Pendekatan senibina revivalisme.metafora.regioal primitif

download Pendekatan senibina   revivalisme.metafora.regioal primitif

If you can't read please download the document

  • date post

    19-Jun-2015
  • Category

    Design

  • view

    360
  • download

    4

Embed Size (px)

description

Pendekatan senibina- Revivalisme, metafora & regioal primitif

Transcript of Pendekatan senibina revivalisme.metafora.regioal primitif

  • 1. -PENDEKATAN SENIBINA REVIVALISME METAFORA REGIONALISME PRIMITIFDisediakan: Mohd. Nizam Mohd Zan Shaiful Lizan Samsuri

2. Revivalisme 3. Maksud Revivalisme: -Revivalisme bermaksud menghidupkan kembali. -Revivalisme juga dikenali sebagai neo-venacular atau Neo-Tradisional. - Neo-vernacular bermaksud sesebuah bangunan yang direka bentuk dengan menggunakan bahasa seni bina yang mirip kepada gaya seni bina tradisi tempatan sesuatu bangsa.-Neo-tradisional pula hampir sama dengan neo-vernacular tetapi ia tidak hanya menjurus kepada gaya tempatan sesuatu bangsa. 4. Asal Usul Revivalisme: - PEPERANGAN GAYA DI EROPAHGreek KlasikRoman Antiquity-Ionic, corintian- Orde Tuscan, CompositeGothic / Triniti KristianPerkembangan Intelektual Barat & Islam-Menggantikan dogma Kristian -Penerapan dan peniruan senibina klasik rom dan mesir digunakan dalam senibina - Contohnya: Senibina klasik untuk gedunng keilmuan seperti universiti, senibina Rom pada bangunan pentadbiran dan perniagaan dan senibina gothic pada gerejaKewujudan Orang Kaya baru menggantikan sistem feudal 5. Revivalisme di MALAYSIA -Revivalisme diperkenalkan di Malaysia apabila penjajah Inggeris ingin ingin memperkenalkan gaya eropah seperti neoklasik, barok gothic dan monghul. -Gothik diperkenalkan di gereja dan sekolah convent, -Neoklasik di bangunan pentadbiran, kuaters pentadbir, mahkamah, sekolah, kelab-kelab dan bangunan awam. -Tudor pula di bangunan-bangunan rekreasi dan rumah peranginan. Gaya moghul dan indo Islam pula di masjid, mahkamah dan stesen keretapi. 6. Kepentingan Ia merupakan cara mudah untuk arkitek menghasilkan senibina yang lebih berjiwa kebangsaan dan menangan masalah identiti senibina masionalSenibina revivalisme mudah difahami oleh kebanyakan penggunaRevivalisme membuat hubungan secara langsung dengan warisan budaya.Perhubungan ini dapat mewujudkan perasaan hak empunya dan seterusnya mewujudkan identiti tersendiriMemberikan nafas baru pepada sesuatu rekabentuk lama.Penggunana sintaks warisan bagi memudahkan pengolahan bangunan dari sudut estetika kerana bahasa tersebut telahpun diuji kemampuannya untuk menyampaikan mesej. 7. Kelemahan Ia dijadikan short cut kepada arkitek untuk merekabentuk dan tidak mempunyai prinsip adaptasi intelektual yang tinggi dan dirasakan kurang baik untuk mengorak langkah kepada keterampilan baru dan menghormati keseimbangan warisan bangsaArkitek menjadi tidak kreatif, tidak progresif dan ketinggalan zaman. Boleh berlaku pembohongan, pembaziran dan penonjolan imej yang tidak mempunyai fungsi. Pereka hanya mengikut sentimen budaya tersendiri tanpa rasional dalam pemikiran. 8. Metaphor 9. Metafora Definisi metafora: (berdasarkan kamus dewan) ialah pemakaian kata-kata untuk menyatakan sesuatu makna atau maksud yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan berkenaan. Metafora dimanfaatkan oleh para arkitek untuk memberi makna yang mendalam bagi sesebuah bangunan dengan cara yang mudah difahami oleh pengguna umum. Metafora tidak membawa maksud-maksud tertentu melainkan sebagai sesuatu komposisi estatik untuk menguatkan keindahan atau semangat tapak misalnya. 10. Charles Jencks dalam bukunya The Language of Post Modern Architecture (1977): Pendekatan metafora dalam seni bina membawa maksud sesuatu usaha merekabentuk bangunan yang diolah agar ia kelihatan seakanakan seperti sebuah bangunan lain atau sebuah objek lain. Metafora yang berjaya adalah rekabentuk yang samar-samar menggambarkan bangunan atau objek yang dipilih. Sesuatu rekabentuk dikatakan tidak berjaya jika pengguna dengan mudah dapat meneka objek atau bangunan yang dijadikan bahan tiruan. 11. Asal Usul Pendekatan Metaphor Menurut sejarah, masih belum ada lagi kajian ilmiah yang mendalam dibuat berkenaan dengan kronologi perkembangan pendekatan metafora. Ramai arkitek terkenal telah menggunakan pendekatan metafora dalam rekabentuk bangunan mereka contohnya Antonio Gaudi yang menggunakan mitos Itali kuno dan struktur konkrit tetulang dalam rekaannya. 