PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL€¦ · 6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2...

28
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL KOKURIKULUM DAN SUKAN TINGKATAN 2 2014

Transcript of PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL€¦ · 6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2...

  • i

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

    PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

    KOKURIKULUM DAN SUKAN

    TINGKATAN 2

    2014

  • ii

  • DOKUMEN STANDARD

    PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)

    MODUL JATI DIRI

    KOKURIKULUM DAN SUKAN

    TINGKATAN 2

    BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

    iii

  • iv

    Copyright © 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62600 Putrajaya Cetakan Pertama 2013 Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya

  • v

    KANDUNGAN

    1. RUKUN NEGARA

    vi

    2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    vii

    3. KATA PENGANTAR

    viii

    4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional 4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard

    1 1 1 1

    5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P

    2 2

    6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2 Objektif Modul 6.3 Fokus Modul 6.4 Organisasi Standard Kurikulum 6.5 Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian

    4 4 4 5

    6-10

  • vi

    RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh

    masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat

    dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan

    berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

    MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut

    berdasarkan prinsip-prinsip berikut :

    KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

  • vii

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

    bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

    kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,

    berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

    keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

  • viii

    Kata Pengantar Dokumen Standard Kurikulum (DSK) ialah dokumen yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21. Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. DSK ini diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran konstruktivisme. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan. DSK ini menjelaskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Kandungan DSK ini menggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan cabaran yang sesuai dengan murid pada tahap tertinggi dalam pendidikan sekolah menengah. DSK ini seharusnya dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dalam menyediakan DSK yang dibangunkan ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarah, penyelidik, eksekutif industri, pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya DSK ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

    (Dr. MASNAH BINTI ALI MUDA) Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

  • 1

    PENGENALAN Struktur Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional (PAV) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    Matlamat Pendidikan Asas Vokasional Matlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR menjadi modal insan berkemahiran bekerja dan bersedia melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Objektif Pendidikan Asas Vokasional Objektif PAV adalah untuk menjadikan aliran pendidikan vokasional sebagai pilihan selain daripada aliran perdana yang sedia ada. Ini bersesesuaian dengan murid berisiko untuk tercicir, agar dapat menimbulkan minat belajar yang berterusan terutama dalam bidang kerja tangan. PAV dilihat mampu menggilap potensi belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberikan kemahiran generik asas dan kemahiran spesifik pekerjaan. Kemahiran ini, yang memang dituntut oleh majikan dan industri, akan menanam kemahiran yang menjadi asas kepada pembentukan sahsiah dan pembangunan karakter yang mantap. PAV turut menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran pekerjaan serta memberikan pendedahan dan bimbingan agar mereka kritis, kreatif dan inovatif. Melalui aktiviti yang menarik dan berkesan, murid dapat membuat keputusan dalam mencorakkan masa depan serta menerap dan mengembangkan kompetensi keusahawanan serta menjana budaya niaga. Kurikulum Berasaskan Kompetensi Kurikulum PAV adalah menggunakan konsep Kurikulum Berasaskan Kompetensi yang membenarkan murid mengulang semula kompetensi yang belum dicapai sehingga murid PAV kompeten sesuatu kemahiran yang di perlukan oleh Kriteria Pencapaian. Kurikulum Modular Berasaskan Standard Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria

    Pencapaian yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.

    Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard Kandungan Kriteria Pencapaian Kriteria pencapaian adalah kenyataan yang mengkhususkan apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan bagi setiap Standard Pembelajaran.

