

Pertolongan, galakan dan semangat yang diberikan tak kan ku lupakan

Terima Kasih Atas Segala-Galanya… Kejayaan Ini Adalah Milik Kita

Bersama…

Semoga Diberkati Allah… Insya Allah…

Page 7: PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME …€¦ · konstruktivisme dalam kalangan guru-guru teknikal bagi mata pelajaran teknikal. Seramai 47 orang guru yang mengajar mata

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdullilah, segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan

limpah rahmat dan hidayahNya, penyelidik berjaya menyempurnakan Projek Sarjana

Muda (PSM). Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

pesuruh Allah yang amat dikasihi. Pada kesempatan ini penyelidik merakamkan

setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada penyelia penyelidikan iaitu Prof. Madya

Dr. Yahya Bin Buntat yang tanpa rasa jemu memberikan panduan, bimbingan, tunjuk

ajar dan nasihat. Terima kasih yang tidak terhingga dan hanya Allah S.W.T. yang

mengetahui dan dapat membalas jasa-jasa yang sangat besar ertinya ini. Ucapan

penghargaan juga ditujukan khas buat abah dan emak yang sentiasa mendoakan

kejayaan serta banyak memberi dorongan, sokongan dan menghulurkan bantuan

yang tidak mampu dibalas. Terima kasih juga diucapkan kepada adik beradik yang

sentiasa berdoa dan menyokong. Sekalung penghargaan juga diberikan kepada

pihak-pihak sekolah yang terlibat dalam kajian ini, Jabatan Pelajaran Johor dan

Jabatan Pelajaran Pahang serta Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia yang komited memberikan kerjasama

kepada penyelidik semasa kajian ini. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada

rakan-rakan yang banyak membantu dalam menyiapkan kajian ini khususnya kepada

rakan sekelas yang telah banyak menghulurkan bantuan dan pandangan kepada

penyelidik dalam menyiapkan kajian ini. Akhir sekali, ucapan terima kasih

diucapkan kepada sesiapa yang terlibat dalam kajian ini sama ada secara langsung

mahupun tidak langsung.

Page 8: PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME …€¦ · konstruktivisme dalam kalangan guru-guru teknikal bagi mata pelajaran teknikal. Seramai 47 orang guru yang mengajar mata

v

ABSTRAK

Kajian ini adalah untuk meninjau pendekatan pembelajaran secara

konstruktivisme dalam kalangan guru-guru teknikal bagi mata pelajaran teknikal.

Seramai 47 orang guru yang mengajar mata pelajaran Pengajian Kejuruteran Awam,

Elektrik dan Mekanikal di 6 buah sekolah menengah teknik di Negeri Johor dan

Pahang dijadikan sampel kajian. Kaedah tinjauan adalah menggunakan borang soal

selidik sebagai instrumen kajian. Data diproses dan dianalisis menggunakan perisian

SPSS versi 12.0 (Statistical Package for Social Sciences) dan dinyatakan dalam

bentuk peratusan, kekerapan dan min. Kajian ini mendapati guru-guru teknikal

memahami dan mengaplikasikan pembelajaran secara konstruktivisme di dalam

kelas (min = 4.19). Selain itu, keadaan pelajar yang telah dikenalkan dengan

pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme menujukkan mereka lebih faham

(min = 3.98) dan kelihatan lebih aktif (min = 3.94) sewaktu proses pengajaran dan

pembelajaran berlangsung. Manakala, kesediaan fasiliti di sekolah juga telah

menggalakkan guru-guru teknikal melaksanakan pendekatan pembelajaran secara

konstruktivisme (min = 3.95). Walaupun, pendekatan pembelajaran secara

konstruktivisme ini dijalankan oleh guru-guru teknikal tetapi masih ada sedikit

permasalahan yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakannya (min = 3.31).

