Pendidik Mac-April 2010

44

description

Pendidik Mac-April 2010

Transcript of Pendidik Mac-April 2010

Page 1: Pendidik Mac-April 2010
Page 2: Pendidik Mac-April 2010
Page 3: Pendidik Mac-April 2010

Celoteh Abang Zul

Cinta Perpustakaan

Tahukah Adik-adikKuda TidakBerkaki?

MUTIARA HADITH Mencari Kepakaran Ilmu 2

FARDU AIN/KIFAYAHBELAJAR TAUHID: Al-Khafidh: Allah Yang Maha Merendahkan 3ADAB ISLAMIAH: Mengapa Orang Tidak Suka Bercakap dengan Saya? 4TAFHIMUL QURAN: Jom Bersyukur! 5

ULUL ALBABPERUBATAN/KESIHATAN: Hebatnya Sel dalam Tubuh Kita 6TEKNOLOGI: Radar vs Kelawar 8DOA: Mohon Perlindungan daripada Sifat Negatif 9

MENGENAL CIPTAAN TUHAN TAHUKAH ADIK-ADIK: Mesin Perang Kala Jengking 10

AYRA & AIMANLafaz Allah Hanya untuk Islam 12

KISAH NABINabi Musa Melanggar Janji 15

SOAL JAWAB AGAMA Bersama Ustazah Majidah 17

AKTIVITI Rancangan Realiti TV Adik-adikku (Peringkat Akhir) 18

CELOTEH ABANG ZULGaya Hidup Mulia 20

SUBHANALLAHKubah al-Sakhrah: Seni Binaan Agung yang Misteri 21

BERSAMA KAK KUSYI Jom Jadi Pemurah dan Baik Hati 22

KEMBARA BUKU PTS Publications & Distributors Sdn Bhd 23

PEDOMAN Inai: Cantik dan Hukum 24

KARYA PEMBACA 25

FABELPesta Buku 27

BELAJAR JAWI 30

BELAJAR KHAT 33

KEPUTUSAN SILANGKATA 34

TEKA SILANGKATA 35

BELAJAR BAHASATEMA: Siapa Mereka? 36

PERMAINAN UJI IQ 38

PERADUAN MEWARNA TEMA: Cuti Sekolah 40

KEPUTUSAN PERADUAN MEWARNA 41

Celoteh Abang ZulUlat Buku yang Baik

8TeknologiRadar Vs Kelawar

24PedomanInai: Cantik dan Hukum

Page 4: Pendidik Mac-April 2010

HADITH

Oleh: Ustazah Majidah

Daripada Zaid bin Tsabit RA bahawa Rasulullah SAW menyuruhnya supaya mempelajari tulisan Yahudi sehingga saya menuliskan untuk Rasulullah SAW surat-surat baginda (untuk orang Yahudi) dan membacakan surat-surat orang Yahudi apabila mereka berkirim surat kepada baginda.” (Riwayat Bukhari)

Adik-adik, kekuatan tidaklah terbatas kepada kekuatan senjata, malah ia merangkumi semua perkara yang

boleh menjadikan seorang Islam itu lebih kuat, iaitu ilmu pengetahuan. Apabila seorang Muslim itu kuat, umat Islam secara keseluruhannya akan menjadi kuat.

Oleh itu, untuk mencari dan mencapai kekuatan pada zaman moden ini me-merlukan ilmu pengetahuan yang tinggi dan daya usaha untuk mempelajari segala jenis kepakaran dalam pelbagai bidang ilmu seperti ilmu kimia, fizik, teknologi, perubatan, bahasa, falsafah, pertanian dan sebagainya.

Oleh kerana pencapaian kekuatan suatu ummah adalah bergantung kepada kepakaran ilmu pengetahuan, maka Islam mewajibkan kepada umat Islam untuk menuntut ilmu.

Mencari Kepakaran Ilmu

Selain buku, segala info dan maklumat mudah

didapati di internet.

Page 5: Pendidik Mac-April 2010

Oleh: Ustazah Nizatul Shasha Danian

Nama-nama Allah yang wajib diketahui seterusnya adalah Al-Khafidh, yang ber-maksud Allah Yang Maha Merendahkan.

Nama Allah Al-Khafidh adalah lawan bagi nama Allah Al-Rafi’, iaitu Allah Yang Maha Tinggi. Allah meninggikan orang yang dikehendaki-Nya dengan memberikan segala nikmat-Nya malah berkuasa juga merendahkan orang yang dikehendaki-Nya dengan siksaan-Nya.

Adik-adik, Setiap makhluk ciptaan Allah mempunyai kelebihan dan keistimewaan masing-masing. Dia tidak menjadikan sesuatu melainkan ada kebaikannya. Itulah sunnatullah. Kelebihan yang dianugerahkan Allah kepada mana-mana hamba yang dikehendaki-Nya dilihat sebagai satu nikmat seperti pangkat, kekayaan, harta-benda, kesihatan, zuriat keturunan dan apa jua kesenangan hidup di dunia. Di sebalik kenikmatan itu adakala berupa nikmat dan adakala berupa ujian.

Namun, di sebalik nikmat kesenangan yang diperoleh, janganlah kita lalai dalam

mengingati Allah. Apatah lagi bersikap sombong dan angkuh dengan kurniaan itu. Lebih malang lagi jika sanggup menghina dan merendahkan orang lain. Islam melarang keras perbuatan tersebut kerana sebagai manusia kita tidak boleh menghina dan merendahkan manusia yang lain hanya kerana kekurangan yang dimiliki.

Sesungguhnya, Allah berkuasa mengubah keadaan seseorang itu dengan sekelip mata daripada kekayaan kepada kepapaan, kemewahan kepada kesengsaraan dan kebahagiaan kepada kecelakaan. Ini dapat dilihat daripada kisah Qarun dan Firaun yang disebut di dalam al-Quran. Mereka diberi segala kekayaan dan kemewahan hidup tetapi akhirnya musnah tersungkur ditelan bumi disebabkan keangkuhan dan kesombongan mereka, bukan sahaja terhadap sesama manusia, tetapi juga kepada Allah Rabbul Jalal. Allah Ta’ala merendahkan darjat golongan ini dengan serendah-rendahnya dengan siksaan yang dahsyat hingga hari kiamat.

Wallahu a’lam.

BELAJAR TAUHID

AIN/KIFAYAH

Page 6: Pendidik Mac-April 2010

Oleh: Mohd Hilmi bin Mohammad Isa

ADAB ISLAMIAH

AIN/KIFAYAH

Adik-adik, dalam kehidupan seharian kita tidak dapat lari daripada berkomunikasi dengan orang lain sama ada dengan kawan, guru, ibu bapa,

jiran ataupun dengan orang yang tidak dikenali. Pepatah Inggeris yang berbunyi, “Do unto others the way you want others to do unto you,” sebenarnya telah ditekankan oleh Nabi Muhammad SAW sejak 1400 tahun yang lalu di dalam hadithnya yang berbunyi “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga kamu mencintai saudara kamu sebagaimana kamu mencintai diri kamu sendiri”. Berpandukan hadith ini, jika kita keliru apakah yang perlu dilakukan ketika menghadapi sesuatu konflik perhubungan, jawapannya adalah, lakukanlah sebagaimana kita ingin diperlakukan.

