Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan 1 Sem 1 2015

12
ARAHAN: Jawab semua soalan. Tiap- tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Pilih satu jawapan yang paling tepat sahaja. Tandakan jawapan pada KERTAS JAWAPAN yang disediakan. 1. Identiti diri bermaksud A. nilai-nilai murni yang tersembunyi dalam diri seseorang. B. bakat yang tersembunyi dalam diri seseorang. C. potensi diri seseorang individu yang semakin berkembang. D. gambaran keseluruhan tentang individu dan matlamat hidup yang ingin dicapai. 2. Potensi diri individu dapat dipupuk dan dikembangkan melalui A. paksaan daripada ibu bapa. B. latihan yang berterusan. C. angan-angan kosong. D. gesaan daripada guru-guru. 3. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil Untuk mengembangkan potensi diri? I. Menggilap bakat yang sedia ada. II. Gigih dan tabah berusaha. III. Mengabaikan peluang yang ada. IV. Tidak mudah putus asa. dan IV B. I, II dan IV D. II, III dan IV 4. Antara berikut, perlakuan yang manakah menggambarkan potensi diri seseorang dari aspek jasmani? A. Menyertai pertandingan berbalas pantun di sekolah. B. Menyelamatkan kucing yang tersepit di celah pokok. C. Bersenam atau beriadah di tanam rekreasi pada setiap petang. D. Memimpin orang buta melintas jalan. 5. Maklumat di atas berkaitan dengan potensi diri dari aspek A. jasmani C. emosi B. intelek D. rohani * Berfikiran kreatif dan kritis. * Mampu memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain. Henry membantu rakan- rakannya yang lemah dalam matapelajaran Matematik.

description

soalan peperiksaan

Transcript of Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan 1 Sem 1 2015

* Berfikiran kreatif dan kritis.* Mampu memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain.ARAHAN: Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Pilih satu jawapan yang paling tepat sahaja. Tandakan jawapan pada KERTAS JAWAPAN yang disediakan.

1. Identiti diri bermaksud

A. nilai-nilai murni yang tersembunyi dalam diri seseorang.B. bakat yang tersembunyi dalam diri seseorang.C. potensi diri seseorang individu yang semakin berkembang.D. gambaran keseluruhan tentang individu dan matlamat hidup yang ingin dicapai.

2. Potensi diri individu dapat dipupuk dan dikembangkan melalui

A. paksaan daripada ibu bapa.B. latihan yang berterusan.C. angan-angan kosong.D. gesaan daripada guru-guru.

3. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil Untuk mengembangkan potensi diri?

I. Menggilap bakat yang sedia ada.II. Gigih dan tabah berusaha.III. Mengabaikan peluang yang ada.IV. Tidak mudah putus asa.

A. I, II dan IIIC. I, III dan IVB. I, II dan IVD. II, III dan IV

4. Antara berikut, perlakuan yang manakah menggambarkan potensi diri seseorang dari aspek jasmani?

A. Menyertai pertandingan berbalas pantun di sekolah.B. Menyelamatkan kucing yang tersepit di celah pokok.C. Bersenam atau beriadah di tanam rekreasi pada setiap petang.D. Memimpin orang buta melintas jalan.

5. Maklumat di atas berkaitan dengan potensi diri dari aspek

A. jasmaniC. emosiB. intelekD. rohani

Henry membantu rakan-rakannya yang lemah dalam matapelajaran Matematik.

6. Berdasarkan maklumat di atas, apakah aspek Potensi diri yang dikembangkan oleh Henry?

A. Aspek jasmani.B. Aspek rohani.C. Aspek emosi.D. Aspek intelek.

7. Antara berikut merupakan potensi diri yang sesuai dengan seseorang yang bercita-cita menjadi pakar bedah, kecuali

A. menguasai bidang sains dan matematik.B. berminat dengan profesion perubatan.C. mempu mengawal keadaan ketika kecemasan dan bersifat penyabar.D. berminat untuk menyampaikan ilmu.

8. Antara berikut merupakan potensi diri yang sesuai dengan seseorang yang bercita-cita menjadi guru, kecuali

A. berani menghadapi penjenayah.B. pandai melayan karenah kanak-kanak.C. berminat untuk menyampaikan ilmu.D. bersifat penyabar.

