Pendidikan Moral

28
SENARAI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT ISI KANDUNGAN 1 PENGHARGAAN 2 1.0 – SOALAN 1 3 2.0 – SOALAN 2 8 3.0 – SOALAN 3 11 4.0 – SOALAN 4 13 5.0 – SOALAN 5 16 6.0 – REFLEKSI 18 7.0 - RUJUKAN 20 1

Transcript of Pendidikan Moral

Page 1: Pendidikan Moral

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

ISI KANDUNGAN 1

PENGHARGAAN 2

1.0 – SOALAN 1 3

2.0 – SOALAN 2 8

3.0 – SOALAN 3 11

4.0 – SOALAN 4 13

5.0 – SOALAN 5 16

6.0 – REFLEKSI 18

7.0 - RUJUKAN 20

1

Page 2: Pendidikan Moral

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia dapat jua

saya menyiapkan tugasan di dalam subjek Mata pelajaran Pengenalan kepada Konsep Asas

(ELM 3101) ini dengan jayanya. Dalam menyiapkan tugasan ini, saya telah mencuba sedaya-

upaya saya untuk menghasilkan satu laporan yang terbaik bagi memenuhi permintaan pihak

pensyarah dan institut. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada

individu-individu berikut.

Pertama sekali, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah mata

pelajaran ini iaitu Encik Hegratul Al-Amin Sahbudin atas bimbingan dan tunjuk ajar serta

dorongan yang beliau berikan kepada saya sepanjang menyiapkan tugasan ini. Tanpa

bimbingan daripada beliau, mungkin sukar untuk kami menyiapkan tugasan ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seunit

saya yang banyak menolong serta menyumbangkan idea dan bahan kepada saya bagi

menyiapkan tugasan ini. Tidak dilupakan juga kepada semua rakan-rakan lain sama ada yang

terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan tugasan

ini. Tanpa pertolongan kalian, saya mungkin akan menghadapi banyak masalah untuk

melaksanakan tugasan ini. Jasa baik kalian semua, hanya ALLAH S.W.T sahajalah yang

mampu membalasnya.

Akhir kalam, saya berharap hasil penulisan saya dalam tugasan ini akan dapat dijadikan

panduan serta manfaat kepada semua terutama diri saya sendiri sebagai seorang guru.

Sekian, Terima Kasih.

2

Page 3: Pendidikan Moral

SOALAN 1 : Seseorang yang bermoral perlu memiliki dan menguasai ketiga-tiga dimensi moral iaitu penaakulan moral, emosi moral dan tingkah laku moral. Huraikan satu contoh untuk setiap dimensi moral dalam konteks anda sebagai seorang guru.

Perkataan ‘moral’ berasal daripada perkataan ‘mores’ - bahasa Yunani yang membawa

erti: tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat. Oleh itu, moral

merupakan nilai-nilai murni seperti baik hati, merendah diri, belas kasihan dan berkait dengan

beberapa peraturan seperti tatahukum, tatasusila, tatatertib, nilai tradisi, kepercayaan, undang-

undang, norma dan adat dalam mana-mana masyarakat yang dimaksudkan. Konsep moral

boleh difahami dengan lebih lanjut berdasarkan dimensi moral. Seorang insan yang berakhlak

mulia yang seharusnya mengamalkan ketiga-tiga dimensi moral.Secara amnya, kita boleh

membahagikan moral kepada tiga dimensi, iaitu :-

Insan bermoral adalah lahir daripada amalan nilai murni berasaskan kepada dimensi

dan pegangan prinsip moralnya. Kekuatan untuk mengamal dan mempertahankan prinsip moral

yang selari dengan peraturan masyarakat menjadi faktor utama dalam melahirkan insan

bermoral. Ketekalan moral menguatkan pegangan “aku tetap aku” walau dalam apa keadaan

3

Dimensi Moral

Penaakulan Moral

Emosi Moral

Perlakuan Moral

Page 4: Pendidikan Moral

dan di mana seseorang itu berada. Insan yang bermoral meliputi tiga dimensi iaitu penaakulan,

emosi dan tingkahlaku moral. Dimensi moral ini juga boleh menjadi asas untuk seorang guru

dalam menhadapi situasi dunia pendidikan mereka. Berikut merupakan huraian terhadap

ketiga-tiga dimensi moral dan disertakan dengan contohnya dalam konteks seorang guru.

1.1 Penaakulan Moral

Penaakulan moral juga disebut sebagai pemikiran moral dan pertimbangan yang

dibuat secara rasional dan bebas.Ini bermaksud seserong individu yang mempunyai

pemikiran moral dapat memikirkan sesuatu dilema moral dan membuat pertimbangan

berasaskan prinsip moral dan nilai-nilai moral yang diterima oleh masyarakat setempat.

Prinsip keadilan dipentingkan semasa membuat sesuatu keputusan.Penaakulan moral

juga boleh dikaitkan dengan proses kematangan dalam membuat keputusan secara

rasional berasaskan fakta tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran.