Page 9: PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME …€¦ · konstruktivisme dalam kalangan guru-guru teknikal bagi mata pelajaran teknikal. Seramai 47 orang guru yang mengajar mata

vi

ABSTRACT

The aim of this study was to find out the approach of constructivism learning

in technical teachers for technical subject. A total of 47 technical teachers that

teaching subject Civil Engineering, Electrical Engineering and Mechanical

Engineering in 6 technical schools at state of Johor and Pahang were involved in this

study. Questionnaires were used as the research instrument and the data were to yield

frequencies, percentage and mean by using software Statistical Package for Social

Sciences (version 12.0). This research show that the technical teacher understand and

applied constructivism learning in their class (mean = 4.19). Other than that,

technical students was exposed to this learning approach shows high understanding

(mean = 3.98) and more active (mean = 3.94) during teaching and learning process.

While the facilities preparedness in schools had encouraged technical teacher to use

or apply constructivism learning approach (mean = 3.95). However, this approach

has been conducted by technical teachers but they still had some problems faced by

teacher that have been using it (mean = 3.31).

Page 10: PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME …€¦ · konstruktivisme dalam kalangan guru-guru teknikal bagi mata pelajaran teknikal. Seramai 47 orang guru yang mengajar mata

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN PENULIS ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

SENARAI SINGKATAN xvii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

Page 11: PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME …€¦ · konstruktivisme dalam kalangan guru-guru teknikal bagi mata pelajaran teknikal. Seramai 47 orang guru yang mengajar mata

viii

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.7 Skop Dan Batasan Kajian 11

1.8 Definasi 12

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Apakah Konstruktivisme 14

2.3 Aplikasi Daripada Pengertian Konstruktivisme 16

2.4 Ciri-ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme 17

2.5 Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktivisme 18

2.5.1 Berfikir 18

2.5.2 Faham 19

2.5.3 Ingat 19

2.5.4 Yakin 19

2.5.5 Kemahiran Sosial 19

2.5.6 Seronok 20

2.6 Peranan Murid Dan Guru Serta Cabaran Dalam

Kelas Konstruktivisme 20

2.6.1 Peranan Murid 20

2.6.2 Peranan Guru 21

2.6.3 Cabaran Guru Kontruktivisme 22

2.7 Perbezaan Antara Behaviorisme, Kognitivisme

Dan Konstruktivisme 22

2.8 Sekolah Menegah Teknik Dan Pendidikan

Teknikal 26

2.9 Guru-Guru Teknikal 28

2.10 Kesedian Fasiliti Di Sekolah 29

2.11 Kajian-kajian Lepas 31

2.12 Kesimpulan 32

Page 12: PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME …€¦ · konstruktivisme dalam kalangan guru-guru teknikal bagi mata pelajaran teknikal. Seramai 47 orang guru yang mengajar mata

ix

3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 33

3.2 Rekabentuk Ujian 34

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 34

3.4 Tempat Kajian 35

3.5 Kaedah Pengumpulan Data 35

3.6 Instrument Kajian 36

3.6.1 Bahagian A 36

3.6.2 Bahagian B 36

3.7 Kajian Rintis 38

3.8 Prosedur Kajian 38

3.9 Analisis Data 40

3.10 kesimpulan 42

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 43

4.2 Keputusan dan Analisis Data Bahagian A 44

4.2.1 Nama Sekolah 44

4.2.2 Jantina 46

4.2.3 Mata Pelajaran Yang Responden Ajar 46

Di Sekolah

4.2.4 Pengalaman Mengajar 47

4.2.5 Kelayakan Iktisas 48

4.2.6 Latar Belakang Pendidikan Guru 49

4.2.7 Kehadiran Kursus Berkaitan Strategi 50

Pengajaran Dan Pembelajaran

4.3 Keputusan dan Analisis Data Bahagian B 51

Page 13: PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME …€¦ · konstruktivisme dalam kalangan guru-guru teknikal bagi mata pelajaran teknikal. Seramai 47 orang guru yang mengajar mata

x

4.3.1 Soalan Kajian 1: Apakah Guru-guru 52

Teknikal Memahami Pendekatan

Pembelajaran Secara Konstruktivisme Dan

Mengaplikasiannya Dalam Mata Pelajaran

Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik?

4.3.2 Soalan Kajian 2: Bagaimanakah Keadaan 55

Pelajar-pelajar Teknikal Yang Telah

Terlibat DenganPendekatan Secara

Konstruktivisme Dari Segi Kefahaman

Mereka Terhadap Ilmu Yang Diajar?

