PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang...

43
PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI SEBAGAI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT SITI NURUL AINMEY BT SHEIKH ABD HAMID Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia JUN 2013

Transcript of PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang...

Page 1: PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat . siti nurul ainmey bt sheikh abd hamid

i

PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI SEBAGAI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

SITI NURUL AINMEY BT SHEIKH ABD HAMID

Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

JUN 2013

Page 2: PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat . siti nurul ainmey bt sheikh abd hamid

v

ABSTRAK

Masyarakat Orang Asli merupakan kaum peribumi yang masih ketinggalan dalam

pembangunan pendidikan terutamanya dalam bidang pendidikan vokasional. Oleh

itu, kajian ini dijalankan untuk; a) mengenalpasti bidang vokasional yang diperlukan

oleh masyarakat Orang Asli, b) mengenalpasti bidang vokasional yang diperlukan

oleh masyarakat Orang Asli berdasarkan perbezaan jantina, c) mengenalpasti faktor

penghalang utama pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat Orang Asli

dan d) mengenalpasti faktor penghalang utama pendidikan vokasional dalam

kalangan masyarakat Orang Asli berdasarkan perbezaan jantina. Kajian ini adalah

kajian tinjauan deskriptif yang dijalankan di Kampung Sungai Gapoi, Bentong

Pahang yang melibatkan masyarakat Orang Asli yang tinggal di Kampung Sungai

Gapoi di mana seramai 40 orang dipilih sebagai sampel kajian yang menggunakan

kaedah persampelan bertujuan. Soal selidik berskala Likert digunakan sabagai

instrumen kajian di mana hasil dapatan dianalisis menggunakan Statistical Package

for Social Science (SPSS) version 18.0. Hasil analisis mendapati bidang Sains

Pertanian merupakan bidang yang diperlukan oleh masyarakat ini dan di samping itu,

masyarakat lelaki Orang Asli bukan sahaja memerlukan bidang Sains Pertanian,

malah bidang Kejuruteraan Mekanikal seperti membaiki kenderaan bermotor dan

basikal juga diperlukan. Bagi kaum wanita pula, di samping bidang Sains Pertanian

seperti tanaman sayur, getah dan sawit, bidang Hospitaliti seperti menjahit,

kraftangan dan ukiran menjadi keperluan mereka. Hasil analisis juga mendapati

faktor penghalang bagi masyarakat ini adalah faktor kewangan keluarga di mana

jumlah pendapatan bulanan mereka sangat rendah, manakala lokasi kediaman

mereka yang jauh daripada pusat bandar dan latihan vokasional merupakan faktor

penghalang bagi kaum lelaki. Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat membantu

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) khususnya untuk merangka program yang

diperlukan dan membincangkan kaedah untuk mengatasi halangan yang dihadapi

oleh masyarakat Orang Asli ini agar mereka dapat melibatkan diri dalam bidang

pendidikan vokasional.

Page 3: PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat . siti nurul ainmey bt sheikh abd hamid

vi

ABSTRACT

Indigenous peoples who are behind in educational development especially in the

field of vocational education. Therefore, this study was undertaken to: a) identify the

necessary vocational skills by the Aboriginal community, b) identify areas of

vocational training required by the indigenous communities based on gender

differences, c) identify the main limiting factors in the vocational education among

indigenous peoples and d) identify the main limiting factors in the vocational

education among Aboriginal communities based on gender differences. This study is

a descriptive survey research conducted in Kampung Sungai Gapoi, Bentong Pahang

involving indigenous peoples living in Kampung Sungai Gapoi where about 40

people was selected using purposive sampling. Likert scale questionnaire used to as

the instrument where the findings were analyzed using the Statistical Package for

Social Sciences (SPSS) version 18.0. Results show that the field of Agricultural

Science is required by this community and in addition, Aboriginal male society

requires not only the field of Agricultural Science, Mechanical Engineering even as

repair of motor vehicles and bicycles are also needed. For the women, as well as

Agricultural Science vegetable crops, rubber and palm oil, Hospitality areas such as

sewing, crafts and sculpture into their needs. Results of the analysis also revealed

that the barrier for this community is the financial factor family whose total monthly

income is very low, while the location of their homes far from the city center and

vocational training is a restraining factor for men. Results from this study are

expected to help Aboriginal Development Department (JAKOA) specifically to

develop the necessary programs and discuss ways to overcome obstacles faced by

indigenous communities so that they can engage in vocational education.

Page 4: PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat . siti nurul ainmey bt sheikh abd hamid

vii

KANDUNGAN

TAJUK i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN/ISTILAH xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Penyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 10

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian 11

1.7 Skop Kajian 11

1.8 Batasan Kajian 12

1.9 Definasi Operasi 12

1.10 Kerangka Kajian 14

1.11 Rumusan 15

Page 5: PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat . siti nurul ainmey bt sheikh abd hamid

viii

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 16

2.1 Pendahuluan 16

2.2 Pembelajaran Sepanjang Hayat 16

2.2.1 Model Pembelajaran Sepanjang Hayat 21

2.2.2 Pembelajaran Formal 23

2.2.3 Pembelajaran Non-Formal 25

2.2.4 Pembelajaran Informal 27

2.3 Masyarakat Orang Asli di Malaysia 28

2.3.1 Kelahiran 28

2.3.2 Ekonomi masyarakat Orang Asli 30

2.4 Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia 31

2.4.1 Sejarah 32

2.4.2 Program Latihan dan Kemahiran dan

Fungsi Pusat Latihan 34

2.5 Pendidikan Orang Asli di Pahang 35

2.6 Pendidikan Teknik dan Vokasional 37

2.7 Bidang peperluan vokasional bagi masyarakat

Orang Asli 38

2.8 Faktor penghalang yang dihadapi oleh

masyarakat orang asli bagi menceburi

bidang vokasional 40

2.8.1 Lokasi Tempat Tinggal 41

2.8.2 Latar Belakang Keluarga 42

2.8.3 Sistem Pendidikan 43

2.8.4 Budaya dan Sikap 44

2.8.5 Masalah Kewangan ` 45

2.8.6 Pengetahuan 46

Page 6: PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat . siti nurul ainmey bt sheikh abd hamid

ix

2.9 Minat terhadap bidang Pendidikan Teknik dan

Vokasional 46

2.9 Perbezaan antara bidang vokasional yang

diperlukan dengan jantina masyarakat Orang Asli 47

2.10 Rumusan 48

BAB 3 METODOLOGI 49

3.1 Pendahuluan 49

3.2 Rekabentuk Kajian 49

3.3 Kerangka Kajian 50

3.4 Populasi Kajian 52

3.5 Sample Kajian 52

3.6 Instrumen Kajian 53

3.6.1 Soal Selidik 54

3.6.2 Temubual 54

3.7 Kaedah Pengumpulan Data 55

3.8 Kajian Rintis 56

3.8.1 Kesahan 57

3.8.2 Kebolepercayaan 58

3.9 Kaedah Menganalisis Data 58

3.10 Rumusan 59

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan 60

4.2 Analisis data demografi responden 61

4.2.1 Jantina Responden 61

4.2.2 Umur responden 62

4.3 Analisi Bahagian B 63

4.4 Analisis bidang vokasional yang diperlukan dalam

Page 7: PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat . siti nurul ainmey bt sheikh abd hamid

x

kalangan masyarakat Orang Asli di Sungai Gapoi 64

4.4.1 Bidang Kejuruteraan Mekanikal 64

4.4.2 Bidang Kejuruteraan Elektrik 65

4.4.3 Bidang Kejuruteraan Awam 65

4.4.4 Bidang Pengurusan Perniagaan 66

4.4.5 Bidang Hospitaliti 67

4.4.6 Bidang Sains Pertanian 68

4.4.7 Analisis min keseluruhan setiap bidang

vokasional 68

4.5 Faktor penghalang pendidikan vokasional dalam

kalangan masyarakat Orang Asli 69

4.5.1 lokasi tempat tinggal 69

4.5.2 latar belakang keluarga 70

4.5.3 Budaya dan Sikap 70

4.5.5 kewangan keluarga 71

4.5.6 Analisis min keseluruhan setiap faktor

penghalang 72

4.6 Bidang vokasional yang diperlukan berdasarkan

perbezaan jantina 73

4.6.1 Bidang Kejuruteraan Mekanikal yang

diperlukan berdarkan jantina 73

4.6.2 Bidang Kejuruteraan Elektrik yang

diperlukan berdasarkan jantina 73

4.6.3 Bidang Kejuruteraan Awam yang

diperlukan berdasarkan jantina 74

4.6.4 Bidang Pengurusan Perniagaan yang

diperlukan berdasarkan perbezaan jantina 74

Page 8: PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat . siti nurul ainmey bt sheikh abd hamid

xi

4.6.5 Bidang Hospitaliti yang diperlukan

berdasarkan perbezaan jantina 75

4.6.6 Bidang Sains Pertanian yang diperlukan

berdasarkan jantina 75

4.6.7 Analisis keseluruhan bidang vokasional 75

4.7 Faktor penghalang pendidikan vokasional

berdasarkan perbezaan jantina 77

4.7.1 Faktor penghalang lokasi tempat tinggal

berdasarkan jantina 77

4.7.2 Faktor penghalang latar belakang keluarga

berdasarkan jantina 77

4.7.3 Faktor penghalang budaya dan sikap

berdasarkan jantina 78

4.7 Faktor penghalang kewangan keluarga

berdasarkan jantina 78

4.7.5 Analisis keseluruhan faktor penghalang

berdasarkan jantina 79

4.8 Rumusan 80

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CANDANGAN 81

5.1 Pendahuluan 81

5.2 Perbincangan 81

5.2.1 Latar Belakang Responden 82

5.2.2 Bidang vokasional yang diperlukan 83

5.2.3 Faktor penghalang pendidikan vokasional 85

5.2.4 Bidang vokasional yang diperlukan

berdasarkan jantina 88

5.2.5 Faktor penghalang pendidikan vokasional

Page 9: PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat . siti nurul ainmey bt sheikh abd hamid

xii

berdasarkan jantina 89

5.3 Rumusan 89

5.4 Cadangan 91

5.4.1 Masyarakat Orang Asli 91

5.4.2 Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) 91

5.4.3 Institusi dan pusat latihan vokasional (PTV) 92

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 92

5.6 Penutup 93

RUJUKAN 94

LAMPIRAN 99

VITA 140

Page 10: PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat . siti nurul ainmey bt sheikh abd hamid

xiii

SENARAI JADUAL

2.1 Peringkat umur sistem pendidikan di Malaysia 23

2.2 Kursus usaha sama di antara JHEOA dengan Giat

Mara Sdn. Bhd.