9. Antara berikut, yang manakah sikap positif yang harus diamalkan oleh pelajar untuk mengembangkan potensi dirinya?I. Yakin diri.II. Gigih berusaha.III. Tidak sabar.IV. Tidak mudah berputus asa.

A. I, IIdan IIIC. I, III dan IVB. I, II dan IVD. II, III dan IV

10. Apakah langkah-langkah yang boleh Dilakukan untuk membina identiti idiri?

I. Mengenal pasti cita-cita.II. Mengambil daya usaha.III. Mengamalkan sikap mendiamkan diri.IV. Mengenal pasti kebolehan diri.

A. I, II dan IIIC. I, III dan IVB. I, II dan IVD. II, III dan IV

11. Potensi diri perlu dikembangkan untuk

A. mengawal tingkahlaku.B. menunjukkan bakat.C. mencapai kesejahteraan dalam hidup.D. mendorong kita melakukan kegiatan positif.

12. Antara berikut menunjukkan individu yang mempunyai identiti diri yang positif, kecuali

A. Fahmi mempunyai minat dalam seni lukisan dan berusaha untuk menjadi seorang arkitek yang Berjaya pada suatu har inanti.B. Lim tetap tenang dan tidak berputus asa walaupun dia gagal mendapat markah yang tinggi dalam matapelajaran Sains dan Matematik.C. Selva memarahi ibunya kerana tidak membasuh pakaian sekolahnya.D. Karen tetap memberikan sokongan kepada pasukan bola jaring sekolahnya meskipun dia tidak terpilih untuk menyertai pasukan tersebut.

13. Antara berikut merupakan amalan-amalan yang dilakukan untuk mengembangkan potensi jasmani, kecuali

A. menjaga kesihatan tubuh badan.B. selalu melakukan senaman.C. memendamkan bakat dan kebolehan.D. melakukan aktiviti riadah.

14. Kita boleh memanfaatkan kebolehan yang Ada dengan

A. menggunakannya untuk tujuan menunjuk- nunjuk.B. menggunakannya untuk menjatuhkan orang lain.C. menggunakannya untuk diri, masyarakat dan agama.D. menggunakannya untuk menyakiti hati orang lain.

Dania meminati bidang tarian dan nyanyian.

15. Berdasarkan pernyataan di atas, pilih aktiviti kokurikulum yang boleh membantu Dania mengembangkan potensi diri yang dimilikinya.

A. Kadet Polis.B. Kadet Bomba.C. Kelab Kebudayaan.D. Persatuan Bulan Sabit Merah.

16. Mengapakah kita perlu bijak memilih rakan sebaya?

A. Supaya dapat meluaskan pengaruh kita dalam kalangan rakan-rakan yang lain.B. Supaya kita akan disanjung oleh orang lain.C. Supaya kita mendapat rakan yang boleh menasihati kita melakukan perbuatan yang positif.D. Supaya ibu bapa memberi kebebasan kepada kita.

17. Rakan sebaya yang baik akan

I. berusahauntukmenjagakepentingandirinya.II. mendorongkitauntukmelakukankegiatan yang negatif.III. menegur kesilapan yang kita lakukan agar dapat kita memperbaiki diri.IV. bersedia menghulurkan bantuan apabila kita memerlukan.

A. I dan IIC. II dan IIIB. I dan IVD. III dan IV

18. Apakah punca berlakunya konflik?

A. Keputusan yang dipersetujui bersama.B. Pertentangan idea, kepentingan dan prinsip.C. Adanya semangat bantu-membantu antara satu sama lain.D. Persaingan yang sihat anatara individu.

19. Antara berikut, yang manakah bukan ciri-ciri individu yang mempunyai sikap asertif dalam pergaulan?

A. Berani menolak ajakan negatif daripada rakan sebaya.B. Tidak mudah terpengaruh dengan pujukan orang lain.C. Suka mengasingkan diri daripada bergaul dengan rakan.D. Boleh membezakan baik atau buruk sesuatu tindakan yang dilakukan.

20. Bagaimanakah cara kita boleh menghindari diri daripada terlibat dengan kegiatan negatif?

I. Mendalami ilmu agama.II. Menyertai persatuan.III. Aktif bersukan.IV. Memilih rakan sebaya yang bermasalah.

A. I, II dan IIIC. I, III dan IVB. I, II dan IVD. II, III dan IV

21. Apakah yang dimaksudkan dengan penyelesaian win-win?

A. Situasi yang memerlukan kita membuat pilihan yang bijak.B. Teknik yang dapat membantu kita membuat pilihan yang bijak.C. Satu situasi di mana dua pihak menyelesaikan sesuatu konflik secara koperatif.D. Penyelesaian yang memperlihatkan satu pihak mengalah.

22. Teknik awan bermaksud

A. teknik berfikir secara cepat untuk menyelesaikan masalah.B. teknik berfikir tentang sesuatu situasi yang mempunyai kehendak yang bertentangan.C. teknik penyelesaian yang memperlihatkan satu pihak mengalah.D. teknik penyelesaian yang menggembirakan kedua-dua belah pihak.

23. Razif tetap menolak ajakan rakan baiknya iaitu Ravi dan Kim untuk ponteng sekolah pada hari tersebut. Akhirnya kedua-dua rakannya akur dengan keputusan Razif. Razif merupakan seorang yang bersikap _______________.

A. jujur.B. asertif.C. wajar.D. rajin.

24. Bagaimanakah cara untuk mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan ajakan rakan yang ingin melakukan kegiatan negatif?

A. Mencari rakan yang dapat melindungi diri anda.B. Mengurung diri di dalam rumah.C. Memberikan pelbagai alasan untuk menolak ajakan negatif rakan anda. D. Mengelakkan diri daripada bergaul dengan rakan-rakan yang lain.

Anda melihat dua orang rakan anda sedang merokok di tandas. Rakan anda itu mengajak anda untuk mencubanya.

25. Berdasarkanpernyataan di atas, apakah tindakan yang sepatutnya anda lakukan?A. Mengajak rakan-rakan lain untuk turut serta.B. Menerima ajakan rakan anda itu.C. Meninggalkan rakan dengan alasan mahu cepat pulang.D. Mengambil rokok itu lalu memyimpan di dalam beg.

26. Kegiatan negatif yang manakah sering berlaku dalam kalangan remaja?

I. Merokok.II. Membaca buku pelajaran.III. Memeras ugut rakan.IV. Melakukan aktiviti vandalisme.

A. I, II dan III C. I, III danIvB. I, II dan IVD. II, III dan IV

27. Pilih situasi yang menggambarkan individu yang berupaya menolak pengaruh negatif rakan sebaya.

A. Ranjit mengambil rokok yang diberikan oleh Firdaus kepadanya.B. Zamri menolak ajakan Danial untuk berlumba motor haram.C. Mary mengikut tabiat rakan baiknya Vimala yang malas mengulangkaji pelajaran.D. Amirul bersetuju membantu Lim mencalarkan kereta guru disiplin sekolahnya.

28. Keluarga yang bahagia ialah keluarga yang

A. sibuk bekerja mencari rezeki.B. berpengaruh sejak turun-temurun.C. sentiasa dilimpahi kesenangan dan kemewahan.D. saling menyayangi dan bijak menjalankan tanggungjawab masing-masing.

29. Apakah sikap yang perlu diamalkan oleh setiap ahli keluarga untuk mewujudkan keluarga bahagia?

I. Saling menyayangi.II. Saling membantu.III. Mementingkan diri sendiri.IV. Beradap sopan dengan ahli keluarga.

A. I, II dan IIIC. I, III dan IVB. I, II dan IVD. II, III dan IV

30. Mengapakah kita perlu menghormati ibu bapa?

A. Kerana mereka memberi wang kepada kita.B. Kerana mereka menyediakan makanan untuk kita.C. Kerena mereka banyak berkorban untuk membesar dan mendidik kita.D. Kerana mereka selalu memanjakan kita.

31. Bagaimanakah cara untuk memupuk kemesraan antara ahli keluarga?

A. Menjauhi diri daripada ahli keluarga.B. Membiarkan ahli keluarga menjalankan aktiviti sendirian.C. Sering meluangkan masa bersama ahli keluarga.D. Membiarkan ahli keluarga menyelesaikan sendiri masalah yang dihadapi.

32. Kita mestilah berkomunikasi dengan anggota keluarga dengan cara yang

A. kasarC. sopanB. garangD. kuat

33. Apakah peranan ibu dalam keluarga?

A. Memanjakan anak-anak dengan wang.B. Menurut kemahuan anak-anak tanpa batasan.C. Menyediakan keperluan keluarga dan mendidik anak-anak.D. Memberi pakaian yang mahal kepada anak- anak.

34. Apakah tanggungjawab bapa dalam keluarga?

A. Mem basuh pakaian dan mengemas rumah.B. Memanjakan anak-anak dengan wang ringgit.C. Menyediakan nafkah yang secukupnya untuk keluarga.D. Memberikan kemewahan kepada anak-anak.

35. Sebagai anak yang baik, kita mestilah mengamalkan sikap

I. rajinII. pekaIII. beradabIV. suka melawan

A. I, II dan IIIC. I, III dan IVB. I, II dan IV D. II, III dan IV

36. Kita boleh menunjukkan penghargaan terhadap pengorbanan ibu bapa melalui

I. pemberian hadiah.II. pemberian kad ucapan.III. pelukan dan ciuman.IV. bersikap kasar dengan ibu bapa.

A. I, II dan IIIC. I, III dan IVB. I, II dan IVD.II, III dan IV

37. Bagaimanakah sikap anak-anak yang mendapat didikan yang baik dan sempurna daripada ibu bapa?

I. Bersikap biadap dengan orang tua.II. Menjaga maruah diri dan keluarga.III. Mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala negatif.IV. Menjauhkan diri daripada ahli keluarga.

A. I dan IIC. II dan IIID. I dan IVD. III dan IV

38. Apakah sambutan yang diadakan di seluruh dunia bagi menghargai jasa dan pengorbanan ibu?

A. Hari Lahir.B. Hari Ibu.C. Hari Pekerja.D. Hari Ulang Tahun Perkahwinan.

39. Sekiranya ahli keluarga anda ditimpa masalah, anda seharusnya

A. mentertawakan nasib dan keadaan mereka.B. mengelakkan diri daripada berjumpa dengannya.C. membantunya menyelesaikan masalah tersebut.D. Menghina ahli keluarga tersebut.

40. Bagaimanakah cara yang paling berkesan untuk berbincang sesuatu masalah dengan ahli keluarga?

A. Menulis surat.B. Menelefon ahli keluarga tersebut.C. Bersemuka dan berbincang.D. Menulis masalah di atas sekeping kad.

41. Antara berikut merupakan perlakuan yang boleh mewujudkan keluarga bahagia, kecuali

A. membantu menyelesaikan masalah anggota keluarga.B. membiarkan anggota keluarga melakukan semua tugas sendirian di rumah.C. membantu anggota keluarga melakukan tugas. D. menjaga perasaan anggota keluarga.

42. Ikatan kekeluargaan yang erat boleh digambarkan melalui peribahasa

A. bagai bulan dipagar bintang.B. bagai katak di bawah tempurung.C. bagai isi dengan kuku.D. bagai sireh pulang ke gagang.

43. Ibu bapa bertanggungjawab membentuk jati diri anak-anak dengan cara

A. menggalakkan mereka bergaul dengan rakan- rakan yang negatif.B. memberikan kebebasan sepenuhnya kepada anak-anak dalam pergaulan.C. memanjakan anak-anak dengan wang ringgit.D. memberikan didikan agama dan moral yang secukupnya.44. Berikut merupakan tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa, kecuali

A. menjaga maruah mereka.B. berkelakuan sopan dengan mereka.C. membantu mereka apabila mereka memerlukan bantuan.D. menghantarkan mereka ke rumah orang-orang tua apabila mereka sudah tidak berdaya.

45. Berikut merupakan tindakan yang boleh menjejaskan hubungan antara anggota keluarga, kecuali

A. menganiayai anggota keluarga.B. menyelami perasaan ahli keluarga.C. mengalami perlakuan yang tidak sopan.D. membantu dengan mengharapkan balasan.

Ibu anda sibuk menyiapkan hidangan untuk makan malam sebaik sahaja pulang dari bekerja.

46. Berdasarkan pernyataan di atas, apakah tindakan yang sepatutnya anda lakukan?

A. Menyuruh ibu anda menyediakan minuman untuk anda.B. Menonton televisyen sambil makan keropok.C. Memarahi ibu kerana lambat menyediakan makanan.D. Membantu ibu di dapur.

47. Adik anda menghadapi masalah dalam pelajaran. Apakah tindakan yang sewajarnya anda ambil?

A. Membantu adik anda dalam pelajaran.B. Membiarkan adik anda menyelesaikan masalahnya sendiri.C. Mengejek adik anda kerana tidak pandai.D. Menyuruh adik anda berhenti sekolah.

Hayati telah mendapat hadiah sebuah jam tangan daripada ayahnya. Semasa Hayati tiada di rumah, adiknya telah memerosakkan jam tangan itu secara tidak sengaja.

48. Apakah tindakan anda sekiranya anda berada dalam situasi Hayati?

A. Mengugut akan mencederakan adik sekiranya tidak menggantikan jam tangan itu.B. Memarahi dan menumbuk adik.C. Memaafkan kesalahan adik.D. Memaksa ibu memarahi adik.

49. Kita haruslah membahasakan diri dengan panggilan ____________________ ketika bertutur dengan ibu bapa.

A. sayaC. guaB. akuD. beta

50. Sebuah keluarga yang bahagia akan

A. mewujudkan sebuat masyarakat yang harmoni.B. mewujudkan sebuah masyarakat yang porak- peranda.C. mewujudkan sebuah masyarakat yang benci- membenci.D. mewujudkan sebuah masyarakat yang pendendam.

Disediakan oleh:

ENCIK LOOI KOK MUNGURU PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1Disemak oleh:

PUAN JAMILAH BT. TAHIRKETUA PANITIAPENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAANDisahkan oleh:

PUAN SALWIA BT. LASALIMKETUA BIDANGKEMANUSIAAN

KERTAS JAWAPANBILANGAN SOALAN BETULMARKAH(%)

1. = A = = B = = C = = D =26. = A = = B = = C = = D =

2. = A = = B = = C = = D =27. = A = = B = = C = = D =

3. = A = = B = = C = = D =28. = A = = B = = C = = D =

4. = A = = B = = C = = D =29. = A = = B = = C = = D =

5. = A = = B = = C = = D =30. = A = = B = = C = = D =

6. = A = = B = = C = = D =31. = A = = B = = C = = D =

7. = A = = B = = C = = D =32. = A = = B = = C = = D =

8. = A = = B = = C = = D =33. = A = = B = = C = = D =

9. = A = = B = = C = = D =34. = A = = B = = C = = D =

10. = A = = B = = C = = D =35. = A = = B = = C = = D =

11. = A = = B = = C = = D =36. = A = = B = = C = = D =

12. = A = = B = = C = = D =37. = A = = B = = C = = D =

13. = A = = B = = C = = D =38. = A = = B = = C = = D =

14. = A = = B = = C = = D =39. = A = = B = = C = = D =

15. = A = = B = = C = = D =40. = A = = B = = C = = D =

16. = A = = B = = C = = D =41. = A = = B = = C = = D =

17. = A = = B = = C = = D =42. = A = = B = = C = = D =

18. = A = = B = = C = = D =43. = A = = B = = C = = D =

19. = A = = B = = C = = D =44. = A = = B = = C = = D =

20. = A = = B = = C = = D =45. = A = = B = = C = = D =

21. = A = = B = = C = = D =46. = A = = B = = C = = D =

22. = A = = B = = C = = D =47. = A = = B = = C = = D =

23. = A = = B = = C = = D =48. = A = = B = = C = = D =

24. = A = = B = = C = = D =49. = A = = B = = C = = D =

25. = A = = B = = C = = D =50. = A = = B = = C = = D =