Penaakulan nilai moral dalam pendidikan moral menjadi asas bagaimana

seseorang individu menterjemahkan amalan nilai-nilai murni di dalam kehidupan

sehariannya. Melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni yang diperoleh dalam

pendidikan moral, sama ada secara formal atau tidak, akan dapat mewujudkan satu

masyarakat yang bermoral tinggi. Amalan nilai murni suatu masyarakat itu bermula dari

diri individu itu sendiri. Dengan perkataan lain, penaakulan moral bagi seseorang

individu itu adalah berdasarkan kepada pemikiran yang bebas dan rasional yang mana

penekanan utamanya ialah memahami tentang nilai-nilai moral dan bertindak atau

menunjukkan tingkah laku yang berasaskan nilai-nilai murni yang diterima dalam

sesebuah masyarakat.

Perkara ini selaras dengan apa yang diperkatakan oleh Kohlberg (1975), beliau

menyatakan bahawa semakin tinggi tingkat penaakulan moral individu, semakin tinggi

kemungkinan dia bertingkah laku moral. Antara pendapat tokoh-tokoh yang lain

berkaitan penaakulan moral ialah seperti berikut :

Menurut Gibbs, Basinger dan Fuller,(1992), penaakulan moral sebagai sebab-

sebab atau justifikasi yang dipegang oleh individu untuk menghasilkan sesuatu

keputusan moral. Menurut ahli psikologi seperti Piaget (1968) dan Kohlberg, proses

penaakulan moral melibatkan perkembangan moral secara berperingkat, dari peringkat

4

Page 5: Pendidikan Moral

seorang mematuhi peraturan moral supaya tidak dikenakan hukuman oleh pihak

berkuasa sehingga ke peringkat dia, sebagai orang yang berautonomi (bebas), akan

menepati peraturan moral selaras dengan prinsip-prinsip moral yang sejagat.

Antara contoh situasi penaakulan moral dalam konteks dunia pendidikan yang

dihadapi oleh para guru ialah:-

Seorang murid meniru dalam peperiksaan akhir tahun buat pertama kali kerana

ayahnya sangat garang dan telah mengugutnya jika dia tidak dapat tempat pertama, dia

tidak akan dapat pergi ke Australia menghadiri majlis konvokesyen kakaknya. Sahsiah

murid ini cukup menyenangkan guru kelasnya. Walaubagaimanapun sebagai guru yang

tegas dan adil, guru itu terpaksa mengambil tindakan mengikut peraturan sekolah.

Keputusan yang diambil oleh guru tersebut tepat dan berdasarkan penaakulan

moral. Keputusan yang dibuat itu tidak dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan juga

emosinya. Walaupun murid tersebut terpaksa meniru demi mencapai apa yang

dikehendakinya, namun sebagai seorang guru, tingkah laku murid tersebut perlu

dihentikan dengan mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut peraturan yang telah

ditetapkan. Tindakan ini bertujuan untuk emmberi pengajaran kepada murid ini dan

murid lain agar tidak mengulangi perkara yang sama pada waktu lain.

1.2 Emosi Moral

Emosi moral merupakan kehalusan emosi individu yang mengandungi sentimen,

empati, simpati, prihatin, belas kasihan, bermotivasi dan murah hati.Perasaan yang

bermoral ini membawa kepada tindakan yangbermoral.Perasaan ini akan membawa

kepada perlakuan individu secara moral. Oleh itu, emosi moral ini adalah penting untuk

mengawal perlakuan, menghalang seseorang individu membuat sesuatu yang bersifat

anti sosial. Misalnya, perasaan empati dan simpati akan menyebabkan seseorang

individu sentiasa membantu orang miskin atau cacat tanpa mengira kepentingan diri

sendiri.

Emosi moral ini akan memberi perangsang kepada seseorang untuk bertindak

secara bermoral dengan lebih yakin. Seorang manusia yang normal akan mempunyai

perasaan, hal ini akan menyebabkan seseorang itu akan membuat suatu keputusan

5

Page 6: Pendidikan Moral

tanpa mengetepikan perasaan atau emosi di dalam diri mereka. Ianya juga akan

membantu seseorang itu untuk bertindak secara positif. Namun, bukan semua perasaan

boleh dikatakan sebagai emosi moral, emosi moral hanya merujuk kepada perasaan

yang "betul" yang melibatkan kerasionalan dalam sesuatu situasi yang dihadapi.

Seorang guru yang baik dan bermoral akan menggunakan emosi dalam setiap

tinhkah laku atau tindakan yang akan diambil terhadap anak didik mereka. Tidak semua

kesalahan yang dilakukan oleh murid-muridnya dilakukan dek kerana sengaja namun

mereka mungkin mempunyai sebab yang tersendiri. Contohnya, seorang murid sentiasa

berpakaian selekeh ke sekolah. Pakaiannya kotor dan lusuh. Jika mengikut peraturan

sekolah, seorang murid itu perlu ke sekolah dengan berpakaian kemas dan bersih.

Seorang guru yang bermoral tidak akan terus mengambil tindakan disiplin terhadap

murid tersebut sebaliknya cuba menyelidik latar belakang murid tersebut dan cuba

mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid tersebut yang menyebabkan dia

terpaksa berpakaian sedemikian ke sekolah.