34

3.1 Bilangan Populasi 52

3. 2 Skala Ordinal 54

3.3 Interpretasi Skor Ujian Alpha Cronbach 56

3.4 Pekali kebolehpercayaan soal selidik 57

4.1 Jadual interpretasi skor min 60

4.2 Taburan responden mengikut jantina 62

4.3 Taburan responden mengikut umur 63

4.4 Skor min bagi setiap item dalam bidang

Kejuruteraan Mekanikal

64

4.5 Skor min bagi setiap item dalam bidang

Kejuruteraan Elektrik

65

4.6 Skor min bagi setiap item dalam bidang

Kejuruteraan Awam

66

4.7 Skor min bagi setiap item dalam bidang

Pengurusan Perniagaan

67

4.8 Skor min bagi setiap item dalam bidang Hospitaliti 67

4.9 Skor min bagi setiap item dalam bidang Sains

Pertanian

68

4.10 Hasil dapatan analisis setiap bidang vokasional 69

4.11 Skor min bagi setiap item dalam bahagian faktor

lokasi tempat tinggal

70

4.12 Skor bagi setiap item faktor latar belakang

keluarga

70

4.13 Skor min bagi setiap item faktor penghalang

budaya dan sikap

71

Page 11: PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat . siti nurul ainmey bt sheikh abd hamid

xiv

4.14 Skor min bagi setiap item faktor penghalang

kewangan keluarga

71

4.15 Hasil dapatan analisisi setiap faktor penghalang

pendidikan vokasional

72

4.16 Bidang Kejuruteraan Mekanikal berdasarkan

jantina

73

4.17 Bidang Kejuruteraan Elektrik berdasarkan jantina 74

4.18 Bidang Kejuruteraan Awam berdasarkan jantina 74

4.19 Bidang Pengurusan Perniagaan berdasarkan jantina 74

4.20 Bidang hospitaliti berdasarkan jantina 75

4.21 Bidang Sains Pertanian berdasarkan jantina 75

4.22 Analisis keseluruhan bidang vokasional yang

diperlukan berdasarkan jantina

76

4.23 Lokasi tempat tinggal berdasarkan jantina 77

4.24 Latar belakang keluarga berdasarkan jantina 78

4.25 Budaya dan sikap berdasarkan jantina 78

4.26 Budaya dan sikap berdasarkan jantina 78

4.27 Taburan keseluruhan faktor penghalang

berdasarkan jantina

79

Page 12: PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat . siti nurul ainmey bt sheikh abd hamid

xv

SENARAI RAJAH

1.1 Kerangka Konsep Kajian 14

2.1 Kitaran DAMN 20

2.2 Model Pembelajaran Sepanjang Hayat 22

3. 1 Kerangka Kajian 51

3.2 Proses Pengumpulan Data 56

4.1 Taburan responden mengikut jantina 62

4.2 Taburan responden mengikut umur 63

4.3 Hasil dapatan analisis setiap bidang vokasional

yang diperlukan

69

4.4 Hasil dapatan analisisi faktor penghalang

pendidikan vokasional

72

4.5 Analisis keseluruhan bidang yang diperlukan

berdasarkan jantina

76

4.6 Analisis keseluruhan faktor penghalang pendidikan

vokasional berdasarkan jantina

79

Page 13: PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat . siti nurul ainmey bt sheikh abd hamid

xvi

SENARAI SIMBOL/SINGKATAN/ISTILAH

PTV - Pendidikan Teknik Vokasioanal

PAV - Pendidikan Asas Vokasional

KSM - Kementerian Sumber Manusia

JAKOA - Jabatan Kemajuan Masyarakat Orang Asli

KKLW - Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah

PPP - Program Peningkatan Pendapatan

RMK 10 - Rancangan Malaysia Ke 10

BPTV - Bahagian Pengurusan Teknik Dan Vokasional

JHEOA - Jabatan Hal Ehwal Orang Asli

UNESCO - United Nation For Education, Science And Cultural Organisasi

DAMN - Desire,Ability,Means,Need

KPT - Kementerian Pengajian Tinggi

DEB - Dasar Ekonomi Baru

RRJP - Penilaian Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama

RPS - Rancangan Pengumpulan Semula

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

KEDAP - Program Kelas Dewasa Bagi Ibubapa Murid Orang Asli Dan

Peribumi

UNICEF - The United Nations Children’s Fund

ANOVA - Assumptions Of Analysis Of Variance (ANOVA)

SPSS - Statistical Package For Social Science

SD - Standard Deviation

Page 14: PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat . siti nurul ainmey bt sheikh abd hamid

xvii

SENARAI LAMPIRAN

A Borang Soal Selidik 99

B Pengesahan Pakar 104

C Dapatan kajian 108

D Gambar 132

E Temubual 138

Page 15: PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat . siti nurul ainmey bt sheikh abd hamid

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Masyarakat Orang Asli adalah sebahagian daripada anggota masyarakat Bumiputera

di negara ini. Berdasarkan bancian tahun 2006 bilangan Orang Asli di Malaysia ialah

14,230 orang. Mereka merupakan komuniti kecil di Malaysia dan adalah pribumi

negara ini. Orang Asli merupakan masyarakat yang mempunyai suku kaum yang

berbeza-beza. Menurut kajian yang dilakukan oleh Arman (2007), secara rasminya

masyarakat Orang Asli dibahagi kepada tiga kumpulan yang terbesar iaitu Negrito,

Senoi dan Melayu Asli. Suku kaum Negrito merupakan golongan masyarakat Orang

Asli yang paling kecil jika dibandingkan dengan masyarakat Orang Asli Senoi dan

Melayu Asli. Mereka juga mempunyai banyak perbezaan dari segi cara hidup dan

pertuturan bahasa yang digunakan.

Masyarakat Orang Asli adalah golongan unik yang mempunyai pelbagai

fahaman dan cara hidup yang berbeza-beza berbanding masyarakat lain di Malaysia.

Secara umumnya pekerjaan yang dilakukan oleh masyarakat Orang Asli, boleh

diklasifikasikan kepada empat iaitu pertanian sara diri, berburu, menangkap ikan

serta mengumpul hasil-hasil hutan. Walaupun negara kita telah mengalami

perubahan yang pesat dalam pembangunan dan ekonomi, masyarakat Orang Asli

masih kekal dengan pekerjaan tradisi mereka iaitu untuk menyara keluarga. Oleh

sebab itu kadar kemiskinan bagi masyarakat orang asli mencatatkan kemiskinan yang

tinggi berbanding bangsa lain di Malaysia.

Masyarakat Orang Asli juga mempunyai minat, hasrat dan cita-cita yang

setanding dengan bangsa lain. Mereka juga perlu diberikan peluang yang sama

dengan bangsa lain seperti Melayu, Cina dan India. Pihak kerajaan sentiasa berusaha

Page 16: PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat . siti nurul ainmey bt sheikh abd hamid

2

untuk memajukan masyarakat ini agar mereka tidak ketinggalan di dalam bidang

pendidikan. Pelbagai projek pembangunan telah dirancang seperti meningkatkan

taraf pendidikan untuk masyarakat Orang Asli. Menurut Arman (2007), kepentingan

pendidikan di dalam kehidupan seharian amat penting kerana ia merupakan tunjang

kepada segala aktiviti manusia untuk berjaya. Ia diakui seperti kenyataan yang

terkandung di dalam falsafah pendidikan negara yang menyatakan pendidikan di

Malaysia adalah satu usaha untuk memperkembangkan potensi individu yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan fizikal berdasarkan

kepercayaan kepada Tuhan.

Dari segi pendidikan, mereka masih tidak mampu bersaing dengan bangsa

lain dan masih beranggapan pendidikan bukan sesuatu yang penting kepada mereka.

Justeru itu, dalam memajukan pendidikan masyarakat Orang Asli Kementerian

Pelajaran di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah merangka Tranformasi

Pendidikan Orang Asli (Berita Harian, 2012 Jun 22). Tranfomasi tersebut telah

mengariskan tujuh insiatif untuk meningkatkan prestasi ke tahap yang

membanggakan negara. Insiatif kedua adalah memasukkan eleman Pendidikan Asas

Vokasional di peringkat menengah rendah di semua sekolah menengah harian yang

menjadi tumpuan masyarakat Orang Asli.

Kesedaran mengenai pentingnya pendidikan vokasional kepada masyarakat

Orang Asli seharusnya dilakukan oleh semua pihak supaya melalui penguasaan

bidang vokasional akan membantu mereka mengubah cara hidup mereka ke arah

yang lebih moden dan kehadapan. Justeru itu, penguasaan bidang vokasional dilihat

mampu membangunkan pendidikan di kalangan masyarakat Orang Asli. Dalam

kajian Ibrahim et al., (2008), beliau menyatakan penguasaan di dalam bidang

vokasional (PTV) membantu mereka untuk terus bersaing dalam era globalisasi yang

penuh cabaran ini.

Mata pelajaran PAV yang ditawarkan di sekolah juga akan mengambil kira

sosio-budaya dan keperluan masyarakat Orang Asli seperti penyelenggaran motor,

kemahiran dalam industri berasaskan getah, industri kraftangan, kemahiran rekaan

fesyen dan membuat pakaian, ICT serta kemahiran. Pendidikan teknik dan

vokasional ini adalah satu usaha berterusan untuk melahirkan individu yang berilmu,

berkemahiran dan berdaya saing membentuk kecemerlangan sains dan teknologi.

Menurut kenyataan Wan Zulhairi et al., (2008) PAV menekankan kepada kemahiran

untuk sesuatu aspek lain di dalam diri pelajar supaya ianya tidak diabaikan. Melalui

Page 17: PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat . siti nurul ainmey bt sheikh abd hamid

3

pendidikan vokasional dapat membantu masyarakat ini menambahkan kemahiran

dalam pelbagai bidang.

