PENEKANAN TERHADAP AYAT-AYAT …conference.kuis.edu.my/.../2015/1037-irsyad-2015.pdfa. Jangan...

18
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th 13 th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015 1 PENEKANAN TERHADAP AYAT-AYAT MUTASYABIHAT AL-ALFAZ KE ARAH PEMANTAPAN MUTU HAFAZAN AL-QURAN Mahmud Lutfi bin Abd. Hadi Ahmad Shahir bin Masdan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Bangi, Selangor. [email protected] [email protected] ABSTRAK Di antara mukjizat al-Quran, ianya diberi kemudahan untuk dihafaz oleh kebanyakan orang. Namun, dalam proses hafazan dan ulangan al-Quran seseorang pembaca akan menghadapi beberapa keadaan termasuklah cabaran mengingat ayat-ayat yang sama atau lebih kurang sama (mutasyabih). Kesamaran ini mengakibatkan seseorang pembaca atau penghafaz terkeliru sehingga menyebabkan tersilap sambungan, tersalah harakah dan kesilapan-kesilapan lain sehingga boleh membawa kepada terjadinya ayat yang dibaca adalah bukan ayat yang dikehendaki. Gangguan ini sedikit sebanyak akan memanjangkan durasi bacaan ulangan al- Quran, sehingga seseorang itu memerlukan lebih masa untuk mengulang juzuk-juzuk yang terlibat sedangkan masa yang ada adalah terhad. Kesedaran yang serius terhadap masalah ini amat diperlukan demi menghargai masa yang amat berharga dan kerana menjaga ayat-ayat Allah yang mulia. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengetahui ayat-ayat yang terlibat serta mengetahui cara yang dapat digunapakai untuk memudahkan proses hafazan dan ulangan al- Quran. Kajian ini memilih analisis dokumen sebagai rekabentuk kajian. Data dikumpul melalui analisis dokumen yang terdiri daripada kitab-kitab lama dan semasa. Data-data yang diperolehi diproses dan dibuat beberapa kesimpulan seterusnya tindakan ke arah menambah kualiti hafazan. Mudah-mudahan kertas kerja ini menambah keperihatinan dan mutu hafazan ayat-ayat al-Quran, seterusnya dapat mengurangkan kelupaan yang berpunca daripada ketidaktahuan dalam menyelesaikan masalah. Lupa itu suatu fitrah, namun kelupaan terhadap ayat-ayat al- Quran adalah suatu perkara yang ama-amat tidak dibolehkan. Kata kunci: Ayat-ayat mutasyabihat al-alfaz, gangguan dalam hafazan, menambah keperihatinan dan mengelakkan kelupaan.

Transcript of PENEKANAN TERHADAP AYAT-AYAT …conference.kuis.edu.my/.../2015/1037-irsyad-2015.pdfa. Jangan...

Page 1: PENEKANAN TERHADAP AYAT-AYAT …conference.kuis.edu.my/.../2015/1037-irsyad-2015.pdfa. Jangan sekali-kali kamu menambah hafalan Al-Qur`an tanpa mengulang hafalan yang sudah ada sebelumya.

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

1

PENEKANAN TERHADAP AYAT-AYAT MUTASYABIHAT AL-ALFAZ KE

ARAH PEMANTAPAN MUTU HAFAZAN AL-QURAN

Mahmud Lutfi bin Abd. Hadi

Ahmad Shahir bin Masdan

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Bangi, Selangor.

[email protected]

[email protected]

ABSTRAK

Di antara mukjizat al-Quran, ianya diberi kemudahan untuk dihafaz oleh kebanyakan orang.

Namun, dalam proses hafazan dan ulangan al-Quran seseorang pembaca akan menghadapi

beberapa keadaan termasuklah cabaran mengingat ayat-ayat yang sama atau lebih kurang sama

(mutasyabih). Kesamaran ini mengakibatkan seseorang pembaca atau penghafaz terkeliru

sehingga menyebabkan tersilap sambungan, tersalah harakah dan kesilapan-kesilapan lain

sehingga boleh membawa kepada terjadinya ayat yang dibaca adalah bukan ayat yang

dikehendaki. Gangguan ini sedikit sebanyak akan memanjangkan durasi bacaan ulangan al-

Quran, sehingga seseorang itu memerlukan lebih masa untuk mengulang juzuk-juzuk yang

terlibat sedangkan masa yang ada adalah terhad. Kesedaran yang serius terhadap masalah ini

amat diperlukan demi menghargai masa yang amat berharga dan kerana menjaga ayat-ayat

Allah yang mulia. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengetahui ayat-ayat yang terlibat serta

mengetahui cara yang dapat digunapakai untuk memudahkan proses hafazan dan ulangan al-

Quran. Kajian ini memilih analisis dokumen sebagai rekabentuk kajian. Data dikumpul melalui

analisis dokumen yang terdiri daripada kitab-kitab lama dan semasa. Data-data yang diperolehi

diproses dan dibuat beberapa kesimpulan seterusnya tindakan ke arah menambah kualiti

hafazan. Mudah-mudahan kertas kerja ini menambah keperihatinan dan mutu hafazan ayat-ayat

al-Quran, seterusnya dapat mengurangkan kelupaan yang berpunca daripada ketidaktahuan

dalam menyelesaikan masalah. Lupa itu suatu fitrah, namun kelupaan terhadap ayat-ayat al-

Quran adalah suatu perkara yang ama-amat tidak dibolehkan.

