PENDIDIKAN

49
PENDIDIKAN ARKIB : 19/05/2014 Guru perlu kreatif, inovatif Oleh Norizan Abdul Muhid [email protected] GURU harus melengkapkan persediaan dengan ilmu pengetahuan yang luas mencakupi pelbagai bidang dan perlu berani melakukan perubahan ke arah kreativiti serta inovasi bersesuaian dengan tema sambutan Hari Guru kali ke-43 tahun ini iaitu Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi. Bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim berkata, keperluan tersebut bersesuaian dengan perubahan bidang pendidikan masa kini yang memerlukan guru kreatif dan inovatif untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran efektif seterusnya melahirkan produk berkualiti. Menurutnya, guru mesti bersedia memainkan peranan penting dalam mengerakkan kreativiti dan inovasi dalam semua bidang di sekolah dan bijak menerapkan kedua-dua elemen tersebut melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan secara terancang. "Guru tidak boleh lagi mempraktikan pengajaran yang sama seperti 10 atau 20 tahun dahulu kerana pelajar pada hari ini semakin bijak seiring dan pengetahuan semakin mencabar dan sebab itu, guru harus bersedia membuat perubahan ini. "Salah satu perubahan ini adalah dengan cara mencabar keupayaan pelajar mereka berfikir dengan menggunakan pelbagai teknik mengajar dan alat bantu pengajaran yang menarik minat murid atau boleh mempelbagaikan aktiviti pembelajaran," katanya ketika menjadi panel Forum Pendidikan sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan ke-43 di PWTC baru-baru ini. Selain Noor Rezan, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Seri S.K. Devamany dan Pensyarah Kanan, Universiti

description

PENDIDIKAN

Transcript of PENDIDIKAN

Page 1: PENDIDIKAN

PENDIDIKAN

ARKIB : 19/05/2014

Guru perlu kreatif, inovatif

Oleh Norizan Abdul Muhid

[email protected]

GURU harus melengkapkan persediaan dengan ilmu pengetahuan yang luas mencakupi pelbagai bidang dan perlu berani melakukan perubahan ke arah kreativiti serta inovasi bersesuaian dengan tema sambutan Hari Guru kali ke-43 tahun ini iaitu Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi.

Bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim berkata, keperluan tersebut bersesuaian dengan perubahan bidang pendidikan masa kini yang memerlukan guru kreatif dan inovatif untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran efektif seterusnya melahirkan produk berkualiti.

Menurutnya, guru mesti bersedia memainkan peranan penting dalam mengerakkan kreativiti dan inovasi dalam semua bidang di sekolah dan bijak menerapkan kedua-dua elemen tersebut melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan secara terancang.

"Guru tidak boleh lagi mempraktikan pengajaran yang sama seperti 10 atau 20 tahun dahulu kerana pelajar pada hari ini semakin bijak seiring dan pengetahuan semakin mencabar dan sebab itu, guru harus bersedia membuat perubahan ini.

"Salah satu perubahan ini adalah dengan cara mencabar keupayaan pelajar mereka berfikir dengan menggunakan pelbagai teknik mengajar dan alat bantu pengajaran yang menarik minat murid atau boleh mempelbagaikan aktiviti pembelajaran," katanya ketika menjadi panel Forum Pendidikan sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan ke-43 di PWTC baru-baru ini.

Selain Noor Rezan, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Seri S.K. Devamany dan Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Dr. Jessica Ong Hai Liaw turut menjadi ahli panel pada forum itu yang dikendalikan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku, Sayed Munawar Sayed Mohd. Mustar.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, menurut Noor Rezan, sebagai guru, golongan berkenaan perlu memainkan peranan penting bagi menerapkan kedua-dua elemen kreativiti dan inovasi dalam pengajaran mereka sama ada dalam bilik darjah mahupun luar bilik darjah.

Page 2: PENDIDIKAN

"Guru mesti bertindak sebagai pencetus kreativiti dan penjana inovasi kerana guru sebagai penyampai ilmu perlulah memiliki kemahiran tinggi bagi melakukan transformasi dalam menjana minda murid agar menjadi lebih dinamik.

"Sesungguhnya murid yang kreatif dan inovatif akan menjadi seorang yang sentiasa berfikir, ingin mencipta, bercita-cita besar, berani dan yakin kepada diri sendiri. Inilah ciri-ciri murid yang perlu kita lahirkan untuk menjadi warganegara bagi menghadapi cabaran masa depan terutama dalam memasuki era 2020," katanya.

Sementara itu, menurut Devamany, pelaksanaan aspek pedagogi yang kreatif dan inovatif amat penting agar kurikulum yang digubal dapat diterjemahkan dengan cara menarik, berkesan dan berkualiti.

"Zaman sudah berubah dan kini guru-guru berada pada alaf ke-21 dan untuk itu, guru mesti bersedia menghadapi cabaran semasa dan mesti mengambil usaha menggerakkan peranan sebagai pencetus kreativiti dan penjana inovasi,'' katanya.

Namun, pada masa yang sama, katanya, Kementerian Pendidikan perlu memastikan sistem pendidikan yang disediakan telah sempurna dan sesuai mengikut keperluan warga pendidik seterusnya mampu membantu golongan itu mencapai matlamat pendidikan negara.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140519/pe_02/Guru-perlu-kreatif-inovatif#ixzz37ykzWXwI

© Utusan Melayu (M) Bhd

RENCANA

ARKIB : 08/10/2013

Mengangkat pendidikan negara setanding dengan negara maju

Oleh Tan Sri Alimuddin Mohd Dom

SEBAGAI pesara guru yang pernah berkhidmat hampir 35 tahun dalam bidang pendidikan penulis kerap kali ditanya oleh rakan-rakan apakah perbezaan antara Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 berbanding dengan dasar-dasar pendidikan lalu?

Jawapan penulis bahawa memang ada perbezaan antara PPPM yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini dengan dasar-dasar pendidikan sebelumnya.

Page 3: PENDIDIKAN

Misalnya, Dasar Razak (1956), Dasar Rahman Talib (1961) dan Laporan Kabinet (1971) matlamat utamanya ialah untuk membina negara bangsa (nation building) melalui perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum. Pembuat dasar pada ketika itu percaya bahawa kurikulum dan peperiksaan yang diseragamkan akan membolehkan kanak-kanak bercampur gaul dan belajar di bawah satu bumbung sekolah yang sama.

Memang terbukti sistem pendidikan telah berupaya membantu mewujudkan perpaduan dialam kalangan rakyat berbilang kaum. Malah sistem pendidikan juga menjadi pemangkin bagi memacu kemajuan negara. Ketika ini kita boleh berbangga kerana Malaysia adalah di antara negara terbaik dalam bidang ekonomi, sosial dan politik di kalangan negara sedang membangun atau negara dunia ketiga.

Kini matlamat utama PPPM di tingkatkan lagi di mana kita tidak bersaing dalam kalangan negara dunia ketiga sahaja tetapi untuk mengangkatnya supaya sebaris dengan negara-negara maju lain seperti Finland, Korea Selatan, Jepun, Singapura, New Zealand dan Kanada. Alasannya kerana negara kita adalah antara negara yang terbesar menyediakan perbelanjaan untuk pendidikan asas berbanding nisbah penduduknya. Ia juga selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan rakyat yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Justeru bagi mencapai matlamat itu PPPM memberi penekanan untuk melahirkan modal insan yang berketerampilan, holistik dan serba boleh. Sudah tentu pelajar yang dimaksudkan itu memiliki pencapaian akademik yang baik, mahir dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, sedia menghadapi cabaran, berani mencuba, tidak takut gagal, dan memiliki sifat sahsiah yang terpuji.

Pada umumnya usaha memperkasakan sistem pendidikan bukan sahaja berlaku di negara kita malah hampir semua negara di dunia ini berusaha ke arah tersebut. Ini disebabkan kesedaran bahawa sistem pendidikan yang berkualiti dan mantap berupaya meningkatkan daya saing dan kebolehupayaan negara dalam persaingan di peringkat global.

Perbezaan PPPM dengan dasar pendidikan yang lalu bukan sahaja dari segi matlamat tetapi juga bagaimana ia dihasilkan. Saranan dan cadangan daripada pelbagai pihak dari dalam dan luar negara digunakan bagi merangka dan menggubalnya. Apa yang menarik apabila draf PPPM itu disiapkan pada September 2012 yang lalu orang ramai turut disaran untuk memberikan komen. Hampir setahun tempoh diberikan bagi mendapatkan maklumat balas sehinggalah ia dilancarkan secara rasmi pada 6 September 2013.

Langkah pertama penyediaan PPPM ialah menilai kedudukan sistem pendidikan kita di peringkat antarabangsa. Penarafan ini dilakukan berdasarkan piawaian oleh ‘Trends in International Mathematics and Science Study’ (TIMSS) dan ‘Programme for International Student Assessment’ (PISA). Hasilnya tidak memberangsangkan kerana kedudukan negara kita terletak dalam kelompok sepertiga terbawah dalam kalangan 74 negara peserta.

Page 4: PENDIDIKAN

Selanjutnya syor dan cadangan untuk meningkatkan kualiti pendidikan kita didapatkan daripada pakar pendidikan yang berkhidmat di Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), Bank Dunia dan melalui kajian oleh enam universiti tempatan.

Bagi memantapkan kandungan laporan itu sebuah pasukan khas dibentuk yang terdiri daripada pakar-pakar pendidikan tempatan yang diketuai oleh bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia. Selain itu, kerjasama turut diberikan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) bagi membangunkan inisiatif pendidikan berasaskan Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Tambah menarik adalah pembentukkan pasukan panel Dialog Nasional Pendidikan Negara yang anggotanya terdiri daripada tokoh-tokoh pendidikan. Peranan utama mereka ialah bertemu dengan orang ramai untuk mendapatkan syor dan pendapat tentang apakah bentuk sistem pendidikan berkualiti yang seharusnya kita miliki.

Pasukan panel ini difahamkan bertemu dengan lebih 55,000 orang di seluruh negara melalui sesi dialog terbuka, mesyuarat meja bulat, pertemuan dengan kumpulan fokus dan temu bual dengan pelbagai lapisan masyarakat. Di samping itu sebanyak 200 memorandum dan 3,000 cadangan diterima termasuk melalui laman sosial dan blog tertentu.

Sesungguhnya penggunaan berbagai kaedah untuk merangka dan menggubal laporan itu menjadikan PPPM kelihatan sangat komprehensif. Hasilnya sebanyak 11 anjakan dikenalpasti untuk mengangkat kualiti pendidikan. Tempoh selama 13 tahun akan digunakan bagi melaksanakannya melalui tiga peringkat iaitu jangka pendek, sederhana dan jangka panjang.