  • 2

    PELAKSANAAN

    Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Waktu P&P modul ini diperuntukkan sebanyak 2 waktu seminggu selama 35 minggu menjadikan keseluruhan 70 waktu setahun. Guru berlatarbelakang opsyen Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan paling sesuai mengajar modul ini. Pelaksanaan modul ini hendaklah menggunakan prasarana yang sedia ada. Jika sekolah mempunyai kekurangan prasarana, guru haruslah membuat perancangan supaya pengajaran ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Penggunaan Teknologi Dalam P&P Dicadangkan, guru boleh menggunakan bahan/peralatan sebenar yang sedia ada untuk mengajar modul ini. Sekiranya kemahiran masih belum dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain. Guru perlulah kreatif dalam P&P yang melibatkan penggunaan bahan/peralatan di bilik darjah/bengkel/makmal/ladang/lapangan. Guru perlu mengolah P&P supaya mengintegrasikan TMK serta keusahawanan dapat diaplikasikan.

  • 3

    DOKUMEN STANDARD KURIKULUM

    KOKURIKULUM DAN SUKAN

  • 4

    DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) Matlamat Modul Standard kurikulum Kokurikulum dan Sukan bertujuan untuk melahirkan murid yang sihat serta seimbang daripada segi mental dan fizikal. Murid juga perlu mempunyai daya tahan, berupaya mengembangkan potensi diri, berdisiplin, berketerampilan serta mampu menghindarkan diri dari gejala sosial. Objektif Modul Di akhir modul ini, murid akan dapat;

    1. Melahirkan insan yang sihat serta seimbang daripada segi mental dan fizikal.

    2. Memupuk bakat serta menggalakkan potensi diri yang sedia ada dan mampu mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.

    3. Membentuk nilai estetika serta sosial yang positif. 4. Memupuk jati diri dan membentuk disiplin. 5. Memupuk sifat kesukarelaan dan melaksanakan amal kebajikan. 6. Memupuk rasa kesyukuran dalam diri.

    Fokus Modul Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional dalam bidang kokurikulum dan sukan memberi penekanan kepada asas pengetahuan berteraskan kepada perkembangan dan penggabungan domain pengetahuan kerjaya, kompetensi kemahiran teknikal dengan menerapkan aspek keselamatan, teknologi hijau dan keusahawanan. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk menggalakkan pembelajaran, mengekalkan minat dan menimbulkan kesedaran murid supaya terus maju dengan menggunakan pendekatan holistik seperti berikut:

    Pendekatan modular berasaskan kompetensi Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, tugasan dan aktiviti Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk Pembelajaran autentik (kontekstual dan konstruktif) Pembelajaran kolaboratif dan koperatif Pembelajaran masteri Integrasi TMK merentas kurikulum Integrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri Pengurusan kewangan berhemah

  • 5

    Organisasi Standard Kurikulum

    Standard Kurikulum modul ini disusun supaya mempunyai kesinambungan dengan pengetahuan dan kemahiran di Tingkatan 2 hingga 3. Standard Kandungan mempunyai satu atau lebih Standard Pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan bidang pembelajaran tertentu. Standard Kandungan ditulis mengikut hierarki dalam domain kognitif dan afektif. Pernyataan Standard Kandungan ini merupakan pernyataan umum yang mengandungi unsur pengetahuan, kemahiran berfikir, sikap dan nilai murni yang sesuai dengan Standard Pembelajaran yang dihasratkan. Secara am, Standard Pembelajaran disusun mengikut hierarki dari mudah ke kompleks, sungguhpun begitu urutan Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian boleh diubahsuai mengikut kesesuaian dan keperluan pembelajaran. Aktiviti boleh dipelbagaikan untuk mencapai satu Standard Kandungan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, sesuai dengan kebolehan serta gaya pembelajaran murid. Guru digalakkan merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif bagi menjana pemikiran secara analitis, kritis, inovatif dan kreatif di samping menggunakan teknologi sebagai wahana dalam mencapai Standard Kandungan tersebut dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti dan inovasi sebagai persediaan ke arah menyediakan modal insan yang berupaya menyumbang ke arah menjadikan negara sebagai negara berpendapatan tinggi selaras dengan hasrat Model Baru Ekonomi.