Kata kunci: Ayat-ayat mutasyabihat al-alfaz, gangguan dalam hafazan, menambah

keperihatinan dan mengelakkan kelupaan.

Page 2: PENEKANAN TERHADAP AYAT-AYAT …conference.kuis.edu.my/.../2015/1037-irsyad-2015.pdfa. Jangan sekali-kali kamu menambah hafalan Al-Qur`an tanpa mengulang hafalan yang sudah ada sebelumya.

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

2

PENGENALAN

Al-Quran adalah kalamullah, diturunkan kepada nabi kita Muhammad SAW, dan membacanya

dikira ibadah. Turunnya dengan maksud supaya menjadi panduan ummah dalam tiap perkara dan

memandu kehendak manusia selari dengan kehendak Allah SWT. Ganjaran membacanya besar,

seperti apa yang telah dijanjikanNya dalam firmanNya1 dan hadis baginda yang masyhur. Dalam

kalangan sahabat, ada yang menghafaz al-Quran sebilangan surah sahaja dan ada juga yang

menghafaz kesemuanya2

. Begitu juga halnya pada masa sekarang, segolongan yang suka

membaca sahaja, ada yang cenderung untuk menghafal surah-surah tertentu dan ada juga yang

berminat untuk menghafaz keseluruhannya. Namun cabaran setelah menghafaz ialah untuk

mengingat dan menjaga hafazan agar ayat-ayat al-Quran itu melekat dan segar di dalam minda3.

Faktor mudah dan sukarnya proses hafazan dan ulangan itu banyak kerana manusia itu dijadikan

berbeza kemampuan dan masing-masing mempunyai teknik tersendiri4, bergantung kepada

bakat, kemampuan, teknik, piawai kesihatan dan sebagainya. Kemudian, dalam menjalani proses

hafazan juga terselit masalah kekeliruan yang berpunca daripada kesamaran ayat. Hal ini boleh

terjadi disebabkan oleh kurangnya penekanan seseorang pembaca terhadap ayat-ayat begini.

Oleh itu, keperihatinan dan ketekunan yang tinggi diperlukan untuk seseorang pembaca

mengecam ayat-ayat yang terlibat, sehingga nanti dapat dipastikan di mana sebenarnya tempat

ayat-ayat yang menjadi kekeliruan. Hasilnya kelancaran dapat ditingkatkan, masa yang

digunakan dapat dioptimumkan.

KELEBIHAN DAN GALAKAN MENGHAFAZ AL-QURAN

Al-Quran merupakan kalamullah yang mempunyai nilai dan kehormatan yang tinggi dari sudut

akidah dan pengamalannya. Dari sudut akidah ianya termasuk dalam rukun iman yang wajib

dipercayai. Mengamalkannya pula adalah suatu ketaatan, samada taat pada perintah untuk

‘melakukan’, atau taat kepada tegahan iaitu suruhan untuk ‘meninggalkan’. Di dalamnya penuh

terisi dengan petunjuk, panduan serta pengajaran yang amat bernilai. Oleh sebab itu ianya

dihafaz, supaya dapat dibaca ketika diperlukan untuk rujukan atau sebagai bacaan untuk tujuan

1 Al-Quran al-Karim, surah Fathir 29-30, Sesungguhnya orang-orang Yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap

mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa Yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi

atau secara terbuka, mereka (dengan amalan Yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan Yang tidak akan

mengalami kerugian;(29). Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah

kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas Dengan sebaik-baiknya (akan orang-

orang Yang bersyukur kepadanya).(30).

2 Muhammad

cAbdul

cAzim al-Zarqani, Manahil al-

cIrfan, Dar al-Kitab al-

cArabi, Beyrut, 1995 / 1415H, cet.

Pertama, jil 1, hlm 199.

3 Arkib Utusan Malaysia,

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0831&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_04.htm

4 Oleh sebab kemampuan menusia itu berbeza-beza dan ada juga yang tidak mampu untuk menghafaz al-Quran,

maka setiap penghafaz atau institusi tahfiz dianjurkan untuk mengadakan proses temuduga.

Page 3: PENEKANAN TERHADAP AYAT-AYAT …conference.kuis.edu.my/.../2015/1037-irsyad-2015.pdfa. Jangan sekali-kali kamu menambah hafalan Al-Qur`an tanpa mengulang hafalan yang sudah ada sebelumya.

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

3

ibadah, serta dapat direnung dan diulang-ulang untuk mengubat perasaan ketika lemah dan

memerlukan kekuatan.

Ketinggian darjat orang-orang yang menanggungnya adalah jelas sepertimana yang

masyhur bahawa orang yang melazimi dirinya dengan al-Quran akan dapat memberi syafaat

kepada 10 orang ahli keluarganya. Bahkan, di dunia lagi keutamaan orang yang menghafal al-

Quran telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Pernah terjadi kematian pada dua sahabat di

zaman baginda dalam peperangan Uhud, ketika hendak dikebumikan baginda s.a.w bertanya

kepada yang hadir siapakah di antara mereka berdua yang terlebih banyak menghafal al-Quran.

Kemudian setelah diberitahu maka baginda s.a.w mengutamakan orang yang lebih banyak

hafalannya untuk diuruskan dahulu sebelum sahabat yang seorang lagi5. Balasan di akhirat pula,

sememangnya Allah selayaknya memberi ganjaran kerana Allah sahaja yang mengetahui

keikhlasan, baik akhlak dan kecintaan hamba-hamba Allah terhadap al-Quran sehingga ada yang

digelar sebagai (أهل اهلل وخاصته). Banyak lagi kelebihan yang dikhabarkan dalam hadis-hadis

baginda s.a.w untuk ahli-ahli al-Quran. Itulah ketinggian dan nilai kehambaan antara seorang

hamba dengan Tuhannya, sekiranya melakukan segala sesuatu semata-mata keranaNya, taat

kepada perintah dan hanya mengharap keredhaannya.

BEBERAPA KESUKARAN DALAM MENGHAFAZ AL-QURAN

Dalam proses menghafaz al-Quran setiap individu mempunyai halangan tersendiri kerana setiap

diri insan itu mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing serta berlainan tahap

kebolehan mengatasi masalah. Terdapat masalah-masalah yang biasanya dihadapi oleh huffaz

untuk diketahui, antaranya ialah:-

1. Pengurusan Masa

1.1 Masa yang ada untuk menghafaz adalah sedikit

1.2 Masa untuk murajaah amat terhad, masa lapang telah diisi untuk kerja-kerja yng

lain.

2. Kefasihan

2.1 Mempunyai masalah dalam menyebut ayat-aya al-Quran sehingga tidak dapat

dibaca lancar. Ketidakfasihan ini akan memanjangkan durasi hafazan dan

murajaah.

2.2 Bacaan dengan hafazan hendaklah dirutinkan supaya dapat dihabiskan dalam

tempoh tertentu secara istiqamah. Bacaan yang tidak fasih akan memberi kesan

pada masa hafazan dan murajacah.

3. Keadaan diri / kebolehan

5 Ahmad bin

cAli bin Hajar al-

cAsqalani, Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari, Dar al-Fikr, Beyrut, 2000 / 1420H, jil

3, Kitab al-Janaiz, bab Man Yuqaddam fi al-Lahd, hadis no 1348, hlm. 575.

Page 4: PENEKANAN TERHADAP AYAT-AYAT …conference.kuis.edu.my/.../2015/1037-irsyad-2015.pdfa. Jangan sekali-kali kamu menambah hafalan Al-Qur`an tanpa mengulang hafalan yang sudah ada sebelumya.

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

4

3.1 Tidak dijadikan setiap individu mampu untuk menghafaz. Ada yang boleh

menghafaz tetapi tidak mampu untuk murajaah kembali. Keadaan ini hendaklah

diperbetulkan kerana ayat-ayat al-Quran tidak boleh dihafaz kemudian dilupakan.

3.2 Ada juga manusia yang dijadikan Allah dengan kebolehan untuk menghafaz

dengan mudah seperti yang dikurniakan kepada para ulamak silam seperti imam

al-Bukhari dan imam Baihaqi. Di kalangan ulama semasa seperti muhaddith

imam Anwar Kasymiri dan di kalangan orang bukan Islam seperti Daniel

Tammet, Theodre Roosevelt, Kim Peek dan lain-lain.

4. Keadaan ayat

4.1 Dalam proses menghafaz, pembaca atau penghafaz akan menghadapi kesukaran

ketika membaca ayat yang mempunyai ayat yang sama atau lebih kurang sama di

tempat lain. Kadangkala kesamaran ini akan melencongkan bacaan kepada ayat

dalam surah yang lain. Sekiranya latih tubi atau teknik hafazan dilakukan dengan

tidak menekankan pengecaman, penghafaz akan menghasilkan hafazan yang tidak

mantap dan masa yang terhad tidak dapat digunakan secara optimum. Inilah yang

akan dibicarakan dalam pembentangan ini.