Ternyata antara 11 anjakan itu peranan guru merupakan faktor paling signifikan bagi menentukan keberhasilan pelajar. PPPM memberi penekanan supaya profesion guru ditingkatkan bagi menjadikannya lebih berprestij dan elit. Oleh itu, pengambilan guru baru akan memberi keutamaan di kalangan graduan 30% terbaik. Kaedah latihan guru akan ditingkatkan sesuai dengan usaha melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi, bersifat holistik dan serba boleh.

Dalam usaha meningkatkan prestasi guru maka budaya kecemerlangan profesional akan diterapkan menerusi sistem pementoran, pembangunan dan perkongsian amalan terbaik. Peluang pembangunan kerjaya yang lebih menarik dan jelas akan dilaksanakan. Penilaian prestasi guru akan dilakukan berasaskan produktiviti, kompetensi dan bukan lagi tempoh perkhidmatan semata-mata.

Keberkesanan PPPM turut disandarkan kepada kebolehupayaan guru besar atau pengetua dalam menguruskan sekolah. Prestasi pengurusan mereka dinilai melalui ‘Keys Performance Index’ (KPI). Guru besar atau pengetua yang berupaya melahirkan ramai pelajar cemerlang dalam akademik dan bidang kokurikulum akan diberikan insentif termasuk berbentuk kewangan dan tawaran mengikuti lawatan sambil belajar di luar negara.

Page 5: PENDIDIKAN

Pada pendapat penulis faktor pelaksanaan merupakan asas kejayaan PPPM. Sesungguhnya penglibatan semua pihak secara serius mampu mengangkat sistem pendidikan kita sebaris dengan negara-negara maju.

PENULIS ialah Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad dan Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Antarabangsa Kumpulan Taylor‘s.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Rencana/20131008/re_07/Mengangkat-pendidikan-negara-setanding-dengan-negara-maju#ixzz37ym1tuyw

© Utusan Melayu (M) Bhd

Pendidikan tunjang pembangunan

Posted on September 7, 2013 by admin ( Nama Laman Web : Didik Malaysia )

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak mahu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dilaksanakan dengan memastikan setiap ringgit dibelanjakan untuk meningkatkan keberhasilan dan kemenjadian murid.

Perdana Menteri berkata, pelan itu menggambarkan penambahbaikan penting bagi setiap langkah dalam perjalanan transformasi pendidikan yang akan dilalui.

Katanya, hasrat itu boleh dicapai melalui pengagihan sumber yang terancang dan teliti.

“Semua matlamat ini melambangkan cita-cita kita yang tinggi, namun saya yakin kita berupaya mencapainya.

“Insya-Allah, marilah kita harungi perjalanan yang mengujakan, mencabar dan penting ini secara bersama sebagai satu bangsa,” katanya dalam prakata PPPM 2013-2025 yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini, semalam.

Menurutnya, sistem pendidikan tunjang pembangunan negara yang menyediakan ilmu dan kemahiran generasi dulu hingga kini bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan memakmurkan negara.

Katanya, kejayaan sistem itu adalah hasil kegigihan dan dedikasi guru, pengetua, pentadbir, pegawai dan kakitangan sokongan yang menjadi teras kekuatan Kementerian Pendidikan sejak dulu.

Tempoh lebih 55 tahun negara mencapai kemerdekaan, katanya, menyaksikan peningkatan ketara dalam pelbagai peringkat pendidikan.

Page 6: PENDIDIKAN

“Kejayaan negara menyediakan peluang pendidikan dalam tempoh yang singkat selepas merdeka diakui dan diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan Bank Dunia,” katanya.

Sehubungan itu, kataya, rakyat tidak boleh lalai dalam persekitaran persaingan global yang semakin sengit.

“Malaysia perlu melaksanakan perubahan besar terhadap keseluruhan sistem pendidikan semasa yang bukan sekadar menambah bilangan kakitangan dan kemudahan, malah perlu menjurus kepada usaha untuk memahami dan menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran,” katanya.

Justeru, berasaskan inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), pelan itu menggariskan perubahan besar termasuk pendekatan pembelajaran murid, kaedah pemilihan guru, latihan, penyediaan ganjaran kepada guru dan pemimpin sekolah dan pendekatan pengoperasian kementerian.

“Hal ini termasuk memastikan enrolmen sejagat pada pelbagai peringkat pendidikan dari prasekolah hingga menengah atas dalam tempoh 10 tahun akan datang, juga meningkatkan kedudukan pencapaian negara dalam Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA) dan Kajian Sains dan Matematik Antarabangsa (TIMSS) dalam tempoh 15 tahun akan datang,” katanya.

Beliau memberi jaminan kerajaan dan Kementerian Pendidikan akan komited mencapai semua matlamat itu.

“Saya secara peribadi komited berganding bahu bersama rakyat. Saya yakin kita terus tabah dan dapat memastikan setiap matlamat ini dicapai dalam meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara yang akan menyemai benih kejayaan anak kita yang dapat kita laksanakan dengan bangganya,” katanya.

Datuk Seri Liow Tiong Lai, Timbalan Presiden MCA

“Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) tidak dipinggirkan sebaliknya diberi peluang meningkatkan prestasi terutama penguasaan tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa ibunda kami Mandarin.

“Aspirasi sistem dan murid bersama 11 anjakan ditekankan memberi aturan jelas bahawa Kementerian Pendidikan tiada halangan ruang buat SJKC ditambah baik kerana yang utama mutu pendidikan negara dipertingkatkan.

“Diharap dalam 13 tahun kita melihat prestasi pendidikan negara melonjak dari tahap ketiga kepada pertama.”

Page 7: PENDIDIKAN

Prof Datuk Dr Teo Kok Seong, Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

“Meskipun ini laporan akhir tidak semestinya ia muktamad kerana boleh ditokok tambah. Apa yang penting asas kukuh diletakkan untuk memandu gerak kerja pendidikan negara.

“Gelombang Satu, Dua dan Tiga diatur mengikut tempoh tertentu sepanjang 13 tahun pelaksanaan itu yang paling utama kerana di situ digariskan sasarannya yang perlu dicapai menjelang 2025.

“Sudah tentu kita memerlukan kerjasama semua pihak termasuk terkini dimasukkan sektor swasta untuk menjayakannya, malah tidak mustahil negara mencapai sasaran lebih awal jika semua pihak melakukan penuh iltizam.”

Prod Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN)

“PIBGN sedia membantu dan berharap kerajaan memberi geran atau peruntukan untuk kami laksanakan program yang boleh menjayakan lagi pelan diatur, seperti mengadakan kelas tambahan Bahasa Inggeris (BI).

“Penekanan Kerajaan terhadap penguasaan bahasa lain terutama BI selain memberi peluang murid mempelajari bahasa ibunda mereka patut diteruskan, jangan tunggu 56 tahun akan datang untuk generasi baru mahir berbahasa.

“PPPM pelan jangka panjang baik untuk masa depan negara dan mahu kerajaan pinggirkan pihak yang tidak bersetuju, sebaliknya pandang ke hadapan supaya misi kita berjaya.”

Ruslan Madon, Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM)

“Pelan Pembangunan Pendidikan ini bukanlah bebanan kepada guru besar mahupun pengetua sebaliknya perlu dilalui untuk meningkatkan mutu kemahiran dan bagi bakal guru besar pula persediaan untuk benar-benar menggalas tanggungjawab.

“Perancangan teliti juga memudahkan warga pendidik mengatur langkah yang lebih terancang bagi merealisasikan cita-cita melihat sektor pendidikan negara berkembang maju setanding antarabangsa.”

Source: myMetro - Pendidikan tunjang pembangunan

http://didikmalaysia.com.my/bm/?p=375

Page 8: PENDIDIKAN

Ranking Sistem Pendidikan di Malaysia (PISA) : Kedua Tercorot Di Asia Tenggara. Punca? Salah Pelajar & Guru!

BY STAFF BERITA SEMASA ON DECEMBER 5, 2013

Malaysia PISA 2013

Berita Semasa mencari-cari juga kalau-kalau laporan terbaru bagi ranking Sistem Pendidikan Malaysia yang menduduki kedudukan kedua tercorot di Asia Tengara yang dikeluarkan melalui penarafan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) mendapat liputan dan diperbincangkan di media arus perdana baik di Buletin Utama TV3, Berita Perdana RTM ataupun Utusan Malaysia. Malangnya, Berita semasa tidak menjumpainya. Sejak…..

Sejak daripada dahulu lagi, Berita Semasa perhatikan setiap kali bertukar Menteri, acapkali sistem pendidikan dan halatuju negara digubah dan dilaksanakan dan menjadi kalangan guru Malaysia dan pelajar-pelajar sebagai bahan eksperimen. Relaitinya, adakah sistem pendidikan Malaysia menjadi lebih baik?

Terbaru, Malaysia telah berada di kedudukan kedua tercorot dikalangan negara-negara Asia Tenggara yang terlibat tertinggal jauh di belakang Singapore, Thailand dan Vietnam. Vietnam dihadapan Malaysia? Negara Vietnam yang terkenal dengan sejarah hitam mereka kerana melalui tempoh zaman perang yang panjang, dan ekonomi Vietnam pada suatu ketika dahulu jaaaau….uuuuuhhh tertinggal di belakang Malaysia. Sekarang?

Walaubagaimanapun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah sedia maklum dengan laporan terbaru PISA 2012 ini dan memberikan beberapa lasan dan punca mengapa ranking Malaysia jatuh ketika ini :

sikap murid yang menganggap penilaian itu tidak serius

Format soalan teks panjang yang memerlukan pemahaman

Terjemahan dan refleksi dengan kehidupan sebenar

Guru-guru lebih mengutamakan untuk menghabiskan sukatan pelajaran berbanding menerapkan pemahaman konsep kepada pelajar.

Semak Ranking Sistem Pendidikan di Malaysia (PISA)

Akhirnya apabila ranking sistem pendiidkan di Malaysia jatuh sebegini, pelajar-pelajar dan guru-guru yang dipersalahkan. Patutkah? Kongsikan pendapat anda?

http://www.beritasemasa.com.my/ranking-sistem-pendidikan-di-malaysia-pisa

gambar ranking sistem pendidikan di Malaysia - http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/12/najib-kata-pendidikan-di-malaysia.html

Page 9: PENDIDIKAN

PPPM lahir pelajar bertaraf global

2013/04/08 - 14:03:23 PM Mohd Nasaruddin Parzi Cetak Emel Kawan

Kuala Lumpur: Hala tuju pendidikan negara akan terus menempa transformasi untuk tempoh 13 tahun akan datang menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 hingga 2025.

Sasaran utama ialah memastikan pelajar negara ini dipersiapkan dengan segala ilmu, nilai dan kemahiran yang membolehkan individu bersaing di peringkat global menerusi pendidikan bertaraf dunia selaras dengan sistem pendidikan terbaik di negara maju berpendapatan tinggi.

Lengkap pelajar kemahiran baru

Menerusi PPPM, Kementerian akan memastikan aspek nilai, kualiti pendidikan dan persekitaran sekolah ditransformasi, di samping melengkapkan setiap murid dengan kemahiran baru diperlukan mereka bagi merebut peluang dan menangani cabaran abad ke-21.

