Pendidikan Moral (Esei)

18
SOALAN 2 (ESEI) PENGENALAN Teori-teori perkembangan moral perlu dikuasai oleh guru moral.Pengetahuan ini memungkinkan guru memahami secara mendalam peringkat-peringkat perkembangan manusia khususnya di peringkat kanak-kanak dan remaja.Seseorang guru akan dapat berperanan sebagai agen sosialisasi denga lebiih berkesan kerana ilmu dan kemahiran yang hendak disampaikan perlu disesuaikan dengan peringkat-peringkat kematnagn fizikal ,emosi dan kognitif yang sesuai.Semua orang mempunyai potensi masing-masing.Sebagai guru,kita perlu mengesan potensi kanak-kanak dan remaja untuk mencapai tahap perkembangan pembelajaran yang optimum.Menguasai ciri-ciri perkembangan moral mengikut teori-teori tertentu menyebabkan perancangan program pendidikan moral menjadi lebih bermakna.Hal ini kerana pemilihan isi dan kaedah pengajaran ,penggunaan bahan serta pemberian tugasan kepada murid-murid dan pelajar selaras dengan prinsip pengajaran dan pembelajaran. Konsep perkembangan moral merujuk kepada pemahaman manusia tentang benar atau salah ,atau cara kita melakukan penilaian tentang apakah sesuatu perkara itu benar atau salah dari segi sudut pemikiran ,tingkahlaku dan perasaan.Dari segi teori pula ,kita dapati perkembangan moral kanak-kanak banayak bergantung kepada ganjaran,hadiah,hukuman dan desakan.Tindakan moral pada peringkat awal kanak-kanak berlaku kerana pengaruh dan desakan faktor luaran.Apabila perkembangan fizikal dan mental berlaku,perkembangan moral beransur-ansur beralih kepada kesedaran diri atau faktor dalam individu itu sendiri.Kajian teori perkembagan moral dapat memberi kita rumusan mudah iaitu pada peringkat awal kanak-kanak punca tindakan moral mereka adalah dari pengaruh luaran seperti ganjaran,hukuman dan desakan.Contohnya berkelakuan baik kerana ada 30

description

1

Transcript of Pendidikan Moral (Esei)

Page 1: Pendidikan Moral (Esei)

SOALAN 2 (ESEI)

PENGENALAN

Teori-teori perkembangan moral perlu dikuasai oleh guru moral.Pengetahuan ini

memungkinkan guru memahami secara mendalam peringkat-peringkat perkembangan

manusia khususnya di peringkat kanak-kanak dan remaja.Seseorang guru akan dapat

berperanan sebagai agen sosialisasi denga lebiih berkesan kerana ilmu dan kemahiran

yang hendak disampaikan perlu disesuaikan dengan peringkat-peringkat kematnagn

fizikal ,emosi dan kognitif yang sesuai.Semua orang mempunyai potensi masing-

masing.Sebagai guru,kita perlu mengesan potensi kanak-kanak dan remaja untuk mencapai

tahap perkembangan pembelajaran yang optimum.Menguasai ciri-ciri perkembangan moral

mengikut teori-teori tertentu menyebabkan perancangan program pendidikan moral menjadi

lebih bermakna.Hal ini kerana pemilihan isi dan kaedah pengajaran ,penggunaan bahan

serta pemberian tugasan kepada murid-murid dan pelajar selaras dengan prinsip

pengajaran dan pembelajaran.

Konsep perkembangan moral merujuk kepada pemahaman manusia tentang benar

atau salah ,atau cara kita melakukan penilaian tentang apakah sesuatu perkara itu benar

atau salah dari segi sudut pemikiran ,tingkahlaku dan perasaan.Dari segi teori pula ,kita

dapati perkembangan moral kanak-kanak banayak bergantung kepada

ganjaran,hadiah,hukuman dan desakan.Tindakan moral pada peringkat awal kanak-kanak

berlaku kerana pengaruh dan desakan faktor luaran.Apabila perkembangan fizikal dan

mental berlaku,perkembangan moral beransur-ansur beralih kepada kesedaran diri atau

faktor dalam individu itu sendiri.Kajian teori perkembagan moral dapat memberi kita

rumusan mudah iaitu pada peringkat awal kanak-kanak punca tindakan moral mereka

adalah dari pengaruh luaran seperti ganjaran,hukuman dan desakan.Contohnya

berkelakuan baik kerana ada ganjaran dandiberi pujian.Manakala pada peringkat kanak-

kanak dan awal remaja,punca tindakan moralnya ialah dari faktor dalaman atau kesedaran

diri sendiri.Contoh,menolong ibu bapa membersihkan rumah kerana tahu nilai kebersihan

dan kesedaran membantu ibu bapa.

Konsep perkembangan moral mestilah meliputi perkembangan ketiga-tiga aspek

dibawah yang saling berkaitan (Abd Rahman,2002:38),iaitu pertama pemikiran moral

(Menghargai atau taakulan tentanga apa yang benar atau salah).Kedua,Perasaan moral

(Menghargai dan ingin melakukan perkara yang baik) dan yang ketiga Tingkah laku moral

(melakukan ti8ndakan yang benar ,baik dan betul).Jika dilihat dari segi

psikologi,perkembangan manusia sejak lahir hingga usia tua,perkembangan manusia

30

Page 2: Pendidikan Moral (Esei)

meliputi aspek fiziikal,mental,psikomotor,emosi,moral,personality,nilai dan sikap (Suppiah

N.,Ramlah dan Abdul Aziz,2008:4).

Faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan manusia boleh

dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu faktor baka dan persekitaran .Faktor baka

adalah faktor pewarisan daripada kedua ibu bap seperti cirri-ciri

fizikal ,jantina ,sahsiah,kecerdasan dan penyakit.Sementara itu,faktor ibu

bapa,sistempendidikan ,rakan sebaya ,media massa dan bahan bacaan .Sebenarnya

semua faktor tersebut akan mempengaruhi perkembangan moral kanak-kanak dan

remaja.Walau bagaimanapun,faktor keluarga pendidikan dan persekitaran lebih utama

dalam mempengaruhi perkembangan moral.Sejauhmana interaksi dan keterlibatan kanak-

kanak terhadap faktor persekitaran,ini akan menentukan tahap perkembangan moral

mereka.Inteaksi dan pendedahan positif yang dialami ini akan mewujudkan perubahan dan

peningkatan moral yang baik serta begitulah sebaliknya.

Justeru,untuk memperoleh pengetahuan tentang perkembangan moral seseorang,ia

perlu menganalisis beberapa teori.Namun disini saya akan menerangka secara terperinci

mengenai teori perkembangan moral Kognitif Piaget dengan teori perkembangan social

bandura dan akan diterangkan juga tentang bandingbeza antara dua teori tersebut.

LATAR BELAKANG DAN TEORI PERKEMBANGAN MORAL KOGNITIF PIAGET

Teori Perkembangan Moral Kognitif Piaget ialah Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel,

Switzerland pada 9 Ogos 1896. Bapanya bernama Arthur Piaget, yang merupakan seorang

Profesor Sastera dalam bidang Sejarah dan ibunya pula bernama Rebecca Jackson. Jean

merupakan anak pertama yang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam. Beliau

menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun, 1981.

Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang teramat muda iaitu 10

tahun. Selepas tamat sekolah menengah, Jean melanjutkan pelajaran ke Universiti

Nauchatel. Beliau mendapat PhD semasa berumur 22 tahun. Jean mula meminati Psikologi

apabila beliau terpilih menjadi pengarah makmal Psikologi di Universiti Jeneva. Tidak lama

kemudian, beliau dilantik sebagai ketua "Swiss Society for Psychologist."

Dalam bidang Psikologi, Jean merupakan salah satu tokoh yang amat penting di

abad ke dua puluh. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada

bidang psikologi setelah beliau bekerja dengan Binet bagi membentuk ujian keceredasan

mental. Semasa bekerja dengan Binet, Jean tidak berminat untuk melihat hasil jawapan

betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi lebih berminat untuk melihat pola-pola

31

Page 3: Pendidikan Moral (Esei)

perlakuan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan jawapan yang

salah. Pada pandangan Jean, pola-pola perlakuan ini boleh memberikan petunjuk bagi

pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-

kanak. Ekoran daripada itu, teori yang beliau kemukakan adalah memfokuskan kepada

perkembangan kognitif kanak-kanak.Jean Piaget (1896-1980) menyusun teori

perkembangan moralnya yang dikenal sebagai teori struktural-kognitif.  Teori ini melihat

perkembangan moral sebagai suatu hasil interaksi antara  pelaksana  aturan,  pengikut 

atau  pembuatnya  secara  individual  dengan  kerangka jalinan aturan yang bersangkutan

yang menunjukkan esensi moralitas itu. Fokus teori ini ada pada sikap, perasaan (afeksi),

serta kognisi dari individu terhadap perangkat aturan yang bersangkutan (Kurtines, 1992:

513).

