PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - pavsmksm.files.wordpress.com filemenggariskan standard pembelajaran...

18
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL KOKURIKULUM DAN SUKAN TINGKATAN 3 2014

Transcript of PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - pavsmksm.files.wordpress.com filemenggariskan standard pembelajaran...

Page 1: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - pavsmksm.files.wordpress.com filemenggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan Pernyataan

i

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

KOKURIKULUM DAN SUKAN

TINGKATAN 3

2014

Page 2: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - pavsmksm.files.wordpress.com filemenggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan Pernyataan

ii

Page 3: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - pavsmksm.files.wordpress.com filemenggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan Pernyataan

DOKUMEN STANDARD

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)

MODUL KOMPONEN JATI DIRI

KOKURIKULUM DAN SUKAN

TINGKATAN 3

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

iii

Page 4: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - pavsmksm.files.wordpress.com filemenggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan Pernyataan

iv

Copyright © 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62600 Putrajaya Cetakan Pertama 2013 Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya.

Page 5: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - pavsmksm.files.wordpress.com filemenggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan Pernyataan

v

KANDUNGAN

1. RUKUN NEGARA

vi

2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

vii

3. KATA PENGANTAR

viii

4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional 4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard

1 1 1 1

5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P

2 2

6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2 Objektif Modul 6.3 Fokus Modul 6.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 6.5 Organisasi Standard Kurikulum 6.6 Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian

4 4 4 5 5

6-12

Page 6: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - pavsmksm.files.wordpress.com filemenggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan Pernyataan

vi

RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh

masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat

dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan

berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut

berdasarkan prinsip-prinsip berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Page 7: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - pavsmksm.files.wordpress.com filemenggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan Pernyataan

vii

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Page 8: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - pavsmksm.files.wordpress.com filemenggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan Pernyataan

viii

Kata Pengantar Dokumen Standard Kurikulum (DSK) ialah dokumen yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21. Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. DSK ini diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran konstruktivisme. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan. DSK ini menjelaskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Kandungan DSK ini menggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan cabaran yang sesuai dengan murid pada tahap tertinggi dalam pendidikan sekolah menengah. DSK ini seharusnya dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dalam menyediakan DSK yang dibangunkan ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarah, penyelidik, eksekutif industri, pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya DSK ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

(Dr. MASNAH BINTI ALI MUDA) Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 9: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - pavsmksm.files.wordpress.com filemenggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan Pernyataan

PENGENALAN

Struktur Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional (PAV) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Matlamat Pendidikan Asas Vokasional Matlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR menjadi modal insan berkemahiran bekerja dan bersedia melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Objektif Pendidikan Asas Vokasional Objektif PAV adalah untuk menjadikan aliran pendidikan vokasional sebagai pilihan selain daripada aliran perdana yang sedia ada. Ini

bersesesuaian dengan murid berisiko untuk tercicir, agar dapat menimbulkan minat belajar yang berterusan terutama dalam bidang kerja

tangan. PAV dilihat mampu menggilap potensi belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberikan kemahiran generik asas dan kemahiran

spesifik pekerjaan. Kemahiran ini, yang memang dituntut oleh majikan dan industri, akan menanam kemahiran yang menjadi asas kepada

pembentukan sahsiah dan pembangunan karakter yang mantap. PAV turut menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran

pekerjaan serta memberikan pendedahan dan bimbingan agar mereka kritis, kreatif dan inovatif. Melalui aktiviti yang menarik dan berkesan,

murid dapat membuat keputusan dalam mencorakkan masa depan serta menerap dan mengembangkan kompetensi keusahawanan serta

menjana budaya niaga.

Kurikulum Berasaskan Kompetensi Kurikulum PAV adalah menggunakan konsep Kurikulum Berasaskan Kompetensi yang membenarkan murid mengulang semula kompetensi yang belum dicapai sehingga murid PAV kompeten sesuatu kemahiran yang di perlukan oleh Kriteria Pencapaian. Kurikulum Modular Berasaskan Standard Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria

Pencapaian yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.

Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard Kandungan

Page 10: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - pavsmksm.files.wordpress.com filemenggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan Pernyataan

Kriteria Pencapaian Kriteria pencapaian adalah kenyataan yang mengkhususkan apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan bagi setiap Standard Pembelajaran.