PERANAN METHODE HAFAZAN

Sistem hafazan pada asalnya adalah bebas, iaitu mengikut kesesuaian masing-masing asalkan

berhasil kuantiti dan kualiti hafazan yang disasarkan. Sesetengah institusi tidak menerapkan

sistem yang khusus bagi pelajarnya6. Namun sesetengah yang lain pula sistem digubal demi

menjamin piawai para pelajar agar kualiti hafazan dapat dijaga dan kuantiti hafazan dalam

tempoh pembelajaran semasa dapat dicapai. Terdapat banyak methode hafazan yang diterapkan

dalam p&p sekolah tahfiz dan individu yang menjalani sistem yang digubal untuk diri sendiri,

namun untuk menjumpai kaedah yang sudah siap tertulis adalah jarang berlaku.

Antara Method Hafazan7

Institut al-Quran Terengganu (IQT).

Kaedah Permulaan

a. Bacalah ayat pertama sebanyak 20 kali.

b. Bacalah ayat kedua sebanyak 20 kali.

c. Bacalah ayat ketiga sebanyak 20 kali.

d. Bacalah ayat keempat sebanyak 20 kali

e. Keempat ayat di atas dari awal hingga akhir digabungkan dan dibaca ulang sebanyak

20 kali.

6 Tidak semua institusi tahfiz menyediakan kaedah rasmi bagi menghafaz dan mengulang al-Quran. Pelajar yang

prihatin terhadap jagaan hafazan mereka akan mencari kaedah yang sesuai untuk diri mereka masing-masing.

7 Zulkifli Remli, Kajian Kaedah Atau Method Hafazan Antara Dua Institusi Tahfiz Al-Quran Di Malaysia,

Page 5: PENEKANAN TERHADAP AYAT-AYAT …conference.kuis.edu.my/.../2015/1037-irsyad-2015.pdfa. Jangan sekali-kali kamu menambah hafalan Al-Qur`an tanpa mengulang hafalan yang sudah ada sebelumya.

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

5

f. Bacalah ayat kelima sebanyak 20 kali.

g. Bacalah ayat keenam sebanyak 20 kali.

h. Bacalah ayat ketujuh sebanyak 20 kali.

i. Bacalah ayat kedelapan sebanyak 20 kali.

j. Keempat ayat (ayat 5-8) di atas dari awal hingga akhir digabungkan dan dibaca ulang

sebanyak 20 kali.

k. Bacalah ayat pertama hingga ayat ke 8 sebanyak 20 kali untuk memantapkan

hafalannya. Demikian seterusnya pada setiap surah hingga selesai menghafal seluruh

surah dalam Al-Quran. Jangan menghafal dalam sehari lebih dari seperlapan (1/8)

juzuk, kerana akan menyebabkan hafalan bertambah berat dan sukar.

Kaedah Menambah Hafalan

Jika ingin menambah hafalan baru (halaman selanjutnya) pada hari berikutnya, maka sebelum

menambah dengan hafalan baru dengan kaedah yang sebutkan di atas, maka anda harus

membaca hafalan lama (halaman sebelumnya) dari ayat pertama hingga ayat terakhir (muraja‟ah)

sebanyak 20 kali supaya hafalan ayat-ayat sebelumnya tetap kukuh dan kuat dalam ingatan.

Kemudian setelah mengulangi (murajacah) maka memulai hafalan baru dengan kaedah yang

disebutkan di atas.

Kaedah Menggabungkan Antara (Murajacah) Dengan Menambah Hafalan Baru

a. Jangan sekali-kali kamu menambah hafalan Al-Qur`an tanpa mengulang hafalan yang

sudah ada sebelumya. Ini boleh menyebabkan banyak kehilangan hafalan yang

pernah dibuat sebelum ini. Oleh itu, kaedah yang paling tepat dalam menghafal

adalah dengan menggabungkan antara murajacah (mengulang) dan menambah

hafalan baru.

b. Bahagilah isi Al-Qur`an menjadi tiga bahagian, di mana mana satu bahagian

mengandungi 10 juzuk. Jika dalam sehari telah menghafal satu halaman maka

ulangilah dalam sehari empat halaman yang telah dihafal sebelumnya hingga

menyelesaikan 10 juzuk. Jika telah menghabiskan 10 juzuk maka berhentilah

menghafal selama satu bulan penuh dan isi dengan mengulang apa yang telah dihafal,

dengan cara setiap hari mengulangi (murajacah) sebanyak 8 halaman.

c. Setelah selesai satu bulan kamu mengulangi hafalan, sekarang mulailah kembali

dengan menghafal hafalan baru sebanyak satu atau dua lembar tergantung

kemampuan, sambil kamu mengulangi setiap harinya 8 halaman hingga kamu bisa

menyelesaikan hafalan 20 juzuk. Jika kamu telah menghafal 20 juzuk maka

berhentilah menghafal selama 2 bulan untuk mengulangi hafalan 20 juzuk, dimana

setiap hari hendaklah mengulangi (murajacah) sebanyak 8 halaman. Jika sudah

mengulang selama dua bulan, maka mulailah kembali dengan menghafal hafalan baru

sebanyak satu atau dua lembar mengikut kemampuan, sambil mengulangi setiap hari

8 halaman sehingga menyelesaikan keseluruhan Al-Qur`an.

