PENDIDIKAN MORAL

35
PENDIDIKAN MORAL MDM SITI HAJJAR A. HAMID OLYMPIA COLLEGE 2013

description

PENDIDIKAN MORAL. MDM SITI HAJJAR A. HAMID OLYMPIA COLLEGE 2013. Topik for week 4. Etika dari Perspektif Agama Islam & Buddha Apa yang dibenarkan / digalakkan oleh setiap agama Aplikasi etika kepada masyarakat. Etika dari Perspektif Agama : ISLAM. Konsep Akhlak : Pengenalan. - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of PENDIDIKAN MORAL

Page 1: PENDIDIKAN MORAL

PENDIDIKAN MORAL

MDM SITI HAJJAR A. HAMIDOLYMPIA COLLEGE

2013

Page 2: PENDIDIKAN MORAL

TOPIK FOR WEEK 4

Etika dari Perspektif Agama

Islam & Buddha Apa yang dibenarkan / digalakkan oleh setiap agama Aplikasi etika kepada masyarakat

Page 3: PENDIDIKAN MORAL

Etika dari Perspektif Agama : ISLAM

Page 4: PENDIDIKAN MORAL

KONSEP AKHLAK : PENGENALAN

Walaupun manusia boleh dipisahkan daripada bidang ilmu atau pemikiran, bahkan juga boleh dipisahkan daripada agama dan kepercayaan, tetapi tidak boleh dipisahkan dengan akhlak atau moral.

Ini kerana setiap perbuatan, amalan atau tindakan yang diambil tidak terlepas atau terkeluar daripada lingkungan hukuman sama ada terhadap dirinya atau orang lain ataupun benda lain iaitu adakah baik atau tidak segala tindakan tersebut.

Jika baik jawapannya perkara itu akan dilakukan tetapi jika jahat perkara itu akan ditinggalkan. Itulah akhlak yang baik. Tetapi jika sebaliknya yang dilakukan itulah akhlak yang buruk.

Page 5: PENDIDIKAN MORAL

Islam merangkumi aqidah, dan syariat itu mengandungi roh akhlak. Akhlak adalah roh kepada risalah Islam sementara syariat adalah lembaga jelmaan daripada roh tersebut.

Ini bererti Islam tanpa akhlak seperti rangka yang tidak mempunyai isi, atau jasad yang tidak bernyawa. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

"Islam itu akhlak yang baik".

Begitu juga sabda Baginda yang bermaksud : 

"Tidak ada sesuatu yang lebih berat timbangannya selain daripada akhlak yang mulia’’.

Page 6: PENDIDIKAN MORAL

PENGERTIAN AKHLAK

Akhlak dari segi bahasa : berasal daripada perkataan 'khulq' yang bererti perilaku, perangai atau tabiat.

Akhlak dari segi istilah : Menurut Imam al-Ghazali, "Akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu."

Menurut Ibnu Maskawih, "Akhlak ialah keadaan jiwa seseorang yang mendorong untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa pertimbangan akal fikiran terlebih dahulu."

Menurut Profesor Dr Ahmad Amin, "Akhlak ialah kehendak yang dibiasakan dan ia akan menjadi kebiasaan yang mudah dilakukan.“

Daripada definisi tersebut dapat kita fahami bahawa akhlak merupakan suatu perlakuan yang tetap sifatnya di dalam jiwa seseorang yang tidak memerlukan daya pemikiran di dalam melakukan sesuatu tindakan

Page 7: PENDIDIKAN MORAL

PERBEZAAN AKHLAK, MORAL DAN ETIKA

AKHLAK

Adalah pembahasan tentang perbuatan-perbuatan manusia, kemudian menetapkannya apakah perbuatan tersebut tegolong perbuatan yang baik atau perbuatan yang buruk atau berisi pembahasan dalam upaya mengenal tingkahlaku, kemudian memberikan hukum kepada perbuatan tersebut, yaitu apakah perbuatan tersebut tergolong baik atau buruk.

MORAL

Suatu istilah yang digunakan untuk menentukan batas-batas dari kehendak, pendapat atau perbuatan yang secara layak dapat di katakan benar, salah, baik, atau buruk.

Moral gunakan untuk mengukur tingkah laku manusia adalah adat istiadat, kebiasaan, dan lainnya yang berlaku di masyarakat.

Page 8: PENDIDIKAN MORAL

ETIKA

Etika merupakan ilmu pengetahuan yang berhubungan dengan upaya menentukan perbuatan yang di lakukan manusia untuk dikatakan baik atau buruk, dengan kata lain aturan atau pola tingkah laku yang di hasilkan oleh akal manusia.

