pendidikan islam tahun 5.doc
Transcript of pendidikan islam tahun 5.doc
HBIS 4303
FAKULTI PENDIDIKAN BAHASA
SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN KEPUJIAN
(SEMESTER SEPTEMBER 2012)
HBIS 4303
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5
NO. MATRIKULASI : 770411036632002
NO. KAD PENGENALAN : 770411-03-6632
NO. TELEFON : 019-8036894
E-MAIL : [email protected]
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TAWAU
0
HBIS 4303
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENDAHULUAN 2
2.0 KONSEP SYI’AH 3
3.0 SEJARAH SYI’AH 4
4.0 MAZHAB-MAZHAB TERKENAL DALAM SYI’AH DAN USUL 6
AKIDAH MEREKA
5.0 PERCANGGAHAN SYI’AH DARIPADA SUNNI 11
6.0 USUL AL-DIN MAZHAB SYI’AH 12
7.0 GERAKAN SYI’AH DI MALAYSIA 12
8.0 PENUTUP 15
9.0 BIBLIOGRAFI 16
1
HBIS 4303
1.0 PENDAHULUAN
Firman Allah SWT yang berbunyi:
Maksudnya: “Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah
Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Ia tidak
berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.”
Hud: 11:118
Selepas kewafatan Rasulullah SAW, pemerintahan negara Islam bukanlah
semata-mata terhad di Semenanjung Tanah Arab bahkan ianya bertambah luas
merangkumi Afrika Utara, Mesir, Syam, Iraq, India hingga ke sempadan Negeri China.
Kepelbagaian bangsa, keturunan, kebudayaan, adat resam di samping wujudnya fahaman
politik yang berbeza-beza, berpunca dari perselisihan pendapat terhadap jawatan
khalifah.
Natijah dari perbezaan itu, maka lahirlah tiga golongan yang sering bercanggah
pendapat bukan sahaja meliputi aspek politik negara, bahkan kepada bidang
perundangan. Golongan ini dikenali sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah (Jumhur), syi’ah,
dan khawarij. Golongan ini muncul pada zaman kerajaan Bani Umaiyah sehingga zaman
kerajaan Abbasiyah dan sebahagian yang lain masih berkembang hingga kini. Golongan
yang dianggap sesat dan terpesong dari ajaran Islam merupakan syi’ah dan khawarij.
Kertas kerja ini akan membincangkan tentang pengertian syi’ah dan sejarah
timbulnya ajaran ini, mazhab-mazhab yang popular dalam ajaran syi’ah dan usul akidah
yang menjadi pegangan pengikut syi’ah. Kertas kerja ini turut membincangkan
perkembangan syi’ah di Malaysia.
2
HBIS 4303
2.0 KONSEP SYI’AH
Syi’ah ialah golongan yang mendukung cita-cita untuk menjadikan Saidina Ali
karramallahuwajhah sebagai khalifah Rasulullah SAW. Mereka berpendapat bahawa
Saidina Ali sahajalah yang layak dan berhak dilantik menjadi khalifah kewafatan
Rasullulah SAW.
Syi’ah ialah salah satu mazhab terbesar dalam Islam selepas Sunni. Muslim Syi'ah
mengikuti Islam tidak sesuai dengan apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad dan Ahlul
Bait-nya. Syi'ah menolak kepemimpinan dari tiga Khalifah Sunni pertama malah
sebahagian mereka menghina para Khulafa'Ar-Rasyidin yang merupakan sahabat
Rasulullah S.A.W ini seperti juga Sunni menolak Imam Syi'ah. Bentuk tunggal dari
Syi'ah adalah Shī`ī (Bahasa Arab: ش�يعي.) menunjuk kepada pengikut dari Ahlul Bait dan
Imam Ali. Tetapi Ali bin Abi Talib dan para Ahlul Bait sendiri telah menolak
kepercayaan Syi'ah dan menyatakan mereka sebagai kafir. Kebanyakan Sunni Islam
mengatakan bahawa Mahzab Syi’ah merupakan satu kefahaman yang bercanggah dengan
ajaran Islam kerana fahaman ini mendakwa bahawa Ali iaitu sepupu Rasulullah
sepatutnya menjadi khalifah selepas kewafatan Baginda dan bukannya Abu Bakar.