Page 6: PENEKANAN TERHADAP AYAT-AYAT …conference.kuis.edu.my/.../2015/1037-irsyad-2015.pdfa. Jangan sekali-kali kamu menambah hafalan Al-Qur`an tanpa mengulang hafalan yang sudah ada sebelumya.

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

6

d. Jika telah selesai menghafal semua isi Al-Qur`an, maka ulangilah 10 juzuk pertama

secara tersendiri selama satu bulan, dimana setiap harinya mengulangi setengah

juzuk. Kemudian pindahlah ke 10 juzuk berikutnya, juga diulang setengah juz

ditambah 8 halaman dari sepuluh juz pertama setiap harinya. Kemudian pindahlah

untuk mengulang 10 juzuk terakhir dari Al-Qur`an selama sebulan, dimana setiap

harinya mengulang setengah juz ditambah 8 halaman dari 10 juzuk pertama dan 8

halaman dari 10 juzuk kedua.

Kaedah Murajacah Al-Quran (30 Juz) Setelah Menyelesaikan Kaedah Muraja

cah di Atas.

a. Mulailah mengulangi Al-Qur`an secara keseluruhan dengan cara setiap harinya

mengulang 2 juzuk, dengan mengulanginya 3 kali dalam sehari. Dengan cara ini,

mudah untuk mengkhatamkan Al-Qur`an sekali dalam setiap dua minggu.

b. Dengan kaedah seperti ini maka dalam jangka satu tahun (insyaAllah) telah mutqin

(kukuh) dalam menghafal Al-Qur`an, dan lakukanlah cara ini selama setahun penuh.

Kesimpulannya, kaedah yang dibuat bertujuan untuk menjadikan seseorang penghafaz

dapat lancar setiap ayat, mengecam kesamaran dan mampu mengingat dengan baik.

AYAT-AYAT YANG MEMPUNYAI KESAMARAN (MUTASYABIHAT AL-ALFAZ)

Dalam al-Quran ayat-ayat yang mengelirukan ada banyak. Sebenarnya ianya juga bergantung

kepada individu penghafaz sendiri untuk menekuni masalah tersebut. Ini kerana tanpa usaha ini

maka ayat kesamaran baginya bukanlah pada sesetangah ayat bahkan adalah kesemua yang

dihafaznya. Dalam surah-surah dalam al-Quran secara umumnya dapat dikategorikan kesamaran

itu dalam lima kategori iaitu:

1. Ayat yang mempunyai kesamaran dua perkataan atau lebih, dan ayat tersebut yang

tempatnya lebih awal dimulai dengan huruf yang awal dalam susunan huruf hijaiyyah.

Contohnya ialah dalam surah al-Baqarah pada tempat yang pertama terlibat iaitu ayat 18

iaitu:

Ayat ini mempunya kesamaran dengan ayat 171 dalam surah yang sama iaitu firman

Allah:

Page 7: PENEKANAN TERHADAP AYAT-AYAT …conference.kuis.edu.my/.../2015/1037-irsyad-2015.pdfa. Jangan sekali-kali kamu menambah hafalan Al-Qur`an tanpa mengulang hafalan yang sudah ada sebelumya.

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

7

Dalam dua ayat di atas, kesamaran yang ada ialah pada kalimah (يرجعون) dan (يعقلون). Huruf ra’ (ر) pada tempat pertama adalah terdahulu susunannya dalam huruf hijaiyyah

berbanding dengan huruf ‘ain (ع).

2. Ayat yang mempunyai kesamaran dua perkataan atau lebih, dan ayat tersebut yang

tempatnya lebih awal dimulai dengan huruf yang terkemudian dalam susunan huruf

hijaiyyah. Contohnya ialah dalam surah al-Baqarah kategori ini pada tempat yang

pertama terlibat iaitu ayat 35 iaitu:

Dalam ayat di atas, ianya mempunyai kesamaran dengan surah yang sama pada ayat 58

iaitu firman Allah:

Dalam dua ayat di atas kesamarannya ialah antara (رغدا حيث شئتما), yang awal

kedudukannya dalam surah al-Baqarah dengan (حيث شئتم رغدا) yang terkemudian. Tempat

yang pertama terlibat dimulai dengan huruf ra’ (ر) yang terdahulu dalam susunan

hijaiyyah berbanding huruf ha’ (ح).