PPPM diperkasakan menerusi input pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Bank Dunia, Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) serta enam Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Pengurus Projek, Bahagian Pengurusan Projek Pencapaian dan Hala Tuju Pendidikan, Kementerian Pelajaran, Dr Hayati Ismail, berkata PPPM adalah pelan pendidikan yang dirangka khusus mengambil kira pandangan dan kehendak rakyat.

Katanya, sebelum pelan baru itu dibangunkan, kementerian menganjurkan Dialog Nasional membabitkan 16 lokasi di 14 negeri bermula 29 April hingga 14 Julai tahun lalu. "Kita juga mengadakan 20 perbincangan meja bulat dengan pelbagai pihak termasuk pegawai tinggi kerajaan, parti politik dan NGO.

"Selain itu mendapatkan maklum balas menerusi saluran media cetak dan elektronik seperti Facebook, twitter dan blog," katanya.

Beliau berkata, sebanyak enam IPTA turut terbabit membuat penilaian secara terperinci, di samping penubuhan sembilan makmal pendidikan untuk menganalisis dan merangka pelan strategik bagi setiap isu utama yang dikenal pasti.

Hayati berkata, seramai 12 panel penilai tempatan dilantik diketuai Naib Canselor Albukhary International University, Tan Sri Prof Dzulkifli Abdul Razak, manakala empat orang panel penilai antarabangsa turut dilantik untuk memberikan input kepada PPPM.

Page 10: PENDIDIKAN

Katanya, PPPM juga akan menyediakan struktur yang berupaya melahirkan generasi muda berpengetahuan, boleh berkomunikasi di peringkat global, mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta ada daya kepimpinan mantap.

"Sebanyak 156 memorandum cadangan penambahbaikan diterima daripada pelbagai organisasi selepas Laporan Awal dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 11 September 2012," katanya.

Laksana 11 anjakan

Justeru, Hayati berkata menerusi laporan awal PPPM, 11 anjakan perlu dilaksanakan Kementerian bagi mencapai hasrat diinginkan.

Sebelas anjakan itu termasuk menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa; melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai; memastikan setiap murid boleh bertutur bahasa Malaysia dan Inggeris serta menggalakkan pemerolehan bahasa ketiga dan transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.

Anjakan lain ialah memastikan kepemimpinan berprestasi tinggi di setiap sekolah; membolehkan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan; memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran; mentransformasi kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian kementerian; bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas; memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit serta meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung.

Beliau berkata laporan 100 hari pencapaian PPPM akan dibentangkan Timbalan Perdana Menteri, yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Bandar Baru Bangi, Rabu ini.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PPPMlahirpelajarbertarafglobal/Article/index_html

PISA: Kedudukan Malaysia di belakang Vietnam dalam pendidikan mengejutkan

Published: 4 December 2013

Malaysia menduduki tangga kedua tercorot di Asia Tenggara termasuk di belakang Vietnam dalam keputusan Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (PISA) dan ia sangat mengejutkan, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar).

Hanya Indonesia yang berada di belakang Malaysia di kalangan negara Asia Tenggara yang turut serta dalam penilaian itu sementara Singapura dan Thailand di depan Malaysia.

Page 11: PENDIDIKAN

PISA adalah sebuah program penarafan mutu pendidikan di sekolah yang dikendalikan oleh OECD (Organisation for Economic Corporation and Development) bagi pelajar 15 tahun yang melibatkan negara dari seluruh dunia.

Ia menguji kemampuan dan penguasaan pelajar dalam tiga bidang utama iaitu membaca, matematik dan sains.

PISA menjadi piawaian antarabangsa yang digunakan untuk menilai keberkesanan dan mutu sistem pendidikan sekolah di dunia.

Berikut adalah kedudukan Malaysia berbanding negara jiran dalam penilaian PISA 2012 yang baru diumumkan:

"Ini satu keputusan yang sangat mengejutkan apabila terbukti mutu dan keberkesanan sistem persekolahan kita ternyata jauh ditinggalkan oleh Vietnam, sedangkan Vietnam pernah dimusnahkan dalam peperangan dan ekonominya jauh lebih mundur berbanding Malaysia," kata Rafizi.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, bukan sahaja Malaysia jauh ketinggalan dengan Singapura yang menduduki tangga kedua pencapaian di seluruh dunia, Malaysia dikejutkan dengan peningkatan mendadak sekolah di Vietnam yang mengatasi prestasi sekolah di negara maju dan Eropah.

Pada 2012, Vietnam berjaya memasuki tangga 10 negara teratas dalam mata pelajaran sains dengan menduduki tangga ke-8 mengatasi Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara Eropah lain.

"Sudah tentu menjadi tanda tanya kepada kita bagaimana Vietnam yang sumbernya cukup terhad, infrastruktur kurang baik dan ekonominya lebih kecil daripada Malaysia berjaya melonjakkan mutu pendidikan sekolahnya sedemikian rupa," katanya.

Penerangan rasmi yang diberikan di laman Kementerian Pendidikan menggariskan faktor berikut yang menyebabkan keputusan PISA yang corot:

1. Sikap murid – ramai murid yang turut serta tidak bersungguh-sungguh kerana menganggap penilaian ini tidak penting. Banyak soalan tidak dijawab.

2. Format soalan – soalan PISA lebih berbentuk teks panjang yang memerlukan pemahaman, terjemahan dan refleksi dengan kehidupan sebenar. Soalan peperiksaan awam lebih ringkas dan berdasarkan rajah dan jadual.

3. Keutamaan guru – Kebanyakan guru mengutamakan menghabiskan sukatan mata pelajaran dengan cepat dan tidak mengambil masa memahamkan murid dengan konsep. Banyak jalan pintas yang digunakan untuk menghafal terutama melalui latih tubi.

Page 12: PENDIDIKAN

Rafizi berkata, beliau menerima faktor tersebut dan bersetuju dengan post-mortem Kementerian Pendidikan yang jelas mengiyakan pandangan ramai pihak mengenai kelemahan sistem pendidikan sekarang.

Katanya, semua kelemahan itu tidak boleh disalahkan kepada guru atau murid kerana mereka adalah sebahagian daripada budaya pendidikan yang dibentuk melalui dasar mementingkan keputusan peperiksaan semata-mata sehingga tidak memberi ruang kepada percambahan fikiran berbeza dan sistem imbuhan/naik pangkat yang membuka ruang kepada budaya membodek.

Beliau berkata, tindak balas Kementerian Pendidikan yang memperkenalkan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) pula jauh tersasar matlamatnya dan berbeza daripada pelaksanaan di negara lain.

Akibatnya, guru pula dibebankan dengan tugasan mengisi borang dan kerja birokrasi lain sehingga mengurangkan lagi masa untuk menerangkan konsep dan pemahaman.

"Sebab itu, keputusan PISA yang meletakkan Malaysia sebagai negara kedua tercorot di Asia Tenggara sewajarnya mengejutkan dan meyakinkan kita bahawa sistem pendidikan sekolah sekarang tidak berjaya mempersiapkan Malaysia untuk bersaing di peringkat antarabangsa dan serantau,” katanya.

Sehubungan itu, Rafizi menyeru supaya Menteri Pendidikan menerima hakikat ini dan mengambil langkah berikut:

1.Menggantung pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) untuk ditambah baik dengan mengambil kira masalah yang disebut oleh Kementerian Pendidikan mengenai kepincangan sistem pendidikan sekolah.

2. Mengubah sukatan mata pelajaran dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran di sekolah supaya ia menekankan pemahaman konsep dan bukan mengingati fakta dan soalan latih tubi semata-mata.

Rafizi berkata, walaupun Barisan Nasional menghabiskan ratusan juta ringgit membayar perunding asing untuk mendapatkan idea menaik taraf sistem pendidikan, sehingga kini tidak ada sebarang langkah berkesan yang dicadangkan untuk mengatasi masalah umum sistem pendidikan negara. – 4 Disember, 2013.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pisa-kedudukan-malaysia-di-belakang-vietnam-dalam-pendidikan-mengejutkan

PISA 2012- RESULTS IN FOCUS

http://www.oecd.org/pisa/keyfindings/pisa-2012-results-overview.pdf

Page 13: PENDIDIKAN

Tanggungjawab guru era globalisasi

DR AMINUDIN MANSOR

16 Mei 2013

Seorang guru adalah pendidik, pembimbing dan pengajar di dalam kelas. Sekali gus, guru juga bertugas membabitkan murid dan pelajar di sesebuah sekolah. Guru juga bertanggungjawab terhadap masalah disiplin, kedatangan, kelakuan dan budi pekerti pelajar. Jelasnya, guru adalah orang terpenting di setiap sekolah.

Guru pendidik yang mendidik akal budi murid dan pelajarnya adalah pendidik yang memahami tugasnya sebagai guru. Mendidik akal budi menjurus kepada kecemerlangan ilmu pengetahuan dan kecemerlangan akhlak serta budi pekerti pelajar itu sendiri.

Kualiti yang kita harapkan daripada guru-guru ini pastinya tidak terhad kepada kualiti akademik semata-mata. Guru yang berkualiti harus bijak mengadunkan ilmu dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan dan jelas kepada pelajarnya. Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) seperti internet, gambar berkesan dan penyampaian menarik akan menjadikan seseorang guru itu diminati dan disanjung tinggi.

Pengajaran adalah apa yang disampaikan oleh guru, manakala pembelajaran apa yang diterima oleh murid dan pelajarnya. Jika pengajaran tidak berkesan, murid atau pelajar tidak akan menerima pembelajaran yang baik dan berkesan. Kini, segulung ijazah, atau diploma yang dimiliki oleh guru mesti dilengkapkan dengan ilmu pendidikan dan pengalaman mengajar yang meluas.

Ilmu yang diperoleh itu perlu diberikan tambah nilai dari semasa ke semasa. Kaedah P&P yang dipelajarinya hari ini mungkin sudah tidak relevan lagi dua atau tiga tahun akan datang. Oleh itu, melalui pembacaan, kursus dan juga perbincangan antara guru akan dapat meningkatkan P&P di sesebuah sekolah.

Bagaimanapun tugas dan peranan utama guru untuk mendidik anak bangsa yang berilmu pengetahuan, berbudi pekerti, bersemangat waja serta mampu bersaing harus dikekalkan sampai bila-bila. Perubahan masa hanya menukarkan kaedah pelaksanaannya, tetapi tidak kepada peranan hakiki guru.

Guru berkualiti juga harus bijak menangani konflik dan tekanan sepanjang kerjayanya serta dalam masa sama memenuhi sedaya mungkin harapan masyarakat yang mahukan mereka menghasilkan generasi boleh diharap meneruskan kecemerlangan negara. Guru juga mesti mampu membimbing murid dan pelajar ke arah kecemerlangan akal dan budi.

