Penduan Melaksanakan Kerja Kursus Geografi 2008

17
23/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PENILAIAN MENENGAH RENDAH 23/2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Februari – Julai PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN KERJA KURSUS GEOGRAFI KERTAS 2 FEBRUARI HINGGA JULAI Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus ini mengandungi 17 halaman bercetak

description

Guideline to successfully complete your Kerja Kursus Geografi.

Transcript of Penduan Melaksanakan Kerja Kursus Geografi 2008

Page 1: Penduan Melaksanakan Kerja Kursus Geografi 2008

1 23/2

23/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENILAIAN MENENGAH RENDAH 23/2GEOGRAFIKERJA KURSUSFebruari – Julai

PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN KERJA KURSUS

GEOGRAFI

KERTAS 2

FEBRUARI HINGGA JULAI

Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus ini mengandungi 17 halamanbercetak

Page 2: Penduan Melaksanakan Kerja Kursus Geografi 2008

2 23/2

23/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

KANDUNGAN

Halaman

1.0 Pengenalan 3

2.0 Matlamat Kerja Kursus Geografi 3

3.0 Objektif Mata Pelajaran Geografi 4

4.0 Objektif Penilaian Kerja Kursus Geografi 5

5.0 Rasional Penilaian Kerja Kursus Geografi 5

6.0 Maklumat Am 6

7.0 Arahan Kepada Calon 7

8.0 Elemen dan Aspek Yang Dinilai 8

9.0 Sistem Penilaian 9

10.0 Lampiran 11

Page 3: Penduan Melaksanakan Kerja Kursus Geografi 2008

3 23/2

23/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

1.0 PENGENALAN

Panduan ini disediakan untuk memberi maklumat yang terperinci bagi gurumengendalikan pelaksanaan Kerja Kursus Geografi.

Setiap calon PMR diwajibkan melaksanakan Kerja Kursus Geografi sebagai satudaripada keperluan peperiksaan. Penilaian Kerja Kursus Geografi dikendalikan olehpihak sekolah dengan pemantauan pegawai dari Lembaga Peperiksaan Malaysia(LPM).

Proses penilaian akan dilaksanakan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaranmata pelajaran Geografi. Penilaian adalah berdasarkan aspek-aspek yang telahditetapkan dalam Huraian Sukatan Pelajaran Geografi.

Pelaksanaan dan penilaian kerja kursus ini dijalankan oleh calon PMR dari Februarihingga Julai.

2.0 MATLAMAT KERJA KURSUS GEOGRAFI

Pelaksanaan Kerja Kursus Geografi bertujuan memenuhi matlamat kurikulum geografiyang membolehkan murid memahami fenomena geografi berfokus kepada negaraMalaysia dan hubungannya dengan negara-negara lain supaya dapat melahirkan muridyang berilmu, bertanggungjawab, bersyukur dan mengenali serta mencintai negaraMalaysia.

Pelaksanaan kerja kursus memberi pengalaman secara langsung kepada calon untukmengkaji kelapan-lapan tema yang terdapat dalam Geografi Fizikal dan Manusia.Isu-isu semasa yang berkaitan dengan kelapan-lapan tema juga boleh dibuat kajian.Bahagian ini juga memberi penekanan kepada aplikasi pengetahuan dan kemahirandalam kehidupan.

Page 4: Penduan Melaksanakan Kerja Kursus Geografi 2008

4 23/2

23/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

3.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN GEOGRAFI

Objektif kurikulum Geografi membolehkan calon:

3.1 menghubungkaitkan aspek kedudukan, arah, skala dan jarak dalam organisasiruangan;

3.2 mengumpul, menyusun, menganalisis dan menyampai data geografi berbentukkuantitatif dan kualitatif;

3.3 memberi pendapat secara kreatif dan kritis, mengenal pasti dan mengkaji masalahsemasa daripada aspek geografi serta membuat keputusan denganbertanggungjawab;