3. Kesamaran yang melibatkan tambahan satu huruf atau lebih, atau penambahan satu

kalimah atau lebih pada tempat yang awal terlibat. Tempat yang pertama terlibat dalam

kategori ini ialah ayat 23 dalam surah al-Baqarah, iaitu firman Allah Taala:

Kesamaran yang ada ialah pada surah Yunus ayat 38, iaitu firman Allah Taala:

Page 8: PENEKANAN TERHADAP AYAT-AYAT …conference.kuis.edu.my/.../2015/1037-irsyad-2015.pdfa. Jangan sekali-kali kamu menambah hafalan Al-Qur`an tanpa mengulang hafalan yang sudah ada sebelumya.

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

8

Dalam dua ayat di atas, ada penambahan perkataan (من) pada tempat yang terdahulu iaitu

pada ayat 35 berbanding tiada penambahan pada tempat yang kedua.

4. Kesamaran yang melibatkan pengurangan satu huruf atau lebih, atau pengurangan

satu kalimah atau lebih pada tempat yang awal terlibat (berlawanan dengan kategori

ketiga). Tempat yang pertama terlibat dalam kategori ini ialah ayat 36 dalam surah al-

Baqarah, iaitu firman Allah Taala:

Kesamaran yang ada ialah pada surah al-A`raf ayat 24, iaitu firman Allah Taala:

Terdapat juga dalam surah Taha ayat 123, iaitu firman Allah Taala:

Dalam ayat-ayat di atas, ada penambahan perkataan (منها جميعا) pada tempat yang ketiga

yang tidak terdapat dalam dua tempat sebelumnya.

5. Ayat-ayat yang mempunya persamaan pada awalnya dan berlainan pada akhirnya. Ayat

yang pertama terlibat dalam kategori ini ialah ayat 14 dalam surah al-Baqarah, iaitu

firman Allah Taala:

Ayat di atas bersamaran dengan ayat 76 dalam surah yang sama, iaitu firman

Allah Taala:

Page 9: PENEKANAN TERHADAP AYAT-AYAT …conference.kuis.edu.my/.../2015/1037-irsyad-2015.pdfa. Jangan sekali-kali kamu menambah hafalan Al-Qur`an tanpa mengulang hafalan yang sudah ada sebelumya.

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

9

KESAMARAN KATEGORI PERTAMA

Iaitu ayat yang mempunyai kesamaran dua perkataan atau lebih, dan ayat tersebut yang

tempatnya lebih awal dimulai dengan huruf yang awal dalam susunan huruf hijaiyyah. Terdapat

18 tempat yang terlibat kesemuanya dalam surah ini dan penulis hanya mengemukakan beberapa

tempat sebagai contoh.

1. Surah al-Baqarah.

Dalam surah ini sebanyak 18 tempat yang terlibat. Contoh-contoh adalah seperti berikut:

1.1 Ayat 18 dan 171.

1.2 Surah al-Baqarah ayat 23, surah Yunus ayat 38 dan surah Hud ayat 13.

1.3 Surah al-Baqarah ayat 34, al-A`raf ayat 11, al-Hijr ayat 31 dan Sad ayat

74.

Page 10: PENEKANAN TERHADAP AYAT-AYAT …conference.kuis.edu.my/.../2015/1037-irsyad-2015.pdfa. Jangan sekali-kali kamu menambah hafalan Al-Qur`an tanpa mengulang hafalan yang sudah ada sebelumya.

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

10

1.4 Surah al-Baqarah ayat 36, al-A`raf ayat 20,dan surah Taha ayat 120.

..

1.5 Surah al-Baqarah ayat 48 dan 123.

1.6 Surah al-Baqarah ayat 49, al-A`raf 141 dan surah Ibrahim ayat 6.

Page 11: PENEKANAN TERHADAP AYAT-AYAT …conference.kuis.edu.my/.../2015/1037-irsyad-2015.pdfa. Jangan sekali-kali kamu menambah hafalan Al-Qur`an tanpa mengulang hafalan yang sudah ada sebelumya.

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

11

Dalam ayat di atas juga terdapat kesamaran yang lain yang perlu diberi perhatian

iaitu penggunaan lafaz (نجينكم), (أنجينكم) dan (أنجــكم) serta penggunaan lafaz (يذبحون), .(ويذبحون) dan (يقتلون)

1.7 Surah al-Baqarah ayat 57, al-A`raf ayat 160 dan Taha ayat 8.

Perlu diberi perhatian bahawa terdapat kesamaran lain dalam ayat-ayat di atas

iaitu penggunaan lafaz (أنزلنا) dengan (نزلنا).