Menurut kajian pakar, semasa berbual-bual, manusia biasanya akan cuba membuatkan dirinya kelihatan hebat. Tetapi sebaliknya, jika individu yang hebat berbicara, dia akan membuatkan kita rasa diri kita hebat. Bagaimana ya adik-adik? Pasti sahaja ada amalan yang membezakan seorang komunikator yang hebat dengan komunikator yang tidak hebat.

“Salah, apa yang awak cakapkan itu.” Apakah perasaan adik apabila adik sedang memberi penerangan dan tiba-tiba ada seseorang menghamburkan ayat berkenaan? Sudah tentu adik berasa kurang selesa, bukan? Boleh dikatakan perasaan universal yang dialami oleh manusia apabila berdepan dengan ayat seperti itu adalah sama iaitu, benci. Oleh itu, ada beberapa etika dalam komunikasi sesama manusia bagi mengelakkan perasaan itu timbul dalam perhubungan sesama manusia:

1. Apabila menceritakan perasaan kita, gunakan ayat ‘saya’ dan elakkan ayat ‘awak’.

“Saya sedih.” (betul)

“Awak buat saya rasa sedih.” (salah)

“Saya tersinggung.” (betul)

“Awak menyebabkan saya marah.” (salah)

Gaya bahasa ‘awak’ dan menuduh individu lain bertanggungjawab ke atas perasaan kita akan merosakkan hubungan.

2. Fokus perbualan pada persamaan, bukan perbezaan.

“Jika saya di tempat awak, saya tak buat macam itu.” (salah)

“Awak suka betul makan nasi ayam. Saya benci nasi ayam.” (salah)

Alternatifnya, guna bahasa menyokong seperti:

“Kalau saya dalam keadaan awak, saya pun akan buat begitu.” (betul)

“Betul kata awak itu.” (betul)

3. Elakkan membetulkan cakap orang. Perbuatan berkenaan akan menjatuhkan air mukanya dan menjauhkan dirinya daripada kita.

“Salah pendapat awak itu.” (salah)

“Cikgu saya kata lain.” (salah)

4. Elakkan bahasa seolah-olah kita ‘guru’. Gaya bahasa ini menunjukkan seolah-olah kita lebih bijak daripada orang yang kita ajak bercakap.

“Awak patut tulis macam ini. Bukan macam itu.” (salah)

“Takkan perkara senang macam ini awak tak tahu.” (salah)

“Salah apa yang awak buat itu. Mari saya tunjukkan.” (salah)

5. Elakkan mencelah ketika kawan kita sedang bercakap. Biarkan dia habis bercakap baru kita aturkan ayat untuk bercakap. Situasi tegang dan kelam kabut akan timbul apabila kita asyik mencelah apabila kawan kita sedang bercakap dan boleh menimbulkan rasa tidak senang terhadap diri kita.

Hasil kajian oleh pakar psikologi dan komunikasi menunjukkan orang yang pandai berkomunikasi adalah orang yang dipandang sebagai individu yang menarik. Oleh itu, golongan berkenaan sangat disukai oleh orang ramai.

Kajian juga menunjukkan gaya bahasa yang positif boleh membuatkan diri kita dipandang sebagai individu yang menarik. Adik-adik hendak tahu bagaimana caranya? Ikuti sambungan topik ini dalam keluaran akan datang.

bersambung.....

Mengapa Orang Tidak Suka Bercakap Dengan Saya?

Page 7: Pendidik Mac-April 2010

Oleh: Ustazah Majidah

Jom Bersyukur!TAFHIMUL QURAN

AIN/KIFAYAH

Teman,

Saya selalu terfikir, sampai bilakah saya akan hidup di dunia ini? Adakah perjalanan hidup saya akan lebih lama ataupun hanya menunggu masa sahaja untuk dijemput kembali kepada-Nya?

Sebenarnya hidup ini sungguh indah. Oleh itu, saya sentiasa ingatkan diri supaya menghiasinya seindah mungkin dengan perhiasan iman dan syukur. Kerana tanpa iman yang wujud di dalam hati yang bersyukur, keindahan hidup tentu tidak akan dapat dirasai. Allah SWT Maha Pencipta dan Maha Pemelihara. Dia sudah berpesan kepada kita di dalam surah Ibrahim ayat tujuh yang bermaksud; “Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.”

Teman yang dikasihi,

Hidup kita ini umpama sebuah jambatan. Suatu hari nanti kita akan menemui penghujungnya. Di hujung jambatan itu pula terdapat sebuah jurang yang menanti di bawahnya sebuah kehidupan lain yang memiliki kemungkinannya sendiri, sama ada kehidupan yang indah ataupun sengsara. Jadi, saya perlu sentiasa mengekalkan keimanan saya agar apabila saya berada di hujung jambatan itu, saya akan menemui jurang yang indah dan bahagia buat selama-lamanya.

Saya berjanji akan sentiasa mengucapkan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang membantu saya ataupun memberikan sesuatu kepada saya, tidak kira pertolongan ataupun hadiah barangan. Saya juga berazam akan sentiasa berbudi bahasa dan menggunakan tutur kata yang baik dalam pergaulan seharian.

Allah memberikan udara untuk saya sedut, air untuk saya minum, dan makanan untuk saya makan. Ini semua hanyalah sebahagian kecil nikmat yang Allah anugerahkan kepada saya. Kadang-kadang saya mungkin lupa tentang segala pemberian ini kerana saya sudah menikmatinya

terlalu lama, sejak dilahirkan sehingga kini. Jadi, sewajarnya saya yang menerima segala kemudahan yang tidak terbatas ini mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT.

Jadi, tunggu apa lagi. Jom kita bersyukur!

Page 8: Pendidik Mac-April 2010

Oleh: Dr. Samhani Ismail

Hebatnya sel dalam tubuh kita

ANATOMI/PERUBATAN

Pada rambut, tangan, kaki, hati, jantung, hinggalah ke mata, kesemua organ pada badan kita memiliki sel. Apa

itu sel? Apakah kegunaannya? Kenapakah bilangan sel yang berjuta-juta dalam tubuh kita tidak menjadikan kita sebesar raksasa? Betapa bijaknya Allah mengatur dan mencipta tubuh badan kita.

Sel adalah struktur paling asas bagi tubuh manusia. Sel-sel membentuk tisu-tisu, tisu-tisu membentuk organ dan organ menjadi sistem-sistem kepada tubuh kita. Misalnya sistem respirasi, sistem imun dan sistem pencernaan. Sekiranya sel lemah, maka organ serta sistem kita menjadi tidak sihat.

Saiz sel sangat kecil dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Tetapi hebatnya ciptaan Allah, walaupun dalam struktur yang tersangat kecil ini, sel mempunyai banyak komponen lain di dalamnya. Ada alat golgi, retikulum endoplasma, mitokondria, lisosom, nukleus, membran dan banyak lagi komponen lain yang bekerja untuk memastikan kita sentiasa sihat.

Adik-adik, terdapat banyak jenis sel sebenarnya. Ini disebabkan oleh sel yang berlainan menjalankan fungsi yang berlainan, berbeza bentuk dan juga karakternya. Sel mempunyai bentuk yang bermacam-macam. Ada yang berbentuk bulat, empat segi, seperti labah-labah, seperti kotak, kiub, berpilin melengkung dan sebagainya.

Page 9: Pendidik Mac-April 2010

Di dalam sistem saraf misalnya, badan kita memiliki sel neuron, sel glia, sel astrosit dan pelbagai lagi. Berjuta-juta sel saraf bekerja bagi membawa maklumat kepada otak untuk diterjemahkan ke dalam bentuk tindakan. Jika sel ini enggan bekerjasama, kita boleh menjadi lumpuh dan tidak dapat bergerak.