Mungkin murid tersebut berasal dari keluarga yang sangat miskin sehingga

mereka tidak mampu untuk membeli pakaian yang baru. Disebabkan perasaan simpati

yang terdapat di dalam diri guru tersebut, maka tindakan disiplin tidak akan diambil

terhadap kesalahan murid tersebut. Perasaan belas kasihan dan simpati itu menjadi

motivasi kepada guru tersebut untuk tidak mengambil tindakan disiplin dan guru tersebut

mungkin boleh membantu murid tersebut dengan mendapatkan bantuan kewangan dari

pihak sekolah. Tindakan guru tersebut merupakan suatu tindakan yang yang tepat dan

dia mempunyai emosi moral yang betul.

1.3 Perlakuan Moral.

Dimensi moral seterusnya dikenali sebagai perlakuan moral. Ia bermaksud

tingkah laku dan tindakan seseorang individu terhadap tindakan dan keputusan yang

ditunjukkan dengan rasa penuh tanggungjawab berdasarkan kepada penaakulan dan

emosi moralnya. Tingkah laku ini berkait rapat dengan ketekalan diri, kekuatan jati diri,

dan kecekapan membuat keputusan dengan mengamalkan keadilan dan rasional. Anda

perlu tahu bahawa sebenarnya emosi dan penaakulan moral adalah sama penting dari

segi perlakuan moral.

6

Page 7: Pendidikan Moral

Tingkah laku moral adalah dimensi moral yang menterjemahkan penaakulan dan

emosi moral. Tingkah laku yang baik dan buruk adalah hasil daripada bagaimana

seseorang itu menaakul dan menggunakan emosi moral dalam tingkah lakunya.

Sebagai contohnya, seseorang yang membantu orang lain dalam kesusahan seperti

ditimpa kemalangan jalan raya adalah hasil daripada pemikiran baik hati iaitu “kita mesti

membantu orang dalam kesusahan”. Di samping itu, emosi pula menyatakan rasa

empati dan belas kasihan kepada orang yang dalam kesusahan. Sebenarnya ketiga-tiga

dimensi moral ini adalah sama penting dalam penghayatan dan amalan dari segi moral.

Kupperman (1983), melaporkan bahawa orang yang membuat sesuatu yang

tidak bermoral, tidak semestinya lebih bodoh atau lebih pandai berbanding dengan

orang yang biasa. Bagaimanapun, individu yang tidak bermoral ini sentiasa tidak sensitif

terhadap kesengsaraan mangsanya kerana kesukaran untuknya memperoleh perasaan

moral. Apabila seseorang individu dapat menaakul secara rasional dan bebas,

perlakuan individu dalam bentuk tingkah laku dan tindakan akan terhasil. Perlakuan ini

akan dipengaruhi oleh emosi dan perasaan individu tersebut. Pada masa yang sama,

perlakuan ini adalah bersifat moral, bukan hanya mengikut perintah atau arahan

daripada penaakulannya serta yakin penaakulan ini mudah dikawal oleh autoriti luaran.

Sebaliknya penaakulan tanpa rasional dan tidak bebas, serta tidak disertai oleh emosi

atau perasaan moral, akan menghasilkan perlakuan individu yang tidak berautonomi

dan mungkin tidak bermoral. Ini menyebabkan tindakan atau tingkah lakunya telah

bertentangan dengan keluhuran hatinya.

Rumusannya, insan yang bermoral mengembangkan penaakulan moral, emosi

moral dan perlakuan moral dengan seimbang. Dengan lain perkataan, ketiga-tiga

dimensi ini mesti saling berinteraksi atau mempengaruhi antara satu sama lain untuk

membina satu insan yang bermoral. Secara umumnya, seseorang insan yang bermoral

adalah insan yang berautonomi, rasional dan bebas dalam penaakulan, perlakuan dan

perasaannya.

7

Page 8: Pendidikan Moral

SOALAN 2 : Sejauh Manakah Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan Boleh Melahirkan Insan Bermoral ?

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang

dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan

rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,

berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

(Falsafah Pendidikan Kebangsaan)

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia

dekenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPK). Dengan adanya FPK, maka sistem

pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan

mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem

pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi

iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara.

Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan

bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan

merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan

bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk

menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Namun, sejauh manakah konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mempu

melahirkan insan bermoral berdasarkan intipati-intipati yang terkandung dalam FPK ini. Konsep

insan bermoral ini berkait rapat dengan pendidikan agama. Insan Bermoral merupakan

seseorang yang berkelakuan yang boleh diterima oleh masyarakatnya dengan cara mematuhi

segala set peraturan yang telah ditetapkan oleh autoriti. Berdasarkan FPK yang telah digariskan

ini, matlamat utama pendidikan negara kita adalah untuk melahirkan individu atau murid yang

cemerlang dari lima aspek iaitu Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan juga Sahsiah. Penekanan

terhadap setiap aspek ini amat dititikberatkan oleh kerajaan melalui pendidikan yang diberikan

kepada murid di sekolah. Melalui penekanan yang diberikan dalam meningkatkan sahsiah dan

juga rihani seseorang murid itu, kerajaan telah memasukkan matapelajaran yang tertentu

8

Page 9: Pendidikan Moral

seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan juga Pendidikan Moral.

Kesemua matapelajaran ini diajarkan di setiap sekolah dan ianya menjadi matapelajaran wajib

di ajar di sekolah. Matapelajaran ini, mampu memberi pendedahan kepada murid dalam

memantapkan aspek kerohanian dan juga sahsiah mereka. Sebagai contoh, Pendidikan Moral

ialah satu program yang mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak

mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah

laku moral.