3.4 menjelaskan fenomena alam dan saling kaitannya dengan manusia berasaskantaburan dan pola-pola yang wujud di negara Malaysia dan negara-negara lain;

3.5 mengenal pasti cara hidup dan budaya pelbagai komuniti di negara lain sertamenghargai ciri-ciri persamaan dan kelainannya dengan negara Malaysia;

3.6 memerihalkan keadaan saling memerlukan dalam sistem alam, kegiatanekonomi, sosial dan politik antara satu negara dengan negara lain;

3.7 menerangkan kesan kegiatan manusia ke atas alam sekitar serta pentingnyamenguruskan alam dan sumber dengan bertanggungjawab dan bijaksana;

3.8 mengenali, menghargai dan berbangga terhadap ciri-ciri geografi negaraMalaysia yang istimewa dan unik;

3.9 menggabungjalin pelbagai fakta geografi dan dapat membuat kesimpulanrasional;

3.10 mensyukuri dan mencintai alam, bersederhana dan bertanggungjawab ke atassebarang tindakan dan peka terhadap perasaan serta keperluan orang lain.

Page 5: Penduan Melaksanakan Kerja Kursus Geografi 2008

5 23/2

23/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

4.0 OBJEKTIF PENILAIAN KERJA KURSUS GEOGRAFI

Objektif penilaian Kerja Kursus Geografi ialah untuk menilai kebolehan calon:

4.1 mencari dan mengumpul fakta geografi daripada sumber yang sahih;

4.2 menyusun, mengelas, menganalisis, menyampai data geografi yang berbentukkuantitatif dan kualitatif;

4.3 merekod fakta geografi yang telah dianalisis mengikut format kajian yang betul;

4.4 menggabungkan dan mengaplikasikan pengetahuan geografi dalam situasisebenar;

4.5 menilai, merumus dan mengemukakan cadangan terhadap permasalahanmanusia dan alam sekitar;

4.6 mengamal nilai murni, mensyukuri dan mencintai alam.

5.0 RASIONAL PENILAIAN KERJA KURSUS GEOGRAFI

Rasional penilaian Kerja Kursus Geografi ialah untuk:

5.1 mengukur konstruk (Pengetahuan, Kemahiran dan Nilai) yang ditanam dalamdiri calon;

5.2 membolehkan guru membuat penilaian sepanjang kerja kursus dilaksanakan;

5.3 membolehkan guru menilai hasil kerja calon pada akhir pelaksanaankerja kursus.

Page 6: Penduan Melaksanakan Kerja Kursus Geografi 2008

6 23/2

23/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

6.0 MAKLUMAT AM

6.1 Guru mesti memberitahu calon arahan melaksanakan kerja kursus.

6.2 Kerja kursus ini wajib dilaksanakan oleh semua calon PMR.

6.3 Kerja kursus hendaklah dilaksanakan oleh calon PMR dari Februari hinggaJulai.

6.4 Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian kerja kursus ini bagisemua calon mengikut panduan jadual pelaksanaan.(Lampiran 1)

6.5 Guru hendaklah memberi taklimat kepada calon mengenai tugasan danperinciannya.

6.6 Guru hendaklah membimbing calon dalam pemilihan tugasan. Kajianhendaklah dijalankan di tempat tinggal atau kawasan sekolah calon yang tidakmelebihi 5 kilometer persegi.

6.7 Guru hendaklah memaklumkan kepada calon mengenai aspek dan kriteriapenskoran yang terdapat dalam Panduan Pelaksanaan dan PenilaianKerja Kursus.

6.8 Guru mesti memastikan calon melaksanakan kesemua aspek kerja kursus.

6.9 Guru hendaklah membimbing calon untuk menghasilkan kerja yang terbaiksupaya mereka memperoleh tahap pencapaian cemerlang.