Di dalam sistem pernafasan pula, kita dibekalkan dengan bronkus, bronkiol dan alveolar yang membenarkan kita menyedut oksigen semasa bernafas. Alveolar, iaitu tempat berlakunya pertukaran oksigen, dilapisi oleh dua lapisan sel yang dinamakan sebagai sel pneumosit I dan pneumosit II yang memastikan alveolar sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Jika sel-sel alveolar enggan berfungsi ataupun sel-selnya mati yang mungkin disebabkan oleh penyakit seperti paru-paru berair, kita boleh mendapat sesak nafas atau mungkin sahaja terus meninggal dunia.

Sel sangat kecil dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Kita mungkin tidak menyedari segala perlakuan sel ini, namun sel sentiasa bekerja untuk kita. Sel terdapat pada setiap titik dan penjuru tubuh kita. Semasa kita sedang membaca sekarang ini pun, sel-sel yang terdapat pada perut tidak berhenti menghadam makanan yang kita makan tadi, sel-sel di otak giat menterjemah apa yang kita baca, sel-sel mata bertungkus-lumus membawa maklumat yang diperoleh, jantung, sel darah dan sistem pernafasan tidak berhenti membuatkan kita bernafas. Dengan kata mudah, pada setiap denyut nadi kita

berdetak, berjuta-juta sel sedang giat menjalankan kerja masing-masing, semata-mata untuk menjaga tubuh badan kita sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah kepada mereka.

Ini disebabkan mereka tidak pernah ingkar suruhan Allah yang memerintahkan mereka. Oleh itu, kita perlu bersyukur di atas kekuasaan Allah Yang Maha Hebat ini. Bersyukur kerana kita masih boleh hidup, sihat, bertenaga dan memiliki segala nikmat yang mungkin kita tidak sedari.

Page 10: Pendidik Mac-April 2010

Oleh: Ustazah Majidah

TEKNOLOGI

Adik-adik, bagi manusia yang dapat melihat kebesaran Allah SWT, sudah tentu mereka akan menyedari bahawa

setiap benda yang berada di alam semesta ini adalah ciptaan Allah SWT yang tidak ternilai. Allah SWT menjelaskan perkara ini di dalam al-Quran, ayat 8 surah Qaaf yang bermaksud; “(Kami jadikan semuanya itu) untuk menjadi perhatian dan peringatan, (yang menunjukkan jalan kebenaran), kepada tiap-tiap seorang hamba Allah yang mahu kembali kepada-Nya (dengan taat dan berbakti).”

Oleh itu adik-adik, kita digalakkan supaya menikmati keindahan alam dan berfikir tentang kejadiannya bagi mewujudkan rasa kagum dan syukur kepada Allah SWT. Sejenis binatang yang dikenali sebagai kelawar juga merupakan ciptaan Allah SWT yang sangat hebat. Binatang ini dari spesis terbang yang dianggap ‘buta’ kerana kemampuan melihatnya yang lemah. Tetapi adik-adik, sebenarnya kelawar mempunyai rahsia yang sangat unik.

Kelawar mampu memancarkan gelombang bunyi dengan frekuensi tinggi yang dipanggil ultra bunyi. Bunyi ini dengan melebihi 20,000Hz adalah terbatas kepada pendengaran manusia. Gelombang bunyi yang dipancarkan oleh kelawar memantulkan gema bunyi kepada beburung di udara, haiwan di darat dan objek lain yang berada sebaris dengan arah kelawar. Ia dapat menentukan arah dan orientasinya berdasarkan kepada getaran yang dipantulkan ini.

Radar VS Kelawar

ultra bunyi

pantulanultra bunyi

Boleh memancarkan frekuensi pada kadar diantara 10,000Hz dan 120,000 HzBoleh mendengar bunyi pada kadar diantara 1,000 Hz dan 120,000Hz

Sedarkah adik-adik, sebenarnya radar yang dicipta oleh manusia juga berfungsi dengan prinsip yang sama. Radar dapat mengesan sesuatu benda yang berada di langit mahupun yang berada di dalam air. Pergerakan sesuatu benda juga dapat diketahui dengan cepat melalui radar dan ia digunakan dalam sistem pertahanan sesebuah negara.

Wah! Hebat sungguh kemampuan yang diberikan oleh Allah SWT kepada kelawar ya adik-adik.

(Sumber Info: Bagi Golongan Yang Berpemikiran, Harun Yahya, 2006)

Page 11: Pendidik Mac-April 2010

Ya Allah,aku berlindung dengan-Mu

daripada perasaankeluh kesah dan dukacita,aku berlindung dengan-Mu

daripada sikap lemah dan malas,aku berlindung dengan-Mu

daripada sifat takut dan bakhil serta aku berlindung dengan-Mu

daripada tekanan hutang dan kekerasan sifat manusia.

-Amin-

Mohon Perlindungan Daripada Sikap Negatif

DOA

Page 12: Pendidik Mac-April 2010

10

Oleh: Ustazah Majidah

MESIN PERANG KALA JENGKING

TAHUKAH ADIK-ADIK?

Sudah pasti adik-adik mengenali kala jengking, bukan? Sejenis binatang yang berbisa dan sangat ditakuti oleh manusia. Tapi, tahukah adik-adik, Allah SWT menjadikan kala jengking lengkap dengan sistem pertahanan yang hebat?

Seluruh tubuhnya dilengkapi dengan ‘peluru-peluru’ hebat umpama sebuah mesin perang.

Sengat BeracunSengat yang terletak di bahagian hujung ekornya mengandungi racun yang mampu membunuh seorang manusia. Racun ini akan disuntik kepada musuhnya apabila ia berasa terancam. Oleh itu adik-adik, jangan diusik ekornya apabila adik terlihat kala jengking. Sangat bahaya!

Perisai KerasTubuhnya dibaluti kulit yang keras seperti perisai untuk melindunginya daripada musuh dan radiasi (sinaran). Badan manusia mempunyai ketahanan lebih kurang 600 rad sinaran, tetapi ketahanan kala jengking mencecah 40 hingga 150 ribu rad.

PeparuKala jengking memiliki peparu yang sangat kuat. Oleh itu, ia dapat bertahan di dalam air sekurang-kurangnya dua hari. Di dalam abdomennya terdapat lapan saluran udara. Ia tetap dapat bernafas dengan mudah walaupun satu daripada salurannya terbuka.

AbdomenKala jengking betina mempunyai sepasang deria unik dipanggil pektin (pektine) di bahagian bawah badannya. Oleh itu, ia dapat mengenal pasti permukaan tekstur dan menentukan tempat paling sesuai untuk melahirkan telurnya.

Penyengat/PenyepitPenyepit kala jengking berfungsi untuk melumpuhkan mangsanya sebelum menyengat mereka. Selain itu ia menggunakan sepitnya untuk mengorek lubang dan bersembunyi di bawah tanah.

CIPTAAN TUHAN

Page 13: Pendidik Mac-April 2010

11

CIPTAAN TUHAN

penyengat

kakisengatberacun

perisai keras

peparu abdomen

otak

KakiDi bahagian kaki kala jengking terdapat pengesan yang membantunya untuk menerima sebarang bentuk pergerakan, bunyi bising dan getaran. Pengesan ini sangat sensitif. Melaluinya, kala jengking dapat menerima getaran yang di akibatkan oleh seekor organisma hidup dalam 1/1000 kali per saat.