Pendidikan Moral di sekolah rendah memberi tumpuan kepada usaha memupuk

kekuatan kerohanian dan kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan nilai- nilai murni

masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di

negara ini. Dengan itu murid dapat membina satu panduan hidup yang membolehkan mereka

menjadi insan yang bermoral. Ini membolehkan mereka menjadi individu yang

bertanggungjawab moral dan sosial terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan.

Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia, bertanggungjawab

dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global.

Selain itu, bagi murid yang beragama islam, mereka akkkan mempelaja matapelajaran

Pendidikan Islam. Melalui matapelajaran ini, murid akan didedah dengan nilai-nilai yang baik

yang terdapat di dalam ajaran agama islam. Melalui penerapan nilai-nilai ini, murid akan dapat

membentuk keperibadian yang mulia dan juga akhlak yang baik sekali gus mampu menjadi

insan yang bermoral. Ini bertepatan dengan apa yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

Selain itu, pihak kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai jenis program kerohanian

yang tertumpu kepada murid-murid sekolah. Ini adalah kerana, murid-murid ini perlu diberi

pendedahan sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Apabila

mereka menjadi dewasa kelak, mereka mampu menjadi insan yang sangat bermoral. Antara

program yang dilaksanakan oleh kerajaan ialah program Budi Bahasa Budaya Kita, Program

Anti-Dadah di sekolah-sekolah dan banyak lagi. Melalui program seperti ini, murid-murid akan

didedahkan dengan pelbagai jenis ilmu yang mampu membantu mereka menjadi seorang insan

yang berkepribadian mulia.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan

peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran

kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada

9

Page 10: Pendidikan Moral

manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan

membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan

masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu

proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan

perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja

boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang

sedia ada pada manusia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan.

Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga

untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula

dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara. Berdasarkan FPK, jelas bahawa

tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi

adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi

seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu,

bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.

10

Page 11: Pendidikan Moral

SOALAN 3 : Mengapa Ramai Pemimpin dunia menggunakan aliran utilitarianisme semasa memerintah ?

Utilitarianisme adalah suatu teori dari segi etika normatif yang menyatakan bahawa

suatu tindakan yang patut adalah yang memaksimalkan penggunaan (utility), biasanya

didefinisikan sebagai memaksimumkan kebahagiaan dan mengurangi penderitaan.

"Utilitarianisme" berasal dari kata Latin utilis, yang bererti berguna, bermanfaat, berfaedah, atau

menguntungkan. Istilah ini juga sering disebut sebagai teori kebahagiaan terbesar (the greatest

happiness theory). Utilitarianisme sebagai teori sistematik pertama kali diutarakan oleh Jeremy

Bentham dan muridnya, John Stuart Mill. Utilitarianisme merupakan suatu fahaman yang

berpendapat bahawa yang baik adalah yang berguna, berfaedah, dan menguntungkan.

Sebaliknya, yang jahat atau buruk adalah yang tak bermanfaat, tak berfaedah, dan merugikan

Kerana itu, baik buruknya perilaku dan perbuatan ditetapkan dari segi berguna, berfaedah, dan

menguntungkan atau tidak.

Teori ini ialah salah satu aliran dalam teleologis (iaitu teori akibat). Konsep

Utilitarianisme mengutarakan bahawa perbuatan yang menghasilkan kebaikan yang maksimum

kepada sebanyak mungkin orang yang terlibat dalam sesuatu situasi. Mereka memandang

akibat dan natijah baik sebagai matlamat kerja mereka. Ianya diasaskan oleh pemikir Jerman

iaitu Jeremy Benthan (1784-1832) dan John Stuart Mill (1806-1873). Mereka bermaksud

kebaikan yang diamksudkan ialah yang terbaik dan untuk dinikmati oleh seramai mungkin

faedah tindakan itu. Bagi mereka ungkapan seperti 'jangan menipu' dan 'tepatilah janji' adalah

sesuatu yang umum. Hal ini boleh dilanggar sekiranya ada kebaikan yang lebih besar. Teori ini

mengakibatkan manusia mula menjadi alat atau komoditi sains.

Mereka ingin berfikir semaksima yang mungkin untuk memudahkan manusia dengan

mengabaikan beberapa nilai moral yang dikatakan sebagai teori umum. Teori ini telah diserapi

dengan nilai 'machavellian' iaitu matlamat menghalalkan cara. Walaubagaimana pun, sikap

menepati janji dan berkata benar yang melampau sehingga memusnahkan masyarakat dan

sistem pemerintahan Islam juga adalah dilarang dalam Islam. Berjanji dengan golongan

'musuh', bercakap benar dengan 'musuh' secara jelas dilarang di dalam banyak ayat Al Quran.

Hal ini sebenarnya memerlukan pertimbangan semasa. Hal inilah yang menjadikan Islam

sebagai agama yang waqii'yyah (mengikut zaman dan tempat).