1.8 Surah al-Baqarah ayat 58 dan surah al-A`raf ayat 161.

Page 12: PENEKANAN TERHADAP AYAT-AYAT …conference.kuis.edu.my/.../2015/1037-irsyad-2015.pdfa. Jangan sekali-kali kamu menambah hafalan Al-Qur`an tanpa mengulang hafalan yang sudah ada sebelumya.

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

12

Perlu diberi perhatian terdapat juga kesamaran yang lain dalam kedua ayat di atas

iaitu:

a. Dalam surah al-Baqarah menggunakan lafaz (وإذ قلنا), manakala surah al-A`raf

( قيلوإذ ).

b. Dalam surah al-Baqarah menggunakan lafaz (ادخلوا), manakala surah al-A`raf

.(اسكنوا)c. Dalam surah al-Baqarah menggunakan lafaz (فكلوا منها حيث شئتم رغدا), manakala

surah al-A`raf (وكلما منها حيث شئتم).

KESAMARAN KATEGORI KEDUA

Ayat yang mempunyai kesamaran dua perkataan atau lebih, dan ayat tersebut yang tempatnya

lebih awal dimulai dengan huruf yang terkemudian dalam susunan huruf hijaiyyah. Contoh-

contoh ayat yang terlibat adalah berpandukan surah al-Baqarah.

1. Surah al-baqarah ayat 35 dan 58.

2. Surah al-Baqarah ayat 60 dan al-A`raf ayat 160.

3. Surah al-Baqarah ayat 62, al-Maidah ayat 69 dan al-Hajj ayat 17.

Page 13: PENEKANAN TERHADAP AYAT-AYAT …conference.kuis.edu.my/.../2015/1037-irsyad-2015.pdfa. Jangan sekali-kali kamu menambah hafalan Al-Qur`an tanpa mengulang hafalan yang sudah ada sebelumya.

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

13

Dalam kesemua ayat di atas terdapat kesamaran lain iaitu:

a. Pada surah al-Maidah mengguakan lafaz (الصبئون) manakala dalam surah al-Baqarah

dan al-Hajj mengguakan lafaz (والصبئين).

b. Terdapat tambahan pada surah al-Baqarah iaitu (فلهم أجرهم عند ربهم). c. Tambahan (والمجوس والذين أشركوا).

4. Surah al-Baqarah ayat 95, dan al-Jumu`ah ayat 7.

5. Surah al-Baqarah ayat 129 dan 151, Ali `Imran 164 dan al-Jumu`ah ayat 2.

Page 14: PENEKANAN TERHADAP AYAT-AYAT …conference.kuis.edu.my/.../2015/1037-irsyad-2015.pdfa. Jangan sekali-kali kamu menambah hafalan Al-Qur`an tanpa mengulang hafalan yang sudah ada sebelumya.

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

14

Perlu diperhatikan pada ayat titik kedua dan ketiga dan keempat menggunakan lafaz

.(ويزكيهم ويعلمهم)

KESAMARAN KATEGORI KETIGA

Kesamaran yang melibatkan tambahan satu huruf atau lebih, atau penambahan satu kalimah

atau lebih pada tempat yang awal terlibat.

1. Surah al-Baqarah ayat 23, Yunus ayat 38, al-A`raf ayat 43, dan.

2. Surah al-Baqarah ayat 25 dan al-Taubah ayat 100.

3. Surah al-Baqarah ayat 35 dan al-A`raf ayat 19.

KESAMARAN KATEGORI KEEMPAT

Iaitu yang melibatkan pengurangan satu huruf atau lebih, atau pengurangan satu kalimah atau

lebih pada tempat yang awal terlibat (berlawanan dengan kategori ketiga).

Page 15: PENEKANAN TERHADAP AYAT-AYAT …conference.kuis.edu.my/.../2015/1037-irsyad-2015.pdfa. Jangan sekali-kali kamu menambah hafalan Al-Qur`an tanpa mengulang hafalan yang sudah ada sebelumya.

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

15

1. Surah al-Baqarah ayat 36, al-A`raf ayat 24 dan Taha ayat 123.

Terdapat kesamaran lain dalam ayat di atas yang patut diberi perhatian iaitu:

a. Lafaz yang digunakan dalam surah al-Baqarah ialah (وقلنا) manakala dalam surah al-

A`raf dan Taha menggunakan lafaz (قال). b. Dalam surah al-Baqarah dan al-A`raf menggunakan lafaz (اهبطوا) dan dalam surah

Taha dengan lafaz (اهبطا).

2. Surah al-Baqarah ayat 38, al-A`raf ayat 24 dan Taha ayat 123.

3. Surah al-Baqarah ayat 80 dan Ali `Imran ayat 24.

KESAMARAN KATEGORI KELIMA

Ayat-ayat yang mempunya persamaan pada awalnya dan berlainan pada akhirnya.