4.3.3 Soalan Kajian 3: Bagaimanakah Keadaan 58

Pelajar-pelajar Teknikal Yang Telah

Terlibat Dengan Pendekatan Secara

Konstruktivisme Dari Segi Keaktifan

Di Dalam Kelas Sewaktu Proses

Pengajaran Dan Pembelajaran

Sedang Berlangsung?

4.3.4 Soalan Kajian 4: Apakah Kesediaan 60

Fasiliti Di Sekolah Menggalakkan Guru

Menggunakan Pendekatan Pembelajaran

Secara Konstruktivisme Dalam Proses

Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi

Mata Pelajaran Teknikal?

4.3.5 Soalan Kajian 5: Apakah Permasalahan 63

Yang Dihadapi Oleh Guru-Guru Teknikal

Dalam Melaksanakan Pendekatan

Pembelajaran Secara Konstruktivisme?

4.4 Kesimpulan 66

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 69

5.2 Rumusan 70

5.3 Perbincangan 71

Page 14: PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME …€¦ · konstruktivisme dalam kalangan guru-guru teknikal bagi mata pelajaran teknikal. Seramai 47 orang guru yang mengajar mata

xi

5.3.1 Latar Belakang Responden 72

5.3.2 Pemahaman Mengenai Pendekatan 73

Pembelajaran Secara Konstruktivisme

Dan Pengaplikasiannya Di Dalam Kelas.

5.3.3 Keadaan Pelajar Teknikal Yang Telah 75

Dikenalkan Dengan Pendekatan

Konstruktivisme Dari Segi Kefahaman

Mereka Terhadap Ilmu Yang Diajar.

5.3.4 Keadaan Pelajar-Pelajar Teknikal Yang 76

Telah Dikenalkan Dengan Pendekatan

Konstruktivisme Dari Segi Keaktifan

Di Dalam Kelas Sewaktu Proses

Pengajaran Dan Pembelajaran Sedang

Berlangsung.

5.3.5 Kesediaan Fasiliti Di Sekolah Dalam 77

Menggalakkan Guru Menggunakan

Pendekatan Pembelajaran Secara

Konstruktivisme.

5.3.6 Permasalahan Yang Dihadapi Oleh Guru- 79

Guru Teknikal Dalam Melaksanakan

Pendekatan Pembelajaran Secara

Konstruktivisme.

5.4 Cadangan 80

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 82

BIBLIOGRAFI 83

LAMPIRAN 86

Page 15: PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME …€¦ · konstruktivisme dalam kalangan guru-guru teknikal bagi mata pelajaran teknikal. Seramai 47 orang guru yang mengajar mata

xii

SENARAI JADUAL

NOMBOR TAJUK MUKA SURAT

JADUAL

2.1 Perbezaan instruksi diantara Behaviorisme, 23

Kognitivisme dan Konstruktivisme.

2.2 Perbezaan proses pembelajaran diantara 24

Behaviorisme, Kognitivisme dan Konstruktivisme.

3.1 Bilangan item mengikut soalan kajian 37

3.2 Skala Likert 38

3.3 Tahap Pencapaian Berdasarkan Skor Min 41

3.4 Jadual Skala Likert dari lima peringkat ditukar 41

kepada tiga peringkat

4.1 Kekerapan dan peratusan taburan responden 44

mengikut nama sekolah.

4.2 Kekerapan dan Peratusan taburan responden 46

mengikut jantina.

4.3 Kekerapan dan peratusan taburan responden 46

mengikut mata pelajaran yang responden ajar

di sekolah.

4.4 Kekerapan dan peratusan taburan responden 48

mengikut pengalaman mengajar.

Page 16: PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME …€¦ · konstruktivisme dalam kalangan guru-guru teknikal bagi mata pelajaran teknikal. Seramai 47 orang guru yang mengajar mata

xiii

SENARAI JADUAL

NOMBOR TAJUK MUKA SURAT

JADUAL

4.5 Kekerapan dan Peratusan taburan responden 49

mengikut kelayakan iktisas.

4.6 Kekerapan dan Peratusan Taburan responden 50

mengikut latar belakang pendidikan guru.

4.7 Kekerapan dan Peratusan Taburan responden 51

mengikut kehadiran kursus berkaitan strategi

pengajaran dan pembelajaran.

4.8 Taburan bilangan Kekerapan,Peratusan dan 52

Min bagi pemahaman mengenai pendekatan

pembelajaran secara konstruktivisme dan

pengaplikasiannya di dalam kelas

4.9 Keadaan pelajar-pelajar teknikal yang telah 55

dikenalkan dengan pendekatan konstruktivisme

dari segi kefahaman mereka terhadap ilmu yang

diajar.

Page 17: PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME …€¦ · konstruktivisme dalam kalangan guru-guru teknikal bagi mata pelajaran teknikal. Seramai 47 orang guru yang mengajar mata

xiv

SENARAI JADUAL

NOMBOR TAJUK MUKA SURAT

JADUAL

4.10 Keadaan pelajar-pelajar teknikal yang yang telah 58

dikenalkan dengan pendekatan konstruktivisme

dari segi keaktifan pelajar di dalam kelas

sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran

sedang berlangsung.

4.11 Kesediaan fasiliti di sekolah dalam 61

menggalakkan guru menggunakan pendekatan

pembelajaran secara konstruktivisme.

4.12 Permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru 63

teknikal dalam melaksanakan pendekatan

pembelajaran secara konstruktivisme.

4.13 Kesimpulan keseluruhan persoalan kajian 66

mengikut kedudukan peratusan dan

min tertinggi.

Page 18: PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME …€¦ · konstruktivisme dalam kalangan guru-guru teknikal bagi mata pelajaran teknikal. Seramai 47 orang guru yang mengajar mata

xv

SENARAI RAJAH

NOMBOR TAJUK MUKA SURAT

RAJAH

3.1 Prosedur Kajian 39

Page 19: PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME …€¦ · konstruktivisme dalam kalangan guru-guru teknikal bagi mata pelajaran teknikal. Seramai 47 orang guru yang mengajar mata

xvi

SENARAI LAMPIRAN

NOMBOR TAJUK MUKA SURAT

LAMPIRAN

A Borang soal selidik. 87

B Surat kelulusan dari Bahagian

Perancangan Dan Penyelidikan 93

Dasar Pendidikan.

C Surat kelulusan dari Jabatan 95

Pelajaran Johor.

D Surat kelulusan dari Jabatan 96

Pelajaran Pahang.

Page 20: PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME …€¦ · konstruktivisme dalam kalangan guru-guru teknikal bagi mata pelajaran teknikal. Seramai 47 orang guru yang mengajar mata

xvii

SENARAI SINGKATAN

JPN - Jabatan Pelajaran Negeri

SPSS - Statistical Package for Sosial Science

N Bilangan responden

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

SS - Sangat Setuju

S - Setuju

KS - Kurang Setuju

TS - Tidak Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

Page 21: PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME …€¦ · konstruktivisme dalam kalangan guru-guru teknikal bagi mata pelajaran teknikal. Seramai 47 orang guru yang mengajar mata

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Malaysia kini sedang memasuki fasa 15 tahun yang kedua ke arah mencapai

wawasan 2020 ( hasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri ).

Menjadi salah satu agenda penting kerajaan untuk membangunkan satu sistem

pendidikan bertaraf dunia dengan membangun modal insan yang bersifat

menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripada melahirkan

modal insan berpengetahuan dan berkemahiran ( Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan, 2006 ).

Falsafah Pendidikan Negara mempunyai matlamat memperkembangkan

fungsi murid secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya mereka

dapat menjalani kehidupan seharian mereka dengan berkesan dan penuh

tanggungjawab. Bagi mencapai matlamat ini, guru perlu mempunyai kemahiran

memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan bijaksana supaya kaedah yang

dipilih itu sesuai dengan murid-murid yang pelbagai kebolehan dan minat.