6.10 Penilaian kerja kursus ini merupakan sebahagian daripada proses pengajarandan pembelajaran yang berterusan.

6.11 Guru hendaklah memaklumkan markah calon supaya mereka bolehmemperbaiki hasil kerja.

6.12 Guru hendaklah memaklumkan tahap pencapaian calon.

6.13 Borang Markah Calon 1 (BMC/1) hendaklah diisi untuk merekod pencapaiancalon dan disimpan di sekolah.(Lampiran 2)

6.14 Guru hendaklah memindahkan maklumat dari BMC/1 ke borang markah yangdiberikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

6.15 Borang Markah Calon 2 (BMC/2) hendaklah diisi sekiranya calonberpindah sekolah untuk tindakan sekolah baru.(Lampiran 3)

Page 7: Penduan Melaksanakan Kerja Kursus Geografi 2008

7 23/2

23/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

7.0 ARAHAN KEPADA CALON

7.1 Calon PMR wajib melaksanakan Kerja Kursus Geografi.

7.2 Calon PMR dikehendaki merancang dan melaksanakan Kerja Kursus Geografidari Februari hingga Julai berpandukan senarai semak. (Lampiran 4)

7.3 Calon hendaklah mendapatkan bimbingan guru dalam pemilihan tugasan.Kajian hendaklah dijalankan di tempat tinggal atau kawasan sekolah calon yangtidak melebihi 5 kilometer persegi.

7.4 Calon mesti melaksanakan kesemua aspek kerja kursus untuk mendapatKod 1: Cemerlang, Kod 2: Kepujian atau Kod 3: Memuaskan. Calon yangtidak menulis laporan dapatan kajian akan mencapai Kod 4: Mencapaisebahagian tahap penguasaan minimum.

7.5 Calon digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)untuk mencari dan mengumpul fakta geografi.

7.6 Calon boleh melaksanakan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilahsecara individu.

7.7 Fakta geografi yang dikumpul hendaklah didokumentasikan dalam bentuklaporan dapatan kajian. Laporan dapatan kajian hendaklah dihasilkan dalambentuk esei tidak kurang daripada 400 patah perkataan mengikut formatyang ditetapkan.

7.8 Hasil kerja kursus hendaklah ditulis tangan, ditaip atau menggunakan komputerpada kertas saiz A4 sahaja. Penulisan menggunakan komputer hendaklahdengan fon Times New Roman, saiz 12 dengan langkau 2.0. Penggunaankomputer / foto dalam kajian tidak mempengaruhi pemarkahan.

7.9 Hasil kerja kursus calon mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidakditiru daripada mana-mana pihak.

7.10 Maklumat peribadi calon hendaklah ditulis di halaman hadapan kerja kursus.(Lampiran 5)

7.11 Rujukan hendaklah ditulis dengan format penulisan yang betul. (Lampiran 6)

7.12 Penilaian proses kerja calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursusdilaksanakan.

7.13 Penilaian dan pemberian markah dilakukan selepas pelaksanaan setiap aspek.Penskoran hasil kerja calon dilakukan pada bulan Julai.

Page 8: Penduan Melaksanakan Kerja Kursus Geografi 2008

8 23/2

23/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

8.0 ELEMEN DAN ASPEK YANG DINILAI

Kerja Kursus Geografi (KKG) mengandungi dua elemen iaitu:

Elemen 1 Mengumpul data

1.1 Mencari dan mengumpul fakta geografi daripada sumber yang sahih.

Elemen 2 Menulis laporan

2.1 Menyusun, mengelas, menganalisis, menyampai data geografimengikut format yang ditetapkan.

2.2 Format penulisan KKG mengikut aspek berikut:

2.2.1 Tajuk kajian

2.2.2 Senarai kandungan

2.2.3 Penghargaan

2.2.4 Pendahuluan

2.2.5 Objektif kajian

2.2.6 Kawasan kajian

2.2.7 Kaedah kajian

2.2.8 Dapatan kajian

2.2.9 Rumusan

2.2.10 Lampiran

2.2.11 Rujukan

Page 9: Penduan Melaksanakan Kerja Kursus Geografi 2008

9 23/2

23/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

9.0 SISTEM PENILAIAN

Penilaian kerja kursus mengikut sistem Skor Berdasarkan Kriteria Penskoran.