1. Surah al-Baqarah ayat 14 dan 76.

Page 16: PENEKANAN TERHADAP AYAT-AYAT …conference.kuis.edu.my/.../2015/1037-irsyad-2015.pdfa. Jangan sekali-kali kamu menambah hafalan Al-Qur`an tanpa mengulang hafalan yang sudah ada sebelumya.

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

16

2. Surah al-Baqarah ayat 16 dan 175.

3. Surah al-Baqarah ayat 146 dan al-An`am ayat 20.

4. Surah al-Baqarah ayat 214 dan Ali `Imran ayat 142.

Page 17: PENEKANAN TERHADAP AYAT-AYAT …conference.kuis.edu.my/.../2015/1037-irsyad-2015.pdfa. Jangan sekali-kali kamu menambah hafalan Al-Qur`an tanpa mengulang hafalan yang sudah ada sebelumya.

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

17

Kelima-lima kategori ini hanyalah sebagai panduan kepada para penghafaz untuk mengingat

dan mengecam ayat-ayat yang akan menjadi punca kekeliruan dalam bacaan.

Walaubagaimana pun, pengetahuan semata-mata tidak mencukupi untuk mandapatkan hasil

yang memuaskan. Latih tubi dan teknik yang betul adalah jalan termudah untuk kesan yang

diharapkan.

KESIMPULAN

Walaupun segala kesamaran ini dapat dikesan dan dibandingkan, ianya hanyalah sebagai sekadar

catatan yang tidak mendatangkan apa-apa manfaat, selagi tiada kesedaran, latih tubi (ulangan

yang kerap) dan kesungguhan penghafaz mengharapkan kesan yang maksimum. Kerana tanpa

semua itu hafazan akan kelam dan tiada faedah seseorang itu menghafaz kerana apa yang

dihafaznya adalah kesamaran. Oleh yang demikian hendaklah seseorang itu mengambil kira

perkara berikut:

1. Niatnya menghafaz al-Quran

2. Mendatangkan kecintaannya kepada al-Quran dan kepada yang diturunkan al-Quran,

lebih-lebih lagi kepada yang menurunkan al-Quran.

3. Menghargai masa yang ada untuk benar-benar dimanfaatkan.

4. Menyedari bahawa dirinya adalah sebagai seorangyang berkhidmat untuk agamanya, dan

meletakkan dirinya dalam keadaan yang bermaruah tinggi yang selayaknya.

5. Menjaga pantang larang yang boleh menjauhkan dirinya daripada Allah,

6. Menjaga pantang larang yang boleh menjejaskan hafazannya.

7. Membanyakkan membaca al-Quran dan biasakan dengan rutin dan jadual diri, dan

melatih diri memanfaatkan kesempatan yang ada.

8. Menghargai hafazan yang telah dihafaz dengan menjaganya sebaik mungkin. Penjagaan

yang rapi akan memberikan kesempatan untuknya untuk mendalami perkara lain seperti

ilmu hadis, fikah dan sebagainya dalam fardu ain dan kifayah.

9. Menyedari kelemahan diri untuk diperbaiki.

10. Bersabar dan bersungguh amat diperlukan kerana itulah kunci kejayaan.

RUJUKAN

Al-Quran al-Karim.

Abdul Mun`im Kamil Syair, t.tarikh . Dalil al-Hairan fi Mutasyabihat al-Quran, Dar Tair al-

Ilmi, t.tarikh, Cairo

Ahmad bin Ali bin Hajar al-Asqalani. 2000 / 1420H. Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari, Dar

al-Fikr, Beyrut.

Abdul Hafiz Bin Haji Abdullah. 2005. Sistem Pembelajaran Dan Kaedah Hafazan Al-Qur’an

Yang Efektif: Satu Kajian Di Kuala Lumpur Dan Terengganu, Universiti Teknologi Malaysia.

Page 18: PENEKANAN TERHADAP AYAT-AYAT …conference.kuis.edu.my/.../2015/1037-irsyad-2015.pdfa. Jangan sekali-kali kamu menambah hafalan Al-Qur`an tanpa mengulang hafalan yang sudah ada sebelumya.

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

18

Mujamma’ Khadim al-Haramayn al-Sharifayn al-Malik al-Fahd Li Tiba’at al-Mushaf al-Sharif.

1413H. Al-Quran al-Karim Wa Tarjamat Ma’anihi Ila al-Lughat al-Indunusiyyah. Madinah al-

Munawwarah.

Mustafa Murad. 2003. Kaifa Tahfaz Al-Quran, Dar Al-Fajr Li Al-Turath, Cairo.

Yahya bin Sharafudin al-Nawawi. 1992/1413H. Al-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran, Dar al-

Nafais.

Zulkifli Remli. 2012. Kajian Kaedah Atau Method Hafazan Antara Dua Institusi Tahfiz Al-

Quran Di Malaysia, Open University Malaysia.