11

Page 12: Pendidikan Moral

Pandangan Utilitarianisme terbahagi kepada dua iaitu ;

(a) Utilitarianisme Tindakan : setiap orang patut melakukan tindakan yang akan membawa

kebaikan maksima untuk setiap orang yang dipengaruhi oleh tindakan itu. Peraturan

tidak diperlukan untuk tindakan kerana setiap situasi dan orang adalah berlainan.

(b) Utilitarianisme Peraturan: setiap orang patut membentuk dan mengikut suatu peraturan

atau peraturan-peraturan yang akan membawa kebaikan maksima bagi semua orang

terlibat. Pendukung teori ini percaya terdapat niat, tindakan dan situasi manusia yang

serupa untuk mewajarkan pembentukan peraturan yang akan diaplikasikan kepada

semua orang dalam apa jua situasi. Contohnya, Tindakan membunuh akan membawa

lebih banyak keburukan daripada kebaikan bagi pihak majoriti dan dalam kebanyakan

situasi, maka pembunuhan tidak harus dilakukan kecuali dalam keadaan tertentu seperti

mempertahankan diri.

Kebanyakkan pemimpin dunia menggunakan aliran utilitarianisme dalam corak

pemerintahan mereka kerana aliran ini dapat memberi manfaat kepada orang ramai. Aspek

tanggungjawab dititikberatkan dalam aliran ini. Namun, disebalik aspek tanggungjawab yang

dititikberatkan dengan memberikan segala keseronokan dan kemewahan kepada rakyatnya,

cara mereka mendapatkan kemewahan tersebut tidak bermoral. Mereka akan cuba

menggunakan pelbagai cara dan taktik bagi mendapatkan sesuatu yang dapat memuaskan hati

mereka walaupun cara tersebut akan menyebabkan kesengsaraan kepada suatu golongan lain.

Sebagai contoh, ketika British datang ke Tanah Melayu dahulu, mereka datang hanya

untuk mendapatkan hasil bumi yang terdapat di Tanah Melayu ketika itu seperti bijih timah,

emas dan lain-lain lagi. Dalam proses menjajah Tanah Melayu, mereka telah melancarkan

perang dan peperangan ini telah menyebabkan ribuan nyawa terkorban dek kerana demi

mencapai tujuan dan hasrat meraka.

12

Page 13: Pendidikan Moral

SOALAN 4 : Mengapakah Teori Keperibadian Mulia Sukar Dijadikan Asas Kemoralan.

Teori ini diperkenalkan oleh Aristotle bahawa “kecenderungan untuk mencapai sesuatu

tujuan akan menjadikan seseorang itu manusia yang sempurna”. Keperibadian mulia ialah teori

yang menekankan sifat peribadi untuk mencapai kehidupan yang baik. Seseorang individu perlu

mengetahui kualiti dan taraf hidup yang ia inginkan. Matlamat ini akan menjadi piawai untuk

individu itu menentukan keadaan dirinya. Seterusnya, keperibadian mulia dianggap tidak

dihasilkan di dalam diri seseorang oleh alam semulajadi, yakni tidak dikudratkan atau dilahirkan

dengan sifat baik atau jahat. Sebaliknya, cara untuk memperolehi atau memiliki keperibadian

mulia adalah menerusi latihan dan pengamalan sehingga menjadi satu kebiasaan yang

menyenangkan dan menyeronokkan.

Konsep keperibadian mulia bermula dengan masyarakat Yunani pada abad ke-4 SM

dan salah seorang pelopornya ialah Aristotle. Keperibadian mulia didefinisikan sebagai kualiti

terbaik atau istimewa (excellence). Terdapat dua jenis keperibadian mulia:

Keperibadian mulia intelektual adalah kebaikan atau keistimewaan akal seperti

kebolehan memahami dan membuat taakulan yang baik. Aristotle menganggap bahawa sifat

intelektual ini boleh dipelajari daripada seorang guru. Sementara itu, keperibadian mulia moral

tidak terhasil dalam seorang individu secara semula jadi, iaitu seseorang itu tidak dilahirkan

dengan sifat baik dan jahat. Mengikut Aristotle, keperibadian mulia mewajibkan kita bertingkah

laku baik. Sifat-sifat ini tidak dipelajari melalui ajaran seorang guru tetapi menerusi latihan,

tindakan-tindakan yang kerap diulang sehingga menjadi satu kebiasaan, menyenangkan serta

menyeronokkan.

13

Teori Keperibadi-

an Mulia

Keperibadian mulia intelektual

Keperibadian mulia moral.

Page 14: Pendidikan Moral

Seseorang dianggap berkeperibadian mulia sekiranya mempunyai ciri-ciri berikut:

a. Menyedari moral adalah satu kewajipan yang tidak boleh dipersoalkan;

b. Mempunyai keikhlasan dan kejujuran dari segi nilai;

c. Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh melakukan kebaikan dan mengelakkan

keburukan;

d. Berpegang kepada prinsip;

e. Tidak mengharapkan balasan atas apa yang dilakukan; dan

f. Sedia menerima dengan tenang sesuatu yang dianggap kesusahan dan

kesengsaraan.

Penjelasan Aristotle menerima banyak kritikan kerana beliau berpendapat

bahawa keperibadian mulia itu bukan sesuatu yang semula jadi ditentang oleh golongan

yang percaya kepada Tuhan. Mereka percaya bahawa sesetengah insan, seperti para

nabi dan rasul, memiliki keperibadian mulia secara semula jadi kerana pemberian dan

keredaan Tuhan. Selain itu, keperibadian mulia seseorang itu tidak semestinya melalui

kecenderungan atau latihan kerana manusia mempunyai sifat naluri ingin tahu dan sifat

meniru. Oleh itu, peribadi individu ini boleh dipengaruhi oleh sosial masyarakat,

perkembangan ekonomi dan rakan sebayanya. Jelasnya, keperibadian mulia boleh

diperolehi dengan memerhati dan bergaul rapat dengan mereka yang mempunyai sifat-

sifat mulia dan berbudi pekerti yang baik.

Satu lagi ciri kepribadian mulia yang dinyatakan oleh Aristotle ialah setiap

keperibadian itu merupakan suatu ‘jalan tengah’ iaitu tidak berlebihan dan tidak terlalu

kurang. Tindakan yang berlebihan atau terlalu kurang itu adalah tindakan yang salah,

jahat, buruk dan boleh dicela. Teori jalan tengah sukar untuk ditentu dan dipraktikkan.

Hal ini demikian perbuatan sederhana berbeza antara setiap individu. Selain itu, emosi

manusia tidak boleh dianggap sebagai suatu kuantiti yang boleh diukur secara

berterusan.

Sebagai contoh, dalam permainan bola sepak. Keperibadian yang mulia yang

ada pada setiap pemain dapat memastikan kelebihan pasukan itu. Kemahiran adalah

kebolehan seseorang itu melakukan tendangan yang bagus dan baik. Sebelum menjadi

14

Page 15: Pendidikan Moral

tendangan yang bagus, setiap pemain perlu melakukan latihan yang banyak dan betul.

Jadi, sikap pemain perlulah positif dan berdisiplin. Pemain juga perlu bersikap

sederhana dan tidak berlagak. Jika berlagak selepas memenangi sesuatu perlawanan,

ia akan memberikan kesan yang buruk.

Selain daripada itu, kelemahan teori ini juga ialah kita tidak dapat mengetahui

dengan lebih jelas siapakah yang sebenarnya mempunyai keperibadian mulia. Barnes

(1979) pula mengkritik doktrin “jalan tengah” Aristotle kerana doktrin itu tidak mempunyai

tenaga nasihat atau kekuatan untuk membuat sesuatu. Nasihat ‘bertindak mengikut

jalan tengah atau bertindak sederhana sama maksudnya ‘bertindak seperti mana kamu

patut bertindak’. Bimbingan dan nasihat ‘jalan tengah’ ini tidak memberi nasihat dan

maklumat tentang kemungkinan atau cara yang dikatakan patut, sederhana atau baik

apabila menghadapi desakan situasi moral. Ini menjadikan seseorang itu kabur dan

ragu-ragu apabila membuat sesuatu keputusan.

Etika keperibadian mulia secara keseluruhan adalah penting untuk memajukan

kebajikan masyarakat dan menjaga kepentingan orang lain. Individu yang mempunyai

keperibadian mulia akan mendapat kepercayaan dan penghormatan sosial yang tinggi.

Frankena (1973) ini telah mencadangkan sifat mulia dapat dikenalpasti melalui sifat

mulia keadilan dan sifat mulia kemurahan hati seseorang individu. Etika mestilah

melibatkan keperibadian mulia dan kemoralan pula seharusnya mempunyai

kecenderungan, sikap, sifat dan cirri-ciri watak yang cemerlang serta murni. Kemoralan

dan kemuliaan ini akan diterima oleh masyarakat yang bertamadun dan mempunyai

keperimanusiaan. Walaupun terdapat beberapa pendapat yang mengkritik, teori ini

adalah berguna secara umumnya kerana ia menyarankan manusia supaya menyatukan

taakulan dan emosi serta mengelakkan berlakunya gejala tidak sihat,sekaligus dapat

menjamin kebahagiaan diri ,keluarga,masyarakat dan negara.

15

Page 16: Pendidikan Moral

SOALAN 5 : Apakah prinsip moral yang diamalkan oleh aliran Eksistensialisme ?

Eksistensialisme berasal daripada perkataan existent yang bermaksud wujud atau ada.

Deontologikal tindakan ini dipelopori oleh Jean Paul Satre yang menekankan kebebasan iaitu

manusia bebas memilih tindakannya. Individu bebas buat pilihan atau keputusan moral dan

tidak membenarkan pilihan atau keputusannya dipengaruhi orang lain.Prinsip Eksistensialisme

menegaskan bahawa nilai baik buruk mesti berasaskan pilihan individu secara bebas. Menurut

Sartre (1905-1980) seorang ahli falsafah Perancis berpendapat bahawa peraturan dan prinsip

kemoralan adalah terlalu abstrak, subjektif dan berubah-ubah.

Beliau juga menyatakan bahawa tidak ada satu set peraturan yang boleh digunakan

oleh manusia untuk menentukan tindakan bermoral. Tindakan baik atau buruk adalah

berasaskan kepada pilihan individu secara bebas. Individu akan bebas bertindak dan dialah

yang bertanggungjawab terhadap tindakannya sendiri. Sebagai contoh, setiap individu

bertanggungjawab dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk mewujudkan keharmonian

dalam masyarakat dan kemajuan negara. Oleh itu sebarang tindakan individu yang menggugat

keharmonian negara adalah pilihan inividu itu sendiri secara bebas dan mereka perlu

bertanggungjawab atas tindakan mereka. Ini adalah kerana manusia perlu bertanggungjawab

terhadap pertimbangan dan tingkah laku moralnya sendiri.

Eksistensialisme juga dikaitkan dengan pilihan moral (First Hand Choice) iaitu membuat

pilihan terus dari akal rasional berdasarkan kepada sesuatu keputusan moral yang sentiasa

berubah, tidak universal, bersifat subjektif, tidak mutlak, tidak kekal dan individualistik.

Contohnya, seseorang individu tidak dilahirkan terus untuk menjadi guru, tetapi merupakan

pilihan individu tersebut untuk menjadi guru atau pekerjaan lain. Begitu juga dengan pelaksaan

tindakan lain oleh seseorang yang dirasakan yakin dan betul untuk dilaksanakan. Aspek ini

mementingkan kebebasan individu untuk memilih tanpa dipengaruhi oleh faktor lain tetapi

masih dalam konteks rasional membuat pemilihan.

Individu mesti bertanggungjawab terhadap pertimbangan dan tingkah laku moralnya

sendiri. Aspek ini sama dengan pandangan Heideggar yang memperkenalkan konsep

“kewujudan sah“. Kewujudan ini merujuk kepada individu membuat pilihan dan keputusan moral

yang tulen dan tidak membenarkan dirinya dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan orang

lain dalam membuat pilihan dan keputusan moral. Apabila individu itu membenarkan orang lain

membuat pilihan moral untuk dirnya, dia dianggap berada dalam kewujudan yang tidak sah.

16

Page 17: Pendidikan Moral

Golongan eksistensialisme menitikberatkan kebebasan memilih (freedom of choice)

dalam situasi yang mereka berada. Terdapat tiga bentuk kebebasan:

Kebebasan jasmani

Kebebasan kehendak

Kebebasan moral

Kebebasan moral bermaksud kebebasan bertindak tanpa amanah, paksaan dan

larangan. Mengikut eksistensialisme, seseorang itu merasakan kewajipannya bukan suatu yang

dipaksa dari luar, tetapi sesuatu yang dikehendaki olehnya sendiri. Dengan menjauhi semua

prinsip dan peraturan moral, individu mesti menggunakan kebebasannya untuk mendapat fakta

yang betul berhubung dengan situasi yang dihadapinya, iaitu menilai secar teliti situasi

berkenaan, kemudian membuat pilihan dan keputusan moralnya sendiri. Eksistensialisme

menekankan pilihan terus daripada sumber asal (first hand choice).

Contoh prinsip moral dalam aliran eksistensialisme dalam aspek pendidikan ialah sistem

sekolah atau guru tidak mempunyai hak untuk menekankan matlamat pendidikan ke atas murid.

Maka, matlamat pendidikan tidak digariskan. Selain hal itu, mazhab ini juga tidak menggariskan

subjek-subjek yang perlu diajarkan di sekolah. Walau bagaimanapun, subjek-subjek yang

bersifat estetik dan berfalsafah seperti seni, kesusasteraan, dan drama difikirkan relevan. Dari

aspek guru pula, guru berperanan sebagai pemangkin yang menyediakan peluang pendidikan

bagi anak murid meluahkan perasaan dan emosi. Guru juga perlu menggunakan teknik atau

kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan aktiviti serta berpusatkan murid-murid.

Contoh asimilasi aliran mazhab ini dalam konteks pendidikan adalah:

Hari ini, Cikgu Nani mengajar tentang haiwan yang memakan daging. Esok Cikgu Nani

bercadang untuk mengajar tentang haiwan herbivor pula. Jadi, Cikgu Nani telah bertanyakan

kepada anak muridnya jika mereka mahu belajar tentang haiwan herbivor pada keesokan hari.

Jika semua muridnya bersetuju, Cikgu Reeni memberi arahan kepada anak muridnya agar

datang ke kelasnya pada esok hari dengan membawa bahan-bahan yang telah diambil dari

buku, internet, majalah dan sebagainya untuk belajar berkaitan dengan dengan tajuk yang

pelajar inginkan. Daripada situasi di atas dapatlah dirumuskan bahawa Cikgu Reeni

menggunakan falsafah eksistensialisme dalam proses pengajaran dan pembelajarannya

dengan memberi kebebasan kepada anak muridnya untuk memilih tajuk yang ingin dipelajari

dan bebas memilih bahan yang ingin digunakan semasa P&P nanti.

17

Page 18: Pendidikan Moral

REFLEKSI

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera…

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan

limpah dan kurnia-Nya, saya berjaya menyiapkan tugasan bagi mata pelajaran Pengenalan

kepada Konsep Asas (ELM 3101 ) dengan jayanya. Sekalung apresiasi saya kalungkan

kepada Encik Hegratul Al-Amin Sahbudin, selaku pensyarah pembimbing bagi subjek ELM

3101 KELAS PPG BM1 / 2012 yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan

kepada saya dalam melaksanakan tugasan ini. Tidak dilupakan juga kepada semua rakan-

rakan yang membantu saya sepanjang melaksanakan tugasan ini.