Pembelajaran sepanjang hayat dirancang oleh Kementerian Pengajian Tinggi

bagi membentuk rakyat Malaysia sebagai bangsa pencinta ilmu yang meneruskan

ketamadunan dan melonjakkan kualiti kehidupan. Secara umumnya, pembelajaran

ini mempunyai konsep untuk memenuhi keperluan individu dan guna tenaga di

samping mewujudkan warganegara yang aktif dan kesaksamaan sosial. Rangka

program-program dan inisiatif melalui pembelajaran ini akan membawa kepada

peningkatan ilmu, produktiviti dan daya saing negara. Menurut Kassim & Abdul

(2010) pembelajaran sepanjang hayat dilihat sejajar dengan pembangunan sosio

ekonomi negara, ini akan menyedarkan masyarakat terutamanya golongan dewasa

bahawa pendidikan formal yang diperolehi semasa muda tidak lagi sesuai di

sepanjang hayat mereka.

Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (2012) menerangkan bahawa untuk

memperkembangkan dasar pembelajaran ini, pendidikan jarak jauh ke kawasan yang

terpencil telah dibangunkan dengan menubuhkan kemudahan seperti perpustakaan

awam, muzium, perpustakaan bergerak dan pancaran satelit. Dasar pembelajaran ini

bukanlah satu perkara baru dan sebelum ini dasar ini pernah digubal oleh beberapa

kementerian dan agensi. Kementerian Sumber Manusia (KSM) menggubal pelan

pembelajaran sepanjang hayat bagi memenuhi keperluan kemahiran yang pelbagai,

pengkhususan dalam industri dan pembangunan sumber manusia.

Jabatan Kemajuan Masyarakat Orang Asli (JAKOA) telah merangka pelbagai

latihan dan kemahiran seperti jahitan dan kraftangan. Masyarakat Orang Asli perlu

didedahkan dengan program pembelajaran sepanjang hayat, ianya bagi membantu

pelbagai peringakat usia untuk menimba pengetahuan dalam bidang pendidikan.

Dengan adanya pengetahuan dalam bidang pendidikan terutama dalam bidang

vokasional ianya akan dapat membantu masyarakat Orang Asli meningkatkan taraf

hidup mereka. Kenyataan Arman (2007), pendidikan formal persekolahan sahaja

sudah tentu tidak akan dapat mencapai tujuan-tujuan pembangunan individu dan

Negara.

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menerusi Jabatan

Kemajuan Orang Asli (JAKOA) menyediakan Program Peningkatan Pendapatan

(PPP) bagi mencapai matlamat mengurangkan kadar miskin tegar selaras dengan

hasrat kerajaan. Antara bantuan yang disalurkan menerusi program ini ialah peralatan

Page 18: PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat . siti nurul ainmey bt sheikh abd hamid

4

jentera pertanian, bahan input perikanan, kelengkapan menangkap ikan, projek

sayuran, tanaman keledek, tanaman limau nipis, ternakan ikan talapia, ternakan ayam

kampung, ternakan kambing dan sebagainya. Jabatan Kemajuan Orang Asli turut

menyediakan peruntukan bagi membina premis ruang niaga kepada masyarakat

Orang Asli yang telah menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Pembinaan ruang niaga kepada peserta ini adalah tertakluk kepada kriteria

yang telah di tetapkan dalam Garis Panduan Pemberian Bantuan Program Bimbingan

Usahawan dan Perusahaan Industri kepada Orang Asli. Antara jenis premis yang

telah dibina ialah bengkel kraf, kedai runcit, bengkel motosikal, kedai makan dan

kedai jahit. Menurut Hasril & Othman (2010) ia dapat membuka peluang baru

kepada masyarakat Orang Asli untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan.

Perubahan minda dan kesedaran terhadap proses pembangunan amat perlu bagi

masyarakat Orang Asli memahami kesedaran yang berlaku di sekeliling dan

seterusnya mengambil keputusan untuk memberikan reaksi yang sewajarnya.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Risdi (2008) menyatakan melalui

pendedahan terhadap keadaan yang berlaku akan dapat membuka minda masyarakat

Orang Asli untuk menanam cita-cita bagi mempertingkatkan taraf hidup dan

mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan. Masyarakat ini tidak

terbuka mindanya sukar untuk mencapai tahap kesedaran dan tidak akan mampu

beroleh sesuatu daripada proses perubahan dan pembangunan atau menjadi

masyarakat yang berjaya. Oleh itu, pendedahan terhadap perkara baru tentang

pembagunan akan memberikan kesedaran bagi mendorong mereka untuk melibatkan

diri secara langsung atau tidak langsung dalam proses perubahan dan pembagunan.

Kajian Aminuddin et al., (2010) menyatakan dasar JHEOA melalui

pendidikan tetap memberi keutamaan kepada matlamat memberi pendidikan yang

membolehkan masyarakat Orang Asli dapat membaca, menulis dan mengira. Kita

harus yakin dan percaya masyarakat Orang Asli mampu mengubah cara hidup

mereka ke tahap yang lebih baik dan maju, terutamanya dalam bidang pendidikan,

kerana dengan pendidikanlah yang mampu mengubah cara hidup yang biasa kepada

yang luar biasa dan lebih baik.

Page 19: PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat . siti nurul ainmey bt sheikh abd hamid

5

1.2 Latar Belakang Masalah

Kepimpinan negara menekankan pentingnya modal insan kelas dunia untuk

meningkatkan daya saing negara dalam era global berteraskan ilmu pengetahuan.

Oleh itu, bidang pendidikan dilihat sebagai agenda utama negara bagi memastikan

tiada rakyat yang tercicir dalam mengharungi arus permodenan yang semakin pesat

kini. Pendidikan adalah perkara yang penting dan perlu dialami oleh semua lapisan

peringkat usia tanpa mengira perbezaan fahaman budaya dan agama. Ismail et al.,

(2011) beranggapan pendidikan merupakan satu usaha yang dilakukan oleh

seseorang bagi mencapai cita-cita dan hasrat murni seorang manusia. Adalah sesuatu

yang membanggakan apabila semua masyarakat di negara ini dapat mengalami

sendiri pengalaman sebagai pelajar dan memperolehi pendidikan di pelbagai

peringkat samaada sekolah rendah, sekolah menengah mahupun IPT.

Kenyataan Ismail et al., (2011) menyatakan semua pihak perlu berganding

bahu di dalam proses menghasilkan modal insan berkualiti daripada semua aspek.

Melaluinya masyarakat berilmu mampu membuka minda dan meluaskan pemikiran

ke arah yang lebih kehadapan dan maju. Masyarkat Orang Asli juga merupakan

sebahagian anggota masyarakat di negara ini yang perlu diberikan perhatian dalam

bidang pendidikan ini. Menurut Ibrahim et al., (2008) secara umumnya masyarakat

Orang Asli di Semenanjung Malaysia merupakan kelompok masyarakat pribumi

yang mendiami kawasan pendalaman, hulu-hulu sungai, pinggir-pinggir hutan dan

kawasan persisiran pantai sejak beribu tahun dahulu.

Kenyataan daripada Mizan & Shuhairimi (2004) menyatakan masyarakat

Orang Asli memang kaya dengan adat resam dan budaya kerana lingkungan hidup

mereka yang masih berkait dengan alam semulajadi walaupun sudah memasuki

dunia moden. Kehidupan mereka pada masa kini masih bergantung kepada sumber

semulajadi yang semakin pupus. Sumber ekonomi seperti ini juga tidak mampu

menjamin perkerjaan dan pulangan pendapatan yang tetap dan stabil kepada mereka.

Menurut Lino (2009) harga pasaran yang rendah atau mungkin ditipu oleh orang

tengah yang mengawal harga barangan yang dijual juga menjadi punca masyarakat

Orang Asli tidak mampu meningkatkan pendapatan mereka kepada tahap yang sama

seperti bangsa lain.

Page 20: PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat . siti nurul ainmey bt sheikh abd hamid

6

Kajian Hasril & Othman (2010) menyatakan masyarakat Orang Asli tidak

mempunyai pendapatan yang tetap dan hidup dalam kemiskinan. Ianya menyokong

melalui kenyataan Ali (2009) menyatakan berdasarkan statistik hampir 76 peratus

daripada kelompok miskin Orang Asli terdapat di 323 buah kampung pendalaman

daripada 869 buah perkampungan Orang Asli terutamanya di Kelantan dan Pahang.

Kemunduran dan kemiskinan di kenalpasti sebagai cabaran utama yang dihadapi

oleh kerajaan dalam usaha membangunkan Orang Asli secara berkesan.

Permasalahan ini bukan sahaja membantutkan proses pembangunan masyarakat

Orang Asli, malah turut menjadi halangan kepada usaha menyatupadukan kelompok

Orang Asli dengan arus kemajuan nasional sebagaimana yang dirasai oleh kaum lain.

Menurut Arman (2007) dari segi pendidikan, masyarakat Orang Asli tidak

menerima pendidikan yang bersepadu samada dari peringkat sekolah rendah,

menengah mahupun di peringkat menara gading. Justeru itu, hal ini menjadi punca

keciciran pendidikan di kalangan masyarakat Orang Asli. Keciciran dalam

pendidikan ini menjadi punca masyarakat Orang Asli tidak mahu tinggal di kawasan

bandar dan masih tinggal di kawasan pendalaman yang jauh dari perubahan

teknologi semasa. Ketiadaan ilmu pengatahuan serta kelayakkan pendidikan yang

baik menjadi punca belia Orang Asli gagal memperoleh pekerjaan yang baik.

Pengarah Pusat Pengajian Pribumi Malaysia, Universiti Malaya, Prof Madya

Dr Juli Edo, dalam Berita Harian November 2009 menyatakan latar belakang sosio-

ekonomi keluarga antara penyebab utama pendidikan golongan itu terus dibelenggu

keciciran sejak sekian lama. Ini menyebabkan mereka masih berada di bawah paras

kemiskinan yang membimbangkan apabila tiada ilmu pengetahuan yang mencukupi.

Kedudukan sosio-ekonomi sebahagian besar masyarakat Orang Asli masih tertinggal

dalam pelbagai bidang, berbanding dengan kaum lain di Malaysia (JHEOA, 2012).

Kekurangan ilmu pengetahuan di kalangan mereka perlu di ambil serius, supaya

masalah sosial dapat dibendung dari peringkat awal.