Menurut etimologi Bahasa Arab, syi’ah bermaksud pengikut dan pembela
seseorang. Menurut K.H Sirajuddin Abbas dalam kitabnya I’tiqad ahlussunah wal-
jama’ah, kaum Syi’ah adalah kaum yang beri’tiqad bahawa Sayyidina Ali, adalah orang
yang berhak menjadi Khalifah pengganti Nabi, kerana Nabi berwasiat bahawa pengganti
beliau sesudah wafat adalah Sayyidina Ali.
Asy-Syahrastani pula berkata: Syi’ah ialah mereka yang mengikuti Ali secara
khusus serta mengatakan bahawa al-Imamah (kepimpinan umat) dan khalifahnya adalah
terbukti secara nas dan wasiat, sama ada secara tersurat atau tersirat. Syeikh Muhammad
Abu Zahrah di dalam kitabnya Tarikh al-Mazahib al-Islamiyyah menyebut: Syi’ah
merupakan mazhab politik Islam yang terawal yang muncul pada akhir pemerintahan
Uthman RA dan mula berkembang pada zaman Ali RA.
3
HBIS 4303
Syeikh Muhammad Abu Zahrah di dalam kitabnya Tarikh al-Mazahib al-
Islamiyyah menyebut: “Syi’ah merupakan mazhab politik Islam yang terawal yang
muncul pada akhir pemerintahan Uthman RA dan mula berkembang pada zaman Ali
RA.”
Ini kerana golongan syi’ah bergaul dengan orang ramai, menyebabkan orang
ramai mengkagumi kelebihan dan kehebatan mereka sama ada dari segi pegangan agama
ataupun ilmu. Ini memudahkan mereka untuk menyebarkan fahaman mereka yang
sebahagiannya melampau dan sebahagian lain agak moderat.
Apabila berlaku banyak penindasan dan kezaliman ke atas keturunan Saidina Ali
RA pada zaman pemerintahan Umawiyyah, maka bertambahlah kasih sayang orang
ramai kepada zuriat Rasulullah SAW dan juga penyokongnya.
3.0 SEJARAH SYI’AH
Para sejarawan berbeza pendapat tentang asal-usul permulaan syi’ah. Terdapat dua
pendapat jelas mengenai terhasilnya aliran syi’ah. Pendapat pertama dan pendapat yang
paling popular mengatakan ketika berlakunya Perang Siffin di antara Ali RA dan
Muawiyah RA. Pandangan ini secara tidak langsung mengatakan bahawa pengikut Ali
RA beraliran syi’ah manakala pengikut Muawiyah pula Sunnah wal Jamaah. Namun
demikian ia bukanlah begitu. Ijtihad yang dinyatakan oleh Muawiyah didapati tidak benar
dan pendapat Ahli Sunnah jelas lebih cenderung kepada Ali RA.
Pendapat Ahli Sunnah mengatakan kebenaran antara perselisihan antara dua
sahabat mulia ini berada di pihak Ali RA dan Ahli Sunnah berpendapat bahawa
Muawiyah telah berijtihad dalam hal ini tetapi ijtihad itu didapati tidak benar. Maka
kecenderungan Ahli Sunnah kepada pihak Ali RA sangat jelas.
Tambahan pula, yang dikatakan dengan fahaman, prinsip, dan aqidah yang
dilaung-laungkan oleh syi’ah, semua itu jauh dari fahaman, prinsip dan aqidah yang
4
HBIS 4303
diimani oleh Ali RA. Maka dengan itu jelas bahawa pendapat yang mengatakan syi’ah
bermula sebagai pengikut Ali pada peristiwa ini adalah salah sama sekali.
Pendapat kedua pula mengatakan kemunculan syi’ah setelah kematian Husain bin
Ali RA. Ketika beliau keluar dari pemerintahan Yazid bin Muawiyah atas panggilan
penduduk Iraq yang akan menyokongnya di sana nanti. Tetapi akhirnya mereka
mengkhianati beliau dan beliau terbunuh di Karbala.
Akibat daripada pembunuhan itu, muncul sekolompok muslim menuntut agar
pembunuhan tersebut dituntut bela. Ada pula sekolompok yang lain menghukum
kelompok ini kafir kerana sudah terkeluar dari pemerintahan Bani Umayyah. Lalu
berlakulah pergaduhan dan menyebabkan beberapa orang daripada kalangan penyokong
Husain terbunuh dan mereka digelar sebagai syi’ah.
Ini secara tidak langsung menjelaskan hubungan kuat antara syi’ah dan Husain
RA berbanding Ali RA sendiri. Hari kematian Husain disambut oleh para pengikut syi’ah
dan tidak pula hari kematian Ali.
Akibat dari peristiwa itu, wujud golongan yang menentang pemerintahan
Umayyah dari segi politik sahaja, sedang akidah, dan mazhab fiqh mereka masih tidak
bertentangan dengan Ahli Sunnah. Mereka adalah pemimpin awal syi’ah yang masih
bermazhab Sunni.
Kesimpulannya, sejarah syi’ah bermula apabila terpecah daripada Islam
disebabkan persoalan Siasah (Politik). Namun ketika peristiwa kematian Sayyidina
Hussin bin Ali di Karbala, pengaruh syi’ah makin meluas lalu dikenali sebagai satu
fahaman dan mazhab aqidah.
Oleh itu, pelbagai fahaman dan fatwa ganjil daripada syi’ah yang dikeluarkan
sehingga membawa kepada percanggahan dalam masalah aqidah (pegangan) dan
pelbagai masalah fiqh. Asalnya mereka ingin mempertahankan Ahli Bait Rasulullah
5
HBIS 4303
SAW namun semangat kecintaan tersebut telah diseleweng oleh beberapa ideologi sesat
yang telah dibawa masuk.
4.0 MAZHAB-MAZHAB TERKENAL DALAM SYI’AH DAN USUL AKIDAH
MEREKA
Aliran syi’ah Islam berpecah kepada cabang-cabang kecil. Tiga cabang yang utama pada
masa kini mempunyai bilangan pengikut yang besar. Yang paling terkenal dan terbesar
ialah golongan Syi’ah Imam Dua Belas atau Imamiyyah/Ja'fariyyah yang merangkumi
90% penduduk di Iran dan sebahagian besar penduduk Iraq.
Golongan syi’ah yang kecil lain termasuklah al-Kaisaniyyah, al-Zaidiyah, al-
Ghulat, Ismailiyah, dan Syi’ah Imam Bertujuh. Alawiyyah dan Duruzi juga menganggap
diri mereka syi’ah meskipun mereka tidak sentiasa diiktiraf oleh syi’ah lain.
Tarikat-tarikat sufi beraliran syi’ah termasuklah Tarikat Alevi, Bektashi
Hamadani dan Fatimiyyah. Dua puluh peratus dari penduduk Turki mengikut Tarikat
Alevi sementara Lubnan dan Syria pula mempunyai bilangan besar golongan Duruzi dan
Alawi. Pergerakan Hizbullah di Lubnan adalah dari golongan Syi’ah Imam Dua Belas.
4.1 SYI’AH IMAMIAH
Kumpulan ini dinamakan syi’ah imamiah kerana mereka berpendapat jawatan pemimpin
umat Islam (imam) hanya layak disandang oleh ahli bait. Ianya merupakan puak yang
paling utama dalam syi’ah.
Mereka dinamakan juga sebagai al-Rafidah (الرافضة) kerana “ingkar dan
menolak” kelayakan Abu Bakar, Umar dan Uthman sebagai khalifah selepas kewafatan
6
HBIS 4303
Rasulullah SAW. Ianya dipanggil juga dengan nama Isna ‘Asyariah ( عشرية kerana (اثنى
berpendapat bahawa 12 daripada imam-imam mereka maksum sebagaimana Nabi
Muhammad SAW.
Dalam kitab Manhaj Aqidah Imam al-Syafie menyebut perbahasan berkenaan
dengan Rafidhah (رافضة) iaitu: “Asal mazhab ini bermula dari sikap memihak
sebahagian kelompok kepada Ali RA dan lebih mengutamakannya daripada Uthman RA
iaitu mazhab penduduk Kufah.” Pada mulanya, kelompok ini tidak sampai melakukan
tipu daya terhadap Uthman dan juga terhadap sahabat-sahabat lainnya, bahkan tanpa
diragui lagi bahawa mereka mengakui kemampuan pemerintahan dua khalifah
sebelumnya.
12 imam mereka adalah sebagaimana berikut:
1. Ali bin Abi Thalib (al-Murtadha)
2. Hasan bin Ali (al-Mujtaba)
3. Husin bin Ali (al-Syahid)
4. Ali Zainal Abidin (al-Sajjad)
5. Muhammad (al-Baqir)
6. Ja’afar (al-Sadiq)
7. Musa (al-Kazim)
8. Ali (al-Redha)
9. Muhammad (al-Jawwad)
10. Ali (al-Hadi)
11. Hassan (al-Askari)
12. Muhammad (al-Mahdi al-Muntazor)
Kumpulan Syi’ah Imamiah ini terbahagi pula kepada 15 kelompok iaitu:
Muhammadiah, Baqiriah, Nawuusiah, Syumaitiah, ‘Ammariah, Ismailiah, Mubarakiah,
Musawiah, Qat’iah, Isna ‘Asyariah, Hasyimiah, Zurariah, Yunusiah, Syaithaniah,
Kamiliah.
7
HBIS 4303
Pegangan mereka yang berbeza dengan ahli sunnah wal jemaah ialah:
i. Mereka beriktikad bahawa jawatan imam adalah jawatan yang dianugerahkan
oleh Allah seperti kenabian tetapi tidak mendapat wahyu.
ii. Jawatan imam hanya layak disandang oleh dua belas imam daripada kalangan ahli
al-bait mengikut urutan.
iii. Mereka menolak semua hadis yang bukan diriwayatkan oleh ahli al-bait.
iv. Mereka percaya bahawa imam kedua belas mereka iaitu muhammad al-mahdi al-
qaim bilhujjah akan muncul sebagai imam al-Mahdi.
v. Mereka beramal dengan taqiah iaitu menyembunyikan i'tikad sebenar mereka
apabila berhadapan dengan orng yang berhadapan dengan orang yang berbeza
iktikad dengan mereka.
vi. Mengharuskan perkahwinan mut'ah iaitu nikah sementara waktu.
4.2 SYI’AH ZAIDIAH
Mereka adalah pengikut kepada Zaid bin Ali Zainal Abidin bin Husin bin Ali bin Abi
Thalib. Beliau terkesan dengan pemikiran Wasil bin Ata’ (pengasas fahaman Muktazilah)
dan ulamak mengklasifikasikan pengikut Zaidiah dalam golongan yang mu’tadil kerana
8
HBIS 4303
yang paling hampir kepada Ahli Sunnah wal Jamaah, lebih-lebih lagi dalam persoalan
ibadat.
Pendapatnya tidaklah sampai mendewa-dewakan Ali dan mencerca sahabat-
sahabat yang lain melainkan hanya mengatakan bahawa Ali lebih layak memegang
tampuk khilfah selepas kewafatan baginda Rasulullah SAW daripada Abu Bakar dan
Umar.
Kebanyakan kelompok ini berada di Yaman. Syi’ah Zaidiah pula terbahagi
kepada 3 kelompok iaitu Jarudiah, Jaririah, Solihiah.
Perbezaan pegangan mereka dengan ahli sunnah wal jamaah;
i. Mereka berpendapat kedudukan pelaku dosa besar berada antara keimanan dan
kekufuran.
ii. Mereka berpendapat bahawa perbuatan manusia adalah dilakukan oleh manusia
bukan Allah.
iii. Mereka juga menolak pendapat syi’ah lain seperti;
- kemaksuman para imam kecuali Saidina Ali, Fatimah, al-Hasan dan al-
Husain.
- mereka menolak kepercayaan taqiah.
4.3 SYI’AH AL-BATINIAH
Kumpulan ini dinamakan al-Batiniah kerana pandangan mereka yang menganggap al-
Quran mempunyai makna zahir dan makna batin yang hanya difahami oleh imam
mereka. Mereka merupakan kumpulan syi’ah yang paling radikal dan sesat.