Tugasan ini telah diberikan kepada saya untuk disiapkan dalam masa dua bulan.

Tugasan ini memerlukan saya membuat penulisan dengan menjawab lima soalan yang telah

diberikan. Soalan tugasan adalah seperti berikut :

1) Seseorang yang bermoral perlu memiliki dan menguasai ketiga-tiga dimensi moral

iaitu penaakulan moral, emosi moral dan tingkah laku moral. Huraikan satu contoh

untuk setiap dimensi moral dalam konteks anda sebagai seorang guru.

2) Sejauh Manakah Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan Boleh Melahirkan Insan

Bermoral ?

3) Mengapa Ramai Pemimpin dunia menggunakan aliran utilitarianisme semasa

memerintah ?

4) Mengapakah Teori Keperibadian Mulia Sukar Dijadikan Asas Kemoralan.

5) Apakah prinsip moral yang diamalkan oleh aliran Eksistensialisme?

Kesemua soalan ini perlu dijawab dalam bentuk esei dan tugasan ini merupakan

tugasan secara individu. Setelah mendapat tugasan ini dari pihak pensyarah, saya cuba

mendapatkan maklumat yang berkaitan daripada pelbagai sumber antaranya buku-buku,

internet dan bahan bacaan yang lain.

Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya telah mendapat pelbagai input-input baru

yang sangat berguna kepada saya terutama berkaitan matapelajaran konsep asas pendidikan

moral ini. Pelbagai pengetahuan am yang saya peroleh. Ilmu-ilmu ini saya peroleh melalui

pembacaan yang saya lakukan bagi mendapatkan jawapan soalan yang diberikan. Antara yang

saya peroleh ialah berkaitan dengan dimensi moral. Hasil pembacaan saya, saya mendapati

untuk menjadi insan yang bermoral seseorang itu perlu mempunyai ketiga-tiga dimensi moral

18

Page 19: Pendidikan Moral

iaitu penaakulan moral, emosi moral dan juga perlakuan moral. Dalam konteks pendidikan pula,

seseorang guru itu perlu mempunyai moral yang baik. Seorang guru yang mempunyai moral

yang baik mampu membantu anak muridnya kea rah yang lebih baik.

Selain itu, saya juga dapat memahami serba sedikit berkaitan aliran-aliran yang terdapat

dalam pendidikan moral ini antaranya aliran utiliterisme dan juga aliran eksistensialisme. Jika

dikaji aliran-aliran ini, kita akan memahami bahaw aterdapat pelbagai teori yang diutarakan oleh

pengkaji barat berkaitan dengan moral ini. Ada diantara mereka mengatakan bahawa

seseorang itu bebas untuk melakukan apa sahaja yang mampu memberi kebahagian kepada

diri mereka walaupun perbuatan tersebut bertentangan dengan norma masyarakat. Sebagai

rakyat Malaysia yang terkenal dengan budi bahasanya yang luhur, saya yakin bahawa selagi

kita berpegang dengan apa yang diajarkan oleh agama islam, kita akan dianggap bermoral.

Sepanjang melaksanakan tugasan ini juga, saya menghadapi beberapa masalah.

Antaranya ialah masalah kesuntukan masa. Memandangkan saya mempunyai tanggungjawab

mengajar disekolah, saya tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyiapkan tugasan ini.

Namun, hasil usaha saya dengan membahagi masa, akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan

ini seperti yang dikehendaki oelh pihak pensyarah. Selain itu, saya juga menghadapi masalah

dalam mendapatkan bahan bacaan untuk menyelesaikan tugasan ini. Namun, hasil

perkongsian dan perbincangan dnegan rakan-rakan saya yang lain, saya dapat mengatasi

masalah saya ini.

Sebagai penutup bicara, sekalung penghargaan serta jutaan terima kasih kepada

semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan saya ini.

Hanya Allah sahaja lah yang dapat membalas jasa kalian. Harapan saya agar apa yang saya

lakukan dalam tugasan ini akan dapat memberikan seribu satu manfaat kepada diri saya sendiri

dan juga para pelajar yang lain. Akhir kalam, saya amat mengharap agar tugasan yang saya

dan ahli kumpulan saya lakukan ini menepati ciri-ciri serta kehendak para pensyarah dan institut

ini. Apa yang baik itu datang daripada Allah S.W.T dan apa yang kurang itu adalah kelemahan

diri saya sendiri.

Sekian, terima kasih.

19

Page 20: Pendidikan Moral

RUJUKAN

BUKU

Abd Rahman Aroff (1999). Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang:

Penerbit Universiti Pertanian Malaysia.

Ahmad b. Khamis (1999). Etika (Pendidikan Moral) untuk institusi pengajian tinggi. K.

Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral:Siri Pendidikan Tinggi, Petaling Jaya, Pearson

Education Malaysia Sdn. Bhd.

INTERNET

http://amelan2013.blogspot.com/2013/06/insan-moral.html

http://drsir.blogspot.com/2013/01/mpw-1153-prinsip-eksistensialisme.html

http://cikguskskr.blogspot.com/2012/08/pengenalanrakyat-malaysia-memang.html

http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/05/teori-keperibadian-mulia.html

http://nas-pgsrbahasamelayu.blogspot.com/2010/08/teori-keperibadian-mulia.html

20