Page 14: PENDIDIKAN

Sebagai guru berkualiti, mereka juga seharusnya tidak tunduk dengan desakan dan tekanan serta keghairahan masyarakat kini yang begitu tergoda dengan pencapaian akademik, sedangkan nilai-nilai murni anak-anak ini semakin hari semakin nipis.

Keseimbangan antara kecemerlangan akademik dan akhlak mestilah ditumpukan dalam P&P di dalam kelas dan sekolah.

Konflik keyakinan masyarakat terhadap mutu guru dan sistem persekolahan juga memerlukan guru berkualiti untuk menanganinya secara bijak. Bagaimanapun, guru tidak seharusnya dibiarkan bersendirian dalam memikul tanggungjawab berat ini.

Pembentukan sesebuah generasi dalam sesebuah negara adalah tanggungjawab individu itu sendiri dan juga masyarakat secara keseluruhan. Pada masa kini, ahli masyarakat seakan membiarkan guru sahaja atasi permasalahan ini.

Sebagai ahli masyarakat, iaitu ibu bapa kepada murid dan pelajar, kita harus memberi sokongan padu kepada guru dari segi kebendaan, ganjaran terhadap guru perlu dinilai dari semasa ke semasa supaya setimpal dengan peranan dan tugas mereka. Dari segi bukan kebendaan pula, menghargai jasa dan pengorbanan guru adalah sumbangan yang perlu diberikan oleh semua orang.

Kita mempunyai ramai guru yang bukan sahaja berkualiti intelek dan ilmunya, tetapi juga berkualiti daripada segi rohaninya. Guru yang sudah lama mengajar mestilah mempunyai pengalaman luas yang seharusnya dipelajari dan diteladani oleh guru-guru baru. Sebab itu, guru akan berusaha memastikan anak muridnya berjaya dengan cemerlang di dalam pelajaran. Contoh dan teladan daripada guru berkaitan akhlak dan rohani akan menjadi ikutan murid dan pelajarnya.

Nama pun “cikgu”, mereka tidak akan puas jika anak muridnya tidak memahami apa yang diajar. Panggilan keramat ini amat sesuai dipadankan dengan tugasnya yang mencabar. Guru adalah arkitek bangsa yang berjasa. Panggilan ini akan kekal sepanjang hayat, mati pun masih dipanggil “cikgu”.

Jika ditinjau, apabila ada waktu terluang, seorang guru, tanpa mengira duit akan mengadakan kelas tambahan. Kegiatan kokurikulum sebenarnya banyak mengambil masa dan wang ringgit, sebab sudah menjadi tanggungjawab, hal ini jarang dirungutkan oleh guru. Bagai lilin yang menyala, dan kemudian membakar dirinya, guru tetap bertanggungjawab memberikan pendidikan yang terbaik bagi mewujudkan masyarakat berilmu.

http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/tanggungjawab-guru-era-globalisasi-1.160681

Persuratan ketua pengarah KPM : http://jpnmelaka.moe.gov.my/jpnmelakav2/images/articlefile_file_003423.pdf

Page 15: PENDIDIKAN

#MyGuru: Penekanan unsur kreativiti dan inovasi di IPG

Wan Syamsul Amly, Astro Awani | Kemas kini: Mei 16, 2014

(Diterbitkan pada: Mei 16, 2014 10:06 MYT)

Kerajaan akan memberi penekanan terhadap penerapan unsur-unsur kreativiti dan inovasi - Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberi penekanan terhadap penerapan unsur-unsur kreativiti dan inovasi dalam usaha memantapkan latihan guru di Institut Pendidikan Guru (IPG).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia termasuk latihan merangkumi program ijazah dan diploma perguruan berkaitan.

"Latihan perguruan merangkumi Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (PISMP) dan Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah (PDPLI).

"Elemen inovasi turut diberi tumpuan melalui aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) merangkumi pembentangan, projek, pembinaan sumber PdP, pertandingan inovasi bagi pendidikan lestari dan pembelajaran atas talian," katanya.

Muhyiddin berkata demikian dalam ucapan perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-43 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Turut hadir Menteri Pendidikan 2, Datuk Seri Idris Jusoh, Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan 2, P. Kamalanathan dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof.

Tema Hari Guru pada tahun ini adalah "Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi".

Dalam pada itu jelas Muhyiddin, peningkatan profesionalisme dan kualiti guru harus diutamakan dalam menghadapi persaingan global yang menuntut perubahan dinamik dalam sistem pendidikan.

Katanya, ia sejajar dengan tugas dan tanggungjawab besar yang terletak di bahu guru dan tuntutan komitmen tinggi bagi melahirkan insan yang berjaya termasuk pemimpin negara.

Tambahnya lagi, dianggarkan 5,000 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29,DG32,DG34 dan DG38 akan dnaikkan pangkat ke Gred DG42 sepanjang tahun ini.

``Kerajaan juga telah menggabungkan skim perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) ke dalam satu skim perkhidmatan bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP),'' ujarnya.

Page 16: PENDIDIKAN

Katanya lagi, Program Pensiswazahan Guru (PPG) yang bermula di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh meletakkan sasaran 60 peratus guru siswazah sekolah rendah dan 90 peratus guru siswazah sekolah menengah pada tahun 2015.

Pada majlis itu, bekas Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dipilih sebagai Tokoh Kepimpinan Kebangsaan manakala bekas Pengetua Cemerlang, Tengku Azuan Tengku Mohamed dinamakan sebagai Tokoh Guru Kebangsaan.

Sementara, bekas guru Matematik yang mengajar Muhyiddin di Sekolah Tinggi Muar, Yusuf Karto didatangkan khas dalam penampilan istimewa selain diraikan dalam jamuan tengah hari sempena majlis itu.

Read more at: http://www.astroawani.com/budget/news/show/myguru-penekanan-unsur-kreativiti-dan-inovasi-di-ipg-35912?cp

http://www.astroawani.com/budget/news/show/myguru-penekanan-unsur-kreativiti-dan-inovasi-di-ipg-35912

MEWUJUDKAN SISTEM PENDIDIKAN DINAMIK

Langkah kerajaan menggubal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah satu langkah bijak bagi memantapkan lagi hala tuju sistem pendidikan negara. Pelan pendidikan itu menyediakan hala tuju dasar dan inisiatif terperinci untuk menjadikan pendidikan negara lebih berkualiti dan dinamik. Ia boleh dianggap sebagai satu usaha pemantapan sistem pendidikan negara agar selari dengan perubahan pendidikan global.

Menariknya pelan pembangunan pendidikan itu dihasilkan secara demokratik melibatkan pelbagai pihak awam. Penglibatan pihak awam dibuat dengan mengadakan Dialog Nasional Pendidikan Negara (DNP) yang dijalankan dari bulan April hingga Julai tahun lalu. Inilah julung-julung kali kerajaan melakukan referendum yang membabitkan pendapat awam bagi menghasilkan pelan pembangunan pendidikan negara. Hampir 98 peratus responden yang mengikuti DPN memuji langkah kerajaan merangka pembaharuan sistem pendidikan negara.

Hasil kajian panel bebas

Asas dalam menyediakan pelan pendidikan itu adalah hasil daripada kajian yang dijalankan oleh panel bebas dalam dan luar negara. Ia turut membabitkan laporan universiti tempatan iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).Antara badan luar yang terlibat ialah Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan PBB (UNESCO), Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) serta Bank Dunia.

Hasil daripada kajian dan pemikiran yang mendalam yang dilakukan oleh pakar-pakar dalam dan luar negara serta penglibatan pihak awam akhirnya berjaya merumus atau menghasilkan 11 anjakan utama untuk mentransformasikan sistem pendidikan nasional yang akan dilaksanakan

Page 17: PENDIDIKAN

mulai tahun ini. Selain itu, lima aspirasi sistem pendidikan nasional turut ditetapkan iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.

Sebelas anjakan pendidikan terbabit ialah: kesamarataan akses pendidikan; profisien (kefasihan) murid dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris; transformasi keguruan; kepemimpinan berprestasi tinggi di setiap sekolah; memperkasa Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah berasaskan keperluan; memanfaatkan ICT dalam pembelajaran; mentransformasikan sistem penyampaian; kerjasama ibu-bapa, komuniti serta swasta; memaksimun keberhasilan murid; dan, meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam.

Gelombang pertama

Pelaksanaan transformasi sistem pendidikan itu akan dilaksanakan melalui tiga gelombang pembaharuan yang boleh dianggap sebagai fasa-fasa pelaksanaannya. Gelombang Pertama (2013-2015) menyasarkan usaha menambah baik kualiti pendidikan negara supaya mencapai purata global. Negara berhasrat untuk berada dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA) dalam tempoh 15 tahun.

Untuk mencapai hasrat tersebut maka Gelombang Pertama akan memberi fokus kepada tiga bidang iaitu menambah baik kaedah pengajaran, meningkatkan kepemimpinan kementerian dan sekolah serta meningkatkan keupayaan dan kecekapan guru bahasa Inggeris. Fasa ini turut membabitkan penambahbaikan kurikulum dan infrastruktur.

Gelombang kedua

Gelombang Kedua (2016-2020) akan menumpukan usaha melaksana perubahan dari segi struktur, iaitu menstrukturkan dan menjajarkan pejabat pendidikan sama ada di peringkat Persekutuan (kementerian), negeri serta daerah terhadap fungsi baru yang sudah dirangka itu. Ini termasuk menggerakkan semua guru dan pengetua atau guru besar kepada pakej kerjaya baru.

Keputusan kementerian mahu menjadikan profesion guru sebagai profesion pilihan adalah langkah yang tepat kerana guru yang menceburi profesion ini atas minat yang mendalam akan dapat menjiwai profesion keguruan ini dengan baik dan sekali gus memberikan kesan positif terhadap sistem pendidikan negara.

Perubahan Gelombang Kedua ini penting supaya semua inisiatif yang dirancang seperti kurikulum sekolah menengah yang baru dan kurikulum sekolah rendah yang disemak dapat dilaksanakan dengan lancar. Kurikulum baru akan dilaksanakan mulai 2016. Kurikulum baru ini merangkumi dimensi intelek, afektif (emosi) dan fizikal. Selain itu, aplikasi pengetahuan serta perkembangan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif turut ditekankan. Kurikulum baru ini juga

Page 18: PENDIDIKAN

akan membuka peluang kepada murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan dan kurikulum.

Gelombang Ketiga

Gelombang Ketiga (2021-2025) adalah fasa di mana keseluruhan penstrukturan semula termasuk pelaksanaan rombakan dalam sistem dan proses pengurusan kewangan dijangka akan selesai. Justeru, gelombang ini akan menumpukan peningkatan keluwesan operasi di mana semua sekolah, guru, pengetua dan guru besar akan dapat menunjukkan prestasi yang lebih tinggi daripada standard minimum.