PELAKSANAAN

Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Waktu P&P modul ini diperuntukkan sebanyak 2 waktu seminggu selama 35 minggu menjadikan keseluruhan 70 waktu setahun. Guru berlatarbelakang opsyen Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan paling sesuai mengajar modul ini. Pelaksanaan modul ini hendaklah menggunakan prasarana yang sedia ada. Jika sekolah mempunyai kekurangan prasarana, guru haruslah membuat perancangan supaya pengajaran ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Penggunaan Teknologi Dalam P&P Dicadangkan, guru boleh menggunakan bahan/peralatan sebenar yang sedia ada untuk mengajar modul ini. Sekiranya kemahiran masih belum dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain. Guru perlulah kreatif dalam P&P yang melibatkan penggunaan bahan/peralatan di bilik darjah/bengkel/makmal/ladang/lapangan. Guru perlu mengolah P&P supaya mengintegrasikan TMK serta keusahawanan dapat diaplikasikan.

Page 11: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - pavsmksm.files.wordpress.com filemenggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan Pernyataan

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM

KOKURIKULUM DAN SUKAN

Page 12: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - pavsmksm.files.wordpress.com filemenggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan Pernyataan

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) Matlamat Modul

Standard kurikulum Kokurikulum dan Sukan bertujuan untuk melahirkan murid yang sihat serta seimbang daripada segi mental dan fizikal.

Murid juga perlu mempunyai daya tahan, berupaya mengembangkan potensi diri, berdisiplin, berketerampilan serta mampu menghindarkan diri

dari gejala sosial.

Objektif Modul

Di akhir modul ini, murid akan dapat;

1. Melahirkan insan yang sihat serta seimbang daripada segi mental dan fizikal.

2. Memupuk bakat serta menggalakkan potensi diri yang sedia ada dan mampu mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. 3. Membentuk nilai estetika serta sosial yang positif. 4. Memupuk jati diri dan membentuk disiplin. 5. Memupuk sifat kesukarelaan dan melaksanakan amal kebajikan. 6. Memupuk rasa kesyukuran dalam diri.

Fokus Modul Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional dalam bidang kokurikulum dan sukan memberi penekanan kepada asas pengetahuan berteraskan kepada perkembangan dan penggabungan domain pengetahuan kerjaya, kompetensi kemahiran teknikal dengan menerapkan aspek keselamatan, teknologi hijau dan keusahawanan. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk menggalakkan pembelajaran, mengekalkan minat dan menimbulkan kesedaran murid supaya terus maju dengan menggunakan pendekatan holistik seperti berikut:

Pendekatan modular berasaskan kompetensi Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, tugasan dan aktiviti Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk Pembelajaran autentik (kontekstual dan konstruktif) Pembelajaran kolaboratif dan koperatif Pembelajaran masteri Integrasi TMK merentas kurikulum

Page 13: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - pavsmksm.files.wordpress.com filemenggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan Pernyataan

Integrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri Pengurusan kewangan berhemah

Organisasi Standard Kurikulum

Standard Kurikulum modul ini disusun supaya mempunyai kesinambungan dengan pengetahuan dan kemahiran di Tingkatan 2 hingga 3. Standard Kandungan mempunyai satu atau lebih Standard Pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan bidang pembelajaran tertentu. Standard Kandungan ditulis mengikut hierarki dalam domain kognitif dan afektif. Pernyataan Standard Kandungan ini merupakan pernyataan umum yang mengandungi unsur pengetahuan, kemahiran berfikir, sikap dan nilai murni yang sesuai dengan Standard Pembelajaran yang dihasratkan. Secara am, Standard Pembelajaran disusun mengikut hierarki dari mudah ke kompleks, sungguhpun begitu urutan Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian boleh diubahsuai mengikut kesesuaian dan keperluan pembelajaran. Aktiviti boleh dipelbagaikan untuk mencapai satu Standard Kandungan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, sesuai dengan kebolehan serta gaya pembelajaran murid. Guru digalakkan merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif bagi menjana pemikiran secara analitis, kritis, inovatif dan kreatif di samping menggunakan teknologi sebagai wahana dalam mencapai Standard Kandungan tersebut dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti dan inovasi sebagai persediaan ke arah menyediakan modal insan yang berupaya menyumbang ke arah menjadikan negara sebagai negara berpendapatan tinggi selaras dengan hasrat Model Baru Ekonomi.

Page 14: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - pavsmksm.files.wordpress.com filemenggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan Pernyataan

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

1. KAWAD INDIVIDU

Berkebolehan melakukan

aktiviti kawad statik dan

dinamik.

(14 WAKTU)

1.1 Memberi arahan kawad

kepada platun.

1.2 Memberi arahan kawad

dan melakukan

pergerakan secara

individu.

1.3 Mempamerkan pergerakan

kawad statik dan kawad

dinamik secara berturutan.

1.1.1 Memberikan arahan kawad kepada platun berdasarkan piawai arahan kawad Kadet Remaja Sekolah. 1.1.2 Menuturkan arahan kawad atatik dan kawad dinamik dengan

intonasi yang betul.

1.2.1 Memadankan arahan kawad dengan pergerakan yang

hendak dilakukan.

