Pendidikan Pemulihan Dan Penggayaan

4
~ PENDIDIKAN PEMULIHAN DAN PENGGAYAAN ~ PENDIDIKAN PEMULIHAN KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN Suatu pendidikan untuk mencapai objektif pembelajaran kepada murid yang menghadapi masalah pelajaran di dalam bilik darjah iaitu yang belum berjaya menguasai kemahiran selepas proses pengajaran guru dalam kelas. Aktiviti pemulihan ini terbahagi kepada 2 peringkat selepas kelemahan suatu kemahiran dikesan melalui aktiviti penilaian: Kelas Biasa: murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran dalam aktiviti pemulihan. Kelas Khas: murid yang gagal dalam kelas biasa. RASIONAL PENDIDIKAN PEMULIHAN 1. Membantu murid-murid dalam mengembangkan diri dan menunjukkan potensi mereka 2. Program pemulihan di sediakan agar masalah-masalah pembelajaran tidak berhimpun hingga ke peringkat yang tidak dapat dipulihkan lagi. 3. Dapat member banyak perhatian dan bimbingan guru, sama ada secara kumpulan atau individu. CIRI-CIRI PELAJAR PEMULIHAN 1. Yang tidak bermotivasi untuk belajar 2. Yang tidak mempunyai idea tentang cara belajar 3. Lebih mudah berputus asa 4. Lebih mudah mengganggu persekitaran 5. Lebih mudah ragu-ragu 6. Cepat lupa

description

BMM3063

Transcript of Pendidikan Pemulihan Dan Penggayaan

Page 1: Pendidikan Pemulihan Dan Penggayaan

~ PENDIDIKAN PEMULIHAN DAN PENGGAYAAN ~ PENDIDIKAN PEMULIHAN

 

KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN

Suatu pendidikan untuk mencapai objektif pembelajaran kepada murid yang menghadapi masalah pelajaran di dalam bilik darjah iaitu yang belum berjaya menguasai kemahiran selepas proses pengajaran guru dalam kelas.

Aktiviti pemulihan ini terbahagi kepada 2 peringkat selepas kelemahan suatu kemahiran dikesan melalui aktiviti penilaian:

Kelas Biasa: murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran dalam aktiviti pemulihan.

Kelas Khas: murid yang gagal dalam kelas biasa.

 

RASIONAL PENDIDIKAN PEMULIHAN

1. Membantu murid-murid dalam mengembangkan diri dan menunjukkan potensi mereka

2. Program pemulihan di sediakan agar masalah-masalah pembelajaran tidak berhimpun hingga ke peringkat yang tidak dapat dipulihkan lagi.

3. Dapat member banyak perhatian dan bimbingan guru, sama ada secara kumpulan atau individu.

 

CIRI-CIRI PELAJAR PEMULIHAN

1. Yang tidak bermotivasi untuk belajar2. Yang tidak mempunyai idea tentang cara belajar3. Lebih mudah berputus asa4. Lebih mudah mengganggu persekitaran5. Lebih mudah ragu-ragu6. Cepat lupa7. Kurang cerdas dalam pemikiran8. Belajar secara lambat9. Mundur10. Pencapaian akademik yang tidak tinggi11. Kekurangan sosial12. Kerencatan akal

 

Page 2: Pendidikan Pemulihan Dan Penggayaan

FAKTOR-FAKTOR MASALAH PEMBELAJARAN

1. Faktor psikologi 1. Kecerdasan mental2. Emosi yang tidak stabil

2. Faktor biologi/kesihatan

Kanak-kanak biasanya menghadapi masalah “neurologi”, iaitu sukar mengeja,membaca dan menulis.

1. Faktor persekitaran 1. Terdiri daripada bahasa2. Terdiri daripada amalan sekolah

1. Faktor emosi dan social

 

CARA-CARA MENGESAN KESUKARAN PEMBELAJARAN

1. Pemerhatian2. Melihat pada rekod prestasi3. Profil peribadi4. Ujian kertas dan pensel5. Latihan harian

 

PERANAN GURU KELAS BIASA DALAM PELAKSANAAN PEMULIHAN

1. Mengatur langkah-langkah yang sesuai dalam pengelolaan sesi pemulihan

2. Menguruskan aktiviti pengajaran pemulihan3. Menentukan strategi p&p4. Menyediakan bahan dalam sesi pemulihan5. Menjalankan aktiviti penilaian untuk sesi pemulihan6. Mengambil tindakan susulan yang sewajarnya

 

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PEMULIHAN

Kumpulan: berlaku apabila sekumpulan kecil murid menghadapi masalah pembelajaran yang sama. Murid yang lain pula menjalankan aktiviti penggayaan.

Individu: apabila sekumpulan kecil murid menghadapi masalah pembelajaran yang berlainan. Guru akan bergilir-gilir membetulkan kesalahan secara individu, manakala murid yang lain menjalani pengukuhan.

 

Page 3: Pendidikan Pemulihan Dan Penggayaan

PENYEDIAAN BAHAN SESI PEMULIHAN

1. Aspek pendengaran

Sebutan guru jelas, hanya sebutan bunyi yang hendak dipelajari sahaja yang diajarkan

1. Aspek penglihatan

BBM besar, ringkas, menarik, dan haruslah menggunakan warna untuk perkara penting sahaja.

1. Aspek psikomotor

Benda maujud, bentuk huruf atau nombor hendaklah timbul agar murid dapat menyentuhnya, gunakan warna untuk aktiviti menulis.

 

PENDIDIKAN PENGGAYAAN

KONSEP PENGGAYAAN

Iaitu sejenis pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk member peluang kepada murid-murid mengembangkan lagi sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka.

 

OBJEKTIF-OBJEKTIF PENGGAYAAN

Objektif penggayaan untuk murid adalah:

1. Menggunakan kemahiran-kemahiran yang dikuasai dalam kelas biasa

2. Menjalani aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar.

3. Menggunakan masa lapang untuk memperkembangkan minat dan bakat mereka

4. Menyemai sifat berdikari dan minat untuk belajar5. Memperkembangi bakat kepimpinan kepada peringkat

yang lebih tinggi

 

CONTOH-CONTOH AKTIVITI PENGGAYAAN

1. Membaca (bacaan) : bahan yang lebih tinggi2. Menulis (tulisan)    : ayat yang lebih panjang3. Mengira (kiraan)    : kiraan yang lebih mencabar