9.1 Definisi

Skor Berdasarkan Kriteria Penskoran ialah satu kaedah menyatakan prestasi calonberdasarkan penguasaannya dalam sesuatu aspek yang dinilai. Skor inimenunjukkan keupayaan calon sendiri dan tidak boleh dibandingkan dengancalon lain. Guru hendaklah membimbing calon untuk memperoleh tahappencapaian cemerlang bagi setiap aspek.

9.2 Pelaporan

9.2.1 Skor meliputi markah, kod dan tahap pencapaian calon.

9.2.2 Jumlah markah bagi kesemua aspek dikira bagi menentukan kod dan tahappencapaian calon.

9.2.3 Penentuan kod dan tahap pencapaian calon.

Calon mendapat Kod 1, Kod 2 dan Kod 3 setelah melaksanakan kesemuaaspek. Calon mendapat Kod 4 sekiranya tidak menulis laporan dapatankajian.

Jumlah Markah Kod Tahap Pencapaian

1 – 14 Mencapai sebahagian tahap penguasaanminimumTidak melaksanakan kerja kursus

Dikecualikan (Dengan kebenaran LPM)

40 – 50

30 – 39

15 – 29

0

Cemerlang

Kepujian

Memuaskan

1

2

3

4

5

6

Page 10: Penduan Melaksanakan Kerja Kursus Geografi 2008

10 23/2

23/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

9.3 Merekod

9.3.1 Guru dikehendaki merekodkan keputusan penilaian Kerja Kursus Geografiberdasarkan aspek berikut:

9.3.2 Borang Markah Calon 1 (BMC/1) yang telah diisi dengan lengkap hendaklahdifailkan dan disimpan di tempat yang selamat bagi rujukanLembaga Peperiksaan Malaysia.

9.3.3 Sekiranya calon tidak melaksanakan mana-mana aspek, guru hendaklahmencatatkan 0 di ruangan markah bagi aspek yang tidak dilaksanakan.

9.3.4 Calon mendapat Kod 4 bagi tahap pencapaian sekiranya tidak menulis laporandapatan kajian.

9.3.5 Sekiranya calon tidak melaksanakan kesemua aspek, guru hendaklahmencatatkan 0 di ruangan jumlah markah.

9.3.6 Calon mendapat Kod 5 bagi tahap pencapaian sekiranya tidak melaksanakankerja kursus.

9.3.7 Guru hendaklah memindahkan maklumat dari BMC/1 ke borang markah yangdiberikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Bilangan MarkahAspek

Lampiran

Pendahuluan

Objektif kajian

Kawasan kajian

Kaedah kajian

Dapatan kajian

Rumusan

Rujukan

Tajuk kajian

Senarai kandungan

Penghargaan

Penilaian umum

1

2

3

4

5

6

Tahap Pencapaian

Jumlah Markah

Kod

9

11

8

12

7

10

Page 11: Penduan Melaksanakan Kerja Kursus Geografi 2008

11 23/2

23/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

Lampiran 1PANDUAN JADUAL PELAKSANAAN

GEOGRAFI 23/2KERJA KURSUS

Tindakan sebelum pelaksanaan kerja kursus

Tindakan semasa pelaksanaan kerja kursus

BIL. PERKARA TARIKH TINDAKAN

Memindahkan maklumat dari BMC/1ke borang markah yang diberikan olehLembaga Peperiksaan Malaysia.

Calon PMRGuru Geografi Tingkatan 3

Guru Geografi Tingkatan 3dan Setiausaha Peperiksaan

Sekolah

Februari

Mac

April – Jun

Julai

Julai – Ogos

Julai

April – Jun Pegawai LPM

Guru Geografi Tingkatan 3

Guru menyemak dan membimbing calonmengumpul data geografi mengikut kriteriayang ditetapkan.