Guru faktor penting

Apa pun, kejayaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 amat bergantung kepada kualiti pengajaran dan pembelajaran selain penyediaan infrastruktur pendidikan yang mencukupi dan berkualiti. Sikap positif serta komitmen dari semua guru menjadi faktor penting bagi menjayakan transformasi pendidikan yang bersifat holistik dan multi-dimensi ini.

Kesimpulan, kejayaan melaksana pelan pendidikan baru itu sangat bergantung kepada keupayaan guru untuk merealisasikan matlamat dan aspirasi pendidikan seperti yang ditetapkan itu. Selain itu, penyediaan infrastruktur pendidikan yang mencukupi dan berkualiti serta proses pembelajaran (latihan) guru yang berkesan dan terkini juga amat penting dalam melahirkan guru yang berkualiti dan cemerlang.

Yang paling penting ialah guru mestilah menghayati semangat dan falsafah pendidikan guru Malaysia yang menyebut: “Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin”. Penghayatan terhadap falsafah pendidikan guru yang mendalam akan mendorong para guru menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/524-kolumnis-akhbar/14908-mewujudkan-sistem-pendidikan-dinamik.html

RENCANA

ARKIB : 14/05/2011

Peranan guru jana transformasi pendidikan

Oleh MOHD. FADZLY MOHD. IZAB

PERANAN guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang pendidikan di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.

Page 19: PENDIDIKAN

Fungsi dan peranan guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan.

Oleh yang demikian, pemilihan tema hari guru pada tahun ini iaitu "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" adalah amat bertepatan sekali.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga guru atas jasa bakti tidak kenal erti jemu dalam usaha mendidik anak-anak bangsa yang amat memerlukan ilmu bagi memajukan diri, agama, bangsa dan negara.

"Guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya saing, berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Menurut beliau, Kementerian Pelajaran telah merencanakan pelbagai dasar, polisi dan pembaharuan pendidikan bagi memantapkan proses dan pengendalian pembelajaran dan pengajaran (P&P) di sekolah.

"Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang selepas ini akan diikuti pula oleh Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) juga tidak akan berjaya tanpa komitmen dan sokongan jitu para guru.

"Peranan guru juga besar dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan Satu Murid Satu Sukan (1M1S).

"Semua dasar dan pembaharuan pendidikan ini tidak akan memberi makna tanpa warga pendidik sebagai golongan yang berada di barisan hadapan dalam memacu arus pendidikan agar sentiasa dinamik dan progresif," jelas beliau.

Terang beliau lagi, Program Transformasi Kerajaan yang merangkumi pelan hala tuju Malaysia menjelang 2020 yang dilancarkan pada awal tahun lalu menggariskan beberapa pelan tindakan berkaitan sistem pendidikan negara.

"Sasaran utama adalah untuk mempertingkatkan pencapaian pelajar dan bidang yang menjadi tumpuan adalah prasekolah, kemahiran asas literasi dan numerasi, Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan peningkatan prestasi Pengetua dan Guru Besar.

"Namun demikian, tanpa komitmen dan usaha gigih para guru, semua pelan yang direncanakan pasti sukar untuk dijayakan dan ia jelas menunjukkan betapa besar peranan para guru yang berupaya mencorak dan membentuk generasi masa muka," tambahnya.

Page 20: PENDIDIKAN

Abd. Ghafar berkata, transformasi dalam pendidikan akan terus berlaku kerana ia selaras dengan aspirasi negara untuk menjadi negara maju dengan acuan tersendiri yang mengambil kira kepercayaan, budaya dan nilai setempat yang terpelihara sekian lama.

"Masyarakat meletakkan harapan tinggi kepada guru dan tumpuan sepenuhnya perlu diberikan terhadap tanggungjawab yang perlu digalas dalam bidang kurikulum, kokurikulum juga pembinaan sahsiah anak didik.

"Justeru, saya menyeru agar warga pendidik sentiasa bersedia untuk menyambut sebarang perubahan pendidikan bagi diterjemahkan semasa proses P&P dalam bilik darjah," ujarnya.

Beliau menambah, kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif dan inisiatif bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan guru terjamin.

"Keprihatinan ini disalurkan menerusi pelbagai usaha seperti menubuhkan jawatankuasa mengkaji beban tugas guru, cadangan wujudkan jawatan pembantu guru, menambah baik infrastruktur sekolah, menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dan menambah kuota pengetua serta guru cemerlang sehingga peringkat JUSA C," terang beliau.

Abd. Ghafar berkata, cadangan penstrukturan semula pemberian Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan bagi guru-guru di Sabah dan Sarawak membuktikan bahawa bidang pendidikan, guru-guru dan murid-murid walau di mana sahaja berada menjadi keutamaan dalam agenda semasa kerajaan.

"Konsep pendemokrasian pendidikan sentiasa dipraktiskan oleh pihak kementerian bagi memastikan peluang mengikuti pendidikan berkualiti dapat dikecapi secara sama rata di seluruh negara tanpa mengira batas geografi, gender, tahap sosio ekonomi, bangsa dan fahaman politik," jelasnya.

Katanya lagi, pelbagai inisiatif diambil bagi memastikan tiada golongan yang terpinggir seperti penyediaan Sekolah pendidikan khas dan kelas integrasi pendidikan khas bagi kanak-kanak kelainan upaya

"Kementerian Pelajaran juga telah mengambil langkah memperkemas dan menambah baik syarat dan kriteria pengambilan guru pelatih bagi kursus pra perkhidmatan.

"Langkah untuk meningkatkan profesionalisme guru akan meningkatkan martabat keguruan untuk terus dihormati, disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat," terangnya.

Menurut Abd. Ghafar, usaha memartabatkan profesion keguruan tidak akan mencapai sasaran jika dirancang dan dilaksanakan pada peringkat kerajaan atau kementerian sahaja.

Katanya, warga pendidik sendiri selaku agen perubahan perlu memainkan peranan berkesan dengan cara sentiasa meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing.

Page 21: PENDIDIKAN

"Guru janganlah jemu berusaha untuk menambah baik amalan pengajaran semasa dan sentiasa berfikiran proaktif, kreatif serta inovatif.

"Guru-guru juga disarankan supaya mengaplikasi dan mengamalkan kaedah P&P terkini seiring dengan proses globalisasi agar kekal relevan dan mampu menarik minat murid-murid untuk menimba ilmu," jelasnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0514&sec=Rencana&pg=re_03.htm#ixzz381Hnwq3S

© Utusan Melayu (M) Bhd

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0514&sec=Rencana&pg=re_03.htm

Pada era digital ini, guru tidak lagi memainkan peranan sebagai penyampai ilmu kepada putera dan puteri yang berjuang dalam medan ilmu. Dalam zaman ledakan maklumat ini, pelajar berupaya memperoleh ilmu melalui pelbagai wadah dan wahana, seperti internet, e-buku, majalah, surat khabar malah televisyen satelit. Ekoran daripada itu, guru perlu bertindak sebagai fasilitator untuk membimbing pelajar menimba ilmu. Mutakhir ini, guru bukan sahaja perlu menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang majornya tetapi juga perlu menguasai ilmu psikologi dan ICT supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif dalam pembelajaran dan pemelajaran . Dalam situasi ini, pelajar lebih minat dan beria-ia untuk mengikuti pelajaran. Sebagai impaknya, guru yang menguasai teknologi maklumat dan komunikasi dapat membimbing pelajar mencapai akademik yang cemerlang.

Salah satu tanggungjawab yang dominan bagi setiap guru adalah melahirkan golongan yang memiliki mentaliti kelas pertama kepada tanah air kita. Hal ini terjadi demikian kerana warga didik bukan sahaja memberikan ilmu dunia tetapi juga perlu menyampaikan ilmu akhirat kepada anak buahnya. Pendidikan kerohanian sangat mustahak kepada setiap insan. Guru perlu sentiasa menyuntikkan nilai-nilai murni kepada pelajar supaya mereka dapat menuju ke arah hakiki dan tidak mudah terpengaruh oleh hasutan syaitan. Dengan bimbingan, prihatin, asuhan dan kasih sayang guru, insan yang bersikap penyayang, bersemangat kental dan berfikiran terbuka akan bercambah. Jati diri penggerak wawasan. Atas sumbangan guru, pelajar yang memiliki jati diri dan bersahsiah mulia dapat menjanakan pembangunan negara.

Sesungguhnya para pendidik pada hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum. Pendidik pada hari ini telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi. Pendidik dari kacamata Islam merupakan

Page 22: PENDIDIKAN

murabbi, muallim, muaddib, alim atau ulamak. Mereka berfungsi bukan saja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat. Tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan Allah. Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai–nilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama.Para pendidik juga berperanan menerapkan nilai kerjasama dan toleransi di kalangan pelajar. Jika kita lihat, orang-orang Islam telah diikat oleh satu peraturan supaya hidup berjiran dan bersahabat dengan mereka. Hak jiran tidak boleh dikurangi dan tidak boleh boleh dilanggar sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Rasulullah S.A.W dalam pembentukan negara Islam. Dengan ini, terciptalah satu masyarakat yang berbilang kaum dan kepercayaan demi mewujudkan kebahagiaan bersama dalam satu masyarakat dan satu negara. Sikap toleransi yang diterapkan oleh guru dapat membentuk hubungan yang baik dalam masyarakat yang mampu melahirkan integrasi nasional.

Pada hari ini, marilah kita mengenang sumbangan para guru kepada anak bangsa di negara kita. Guru merupakan golongan pendidik yang banyak berjasa serta menabur bakti untuk memberi pendidikan kepada anak-anak kita. Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan para pelajar harus dan wajar memberi penghormatan serta pengiktirafan yang tertinggi atas pengorbanan dan sumbangan guru-guru mereka yang sentiasa bertungkus lumus tanpa mengenal penat lelah mendidik anak bangsa kita. Kita juga harus meletakkan martabat guru pada kedudukan yang tinggi dan mulia kerana para guru adalah penentu masa depan generasi muda. Prestasi, imej dan kualiti perkhidmatan mereka yang cemerlang akan melahirkan pelajar yang cemerlang dan seterusnya akan membentuk sebuah masyarakat yang maju dan cemerlang juga. Golongan pendidik adalah seperti lilin, membakarkan diri demi menerangi orang lain. Oleh sebab itu profesion guru disanjung tinggi oleh masyarakat.Kita perlu sama-sama merealisasikan Wawasan 2020 seperti yang diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad. Kerajaan menghargai sumbangan guru dengan mengistiharkan tanggal 16 Mei pada setiap tahun bermula dari Tahun 1975 sebagai Hari Guru. Ini salah satu usaha kerajaan untuk mengiktiraf dan mengenang jasa-jasa baik para guru. Saya berharap para guru akan terus berusaha untuk menyemaikan dan menyuburkan budaya ilmu di kalangan anak-anak agar kita dapat mencapai sebuah negara yang maju dan unggul pada masa depan.