Dengan adanya etika pergaulan dalam masyarakat akan terlihat baik dan buruknya. Etika bersifat relatif yakni dapat berubah-ubah sesuai dengan tuntutan zaman.

Page 9: PENDIDIKAN MORAL

CONTOH-CONTOH PERBEZAAN ANTARA AKHLAK DAN MORAL

1. Pakaian : Menurut Islam pakaian bagi seseorang muslim mestilah menutup aurat. Seandainya mereka tidak menutup aurat maka ia telah dianggap sebagai orang yang tidak berakhlak kerana telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Berbeza dengan moral, jika seseorang itu mendedahkan aurat tetapi masih mempunyai perlakuan yang baik, maka mereka masih dianggap bermoral oleh sesetengah pihak.

2. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan : Fenomena seumpama ini sudah menjadi suatu lumrah baik masyarakat di Barat dan masyarakat kita.

Berdasarkan penilaian Barat perkara ini masih dianggap bermoral, sebaliknya jika dilihat dari sudut akhlak Islam, perlakuan sedemikian sudah dianggap tidak berakhlak.

3. Bersalaman : Bersalaman di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya adalah haram menurut Islam walaupun tujuannya untuk merapatkan hubungan.

Tetapi perkara ini dibolehkan dalam sistem moral.

Page 10: PENDIDIKAN MORAL

5 CIRI YANG TERDAPAT DALAM PERBUATAN AKHLAK

1. Lingkungan skop akhlak Islam adalah luas meliputi segala perbuatan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan makhluk selain manusia.

2. Adanya konsep balasan dan ganjaran pahala atau syurga oleh Allah dan sebaliknya orang yang berakhlak buruk akan mendapat dosa atau disiksa dalam neraka.

3. Perbuatan akhlak adalah perbuatan yang timbul dari dalam diri orang yang mengerjakannya, tanpa ada paksaan atau tekanan dari luar (atas dasar dan keinginan diri sendiri) tanpa paksaan.

4. Islam menghubungkan akhlak dengan keimanan. Orang yang paling sempurna keimanannya ialah orang yang paling baik akhlaknya.

5. Akhlak adalah perbuatan yang dilakukan kerana ikhlas semata-mata kerana Allah SWT, bukan kerana di puji orang atau kerana ingin mendapat suatu pujian.

Page 11: PENDIDIKAN MORAL

KEDUDUKAN AKHLAK DALAM ISLAM

Akhlak mempunyai kedudukan yang paling penting dalam agama Islam.Antaranya :

Akhlak dihubungkan dengan tujuan risalah Islam atau antara perutusan utama Rasulullah saw.

Akhlak menentukan kedudukan seseorang di akhirat nanti yang mana akhlak yang baik dapat memberatkan timbangan amalan yang baik.

Akhlak dapat menyempurnakan keimanan seseorang mukmin.

Akhlak yang baik dapat menghapuskan dosa manakala akhlak yang buruk boleh merosakkan pahala.

Akhlak merupakan sifat Rasulullah saw di mana Allah swt telah memuji Rasulullah kerana akhlaknya yang baik.

Akhlak yang baik dapat menghindarkan seseorang itu daripada neraka sebaliknya akhlak yang buruk menyebabkan seseorang itu jauh dari syurga.

Page 12: PENDIDIKAN MORAL

SKOP AKHLAK ISLAM

Akhlak Dengan Allah .Akhlak dengan manusiaAkhlak terhadap makhluk selain

manusia

Page 13: PENDIDIKAN MORAL

1. AKHLAK DENGAN ALLAH .

Beriman kepada Allah : Iaitu mengakui, mempercayai dan meyakini bahawa Allah itu wujud serta beriman dengan rukun-rukunnya dan melaksanakan tuntutan-tuntutan di samping meninggalkan sebarang sifat atau bentuk syirik terhadapnya.

Beribadah atau mengabdikan diri, tunduk, taat dan patuh kepada Allah iaitu melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangannya dengan ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t.

Sentiasa bertaubat kepada tuhannya : iaiatu apabila seseorang mukmin itu terlupa atau jatuh kepada kecuaian dan kesilapan yang tidak seharusnya berlaku lalu ia segera sedar dan insaf lalu minta taubat atas kecuaiannya.

Mencari keredhaan Allah.

Melaksankan perkara2 wajib, fardu.

Reda dengan ketetapan qada dan qadar Allah.