Guru menyemak data yang dikumpulmengikut kriteria yang ditetapkan.

Guru menyemak dan membimbing calonmerekod data geografi mengikut formatyang ditetapkan.Guru menyemak laporan dapatan kajian danmemberi markah mengikut kriteria yangditetapkan.Guru menyemak hasil kerja calon secarakeseluruhan dan memberi markah mengikutkriteria yang ditetapkan.

Guru menetapkan tahap pencapaian calonmengikut markah yang ditetapkan.

Guru mengisi markah calon PMR dalamBorang Markah Calon 1 (BMC/1).

Pemantauan pelaksanaan kerja kursus olehpegawai LPM.

1

2

3

4

5

6

7

8

9

BIL. TINDAKAN

Ketua Panitia Geografi

Februari Guru Geografi Tingkatan 3

Taklimat kerja kursus kepada guru-guru Geografi Tingkatan 3 di sekolah.

Taklimat kepada calon PMR.

Membimbing calon PMR memilih tugasan.

PERKARA TARIKH

1

3

2

Page 12: Penduan Melaksanakan Kerja Kursus Geografi 2008

12 23/2

23/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

Lampiran 2BMC / 1

LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BORANG MARKAH CALON 1GEOGRAFI 23/2KERJA KURSUS

Nama Sekolah : ..........................................................................................

Alamat Sekolah : ..........................................................................................

Nombor Pusat Peperiksaan : ..........................................................................................

Nombor Telefon : ..........................................................................................

Nombor Faks : ..........................................................................................

Bilangan Calon : ..........................................................................................

1

Bil. Nama Calon Angka Giliran Nombor KadPengenalan

MarkahKod

2

3

4

5

7

6

Aspek 1 – 7 Aspek 9 – 12 Jumlah MarkahAspek 8

Page 13: Penduan Melaksanakan Kerja Kursus Geografi 2008

13 23/2

23/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

Lampiran 3 BMC / 2

LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BORANG MARKAH CALON 2GEOGRAFI 23/2KERJA KURSUS

Nama Calon : .............................................................................................

Angka Giliran : .............................................................................................

Nombor Kad Pengenalan : .............................................................................................

Nama dan Alamat Sekolah : .............................................................................................

.............................................................................................

Tugasan Kerja Kursus : .............................................................................................

.………………….….. .....……………………….…..… ( Tandatangan Guru ) ( Tandatangan dan Cap Pengetua )

Aspek 8

Kod

Tahap Pencapaian

Aspek 1 – 7Aspek 9 – 12

Jumlah Markah

Page 14: Penduan Melaksanakan Kerja Kursus Geografi 2008

14 23/2

23/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

Lampiran 4 SENARAI SEMAK

Elemen 1 : Mengumpul data

Februari

Mac

Mac – Mei

Februari

Februari

Mac – Mei

Perkara Tarikh CatatanBil.

Menerima taklimat kerja kursus dari gurugeografi.

Mendapatkan bimbingan guru dan memilihtugasan.

Mencari dan mengumpul data geografidaripada sumber yang sahih.

Mendokumentasikan data geografi yangdikumpul daripada pelbagai sumber.

Menghantar dokumentasi data geografi yangdikumpul daripada pelbagai sumber untuksemakan guru penilai.

Memperbaiki dokumentasi data geografi yangdikumpul daripada pelbagai sumber bagimemperoleh markah terbaik.

5

6

1

4

2

3

Page 15: Penduan Melaksanakan Kerja Kursus Geografi 2008

15 23/2

23/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

Elemen 2 : Menulis laporan

Mac

Mac – April

Mac – Mei

Mei – Jun

Jun – Julai

Mac – Mei

Bil. Perkara Tarikh Catatan

1

2

3

4

6

5

Mendapatkan bimbingan guru untuk menulislaporan dapatan kajian mengikut format yangditetapkan.