Guru ialah orang yang menyampaikan ilmu kepada anak-anak kita supaya menjadi orang yang berguna kepada agama, masyarakat, bangsa dan negara. Ilmu pengetahuan merupakan salah satu alat terpenting yang amat berkesan dalam kehidupan manusia bagi mencapai kebahagian hidup, sama ada di dunia mahupun di akhirat. Seseorang Muslim dinilai dari segi ilmu, iman serta amalannya bagi mengukur sejauh mana ketaqwaannya kepada Allah. Ia bukan dinilai dari segi keturunan, kedudukan, bangsa, kekayaan, rupa dan warna kulit. Allah telah meletakkan orang yang beriman dan berilmu ke tahap yang paling tinggi, seperti yang ditegaskan oleh Al-Quran:

Page 23: PENDIDIKAN

“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman antara kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat”

Mereka yang berilmu diberi kedudukan yang paling tinggi serta dijadikan sebagai saksi kepada manusia lain serta Allah dan para malaikat. Mereka juga diberi kedudukan yang teristimewa sesudah para nabi, khususnya umat Rasulullah S.A.W. Mereka diberikan tanggung-jawab untuk menyampaikan seruan, memimpin umat dan mentadbirkannya selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. Dengan kata lain, mereka sebagai pewaris yang mempusakai tugas Rasulullah S.A.W selepas kewafatan baginda.Imam Ghazali menyatakan, tidak ada martabat yang lebih tinggi daripada martabat kenabian dan tidak ada kemulian yang lebih mulia daripada menjadi pewaris martabat kenabian. Kelebihan ilmu pengetahuan juga dapat ditanggapi daripada perutusan Rasulullah S.A.W. Disamping menjadi Rasul, baginda juga berperanan sebagai seorang guru dan pendidik. Allah menegaskan:

Ertinya: Maka sesungguhnya kewajipan Rasul kami hanyalah menyampaikan amanat Allah dengan terang.

Rasulullah s.a.w juga bersabda yang diriwayatkan oleh Ibn Majah:

Ertinya: Sesungguhnya aku diutus sebagai seorang guru.

Bak kata pepatah jasa guru umpama air mengalir dari anak sungai hingga ke dasar lautan.

Merujuk kepada Al-Quran Al-Karim, Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam Surah Al-Mujaadilah ayat 11 yang bermaksud :

"Nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."

Page 24: PENDIDIKAN

Melalui ayat itu diperjelaskan tentang martabat dan kedudukan tinggi dan mulia para ulamak. Pendidikan adalah aset penting yang menghala tuju pembangunan negara serta aset mahal dalam pembinaan minda manusia serta alat untuk mewujudkan jati diri atau keperibadian yang unggul.Bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman, perkembangan pesat percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi dan internet serta globalisasi, dunia telah banyak membawa banyak cabaran kepada kita. Kita tidak dapat menyangkal betapa cepatnya IT merubah dunia pembelajaran umpamanya muncul pembelajaran melalui 'online'. Para guru pada hari ini telah bersikap produktif, proaktif dan responsif terhadap perkembangan kecanggihan teknologi yang telah banyak mengajar anak bangsa kita supaya menjadi satu bangsa yang maju. Ilmu dan kemahiran dalam teknologi info-komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemangkin ke arah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti. Sebagai pemangkin, guru menggunakan teknologi info-komunikasi bukan hanya untuk menyampaikan ilmu di dunia semata-mata tetapi juga untuk meraih kepentingan ilmu akhirat kerana pendidikan berkualiti hanya akan dapat dicapai melalui keseimbangan dalam kedua-dua ilmu tersebut. Tahniah diucapkan kepada para guru!

Penguasaan ilmu yang seimbang antara duniawi dan ukhrawi, insya-Allah akan dapat melahirkan generasi yang berilmu, bertakwa, berkualiti, mampu bersaing dan bersesuaian dengan kehendak pergolakan dunia pada alaf baru ini.

Sesungguhnya Allah SWT telah mengangkat darjat orang yang beriman dan berilmu di kalangan kita semua. Oleh yang demikian, profesion perguruan adalah merupakan satu profesion yang tinggi nilainya di sisi Allah SWT dan sepatutnya kita menyanjung tinggi terhadap jasa yang mereka curahkan kepada anak bangsa kita. Ini telah ditegaskan oleh Allah SWT di dalam firmannya di dalam Surah Az-Zumar ayat 9 yang bermaksud;

"Katakanlah : Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakal sahajalah yang dapat menerima pelajaran"

Kita perlu mengakui pengorbanan guru dalam melahirkan anak watan yang berguna. Malangnya, kini banyak pelajar telah dipengarui oleh budaya barat dan hedonisme sehingga terbelenggu oleh kemelut sosial . Remaja kita seolah-olah tidak dapat melepaskan diri dalam kepompong sindrom sosial, seperti melepak, mat rempit, penagihan dadah, dan lain-lain lagi. Sesungguhnya guru perlu mendukung cita-cita untuk membanteras sindrom sosial dalam pekarangan sekolah dan masyarakat kita. Rentetan daripada itu, guru perlu sentiasa bekerjasama dengan ibu bapa untuk mengetahui kemusykilan pelajarnya . Para pendidik

Page 25: PENDIDIKAN

sentiasa mengorbankan masa dan tenaga untuk memulihkan pelajar yang tersesat di hujung jalan supaya mereka dapat balik ke pangkal jalan. Secara tidak langsung, guru berupaya mementuk masyarakat madani dan sakinat. Jasa guru akan sentiasa dikenang dalam sanubari anak muridnya hingga akhir hayat.

Guru selalu diibaratkan sebagai lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Dedikasi guru dapat membentuk pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurilum serta berakhlak mulia. Guru berkualiti aspirasi negara. Guru yang bertanggungjawab dan amanah sentisa dihormati oleh rakan sejawatan dan anak murid. Sekalung budi dan sekeping kad Hari Guru sebagai tanda terima kasih yang tidak terperi kepada semua guru. Jasa dan budi guru akan sentiasa dikenang. Segala teguran dan kritikan daripada guru semata-mata adalah demi kebaikan pelajar. Tampaknya, profesion guru semakin mencabar berbanding dengan zaman silam. Oleh itu guru perlu bersemangat waja diri dan gigih untuk meladeni kerenah pelajar yang semakin liar. Jangan putus asa dan patah semangat malah perlu sentiasa menyemarakkan semangat dan motivasi pelajar supaya mereka dapat menjadi insan yang kamil dan seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek dan emosi.

Natijahnya, komitmen yang utuh dalam kalangan guru dapat memperkasakan pembangunan insan yang berkualiti sehingga mencapai visi negara, iaitu 1 Malaysia. Guru cemerlang negara terbilang. Pendidik perlu melengkapkan diri supaya dapat membimbing anak pelajar ke arah cemerlang. Gemilang dan terbilang. Selamat Hari Guru.

Aplikasi “ E-Learning” dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah-sekolah Malaysia : http://eprints.utm.my/1517/1/WahyuYahya2006_AplikasiE-learning.pdf

Perkembangan, cabaran dan aplikasi Teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajarn di Malaysia : http://i-learn.uitm.edu.my/v2/wp-content/uploads/2013/02/Perkembangan-Cabaran-dan-Aplikasi-Teknologi-Maklumat-dalam-Pengajaran-dan-Pembelajaran-di-Malaysia.pdf

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di kalangan Guru-guru pelatih UTM : http://eprints.utm.my/10133/1/[email protected]

Cabaran guru lebih besar dalam hadapi perubahan dinamik sistem pendidikan

29th May, 2014

SANDAKAN: Naib Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Muhibbah, Abdul Hamid Sabal, berkata melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang guru tidaklah mudah

Page 26: PENDIDIKAN

berikutan tugas mereka menuntut komitmen yang tinggi ketika menghadapi persaingan global sekali gus menuntut perubahan dinamik dalam sistem pendidikan.

Beliau berkata, guru sebagai golongan profesional perlu bersedia untuk menerima perubahan dan memiliki ciri-ciri inovatif selain perlu menambah nilai intelektualnya kerana mereka merupakan agen perubahan ke arah menghasilkan modal insan yang diperlukan negara.

Katanya, jasa serta tanggungjawab besar seseorang guru hendaklah dihargai kerana golongan ini juga menjadi sumber inspirasi kepada generasi akan datang.

“Selaras dengan tema Hari Guru pada tahun ini iaitu ‘Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi’ maka sudah tiba masanya guru menjadi pencetus kepada matlamat murni itu.

“Ini adalah amat penting memandangkan negara kita sedang menuju ke era negara maju. Ekonomi negara perlu dipacu oleh daya inovasi rakyat.

“Untuk menghadapi persaingan global yang semakin sengit dalam persekitaran ekonomi yang dipacu oleh inovasi, sistem pendidikan kita sebenarnya memainkan peranan penting dalam menjana daya inovasi rakyat itu sendiri,” jelasnya.

Hamid berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Guru Tahun 2014 peringkat SMK Muhibbah di sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, katanya, koperasi sekolah sebagai wadah terbaik untuk melahirkan modal insan yang berwibawa untuk kemajuan negara.

Justeru itu, ujarnya, penubuhan koperasi sekolah digalakkan ke arah memupuk budaya keusahawanan kepada pelajar dengan memberi pendedahan teknik perniagaan termasuk pengurusan kewangan, kaedah pemasaran, pembangunan produk dan usahasama rakan kongsi dalam memastikan asas perniagaan diaplikasikan dengan teratur dan berkesan.

Page 27: PENDIDIKAN

Tegas beliau, pendedahan secara langsung kepada pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan melonjak ekonomi negara pada masa hadapan maka peranan koperasi sekolah ini bukan sahaja untuk menerapkan prinsip-prinsip dan jati diri koperasi tetapi perlu dikembangkan supaya menjadi institusi pendidikan keusahawanan yang mantap.

“Peluang ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin anggota koperasi sekolah kerana mereka akan mengisi ruang kepimpinan dan koperasi keusahawanan pada masa hadapan.