OtakStruktur otaknya mengandungi 15 saraf bulat (lobes) dan berkembang dari kepala hingga ke ekor. Struktur otak ini memberi manfaat yang besar kepadanya dengan membenarkan kala jengking membuat keputusan yang cepat dan memindahkan semua perintah yang penting serta tindakan refleks kepada organ.

SUBHANALLAH! Betapa bijaknya Allah SWT mencipta setiap inci sistem pertahanan pada kala jengking ini ya adik-adik.

Page 14: Pendidik Mac-April 2010

1�

Lafaz ALLAH hanya untuk Islam Cerita : Rafidah Abd.

RahamanLukisan: Wanzu (www.alwancomics.com)

Page 15: Pendidik Mac-April 2010

1�

Page 16: Pendidik Mac-April 2010

1�

Page 17: Pendidik Mac-April 2010

1�

Oleh: Ummi NaLukisan: Nurie

NABI

*Sekadar gambar hiasan.

Peristiwa ini berlaku ketika mereka berdua sampai di tepi pantai. Di situ terdapat sebuah

perahu yang sedang berlabuh. Nabi Khidir meminta pertolongan pemilik perahu itu agar membawa mereka ke suatu tempat. Dengan senang hati pemilik perahu itu membawa mereka ke tempat yang dimaksudkan dan sepanjang perjalanan tersebut mereka dilayan dengan baik dan tidak dikenakan sebarang bayaran. Hal ini disebabkan beliau mendapati bahawa orang yang menumpang perahunya kali ini tidak seperti penumpang-penumpang yang lain.

Mereka memiliki sifat dan ciri-ciri yang tidak terdapat pada orang-orang biasa.

Ketika berada di tengah lautan, tiba-tiba Nabi Musa melihat Nabi Khidir membocorkan perahu tersebut dengan membuka dua keping papan pada perahu itu. Nabi Musa menganggap perbuatan itu tentunya akan merosakkan perahu tersebut dan mengganggu perjalanan mereka apatah lagi ia dimiliki oleh seorang yang begitu baik terhadap mereka.

Nabi Musa seakan lupa janjinya dan kerana itu beliau terus bertanya

Nabi Musa Melanggar Janji

Page 18: Pendidik Mac-April 2010

1�

kepada Nabi Khidir, dengan katanya: “Engkau telah melakukan perbuatan mungkar dengan merosakkan dan membocorkan perahu ini. Apakah dengan perbuatanmu ini engkau berniat mahu menenggelamkan perahu ini dan semua penumpangnya? Tidakkah engkau berasa kasihan kepada pemilik perahu ini yang telah berjasa kepada kita dan menghormati kita serta menghantar kita ke tempat yang kita tuju tanpa mengenakan sebarang bayaran sesen pun?”

Lantas Nabi Khidir menjawab teguran Nabi Musa, “Bukankah aku telah katakan kepadamu bahawa engkau tidak akan sabar menahan dirimu melihat tindak-tandukku di dalam perjalanan kita bersama-sama.”

Musa berkata: “Maafkan aku. Aku terlupa janjiku sendiri. Tolong jangan marah kepadaku kerana aku sebenarnya terlupa.”

Permohonan maaf Musa diterima oleh Nabi Khidir dan mereka berdua akhirnya sampai ke tempat yang dituju di sebuah pantai. Perjalanan itu kemudian diteruskan di darat pula.

Bersambung…

* Sekadar gambar hiasan.

Page 19: Pendidik Mac-April 2010

1�

Soalan 1

Ustazah, apakah yang perlu kita lakukan untuk membuatkan kita sentiasa disayangi oleh semua orang?

Daripada: Nurul Fathillah binti Mohd AzubairSeksyen 4 Tambahan, Bangi, Selangor.

untuk soalan 1

untuk soalan 3

untuk soalan 1

untuk soalan 3

Jawapan 1

Adik, kita perlulah belajar menyayangi orang lain terlebih dahulu sebelum kita mahu diri kita disayangi. Kita juga perlu memiliki kemahiran komunikasi yang baik. Kerana melalui komunikasi dapat mewujudkan suasana yang harmoni ataupun sebaliknya. Selain itu ia juga dapat mencerminkan peribadi kita yang sebenar. Kita perlu sentiasa bermanis muka dan mesra supaya orang lain akan senang untuk mendekati dan seterusnya menyayangi diri kita. Berpakaian kemas dan memenuhi syarak serta sentiasa rasional, positif dan sabar dalam sebarang dugaan juga boleh membuatkan kita dihormati dan disayangi. Walau apa pun adik, jika kita ikhlas dalam menjalinkan persahabatan dan menghargai orang lain dengan sebaik mungkin sudah tentu kita akan sentiasa disayangi.

Soalan 2

Ketika saya mengulang kaji pelajaran, saya suka berangan-angan. Sikap ini menyebabkan saya tidak ingat apa-apa pun yang saya baca. Apa yang harus saya lakukan, ustazah?Daripada:Nik Nurmasihah binti MustapaMachang, Kelantan.

Jawapan 2

Pertama sekali adik perlu mulakan dengan membaca bismillah dan doa mudah belajar (Sila rujuk ruangan Doa Majalah Pendidik keluaran Januari/Februari 2010). Kemudian, adik perlu fokus kepada apa yang adik baca. Cuba berikan sepenuh konsentrasi kepada setiap patah perkataan yang adik lihat pada buku. Selain itu, adik perlu memilih waktu yang sesuai untuk mengulang kaji pelajaran mengikut kesesuaian tahap penerimaan dan keselesaan adik.

Page 20: Pendidik Mac-April 2010

1�

RANCANGAN REALITI

ADIK-ADIKKUDewan Serbaguna

Masjid Wilayah P e r s e k u t u a n

Kuala Lumpur menjadi saksi kepada segala persoalan yang telah terungkai pada 18 Mac 2010 yang lalu. Seramai tujuh orang peserta akhir rancangan Realiti TV Adik-adikku telah berentap mempamerkan kehebatan masing-masing bagi me-rebut gelaran juara.

AKHIRNYA, adik Muhammad Wajih Zakwan bin Hanif telah muncul sebagai juara pada malam itu. Beliau memenangi wang tunai berjumlah RM16,000.00, sebuah piala, Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bernilai RM 1,000.00, bahan bacaan, akaun simpanan Tabung Haji, Siri Meneroka Alam Haiwan, langganan majalah ASUH selama setahun, pen Quran digital, sebuah komputer riba, pelan perlindungan Takaful Kemalangan Diri, baucer pakaian, tiket penerbangan bagi mengerjakan umrah dan sijil penyertaan.

Tempat kedua dimenangi oleh adik Muhammad Qayyim Nizar bin Sarimi dan beliau membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM12,000.00. Tempat ketiga disandang oleh adik Muhammad An-Naim Yasim dan turut menerima hadiah wang tunai berjumlah RM9,000.00. Mereka juga masing-masing membawa pulang sebuah piala, Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), bahan bacaan, akaun simpanan

(Peringkat Akhir)

Page 21: Pendidik Mac-April 2010

19

Tabung Haji, Siri Juara Muda, Siri Teladan Sepanjang Zaman, langganan majalah ASUH selama setahun, pen Quran digital, sebuah komputer riba, Pelan Perlindungan Takaful Kemalangan Diri, baucer pakaian dan sijil penyertaan.