Mereka mula menyerang agama Islam dengan mencipta beberapa ideologi
berbentuk harakah batiniah (gerakan kebatinan) lalu diserap masuk kedalam Islam
dengan menjadikan cinta kepada Ahli Bait Nabi sebagai hujjah mereka. Ada juga yang
menjadikan persoalan falsafah, ilmu kalam, tasawuf ,perbandingan agama dan kebebasan
9
HBIS 4303
mutlak terhadap manusia sebagai fokus utama dalam menyebarkan fahaman kebatinan
ini.
Mereka pernah berkata: “Syariat Allah itu ada lahir dan batinnya, begitu juga
dengan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi Muhammad”
Mereka menggunakan kaedah takwil sebagai manhaj utama menyebarkan
fahaman ini. Sebagai contoh: “Sesiapa yang mengetahui makna hakikat ibadah, gugur
fardu ibadah daripadanya”. Ini diambil daripada Firman Allahdalam Surah al-Hijr, ayat
99 berbunyi: “Sembahlah Tuhanmu sehingga kamu yakin.”
Mereka bergerak sama ada dalam keadaan jelas atau tersembunyi dalam mana-
mana kelompok. Antara gerakan mereka yang dapat dikenal pasti oleh para ulama iaitu
gerakan Yazidiah, Qaramitah, Ismailiah, Druze, Nusairiah, Hashsyasyin, Babiah,
Baha’iah, Qadianiah, Hizbul Jumhuri, Ahbash, Ansar, Khumainiah dan Harakah Amal.
Antara pegangan mereka ialah;
i. Beriktikad bahawa Saidina Ali dan imam-imam mereka yang lain sebagai tuhan.
ii. Beriktikad bahawa imam mereka muhammad bin al-hanafiah masih hidup.
iii. Menghalalkan beberapa kemungkaran seperti minum arak.
10
HBIS 4303
5.0 PERCANGGAHAN SYI’AH DARIPADA SUNNI
Terdapat perbezaan pendapat dan iktikad yang ketara antara syi’ah dan Ahli Sunnah Wal
Jamaah. Bagi syi’ah, mereka berpendapat:
i. Khalifah atau Imamah adalah berdasarkan nas al-Quran dan hadith Nabi SAW.
ii. Menerima sahabat yang baik dan menolak perlakuan sahabat yang bertentangan
dengan al-Quran dan hadith Nabi SAW.
iii. Sumber perundangan Islam adalah al-Quran, Hadith dan akal. Qias ditolak
sebagaimana hukum wanita yang berada dalam keadaan haidh diharamkan
melakukan solat tetapi tidak qadha solatnya tidak boleh diqiaskan dalam hukum
puasa di mana wajib qadha puasanya yang tertinggal ketika haidh. Dalam al-
Quran Iblis laknatullah alaihi melakukan qias asal kejadian Adam AS dari tanah
manakala Iblis dari api (mengikut Iblis) sepatutnya dia lebih mulia dari Adam
tetapi mengapa Allah SWT memerintahkan Iblis sujud kepada Adam. Dalam hal
ini qias bukan kaedah yang benar dan tepat menentukan hukum.
iv. Nikah mut'ah adalah halal mengikut nas al-Quran dan Hadith Nabi SAW dan
diamalkan pada zaman Nabi S.A.W dan zaman khalifah Abu Bakar- sepertimana
pengakuan sahabat Jabir bin Abdullah dalam riwayat Sohih Muslim, " Kami para
sahabat di zaman Nabi SAW dan di zaman Abu Bakar melakukan muta ah dengan
segenggam korma dan tepung sebagai maharnya, kemudian Umar
mengharamkannya kerana kes Amr bin khuraits."
v. Menerima hadith yang sesuai dengan Kitabullah dan menolak riwayat yang
bertentangan dengan Kitabullah kerana tidak mungkin hadith Nabi S.A.W
bertentangan dengan Kitabullah.
vi. Solat jamak harus dalam semua keadaan berdasarkan riwayat contohnya dalam
Sahih Muslim daripada Ibn Abbas dalam bab solat jamak. Rasulullah S.A.W
11
HBIS 4303
menjamak antara Zuhur dan Asr serta antara Maghrib dan Isya tanpa ada sebab,
sama ada takut, uzur (sakit) atau berpergian (musafir).