“Inilah hasrat kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk menggalakkan pelajar menceburi bidang keusahawanan apabila berada di kerajaan,” katanya. -OLEH ROZZALIN HASHIM [email protected]

New Sabah Times ( 29 Mei 2014 ) – Cabarab guru lebih besar dalam hadapi perubahan dinamik sistem pendidikan : http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/77731

Pemikiran Semula pengurusan Pendidikan : Isu-isu Inovasi dan Futuristik : http://eprints.ums.edu.my/4306/1/nc0000001646.pdf

Koleksi og Jurnal : http://www.fp.utm.my/epusatsumber/listseminar/13.SemPendidikan03/Proceedings/Proceedings2.pdf

PEMIKIRAN KREATIF, INOVATIF DAN KOMPETEN

ABSTRAK

Sememangnya Wawasan 2020 dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan telah bertujuan untuk melahirkan rakyat yang berkompeten, berkreatif dan inovatif. Hal ini kerana kita tidak seharusnya menjadi pengguna teknologi sebaliknya hendaklah menjadi penyumbang teknologi. Untuk merealisasikan matlamat ini, sistem pendidikan kita hendaklah menerapkan kemahiran kompeten, kreatif dan inovasi dalam kurikulum sekolah. Sebagai menyahut seruan kerajaan ini, saya sebagai guru telah mencuba sedaya upaya saya untuk merealisasikannya sedikit sebanyak dalam pengajaran saya. Matlamat pendidikan adalah untuk melatih pelajar berfikir dan mencapai tahap mahir. Kemahiran dapat dikuasai melalui pengajaran dan pembelajaran yang tersusun di samping mempunyai keazaman untuk memperbaikinya dan diikuti dengan latihan. Laporan Jemaah Nazir Persekutuan mendapati ramai guru yang tidak menerapkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovasi dalam pengajaran walaupun telah lama diperkenalkan di sekolah secara tidak formal. Pelajar berminat untuk belajar jika pengajaran berbantukan

Page 28: PENDIDIKAN

kreativiti, kewajaran dan justifikasi.. Oleh itu tugasan ini menyelongkar sedikit sebanyak kaedah yang telah saya gunakan untuk memupuk kemahiran berfikir secara kreatif dan inovasi tersebut. Pelbagai kaedah telah dihuraikan dalam tugasan ini. Adalah menjadi harapan saya dengan menekankan kemahiran ini maka modal insan minda kelas pertama dapat dilahirkan.

1.0 PENGENALAN

Pada akhir-akhir ini, masyarakat yang kreatif dan inovatif amat diperlukan supaya matlamat Modal Insan dapat dicapai untuk pembangunan negara. Dalam usaha menyediakan tenaga kerja yang berkualiti untuk mencapai kecemerlangan negara yang berterusan, mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawau telah membangkitkan Konsep Modal Insan. Hasrat kerajaan adalah tinggi dalam melahirkan generasi pelapis yang berkualiti dan berkompeten dalam menerajui negara ke arah kemajuan yang bakal dicapai terutamanya dalam menghadapi Wawasan 2020. Masyarakat yang kreatif bermaksud masyarakat yang mempunyai kebolehan mewujudkan sesuatu yang baharu sama sekali.

Masyarakat yang inovatif pula bermaksud masyarakat yang memiliki kemampuan untuk menciptakan sesuatu yang baharu. Sebagai institusi pelajaran, sekolah memainkan peranan penting dalam melahirkan pelajar yang kompeten, kreatif dan inovatif. Menurut mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang terbaik dalam kalangan dunia ketiga maka kejayaan yang perlu dicapai mempunyai kaitan dengan cabaran keenam Wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif dan memandang jauh kehadapan.

2.0 KONSEP PEMIKIRAN KREATIF, INOVATIF DAN KOMPETEN

Pemikiran kreatif dan inovatif dijadikan penguasaan asas ilmu dalam kalangan guru untuk diterapkan kepada pelajar-pelajar. Definisi pemikiran kreatif dan inovatif menurut George, 1970 ialah pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalah dan perlakuan semulajadi yang kompleks (Edward de Bono,1997). Beliau juga mengaitkan pemikiran kreatif dan inovatif dengan pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah. pemikiran kreatif dan inovatif yang dikembangkan dan perlu dikuasai oleh pelajar ialah pemikiran secara kritis dan kreatif. Poh Swee Hiang (1999) menyatakan pemikiran keatif amat penting untuk membentuk warganegara yang tahu dan mampu menggunakan pemikiran mereka dalam menghadapi pelbagai cabaran, tekanan dan perubahan manakala pemikiran inovatif dapat membentuk individu agar mempunyai daya kreativiti yang baik, ideal, imaginatif dan mempunyai unsur-unsur humanistik dan artistik yang tinggi.

Page 29: PENDIDIKAN

Apabila kedua-dua kemahiran ini dikuasai oleh pelajar melalui rangsangan dan latihan yang diberi seterusnya pelajar mengaplikasikan dalam corak pembelajaran harian maka pembelajaran yang optimum akan berlaku. Kompeten bermaksud pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dimiliki oleh seseorang pelajar untuk meningkatkan kualiti pencapaian pendidikan. Kompeten merupakan satu keperluan yang standard bagi seseorang pelajar mencapai hasil peresekolahannya seperti dapat bersaing secara positif dengan rakan-rakan pelajar dan mereka hendaklah bernilai marketable dan employable apabila mereka meninggalkan bangku sekolah. (Ainon Muhammad, 1996)

Untuk merangsang daya kreativiti murid, sistem pendidikan di negara kita perlu menekankan aspek percambahan idea dalam kalangan murid. Pembelajaran dalam bilik darjah perlu menjadi medan di mana murid-murid dapat mengemukakan idea-idea yang bernas dan seterusnya berkongsi idea ini dengan rakan-rakan yang lain untuk menghasilkan sesuatu yang bermanfaat. Percambahan idea ini boleh dirangsang mealui pendekatan pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah atau problem-based learning. Sebagai contoh, seorang guru yang kreatif boleh meminta murid untuk bekerja dalam beberapa kumpulan kecil untuk menyelesaikan sesuatu masalah di sekolah.

Sekolah saya sering menghadapi masalah pembuangan sampah yang menjejaskan persekitaran dan suasana pembelajaran di sekolah. Perkara pertama yang perlu saya buat ialah mengenal pasti apakah punca yang menyebabkan masalah tersebut. Setelah menemui puncanya, saya boleh menggalakkan pelajar mengemukakan pelbagai idea untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mereka boleh berbincang mengenai perkara ini, membuat persembahan kepada kelas mengenai saranan penyelesaian masalah, dan seterusnya memilih saranan yang terbaik bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Mungkin mereka akan mengemukakan kaedah baharu seperti pengurusan pembersihan sekolah, pemberian insentif kepada murid atau kelas yang paling bersih, atau mencipta alat baharu yang boleh mengatasi masalah pembuangan sampah di sekolah. Aktiviti ini melibatkan beberapa proses pembelajaran penting seperti pencarian fakta (fact finding), pencarian punca masalah (problem finding), pencarian idea (idea-finding) dan akhirnya penemuan penyelesaian (solution finding) yang kesemuanya merangsang daya kreativiti murid.

Kesimpulannya, sekolah sebagai organisasi hendaklah memberikan peluang kepada pelajar untuk mencambahkan idea mereka. Dengan percambahan idea, pelajar yang berfikiran kreatif, kompeten dan inovatif dapat dilahirkan.

Page 30: PENDIDIKAN

3.0 KAEDAH CUNGKIL BIJAK

Saya sebagai guru telah memperkenalkan satu kaedah yang bernama Cungkil Bijak dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pengajian Am. Kaedah ini lebih berpusatkan pelajar. Aktiviti sambil belajar seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, lawatan, penyelesaian masalah, penggunaan sumber luar bilik darjah dan penggunaan teknologi dalam ICT bukan sahaja dapat melahirkan pelajar yang kreatif, tetapi juga inovatif. Saya telah memperkenalkan beberapa aktiviti baru termasuklah program ‘Cungkil Bijak’ ini untuk menarik minat para pelajar dalam tajuk Kenegaraan. Cungkil Bijak merupakan satu kaedah kuiz. Pelajar dibahagiakn kepada dua kumpulan dan diadakan duga akal.

Sebelum mengambil bahagian dalam program ini, pelajar didapati menyediakan pelbagai teknik mengambil nota dan menyimpan nota untuk menajwab soalan-soalan tersebut. Biasanya pelajar saya lemah menguasai istilah dan fakta mengenai perundangan, kehakiman dan pentadbiran Malaysia. Selepas diadakan program Cungkil Bijak ini pelajar dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan yakin dan betul. Kreativiti mereka adalah dalam cara penyediaan nota dan inovasi pula mereka ialah dalam mereka bentuk satu teknik baharu yang belum digunakan oleh mana-mana pelajar yang lain di sekolah saya.

Kesimpulannya, kaedah Cungkil Bijak ini telah mendorong pelajar saya lebih kreatif dan inovatif dalam penyediaan dan penyampaian buah fikiran. Malah saya telah mendapati prestasi mereka juga telah meningkat khususnya topik yang diajarkan.

4.0. KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH

Kreativiti dan inovasi dalam kalangan pelajar juga boleh dipupuk dalam pelaksanaan pembelajaran dalam kumpulan. Setiap pelajar mempunyai daya imiginasi yang tersendiri dalam melihat sesuatu secara berlainan. Pembelajaran dalam kumpulan dapat memupuk para pelajar untuk berfikiran secara terbuka atau berfikir di luar kotak serta secara analitikal, kritikal dan praktikal. Apabila saya memberikan pelajar sesuatu situasi untuk diselesaikannya, pelajar-pelajar melihat masalah itu dari pelbagai perspektif.

Sebagai contoh pelajar aliran sastera melihat dari aspek kualitatif manakala pelajar aliran sains saya pula melihat dari perspektif kuantitatif. Bagaimanapun kedua-dua golongan ini melihat sesuatu masalah yang diberikan secara alitikal, praktikal dan pragmatik. Hal ini akan mendorong

Page 31: PENDIDIKAN

–pelajar pelajar saya untuk melihat sesuatu perkara itu sebagai peluang yang boleh mencetuskan idea baharu. Mereka juga terpaksa menggunakan minda yang kreatif untuk menemukan perspektif yang baru dalam penyelesaian masalah.

Dalam bilik darjah, saya sentiasa memastikan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran. Setiap bahan yang digunakan merangkumi sifat-sifat, kelebihan dan kekurangan bahan yang digunakan dalam pembelajaran. Hal ini memerlukan pelajar bijak membezakan setiap bahan yang digunakan. Oleh itu kebolehan membandingkan dan membezakan dalam bab Kehakiman umpamanya amat diperlukan di samping penyelesaian masalah yang diberi. Tajuk Kehakiman yang merangkumi fungsi dan bidang kuasa mahkamah dan hakim contohnya lebih menjurus kepada soalan penyelesaian masalah yang dikemukakan berdasarkan situasi-situasi. Hal ini selaras dengan Sukatan Pelajaran Pengajian Am yang menuntut pelajar supaya mentakrifkan mahkamah dan bidang kuasanya dengan tepat sebelum menyelesaikan masalah kehakiman yang diberi.

Pelajar perlu memikirkan beberapa alternatif dan menentukan pilihan yang terbaik semasa menyelesaikan masalah dengan mengambil kira perkara-perkara penting kemudian menentukan keutamaan untuk menyelesaikan masalah.Penggunaan model kreatif dan inovasi akan membantu pelajar dalam cara belajar bab ini dengan lebih berkesan. Pelajar yang mengaplikasikan model ini dalam pembelajaran bab Kehakiman telah memahami bahawa kemahiran berfikir yang efektif perlu digunakan dalam menyelesaikan masalah kerana penyelesaian masalah Kehakiman juga sebagai proses kemahiran berfikir. Saya berpendapat bahawa penggunaan kaedah pemikiran kreatif dan inovasi dalam menyelesaikan masalah yang digunakan dalam pembelajaran, pelajar diharapkan menjadi seorang penyelesai masalah yang baik sama ada di dalam dan di luar sekolah.