Pendekatan ini bertujuan utk membimbing seseorang mengembang pertimbangan

moral secara peringkat iaitu bermula daripada peringkat mematuhi peraturan moral kerana

takut hukuman oleh pihak yg berautoriti sehingga peringkat berautonomi di mana keputusan

moral ialah berasaskan kpd prinsip moral yg sejagat.Pendekatan ini dilaksanakan dengan

menggunakan dilema moral sebagai rangsangan. Dilema moral merujuk kepada sesuatu

keadaan di mana terdapatnya konflik nilai dan memerlukan seseorang membuat pilihan nilai

dan beri sebab atau justifikasi ke atas keputusannya.

Cara melaksanakan pendekatan perkembangan moral kognitif ialah seperti

mengemukakan satu dilema moral dan soalan probe utk seseorang berfikir tentang

beberapa alternative dalam dilemma tersebut. Membuat pilihan moral dan memberi sebab

ke atas pilihan tersebut.Berdasarkan kepada sebab yang diberikan tentukan peringkat

pertimbangan moral . Tambah soalan probe untuk meningkatkan tahap pemikiran moral

murid. Dalam menggunakan pendekatan ini, seorang guru harus menerima pendapat pelajar

dengan fikiran terbuka dan membimbing mereka mempertingkatkan tahap penaakulan moral

mereka. Yang menjadikan fokus dalam pendekatan ini ialah proses (struktur) bukan

keputusan (kandungan) penaakulan/ pertimbangan. Oleh kerana pendekatan ini lebih

memokuskan kepada aspek kognitif moral, maka guru perlu menggunakan pendekatan lain

supaya aspek emosi moral & perlakuan moral diberikan penekanan yg setara.

LATAR BELAKANG DAN TEORI PERKEMBANGAN MORAL BANDURA

Teori Perkembangna Moral Sosial Bandura, Albert Bandura dilahirkan di Mundare

Northern Alberta Kanada, pada 04 Disember 1925. Masa kecil dan remajanya dihabiskan di

desa kecil dan juga mendapat pendidikan disana. Semasa di Universiti of British Columbia,

beliau menaiki bas awal kerana terpaksa berebut dengan pelajar jurusan lain

32

Page 4: Pendidikan Moral (Esei)

memandangkan kelas pengenalan psikologii adalah satu-satunya kelas yang paling awal

diadakan di universiti tersebut.

Kemudian, beliau melanjutkn pelajaran ke Universiti Iowa dan di sini beliau banyak

dipengaruhi oleh Kenneth Spence, seorang pakar psikologii pembelajaran yang terkenal

pada ketika itu.

Pada tahun 1949, beliau mendapat pendidikan di Universiti British Columbia dalam

jurusan psikologi1. Dia memperoleh gelaran Master didalam bidang psikologii pada tahun

1951 dan setahun kemudian ia juga meraih gelaran doktor (Ph.D). Bandura menyelesaikan

program kedoktorannya dalam bidang psikologii klinik pada tahun 1952. Setahun setelah

lulus, ia bekerja di Standford University. Beliau banyak terpengaruh dengan pendekatan

teori pembelajaran untuk meneliti tingkah laku manusia dan tertarik pada nilai eksperimen.

Albert Bandura sangat terkenal dengan teori pembelajaran sosial (Sosial Learning

Theory), salah satu konsep dalam aliran behaviorisme yang menekankan pada komponen

kognitif dari fikiran, pemahaman dan evaluasi. Ia seorang psikologi yang terkenal dengan

teori belajar sosial atau kognitif sosial serta efikasi diri. Eksperimennya yang sangat terkenal

adalah eksperimen Bobo Doll yang menunjukkan kanak-kanak meniru seperti perilaku

agresif dari orang dewasa disekitarnya2.

Teori Pembelajaran Sosial yang dikemukakan oleh Bandura telah memberi

penekanan tentang bagaimana perilaku manusia dipengaruhi oleh persekitaran melalui

peneguhan (reinforcement) dan pembelajaran peniruan (observational learning), dan cara

berfikir yang kita miliki terhadap sesuatu maklumat dan juga sebaliknya, iaitu bagaimana

tingkah laku kita mempengaruhi persekitaran dan menghasilkan peneguhan (reinforcement)

dan peluang untuk diperhatikan oleh orang lain (observational opportunity).

Menurut Bandura proses mengamati dan meniru perilaku dan sikap orang lain

sebagai model merupakan tindakan belajar. Bandura (1977) menyatakan bahawa "Learning

would be exceedingly laborious, not to mention hazardous, if people had to rely solely on the

effects of their own action to inform them what to do. Fortunately, most human behaviour is

learned observationally through modelling: from observing others one form an idea of her

new behaviour are performed, and on later occasion this coded information serves as a

guide for action".

1

2

33

Page 5: Pendidikan Moral (Esei)

Teori Bandura menjelaskan perilaku manusia dalam konteks interaksi timbal balik

yang berkesinambungan antara kognitif, perilaku dan pengaruh lingkungan. Kondisi

lingkungan sekitar individu sangat berpengaruh pada pola belajar sosial jenis ini. Contohnya,

seorang yang hidupnya dan dibesarkan di dalam lingkungan judi, maka dia cenderung untuk

memilih bermain judi, atau sebaliknya menganggap bahawa judi itu adalah tidak baik.

PERBEZAAN TEORI JEAN PIAGET DAN ALBERT BANDURA

Kedua-dua teori tersebut mempunyai teori-teori yang tersendiri dan

berbeza.Walaupun kedua-dua teori ini membincangkan tentang teori kognitif kanak-

kanak,Namun teori mereka ini masih mempunyai perbezaan-perbezaan dan pendapat

masing-masing. Terdapat beberapa perbezaan yang dapat dikaitkan antara dua teori ini

antaranya ialah konsep yang diguna pakai, gaya berfikir, dan ciri-ciri dalam teori-teori ini.

dalam karangan seterusnya akan menjelaskan dengan lebih lanjut berkenaan teori dua

tokoh besar ini.

DARI SEGI KONSEP

Dalam perkembangan kognitif kanak-kanak ini, jean Piaget ini lebih menekankan

pada proses-proses yang dipanggil proses mencapai keseimbangan. Menurut beliau, kanak-

kanak perlu melalui proses-proses tersebut dalam memastikan perkembangan mereka tidak

terbantut. Terdapat empat proses yang diperkenalkan oleh Jean Piaget antaranya ialah

skema, adaptasi, asimilasi, dan akomodasi. Dalam mencapai dan menjalani proses tersebut,

pengalaman setiap kanak-kanak merupakan item penting kerana pengalaman itulah yang

akan membentuk satu sistem yang dipangil skema. Menurut Piaget juga, proses

penyusunan dan pembentukan skema ini dipanggil sebagai Organisasi.

Skema-skema ini akan digunakan oleh individu apabila mereka berdepan sesuatu

masalah atau situasi yang memerlukan penyelesaian. Misalnya kanak-kanak yang membina

skema bahawa setiap yang bertayar empat adalah kereta. Dengan itu apabila mereka

melihat bas, mereka juga akan mengganggap bas itu adalah kereta. Apabila diterangkan hal

sebenar, kanak-kanak tersebut boleh mengalami kekeliruan dan akan mencuba membina

skema baru dalam otaknya. Proses perubahan skema lama kepada baru ini dipanggil

proses adaptasi yang mana ia berkait dengan proses asimilasi dan proses akomodasi.

Asimilasi berlaku apabila kanak-kanak tersebut cuba untuk memahami pengalaman

baru dan cuba untuk menyesuaikan pengalaman-pengalaman dengan skema yang telah

sedia ada. Mereka ini akan memadankan pengetahuan baru dengan pengetahuan yang

sedia ada. Manakala akomodasi ini pula merupakan proses yang berlaku apabila kanak-

34

Page 6: Pendidikan Moral (Esei)

kanak tersebut dapat menukarkan skema yang lama untuk disesuaikan dengan pengalaman

baru dan seterusnya mengaplikasikan skema baru tersebut. Dengan proses-proses ini akan

memberi keseimbangan dalam diri kanak-kanak tersebut dalam meningkatkan proses

perkembangan mereka.

Berbeza dengan Bandura yang mana beliau tidak mempunyai proses-proses Seperti

yang dikatakan oleh Piaget di atas sebaliknya beliau lebih menekankan bahawa

pembelajaran kanka-kanak berlaku dengan cara memerhati orang lain melakukan

sesuatu ,iaitu memerhati gerak balas yang ditonjolkan.Bandura telah memperkembangkan

konsep pelaziman klasik dan operan yang memntingkan perkaitan antara ransangan dan

gerak balas (R-G),iaitu pembelajaran melalui peniruan.Bandura mendapati banyak

perlakuan manusia dipelajari melalui contoh,teladan,meniru gaya dan penggunaan bahasa.

Menurut Bandura, perlakuan seseorang adalah hasil interaksi faktor dalam diri

(kognitif) dan persekitaran. Bagi menjelaskan pandangan ini, beliau telah mengemukakan

teori pembelajaran peniruan, dalam teori ini beliau telah menjalankan kajian bersama Walter

(1963) ke atas kesan perlakuan kanak-kanak apabila mereka menonton orang dewasa

memukul, mengetuk dengan tukul besi dan menumbuk sambil menjerit-jerit ‘sockeroo’dalam

video. Setelah menonton video kanak-kanak ini diarah bermain di bilik permainan dan

terdapat patung seperti yang ditayangkan dalam video. Setelah kanak-kanak tersebut

melihat patung tersebut, mereka meniru aksi-aksi yang dilakukan oleh orang yang mereka

tonton dalam video (Ramlah Jantan & Mahani Razali 2004).

Berdasarkan teori ini terdapat beberapa cara peniruan iaitu meniru secara langsung.

Contohnya guru membuat demostrasi cara membuat kapal terbang kertas dan pelajar

meniru secara langsung. Seterusnya proses peniruan melalui sekatlakuan dan

taksekatlaku. Contohnya kanak-kanak meniru perlakuan bersorak di padang, jadi perlakuan

bersorak merupakan taksekatlakuan di padang. Keadaan sebaliknya jika kanak-kanak

bersorak di dalam kelas semasa guru mengajar, semestinya guru akan memarahi dan

memberi tahu perlakuan yang dilakukan tidak dibenarkan dalam keadaan tersebut, jadi

perlakuan tersebut menjadi sekatlakuan dalam situasi tersebut. Proses peniruan yang

seterusnya ialah elisitasi. Proses ini timbul apabila seseorang melihat perubahan pada

orang lain. Contohnya seorang kanan-kanak melihat rakannya melukis bunga dan timbul

keinginan dalam diri kanak-kanak tersebut untuk melukis bunga. Oleh itu, peniruan berlaku

apabila kanak-kanak tersebut melihat rakanya melukis bunga (Ramlah Jantan & Mahani

Razali, 2004).

35

Page 7: Pendidikan Moral (Esei)

Perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut pandangan pemikir islam yang

terkenal pada abad ke-14 iaitu Ibnu Khaldun perkembangan kanak-kanak hendaklah diasuh

dari perkara yang mudah kepada perkara yang lebih susah iaitu mengikut peringkat-

peringkat dan kanak-kanak hendaklah diberikan dengan contoh-contoh yang konkrit yang

boleh difahami melalui pancaindera. Menrut Ibnu Khaldun, kanak-kanak hendaklah diajar

atau dibentuk dengan lemah lembut dan bukanya dengan kekerasan. Selain itu, beliau juga

mengatakan bahawa kanak-kanak tidak boleh dibebankan dengan perkara-perkara yang di

luar kemampuan mereka. Hal ini akan menyebabkan kanak-kanak tidak mahu belajar dan

mencerca pengajaran yang disampaikan (Nadira Anis Syarina Hamidi,Nur Fatiha Azam &

Nur Hazwani Hamzah 2009).

Bagi pembelajaran pemerhatian wujud adalah penting untuk individu membuat

empat unsur utama dalam peniruan iaitu pertama,tumpuan (Attention).Subjek harus

memberi tumpuan kepada tingkahlaku model untuk membolehkannya mempelajarinya.

Sama ada subjek memberi perhatian atau tumpuan tertakluk kepada nilai, harga diri, sikap,

dan lain-lain yang dimiliki. Contohnya, seorang pemain muzik yang tidak yakin diri mungkin

meniru tingkahlaku pemain muzik terkenal sehingga tidak mewujudkan stailnya yang

tersendiri.Bandura & Walters (1963) dalam buku mereka "Sosial Learning & Personality

Development" menekankan bahawa hanya dengan memerhati seorang lain pembelajaran

boleh berlaku.

Kedua,penyimpanan ('Retention').Subjek yang memerhati harus mengekod

peristiwa itu dalam sistem ingatannya. Ini membolehkan subjek melakukan peristiwa itu

kelak bila diperlukan atau diingini.

Ketiga,penghasilan ('Reproduction').Setelah mengetahui atau mempelajarai

sesuatu tingkahlaku, subjek juga mesti mempunyai kebolehan mewujudkan atau

menghasilkan apa yang disimpan dalam bentuk tingkahlaku. Contohnya, memandu kereta,

bermain tenis. Bagi sesetengah tingkahlaku kemahiran motor diperlukan untuk mewujudkan

komponen-komponen tingkahlaku yang telah diperhatikan.

Keempat,motivasi.Motivasi juga penting dalam pemodelan Albert Bandura kerana

ia adalah penggerak individu untuk terus melakukan sesuatu.

Antara cirri-ciri teori pemodelan Bandura ialah unsur pembelajaran utama ialah

pemerhatian dan peniruan.Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, teladan, nilai

dan lain-lain.Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demontrasi guru

sebagai model.Pelajar memperoleh kemahiran jika memperoleh kepuasan dan peneguhan

36

Page 8: Pendidikan Moral (Esei)

yang berpatutan.Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dgn

tingkah laku atau gerak balas yg sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif.

PERBEZAAN PERINGKAT ANTARA TEORI PIAGET DAN BANDURA.

Terdapat beberapa peringkat dalam perkembangan kognitif Jean Piaget antaranya

ialah tahap sensorimotor yang berlaku pada awal kelahiran kanak-kanak sehingga berusia

dua tahun. Peringkat ini merupakan situasi yang baru bagi kanak-kanak dalam

perkembangan kognitif mereka yang mana mereka menggunakan deria dan pergerakan

fizikal untuk mempelajari tentang persekitarannya. Skema-skema yang terbentuk adalah

hasil interaksi fizikal bayi dan persekitarannya. Misalnya perbuatan mengenggam tangan,

bayi akan mengenggam apabila diberi sesuatu objek pada tangannya untuk proses

pengecaman tekstur permukaan objek yang ada pada tangannya dan proses ini akan

meningkatkan maklumat bayi terhadap objek melalui pengalamannya yang pernah

memegang objek tersebut. Peringkat sensori motor juga merupakan peringkat yang mana

kanak-kanak akan melakukan imitasi iaitu proses peniruan terhadap tingkah laku yang

dilihat atau diperhatikan. Misalnya mereka akan meniru perlakuan orang sekelilingnya yang

melambai tangan. Aktiviti ini adalah pada umur kanak-kanak sekitar 1 hingga 4 bulan. Pada

umur 4 hingga 8 bulan pula, kemahiran kanak-kanak untuk duduk dan mencapai semakin

meningkat. Mereka juga akan memanipulasikan objek yang ada di sekitarnya. Walau

bagaimanapun, mereka masih lagi terikat pada tingkah laku yang telah diulang sendiri bukan

kemahiran yang baru. Tahap ini bermula dari awal kelahiran hingga 2 tahun.

Tahap yang kedua pula dikenali sebagai tahap praoperasi yang mana kanak-kanak

berusia dari umur 2 hingga 7 tahun. Kanak-kanak yang berada pada tahap ini mula

menggunakan symbol dalam permainan misalnya seperti mengandaikan sudu sebagai

kereta apabila ditolak ke lantai. Hal ini menunjukkan kualiti pemikiran mereka ini masih di

tahap yang rendah berbanding orang dewasa. Piaget juga mengatakan proses kanak-kanak

akan menjadi sempurna dengan beberapa asas yang berlaku seperti kebolehan mental

kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara seperti kebolehan mengira dan

melalui latihan yang diulang itu menjadi satu rangkaian tingkah laku yang kukuh dan

digeneralisasikan sehingga menjadi skema yang stabil. Bukan itu sahaja, Piaget juga

mengataan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pengamatan, ingatan dan

bayangan. Pengamatan merupakan suatu proses perhatian terhadap sesuatu yang dilihat.

Sementara ingatan pula mengenai satu proses pembinaan dan pengumpulan peristiwa lalu

dan bayangan pula bermaksud satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik

(daripada pandangan dan pendengaran) yang dikumpulkan di bahagian mental. Terdapat

dua bahagian dalam tahap ini iaitu tahap pro-konseptual dan tahap pra-operasi yang mana

37

Page 9: Pendidikan Moral (Esei)

pada tahap-tahap ini, kanak-kanak masih tidak dapat membezakan dan memahami dua

atau lebih dimensi pada masa yang sama kerana mereka tidak dapat menyusun

penerangan yang ada dalam pemikiran mereka.

Tahap yang seterusnya ialah operasi konkrit iaitu berlaku pada umur kanak-kanak 7

tahun hingga 11 tahun. Mereka akan mula ingin mengetahui tentang sesuatu yang menarik

minat mereka. Semangat inkuiri ini seterusnya akan berkembang menyebabkan mereka

mula menerima pendapat orang lain. Mereka juga akan mula bergaul dengan rakan-rakan

yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan memasuki zaman persekolahan. Peringkat

yang terakhir ialah tahap operasi formal yang berlaku pada usia 11 tahun keatas yang mana

pada masa ini kanak-kanak mempunyai kebolehan dalam memikirkan beberapa

pertimbangan bagi sesuatu masalah dan dapat berfikir secara abstrak. Justeru itu, mereka

dapat menyelesaikan masalah kompleks yang melibatkan operasi abstrak.

Hal ini berbeza dengan teori Bandura yang mana beliau tidak menekankan tahap-

tahap yang dikatakan dalam teori Piaget di atas. Beliau lebih banyak menekankan aspek

peniruan dan permodelan. Jenis-jenis peniruan ialah pertama peniruan

langsung.Pembelajaranan langsung dikembangkan berdasarkan teori pembelajaran sosial

dari Albert Bandura. Pembelajaranan langsung adalah model pembelajaranan yang

dirancang untuk mengajarkan pengetahuan deklaratif dan pengetahuan prosedural yang

diajarkan setahap demi setahap. Ciri khas pembelajaranan ini adalah adanya modeling, iaitu

suatu fasa di mana seseorang memodelkan atau mencontohkan sesuatu melalui

demonstrasi bagaimana suatu keterampilan itu dilakukan.Meniru tingkah laku yang

ditunjukkan oleh model melalui proses perhatian. Contoh: meniru gaya penyanyi yang

disanjungi.

Kedua,peniruan tak langsung.Peniruan adalah melalui imaginasi atau pemerhatian

secara tidak langsung.Contohnya meniru watak yang dibaca dalam buku, memerhati

seorang guru mengajar rakannya.

Ketiga,peniruan gabungan .Peniruan jenis ini adalah dengan cara menggabung

tingkah laku yang berlainan iaitu peniruan langsung dan tidak langsung.Contohnya pelajar

meniru gaya gurunya melukis dan cara mewarna daripada buku yang dibacanya.

Keempat,peniruan sekat laluan.Tingkah laku yang ditiru hanya sesuai untuk situasi

tertentu sahaja.Contohnya tiru fesyen pakaian di TV, tapi tidak boleh dipakai di sekolah.

Kelima,peniruan tak sekat laluan.Tingkah laku yang ditiru boleh ditonjolkan dalam

apa-apa situasi.Contohnya, pelajar meniru gaya berbudi bahasa gurunya.

38

Page 10: Pendidikan Moral (Esei)

Perkara lain yang harus diperhatikan bahawa faktor model atau teladan mempunyai

prinsip-prinsip iaitu tingkat tertinggi belajar dari pengamatan diperoleh dengan cara

mengorganisasikan sejak awal dan mengulangi perilaku secara simbolik kemudian

melakukannya. Proses mengingat akan lebih baik dengan cara mengkod perilaku yang ditiru

kedalam kata-kata, tanda atau gambar dari pada hanya penglihatan sederhana (hanya

melihat saja). Sebagai contoh belajar gerakan tari dari pelatih memerlukankan pengamatan

dari berbagai sudut yang dibantu cermin dan seterusnya ditiru oleh pelajar pada masa yang

sama. Kemudian proses meniru akan lebih efisien jika gerakan tadi juga didukung dengan

penayangan video, gambar atau kaedah yang ditulis dalam buku panduan.

Prinsip seterusnya,individu lebih menyukai perilaku yang ditiru jika sesuai dengan

nilai yang dimilikinya.

Prinsip yang terakhir pula,individu akan menyukai perilaku yang ditiru jika model

tersebut disukai dan dihargai serta perilakunya mempunyai nilai yang bermanfaat.

Teori belajar sosial dari Bandura ini merupakan gabungan antara teori belajar

behavioristik dengan penguatan dan psikologii kognitif, dengan prinsip modifikasi tingkah

laku. Proses belajar masih berpusat pada penguatan, hanya terjadi secara langsung dalam

berinteraksi dengan lingkungannya.

Sebagai contoh penerapan teori belajar sosial dalam iklan television. Iklan selalunya

menampilkan bintang-bintang yang popular dan disukai masyarakat, hal ini untuk

mendorong konsumen agar membeli sabun supaya mempunyai kulit seperti para "bintang".

Teori belajar dari Bandura ini tampaknya memang boleh berlaku umumnya dalam

semua langkah pendidikan sosial, komunikasi, informasi dan latihan, namun kerana

keadaannya yang umum tadi maka sulit dilakskkanak-kanak-kkanak-kanakan dalam

sekolah-sekolah formal, sehingga kaedah belajar sosial dari Bandura ini agak sulit

dilakukan. Hanya dalam situasi sosial dan kemasyarakatan sahaja banyak terjadinya

pembelajaran sosial.

IMPLIKASI ANTARA TEORI PIAGET DAN BANDURA

Dalam perbandingan di antara dua teori ini mendapati pelopor kedua-dua teori ini

iaitu Jean Piaget dan Bandura ini mempunyai matlamat dan fungsi teori yang sama iaitu

mereka ini cuba untuk menjelaskan pada generasi selepas mereka berkenaan dengan

perkembangan kognitif menurut pandangan masing-masing.Bagi teori perkembangan moral

kognitif piaget beliau lebih menitikberatkan perancangan pengajaran berpusatkanpelajar

39

Page 11: Pendidikan Moral (Esei)

dengan mengambil kirakeupayaan pelajar.Guru juga hendaklah mengenalpasti ZPD pelajar

melalui penyediaan beberapaaktiviti yang berkaitan.Guru perlu memilih pelajar yang lebih

berkemahiran untuk mengajar pelajar yang belum menguasai.Guru hendaklah menyediakan

banyak contoh dan bahan sumber yang boleh membantu pelajar.Guru juga hendaklah

mengaitkan isi pelajaran dengan situasi sebenar.Berbeza dengan implikasi bagi

Bandura,dimana penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar dapat menjadi role

model kepada pelajar.Demonstrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar pelajar dapat

menirudengan cepat.Hasilan guru juga hendaklah bermutu tinggi.Guru boleh

menggunakanrakan sebaya yang cemerlang sebagai model.Guru boleh mengajar nilai murni

dan watak bersejarah dengan teknik main peranan dan simulasi.

KELEBIHAN ANTARA TEORI PIAGET DAN BANDURA

Jean Piaget lebih dikenali dengan teori perkembangan intelektual yang

menyeluruh,yang mencerminkan adanyakekuatan antara fungsi biologi dan psikologi.Beliau

berpenadpat bahawa kanak-kanak mampu meneroka dan membina pengetahuan

sendiri.Manakala bedasarkan teori Bandura lebih lengkap dibandingkan teori pembelajaran

sebelumnya kerana teori lebih menekankan bahawa lingkungan dan kelakuan seseorang

dihubungkan melalui sistem kognitif orang tersebut.Bandura memandang tingkah laku

manusia bukan semata-mata kerana refleksi atas stimulus,melainkan juga akibat reaksi

yang timbul akibat interaksi antara lingkungan dengan skema kognitif manusia itu sendiri.

KELEMAHAN ANTARA TEORI PIAGET DAN BANDURA

Namun teori-teori ini juga mempunyai kelemahannya iaitu teori Piaget memandang

rendah keupayaan kanak-kanak yang lebih luas.Manakala Bandura,tidak dapat member

gambaran keseluruhan perkembangan.

KESIMPULAN

Apa yang dapat disimpulkan ialah perbezaan antara kedua-dua teori ini hanyalah

pada konsep dan peringkat-peringkat dalam teori masing-masing. Teori yang mereka

perkenalkan ini adalah berdasarkan dengan kajian-kajian dan hasil daripada penelitian

mereka sendiri. Piaget terkenal dengan konsep yang terdiri daripada skema, adaptasi,

asimilasi, dan akomodasi. Bukan itu sahaja, peringkat-peringkat yang diperkenalkan oleh

beliau juga turut dijadikan garis panduan bagi pengkaji pada masa kini. Begitu juga dengan

Bandura yang terkenal dengan konsep pembelajaran melalui pemerhatian dan peniruan.

Dalam membahaskan perbezaan antara dua teori ini, terdapat beberapa perkara yang juga

40

Page 12: Pendidikan Moral (Esei)

turut juga dijelaskan namun tidaklah secara menyeluruh. Namun begitu tidak dapat dinafikan

lagi bahawa mereka juga telah memberi sumbangan yang sangat besar kepada dunia

psikologi dan juga dalam bidang pembelajaran kerana dengan teori-teori inilah yang dapat

menolong para pendidik dalam memahami dan mendapat gambaran awal tentang tingkah

laku atau kognitif kanak-kanak pada masa kini.

PENUTUP

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, bidang psikologi pada masa kini sangat penting

untuk mencapai objektif yang betul dalam kehidupan kita sama ada dari aspek pembelajaran

atau dari aspek pengaplikasian dalam bidang kerjaya masing-masing. Kebiasaanya bidang

psikologi ini banyak dikaitkan dengan proses pembelajaran dalam profession perguruan.

Sesuai dengan arus permodenan hari ini, kanak-kanak pada masa kini juga semakin bijak

dalam aspek kognitif dan behavior, untuk itu guru-guru perlu bijak dalam mengawasi atau

mengawal sesuatu yang melibatkan kanak-kanak ini. terdapat banyak lagi teori-teori yang

boleh dikaji atau dipraktikal secara khusus dalam menangani isu kanak-kanak yang

bermasalah atau untuk mengenalpasti permasalahan pelajar dalam pembelajaran. Namun

begitu teori-teori dalam psikologi Islam juga harus diterapkan bagi menyeimbangkan lagi

pembelajaran tersebut. Selaku pengajar, aspek atau nilai-nilai Islam tidak boleh ditinggalkan

kerana iai merupakan item yang penting untuk menguatkan rohani kita dalam pembelajaran

akan datang.

41