Pendidikan Dalam Tamadun Jepun

8
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA IKTIBAR DARI PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN PENDIDIKAN TAMADUN JEPUN TERHADAP PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Transcript of Pendidikan Dalam Tamadun Jepun

Page 1: Pendidikan Dalam Tamadun Jepun

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

IKTIBAR DARI PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN PENDIDIKAN TAMADUN JEPUN

TERHADAP PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Page 2: Pendidikan Dalam Tamadun Jepun

Pengenalan Tamadun Jepun

Jepun disebut Nippon atau Nihon dalam Bahasa Jepun membawa maksud "negara matahari terbit".

Orang Jepun sebahagian besarnya berketurunan Mongoloid - pertalian rapat dengan orang-orang Cina, Korea, Thai, Burma dan lain-lain

200 SM, pengaruh kebudayan dari negara China mula mengalir masuk ke Jepun. Dinasti Han (206SM-24SM) mula menekankan pengaruhnya ke atas penduduk awal Jepun.

Zaman/Era Tahun

Jomon 800 - 399 SM

Yayoi 300SM - 300M

Yamato 300 - 593

Asuka 593 - 710

Nara 710 - 784

Heian 784 - 1185

Kamakura 1185 - 1573

Ashikaga 1338 - 1573

Segoku Jidai 1460 - 1573

Memoyama 1573 - 1603

Edo (Tokugawa)

1603 - 1867

Meiji (Moden) 1868 - 1912

Taisho 1912 - 1926

Showa 1926 - 1989

Heisei 1989 - kini

Page 3: Pendidikan Dalam Tamadun Jepun

Institusi Pendidikan Dalam Tamadun Jepun

Zaman Nara Dan Heain 710-1185 M - pelbagai kemahiran dalam ketukangan ditonjolkan oleh orang Jepun - migran dari Korea dan China.

Sebuah perpustakaan pada abad ke 13 yang diberi nama Kazawa Bunko dibina.

Kurun ke 14 sebuah sekolah yang ditadbir oleh tentera telah dibina dengan nama Ashikaga Gakko.

Zaman Kamakura kurun ke 15, sami-sami buddha menjadikan kuil sebagai tempat belajar.

Pemerintahan Jepun membina sekolah-sekolah baru - kesedaran mereka tehadap ilmu pengetahuan.

Page 4: Pendidikan Dalam Tamadun Jepun

Zaman Edo (1603 hingga 1867) Terbahagi kepada dua iaitu Hanko dan Terakoya. Hanko adalah sekolah untuk anak-anak samurai

serta anak-anak pembesar Terakoya adalah sekolah untuk anak-anak petani,

peladang, pedagang, peniaga dan tukang kayu dan golongan kebanyakan

Kedua-dua sekolah ini menggunakan sistem yang sama iaitu sistem ‘satu dengan satu’ dimana seorang guru akan mengajar hanya seorang murid sahaja dan mengikut kemampuan murid tersebut.

Murid yang bijak akan melompat ke peringkat yang lebih tinggi manakala murid yang lemah akan diberi tunjuk ajar sehingga dia boleh bergerak ke peringkat yang seterusnya.

Page 5: Pendidikan Dalam Tamadun Jepun

Zaman Meiji (1868) Pendidikan dan ilmu pengetahuan telah menjadi agenda Pemimpin Meiji sedar bahawa pelajaran penting untuk

menjadi kuasa ekonomi dan militari termoden. Penyerapan teknologi pengetahuan dari negara-negara

tersebut dengan beratus-ratus penuntut dihantar ke luar negeri untuk mempelajari sains, pentadbiran dan teknik perindustrian Barat.

Pakar-pakar teknologi Barat telah digaji untuk mengajar pelbagai jenis kemahiran.

Kementerian Pelajaran di Jepun (1871) Negara Jepun telah dibahagikan kepada lapan

daerah pelajaran. Setiap daerah mempunyai sebuah universiti, 32 buah sekolah menengah dan 210 buah sekolah rendah. Kanak-kanak berusia enam tahun ke atas wajib menerima pelajaran sehingga 16 bulan.

Page 6: Pendidikan Dalam Tamadun Jepun

1880, terdapat lebih 28000 buah sekolah rendah dengan hampir dua juta orang murid.

Pendidikan moden di Jepun wujud selepas Pembaharuan Meiji dan tradisi pendidikan wajib serta pendidikan tinggi dibentuk pada tahun-tahun seterusnya.

Jepun diiktiraf sebagai negara kedua selepas Amerika Syarikat yang mempunyai institusi pendidikan tinggi terbanyak dengan 600 kolej junior, 450 kolej dan universiti dan 250 sekolah graduan dimana 155 daripadanya adalah sekolah perubatan menjelang tahun 1980.

Page 7: Pendidikan Dalam Tamadun Jepun

Iktibar Terhadap Perkembangan dan Kemajuan Pendidikan Di

Malaysia Negara Jepun boleh dijadikan sebagai model

Malaysia dan Asia dalam aspek pembangunan dan kecemerlangan walaupun bukan keseluruhan.

“Dasar Pandang Ke Timur”. Masyarakat Malaysiaperlu mengubah sikap dan melakukan anjakanparadigma agar transformasi merealisasikan Wawasan 2020 dengan berkiblatkan Jepun akan berjaya.

Menguasai sains dan teknologi sebagaimana yang dilakukan oleh masyarakat Jepun - penyelidikan dan pembangunan (R&D) merupakan tunjang kekuatan.

Menanamkan sikap cintakan ilmu - masyarakat tamadun Jepun - membawa kepada semangat ingin tahu, pendidikan sepanjang hayat, kecemerlangan berterusan

Page 8: Pendidikan Dalam Tamadun Jepun

Masyarakat Malaysia perlu berazam untuk setanding dengan kuasa-kuasa besar lain seperti kuasa Barat seperti yang dilakukan oleh tamadun Jepun.

Di Malaysia, pada dahulunya hanya golongan yang berkemampuan sahaja dapat menimba ilmu pengetahuan dan mereka yang tidak berkemampuan akan tercicir begitu sahaja - kesedaran yang ada kini, setiap kanak-kanak diwajibkan untuk menimba ilmu pengetahuan di sekolah sehingga di peringkat tahun 6 agar mereka sekurang-kurang tahu membaca dan menulis serta asas matematik untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Sistem pembelajaran yang menumpukan murid penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran supaya murid-murid tidak keciciran dalam pengajian yang berlangsung.