Penemuan Tarikh BAru Pengasasan Empayar …1262 PENEMUAN TARIKH BARU PENGASASAN EMPAYAR KERAJAAN...

10

Transcript of Penemuan Tarikh BAru Pengasasan Empayar …1262 PENEMUAN TARIKH BARU PENGASASAN EMPAYAR KERAJAAN...

Page 1: Penemuan Tarikh BAru Pengasasan Empayar …1262 PENEMUAN TARIKH BARU PENGASASAN EMPAYAR KERAJAAN MELAYU MELAKA 1. Pendahuluan Tarikh tepat penubuhan kerajaan kesultanan Melayu Melaka
Page 2: Penemuan Tarikh BAru Pengasasan Empayar …1262 PENEMUAN TARIKH BARU PENGASASAN EMPAYAR KERAJAAN MELAYU MELAKA 1. Pendahuluan Tarikh tepat penubuhan kerajaan kesultanan Melayu Melaka

1262 PENEMUAN TARIKH BARU PENGASASAN EMPAYAR KERAJAAN MELAYU MELAKA

KANDUNGANICONTENTS BAB / CHAPTER HALAMAN / PAGE

SEKAPUR SIREH SEUNTAI BAHASA CAHAYA TINTA

PENEMUAN TARlKH BARU PENGASASAN EMPAYAR KERAJAAN MELAYU MELAKA 1262

1. Pendahuluan 2. Beberapa Tarikh Lain 3.0. Beberapa amatan 4.0. SULALAT-US-SALATIN: BEBERAPA CATATAN

PENGENALAN 5.0. Sulalat-us-Salatin Raja Bungsu 6.0. Sulalat-us-Salatin Raja Bungsu dan Salasilah Raja-Raja Melayu

Singapura dan Melaka 7. RUMUSAN 8. Susul Bicara: Beberapa Persoalan dan Ulasan

SUMBER KAJIAN

LAMPIRAN Lampiran 1 Lampiran 2 Lampiran 3 Lampiran 4 Lampiran 5 Lampiran 6 Larnpiran 7

A NEW DATE ON THE ESTABLISHMENT OF THE MELAKA MALAY SULTANATE DISCOVERED

1. Introduction 2. Other Possible Dates 3. O. Analysis 4. O. Sulalat-us-Salatin: An Introduction 5. O. Sulalat-us-Salatin Raja Bungsu 6.0. Sulalat-us-Salatin Raja Bungsu and the Family Pedigree of

Malay Sultans of Singapore and Malacca 7. Summary 8. Susul Bicara: Questions and Explanations

SOURCES REFERENCES

APPENDIXES Appendix 1 Appendix 2 Appendix 3 Appendix 4 Appendix 5 Appendix 6 Appendix 7

2 3 4

5

6 7 8 10

11 12

16 17

23 23

25 25 26 27 28 29 30 33

41

42 43 44 46 47 48

52 53 58 59

61 61 62 63 64 65 66 69

Page 3: Penemuan Tarikh BAru Pengasasan Empayar …1262 PENEMUAN TARIKH BARU PENGASASAN EMPAYAR KERAJAAN MELAYU MELAKA 1. Pendahuluan Tarikh tepat penubuhan kerajaan kesultanan Melayu Melaka

1262 PENEMUAN TARIKH BARU PENGASASAN EMPAYAR KERAJAAN MELAYU MELAKA

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

Saya ucapkan tahniah kepada Institut Kajian Sejarah Dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) dan Jabatan Sejarah Universiti Malaya kerana berjaya menerbitkan buku 1262 Penemuan Tarikh Baru Pengasasan Empayar Kerajaan Melayu Melaka.

Empayar Kerajaan Melayu melaka begitu terkenal di seluruh nusantara dan seantero dunia dari segi pentadbiran, perdagangan, hubungan politik, perpaduan dan kebijaksanaan. Secara kasarnya, Melaka ketika itu adalah sebuah negara yang telah mempunyai sejarah yang lama dan tamadun yang tinggi. Tidak mungkin kerajaan Melaka hanya berusia 111 tahun sahaja. Justeru, kerajaan Melaka atas nasihat dari Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil Bin Yaakob, Yang di-Pertua Negeri Melaka telah membuat satu keputusan supaya kajian dan penyelidikan dilakukan untuk mendapatkan tarikh sebenar penubuhan Empayar Kerajaan Melayu Melaka .