Kesimpulannya, kaedah penyelesaian masalah ini bukan sahaja telah berjaya merungkaikan segala kesulitan pelajar dalam pelajaran malah dapat membantu pelajar apabila mereka dewasa nanti.

5.0. PENGGUNAAN PETA MINDA DAN GRAFIK

Untuk memantapkan penggunaan kreatif dan inovasi dalam bilik darjah, saya menggalakkan pelajar saya menggunakan alat-alat berfikir seperti peta minda dan untuk membantu mereka dalam memahami fakta-fakta dalam bab Perundangan dengan lebih mudah. Pelajar-pelajar digalakkan untuk mencatat nota dengan menggunakan peta minda. Hal ini adalah selaras dengan Abd.Rahim (1999) dan Buzan (1984) iaitu bagi meningkatkan daya ingatan, taakulan dan perkembangan pemikiran dalam sesuatu pembelajaran, konsep pemetaan minda boleh

Page 32: PENDIDIKAN

diketengahkan. Perundangan merupakan satu bab untuk pelajar memahami proses pembinaan ingatan yang bermula dari tajuk-tajuk kecil hinggalah tajuk-tajuk yang lebih rumit.

Setiap proses yang dinyatakan dalam bab ini memerlukan kemahiran berfikir pelajar untuk membezakan setiap aras perundangan seperti perundangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Oleh yang demikian untuk mengelakkan pelajar-pelajar keliru dengan setiap proses yang dinyatakan, pelajar boleh menggunakan model pemikiran kreatif dan inovatif untuk bab ini. Teknik berfikir melalui operasi meta kognitif ini akan membantu individu menjana pemikiran secara kreatif dan kritis melalui peta minda dan penggunaan grafik.

Selain itu peta minda yang lain adalah seperti ‘relevance tree’. Saya akan memecahkan sesuatu tajuk utama kepada sub-tajuknya. Contoh yang biasa saya gunakan ialah Carta Organisasi sesebuah pertubuhan seperti Hierarki Kerajaan Pesekutuan Malaysia. Struktur organisasi ini dapat difahami dengan lebih jelas lagi dengan adanya pertalian ‘line’ dan ‘staff’. Biasanya garisan biasa menunjukkan tanggunjgawab langsung kepada matlamat organisasi manakala garisan berputus-putus menunjukkan fungis staf yang berperanan menyokong dan menasihati ahli organisasi yang lain. Satu lagi bentuk peta minda yang saya gunakan untuk menggalakkan pelajar saya berfikir secara kreatif dan inovasi ialah rajah tulang ikan. Rajah ini biasanya saya gunakan untuk meneliti sebab dan punca masalah sesuatu proses atau organisasi. Teknik ini sangat diutamakan khususnya apabila saya mengajar tajuk-tajuk esei dalam kelas saya.

Kesimpulannya, penggunaan peta minda dan grafik seperti rajah, gambar rajah dan pelbagai bentuk visual lain mendorong pelajar saya berfikir secara lebih terbuka, kreatif dan inovatif

6.0 PENGGUNAAN TEKNIK GLUKOSA

Seperti yang diketahui umum, GLUKOSA diperlukan untuk menghasilkan tenaga

bagi metabolisme hayat. Saya telah menterjemahkan ini dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah untuk menghasilkan idea-idea baharu. GLUKOSA yang diertikan adalah seperti berikut:

G – ganti atau gabung

L – lebihkan (diperbanyakkan dari segi kuantiti sesuatu unsur)

U – ubahsuai (ubah warna, bentuk, proses, rasa, bau, bunyi dan lain-lain)

Page 33: PENDIDIKAN

K – kurangkan (diperkecilkan dari segi kuantiti sesuatu unsur)

O – olakkan (diulang-ulang, diputar, dikisar dan dipusingkan)

S – songsangkan (diterbalikkan dari segi masa, proses, arah dan lain-lain)

A – aplikasi atau adaptasi.

Untuk menghasilkan rekaan baharu, saya telah menggunakan GLUKOSA untuk meneliti sesuatu benda atau idea yang sedia ada. Teknik ini telah saya gunakan secara sengaja dan dijadikan sebagai suatu kebiasaan berfikir. GLUKOSA ini merupakan satu senarai semak (check list) Senarai semak ini telah diperluas lagi dan tidak rigid. Untuk memudahkan aplikasinya di bilik darjah maka suatu bentuk penyusun grafik dicadangkan. Contohnya adalah seperti berikut:

IDEA / PROSES /BENDA SEDIA ADA Idea / proses & bentuk baru

Unsur/Ciri/Bahagian Senarai Semak Kemungkinan, Akibat & Kesan

G

L

U

K

O

S

A

Pelajar-pelajar diminta mengisi item yang dipelajari di ruang pertama. Selepas itu mereka dikehendaki nyatakan sebarang kemungkinan, akibat atau kesan yang berlaku terhadap item yang ditulisnya tadi di ruang ketiga. Selepas pelajar berfikir, sudah tentu dia akan memperoleh satu idea baharu. Jadi idea baharu itu akan ditulis di ruang akhir. Saya telah melakukan eksperimen ini setiap kali saya mengajar tajuk karangan. Karangan lebih sesuai kerana pelajar dapat memikirkan banyak idea baharu mengenainya.

Kesimpulannya, kaedah GLUKOSA amat sesuai bagi guru-guru bahasa yang perlu mengajar tajuk-tajuk karangan, rumusan, ringkasan dan karangan berpandu.

Page 34: PENDIDIKAN

7.0 KAEDAH KEMAHIRAN KOGNITIF DAN INKUIRI

Salah satu matlamat dalam Sukatan Pelajaran Pengajian Am ialah pelajar dapat memikirkan sesuatu dengan kritis dan kreatif sesuai dengan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Dalam hali ini saya sebagai guru memberi tumpuan terhadap ketrampilan berbahasa yang dapat mendidik pelajar agar bertutur, cekap membaca dan dapat menulis dengan kreatif. Matlamat ini dapat dicapai melalui penghasilan karangan yang melibatkan hubungan pemikiran dan peluahan dalam bentuk tulisan. Menurut Mohd. Yusuf Hassan (1994), penulisan karangan adalah hubungan antara keupayaan pelajar berfikir dengan domain kognitif di samping domain afektif dan psikomotor.

Dalam konteks pengajaran karangan, saya menggalakkan pelajar menulis rangka-rangka karangan sebelum memindahkannya dalam bentuk karangan lengkap. Beberapa kumpulan diwujudkan dan setiap ahli kumpulan digalakkan memberi pendapat mengenai tajuk yang bakal ditulis oleh mereka. Sokongan bahan bantu mengajar seperti keratan akhbar, rencana elektronik dan power point akan melahirkan pemikiran pelajar yang positif, kreatif dan inovatif. Penghasilan karangan oleh pelajar mempamerkan kemahiran berfikir setelah melalui pendedahan kemahiran berfikir setelah melihat, membaca dan menghayati bahan-bahan pengajaran yang telah saya sediakan sepanjang tempoh pengajaran karangan tersebut.

Dalam memupuk kemahiran berfikir secara kreatif dan inovasi saya mengesyorkan Model Inkuiri dalam bilik darjah. Model Inkuiri ini merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah yang dikemukakan. Saya menjalankan aktiviti soal selidik ini supaya pelajar saya dapat mengenal pasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, manjalankan kajian atau siasatan dan seterusnya mendapatkan jawapan dan membuat rumusan. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, saya menggunakan dua jenis teknik inkuiri iaitu ‘inkuiri terbimbing’ dan ‘inkuiri terbuka’. Dalam Inkuiri terbimbing, saya telah membimbing pelajar menjalankan segala proses kajian.

Kajian jenis ini telah saya gunakan untuk membimbing pelajar tingkatan enam atas untuk menjalankan kajian seperti mana dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran. Dalam inkuiri terbuka, pelajar tidak diberi sebarang bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh pelajar sendiri. Model inkuiri ini amat berguna apabila saya menyuruh pelajar mencari bahan pembelajaran seperti keratan akhbar, rencana dari internet dan sebagainya. Pelajar dikehendaki mengumpul seberapa banyak maklumat yang bersesuaian dengan tajuk yang diberi guru.

Page 35: PENDIDIKAN

Kemudian saya akan menentukan sama ada bahan yang dicari pelajar itu sesuai atau tidak mengikut kehendak pelajaran pada hari tersebut. Model ini membantu pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan baru dalam pelbagai bidang khususnya bagi tajuk-tajuk Pengajian Am.

Kesimpulannya, kemahiran kognitif dan inkuiri membantu pelajar dapat menulis esei yang lebih berkualiti, berfikir secara logik, boleh memuatkan atau mengisi buah fikiran di lokasi yang sesuai dalam wacana penulisan atau lisan. Tanpa kemhiran kognitif pelajar tidak dapat memiliki kemahiran ingin mengetahui.

8.0 PENUTUP

Kesimpulannya, sekolah memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan para pelajar yang kreatif dan inovatif dan kompeten selaras dengan pembentukan Modal Insan bagi mengisi keperluan negara maju 2020. Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. Hal ini disebabkan golongan pelajar yang akan menjadi pemimpin negara pada masa yang akan datang adalah golongan yang sedang berada di universiti dan sekolah sekarang. Merekalah yang akan jadi pemimpin, pengurus, penggerak pembangunan negara seterusnya merekalah yang akan menjadi golongan yang akan berusaha memajukan negara di samping menikmati apa juga kejayaan yang telah diusahakan oleh generasi terdahulu.

Oleh itu, jelas kelihatan bahawa sekolah memainkan peranan yang amat besar dalam melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif dan kompeten untuk keperluan masa depan negara. Pembangunan modal insan seperi dituntut dalam Wawasan 2020 dan Pelan Induk Pembanguan Pendidikan memerlukan pemikiran rakyat yang dinamik dan berkualiti terutama dari segi kefahaman dan penerokaan fikiran. Untuk membentuk sebuah masyarakat yang saintifik dan progresif, guru-guru hendaklah sanggup menghadapi perubahan dan berpandangan jauh ke hadapan.

http://dhanapalblog.wordpress.com/2013/03/10/pemikiran-kreatif-inovatif-dan-kompeten/

Halangan-halangan kepada usaha memupuk kreativiti di kalangan pelajar : http://eprints.uthm.edu.my/131/1/mohamad_mohsin.pdf

Page 36: PENDIDIKAN

Peta Pemikiran i- THINK

Kementerian Pendidikan Malaysia ( 2013 ) : http://www.ithink.org.my/bmhome/page/thinkingmaps

Keberkesanan penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran : http://www.ukm.my/jpbm/pdf/32-45%20Yahya%20et%20al.UBD.pdf