6.0 USUL AL-DIN MAZHAB SYI’AH
5 perkara menjadi Rukun Kepercayaan atau Usul al-Din bagi golongan Mazhab syi’ah
ialah:
1. Tauhid - Bahawa Allah SWT itu Satu.
2. Adalah - Bahwaa Allah SWT itu Adil.
3. Qiyamah - Bahawa Allah SWT akan membangkitkan manusia untuk pengadilan
di Hari Kiamat.
4. Nubuwwah - Bahawa Nabi dan Rasul yang maksum dilantik oleh Allah untuk
mengajar dan membimbing manusia. Muhammad SAW merupakan nabi dan rasul
terakhir.
5. Imamah - Bahawa Allah melantik orang-orang tertentu sebagai pemimpin umat
manusia iaitu sebagai imam. Umat manusia sentiasa ada seorang imam dan hanya
seorang imam sahaja boleh wujud pada bila-bila masa. Sesetengah rasul adalah
imam. Contohnya Nabi Ibrahim AS yang merupakan nabi, rasul dan imam. Tidak
semua imam adalah nabi atau rasul pula. Contohnya Imam Ali, yang bukannya
seorang rasul mahupun nabi tetapi imam.
7.0 GERAKAN SYI’AH DI MALAYSIA
Pengikut ajaran syi’ah di negara ini adalah dilarang sama sekali menyebarluaskan
fahaman tersebut kepada pengikut ahli Sunnah wal-Jamaah tetapi bebas untuk terus
mengamalkannya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk seri Jamil Khir
Baharom.
12
HBIS 4303
Jamil Khir berkata walaupun syi’ah telah dikategorikan sebagai ajaran
menyeleweng oleh Majlis Fatwa Kebangsaan 'tetapi tidak semua ajaran fahaman itu yang
bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah seperti yang diamalkan oleh umat
Islam di negara ini.
Di Malaysia, anutan syi’ah ini dipercayai sedang berkembang. Berkembangnya
ajaran syi’ah sehingga mencetuskan kebimbangan pihak berkuasa dan kumpulan
pendokong Ahl Sunnah Wal Jamaah yang sejak sekian lama menjadi anutan rakyat
Malaysia. Ini menunjukkan bahawa fahaman syi’ah sangat berbahaya dan boleh
menyebabkan akidah seseorang muslim terpesong.
Suatu ketika dahulu kita dikecohkan dengan tindakan seorang syi’ah, Faisal
Tehrani yang memuatkan novel bersiri syi’ah karyanya dalam Harian Metro kemudian
diikuti kemunculan penganalisis syi’ah di kaca televisyen dan diikuti pula terbongkarnya
rahsia bahawa ajaran kufur ini selama ini bergerak di bawah cahaya bulan purnama yang
menjadi lambang sebuah parti politik Malaysia.
Mungkin ramai pihak jahil atau sengaja menjahilkan diri bahawa ajaran syi’ah
adalah suatu bentuk ajaran sesat yang wajar dihindari berdasarkan fatwa Majlis Fatwa
Kebangsaan sebagai berikut:
i. Bersetuju supaya keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan
pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] mengenai
aliran syi’ah yang menetapkan seperti berikut :” Setelah berbincang dan
menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa
hanya Mazhab syi’ah dari golongan Al – Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang
diterima untuk diamalkan di Malaysia.” Dimansuhkan.
ii. Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran
Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah dari segi aqidah,
syariah dan akhlak.
13
HBIS 4303
iii. Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan
Perlembagaan Negeri-negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama
bagi Persekutuan dan Negeri-negeri hendaklah agama Islam yang berasaskan
pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah dari segi aqidah, syariah dan akhlak.
iv. Memperakukan pindaan kepada semua Undang-undang Negeri dan Hukum
Syara’ bagi menyelaraskan pengertian “Hukum Syara’ atau Undang-undang
Islam” seperti berikut: “Hukum Syara’ atau Undang-undang Islam yang
berasaskan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan
Akhlaq.”
v. Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah
wa al-Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syara’ dan Undang-undang
Islam dan dengan demikian penyebaran ajaran yang lain daripada pegangan Ahli
Sunnah wa al-Jamaah adalah dilarang.
vi. Menetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah,
filem, video dan lain-lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan
dengan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah adalah diharamkan.
Ini adalah keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan bertarikh 5 Mei 1996 yang
sekaligus menunjukkan tindakan sesetengah pihak penyiaran yang giat menayangkan
filem-filem daripada Iran baru-baru ini adalah bertentangan dengan undang-undang
Syar’i negara ini kerana fatwa di atas adalah fatwa yang diwartakan.
Demikian juga cadangan menubuhkan cawangan Universiti Islam Azad iaitu
universiti berfahaman syi’ah Iran di Malaysia adalah tindakan yang bercanggah dengan
undang-undang Syariah negara ini. Tindakan pihak tertentu yang terlalu memberi ruang
kepada kerajaan Iran melakukan aktiviti mereka di negara ini amat dikesali. Kejahilan
pihak-pihak berkenaan amat memalukan dan mengundang padah serta bencana kepada
akidah umat.
14
HBIS 4303
Golongan syi’ah telah melakukan beberapa dialog dengan pihak Ahlul Sunnah di
seluruh dunia termasuk Malaysia namun tiada sebarang pindaan undang-undang yang
dilakukan bagi menghalalkan pergerakan atau penyebaran fahaman mereka.
8.0 PENUTUP
Akhir-akhir ini terdapat kecenderungan sebahagian umat Islam mencemuh dan mengutuk
para sahabat Nabi r.hum. seperti Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan lain-
lain, bahkan lebih parah lagi melabelkan sahabat-sahabat tersebut sebagai munafik dan
kafir. Mereka melontarkan tuduhan bahawa sahabat menyembunyikan fakta-fakta penting
agama dan juga menyelewengkan al-Quran.
Mereka meragui kebenaran dan kesahihan ajaran Islam yang ada pada hari ini
kerana ianya dibawa oleh sahabat Nabi SAW yang dikatakan munafik dan kafir dan
sebagai alternatif, mereka cuba menampilkan satu bentuk ajaran lain (syi’ah) yang
kononnya datang dari anak cucu Nabi SAW (Ahlul bait).
Perbincangan tentang syi’ah telah dikupas secara ringkas dalam kertas kerja ini.
Kita sebagai umat Islam yang berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah perlu
mendalami ilmu agama supaya kita tidak terpengaruh dengan ajaran syi’ah.
Kita perlu berhati-hati apabila berhadapan dengan golongan syi’ah tersebut. Ini
kerana ajaran syi’ah semakin menular dalam masyarakat Islam kini di Malaysia. Namun
tiada satu pun peruntukan undang-undang yang boleh menghalang umat Islam dari
berfahaman syi’ah.
(kira-kira 2800 patah perkataan)
15
HBIS 4303
9.0 BIBLIOGRAFI
Muhammad Zaini bin Yahya, Zamri Abdurrahim & Afendi Saji (2008). Buku Teks
Pendidikan Islam Tingkatan 5. Dewan Bahasa dan Pustaka: Selangor.
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/syiah-di-malaysia. Syiah di Malaysia.
Muat turun pada 20 Oktober 2012.
http://www.ismaweb.net/v4/2012/05/syiah-hakikat-sejarah-siri-1/ Syiah: Hakikat dan
Sejarah. Muat turun pada 21 Oktober 2012.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Syiah. Syiah. Muat turun pada 21 Oktober 2012.
http://ohislam.com/syiah-sesat/ Syiah Sesat! Selamatkan Dirimu. Muat turun pada 22
Oktober 2012.
http://hafizamri.com/sejarah-dan-fahaman-syiah/ Sejarah dan Fahaman Syi’ah. Muat
turun pada 21 Oktober 2012.
http://ekin-wwwekinku.blogspot.com/2011/10/kemunculan-syiah-dan-khawarij.html
Kemunculan Syiah dan Khawarij. Muat turun pada 22 Oktober 2012.
http://perwadah.blogspot.com/2011/03/apa-itu-syiah.html Apa Itu Syiah? Muat turun
pada 21 Oktober 2012.
16