Page 14: PENDIDIKAN MORAL

2. AKHLAK DENGAN MANUSIA. Akhlak dengan Rasulullah. iaitu beriman dengan penuh

keyakinan bahawa nabi muhammad pesuruh Allah.

Akhlak dengan Ibubapa. Berbuat baik kepada kedua ibubapa iaitu berbuat baik (berbakti) ke pada ibu bapa. Berbuat baik di sini mengandungi erti meliputi dari segi perbuatan, perkataan dan tingkah laku. Contohnya berkata dengan sopan dan hormat, merendahkan diri, berdoa untuk keduanya dan menjaga keperluan hidupnya apabila mereka telah uzur dan sebagainya.

Akhlak dengan guru. memuliakan dan menghormati guru. Setiap murid dikehendaki memuliakan dan menghormati gurunya kerana peranan guru mengajarkan sesuatu ilmu yang merupakan perkara penting di mana dengan ilmu tersebut manusia dapat menduduki tempat yang mulia dan terhormat dan dapat mengatasi berbagai kesulitan hidup sama ada kehidupan di dunia ataupun di akhirat.

Page 15: PENDIDIKAN MORAL

Akhlak dengan jiran tetangga. berbuat baik terhadap jiran. Umat Islam dituntut supaya berbuat baik terhadap jiran tetangga. Contohnya tidak menyusahkan atau mengganggu mereka seperti membunyikan radio kuat-kuat, tidak membuang sampah di muka rumah jiran, tidak menyakiti hati mereka dengan perkataan-perkataan kasar atau tidak sopan dan sebagainya. Malah berbuat baik terhadap jiran tetangga dalam pengertiannya itu dapat memberikan sesuatu pemberian kepada mereka sama ada sokongan moral atau material.

Akhlak suami isteri . Mencampuri mereka dengan baik serta menjaga & menjalankan hak & tanggungjawab masing-masing dengan baik.

Akhlak dengan anak-anak. Berikan mereka nama yang baik serta melakukan aqiqah untuk mereka serta diberi pengajaran dan pendidikan akhlak yang baik.

Akhlak dengan kaum kerabat. Menjaga hubungan kekeluargaan & persaudaraan.

Page 16: PENDIDIKAN MORAL

3. AKHLAK TERHADAP MAKHLUK SELAIN MANUSIA. 

Malaikat : ahlak Islam menurut seseorang muslim ialah menghormati para malaikat dgn menutup kemaluan walaupun bersendirian dan tidak ada orang lin yang melihat.

Jin : Rasulullah s.a.w melarang membuang hadas kecil di dalam lubang di bumi kerana ia adalah kediaman jin. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud "jangan kamu beristinjak dengan tahi kering dan jangan pula dengan tulang-tulang kerana sesungguhnya tulang-tulang itu adalah makanan saudara kamu dari kalangan jin“

Haiwan ternakan : haiwan yang digunakan untuk membuat kerja tidak boleh dibebani di luar kemampuan mereka atau dianiaya dan disakiti. penyembelihan dilakukan dengan cara yang paling baik iaitu dengan menggunakan pisau yang tajam, tidak mengasah pisau di hadapan haiwan tersebut atau menyembelih haiwan di samping haiwan-haiwan yang lain.

Page 17: PENDIDIKAN MORAL

Haiwan bukan ternakan : tidak boleh menganiaya haiwan-haiwan bukan ternakan seperti mencederakannya dengan menggunakan batu dan sebagainya.

Alam : manusia diperintahkan untuk memakmurkan sumber-sumber alam demi kebaikan bersama. Islam menetapkan bahawa alam ini tidak boleh  dicemari dengan kekotoran yang boleh meroskkan kehiudpan manusia dan kehidupan lainnya.

Page 18: PENDIDIKAN MORAL

  Faktor Keruntuhan

Akhlak

2. Faktor persekitaran1. Nafsu

3. Syaitan

Page 19: PENDIDIKAN MORAL

1. NAFSU

- Nafsu adalah anugerah Allah s.wt. kepada manusia dan nafsu juga adalah musuh sebati dengan diri manusia yang melaksankan hasrat nafsu manusia.

- Manusia yang terlalu menurut kehendak nafsunya akan terdorong untuk melakukan keburukan.

-Seandainya nafsu tidak dapat dikawal sudah pasti boleh menghilangkan maruah diri, agama dan nilai budaya sesebuah masyarakat dan membawa kepada kemungkaran sebagaimana berlaku dalam masyarakat.

Page 20: PENDIDIKAN MORAL

 2. FAKTOR PERSEKITARAN

- Individu yang hidup dalam keluarga yang tidak mengamalkan cara hidup yang berakhlak, maka jiwanya akan terdidik dengan tingkah laku, tutur kata dan gaya hidup yang tidak baik.