Page 22: PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME …€¦ · konstruktivisme dalam kalangan guru-guru teknikal bagi mata pelajaran teknikal. Seramai 47 orang guru yang mengajar mata

2

Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria

yang wujud secara bebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran murid

melalui pengalaman pancaindera, atau kewujudan pengetahuan semulajadi dalam

mental, tetapi ilmu pengetahuan itu diperolehi dengan cara membina sendiri oleh

setiap murid melalui pengalaman, renungan dan pengabstrakan.

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah amat penting

dalam merealisasikan matlamat kurikulum. Kaedah–kaedah alternatif yang selari

dan bersesuaian dengan kehendak kurikulum perlu diketahui dan difahami oleh

pengamal- pengamal kurikulum. Pemilihan strategi pengajaran yang sesuai untuk

sesuatu pelajaran amat dipengaruhi oleh kepercayaannya yang benar tentang sesuatu

pelajaran itu. Kaedah pengajaran dan pembelajaran pada peringkat menengah adalah

berpusatkan pelajar dan guru melibatkan pelajar secara aktif melalui pelbagai kaedah

dan aktiviti ( Pembangunan Pendidikan, 2001).

Berdasarkan kepada pendapat di atas, ternyata bahawa satu langkah atau

alternatif perlu diambil oleh guru-guru dalam memperbaiki mutu pengajaran dan

pembelajaran mereka. Strategi pengajaran dan pembelajaran haruslah berteraskan

kepada pembelajaran menerusi pengalaman yang mengutamakan pendekatan inkuiri

dan penemuan. Melalui pendekatan ini pelajar diberi peluang untuk mengenal pasti

masalah, merancang dan seterusnya menjalankan penyelidikan melalui usaha sendiri.

Ini bermakna segala aktiviti yang dirancang haruslah melibatkan pelajar secara aktif

untuk menggalakkan pembentukan pemikiran yang analitis, kritis dan kreatif.

Sehubungan dengan ini, satu pendekatan yang pembelajaran yang sesuai iaitu

secara konstruktif boleh dijadikan sebagai amalan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Secara umumnya, pendekatan secara konstruktivisme adalah satu

langkah untuk mempertingkatkan potensi dan keupayaan pelajar. Pendekatan secara

konstruktivisme ini adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri

pengatahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman

sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuaan yang diterima

Page 23: PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME …€¦ · konstruktivisme dalam kalangan guru-guru teknikal bagi mata pelajaran teknikal. Seramai 47 orang guru yang mengajar mata

3

dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru (Pusat

Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001).

Pendekatan konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang

menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda pelajar. Pengetahuan

dikembangkan secara aktif oleh pelajar itu sendiri dan tidak diterima secara pasif dari

persekitarannya. Ini bermakna pembelajaran merupakan hasil daripada usaha pelajar

itu sendiri dan bukan dipindahkan daripada guru kepada pelajar. Iaitu tidak lagi

berpegang pada konsep pengajaran dan pembelajaran yang lama, di mana guru hanya

menuang ilmu kepada murid tanpa murid itu sendiri berusaha dan menggunakan

pengalaman atau pengetahuan sedia ada mereka.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pendidikan teknik dan vokasional yang telah lama berkembang di Malaysia

dibentuk bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran

asas teknikal dan vokasional. Kini pendidikan teknik dan vokasional semakin

mendapat perhatian pelajar-pelajar dari sekolah menengah rendah sebagai pilihan

untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah tinggi. Bilangan permohonan

masuk ke aliran teknikal dan vokasional menunjukkan wujudnya peningkatan

permintaan bagi aliran tersebut. Dijangkakan pada tahun 2010 terdapat kekurangan

sebanyak 78 466 tempat bagi pendidikan vokasional dan sebanyak 15 525 bagi

pendidikan teknikal ( Pembangunan Pendidikan, 2001).

Misi pendidikan teknikal dan vokasional adalah untuk memajukan

pendidikan teknikal dan vokasional yang berkualiti dan relevan melalui perlaksanaan

kurikulum yang komprehensif dan pengurusan yang berkesan (Bahagian Pendidikan

Teknikal dan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001).