Empat orang finalis iaitu adik Nur Syafiqah Mohd Paris, Amin Al-Hadi Ab. Hadi, Nurul Syazwina Mohd Sukri, Nor Syamira Liana Nor Ashaha juga turut menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah RM 4,500.00 setiap satu, piala, SSPN, bahan bacaan, akaun simpanan Tabung Haji, langganan majalah ASUH selama setahun, pen Quran digital dan sijil penyertaan.

Semua peserta yang tidak berjaya ke peringkat akhir juga turut menerima hadiah berupa wang tunai, pen Quran digital, akaun simpanan Tabung Haji dan sijil penyertaan.

Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang dan melahirkan lebih ramai generasi da’ie kecil yang berkualiti tinggi di negara kita. Adik-adik yang tidak berpeluang menyertainya tahun ini, boleh mencuba pada tahun hadapan. Insya-Allah.

Disediakan oleh:Bahagian MediaJabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Page 22: Pendidik Mac-April 2010

�0

Salam penuh keceriaan buat adik-adik yang Abang Zul Kasihi. Semoga adik-adik, sentiasa dilimpahi rahmat kemuliaan dalam kehidupan

seharian.

Adik-adik, selepas bangun dari tidur pada setiap hari, apakah aktiviti yang adik-adik lakukan? Sebagai seorang Muslim, sudah tentu adik-adik mendirikan solat Subuh dan membaca al-Quran, bukan? Kemudian, adik-adik akan bersarapan sebelum pergi ke sekolah. Apakah makanan yang adik-adik makan pada waktu sarapan pagi? Mungkin adik-adik sarapan nasi lemak, roti canai, kentang goreng ataupun makanan segera.

Sebenarnya adik-adik, tanpa kita sedari, pelbagai penyakit berbahaya yang menyerang masyarakat Malaysia sekarang adalah berpunca daripada pemakanan dan cara hidup.

Adik-adik mahu sihat atau sakit? Tentu adik-adik mahu sentiasa sihat, bukan? Sihat itu murah, tapi sakit itu mahal. Apa maksudnya itu? Nanti Abang Zul akan jelaskan. Tapi, tahukah adik-adik, ada seorang manusia yang sentiasa sihat selama hidupnya? Siapakah beliau? Beliau adalah junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.

Adik-adik, jika kita fikirkan, kesibukan dan peranan baginda sangat besar. Cuba adik-adik bayangkan, kesibukan baginda sebagai rasul, pemimpin negara, pedagang, panglima perang, sekaligus menjadi perancang strategi perang, ketua keluarga, menghadapi serangan dari kaum kafir Quraisy, Yahudi, dan para kabilah yang jumlahnya mencecah puluhan malahan ratusan ribu orang.

Namun, baginda tetap sentiasa sihat. Apakah rahsia kesihatan Rasulullah SAW ya adik-adik? Baginda mengamalkan pelbagai petua kesihatan yang boleh kita jadikan contoh ikutan.

Akhlak Rasulullah Ketika Makan dan Minum

Memulakan makan dan minum dengan membaca basmalah (Bismillahirrahmanirrahim) dan membaca hamdalah (Alhamdulillah) selepas makan.

Mencuci tangan sebelum dan selepas makan.

Makan dengan tiga jari kanan iaitu jari tengah, jari telunjuk, dan ibu jari.

Menjilat hujung jari selepas selesai makan.

Memperkecilkan suapan supaya mudah masuk ke dalam mulut ketika makan. Hal ini boleh memudahkan proses mengunyah. Sebab, apabila banyak makanan masuk ke dalam mulut, orang akan malas mengunyah dan menyebabkan proses pencernaan menjadi tidak sempurna. Proses mengunyah merupakan proses yang sangat penting kerana ia dapat mengeluarkan enzim pencernaan dan apabila makanan yang sudah hancur masuk ke dalam perut, ia akan memudahkannya melalui saluran cerna dan seterusnya mempercepatkan penghadaman makanan. Selain itu, proses kunyahan juga dapat melatih kita menjadi seorang yang sabar serta mensyukuri nikmat Allah SWT.

Hebat sungguh akhlak Rasulullah SAW ya adik-adik. Ada banyak lagi akhlak Rasulullah SAW ketika makan yang Abang Zul akan kongsikan pada keluaran akan datang. Tunggu ya adik-adik.

Jumpa lagi.

Gaya Hidup MuliaCELOTEH ABANG ZUL

ABANG ZU L

Kubah al-Sakhrah:Seni Binaan Agung yang Misteri

Page 23: Pendidik Mac-April 2010

�1

Oleh: Ustazah Majidah

PBB. Kubah Al-Shakhrah yang dibina dengan batu-batu yang kukuh bertatahkan batu permata kuning dan hijau ini berada di tengah-tengah kompleks Al-Haram Al-Syarif. Kedudukannya itu menjadikannya sebuah kubah yang dapat dilihat dari setiap pelusuk Jerusalem.

Dalam reka bentuk asalnya terdapat mozek kaca yang dapat menyerlahkan keindahan bumi ciptaan Tuhan. Penyusunan jubin yang berwarna kebiruan dilakukan dengan penuh halus dan teliti, sehinggakan batu mar-mar yang berurat-urat itu masih kekal dalam keadaan bersinar dengan sinaran yang boleh memancar ke seluruh alam.

Adik-adik, walaupun pada hari ini terdapat pelbagai binaan yang canggih, namun Kubah Al-Sakhrah merupakan sebuah lagenda keagungan binaan yang perlu kita banggakan.

Ternyata bangunan-bangunan yang dibina pada zaman kegemilangan Islam terbukti kehebatannya apabila masih kukuh tegak

berdiri hingga kini walaupun sudah berusia ratusan tahun.

Fakta ini dibuktikan dengan satu lagi khazanah warisan binaan Islam yang menjadi rekaan agung kejuruteraan Islam pertama yang dibina oleh pemimpin Islam selepas zaman pemerintahan Rasulullah SAW.

Kubah Al-Sakhrah (Dome of The Rock), dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik ibni Marwan, Khalifah Kerajaan Umayyah, pada tahun 692M dan merupakan bangunan Islam tertua yang masih ada di dunia. Kubah Al-Shakhrah bukanlah sebuah masjid, sebaliknya, merupakan sebuah kompleks yang berbentuk oktagon dan dipercayai didalamnya terdapat batu yang menjadi tempat Nabi Muhammad SAW singgah ketika perjalanan dalam peristiwa Isra’ Mikraj.

Kubah Al-Sakhrah terkenal dengan keindahan dan kehalusan seni binanya yang unik. Kubahnya disalut eman dan batu-batu marmar yang mahal dan cantik bagi memperindahkan lagi seni binaannya. Malah, ia juga dikategorikan sebagai bangunan warisan dunia

Kubah al-Sakhrah:Seni Binaan Agung yang Misteri

(Sumber gambar: Treasures Of Islam Artistic Glories The Muslim World, Bernard O’Kane, 2007.)

Page 24: Pendidik Mac-April 2010

Jom Jadi Pemurah dan baik Hati

��

E-mel kepada Kak Kusyi di [email protected] pendapat adik tentang kebaikan yang adik ataupun sesiapa sahaja pernah lakukan tidak lebih dari 100 patah perkataan untuk dijadikan tauladan. Sertakan nama penuh, umur, alamat dan nombor telefon. E-mel terbaik akan menerima hadiah istimewa sebuah novel Kusyi Hirdan.

Page 25: Pendidik Mac-April 2010

��

Adik-adik, kembara buku kali ini membawa kita mengenali sebuah lagi syarikat penerbitan buku. Pernahkah adik-adik mendengar nama penerbit PTS?

PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. yang juga dikenali sebagai PTS adalah sebuah syarikat penerbitan milik bumiputera yang giat dan agresif menerbitkan pelbagai jenis buku dalam bahasa Melayu. Tahun ini PTS menyambut ulang tahun yang ke-10 dan sudah menerbitkan lebih kurang 1400 judul buku dengan purata 30-40 judul baru setiap bulan merangkumi pelbagai genre seperti kanak-kanak, remaja, pendidikan, bisnes, keibubapaan, motivasi, kesihatan, keagamaan dan kesusasteraan. Seperti syarikat-syarikat lain, PTS juga mempunyai misi dan visinya yang tersendiri iaitu perjuangan menerbitkan buku pelbagai genre demi memandaikan bangsa. Pengerusi PTS merupakan seorang pejuang bahasa Melayu. Oleh itu, produk PTS menggunakan bahasa Melayu tinggi dan memastikan kandungannya haruslah mengikut syariah terutama dalam novel-novel untuk remaja dan kanak-kanak.

Antara siri-siri novel seperti Dear Yayah, Aku Mahu, Usahawan Cilik, Young Aishah dan banyak lagi, PTS juga melahirkan ramai penulis terkenal seperti Ain Maisarah, Farihah Iskandar, Fadzli Yusof, Zamri Mohamad dan ramai lagi. Buku-buku PTS boleh didapati di rangkaian kedai buku terkenal seperti Kinokuniya, Popular Bookstores, MPH Bookstores, Borders dan Times. PTS juga adalah pembekal bagi kedai buku persendirian, perpustakaan dan kontraktor buku. Selain aktif membekalkan buku dalam Malaysia, PTS turut meluaskan sayap perniagaan di Singapura dan Brunei.

PTS boleh dikunjungi di No. 12 Jalan DBP, Dolomite Business Park, 68100 Batu Caves, Selangor dan boleh dihubungi melalui talian 03-6188 0316, faks: 03-6189 0316 ataupun melalui emel: [email protected]. Adik-adik juga boleh layari laman web dan blog PTS bagi mendapatkan info buku-buku terbaru terbitan PTS. Layarilah http://www.pts.com.my atau untuk belian online di http://bookcafe.com.my.

PTS Publications & Distributors Sdn Bhd

510952-X

Page 26: Pendidik Mac-April 2010

��

Adik-adik tentu teruja apabila melihat inai yang merah menghiasi jari jemari. Tambahan pula ramai kakak dan abang kita yang melangsungkan perkahwinan mereka

pada musim cuti persekolahan yang lepas. Mengenakan inai dalam majlis itu adalah kemestian bagi mempelai. Memang tidak dapat dinafikan, dalam masyarakat Melayu di Malaysia hari ini, inai bukanlah sesuatu yang asing. Ada di antara kita yang tidak pernah lekang warna inai pada jari-jemarinya.

Penggunaan inai telah berkembang bukan sekadar diletakkan di hujung jari, malah ia diukir pada tangan dan kaki dengan bentuk yang menarik dan cantik. Tahukah adik-adik, kecekapan dan

kemahiran pengukir inai memungkinkan mereka mengukir pelbagai motif dan bentuk yang menakjubkan? Bukan itu sahaja, inai yang satu masa

dahulu hanya dikenali dengan warna merah, kini boleh didapati dengan pelbagai tona warna daripada warna jingga, perang, coklat hinggalah warna hitam.

Namun begitu, keterlaluan dalam mengenakannya boleh menimbulkan fitnah terutama sekali bagi perempuan. Oleh itu adik-adik, kadar pemakaiannya adalah dihadkan hingga ke pergelangan tangan dan buku lali sahaja. Demi menjaga personaliti seorang Islam, corak yang terukir mestilah tidak menunjukkan lambang mana-mana ajaran atau agama, corak haiwan seperti kala jengking dan sebagainya. Malah warnanya mestilah tidak bersifat kekal. Ini penting supaya inai tidak dimanipulasikan sebagai wadah pengukir tatu memandangkan penggunaan tatu adalah bercanggah dengan Islam.

Oleh itu adik-adik, berhiaslah untuk kecantikan kerana penggunaannya adalah harus dengan syarat personaliti seorang muslim dan muslimah tetap dijaga berlandaskan didikan para ulama kita terdahulu.

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia

Muzakarah: Kali Ke-88

Tarikh: 2 Oktober 2009

Tajuk: InaiKeputusan:i. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa dalam Islam, para fuqaha’ sepakat memutuskan bahawa pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

ii. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

iii. Muzakarah juga bersetuju memutuskan bahawa pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

Oleh: Ustazah Taqwa Zabidi

Inai: Cantik dan Hukum

Page 27: Pendidik Mac-April 2010

��

PEMBACA

PANTUN

Ikan haruan masih hidup, Tidak senang hidup lama-lama,, Ilmu itu pelita hidup, Jangan kita membuang masa.

Pergi ke rumah Pakcik Alias,Untuk meminjam kayu dan gerudi, Jangan jadi orang yang malas,Kelak kita yang akan rugi.

Datanglah ke rumah Pak Mustapa, Untuk membeli kain pelikat, Sebelum ke sekolah salamlah ibu bapa, Moga belajar mendapat berkat.

Bunga hidup menggunakan baja,Baja diproses di dalam kilang,Belajar tidak mengira masa,Supaya hidup sentiasa cemerlang.

Oleh:Madihah Hassan165, Jalan Fajar, Felda Lubok Merbau, 06710 Pendang, Kedah.

untuk soalan 1

untuk soalan 3

Page 28: Pendidik Mac-April 2010

��

Satu MalaysiaSatu MalaysiaMisi terkini Perdana MenteriDalam menyatu semua bangsaBijak bergaya memacu Negara

Satu MalaysiaKemuncak perpaduanTiga bangsaMeneraju Malaysia ke puncak jaya

Satu MalaysiaMenjadi pegangan semua bangsaTersemat kukuh di dalam jiwaDemi kejayaan bersama

Oleh:Shaidatul Akmar AwangNo.6, Lorong 7, Perumahan Peramu Maju,26060 Kuantan, Pahang.

Page 29: Pendidik Mac-April 2010

��

PESTA BUKU ANTARABANGSACerita : Salina KartoLukisan: Reja

Page 30: Pendidik Mac-April 2010

��

Page 31: Pendidik Mac-April 2010

�9

Page 32: Pendidik Mac-April 2010

BERSAMA PAK SYARIF

JAWI

�0

Page 33: Pendidik Mac-April 2010

BERSAMA PAK SYARIF

JAWI

�1

Page 34: Pendidik Mac-April 2010

��

BERSAMA USTAZ ILHAM

Page 35: Pendidik Mac-April 2010

BERSAMA USTAZ ILHAM

��

Page 36: Pendidik Mac-April 2010

Ingin MelangganMajalah Pendidik?

Adik-adik yang berminat untuk melanggan majalah PENDIDIK boleh menghantar:

1. Sampul surat beralamat sendiri.2. Ukuran sampul surat adalah 32cm x 23cm

(saiz A4)3. Lekat setem RM1.00 bagi setiap sampul.4. Tuliskan perkataan PENDIDIK di bahagian

atas sebelah kiri sampul surat berkenaan.5. Satu sampul surat hanya untuk satu keluaran

sahaja (2 naskah).