  • 6

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

    1. KAWAD DINAMIK

    Berkebolehan melakukan aktiviti kawad dinamik

    (14 WAKTU)

    1.1 Menyatakan arahan kawad dinamik mengikut item berikut:

    - perlahan jalan dan cepat jalan,

    - tukar langkah semasa jalan, - hormat ke hadapan hormat, - hormat ke kanan hormat, - hormat dan hormat selaku

    terima sijil. 1.2 Menuturkan arahan kawad

    dinamik.

    1.3 Memadankan arahan kawad dengan pergerakan yang hendak dilakukan. 1.4 Melakukan kawad dinamik berdasarkan arahan yang diberi. 1.5 Mengesan dan membetulkan kesalahan-kesalahan dalam pergerakan kawad. 1.6 Menyatakan kepentingan disiplin diri dalam aktiviti kawad.

    1.1.1 Menyatakan semula arahan kawad dinamik iaitu; perlahan jalan dan cepat jalan, tukar langkah semasa jalan, hormat ke hadapan hormat, hormat ke kanan hormat, hormat dan hormat selaku terima sijil berdasarkan piawai arahan kawad Kadet Remaja Sekolah. 1.2.1 Menuturkan 3 arahan kawad dinamik dengan intonasi yang betul.

    1.3.1 Memadankan 3 arahan kawad yang betul disertai dengan pergerakan kawad yang tepat. 1.4.1 Melakukan 3 simulasi kawad dinamik. 1.5.1 Mengenalpasti dan membetulkan kesalahan arahan dan pergerakan kawad dinamik. 1.6.1 Menyenaraikan 3 faedah berkawad. 1.6.2 Menyatakan 3 kepentingan disiplin diri dalam aktiviti kawad.

  • 7

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

    2. PERKHEMAHAN Jenis-jenis kraf perkhemahan kecil.

    Berkebolehan mengetahui tentang pengurusan khemah.

    (6 WAKTU)

    2.1 Menyenaraikan jenis- jenis kraf kecil. 2.2 Menyatakan kegunaan kraf kecil. 2.3 Menyenaraikan jenis- jenis kraf sederhana. 2.4 Menyenaraikan jenis- jenis kraf besar 2.5 Menyatakan kegunaan kraf sederhana dan besar 2.6 Melakukan amali membuat kraf.

    2.1.1 Menyenaraikan 3 jenis kraf kecil. 2.2.1 Menyatakan 3 kegunaan kraf kecil. 2.3.1 Menyenaraikan 2 jenis kraf sederhana 2.4.1 Menyenaraikan 2 jenis kraf besar. . 2.5.1 Menyatakan 2 kegunaan kraf sederhana dan besar. 2.6.1 Melakukan amali membuat kraf kecil. 2.6.2 Melakukan amali membuat kraf sederhana. 2.6.3 melakukan amali membuat kraf besar.

    3. TALI TEMALI Ikatan tahap 1 Berkebolehan melakukan aktiviti tali temali.

    (6 WAKTU)

    3.1 Menyatakan jenis-jenis ikatan iaitu;

    - Ikatan Balak, - Ikatan Simpul Belit, - Ikatan Silang Gunting, - Ikatan Serong, - Ikatan Seraya

    3.2 Latihan amali ikatan.

    3.1.1 Menyatakan jenis-jenis ikatan iaitu ikatan balak, ikatan simpul belit, ikatan silang gunting, ikatan serong, dan ikatan seraya. 3.2.1 Membuat 3 ikatan dengan betul.

  • 8

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

    3.3 Melabelkan jenis-jenis ikatan. 3.4 Menerangkan kegunaan ikatan.

    3.3.1 Melabelkan jenis-jenis ikatan. 3.4.1 Menerangkan 2 kegunaan ikatan.

    4. BANTU MULA Asas Rawatan Berkebolehan dan memahami aktiviti bantu mula.

    (6 WAKTU)

    4.1 Menyatakan definisi patah. 4.2 Menyatakan tanda-tanda patah. 4.3 Menyatakan jenis-jenis patah. 4.4 Melabelkan jenis-jenis patah. 4.5 Kaedah rawatan patah. 4.6 Gigitan dan sengatan. 4.7 Kaedah rawatan gigitan dan sengatan.

    4.1.1 Menyatakan definisi patah. 4.2.1 Menyatakan 2 tanda patah. 4.3.1 Menyatakan 2 jenis patah. 4.4.1 Melabelkan jenis-jenis patah 4.5.1 Menyusun prosedur kaedah rawatan awal yang betul 4.6.1 Menyenaraikan 2 jenis serangga berbisa. 4.6.2 Menyenaraikan 2 binatang yang berbisa. 4.6.3 Menyenaraikan tanda-tanda akibat gigitan dan sengatan. 4.7.1 Mengenalpasti kaedah rawatan awal akibat jenis gigitan.

  • 9

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

    4.8 Kecederaan terbakar. 4.9 Keracunan.

    4.7.2 Mengenalpasti kaedah rawatan awal akibat jenis sengatan. 4.7.3 Menyenaraikan prosedur rawatan awal. 4.8.1 Mengenalpasti kecederaan terbakar. 4.8.2 Membuat pengelasan kecederaan terbakar. 4.8.3 Menyenaraikan kaedah rawatan awal. 4.9.1 Mengenalpasti tanda-tanda keracunan. 4.9.2 Menyenaraikan kaedah rawatan awal.

    5. KHIDMAT MASYARAKAT

    Berkebolehan mengurus dan melakukan aktiviti gotong- royong serta lawatan ziarah.

    (4 WAKTU)

    5.1 Melakukan gotong-royong dan memperbaiki pelbagai peralatan sekolah.

    5.1.1 Memperbaiki kerusi dan meja sekolah. 5.1.2 Melakukan kerja pembersihan satu kawasan persekitaran di sekolah.

  • 10

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

    6. SUKAN

    Berkebolehan menguasai kemahiran dan mengelola pertandingan.

    (34 WAKTU)

    6.1 Mengetahui sejarah peraturan dan undang-undang permainan. 6.2 Melakukan kemahiran asas permainan. 6.3 Menerangkan otot-otot yang terlibat semasa aktiviti.

    6.1.1 Mengetahui sejarah dan perkembangan permainan. 6.1.2 Memahami peraturan dan undang- undang permainan. 6.1.3 Menyenaraikan peralatan dan pakaian permainan. 6.2.1 Menyatakan aktiviti memanaskan badan. 6.2.2 Menyatakan aktiviti gerak kendur. 6.2.3 Menerangkan pertimbangan untuk latihan. 6.2.4 Menguasai kemahiran asas permainan. 6.2.5 Pengelolaan pertandingan. 6.3.1 Menyatakan jenis otot-otot besar. 6.3.2 Menyatakan jenis otot-otot kecil. 6.3.3 Menyatakan komponen-komponen kecergasan

  • 11

    Terbitan:

  • PEMETAAN KANDUNGAN TINGKATAN 1-3 KOKURIKULUM DAN SUKAN BAGI PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL(PAV)

    STANDARD KANDUNGAN

    STANDARD PEMBELAJARAN

    1. KAWAD 1.1 Kawad Statik. 1.2 Kawad Dinamik. 1.3 Kawad Individu.

    Di akhir Tingkatan 3 murid akan: i. Mengetahui arahan kawad. ii. Melakukan pergerakan kawad. iii. Memberi arahan kawad.

    TINGKATAN 1

    TINGKATAN 2

    TINGKATAN 3

    Aras 1. 1.1 Menyatakan semula

    arahan kawad statik iaitu;

    - sedia, senang diri dan rehatkan diri,

    - Masuk baris, - buka dan tutup baris - ke kanan lurus, - pandang depan, - nyatakan nombor, - ke kanan, ke kiri dan belakang pusing, - hentak kaki, - keluar baris

    Aras 1. 1.1. Menyatakan semula

    arahan kawad dinamik iaitu;

    - perlahan jalan dan cepat jalan,

    - tukar langkah semasa jalan,

    - hormat ke hadapan hormat,

    - hormat ke kanan hormat, - hormat dan hormat

    selaku terima sijil.

    Aras 1. 1.1 Memberi arahan kawad

    kepada platun.

    Aras 2. 2.1 Menuturkan arahan

    kawad statik. 2.2 Memadankan arahan

    kawad dengan pergerakan yang hendak dilakukan.

    Aras 2. 2.1 Menuturkan arahan kawad dinamik. 2.3 Memadankan arahan kawad dengan pergerakan yang hendak dilakukan.

    Aras 2. 2.1 Memberi arahan kawad dan melakukan pergerakan secara individu.

  • Aras 3. 3.1 Melakukan kawad statik

    berdasarkan arahan yang diberi.

    3.2 Mengesan dan membetulkan kesalahan-kesalahan dalam pergerakan kawad.

    3.3 Menyenaraikan faedah berkawad.

    3.4 Menyatakan kepentingan disiplin diri dalam aktiviti kawad.

    Aras 3. 3.1 Melakukan kawad

    dinamik berdasarkan arahan yang diberi.

    3.2 Mengesan dan membetulkan kesalahan-kesalahan dalam pergerakan kawad.

    3.3 Menyatakan kepentingan disiplin diri dalam aktiviti kawad.

    Aras 3. 3.1 Mempamerkan pergerakan kawad statik dan kawad dinamik secara berurutan.

  • STANDARD KANDUNGAN

    STANDARD PEMBELAJARAN

    2. PERKHEMAHAN

    Di akhir Tingkatan 3 murid dapat mengetahui serta boleh melakukan:

    Asas berkhemah dengan cara yang betul dan mengikut prosedur berkhemah yang betul.

    TINGKATAN 1

    TINGKATAN 2

    TINGKATAN 3

    Aras 1. 1.1. Menamakan jenis-jenis

    khemah. 1.2 Menyenaraikan dan melabelkan komponen- komponen khemah.

    Aras 1. 1.1 Menyenaraikan

    jenis-jenis kraf kecil. 1.2 Menyatakan kegunaan

    kraf kecil.

    Aras 1. 1.1 Mengetahui teknik- teknik menyalakan api. 1.2 Melakukan amali menyalakan api. 1.3 Menyenaraikan jenis-jenis

    tumbuhan beracun. 1.4 Sumber air.

    Aras 2. 2.1 Membezakan jenis

    bahan khemah. 2.2 Melakarkan jenis-jenis

    khemah. 2.3 Menjelaskan cara

    penjagaan khemah dengan betul.

    2.4 Menerangkan kepentingan penjagaan khemah.

    2.5 Mendirikan khemah dangan cara yang betul.

    Aras 2. 2.1 Menyenaraikan jenis- jenis kraf sederhana. 2.2 Menyenaraikan jenis-jenis

    kraf besar 2.3 Menyatakan kegunaan

    kraf sederhana dan besar

    Aras 2. 2.1 Mengenal pasti sumber dan bahan makanan. 2.4 Menyediakan bahan

    makanan seperti; - makanan dari sumber

    bahan mentah - cara menyediakan

    makanan.

  • Aras 3.

    3.1. Menyatakan susun atur khemah yang betul dan selamat. 3.2 Menyatakan ciri-ciri tapak perkhemahan yang sesuai dan selamat. 3.3 Melakarkan pelan tapak perkhemahan.

    3.4 Menyatakan peraturan peraturan perkhemahan.

    Aras 3. 3.1 Melakukan amali

    membuat kraf

    Aras 3. 3.1 Kompas dan pemetaan. 3.2 Amali penggunaan kompas dan pemetaan.

  • STANDARD KANDUNGAN

    STANDARD PEMBELAJARAN

    3. TALI TEMALI 3.1 Simpulan. 3.2 Ikatan. Di akhir Tingkatan 3 murid dapat mengetahui serta melakukan: Jenis-jenis simpulan, ikatan dan tali serta kegunaannya.

    TINGKATAN 1

    TINGKATAN 2

    TINGKATAN 3

    Aras 1. 1.1 Menamakan jenis-jenis

    simpulan iaitu; -Simpulan Buku Sila, -Simpulan Mati, -Simpulan Bunga Geti, -Simpulan Tindih kasih, -Simpulan Pengail, -Simpulan Manuk.

    Aras 1.

    1.1 Menamakan jenis-jenis ikatan iaitu;

    -Ikatan Balak, -Ikatan Simpul Belit, -Ikatan Silang Gunting,

    -Ikatan Serong, -Ikatan Seraya.

    Aras 1. 1.1 Menyatakan jenis-jenis tali. 1.2 Melabelkan bahagian tali. 1.3 Menyatakan tatacara

    penjagaan tali.

    Aras 2. 2.1 Latihan amali simpulan. 2.2 Melabelkan jenis-jenis simpulan.

    Aras 2. 2.1 Latihan amali ikatan. 2.2 Melabelkan jenis- jenis ikatan.

    Aras 2. 2.1 Menyenaraikan jenis-jenis tali. 2.5 Menyenaraikan tatacara

    penjagaan tali.

    Aras 3. 3.1 Menerangkan kegunaan simpulan. 3.2 Menyatakan kegunaan Simpulan-simpulan tali.

    Aras 3. 3.1 Menerangkan kegunaan ikatan. 3.2 Menyatakan kegunaan ikatan tali.

    Aras 3. 3.1 Melakukan amali mengemaskan tali.

  • STANDARD KANDUNGAN

    STANDARD PEMBELAJARAN

    4. BANTU MULA Di akhir Tingkatan 3 murid dapat mengetahui serta melakukan: Jenis-jenis balutan, rawatan pendarahan serta pemulihan dan pernafasan.

    TINGKATAN 1

    TINGKATAN 2

    TINGKATAN 3

    Aras 1. 1.1 Menyatakan prinsip- prinsip bantu mula. 1.2 Mengenal pasti bahan dan peralatan di dalam peti kecemasan. 1.3 Menyenaraikan

    tindakan yang betul semasa berlaku kecemasan.

    Aras 1. 1.1 Menyatakan definisi

    patah. 1.2 Menyatakan tanda-

    tanda patah. 1.3 Menyatakan jenis- jenis patah. 1.4 Melabelkan jenis- jenis patah. 1.5 Kaedah rawatan.

    Aras 1. 1.1 Menyatakan teknik-teknik

    menyelamat mangsa iaitu menyelamat berpasangan dan individu.

    1.2 Melabelkan teknik –teknik menyelamat mangsa.

    Aras 2. 2.1 Menunjuk cara membebat luka. 2.2 Menunjuk cara membalut

    luka.

    Aras 2. 2.1 Gigitan dan sengatan serangga; - gigitan ular, kala jengking dan lipan. - sengatan tebuan dan lebah. 2.2 kaedah rawatan.

    Aras 2. 2.1 Menerangkan prosedur menyelamat mangsa.

    Aras 3. 3.1 Menyatakan kaedah mengangkat dan pengusungan.

    Aras 3. 3.1Kecederaan terbakar; - pengelasan terbakar, - kaedah rawatan. 3.2 Keracunan; - jenis – jenis, - kaedah rawatan.

    Aras 3. 3.1 Melakukan amali menyelamat mangsa.

  • STANDARD KANDUNGAN

    STANDARD PEMBELAJARAN

    5. KHIDMAT MASYARAKAT Di akhir Tingkatan 3 murid dapat melahirkan insan: Hubungan rapat dengan masyarakat, mengukuhkan ikatan persaudaraan dan melakukan amal kebajikan dalam kehidupan seharian tanpa mengira agama, kaum dan etnik.