Page 24: PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME …€¦ · konstruktivisme dalam kalangan guru-guru teknikal bagi mata pelajaran teknikal. Seramai 47 orang guru yang mengajar mata

4

Dengan ini, menjadi satu tanggungjawab sebagai seorang guru teknikal

membantu mencapai misi ini dengan melaksanakan mutu pengajaran dan

pembelajaran yang lebih berkualiti, relevan dan berkesan. Menurut Khalid (1993),

pembelajaran berkesan bermakna satu usaha yang teratur, bersistem, bertertib serta

optimum yang menyatupadukan dan memanfaatkan kesemua komponen

pembelajaran untuk kejayaan yang paling maksimum.

Pendidikan teknikal adalah sesuatu yang penting bagi menyediakan pelajar

dengan latihan kemahiran dan latihan khusus yang berkaitan dengan pekerjaan

tertentu untuk keperluan pekerjaan sekarang. Namun bergitu, penyediaan pelajar

terhadap latihan kemahiran ataupun kefahaman di dalam bidang-bidang teknikal

tidak akan kesampaian sekiranya guru-guru tidak memainkan peranan pendidik

dalam menjayakan sistem pendidikan ini. Kualiti pengajaran dan pembelajaran

pendidikan menengah umumnya bergantung kepada corak pengajaran dalam bilik

darjah (Pembangunan Pendidikan, 2001).

Kebiasaannya guru-guru menggunakan kaedah “chalk and talk” untuk

mengajar mata pelajaran tersebut di mana kaedah ini lebih bertumpu kepada guru

sebagai sumber utama untuk bantuan dan maklumat (Hamm dan Adams, 1994).

Walaupun kaedah pengajaran secara tradisional ini masih mempunyai kelebihannya

yang tersendiri seperti menjimatkan masa guru dan keadaan kelas terkawal, namun

kekurangan yang nyata dalam teknik ini ialah ia hanya mengisi didalam bahagian

pembelajaran gambaran sahaja kerana ia gagal untuk memenuhi kekuatan

pembelajaran dan pengajaran secara kerjasama (Hamm dan Adams, 1994).

Selain itu, kaedah “chalk and talk” sekiranya kurang disokong dengan

penggunaan alat/bahan bantu mengajar secara optimum dan lebih berkesan seperti

benda wujud yang ada di persekitaran pelajar, proses pengajaran dan pembelajaran

tidak akan dapat dijalan secara effisen dan berkesan. Penggunaan alat bantu

mengajar ini penting bagi merangsang semua deria yang boleh mengukuhkan minda

pelajar melalui pengalaman dalam situasi sebenar (Pembangunan Pendidikan, 2001).

Page 25: PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME …€¦ · konstruktivisme dalam kalangan guru-guru teknikal bagi mata pelajaran teknikal. Seramai 47 orang guru yang mengajar mata

5

Kebanyakkan guru-guru di sekolah sekarang hanya mengunakan buku teks

semata-mata dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu dalam

menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran, pada keseluruhannya guru-guru

masih mengamalkan pengajaran berpusatkan guru dengan penglibatan murid yang

sangat terbatas dan terhad. Aktiviti-aktiviti pengajaran yang menggalakkan

penglibatan murid-murid dalam pembelajaran amat kurang diguna dan diamalkan

oleh guru dalam sesi-sesi pengajaran mereka (Jemaah Nazir Sekolah, 1992; PPD

Kuala Terengganu, 1994).

Guru-guru menganggap pelajar-pelajar yang datang ke situasi pembelajaran

sebagai bekas kosong yang perlu diisi penuh oleh guru dengan pelbagai ilmu

pengetahuan. Pelajar-pelajar dalam bilik darjah hanya menjadi pendengar yang pasif

tanpa melakukan apa-apa aktiviti pembelajaran. Mereka hanya bertanggungjawab

mengeluarkan semula pelbagai ilmu yang diajar semasa menjawab soalan-soalan

ujian atau peperiksaan.

Pandangan-pandangan yang tersebut di atas sudah dianggap sebagai sesuatu

yang sudah tidak sesuai lagi dalam amalan pembelajaran masa kini. Guru-guru perlu

menukarkan paradigma mereka kepada pengajaran berpusatkan pelajar dan

berpusatkan bahan. Pelajar-pelajar disediakan dengan aktivti-aktiviti pembelajaran

yang boleh memperkembangkan daya intelek mereka disamping menggalakkan

berfikir secara kritis dan kreatif. Ini selaras dengan penetapan pembangunan modal

insan sebagai memperlengkapkan diri pelajar dengan berfikir secara kreatif dan kritis

(Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 2006).

Menurut Noh Omar (2007), gurulah penyumbang besar kemajuan pendidikan

kerana mereka terlibat secara langsung mendidik pelajar di kelas. Dengan ini, guru-

guru perlu menyediakan strategi dan kaedah pendekatan mengajar yang sesuai

dengan pelajaran yang diajar supaya suasana pembelajaran yang menarik, bermakna

dan seronok dapat dihasilkan. Menurut Huitt (2003), kurikulum sekolah hendaklah

dibina supaya pelajar dapat mengembang dan memajukan pengetahuan dan

Page 26: PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME …€¦ · konstruktivisme dalam kalangan guru-guru teknikal bagi mata pelajaran teknikal. Seramai 47 orang guru yang mengajar mata

6

pengalaman mereka dengan mengaitkannya terhadap sesuatu pembelajaran yang

baru.

Ini selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang

mahukan pembelajaran secara konstruktivisme dapat dijalankan didalam bilik darjah.

Mengikut konstruktivisme, pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang

berfikir. Individu ini tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang

disampaikan oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru

dengan pengatahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengatahuan baru dalam

mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya (Pusat

Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001).

Dewey (1938) menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan

bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga

menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan

pembelajaran.

Pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme ini berbeza daripada teori

pembelajaran yang lain seperti teori behaviorisme dan teori kognitivisme. Di dalam

teori behaviorisme lebih menekankan kepada tingkah laku yang yang boleh

diperhatikan. Teori ini tidak mementingkan struktur mental yang melibatkan

pemikiran, idea, impian dan imej mental. Sebaliknya, tindakan dan pola perlakuan

individu diberi penekanan. Teori ini menjelaskan, perlakuan boleh diperkukuhkan

atau dihentikan melalui ganjaran atau hukuman. Menurut Gardner (2000), dalam

merancang pengajaran sesuatu konsep atau kemahiran, seorang guru akan menulis

objektif untuk perlakuan yang boleh diukur atau diperhatikan pada akhir pengajaran.

Guru tidak perlu mengambil tahu apa yang muridnya tahu atau mengambil kira

apakah perubahan yang mungkin berlaku dalam minda muridnya semasa pengajaran.

Dengan ini, guru hanya lebih menekankan kepada apa yang murid boleh lakukan,

Page 27: PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME …€¦ · konstruktivisme dalam kalangan guru-guru teknikal bagi mata pelajaran teknikal. Seramai 47 orang guru yang mengajar mata

7

bukannya kefahaman murid (Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian

Pendidikan Malaysia, 2001).

Satu lagi pandangan tentang cara manusia belajar memperoleh pengetahuan

ialah secara kongnitivisme. Penggerak utama kognitivisme adalah Jean Piaget. Idea

utama kognitivisme adalah perwakilan mental. Semua idea dan imej dalam minda

individu diwakili melalui struktur mental yang dikenali sebagai skema. Skema akan

menentukan bagaimana data maklumat yang diterima akan difahami oleh minda

manusia. Jika maklumat ini secocok dengan skema yang ada, maka murid akan

menyerap maklumat tersebut ke dalam skemanya. Sekiranya tidak secocok dengan

skema yang ada, maklumat ini mungkin ditolak atau diubah suai atau skema akan

diubah suai (Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia,

2001).

Oleh yang demikian, kajian ini ingin mencari jawapan kepada pendekatan

pembelajaran secara konstruktivisme di dalam kalangan guru teknikal semasa proses

pengajaran mata pelajaran teknikal dilaksanakan.

1.3 Pernyataan Masalah

Kualiti pendidikan yang diperolehi oleh pelajar-pelajar di sekolah banyak

bergantung kepada kualiti pengajaran guru itu sendiri. Pelajar-pelajar di sekolah

akan memperolehi pendidikan yang lebih baik jika diajar oleh guru-guru yang

bertindak sebagai pendidik dan memahami kaedah-kaedah pendekatan pembelajaran

yang berkesan. Di dalam usaha sekolah untuk mengadakan perancangan yang lebih

baik dan pengurusan yang teratur bagi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam

kelas hanya akan memperolehi faedah yang sedikit sekiranya guru-guru tidak

mempunyai kemahiran dan bersikap negatif seperti bertindak hanya menyampaikan

Page 28: PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME …€¦ · konstruktivisme dalam kalangan guru-guru teknikal bagi mata pelajaran teknikal. Seramai 47 orang guru yang mengajar mata

8

fakta dan pemberi tugas semata-mata. Ini amat bertentangan dengan corak

pengajaran konstruktivime di mana guru berperanan sebagai pembimbing dan

pemudah cara kepada pelajar bagi menyelesaikan sesuatu pemasalahan. Dalam erti

kata lain, guru bertanggungjawab membimbing dan membantu pelajar mempelajari

sesuatu pelajaran yang bermakna dengan melibatkan pelajar secara aktif dalam

proses pembelajaran. Oleh yang demikian, kajian ini ingin mencari jawapan

mengenai pendekatan secara konstruktivisme di kalangan guru-guru teknikal semasa

proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran teknikal dari sudut

pemahaman dan pengaplikasian pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme,

keadaaan pelajar-pelajar teknikal yang telah terlibat dengan pendekatan

konstruktivisme dari segi kefahaman dan keaktifan di dalam kelas, kesediaan fasiliti

di sekolah dan permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru teknikal dalam

menjalankan pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme.

1.4 Objektif Kajian

Kajian yang akan dijalankan terhadap pendekatan pembelajaran secara

konstruktivisme ini mempunyai beberapa objektif iaitu untuk:

i. Meninjau sama ada guru-guru teknikal memahami dan mengaplikasikan

pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme bagi mata pelajaran

teknikal (Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteran Elektrik

dan Pengajian Kejuruteraan Mekanikal) dalam proses pengajaran dan

pembelajaran mereka.

ii. Meninjau keadaan pelajar-pelajar teknikal yang telah terlibat dengan

pendekatan secara konstruktivisme dari segi kefahaman mereka

terhadap ilmu yang diajar.

Page 29: PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME …€¦ · konstruktivisme dalam kalangan guru-guru teknikal bagi mata pelajaran teknikal. Seramai 47 orang guru yang mengajar mata

9

iii. Meninjau keadaan pelajar-pelajar teknikal yang telah terlibat dengan

pendekatan secara konstruktivisme dari segi keaktifan di dalam kelas

sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.

iv. Meninjau sama ada kesediaan fasiliti di sekolah menggalakkan guru

mengamalkan pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme dalam

proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran teknikal.

v. Meninjau permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru teknikal dalam

melaksanakan pendekatan pembelajaran konstruktivisme.

1.5 Persoalan Kajian

Didalam penyelidikan yang akan dijalankan, penyelidik akan cuba mencari

jawapan yang sering di persoalkan tentang pencapaian yang di nyatakan pada

objektif kajian. Faktor-faktor yang akan diselidiki adalah meliputi;

i. Apakah guru-guru teknikal memahami pendekatan pembelajaran secara

konstruktivisme dan mengaplikasikannya dalam mata pelajaran teknikal

di Sekolah Menengah Teknik?

ii. Bagaimanakah keadaan pelajar-pelajar teknikal yang telah terlibat

dengan pendekatan secara konstruktivisme dari segi kefahaman mereka

terhadap ilmu yang diajar?

iii. Bagaimanakah keadaan pelajar-pelajar teknikal yang telah terlibat

dengan pendekatan secara konstruktivisme dari segi keaktifan di dalam

kelas sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung?

Page 30: PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME …€¦ · konstruktivisme dalam kalangan guru-guru teknikal bagi mata pelajaran teknikal. Seramai 47 orang guru yang mengajar mata

10

iv. Apakah kesediaan fasiliti di sekolah menggalakkan guru menggunakan

pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme dalam proses

pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran teknikal?

v. Apakah permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru teknikal dalam

melaksanakan pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme?