PENDIDIKAN ISLAM

20
TUJUAN PENDIDIKAN ANAK DALAM ISLAM & ADAB MENYAMBUT KELAHIRAN EMY SYAKILA NURAFIQAH BAHIAH

Transcript of PENDIDIKAN ISLAM

Page 1: PENDIDIKAN ISLAM

TUJUAN PENDIDIKAN ANAK DALAM ISLAM

& ADAB MENYAMBUT

KELAHIRANEMY SYAKILA

NURAFIQAH BAHIAH

Page 2: PENDIDIKAN ISLAM

PENDAHULUAN

Pendidikan dalam pandangan Islam dimaksudkan untuk peningkatan potensi spiritual dan membentuk anak-anak didik agar menjadi manusia yang beriman dan bertakwa kepada Tuhan Yang Maha Esa dan berakhlak mulia.

Akhlak mulia mencakup etika, budi pekerti, dan moral sebagai perwujudan dari tujuan pendidikan.

Tujuan pendidikan Islam tidak hanya membentuk anak yang beriman, berakhlak mulia, beramal shaleh tetapi juga menjadikan anak tersebut berilmu pengetahuan dan berteknologi, juga berketerampilan dan berpengalaman sehingga ia menjadi orang yang berguna bagi dirinya, agama, orang tua serta negaranya.

Page 3: PENDIDIKAN ISLAM

Firman Allah, “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah kepada-Ku.” (Adz-Dzariyat: 56).

Maksud dari kata menyembah di ayat ini adalah mentauhidkan Allah dalam segala macam bentuk ibadah. Sehingga jelas bahwa tujuan pendidikan dalam Islam harus terkait dengan tujuan penciptaan manusia itu sendiri di dunia ini, yakni menyembah Allah SWT dengan segala aspeknya ibadahnya, baik yang berhubungan dengan Allah, sesama manusia mahupun dengan lingkungannya.

Page 4: PENDIDIKAN ISLAM

5 CABANG PENDIDIKA

N

KEIMANAN

AKHLAK

INTELEKTUALEMOSI

FIZIKAL

Page 5: PENDIDIKAN ISLAM

PENDIDIKAN KEIMANAN Tujuan pendidikan dalam Islam yang paling hakiki

adalah mengenalkan anak-anak kepada Allah SWT. Mengenalkan dalam erti memberikan pembelajaran tentang keEsaan Allah SWT, kewajiban manusia terhadap Allah dan aspek-aspek aqidah lainnya.

Dalam hal ini dapat dikaji dari nasihat Luqman kepada anaknya yang digambarkan Allah dalam firmannya:

“Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya diwaktu ia memberikan pelajaran kepadanya:”hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesengguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang nyata.”

Page 6: PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Akhlak

Allah mengutus Nabi Muhammad kepada umat manusia adalah untuk memperbaiki akhlak manusia.

Dalam proses pendidikan terdapat hadis dari Ibnu Abas bahwa Rasulullah pernah bersabda: “… Akrabilah anak-anakmu dan didiklah akhlak mereka.”, begitu juga Rasulullah saw bersabda: ”Suruhlah anak-anak kamu melakukan shalat ketika mereka telah berumur tujuh tahun dan pukullah mereka kalau meninggalkan ketika mereka berumur sepuluh tahun, dan pisahkan tempat tidur mereka.” (HR. Abu Daud).

Page 7: PENDIDIKAN ISLAM

Cara menerapkan akhlak kepada anak melalui proses pendidikan

Memenuhi janji Dalam hal ini Hadis Rasulullah

berbunyi:”…. Jika engkau menjanjikan sesuatu kepada mereka, penuhilah janji itu. Karena mereka itu hanya dapat melihat, bahwa dirimulah yang memberi rezeki kepada mereka.” (H.R Bukhari)

Meminta maaf jika melakukan kesalahan Meminta tolong/ mengatakan tolong jika

kita memerlukan bantuan.

Page 8: PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Intelektual

Menurut kamus Psikologi istilah intelektual berasal dari kata intelek iaitu proses kognitif/berpikir, atau kemampuan menilai dan mempertimbangkan. Pendidikan intelektual ini disesuaikan dengan kemampuan berfikir anak-anak.

Page 9: PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Fizikal

Dengan memenuhi keperluan makanan yang seimbang, memberi waktu tidur dan aktiviti yang cukup agar pertumbuhan fizikal baik dan mampu melakukan aktiviti seperti yang disunahkan Rasulullah: “ Ajarilah anak-anakmu memanah, berenang dan menunggang kuda.” (HR. Thabrani)

Page 10: PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Emosi

Dalam hal ini Allah berfirman: “Dan janganlah kamu bersifat lemah dan jangan pula berduka cita, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu benar-benar orang yang beriman.” (QS. 3:139)

Contoh pendidikan emosi terhadap anak-anak : Memberikan pendidikan emosi, dengan cara

memberikan kasih sayang, pengertian, berperilaku santun dan bijak.

Membina kepercayaan diri Memberi kata semangat

Page 11: PENDIDIKAN ISLAM

KESIMPULAN PENDIDIKAN ANAK DALAM ISLAM

Pendidikan anak usia muda dalam persepektif Islam iaitu usaha membantu anak agar fitrah mereka dapat dibantu agar perkembangannya sejak kecil dapat berkembang secara optimum mengikut syariatIslam.

Tujuan pendidikan Islam iaitu membentuk anak yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia, beramal shaleh dan juga menjadikan anak tersebut berilmu pengetahuan dan berteknologi, berketerampilan dan berpengalaman sehingga ia menjadi orang yang berguna bagi dirinya, agama, dan negaranya.

Pendidikan emosi iaitu pendidikan yang menanamkan nilai-nilai luhur pada diri anak-anak.

Page 12: PENDIDIKAN ISLAM

ADAB MENYAMBUT KELAHIRAN

Dalam ajaran agama Islam, seseorang ibu yang sudah melahirkan anak dan kemudiannya baru sahaja menimang cahaya mata adalah amat disarankan untuk menyambut kelahiran bayi baharunya. Namun begitu, tidak banyak perbezaan dalam melaksanakan adab menyambut kelahiran bayi dalam Islam sesuai dengan sifat agama Islam itu yang mudah dan praktikal.

Panggilan bagi menyambut anak lelaki adalah disebut "Salamun Zakrun" yang bererti: Salam sejahtera anak lelaki.Manakala panggilan untuk menyambut anak perempuan adalah disebut sebagai "Salamun An-Nisaa" yang bererti:Salam sejahtera anak perempuan.

Page 13: PENDIDIKAN ISLAM

MEMANDIKAN BAYI

Sesudah bayi baru dilahirkan,maka perlulah bayi itu dimandikan supaya bayi berada agar posisi sihat dan bersih.

Selalunya amanah membersihkan bayi ini diserahkan kepada jururawat,bidan,bapa.

Bayi yang sudah dibersihkan perlulah dilitupkan dengan tuala yang bersih dan berwarna putih.

Page 14: PENDIDIKAN ISLAM

AZAN DAN IQAMAT Sunat untuk diazan dan diiqamat bayi

sesudah kelahirannya. Cara-caranya:bayi hendaklah dipegang

menghadap kiblat.Azankan pada telinga kanannya dahulu dan barulah diiqamatkan pada telinga kiri bayi.

Salah satu hikmahnya,supaya kalimat seruan tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang bayi dengar.

Page 15: PENDIDIKAN ISLAM

DOA

Digalakkan membaca surah ayatul Kursi,surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Nas.

Page 16: PENDIDIKAN ISLAM

TAHNIK Sunat 'Tahnik' atau belah mulut yang

dilakukan selepas anak dilahirkan.Tahnik ialah mengunyah buah kurma(tamar), dan seterusnya diletakkan sedikit pada lidah bayi yang baru dilahirkan. Selain daripada Kurma, manisan lain seperti titisan madu, nira nipah atau kelapa juga boleh digunakan.

Tujuannya adalah untuk melazimkan bayi membuka mulut dengan mendapatkan ganjaran benda manis. Amalan ini membuatkan bayi mahu menghisap apabila ibu menyusukan.

Page 17: PENDIDIKAN ISLAM

MENCUKUR RAMBUT Mencukur rambut Ini dilakukan sebaik-baiknya pada hari

ketujuh kelahirannya, kemudian rambut itu ditimbang seberat emas atau perak dan disedekahkan pada fakir miskin, jika tidak mampu maka ditukarkan atas kadar wang atau sebagainya. 

Amalan bercukur ini mengandungi hikmah yang tertentu iaitu: dari sudut kesihatan, ia boleh menguatkan tenaga pertumbuhannya, menghilangkan selaput kulit kepala (iaitu sejenis cecair beku yang meliputi kulit kepala, juga dikenali sebagai kerak kepala) dan juga dapat memberikan daya kekuatan dan ketajaman pada penglihatan mata, bau dan pendengaran.

Dari sudut kemasyarakatan bercukur mengalakkan umatnya bersedekah disamping menunjukkan kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan-Nya. 

Page 18: PENDIDIKAN ISLAM

AQIQAH Aqiqah yang membawa maksud penyembelihan

binatang ternakan seperti lembu,kerbau,unta ataupun kambing yang dilakukan selepas kelahiran bayi(lebih afdhal dilakukan pada hari ketujuh)sebagai tanda kesyukuran kepada Allah Taala.Kurban yang dilaksanakan ini dapat mendekatkan anak kepada Allah.Kurban Aqiqah dapat meninggalkan kesan psikologi pada anak kecil yang baru lahir agar dia dapat merasakan dirinya dihargai oleh keluarga dan masyarakat selain menggembleng perasaan kecil agar mampu berkorban dan redha dengan ketentuan Allah.

Page 19: PENDIDIKAN ISLAM

BERKHATAN

Perkara ini menjadi sunat kepada kaum perempuan dan merupakan suatu kewajipan bagi lelaki.

Tujuan berkhatan adalah untuk menjaga kesucian zahir dan batin umat manusia selain untuk menguatkan minda dan badan dan mencantikkan paras rupa dan wajah.

Page 20: PENDIDIKAN ISLAM

RUJUKAN

http://zainlzainal.blogspot.com/2012/11/pendidikan-anak-usia-dini-menurut-islam.html