Institut Kajian Sejarah Dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) telah menjalin kerjasama penyelidikan dengan Jabatan Sejarah Univeriti Malaya, Unversiti Sains Malaysia dan Unversiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan kajian penyelidikan sama ada dalam negara dan luar negara untuk mendapatkan tarikh tepat penubuhan Empayar Kerajaan Melayu Melaka.

Saya amat berharap penerbitan buku ini akan memberikan sumbangan yang bermakna kepada sejarah tanah air bagi meningkatkan kesedaran warisan Melaka selaras pengiktirafan Melaka sebagai Bandaraya Warisan Dunia oleh UNESCO. Adalah diharapkan kajian penyelidikan ini akan menjadi rujukan kepada pengkaji, peminat sejarah, generasi muda dan masyarakat negara kita. Tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan usaha ini.

Sekian. Wassalam

3:>atuk Seri Hj. Mohd Ali Rustam -=:J(etua Menreri Me1aka

2

Page 4: Penemuan Tarikh BAru Pengasasan Empayar …1262 PENEMUAN TARIKH BARU PENGASASAN EMPAYAR KERAJAAN MELAYU MELAKA 1. Pendahuluan Tarikh tepat penubuhan kerajaan kesultanan Melayu Melaka

1262 PENEMUAN TARIKH BARU PENGASASAN EMPAYAR KE RAJAAN MELAYU MELAKA

Assalamualaikum w.b.t

Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana Institut Kajian Sejarah Dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) dengan kerjasama Jabatan Sejarah Universiti Malaya telah berjaya menerbitkan buku 1262 Penemuan Tarikh Baru Pengasasan Empayar Kerajaan Melayu Melaka. Kajian dan penyelidikan untuk mendapatkan tarikh sebenar penubuhan negeri Melaka merupakan kesinambungan dari hasil-hasil kajian sejarah Mela!{a yang telah ditulis sebelum ini oleh sejarawan seperti Prof. Emer Datuk Wira Dr. Mohd Yusoff Hashim.

Pihak IKSEP ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada kumpulan pakar penyelidik dari Jabatan Sejarah Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan dan Universiti Sains Malaysia yang telah bekerjasama untuk menjalankan penyelidikan ini bermula dari jun 2009. Jawatankuasa penyelidik ini telah menjalankan penyelidikan dan kerja lapangan di Malaysia dan Indonesia (Kepulauan Riau-Pulau Bintan , Pulau Penyengat, Pulau Singkep, dan Pulau Lingga), Sumatera Selatan - (Palembang Dan Jambi) , dan Sumatera Barat - (Padang Dan Batu Sangkar).

Seminar tahun pengasasan Kerajaan Melayu Melaka (KMM) pada 31 Mei 2010 juga telah diadakan dan telah menggariskan beberapa resolusi menetapkan tahun pengasasan Kerajaan Melayu

Melaka telah ditubuhkan pada tahun 1262.

Adalah diharapkan dengan penerbitan buku ini akan menjadi rujukan kepada pencinta sejarah tanah air dan merintis lebih banyak lagi penyelidikan sejarah tentang keagungan kesultanan Melayu Melaka dan negeri-negeri lain dalam negara kita. Sekian.

Datuk Haji Aziz Ujang Pengurus Besar Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP)

3

Page 5: Penemuan Tarikh BAru Pengasasan Empayar …1262 PENEMUAN TARIKH BARU PENGASASAN EMPAYAR KERAJAAN MELAYU MELAKA 1. Pendahuluan Tarikh tepat penubuhan kerajaan kesultanan Melayu Melaka

1262 PENEMUAN TARIKH BARU PENGASASAN EMPAYAR KERAJAAN MELAYU MELAKA

OJ'«II«tkt OJ~94~~~ OJ~

Assalamualaikum W. B. T Dan Salam Sejahtera

Kerajaan dan kesultanan Melayu Melaka telah diasaskan oleh Parameswara atau Iskandar Syah. Namun begitu tarikh penubuhan kerajaan ini sebelum ini tidak dapat dinyatakan dengan pasti. Sumber sebelum ini hanya berasaskan pendapat para penulis Portugis kurun ke-16 dan andaian serangan Majapahit ke atas Palembang yang dikatakan berlaku pada 1397 serta butiran kehadiran raja-raja Melaka ke Gina dalam catatan rasmi kerajaan Ming pada awal kurun ke-15, para sarjana umumnya menyebut kerajaan Melayu Melaka didirikan sekitar 1400 Masihi. O. W. Wolters yang meneliti sumber Gina dan berpendapat Melaka dibuka oleh Raja Seri Iskandar Syah/Parameswara sama ada pada tahun 1399 atau 1400 Masihi.

Mutakhir ini pakar sejarah Malaysia telah membuat penyelidikan dan kajian dan telah mendapat penemuan baru iaitu tarikh sebenar penubuhan Kerajaan Melayu Melaka berdasarkan sumber sejarah melayu atau Sulalat-us-Salatin (Raffles 18) naskhah Raja Bungsu dan Sumber Belanda adalah pada tahun 1262. Penemuan ini sekaligus menolak pendapat sarjana terdahulu yang mengatakan Melaka dibuka pada 1400 yang digunapakai sehingga hari ini.

Justeru, kerajaan negeri Melaka melalui agensinya Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) telah mengambil inisiatif menganjurkan seminar dan membincangkan penemuan terbaru tarikh Pengasasan Empayar Kerajaan Melayu Melaka 1262 adalah menjadi harapan kita agar kajian dan penyelidikan ilmiah ini akan menjadi pencetus pandangan baru dan bahan rujukan yang penting kepada pencinta sejarah dan pelajar-pelajar sejarah.

Sekian, Terima Kasih .

Profesor Emeritus Datuk Wira Dr Mohd Yusoff Hashim

NAIB CANSELOR KOLE] UNIVERSITI ISLAM MELAKA

4

Page 6: Penemuan Tarikh BAru Pengasasan Empayar …1262 PENEMUAN TARIKH BARU PENGASASAN EMPAYAR KERAJAAN MELAYU MELAKA 1. Pendahuluan Tarikh tepat penubuhan kerajaan kesultanan Melayu Melaka

1262 PENEMUAN TARIKH BARU PENGASASAN EMPAYAR KERAJAAN MELAYU MELAKA

PENEMUAN TARIKH BARU PENGASASAN EMPAYAR KERAJAAN MELAYU MELAKA

1262

ABDUL RAHMAN BIN ISMAIL

ABDULLAH ZAKARIA BIN GHAZALI

ZULKANAIN BIN ABDUL RAHMAN

'Ancient authors were widely at variance in their dating of the foundation of Malacca. The

earliest date assigned to this event was the eighth century of Gaspar Correa, who was

notoriously inaccurate when reporting at second hand. Joao de Barros, an unusually

conscientious and discriminating historian, proposed the first half of the thirteenth century,

Valentijn 1252 or 1253 and Diogo de Couto the first half of the fourteenth century. Eredia,

a scholar of honest intent who lived in Malacca some two centuries after the event,

placed the founding of the city in 1411 , while finally the son of Afonso de Albuquerque,

the conqueror of Malacca, basing his account on original documents, fixed the date at

c. 1420. Among modern scholars, only Gabriel Ferrand has attempted to substantiate

Correa's claim for an eighth century foundation , and his arguments have been effectively

refuted by Rouffaer. The Malay scholar, Otto Blagden, proposed the last quarter of

fourteenth century, while most recent authors have favoured the turn of the century .. ,,'

Wheatley, Paul , The Golden Khersonese, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1961, him.

306-307.

5

Page 7: Penemuan Tarikh BAru Pengasasan Empayar …1262 PENEMUAN TARIKH BARU PENGASASAN EMPAYAR KERAJAAN MELAYU MELAKA 1. Pendahuluan Tarikh tepat penubuhan kerajaan kesultanan Melayu Melaka

1262 PENEMUAN TARIKH BARU PENGASASAN EMPAYAR KERAJAAN MELAYU MELAKA

1. Pendahuluan

Tarikh tepat penubuhan kerajaan kesultanan Melayu Melaka tidak pernah dapat dinyatakan dengan pasti. Sehingga kini belum ditemui sebarang dokumen atau penyataan bertulis sezaman yang sahih tentangnya. Kecuali daripada "Hikayat Melayu" yang menjadi asas penulisan Su/a/at-us-Sa/atin, semua perkara tentangnya ditulis beberapa kurun setelah berlalunya peristiwa yang dibicarakan. Malangnya sehingga kini "Hikayat Melayu" yang asal itu belum lagi ditemui. 1 Para penulis terdahulu memberikan tarikh yang berbeza­beza tentang permulaan kesultanan Melayu Melaka, bermula dari seawal kurun ke-8 Masihi (Gaspar Correa) hingga selewat 1420 Masihi (Braz de Albuquerque). Berasaskan agakan beberapa orang penulis Portugis kurun ke-16 yang memberikan tarikh yang berbagai-bagai dan andaian serangan Majapahit ke atas Palembang pada 1397 serta butiran kehadiran raja-raja Melaka ke Cina dalam catatan rasmi kerajaan Ming pada awal kurun ke-15 ,2 sekumpulan sarjana mengagakkan bahawa kerajaan Melayu Melaka didirikan pada sekitar 1400 Masihi.