Sila hantarkan sampul surat adik-adik kepada:Bahagian Penerbitan Jakim,Aras 4, Blok D9, Kompleks D,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62519 Putrajaya.Tel: 03 - 8886 4000Faks: 03 - 8889 2046

32cm

23cm

PENDIDIK

Kepada:Nurul Hayati bt Mohd Zain1086, Jalan Ehsan, Kepong52100 Kuala Lumpur.

Setem

Adik-adik ingin menambah kenalan? Adik-adik dapat berkenalan dan berhubung antara satu sama lain serta bertukar-tukar fikiran tentang pelajaran, memberi pendapat, nasihat dan sebagainya melalui ruangan ini. Adik-adik boleh menyertainya dengan mengisi borang dan sertakan sekeping gambar berukuran pasport.

Hantarkan borang adik-adik kepada:Pengarang,Majalah PENDIDIKBahagian Penerbitan JAKIMAras 4, Blok D9, Kompleks DPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62519 Putrajaya.

Nama:

Alamat:

Cita-Cita:

Hobi:

E-mel:

Blog:

Gambarberukuran pasport

Amirun Naim bin Mohd AmirusNo.1, Blok 6, Jalan Meranti,Felda Serting Hilir 5,Bandar Seri Jempol,72120, Negeri Sembilan Darul Khusus.No.SB/KP:010517-05-0289

Ikrimah Zaim bin HilmiSek. Men. Arab (JAIM) Al-Ehya El-Karim,Tanjung Bidara,78300 Masjid Tanah, MelakaN.SB/KP: AP 20288

Muhammad Amin bin Abdullah SabriLot 609, Belakang Masjid Genting, Kampung Getting,16080 Tumpat, Kelantan.No.SB/KP: AI 78623

Rakan Adik-adik

Mac 2010

TEKA SILANGKATA

SILANGK ATA

MELINTANG1. Nama lain bagi al-Quran5. Rapat6. Arah7. Nama Allah Yang Memimpin dan Memberi Petunjuk10. Kesaksian tiada Tuhan melainkan Allah11. Ketua Perang Tentera Quraish ketika di Uhud dan masuk Islam setelah Umrah al-Qada’

MENEGAK1. Pengangkutan Laut2. Kiraan setelah puluh 3. Nabi yang diperintahkan membina kapal4. Ratu yang menyembah matahari sebelum menerima dakwah Nabi Sulaiman7. Batas8. Harap9. Alat yang dilabuhkan ke dalam air untuk memberhentikan kapal

Nama:

Alamat:

Tel: Umur:

Nombor SB/KP:

SYARAT PERADUAN:1. Peraduan ini terbuka kepada

kanak-kanak yang berumur dari 7 hingga 12 tahun sahaja.

2. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Bagaimanapun, peserta yang dipilih hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.

3. Borang penyertaan hendaklah diisi dengan HURUF BESAR dan tulisan yang kemas.

4. Penyertaan hendaklah tiba kepada pengarang selewat-lewatnya sebe-lum keluaran Pendidik yang akan datang.

Hantarkan penyertaan adik-adik kepada:PERADUAN TEKA SILANGKATA (MAC/APRIL 2010), Majalah Pendidik, Bahagian Penerbitan Jakim, Aras 4,

Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519 Putrajaya.

TEKA SILANGKATA MAC/APRIL 20101 3

5

7

8 9

10

11

6

42

Hadiah

Mister

i

menanti

adik-adik!

��

Mac 2010TEKA SILANGKATA

SILANGK ATA

MELINTANG1. Nama lain bagi al-Quran5. Rapat6. Arah7. Nama Allah Yang Memimpin dan Memberi Petunjuk10. Kesaksian tiada Tuhan melainkan Allah11. Ketua Perang Tentera Quraish ketika di Uhud dan masuk Islam setelah Umrah al-Qada’

MENEGAK1. Pengangkutan Laut2. Kiraan setelah puluh 3. Nabi yang diperintahkan membina kapal4. Ratu yang menyembah matahari sebelum menerima dakwah Nabi Sulaiman7. Batas8. Harap9. Alat yang dilabuhkan ke dalam air untuk memberhentikan kapal

Nama:

Alamat:

Tel: Umur:

Nombor SB/KP:

SYARAT PERADUAN:1. Peraduan ini terbuka kepada

kanak-kanak yang berumur dari 7 hingga 12 tahun sahaja.

2. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Bagaimanapun, peserta yang dipilih hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.

3. Borang penyertaan hendaklah diisi dengan HURUF BESAR dan tulisan yang kemas.

4. Penyertaan hendaklah tiba kepada pengarang selewat-lewatnya sebe-lum keluaran Pendidik yang akan datang.

Hantarkan penyertaan adik-adik kepada:PERADUAN TEKA SILANGKATA (MAC/APRIL 2010), Majalah Pendidik, Bahagian Penerbitan Jakim, Aras 4,

Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519 Putrajaya.

TEKA SILANGKATA MAC/APRIL 20101 3

5

7

8 9

10

11

6

42

Hadiah

Mister

i

menanti

adik-adik!

Page 37: Pendidik Mac-April 2010

Ingin MelangganMajalah Pendidik?

Adik-adik yang berminat untuk melanggan majalah PENDIDIK boleh menghantar:

1. Sampul surat beralamat sendiri.2. Ukuran sampul surat adalah 32cm x 23cm

(saiz A4)3. Lekat setem RM1.00 bagi setiap sampul.4. Tuliskan perkataan PENDIDIK di bahagian

atas sebelah kiri sampul surat berkenaan.5. Satu sampul surat hanya untuk satu keluaran

sahaja (2 naskah).

Sila hantarkan sampul surat adik-adik kepada:Bahagian Penerbitan Jakim,Aras 4, Blok D9, Kompleks D,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62519 Putrajaya.Tel: 03 - 8886 4000Faks: 03 - 8889 2046

32cm

23cm

PENDIDIK

Kepada:Nurul Hayati bt Mohd Zain1086, Jalan Ehsan, Kepong52100 Kuala Lumpur.

Setem

Adik-adik ingin menambah kenalan? Adik-adik dapat berkenalan dan berhubung antara satu sama lain serta bertukar-tukar fikiran tentang pelajaran, memberi pendapat, nasihat dan sebagainya melalui ruangan ini. Adik-adik boleh menyertainya dengan mengisi borang dan sertakan sekeping gambar berukuran pasport.

Hantarkan borang adik-adik kepada:Pengarang,Majalah PENDIDIKBahagian Penerbitan JAKIMAras 4, Blok D9, Kompleks DPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62519 Putrajaya.

Nama:

Alamat:

Cita-Cita:

Hobi:

E-mel:

Blog:

Gambarberukuran pasport

Amirun Naim bin Mohd AmirusNo.1, Blok 6, Jalan Meranti,Felda Serting Hilir 5,Bandar Seri Jempol,72120, Negeri Sembilan Darul Khusus.No.SB/KP:010517-05-0289

Ikrimah Zaim bin HilmiSek. Men. Arab (JAIM) Al-Ehya El-Karim,Tanjung Bidara,78300 Masjid Tanah, MelakaN.SB/KP: AP 20288

Muhammad Amin bin Abdullah SabriLot 609, Belakang Masjid Genting, Kampung Getting,16080 Tumpat, Kelantan.No.SB/KP: AI 78623

Rakan Adik-adik

Mac 2010TEKA SILANGKATA

SILANGK ATA

MELINTANG1. Nama lain bagi al-Quran5. Rapat6. Arah7. Nama Allah Yang Memimpin dan Memberi Petunjuk10. Kesaksian tiada Tuhan melainkan Allah11. Ketua Perang Tentera Quraish ketika di Uhud dan masuk Islam setelah Umrah al-Qada’

MENEGAK1. Pengangkutan Laut2. Kiraan setelah puluh 3. Nabi yang diperintahkan membina kapal4. Ratu yang menyembah matahari sebelum menerima dakwah Nabi Sulaiman7. Batas8. Harap9. Alat yang dilabuhkan ke dalam air untuk memberhentikan kapal

Nama:

Alamat:

Tel: Umur:

Nombor SB/KP:

SYARAT PERADUAN:1. Peraduan ini terbuka kepada

kanak-kanak yang berumur dari 7 hingga 12 tahun sahaja.

2. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Bagaimanapun, peserta yang dipilih hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.

3. Borang penyertaan hendaklah diisi dengan HURUF BESAR dan tulisan yang kemas.

4. Penyertaan hendaklah tiba kepada pengarang selewat-lewatnya sebe-lum keluaran Pendidik yang akan datang.

Hantarkan penyertaan adik-adik kepada:PERADUAN TEKA SILANGKATA (MAC/APRIL 2010), Majalah Pendidik, Bahagian Penerbitan Jakim, Aras 4,

Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519 Putrajaya.

TEKA SILANGKATA MAC/APRIL 20101 3

5

7

8 9

10

11

6

42

Hadiah

Mister

i

menanti

adik-adik! Mac 2010TEKA SILANGKATA

SILANGK ATA

MELINTANG1. Nama lain bagi al-Quran5. Rapat6. Arah7. Nama Allah Yang Memimpin dan Memberi Petunjuk10. Kesaksian tiada Tuhan melainkan Allah11. Ketua Perang Tentera Quraish ketika di Uhud dan masuk Islam setelah Umrah al-Qada’

MENEGAK1. Pengangkutan Laut2. Kiraan setelah puluh 3. Nabi yang diperintahkan membina kapal4. Ratu yang menyembah matahari sebelum menerima dakwah Nabi Sulaiman7. Batas8. Harap9. Alat yang dilabuhkan ke dalam air untuk memberhentikan kapal

Nama:

Alamat:

Tel: Umur:

Nombor SB/KP:

SYARAT PERADUAN:1. Peraduan ini terbuka kepada

kanak-kanak yang berumur dari 7 hingga 12 tahun sahaja.

2. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Bagaimanapun, peserta yang dipilih hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.

3. Borang penyertaan hendaklah diisi dengan HURUF BESAR dan tulisan yang kemas.

4. Penyertaan hendaklah tiba kepada pengarang selewat-lewatnya sebe-lum keluaran Pendidik yang akan datang.

Hantarkan penyertaan adik-adik kepada:PERADUAN TEKA SILANGKATA (MAC/APRIL 2010), Majalah Pendidik, Bahagian Penerbitan Jakim, Aras 4,

Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519 Putrajaya.

TEKA SILANGKATA MAC/APRIL 20101 3

5

7

8 9

10

11

6

42

Hadiah

Mister

i

menanti

adik-adik!

��

Page 38: Pendidik Mac-April 2010

Januari 2010TEKA SILANGKATA

SILANGK ATA

MELINTANG1. Sedekah yang tidak perlukan

modal3. Pisau potong padi4. Serangga yang dijadikan tajuk

surah dalam al-Quran7. Perang pertama dalam Islam8. Sangat manis dan boleh dijadikan ubat 9. Sejenis ikan hiasan10. Keturunan

MENEGAK1. Nabi yang berpangkat raja2. Huruf hijaiyyah kelima3. Bandingan5. Tanah sawah6. Makhluk yang akan dibunuh oleh Nabi Isa sebelum kiamat7. Untuk mendapatkan ilmu

Nama:

Alamat:

Tel: Umur:

Nombor SB/KP:

SYARAT PERADUAN:1. Peraduan ini terbuka kepada

kanak-kanak yang berumur dari 7 hingga 12 tahun sahaja.

2. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Bagaimanapun, peserta yang dipilih hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.

3. Borang penyertaan hendaklah diisi dengan HURUF BESAR dan tulisan yang kemas.

4. Penyertaan hendaklah tiba kepada pengarang selewat-lewatnya sebe-lum keluaran Pendidik yang akan datang.

Hantarkan penyertaan adik-adik kepada:PERADUAN TEKA SILANGKATA (JANUARI 2010), Majalah Pendidik, Bahagian Penerbitan Jakim, Aras 4,

Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519 Putrajaya.

TEKA SILANGKATA JANUARI 20101

3

5

7

8

9

10

6

4

2

Hadiah

Mister

i

menanti

adik-adik!

��

Page 39: Pendidik Mac-April 2010

Januari 2010TEKA SILANGKATA

SILANGK ATA

MELINTANG1. Sedekah yang tidak perlukan

modal3. Pisau potong padi4. Serangga yang dijadikan tajuk

surah dalam al-Quran7. Perang pertama dalam Islam8. Sangat manis dan boleh dijadikan ubat 9. Sejenis ikan hiasan10. Keturunan

MENEGAK1. Nabi yang berpangkat raja2. Huruf hijaiyyah kelima3. Bandingan5. Tanah sawah6. Makhluk yang akan dibunuh oleh Nabi Isa sebelum kiamat7. Untuk mendapatkan ilmu

Nama:

Alamat:

Tel: Umur:

Nombor SB/KP:

SYARAT PERADUAN:1. Peraduan ini terbuka kepada

kanak-kanak yang berumur dari 7 hingga 12 tahun sahaja.

2. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Bagaimanapun, peserta yang dipilih hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.

3. Borang penyertaan hendaklah diisi dengan HURUF BESAR dan tulisan yang kemas.

4. Penyertaan hendaklah tiba kepada pengarang selewat-lewatnya sebe-lum keluaran Pendidik yang akan datang.

Hantarkan penyertaan adik-adik kepada:PERADUAN TEKA SILANGKATA (JANUARI 2010), Majalah Pendidik, Bahagian Penerbitan Jakim, Aras 4,

Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519 Putrajaya.

TEKA SILANGKATA JANUARI 20101

3

5

7

8

9

10

6

4

2

Hadiah

Mister

i

menanti

adik-adik!

��

Page 40: Pendidik Mac-April 2010

��

Page 41: Pendidik Mac-April 2010

�9

Page 42: Pendidik Mac-April 2010

Tema: Cuti SekolahMAC 2010

Nama:

Alamat:

Tel: Umur:

Nombor SB/KP:

Nama Sekolah:

SYARAT PERADUAN:1. Peraduan ini terbuka kepada kanak-kanak

yang berumur dari 7 hingga 12 tahun sahaja.

2. Gambar hendaklah diwarnakan mengikut kreativiti adik-adik.

2. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Bagaimanapun, peserta yang dipilih hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.

3. Borang penyertaan hendaklah diisi dengan HURUF BESAR dan tulisan yang kemas.

4. Penyertaan hendaklah tiba kepada pengarang selewat-lewatnya sebelum keluaran Pendidik yang akan datang.

Hantarkan penyertaan adik-adik kepada:PERADUAN MEWARNA (MAC 2010), Majalah Pendidik, Bahagian Penerbitan Jakim, Aras 4,

Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519 Putrajaya.

ME WARNAHad

iah

Mister

i

menanti

adik-adik!

�0

Page 43: Pendidik Mac-April 2010
Page 44: Pendidik Mac-April 2010