12. Pendekatan metaphor di Malaysia Pendekatan metaphor di Malaysia masih lagi di peringkat awal dan kebanyakan metaphor yang digunakan bersifat terus dan literal tanpa mementingkan unsur abstrak bagi membolahkan pengguna memberikan pelbagai tafsiran. Pemilihan objek atau motif metaphor perlu di titikberatkan oleh para arkitek agar objek atau element yang diadaptasikan itu memberikan makna yang jelas dan mudah difahami oleh generasi masa kini. Bangunan pertama di Malaysia yang menggunakan pendekatan metaphor adalah Masjid Negara. Metaphor payung menggantikan kubah menggambarkan simbolik raja dan kerajaan Malaysia kerana payung digunakan secara tradisi untuk menyaingi sultan dan pembesar-pembesar melayu. Susunan plat berlipat pula melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara yang progresif dan jujur. 13. Bangunan Tabung Haji Masyarakat berpendapat metaphor bangunan tersebut menggambarkan tabung buluh atau bubu ikan. Arkiteknya menjelaskan bangunan tersebut hanya menggunakan pendekatan fungsionalisme dimana mengasingkan bahagian utama dan bahagian lantai pengguna. Namun begitu, setiap individu berhak untuk menginterpretasikan bangunan tersebut mengikut tanggapan peribadi masing-masing. 14. Kepentingan Pendekatan Metaphor dapat memberikan fungsi yang lebih efisyen kepada ruang dalaman bangunan dan memberikan imej yang unik kepada sesebuah bangunan.Pengguna dapat memberikan pelbagai pandangan dan terjemahan terhadap senibina sesebuah banguan.Dapat menghasilkan satu identiti nasional yang menyerlah lagi unik seperti menara Maybank. 15. Kelemahan Metaphor yang ditiru secara langsung boleh mencacatkan rekabentuk dan integriti sesebuah bangunan jika tidak diterjemahkan dengan betul.Pengguna hanya boleh menerapkan metaphor sesebuah bangunan / ruang apabila diterjemahkan dalam bentuk 3D. Metaphor yang diterjemahkan dalam bentuk 2D / plan didapati kurang berjaya.Memerlukan arkitek yang pakar dalam bidang psikologi senibina dalam aspek bahasa komunikasi bahan bagi merialisasikan pendekatan metaphor. 16. Contoh: Bangunan yang Mengunakan Pendekatan MetaphorSydney Opera House oleh John Utzon Metaphor: layar kapal, siput, ombak dan lain-lainTerminal TWA oleh Saarinen Metaphor: progresif / kelajuan 17. Contoh: Bangunan yang Mengunakan Pendekatan MetaphorRonchamp Chapelle oleh Le Corbusier Metaphor: Akustic Landscape, gua primitif, topi paderi dllOlympic Stadium oleh Kenzo Tange Metaphor: aerodinamik dan bumbung melengkung seperti senibina tradisional jepun memberikan imej identiti nasional Jepun yang progeresif 18. Regionalisme Primitif 19. Regionalisme Primitif Pendekatan terhadap tindak balas bangunan kepada iklim, dengan menggunakan kembali sumber asli setempat; kayu dan batu, untuk mendapatkan rupa kematangan.Ciri utama regionalisme primitif di Malaysia: 1.penggunaan batu sebagai lantai dan kayu sebagai dinding2.bangunan yang bersaiz domestik disebabkan elemen binaan yang mempunyai had-had tertentu dari segi sifat dan kekuatan3.penggunaan bumbung panjang, meru dan limas yang berkaitan dengan ciri pembinaan kayu4.perancangan binaan yang berselerak untuk pengudaraan tropika, dan tumbuhan yang bebas mencelah di mana-mana sudut mengikut hukum alam 20. Sebana Cove Resort, JohorDatai Resort, LangkawiWalian House 21. Asal usul Regionalisme Primitif Dari segi kemahuan manusia yang ingin dikelilingi olah alam semulajadi dan menggunakan hasilnya untuk tujuan berteduh, evolusi dari penempatan bernomad dan kemudian beralih ke penempatan berpusat telah mengilhamkan teori ini. Alam semulajadi dan interaksi kosmos memberi pengaruh kuat untuk memahat minda seorang bernama Frank Lloyd Wright. Frank Lloyd Wright telah mempolopori rekabentuk seni bina organik. Ciri-ciri senibina organik: 1.komposisi elemen dan proportion yang mendatar (seperti Dataran Prairie)2. penggunaan bahan binaan daripada kayu dan batu (tahan cuaca) bumbung yang luas menutupi bahagian dalaman 3.open plan concept sebagi simbol demokrasi4.bangunan yang kelihatan kukuh5. pelan yang mempunyai multiple axis 22. Prairie House , Frank L. WrightFalling Water House, Frank L. WrightSalinger House, Jimmy Lim 23. Kekuatan Dan Kelemahan Pendekatan Regionalisme Primitif Kekuatan 1. bangunan yang tahan cuaca yang kekal evergreen 2. bangunan yang berskala domestik agar privacy space terjamin, masalah kepadatan penduduk boleh dielakkan 3. penggunaan bahan semulajadi dan bangunan berskala kecil menyemarakkan identiti kendiri 4. merapatkan perhubungan di antara manusia dan bahan semulajadi yang bersifat eternal yang menjadi human desire sejak beriburibu tahun 24. Kelemahan 1.2.penggunaan bahan-bahan tradisi untuk bangunan besar adalah terhad barangan semulajadi yang semakin tinggi nilai3. kapakaran mengolah bahan semulajadi semakin pupus disebabkan peningkatan keupayaan teknologi untuk menghasilkan bahan artificialKebanyakan pendekatan regionalisme primitif hanya tertakhluk kepada rumah kediaman eksklusif dan tempat-tempat peranginan. Bagaimana untuk menerapkan pendekatan ini kepada bangunan pendidikan dan pentadbiran, secara tidak langsung dapat memberi kesan positif terhadap sifat menghargai ciptaan tuhan.