- Kehadiran teknologi moden yang canggih dalam media massa sama ada bercetak atau elektronik juga sedikit sebanyak memberi kesan dalam pembentukan akhlak seseorang iaitu melalui adengan-adengan ganas dan berunsur seks yang boleh merosakkan jiwa.

- Pengaruh rakan sebaya dan masyarakat sekeliling juga merupakan faktor yang menbentuk keperibadian dan akahlak seperti tingkah laku, tutur kata dan cara bertindak.

- Permasalah keluarga yang melibatkan ibubapa contohnya pergaduhan dan perceraian boleh membawa kepada permasalahan sosial seperti lari dari rumah, menyertai rakan sebaya mehupun kumpulan yang rosak akhlaknya sehingga membewa kepada pergaualan bebas, perzinaan, pengambilan dadah,pelacuran (boohsia) dan seumpamanya.

- Budaya masyarakat yang cenderung kea arah liberisme juga membawa masyarakat kini mudah terjeabk dengan budaya rock, rap, lepak dan seumpamanya.

Page 21: PENDIDIKAN MORAL

3. SYAITAN

- Musuh ghaib yang sentiasa mendampingi manusia dengan memperalatkan nafsu menudsia.

- Fungsi syaitan adalah agen perosak akhlak manusia berlaku sejak Nabi Adam a.s dan berterusan hingga kiamat.

Page 22: PENDIDIKAN MORAL

Sifat-sifat Mahmudah (akhlak yang baik)

Sifat Mazmumah(akhlak yang buruk)

Taubah Gemar Makan dan Minum.

Amanah Banyak berkata-kata perkara sia-sia

Berkasih-sayang Marah ialah berpunca dari kurang kesabaran

Sabar Hasad dengki, dan iri hati

Ikhlas dan benar Kasih kepada harta : tamak

Syukur Zalim

Berani & bertanggungjawab Judi, Minum Arak, Berzina

Page 23: PENDIDIKAN MORAL

Etika dari Perspektif Agama

BUDDHA

Page 24: PENDIDIKAN MORAL

PENGENALAN Agama Buddha dan Hindu adalah kepercayaan yang popular

dikalangan masyarkat India dan Cina di Malaysia. Buddhisme adalah agama budaya yang diasaskan di India oleh Siddharta Gautama Buddha, seorang yang kuat berusaha untuk mencapai ketinggian moral dalam kehidupan, mencari keharmonian hidup dengan usahanya sendiri.

Falsafah Buddhisme adalah untuk memberikan panduan kepada manusia mengenai kehidupan yang bermaruah dan berasaskan etika kehidupan yang sempurna.

Oleh yang demikian, matlamat dalam kehidupan mereka ialah untuk mencapai satu tahap yang dipanggil 'Nirwana'. Untuk itu, seseorang itu perlulah melepasi 'Empat Kebenaran Mulia' (Four Noble Truths) atau tahap penderitaan dalam kehidupan (circle of suffering)

Page 25: PENDIDIKAN MORAL

KEMUNCULAN NYA : Dianggap penentangan terhadap brahmin.

Wujud akibat ketidakadilan kasta dalam agama dan kehidupan serta mencari ketenangan.

Asas ajaran 4 kebenaran mulia dan Jalan 8 lapis

Kegemilangan dalam zaman Asoka

Agama rasmi bagi Dinasti Maurya

Page 26: PENDIDIKAN MORAL

KITAB SUCI

Kitab suci agama Buddha yang paling tua yang diketahui hingga sekarang terbagi dalam tiga kelompok besar yang dikenali sebagai :

• -Vinaya Pitaka• - Sutta Pitaka• - Abhidhamma Pitaka

Page 27: PENDIDIKAN MORAL

EMPAT KEBENARAN YANG MULIA

Kehidupan penuh kepahitan

Kepahitan dan kesengsaraan

disebabkan oleh tuntutan nafsu

Untuk mengatasi kepahitan hidup mesti

mengatasi nafsu

Cara menamatkan kesengsaraan dan

mengatasi nafsu ialah cara Jalan Lapan Lapis

Page 28: PENDIDIKAN MORAL

Untuk mencapai kepada 'Empat Kebenaran Mulia' tersebut seseorang penganut Buddha perlulah melepasi satu tahap yang disebutkan sebagai 'Jalan Mulia Lapan Lapis' (The Noble Eightfold Path).

Ini adalah jalan yang terakhir merangkumi lapan perkara dalam usaha mengatasi segala masalah kehidupan seperti dalam .