1.2.2 Memberikan arahan kawad secara individu dengan betul.

1.2.3 Melakukan pergerakkan kawad secara individu dengan betul.

1.3.1 Memberikan arahan kawad atas diri sendiri serta melakukan

pergerakan kawad secara berurutan.

Page 15: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - pavsmksm.files.wordpress.com filemenggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan Pernyataan

2. PERKHEMAHAN Aktiviti perkhemahan.

Berkebolehan mengetahui

tentang pengurusan

khemah.

(6 WAKTU)

2.1 Mengetahui kaedah menyalakan api. 2.2 Melakukan amali menyalakan api. 2.3 Menyenaraikan jenis tumbuhan beracun 2.4 Sumber air. 2.5 Mengenal pasti sumber bahan makanan. 2.6 Menyediakan bahan makanan. 2.7 Kompas dan peta.

2.1.1 Menyatakan 2 teknik menyalakan api. 2.2.1 Melakukan amali menyalakan api. 2.3.1 Menyenaraikan 3 jenis tumbuhan beracun. 2.4.1 Menyenaraikan 3 sumber air. 2.5.1 Mengenalpasti 3 sumber bahan makanan. 2.5.2 Menyenaraikan 3 jenis binatang yang boleh dimakan. 2.5.3 Menyenaraikan 3 jenis tumbuhan yang boleh dimakan. 2.6.1 Menyenaraikan 2 kaedah penyediaan makanan. 2.6.2 Menyediakan makanan yang dimasak. 2.7.1 Mengenal pasti kompas dan peta. 2.7.2 Melakukan amali penggunaan kompas dan peta.

3. TALI TEMALI Ikatan tahap 3.

(6 WAKTU)

3.1 Menyatakan jenis-jenis tali.

3.1.1 Mengetahui definisi tali.

3.1.2 Menyenaraikan 2 jenis tali.

3.1.3 Membezakan antara tali asli dan tali tiruan.

3.1.4 Melabelkan struktur tali.

Page 16: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - pavsmksm.files.wordpress.com filemenggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan Pernyataan

3.2 Menyatakan tatacara penjagaan tali. 3.3 Mengemaskan tali.

3.2.1 Menyenaraikan tatacara penjagaan tali.

3.3.1 Melakukan amali mengemaskan tali mengikut kaedah yang

betul.

4. BANTU MULA

Berkebolehan dan

memahami aktiviti bantu

mula.

* Rujuk Kaedah “CPR”

Kementerian Kesihatan

Malaysia.

(6 WAKTU)

4.1 Menyatakan teknik menyelamat. 4.2 Menerangkan prosedur menyelamat mangsa. 4.3 Simulasi “CPR”.

4.1.1 Menyatakan teknik menyelamat mangsa secara individu. 4.1.2 Menyatakan teknik menyelamat mangsa secara berpasangan. 4.2.1 Menyenaraikan prosedur menyelamat mangsa.

4.2.2 * Mengetahui kaedah melakukan “CPR”

4.3.1 Simulasi “CPR” secara individu.

5. KHIDMAT MASYARAKAT

Berkebolehan mengurus

dan melakukan aktiviti

gotong- royong serta

lawatan ziarah.

(4 WAKTU)

5.1 Lawatan dan gotong- royong.

5.1.1 Lawatan ke mana-mana tempat seperti rumah kebajikan, rumah anak yatim, komuniti masyarakat dan sebagainya. 5.1.2 Melakukan gotong-royong di tempat lawatan tersebut.

Page 17: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - pavsmksm.files.wordpress.com filemenggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan Pernyataan

6. SUKAN

Berkebolehan menguasai

kemahiran dan mengelola

pertandingan.

(34 WAKTU)

6.1 Mengetahui sejarah

peraturan dan undang-

undang permainan.

6.2 Melakukan kemahiran

asas permainan.

6.3 Menerangkan otot-otot

yang terlibat semasa

aktiviti.

6.1.1 Mengetahui sejarah dan perkembangan permainan. 6.1.2 Memahami peraturan dan undang- undang permainan. 6.1.3 Menyenaraikan peralatan dan pakaian permainan. 6.2.1 Menyatakan aktiviti memanaskan badan. 6.2.2 Menyatakan aktiviti gerak kendur. 6.2.3 Menerangkan pertimbangan untuk latihan. 6.2.4 Menguasai kemahiran asas permainan. 6.2.5 Pengelolaan pertandingan. 6.3.1 Menyatakan jenis otot-otot besar. 6.3.2 Menyatakan jenis otot-otot kecil. 6.3.3 Menyatakan komponen-komponen kecergasan

Page 18: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - pavsmksm.files.wordpress.com filemenggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan Pernyataan

Terbitan: