Pendidikan Khas SK Jenalik: Maklumat Pendidikan Khas...

download Pendidikan Khas SK Jenalik: Maklumat Pendidikan Khas …pkhasskjenalik.blogspot.com/2010/08/maklumat-pendidikan...2010-08-112010-08-11 · • Komponen Pengurusan Diri • Komponen

If you can't read please download the document

Transcript of Pendidikan Khas SK Jenalik: Maklumat Pendidikan Khas...

Pendidikan Khas SK Jenalik: Maklumat Pendidikan Khas Integrasi SK Jenalik

Pendidikan Khas SK Jenalik

Pages

Home

::info::

salam...admin blog mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin menyumbangkan artikel-artikel, gambar-gambar ataupun info berkaitan p.khas untuk disiarkan dalam blog.

semua artikel, gambar dan info boleh di attachkan ke e-mail

[email protected]

::perihal p.khas::

2011(9)

May(6)

April(3)

2010(9)

September(2)

August(7)Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke 53, MERDEKA.....Maklumat Pendidikan Khas Integrasi SK Jenalik::sajak tentang anak::::kata hikmat anak::::Puasa Oh Puasa::::selamat berpuasa::::Selamat datang::

::mutiara kata::

Tidak ada lautan yang luas, lurah yang dalam, bulan yang tinggi dan jalan yang susah bagi orang yang mahu

perbezaan antara mereka yang berjaya dengan yang lain bukanlah kerana kekurangan kekuatan atau ilmu, tetapi lebih kepada kekurangan kesungguhan dan kemahuan

::Muhasabah Diri::

Sebagai hamba Allah kita harus sedar kita juga selalu melakukan kesilapan. Kita hendaklah bersedia memohon maaf dan memaafkan sesiapa juga. Tidak bertegur sapa melebihi 3 hari sudah dikira berdosa, apatah lagi jika sudah berbulan ataupun bertahun....Bersama kita bermaafan terutamanya dibulan yang mulia ini.

Tuesday, August 24, 2010

Maklumat Pendidikan Khas Integrasi SK Jenalik

Posted byp.khas skjenalik

at11:43 AM

SEJARAH PENUBUHAN.

Kelas Pendidikan Khas (Pembelajaran) di sekolah ini adalah salah satu Program Integrasi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang dibuka di daerah Kuala Kangsar untuk memberi peluang kepada murid-murid istimewa supaya dapat bergaul dengan murid-murid normal. Kelas ini mula dibuka pada 4 Januari 1999, dengan 4 orang murid dan 2 orang tenaga pengajar. Pada tahun 2001 Kelas Pendidikan Khas sekolah ini telah mendapat sebuah bangunan baru. Kini setelah 12 tahun (2010) bilangan murid telah bertambah kepada 33 orang dan guru seramai 10 orang serta 4 orang Pembantu Pengurusan Murid.

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA.

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS.

Falsafah Pendidikan khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

RASIONAL.

Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Hanya sekadar mereka kurang bertindak balas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu, satu program khas perlu disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid ini dengan mengambil kira aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.

MATLAMAT.

Kurikulum kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah bertujuan melengkapkan kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran dengan kemahiran-kemahiran tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.

OBJEKTIF.

Setiap orang kanak-kanak diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk membolehkan mereka:

Menguasai kemahiran berkomunikasi.

Menguasai kemahiran bergaul.

Mengetahui dan memperkembangkan perasaan ingin tahu mengenai diri dan alam sekeliling.

Menjaga kesihatan dan keselamatan diri.

Mengurus hal-hal kehidupan seharian.

Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif.

Melibatkan diri dalam kegiatan diri.

Memahami keperluan-keperluan jasmani serta menguasai kemahiran motor.

Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni.

Mengembangkan potensi, bakat, daya kreatif dan intelek.

UMUR.

Umur murid adalah dari 7 tahun hingga 14 tahun

KURIKULUM .

1. Bidang Akademik Berfungsi :

Komponen Bahasa Melayu

Komponen Bahasa Inggeris

Komponen Matematik

Komponen Teknologi Maklumat & Komunikasi

2. Bidang Pengurusan Kehidupan :

Komponen Pengurusan Diri

Komponen Kemahiran Manipulatif

Komponen Pengurusan Tingkah Laku

Komponen Kemahiran Hidup

3. Bidang Sosial, Riadah dan Kreativiti :

Komponen Pendidikan Jasmani

Komponen Pendidikan Seni

Komponen Pendidikan Muzik, Gerakan dan Drama

Komponen Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar

4. Bidang Kerohanian dan Nilai-nilai Murni :

Komponen Pendidikan Agama Islam

Komponen Pendidikan Moral

0comments:

Post a Comment

Newer Post

Older Post

Home

Subscribe to:Post Comments (Atom)

::Hargailah Masa::

::kalendar::

::Blog P.Khas lain::

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK ALOR PONGSU

SURPRISE BIRTHDAY!!!

3 years ago

PPKI SK Seri Krian P.Buntar

PERKHEMAHAN PPKI DAERAH KERIAN

7 years ago

PENDIDIKAN KHAS SMK KHIR JOHARI, TG. MALIM

MAJLIS PERASMIAN MINGGU ORIENTASI..

10 years ago

::pengikut::

::jom sembang::

Pendidikan Khas SK Jenalik Copyright 2010