Masalah pendidikan di kalangan masyarakat Orang Asli menjadi punca

berlaku banyak gejala sosial di kalangan anak muda. Kesannya menyebabkan ramai

golongan muda Orang Asli yang terlibat dengan masalah sosial seperti mencuri dan

menghisap dadah (Samri, komunikasi peribadi, Mei 5, 2012). Di negara kita, melalui

RMK 10, usaha memperkukuhkan sistem pendidikan negara yang direncanakan

mulai peringkat awal kanak-kanak sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi telah

mengambil kira semua kepentingan masyarakat negara ini. Malah, usaha ini di

Page 21: PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat . siti nurul ainmey bt sheikh abd hamid

7

harapkan akan dapat meningkatkan lagi kecemerlangan pendidikan masyarakat

Orang Asli terutamanya di kawasan-kawasan pendalaman. Pendidikan teknik dan

vokasional dilihat penting untuk masyarakat orang asli mengikutinya bagi membantu

mereka menjalani kehidupan yang seiring dengan bangsa lain.

Masyarakat Orang Asli dilihat kurang pengetahuan mengenai bidang

vokasional sehingga menyukarkan mereka untuk memilih bidang yang bersesuai

untuk mereka ceburi. Justeru itu, adalah penting untuk masyarakat Orang Asli

sekurang-kurang mempunyai sedikit ilmu mengenai bidang kemahiran yang boleh

dipelajari supaya ianya boleh membantu mereka untuk memajukan diri seiring

dengan bangsa lain di Malaysia. Kemahiran yang ada, membolehkan mereka

menceburi bidang pekerjaan atau membuat peniagaan sendiri. Kebanyakkan

masyarakat Orang Asli di perkampungan Mah Meri tidak mempunyai pengetahuan

mengenai bidang vokasional (Samri, komunikasi peribadi, Mei 5, 2012). Kemahiran

seperti mengukir patung diwarisi daripada nenek moyang mereka. Ini menyebabkan

mereka tidak mempunyai kemahiran yang boleh di jadikan sebagai sumber

pendapatan mereka.

Pengetahuan terhadap bidang vokasional haruslah didedahkan kepada

masyarakat Orang Asli ini, supaya mereka mengetahui bidang yang boleh mereka

sertai dan sekaligus membantu mereka meningkatkan taraf hidup apabila mempunyai

kemahiran yang tersendiri. Pendidikan adalah hak asasi semua manusia dan dari segi

falsafahnya, semua insan di dunia ini mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui

sesuatu. Dason et al., (2010) menyatakan, pendidikan vokasional mengamalkan

kemahiran-kemahiran yang boleh diguna pakai dalam kehidupan seharian dalam

mencorak pendidikan sepanjang hayat. Ianya juga berperanan untuk menangani

masalah pengangguran akibat dari pertambahan penduduk negara dengan mendadak

dengan menyediakan kemahiran tertentu kepada pelajar bagi menceburi bidang

pekerjaan.

Dalam kajian Dason et al., (2010) juga, ada menyatakan pendidikan teknik

dan vokasional di Malaysia diperkenalkan pada tahun 1964 iaitu di bawah Jabatan

Pengurusan Teknik, yang kini dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Teknik dan

vokasional (BPTV). Ianya bertujuan untuk menyediakan pelajar untuk memasuki

pekerjaan bagi satu langkah mempergiatkan lagi usaha kerajaan untuk memajukan

bidang ekonomi dalam perindustrian. Menurut Risdi & Aminuddin (2009) program

yang diatur ini banyak tertumpu kepada institusi pendidikan secara formal seperti

Page 22: PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat . siti nurul ainmey bt sheikh abd hamid

8

sekolah–sekolah dan institusi pengajian yang lain. Ianya tidak memfokuskan secara

khusus kepada masyarakat Orang Asli. Bidang vokasional merupakan salah satu

cabang pendidikan yang mencabar dan meluas sesuai dengan hasrat kerajaan untuk

menjadi negara penyumbang teknologi.

Pendidikan yang bercorak vokasional dilihat merupakan salah satu cabang

pendidikan yang mampu untuk membawa negara ke arah sebuah negara maju yang

sama seperti negara-negara barat. Kenyataan dari Abdullah & Risdi (2008), peranan

pendidikan teknik dan vokasional amat besar bagi melahirkan tenaga kerja mahir dan

separuh mahir dalam pembangunan sesebuah industri. Pihak kerajaan sentiasa

berusaha untuk memajukan masyarakat Orang Asli agar tidak ketinggalan di dalam

bidang pendidikan. Menurut Najib (2006) negara ingin menjadikan masyarakat

Orang Asli mampu berdaya saing dengan masyarakat lain di Malaysia. Beberapa

projek pembangunan telah dirancang seperti meningkatkan taraf pendidikan untuk

masyarakat Orang Asli sejajar dengan kehendak negara yang ingin melahirkan rakyat

yang berilmu pengetahuan.

Kenyataan Hasril & Othman (2010) segala usaha kerajaan ini, jelas

menunjukan keprihatinan kerajaan dalam menjaga kebajikan Orang Asli keluar dari

kemiskinan. Menurut Abdul Talib et al., (2003) proses menaik taraf kemudahan-

kemudahan yang disediakan perlu bagi memastikan sekolah masyarakat Orang Asli

juga dapat menggunakan kemudahan yang sama seperti sekolah-sekolah di bandar.

Ini kerana masyarakat Orang Asli juga adalah merupakan aset yang cukup bernilai

kepada negara. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan JHEOA telah menyediakan

satu Pelan Komprehensif JHEOA 2006-2010. Tujuannaya ialah untuk mewujudkan

mekanisma utama dalam penilaian program-program pembangunan. Ia mengukur

samada sesuatu dasar, program atau projek mencapai matlamat yang ditetapkan serta

mendatangkan faedah kepada golongan sasar.

Program yang dirancangkan ini tidak melibatkan pendidikan yang

berteraskan kepada pendidikan teknikal kerana tidak berupaya menyediakan

kepakaran terlatih di samping kekurangan peralatan asas. Tujuan penyelidikan untuk

mengenal pasti bidang keperluan vokasional masyarakat Orang Asli, serta mengenal

pasti faktor penghalang yang dihadapi oleh masyarakat ini bagi menceburi bidang

vokasional. Selain itu, untuk menghasilkan ahli komuniti Orang Asli yang dapat

menguasai bidang baru di samping mengekalkan bidang yang sedia ada dan

memanfaatkannya sebagai salah satu punca pencarian dan pendapatan mereka.

Page 23: PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat . siti nurul ainmey bt sheikh abd hamid

9

Kenyataan Mohamad (2009) Orang Asli telah hidup di dalam masyarakat

yang terasing dan kurang mendapat perkhimatan yang sempurna. Justeru itu, tidak

dapat dinafikan bahawa pendidikan vokasional adalah salah satu daripada cara untuk

memajukan diri, keluarga serta masyarakat. Kaum ini perlu berusaha untuk

membangunkan diri, keluarga serta masyarakat mereka agar mampu berdikari dalam

arus pemodenan negara yang cukup pesat membangun ini. Pendekatan yang menarik

perhatian penyelidik dalam melaksanakan penyelidikan ini ialah membawa masuk

serta menerapkan pendidikan sepanjang hayat khususnya dalam kurikulum

pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat perkampungan Orang Asli di

negeri Pahang. Melalui pendekatan pembelajaran sepanjang hayat ini, ianya tidak

hanya fokus kepada golongan muda sahaja tetapi juga turut memberi peluang kepada

pelbagai peringkat usia untuk menambah pengetahuan dan pendidikan mereka.

Melalui pembelajaran sepanjang hayat ini ianya dapat menambah pelbagai

ilmu dan kemahiran mengikut minat dan kehendak dalam memperkayakan kualiti

hidup individu. Selain itu, ianya dapat meningkatkan kesedaran dan penyertaan

dalam kalangan masyarakat Orang Asli supaya dapat memanfaatkan potensi kendiri

melalui pembelajaran sepanjang hayat akan dapat menghasilkan impak positif dari

segi produktiviti, daya saing dan kebolehpasaran. Sebagai komuniti yang bergantung

kepada sumber pertanian, alam semulajadi dan bantuan dari pihak kerajaan, komuniti

Orang Asli menghadapi halangan untuk bersaing dengan kaum lain yang jauh lebih

maju daripada mereka. Namun ia bukanlah satu alasan untuk tidak melaksanakan

pendidikan vokasional dalam kalangan mereka. Kegiatan ekonomi secara tradisional

dilihat tidak mampu menyediakan asas yang kukuh bagi menyokong pembangunan

yang mampan serta berterusan untuk masyarakat ini kerana sumber asli tersebut

semakin berkurang dan terancam.

1.3 Penyataan Masalah

Hasil daripada latar belakang masalah yang dibincangkan, ianya dapat dirumuskan

bahawa kehidupan masyarakat Orang Asli banyak bergantung kepada sumber

semulajadi yang semakin pupus dan telah menyebabkan taraf hidup mereka jauh

ketinggalan berbanding bangsa lain. Dari aspek ekonomi, mereka mengalami

masalah kekurangan pendapatan dan menyebabkan keciciran dalam pelbagai aspek.

Page 24: PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat . siti nurul ainmey bt sheikh abd hamid

10

Selain itu, masalah ekonomi ini menjadi faktor mereka tidak mampu untuk

memperolehi ilmu pengetahuan. Ini menyebabkan mereka tercicir dalam pendidikan

dan sekaligus mengundang masalah sosial yang tinggi di kalangan remaja Orang

Asli. Masyarakat ini mempunyai kemahiran seperti menjahit, anyaman dan membuat

kraftangan. Bidang kemahiran ini secara tidak langsung berkaitan dengan pendidikan

vokasional yang semakin diutamakan di negara kita. Kekurangan ilmu pengetahuan

menyebabkan mereka tiada pengetahuan mengenai bidang vokasional. Ianya menjadi

menghalang kepada mereka untuk mendapatkan latihan kemahiran yang bersesuai

untuk meningkatkan taraf hidup. Oleh itu, kajian ini penting untuk mengenalpasti

kemahiran vokasional yang di perlukan oleh masyarakat Orang Asli dan halangan

yang dihadapi oleh masyarakat ini bagi menceburi bidang vokasional.

1.4 Objektif Kajian

Objektif dalam kajian ini adalah:

(i) Mengenalpasti bidang vokasional yang diperlukan oleh masyarakat Orang

Asli di Kampung Sungai Gapoi.

(ii) Mengenalpasti bidang vokasional yang diperlukan oleh masyarakat Orang

Asli di Kampung Sungai Gapoi berdasarkan perbezaan jantina.

(iii) Mengenalpasti faktor penghalang utama pendidikan vokasional dalam

kalangan masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Gapoi.

(iv) Mengenal pasti bidang vokasional yang diperlukan oleh masyarakat Orang

Asli di Kampung Sungai Gapoi berdasarkan perbezaan Jantina.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian dalam kajian ini adalah:

(i) Apakah bidang vokasional yang diperlukan oleh masyarakat Orang Asli di

Kampung Sungai Gapoi?

(ii) Apakah bidang vokasional yang diperlukan oleh masyarakat Orang Asli di

Kampung Sungai Gapoi berdasarkan jantina lelaki?

Page 25: PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat . siti nurul ainmey bt sheikh abd hamid

11

(iii) Apakah bidang vokasional yang diperlukan oleh masyarakat Orang Asli di

Kampung Sungai Gapoi berdasarkan jantina perempuan?

(iv) Apakah faktor penghalang utama pendidikan vokasional dalam kalangan

masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Gapoi?

(v) Apakah faktor penghalang pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat

Orang Asli di Kampung Sungai Gapoi berdasarkan faktor jantina lelaki?

(vi) Apakah faktor penghalang pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat

Orang Asli di Kampung Sungai Gapoi berdasarkan faktor jantina perempuan?

1.6 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian dapat dilihat dari pelbagai aspek seperti:

(i) Hasil kajian diharap dapat membantu JHEOA mengenal pasti bentuk latihan

dan kemahiran yang diperlukan oleh masyarakat Orang Asli yang berminat

dalam bidang pendidikan vokasional.

(ii) Membantu masyarakat Orang Asli mengetahui bidang kemahiran vokasional

yang mereka minati dan ingin dipelajari.

(iii) Memberi kesedaran kepada masyarakat Orang Asli mengenai kepentingan

pendidikan vokasional kepada mereka.

1.7 Skop Kajian

Skop kajian ini adalah untuk mengetahui bidang kemahiran vokasional yang

diperlukan oleh masyarakat Orang Asli di Pahang. Selain itu, ianya adalah untuk

mengetahui faktor penghalang yang dihadapi oleh masyarakat Orang Asli untuk

menceburi bidang vokasional. Skop kajian ini juga untuk menjadikan pendidikan

vokasional sebagai pembelajaran sepanjang hayat kepada masyarakat Orang Asli.

Kajian ini dilakukan kepada masyarakat Orang Asli yang tinggal di kampung dalam

daerah Bentong Pahang iaitu Kampung Orang Asli Sungai Gapoi.

Page 26: PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat . siti nurul ainmey bt sheikh abd hamid

12

1.8 Batasan Kajian

Dalam kajian ini, batasan kajian adalah populasi yang digunakan adalah masyarakat

Orang Asli di sebuah kampung Negeri Pahang. Justeru itu, dapatan kajian hanya

sesuai untuk masyarakat Orang Asli di Pahang sahaja dan tidak sesuai untuk

keseluruhan masyarakat Orang Asli di Malaysia. Selain itu, penyelidik hanya

menfokuskan kepada pendidikan vokasional sebagai pembelajaran sepanjang hayat,

dan ianya lebih menekankan kepada pembelajaran dalam kalangan remaja, dan

warga emas tidak dilibatkan dalam kajian ini. Oleh itu, responden terdiri daripada

mereka yang berusia dalam lingkungan 16 tahun sehingga 30 tahun sahaja.

1.9 Definasi Operasi

Definasi operasil ialah definasi yang digunakan oleh penyelidik untuk menjelaskan

responden, pembolehubah yang hendak diuji atau di manipulasi dalam kajian. Ia

memberi gambaran bagaimana konsep yang hendak diuji itu boleh diperhatikan atau

dimanipulasikan. Menurut Sabitha, 2005 definasi operasi menentukan prosedur yang

spesifik bagi melaksanakan kajian ke atas definasi. Beberapa istilah yang digunakan

dalam penulisan ini memerlukan definasi yang terperinci. Definasi ini perlu kerana

pengertian dalam kajian ini mungkin berbeza. Istilah-istilah tersebut ialah;

1.9.1 Pendidikan Vokasional

Perkataan vokasional (vocational) berasal daripada perkataan Latin vocare yang

bermaksud to call. Manakala Kamus Dewan (2005) pendidikan vokasional adalah

pendidikan amali di mana menitikberatkan kemahiran yang di perlukan untuk

sesuatu pekerjaan. Dalam kajian ini pendidikan vokasional merujuk kepada

pendidikan yang melibatkan kemahiran dan latihan seperti bidang pertanian,

pertukangan, kraftangan dan sebagainya, yang dapat membantu masyarakat Orang

Asli meningkatkan pendapatan dan taraf hidup mereka ke arah yang lebih baik.

Page 27: PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat . siti nurul ainmey bt sheikh abd hamid

13

1.9.2 Pembelajaran Sepanjang Hayat

Kamus Dewan (2005) mendefinasikan pembelajaran sebagai proses belajar untuk

memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan. Menurut Azhar et al.,(2004)

mendefinasikan pembelajaran sepanjang hayat, dalam pengertian yang lebih luas

iaitu penerusan dalam apa saja dan semua bentuk pembelajaran sepanjang hayat

seseorang. Ia merangkumi pembelajaran dewasa, perolehan kemahiran vokasional

dan aktiviti-aktiviti tidak begitu formal yang lainnya yang memberi sumbangan

kepada keadaan sosial yang baik dan pembangunan personal seseorang individu.

Dalam kajian ini pembelajaran sepanjang hayat adalah pembelajaran secara terbuka

yang memberi masyarakat Orang Asli satu peluang untuk belajar dan terus belajar

terutamanya berdasarkan kemahiran tersendiri. Melalui pembelajaran sepanjang

hayat ini, masyarakat Orang Asli dapat menimba ilmu sama ada secara informal atau

non-formal.

1.9.3 Orang Asli

Perkataan Orang Asli adalah perkataan dalam Bahasa Melayu yang dirujuk kepada

“orang asal” iaitu manusia yang mula-mula mendiami negara ini. Perkataan asli

berasal daripada perkataan Arab iaitu asliyyin yang membawa maksud asal. Dalam

undang-undang Malaysia, Akta 134, Akta Orang Asli 1954 (disemak 1974) dalam

Lino (2009) dan Rasdi et al., (2009) mendefinasikan Orang Asli adalah mana-mana

orang yang bapanya bangsa Orang Asli dan lazim mengikut cara hidup Orang Asli

dan adat serta kepercayaan Orang Asli, termasuklah seseorang keturunan melalui

lelaki itu. Anak angkat atau anak hasil perkhawinan dengan bukan Orang Asli, dikira

Orang Asli sekiranya anak tersebut mengikut cara hidup Orang Asli selagi dia

mengikut cara hidup Orang Asli (Akta 134,Akta Orang Asli 1954). Dalam kajian ini,

Orang Asli ditakrifkan sebagai masyarakat yang tinggal di kawasan pendalaman,

yang mengamalkan cara hidup lama, mereka berada pada paras kemiskinan kerana

tidak mempunyai ilmu serta kemahiran untuk berkerja. Ianya juga merangkumi

mereka yang berusia di antara 16 hingga 30 tahun.

Page 28: PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat . siti nurul ainmey bt sheikh abd hamid

14

1.9.4 Jantina

Menurut Kamus Dewan (2005) jantina adalah perbezaan di antara wanita dan lelaki

dalam isi rumah yang sama dan di dalam antara budaya yang mana secara sosialnya

dan budayanya di bentuk melalui perubahan masa. Perbezaan ini akan memberi

impak kepada peranan, tanggungjawab, jankauan dan kesampaian terhadap sumber,

kekayaan peluang, keperluan, persepsi dan lain-lain yang di pegang oleh wanita dan

lelaki. Dalam kajian ini, jantina adalah merujuk kepada responden lelaki dan

perempuan yang telah dipilih untuk menjawab soal selidik dan mereka dipilih secara

rawak untuk diuji objektif dan persoalan kajian. Ianya bertujuan mengenalpasti

bidang keperluan dan faktor penghalang berdasarkan perbezaan jantina.

1.10 Kerangka Kajian

Kerangaka konsep bagi kajian ini ditunjukkan dalam rajah 1.1:

Masyarakat Orang Asli di Kampung

Sungai Gapoi

Bidang Vokasional yang diperlukan

Faktor Penghalang Pendidikan Vokasional

1. Kejuruteraan mekanikal

2. Kejuruteraan Elektrik

3. Kejuruteraan Awam

4. Pengurusan Perniagaan

5. Hospitaliti

6. Sains Pertanian

1. Lokasi Tempat Tinggal

2. Latarbelakang Keluarga

3. Budaya dan Sikap

4. Kewangan Keluarga

Memilih bidang vokasional yang diperlukan untuk menambahkan

kemahiran dan latihan dalam bidang yang diminati

Rajah 1.1: Kerangka Konsep Kajian

Page 29: PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat . siti nurul ainmey bt sheikh abd hamid

15

1.11 Rumusan

Secara keseluruhannya, penyelidik membincangkan perkara asas dalam kajian ini.

Ianya merupakan panduan dalam kajian yang dijalankan. Perkara yang dibincangkan

termasuklah latar belakang masalah, objektif kajian, persoalan kajian, skop kajian,

batasan kajian dan definasi operasi. Bahagian ini sangat penting kerana ianya

merupakan tujuan sebenar penyelidikan dilakukan. Jika tidak dinyatakan dengan

jelas dalam bahagian ini, ianya menyukarkan penyelidik dalam kajian yang

dilakukan seperti tidak mencapai objektif serta persoalan kajian. Pada bahagian ini

penyelidik akan menyatakan bukti mengapa kajian ini perlu dijalankan berdasarkan

latar belakang masalah. Persoalan kajian yang dibina amat penting kerana jawapan

kepada persoalan tersebut akan diterangkan pada bab 4 untuk memperolehi hasil

kajian dan bab 5 untuk perbincangan dan rumusan. Bab 1 merupakan bahagian yang

paling penting dalam setiap penyelidikan, kerana ianya penentu samaada kajian yang

ingin dijlankan dapat dilaksanakan atau tidak.

Page 30: PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat . siti nurul ainmey bt sheikh abd hamid

16

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Kajian Literatur adalah bahan bacaan yang dapat kita pakai sebagai dasar rujukan

semasa melaksanakan kajian. Ianya bertujuan untuk meningkatkan lagi pemahaman

tentang kajian yang dijalankan dengan merujuk kepada pelbagai buku, jurnal dan

lain-lain sumber bacaan yang boleh didapati dari perpustakaan, pusat sumber dan

mendapat maklumat terkini mengenai kajian daripada internet. Perkara yang

dibincangkan adalah mengenai pembelajaran sepanjang hayat, latar belakang

masyarakat Orang Asli serta bidang vokasional dan faktor penghalang pendidikan

vokasional dalam kalangan masyarakat Orang Asli.

2.2 Pembelajaran Sepanjang Hayat

Kemajuan Negara yang bergerak pesat dan membangun ketika ini menjadikan

bidang pendidikan sebagai salah satu bidang yang penting kepada rakyat Malaysia.

sesebuah negara yang mahu terus berjaya dalam ekonomi berteraskan ilmu, harus

menyediakan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada modal insannya

sehingga menjadi satu budaya hidup (Kasim & Abdul, 2010). Ianya tidak hanya

kepada golongan muda tapi juga kepada semua peringkatan usia. Menurut Adrian

(2010) lebih 30 tahun yang lalu UNESCO telah memperkenalkan idea tentang

pembelajaran sepanjang hayat. Melalui idea yang diperkenalkan berkenaan

pembelajaran ini telah banyak membantu masyarakat dunia untuk menambah ilmu

pengetahuan tanpa mengira usia. Idea asalnya dikaitkan dengan harapan membentuk

masyarakat yang mempunyai kualiti kehidupan yang lebih tinggi.

Page 31: PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat . siti nurul ainmey bt sheikh abd hamid

17

Menurut Kassim & Abdul (2010), pada generasi kedua, idea tersebut mula

berkembang sebagai satu usaha memenuhi keperluan tenaga buruh berkemahiran dan

berkompetensi Di Malaysia pembelajaran sepanjang hayat telah menjadi agenda

penting bidang pendidikan apabila banyak institusi menyediakan kursus-kursus

pembelajaran sepanjang hayat dalam pelbagai bidang. Pembelajaran sepanjang hayat

perlu menjadi amalan hidup setiap rakyat Malaysia yang dahagakan ilmu dan

berusaha meningkatkan kemahiran dan kemajuan diri (Pelan Strategik Pengajian

Tinggi Negara, 2012). Pembelajaran sepanjang hayat yang dilaksanakan oleh IPT

adalah melalui pendekatan pendidikan jarak jauh, pendidikan fleksibel, pengiktirafan

pengalaman berkerja dan penawaran kursus pendek bagi peningkatan pengetahuan

dan kemahiran diri.

Pembelajaran sepanjang hayat merupakan perlaksanaan pelbagai aktiviti

pembelajaran yang boleh diikuti ke akhir hayat dengan tujuan untuk meningkatkan

pengetahuan, kemahiran dan keterampilan kepada individu, masyarakat dan alam

pekerjaan. Agama islam sendiri amat mengalakkan setiap umatnya menuntut ilmu

sepanjang hayat, dan institusi pondok yang subur di negeri-negeri pantai timur dan

utara semenanjung dalam dekad-dekad awal sebelum perang telah melaksanakan

konsep pendidikan. Antara kumpulan sasaran utama pembelajaran ini ialah golongan

dewasa yang tidak berkerja dan suri rumah yang mahu memberi sumbangan kepada

negara, menambah baik diri dan mempelbagaikan kemahiran (Pelan Straktegik

Pengajian Tinggi Negara). Dalam kajian Marjan (2011), pembelajaran sepanjang

hayat ataupun pembelajaran sepanjang umur bermaksud aktiviti pelajaran dan

pembelajaran yang dilaksanakan sepanjang hayat khususnya orang dewasa.

Pembelajaran sepanjang hayat di anggap bermanfaat kepada individu kerana

ia dapat membaiki kehidupan seseorang menerusi peningkatan kemahiran kerja,

pembaikan sahsiah diri dan juga penambahan ilmu pengetahuan. Pembelajaran

sepanjang hayat meliputi pelbagai pendekatan untuk belajar. Menurut Azhar et al.,

(2004), pembelajaran sepanjang hayat bermaksud proses di mana orang dewasa

secara terus-menerus memperoleh, dalam perlakuan sedar, pendidikan formal atau

tidak formal sepanjang jangka masa hidupnya, sama ada bagi mengekalkan dan

meningkatkan kemahiran vokasional atau untuk pembangunan personal.

Selain itu Marjan (2011) menyatakan pembelajaran sepanjang hayat adalah

lebih kepada satu hasil daripada satu proses yang merangkumi pelengkap yang

datang daripada kehidupan itu sendiri. Pendidikan formal, pendidikan bukan formal,

Page 32: PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat . siti nurul ainmey bt sheikh abd hamid

18

aktiviti sosial dan reaksi dan kehidupan biasanya memainkan peranan dalam

menyumbang kepada hasil pembelajaran sepanjang hayat. Menurut Hargreaves

(2004) pembelajaran sepanjang hayat ialah pencarian ilmu pengetahuan untuk

peribadi atau professional yang dilakukan sepanjang masa, sukarela dan atas

motivasi kendiri. Ia juga pembangunan potensi manusia melalui proses pembelajaran

berterusan yang memotivasi dan mengupayakan individu menguasai ilmu,

menghayati nilai murni yang diperlukan sepanjang hayat dan meluasi pengalaman

hidup supaya individu mengambil tanggungjawab dalam berbagai peranan dan

keadaan dengan yakin serta kreatif menghadapi segala cabaran hidup. Terdapat

beberapa konteks dan konsep pembelajaran sepanjang hayat iaitu home schooling

yang melibatkan pembelajaran tidak formal di rumah serta pendidikan dewasa iaitu

usaha pembelajaran formal dan berstruktur untuk mendapatkan sijil atau kelayakan

dan kemahiran kerja untuk kehidupan seterusnya.

Pembelajaran sepanjang hayat secara vitalnya mempunyai ciri-ciri tetap yang

dinyatakan oleh Azhar et al., (2004) seperti:

(a) Pembelajaran bersifat sengaja

Apa yang dimaksudkan dengan pembelajaran bersifat sengaja adalah para

pelajar sedar bahawa mereka sedang atau berhadapan dengan proses

pembelajaran.

(b) Pembelajaran adalah perkara yang jelas dan tetap

Pembelajaran adalah perkara yang jelas dan tetap yang mana pembelajaran

mempunyai matlamat yang spesifik dan bukan mempunyai tujuan yang

samar-samar. Antara contoh matlamat pembelajaran adalah pembangunan

minda.

(c) Matlamat

Matlamat adalah penyebab utama mengapa pembelajaran itu diikuti.

Pembelajaran yang diikuti oleh individu itu bagi mencapai tujuan-tujuan

tertentu atau secara mudahnya pembelajaran adalah berfokuskan matlamat.

(d) Pelajar menyimpan apa yang sudah dipelajari

Pelajar mengambil inisiatif menyimpan apa yang sudah dipelajari bagi suatu

jangka masa yang bermaksud pelajar menerima pengetahuan dan secara tidak

langsung mengaplikasikan pengetahuan yang diterima ini mengikut

perubahan dan kesesuaian masa.

Page 33: PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat . siti nurul ainmey bt sheikh abd hamid

19

Namun begitu terdapat juga ciri-ciri khusus pembelajaran sepanjang hayat yang

merangkumi;

(a) Formal ataupun tidak formal

Pembelajaran sepanjang hayat berlaku secara formal atau tidak formal.

Misalnya, daripada definasi yang diberikan oleh UNESCO (1976) yang

menyatakan bahawa pembelajaran sepanjang hayat adalah bermatlamatkan

penstrukturan semula sistem pendidikan yang sedia ada iaitu sistem formal

dan membangunkan keseluruhan pendidikan yang berpotensi di luar sistem

pendidikan yang mungkin merupakan sistem pendidikan tidak formal.

(b) Suatu proses

Pembelajaran sepanjang hayat adalah proses memberi pengertian bahawa

pembelajaran sepanjang hayat itu melibatkan peringkat tersediri yang saling

berkait antara satu sama lain. Pembelajaran sepanjang hayat adalah proses

pembelajaran dalam konteks pembelajaran dan penyesuaian berterusan.

(c) Berterusan

Pembelajaran sepanjang hayat adalah proses yang berterusan. Definasi yang

diberikan oleh Aylin (2011) menyatakan bahawa pembelajaran sepanjang

hayat adalah tabiat pembelajaran berterusan sepanjang hayat individu.

(d) Perubahan psikomotor

Salah satu output pembelajaran sepanjang hayat adalah perubahan psikomotor

iaitu perubahan dalam tingkah laku kerja individu. menyatakan bahawa

pembelajaran sepanjang hayat adalah bagi mengekalkan dan meningkatkan

kemahiran vokasional individu.

(e) Perubahan nilai atau sikap

Perubahan nilai atau sikap juga adalah output pembelajaran sepanjang hayat.

Marjan (2011) menyatakan bahawa pembelajaran sepanjang hayat

membolehkan terjadinya pembangunan personal individu.

(f) Konsep pembelajaran sepanjang hayat

Salah satu pendekatan bagi mengkonsepsikan pembelajaran sepanjang hayat

adalah menegaskan penekanan utamanya pada promosi kemahiran dan

kompetensi yang diperlukan bagi membangunkan kebolehan secara umum

dan persembahan spesifik dalam peranan dan aktiviti yang mempunyai

instrinsik yang bernilai, suatu yang baik di dalam dan bagi dirinya.

Page 34: PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat . siti nurul ainmey bt sheikh abd hamid

20

Pembelajaran sepanjang hayat yang efektif memerlukan input ekstrinsik dan

intriksik. Sesungguhnya, ia melibatkan keseluruhan DAMN Cycle iaitu Desire

(keinginan) dan Ability (kemampuan) untuk belajar daripada pihak pelajar, Means

(makna) bagi menyokong pembelajaran dan pengertian terhadap Need (keperluan)

bagi merangsang kesemua aspek ini. DAMN Cycle dinyatakan seperti dalam rajah

2.1.

Rajah 2.1: Kitaran DAMN (Adaptasi dari Azhar et al., 2004)

(a) Keinginan

Mengapa manusia belajar? Jawapannya kerana ia melibatkan naluri,

keperluan intelektual dan perkara yang mahu dicapai. Keinginan untuk

belajar, kecenderungan semulajadi individu dan bergantung pada diri mereka,

manusia secara naturalnya meneruskan pembelajaran kecuali dalam keadaan

yang tidak mengizinkan. perkara yang disesalkan adalah mereka yang

terdedah kepada perkara yang dapat menumpulkan atau menghancurkan

keinginan ini. Pengalaman pembelajaran yang positif membangunkan

keyakinan diri dan ketekunan untuk belajar.

(b) Kemampuan

Bagaimana manusia belajar? Ahli psikologi kognitif seperti Burner, Ausabel

dan Piaget menekankan kesedaran orang yang belajar, belajar bukan sahaja

menerima maklumat, tetapi menghasilkan makna daripadanya. Model yang

logik berkenaan dengan peralihan dari pemusatan kepada guru kepada

pemusatan kepada pelajar mempunyai implikasi penting untuk membuat teori

dan strategi. Untuk berdikari dalam pembelajaran sepanjang hayat, pelajar

Need

(Keperluan) Ability

(Kemampuan)

Means (Makna)

Desire (Keinginan)

Page 35: PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat . siti nurul ainmey bt sheikh abd hamid

21

perlu membangunakan minda yang dapat membawa mereka kepada jawapan

dan penyelidikan. Pelajar perlu belajar berfikir secara ktitikal dan imaginatif.

(c) Makna

Rekaan infrastruktur yang baik menggalakkan perkembangan pembelajaran

yang pesat masyarakat. Kumpulan komuniti dan professional dalam

organisasi mempunyai had dalam menyediakan pembelajaran sepanjang hayat

di mana ia lebih banyak kepada asas tidak formal. Bagi para pelajar, mereka

melihat ia sebagai minat untuk melibatkan diri dalam usaha menyediakan

kemudahan pembelajaran sepanjang hayat bagi mengekalkan kualiti yang

tinggi di tempat kerja.

(d) Keperluan

Sudah menjadi keperluan mustahak untuk melakukan usaha sama dalam

mempromosikan pembelajaran sepanjang hayat ini. Dengan perkembangan

maklumat yang semakin pesat amat perlu bagi individu mempunyai

kemahiran yang membolehkan mereka menyambung pembelajaran berterusan

professional bagi kelayakan personal yang tinggi.

2.2.1 Model Pembelajaran Sepanjang Hayat

Pendidikan jarak jauh telah lama wujud di kebanyakan negara dan telah dianggap

sebagai suatu model pendidikan yang dapat memajukan dasar pemeblajaran

sepanjang hayat. Ciri utama pembelajaran ini ialah fleksibiliti program yang

membolehkan pembelajaran berlaku pada masa dan tempat yang sesuai dengan

pelajar. Ciri-ciri pelajar juga telah berubah dari segi umur yang semakin meningkat

dan kini terdapat pelbagai mod cara belajar tanpa batasan masa dan tempat.

Penggunaan format media terkini seperti fail MP3 dan MP4 telah membolehkan

bahan tutorial dimuat turun dalam bentuk video, audio, imej dan slaid digital. Selain

itu, kaedah pembelajaran ini tidak mendatangkan masalah kerana bahan

pembelajaran adalah direka dengan arahan kendiri (self-instructional), interaktif,

mesra-pelajar (leaner friendly) dan sistematik (Abas, 2008; R).

Abas (2008) telah mengemukakan satu teori pembelajaran. Menurut teori

tersebut, pada masa akan datang, sistem pendidikan akan menggunakan alat

perhubungan online sosial seperti laman web, blog, wikipedia dan ruang sosial

Page 36: PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat . siti nurul ainmey bt sheikh abd hamid

22

seperti My Space dan Facebook. Ini bermakna pembelajaran masa kini dan akan

datang adalah satu proses aktif di antara bahan pembelajaran, interaksi sosial dan

kompetensi teknologi. Model pembelajaran sepanjang hayat yang dikemukakan oleh

Garrison (1997) ditunjukan seperti dalam rajah 2.2.

Rajah 2.2: Model Pembelajaran Sepanjang Hayat (Garrison, 1997)

Model tersebut menunjukkan pembelajaran sepanjang hayat adalah proses berkitar

dengan empat tonggak utama:

(i) Kesedaran kendiri (Self awareness) - Pelajar mengenalpastikan identiti dan

autonomi mereka. Pelajar yang berautonomi mempunyai nilai dan

kepercayaan sendiri, secara tidak langsung akan mempengaruhi mereka

semasa belajar (Knowles ., 2005).

(ii) Merancang Pembelajaran - Planning for learning (Self management)

Penetapan objektif dan perancangan untuk mencapai objektif tersebut.

(iii) Sedar apa yang perlu dipelajari - Understanding how to learn (Meta-learnig)

Menggambarkan kesedaran pelajar tentang kaedah yang berbeza semasa

belajar dan pelbagai cara belajar.

(iv) Penilaian pembelajaran - Evaluating learning (Self monitoring) -

Menunjukkan analisis sistematik terhadap pelaksanaan belajar. Garrison

mendefinisikan self monitoring ialah tanggunjawab seseorang untuk menilai

pengurusan pembelajaran mereka sendiri.

Pembelajaran Sepanjang

Hayat

Mengenal Diri (Kesedaran Kendiri)

Perancangan Untuk Belajar (Pengurusan

Kendiri)

Memahami Cara (Matapelajaran)

Penilaian Pembelajaran (Pemantauan

Kendiri)

Page 37: PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat . siti nurul ainmey bt sheikh abd hamid

23

Pembelajaran sepanjang hayat perlu menjadi amalan hidup setiap rakyat Malaysia

yang dahagakan ilmu dan berusaha meningkatkan kemahiran dan kemajuan diri bagi

mencapai apa jua matlamat dan objektif mereka. Setiap individu berpeluang

mengikuti Pembelajaran sepanjang hayat tanpa mengira di mana mereka berada,

dalam apa-apa jua keadaan atau situasi, umur dan latar belakang mereka. usaha yang

dilakukan oleh KPT bagi memberikan pengiktirafan dan menambah laluan

pembelajaran ini merupakan kesinambungan daripada strategi yang dilaksanakan

oleh beberapa kementerian dan agensi sebelum ini. Pembelajaran ini boleh dijadikan

sebagai satu budaya setiap individu yang berbilang kaum di Malaysia yang dapat

menyumbang ke arah pembangunan modal insan yang berkualiti pengajaran dan

pembelajaran, penyediaan penarafan, peningkatan akses pendidikan tertiary serta

peningkatan pelbagai mod dan laluan kepada setiap individu.Terdapat tiga jenis

pembelajaran, Boon, P. Y. & Ragbir (1998) dalam buku Psikologi II: Siri Diploma

Perguruan menyatakan:-

2.2.2 Pembelajaran Formal

Menurut Adanan & Mohd Azhar (2007) pembelajaran formal merupakan sistem

pendidikan yang terancang, ianya ditentukan oleh kerajaan dan sistem politik Negara

serta di institusikan. Ia mempunyai matlamat, tujuan, dan objektif yang dapat

memenuhi hasrat dan aspirasi negara. Jenis pembelajaran ini mempunyai sukatan

yang sama dan seragam dalam aspek-aspek kukorikulum dan ko-kurikulum untuk

seluruh Negara. Ianya diatur secara berperingkat-peringkat mengikut umur.

Peringkat umur sistem pendidikan adalah ditunjukkan pada jadual 2.1.

Jadual 2.1: Peringkat umur sistem pendidikan di Malaysia Bilangan Peringkat Umur

1 Rendah 7-12 tahun 2 Menengah 13-20 tahun 3 Universiti 20-27 tahun

Pembelajaran sepanjang hayat juga sering kali dianggap sebagai pembelajaran dalam

bentuk yang formal. Pembelajaran formal dilaksanakna di suatu lokasi yang spesifik

seperti di sekolah, maktab atau universiti. Penilaian adalah dipentingkan dan

Page 38: PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat . siti nurul ainmey bt sheikh abd hamid

24

biasanya dijalankan diakhir proses pengajaran dan pembelajaran sebagai alat untuk

menilai serta mengukur keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Daripada

jadual 2.1 pembelajaran formal boleh didefinasikan sebagai pembelajaran yang

diperolehi melalui satu sistem pendidikan yang dilembagakan dan disusun secara

berperingkat-peringkat berdasarkan umur seseorang individu. Menurut Adanan &

Mohd Azhar (2007) tujuan pembelajaran formal adalah untuk mengembangkan

domain kognitif (aspek mental), afektif (nilai dan sikap) dan psikomotor (kemahiran)

seseorang murid atau pelajar. Ianya dikendalikan oleh seorang individu yang terlatih

seperti guru-guru diperingkat rendah ( menengah, pensyarah diperingkat universiti).

Pembelajarn formal lebih menekankan aspek penilaian yang mana ianya

dilakukan oleh tenaga pengajar seperti mengadakan ujian dan peperiksaan. Berikut

adalah ciri-ciri pembelajaran formal;

(i) Berlaku secara disedari murid, dan ia dilakukan secara nyata dan

disengajakan.

(ii) Berasaskan sukatan pelajaran atau kurikulum yang digubal mengikut dasar

dan aspirasi Negara.

(iii) Diterima secara langsung dan dikendalikan oleh sesuatu institusi bertauliah

dan dilembagakan seperti di sekolah maktab atau universiti.

(iv) Berasaskan struktur yang tertentu, iaitu dengan tujuan, cara perlaksanaan dan

cara penilaian yang nyata.

(v) Berlaku dalam satu tempoh masa yang tertentu, misalnya, pendidikan

prasekolah-1 tahun, pendidikan rendah-6 tahun dan pendidikan sekolah

menengah-7 tahun.