Menyusun, mengelas, menganalisis, mentafsir danmerekod data geografi.

Menulis laporan kajian mengikut format yangditetapkan:- Tajuk kajian- Senarai kandungan- Penghargaan- Pendahuluan- Objektif kajian- Kawasan kajian- Kaedah kajian- Dapatan kajian- Rumusan- Lampiran- Rujukan

Menghantar laporan dapatan kajian untuk semakanguru penilai.

Memperbaiki hasil laporan dapatan kajian bagimemperoleh markah terbaik.

Menghantar semula hasil laporan dapatan kajiankepada guru penilai untuk disemak dan diberimarkah serta tahap pencapaian.

Page 16: Penduan Melaksanakan Kerja Kursus Geografi 2008

16 23/2

23/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

Lampiran 5 HALAMAN HADAPAN KERJA KURSUS

GEOGRAFI 23/2KERJA KURSUS

Nama Calon : ...........................................................................................

Tingkatan : ...........................................................................................

Nombor Kad Pengenalan : ...........................................................................................

Angka Giliran : ...........................................................................................

Nama dan Alamat Sekolah : ...........................................................................................

Tajuk Kerja Kursus : ...........................................................................................

Guru Penilai : ...........................................................................................

.................................

( Tandatangan Guru )

Bil. MarkahDiperolehAspek

Lampiran

Pendahuluan

Objektif kajian

Kawasan kajian

Kaedah kajian

Dapatan kajian

Rumusan

Rujukan

Tajuk kajian

Senarai kandungan

Penghargaan

Penilaian umum

1

2

3

4

5

6

9

11

8

12

7

10

MarkahPenuh

1

1

2

2

2

8

2

25

1

2

2

2

Jumlah Markah

Tahap Pencapaian

Aspek 8

Aspek 1 – 7Aspek 9 – 12

50

25

25

Page 17: Penduan Melaksanakan Kerja Kursus Geografi 2008

17 23/2

23/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

Lampiran 6RUJUKAN

Buku Ilmiah

Khairuddin Hj. Kamaruddin, 1992. Hutan Hujan Tropika Semenanjung Malaysia.

Malaysia : Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Lee Shok Mee, Tee Kim Hong, 1994. Pendidikan Alam Untuk Kanak-kanak.

Malaysia : Persatuan Pencinta Alam Malaysia.

Shamsudin Ibrahim, 1994. Tumbuhan Pantai. Malaysia: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Jurnal

Ranjit Gill. MAS AIRBONE : The Evolution and Birth of Malaysia Airlines, dalamJurnal Malaysia Airlines. Bil. 9 Jun 1993.

Yayasan Warisan Johor 1999. Jilid 111.Jurnal Warisan Johor, dalam. JSEAH.Vol. 10. April 1989.

Akhbar

Utusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5.

Orang Sumber

Encik Kassim bin Samad, 57 tahun, No 3, Jalan TRJ 2/1A, Taman Rahmat Jaya,Kundang, Rawang, 48020 Selangor.

Puan Saniah binti Zainuddin, 60 tahun, No. 51, Jalan Enggang Selatan, TamanKeramat, 54200 Kuala Lumpur.

Melawat Tempat Kajian

Pejabat Perhutanan Bukit Nanas, Jalan Bukit Nanas, 50250 Kuala Lumpur.

Zoo Negara Malaysia, Jalan Ulu Kelang, 54200 Kuala Lumpur.

Taman Negara Malaysia, Jerantut, Pahang.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Jabatan Perhutanan Malaysia,Hutan Simpan Bukit Nanas, Jalan Raja Chulan, 50250 Kuala Lumpur.

Internet

http://www.geographia.com/malaysia/niah.htmldan sarawaktourism.com

http:// www.geocities.com/thetropic/cabana/2035/cameron2.html.com

http:// www.agri.upm.edu.my/-chris/ss/sst3302/sumber%20dan%20sifat%20%air.com