    TINGKATAN 1

    TINGKATAN 2

    TINGKATAN 3

    Melakukan gotong- royong membersihkan kawasan; - Sekolah, - rumah ibadat, - tanah perkuburan.

    Melakukan gotong -royong memperbaiki peralatan; - perabot sekolah, - kemudahan asas, - padang.

    Melakukan lawatan ziarah dan gotong- royong; - rumah kebajikan anak yatim

    dan orang tua, - pusat jagaan sehenti, - perkampungan orang asli.

  • STANDARD KANDUNGAN

    STANDARD PEMBELAJARAN

    6. SUKAN Di akhir setiap tahun murid dapat memahami serta menguasai: Kemahiran asas,undang-undang, peralatan dan persediaan latihan.

    TINGKATAN 1

    TINGKATAN 2

    TINGKATAN 3

    OLAHRAGA / BOLA BALING

    OLAHRAGA / PING PONG

    OLAHRAGA / HOKI

    Aras 1. OLAHRAGA (Balapan ) 1.1 Mengetahui sejarah dan perkembangan permainan. 1.2 Memahami peraturan dan undang- undang permainan. 1.3 Menyenaraikan peralatan dan pakaian permainan. 1.4 Kecergasan dan latihan

    fizikal 1.5 Menguasai kemahiran asas permainan; - Lari jarak jauh dan jarak

    sederhana,

    Aras 1. OLAHRAGA (Padang) 1.1 Mengetahui sejarah dan perkembangan permainan. 1.2 Memahami peraturan dan undang- undang

    permainan. 1.3 Menyenaraikan peralatan dan pakaian permainan 1.4 Kecergasan dan latihan

    fizikal. 1.5 Menguasai kemahiran asas acara balapan; - Lompat tinggi, - Lompat jauh.

    Aras 1. OLAHRAGA (Padang) 1.1 Mengetahui sejarah dan perkembangan permainan. 1.2 Memahami peraturan dan undang- undang permainan. 1.3Menyenaraikan peralatan dan pakaian permainan 1.4Kecergasan dan latihan

    fizikal 1.5 Menguasai kemahiran asas acara balapan; - Lontar peluru, - Lempar cakera.

  • Aras 2. BOLA BALING 3.1 Mengetahui sejarah dan perkembangan permainan. 3.2 Memahami peraturan dan undang- undang permainan. 3.3 Menyenaraikan peralatan dan pakaian permainan. 3.4 Kecergasan dan latihan

    fizikal. 3.5 Menguasai kemahiran asas permainan; - Menangkap dan menerima

    bola, - Menghantar, - Mengelecek, - Mengacah, - Menjaring, - Menghadang, - Menjaga gol.

    Aras 2. PING PONG 2.1 Mengetahui sejarah dan

    perkembangan permainan. 2.2 Memahami peraturan dan

    undang- undang permainan.

    2.3 Menyenaraikan peralatan dan pakaian permainan. 2.4 Kecergasan dan latihan fizikal. 2.5 Menguasai kemahiran asas permainan; - Kawalan raket, - Penyesuaian lantunan

    bola, - Kedudukan berdiri, - Servis, - Pukulan backhand, - Smash.

    Aras 2. HOKI 2.1Mengetahui sejarah dan

    Perkembangan permainan. 2.2 Memahami peraturan dan undang- undang permainan. 2.3 Menyenaraikan peralatan dan pakaian permainan. 2.4 Kecergasan dan latihan fizikal. 2.5 Menguasai kemahiran asas permainan; - Menolak dan menahan, - Memukul, - Mengelecek, - Menguis, - Merebut, - Menjaga gol.

    Aras 3.

    . 3.1 Pengelolaan pertandingan pemainan bola baling.

    Aras 3.

    . 3.1 Pengelolaan pertandingan permainan ping pong.

    Aras 3. 3.1 Pengelolaan pertandingan permainan hoki.