(vi) Dilaksanakan oleh guru-guru atau pensyarah terlatih dan bertauliah

(vii) Melibatkan penilaian pada tiap-tiap tahap yang dilalui. Penilaian dalam

bentuk formatif dan sumatif. Ini termasuk ujian bulanan, peperiksaan penggal

dan peperiksaan awam.

(viii) Dilaksanakan di dalam bangunan yang siap prasarananya seperti bilik darjah

atau bilik kuliah yang mempunyai meja dan kerusi, makmal, bilik komputer,

pusat sumber dan sebagainya.

(ix) Menekankan secara langsung pendidikan empat bidang penting iaitu yang

melibatkan aspek kognitif (intelek), afektif (emosi) rohani dan psikomotor

(jasmani).

Page 39: PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat . siti nurul ainmey bt sheikh abd hamid

94

RUJUKAN

Abas, Z. W. (2008). Globalisation and internationalisation of Higher Education in

Malaysia. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Abdul, T. B. (2003). Kenali Kami Masyarakat Orang Asli Di Malaysia. Cetakan

Pertama. Batu Pahat, Johor. Kolej Universiti tun Hussein Onn. 1-11.

Abdullah, N. Q. & Risdi, M. M. D. (2008). Pendidikan Vokasional Pada Perspektif

Pelajar Orang Asli di Empat Buah Sekolah Menengah Kebangsaan

dalam Daerah Rompin Pahang. Universiti Teknologi Malaysia.

Adanan, M. J. & Mohd Azhar, A.H. (2007) Pola Pembelajaran Non-Formal di

Kalangan Orang Dewasa: Kajian Perbandingan antara Petani, Nelayan

Dan Peneroka Felda. Univesiti Teknologi Malaysia.

Adrian, N. (2010). Structural Funds And The Concept Of Lifelong Learning In

Romania. Romania: Elsevier. ms. 5625-5629.

Ali, M. Y. (2009). Faktor–Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik Murid-Murid Orang Asli Daerah Batu Pahat. Daripada Persepsi Guru. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Aminuddin, M. (2009). Kelas Dewasa bagi Ibu Bapa Murid Orang Asli dan

Peribumi (KEDAP): Satu Pengamatan tentang Sikap Peserta Program

Terhadap Pendidikan. IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan.

Aminuddun, M., Mohamad, A. M. A., Mazlan, M., Abd, S. C. A. R., Mohd,

R.S.A.G.J. & Sazali. Y. (2010). Program Kecemerlangan Pendidikan Murid

Orang Asli SK Lanai: Kolaborasi antara Pusat Kecemerlangan Pedagogi

Peribumi Kebangsaan dengan Rakan Lapanagn. IPG Kampus Tengku

Ampuan Afzan.

Arman, A. S. (2007). Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Kalangan Masyarakat

Orang Asli. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana.

Page 40: PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat . siti nurul ainmey bt sheikh abd hamid

95

Ayli, A. C. (2011). Local Administration In L Ife Long Learning And Music

Education In The Context Of Art Education.Turkey:Elservier. ms. 691-

697.

Azhar, .M. H., Paimah, A.,Muhamed,F. O. & Mohd, N. M. (2004). Andragogi:

Mengajar Orang Dewasa Belajar.Cetakan Pertama. Bentong: PTS

Publications & Distributiors Sdn BHD. ms. 25-29, 55-63.

Basir, Z. (2009, November 30). Pendidikan Orang Asli. Berita Harian.

Boon, P. Y. & Ragbir, K. (1998). Siri Bimbingan Diploma Perguruan : Psikologi

Pendidikan II. Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Dason, A., Hamzah, R. & Amirmuddin, U. (2010). Hala Tuju Pendidikan Teknik dan

Vokasional ke arah Memartabatkan Falsafah Pendidikan Negara.

Carey, I. (1976). Orang Asli: the Aboriginal Tribes of Penisular Malaysia. Kuala

Lumpur: Oxford University Press.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan Edisi 4. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Dan Pustaka.

Garrison, D. R. (1997). Self-Direct Learning: Toward A Comprehensive Model.

Adult Education Quarterly 48:16-18

Goodwin, C.J. (2005). Reseach in Psychology: Method and Design. 4th ed. New York: John Wiley & Sons, Inc. ms. 414.

Hargreaves, D. H. (2004) Learning For Life: The Foundation of Lifelong Learning. United Kigdom; Policy Press.

Hashim. R. S. (2006). Meniti Duri Dan Ranjau: Pembikinan Gender Dan Seksualiti

Dalam Konteks Dunia Melayu. Sari 24. ms. 15-34.

Hasril, M. A. & Othman, N. (2010). Meninjau Keperluan Pendidikan Keusahawanan

Berdasarkan kepada Perspektif Belia orang Asli di Selatan Malaysia.

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia & Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hassan M. N. (1997). Kajian keciciran pelajar sekolah rendah Orang Asli.

Universiti Kebangsaan Malaysia: Jabatan Antropologi dan Ssosiologi.

Page 41: PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat . siti nurul ainmey bt sheikh abd hamid

96

Ibrahim, M. M., Roddin, R. & Arman, A. S. (2008). Pendidikan Teknik dan

Vokasional dalam kalangan masyarakat Orang Asli. Universiti Tun

Hussein Onn Malaysia.

Ismail, S. N., Hamzah, R. & Amirmudin, U. (2011). Kemantapan Penerapan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Teras Kemenjadian Guru Pendidikan

Teknik dan Vokasional. Journal of Edupres. Volume 1. ms. 357-363.

Johari, T. & Nazri, M. (2007). Bagaimana Kanak-kanak Orang Asli Gagal di

Sekolah?. Jurnal Pengajian Umum Bil. 8. ms. 51-74.

Johnson, L. S. C. (2003). Penghasilan Modul Pembelajarn Interaktif Bagi

Pengautomatan Industri. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn: Tesis

Sarjana.

Kamarulzaman, K. (2008). Educational Policy and Opportunities of Orang Asli: A

study on Indigenious People in Malaysia. The Journa of Human Resource

and Adult Learning. Vol 4, Num.1. ms. 86-97.

Kamus Dewan Edisi Ke Empat. (2005). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kassim, Z. & Abdul, R. A. (2010). E-Pembelajaran:Evolusi Internet dalam

Pembelajaran Sepanjang Hayat. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (21/6/2012). Majlis Perlancaran Tranformasi

Pendidikan Orang Asli Kebangsaan.

Knowles, Malcolm, S., Elwood, F. & Swanson, R. A. (2005). The Adult Leraner:

The Definitive Classic in Adult Education and Human Resource

Development. 6th Ed. Burlington: Elsevier.

Lino, L. (2009). Motivasi Rendah Punca Pelajar Orang Asli Tercicir dalam Alam

Persekolahan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Majid, M. K. (2004), Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Cetakan Keenam. Ampang,

Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. ms. 57 – 150.

Marjan, L. (2011). Barries to Lifelong learning. Sina Hospital, Tehran: Elsevier. ms.

612-615.

Page 42: PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat . siti nurul ainmey bt sheikh abd hamid

97

Marof, R. & Sarjit S. Gill. (2008). Orang Asli: Isu, Tranformasi dan Cabaran.

Serdang: Penebit Universiti Putra Malaysia.

Mizan, M. M. A. & Shuhairimi, A. (2004). Pemebentukan Nilai-Nilai Murni

Masyarakat Semai Melalui Konsep Pandang Dunia (World View): Satu

Analisis Awal. Kolej Universiti Kejuruteraan Malaysia.

Mohamad, J. S. (2009). Kesedaran Pendidikan dalam Kalangan Masyarakat Orang

Asli. dalam. Masyarakat Orang Asli: Perspektif Pendidikan dan

Sosiobudaya. Bangi: UKM. ms. 47-58.

Najib, M. A. G. (1999).Penyelidikan Pendidikan. Cetakan Pertama,Skudai,Johor:

Universiti Teknologi Malaysia. ms. 37-44.

Najib, T. R. (2006). Malaysia akan Bebaskan Orang Peribumi dari Kemiskinan.

www.gatra.com.

Najib, M. A. G. (2003). Rekabentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai:

Universiti Teknologi Malaysia.

Nasir, M.,Ramlan, J., Suppiah, N., Abd, A. S. & Mustapa, R. (2007). Tahap

Kebolehbacaan Dalam Kalangan murid Orang Asli (Program Pemulihan) di

Sekolah Kebangsaan Brincang (Pahang) dan Sekolah Kebangsaan Batu 14

Tapah (Perak). Universiti Pendidikan Sultan Ismail.

Raaf, A. R. (2012, Jun 22), Akademik Orang Asli Ditingkatkan. Berita Harian. ms.

4.

Ramle, A & Hood, S. (2010). Masalah keciciran pelajar Orang Asli: Kes dalam

kalangan Orang Asli di Terengganu. International Seminar Comparetive

Studies in Educational System Between Indonesia and Malaysia. Bandung:

Rizqi Press.

Ramle, A & Mat, F. (2012). Potensi Pendidikan Pelajar Orang Asli di Kelantan

dan Terengganu: Perpektif JAKOA:Universiti Sultan Zainal Abidin. ms.77-

91.

Risdi, M. D. (2008). Pendidikan Vokasional pada Perspektif Pelajar Orang Asli di

Empat Buah Sekolah Menengah Kebangsaan Dalam Daerah Rompin

Pahang. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda.

Page 43: PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN … filei pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai pembelajaran sepanjang hayat . siti nurul ainmey bt sheikh abd hamid

98

Risdi, M. S. & Amiruddin, M. (2009). Kelas Dewasa Ibu Bapa Murid Orang Asli

dan Peribumi (KEDAP): Satu Tinjauan IPGM Kampus Tengku Ampuan

Afzan.

Sabitha, M. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Cetakan Pertama. Petaling

Jaya, Selangor: Prentice Hall. ms. 91-118.

Sekaran, U. (2003) “Research Methods for Bussiness: A Skill Building Approach.

(2nd Ed).” Canada: John Wiley & Sons Inc. 196 -298.

Wan Zulhairi. Z., Hamzah, R. & Amirmudin, U. (2011). Kritikan dan Falsafah P

endidikan di dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV). Journal of

Edupres. Volume 1. ms. 287- 300.

Wijnen, B. V. (2006). Orang Asli. www.magicriver.net.