Lapan perkara yang dianjurkan ini adalah selaras dengan kehendak yang dituntut dalam Islam. Perkara ini menampakkan persamaan yang agak nyata dalam tafsiran sesebuah agama.

Tiga kelompok moral yang diketengahkan iaitu Akhlak (Sila), perkembangan mental (Samaddi) dan Kebijaksanaan (Panna) adalah kelompok akhlak sosial yang baik dan dapat diterima oleh segenap lapisan masyrakat.

Ini bermakna sepatutnya tidak berlaku sebarang ‘cultural shock’ dalam konteks pemurnian budaya kerja kerana setiap agama menganjurkan kebaikan yang sama.

Page 29: PENDIDIKAN MORAL

JALAN LAPAN LAPIS

Page 30: PENDIDIKAN MORAL
Page 31: PENDIDIKAN MORAL

 Kepercayaan dan pengetahuan yang �baik

 *Bebas daripada kepercayaan karut� * Memahami diri sendiri dan 4 kebenaran mulia *Membangunkan wawasan kehidupan yang jelas

 Keinginan yang baik�  * Perlu mengambil keputusan yang tegas untuk �mencapai jalan kehidupan yang berjaya

 Pengucapan yang baik�  *Tidak boleh melakukan gosip , menipu dan �mengenakan seseorang�

Kelakuan yang baik *Bertindak secara aman , jujur dan sejati serta tidak membunuh, mencuri dan keterlaluan dalam tuntutan arak dan perhubungan kelamin

Makna kehidupan yang baik Perlu mendapatkan kehidupan yang tidak memusnahkan kehidupan lain

Usaha yang baik *Perlu mengawal diri sendiri dan berdisiplin *Mengekang kepercayaan syaitan dan menjaga �kebaikan

Pemikiran yang baik *Perlu berhati-hati dengan kata-kata dan perlakuan orang lain

 Pertapaan yang baik��

*Perlu menumpukan pada satu perkara untuk mendapatkan kesedaran yang mendalam dan istimewa

Page 32: PENDIDIKAN MORAL

Bagi memastikan seseorang penganut Buddha itu boleh mencapai ketahap dua perkara diatas, maka perkara asas yang paling utama perlu diberikan perhatian iaitu asas moral utama atau Panca Sila.

Sila adalah nilai moral yang baik yang lahir berdasarkan kepada sebab dan musabab dan kesannya sesuatu perbuatan tersebut.

Manakala Panca bermaksud lima, membawa erti lima peraturan yang utama sebagai asas kepada perbuatan seseorang yang perlu dihayati.

Panca sila adalah asas pendidikan moral yang dapat memupuk dan membina keharmonian dan kesejahteraan dalam masyarakat.

Lima perkara utama yang dimaksudkan ialah; larangan membunuh; bersifat jujur; larangan berzina; larangan meminum arak dan tidak mengkhianati antara satu sama lain.

Page 33: PENDIDIKAN MORAL

LIMA PRINSIP BUDDHISME : PANCA SILA

Larangan Tidak membunuh - tidak mengancam nyawa orang lain

Tidak mencuri - tidak mengancam harta benda orang lain

Tidak berzina - tidak mengancam kesucian orang lain

Tidak berbohong - tidak mengancam reputasi orang lain

Tidak meminum arak - tidak mengancam rasional sendiri dan keselamatan orang lain

Dalam agama Taoism juga mempunyai 5 larangan ini yang diperkenalkan oleh Tai Shang Lao Jun..

Page 34: PENDIDIKAN MORAL

Hasil pemikiran yang dikemukakan ini dalam konteks moral dan nilai dalam kehidupan adalah bersifat sejagat kecuali beberapa perkara yang bersifat penyembahan keagamaan.

Apa yang perlu dijelaskan ialah, nilai moral yang dikemukakan sebagaimana dalam pancasila adalah untuk membimbing manusia kearah kebaikan dan keamanan sejagat.

Manakala perbezaan antara Buddhism dan Hinduisme adalah dalam perkara yang berkaitan dengan kepercayaan sahaja.

Dalam konteks prinsip moral yang diamalkan (Hinduisme), terdapat dua bidang yang diklasifikasikan iaitu; Yamas – moral diri sendiri; dan Niyamas – moral untuk kepentingan masyarakat umum.

Ternyata sifat yang dituntut adalah bersifat sejagat dan mempunyai nilai moral (moral values) yang sama.

Page 35: PENDIDIKAN MORAL

Sekian Terima Kasih

End of week 5