Sebagai contoh, setelah meneliti sumber Cina dan Su/a/at-us-Sa/atin, O. W. Wolters yang mengandaikan 8ai-/i-mi-su-/a (Parameswara) dalam catatan Ming sebagai merujuk kepada Raja Seri Iskandar Syah3 dalam Sulalat-us-Salatin, berpendapat bahawa kerajaan Melayu Melaka telah diasaskan pada tahun 1399 atau 1400 Masihi. Sesetengah sarjana pula, dengan mengambil kira tempoh pemerintahan pengasas kerajaan Melaka di Singapura seperti yang disebut dalam catatan Cina, memberikan tarikh yang lebih awal, misalnya 1389/90 atau 1394. Ada sarjana malahan mendakwa pengasas kerajaan Melaka berasal langsung dari Palembang. Perihal tarikh permulaan kerajaan Melayu Melaka ini telah diulas dengan panjang lebar oleh para sarjana; antaranya: R.O. Winstedt, W. Linehan, Paul Wheatley, Christopher Wake, Wang Gungwu, O. W. Wolters, Muhammad Yusoff Hashim, Abu Hassan Sham, Mohd. Dahlan Mansoer dan beberapa orang lain. Secara umumnya mereka sekata bahawa tempoh hayat kesultanan Melayu Melaka hanyalah sekitar satu kurun sahaja. 4 Pelbagai penjelasan telah dikemukakan bagi menerangkan fenomena luar biasa kepesatan pertumbuhan Melaka daripada sebuah kampung di pinggir laut kepada pelabuhan dan pusat perdagangan terkenal di Asia Tenggara.

1 Dalam mukadimah Su/a/at-us-Sa/atin, Raja Di Hil ir antara lain dicatatkan bertitah , " Hamba dengar ada Hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Goa; barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita ... beroleh faedah ia daripadanya ... n (Sulalatus Salatin, selenggaraan A. Samad Ahmad, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, him. 2) . Adalah tidak jelas sam a ada " Hikayat Melayu ': itu disebut secara am atau judul bagi sebuah kitab. Para sarjana berselisih pendapat tentang maksudnya yang sebenar tetapi secara umum berpendapat kltab tersebutlah yang menjadi as as dan induk bagi penulisan semula pad a 1612 dan seterusnya melahirkan beberapa versi Sulalatu-us-Salatin yang ada pada hari ini. R.O. Winstedt misalnya berpendapat pengarang " Hikayat Melayu" adalah seorang yang hidup dan menyaksikan, kalaupun tidak mengalami sendiri sepenuhnya perkembangan yang berlaku pad a zaman akhir kerajaan Melayu Melaka dan permulaan Kerajaan Johor pada akhir kurun ke-15 dan awal kurun ke-16. ( R.O. Winstedt, " The Date, Author and Identity of Original Draft of the Malay Annal ", dalam Sejarah Melayu: The Malay Anna/s, The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, Reprint No. 17, 1998, him. 50; R.O.Winstedt, A History of Classical Malay Literature, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1969, him.

159-160).

2 Tentang sumber Cina dan catatan rasmi wangsa Ming, lihat misalnya Liang Liji , Hubungan Empayar Melaka-Oinasti Tang Abad ke- 15, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1996.

3 Nama ini wujud dalam beberapa catatan. Namun umumnya ia ditulis " Raja Iskandar Syah " sahaja.

4 Lihat Lampiran 2.

6

Page 8: Penemuan Tarikh BAru Pengasasan Empayar …1262 PENEMUAN TARIKH BARU PENGASASAN EMPAYAR KERAJAAN MELAYU MELAKA 1. Pendahuluan Tarikh tepat penubuhan kerajaan kesultanan Melayu Melaka

1262 PENEMUAN TARIKH BARU PENGASASAN EMPAYAR KERAJAAN MELAYU MELAKA

2. 8eberapa Tarikh Lain

Oakwaan bahawa kerajaan Melayu Melaka bermula sekitar 1400 Masihi ini sebenarnya tidak selaras dengan penyataan dalam beberapa sumber lain yang masih dapat dirujuk pada masa kini. Sumber-sumber tersebut yang terdiri daripada sumber tempatan dan luar rantau menyatakan bahawa kerajaan Melayu Melaka telah diasaskan pada sekitar pertengahan kurun ke-13 Masihi dan tempoh hayat kerajaan Melayu Melaka melebihi dua kurun.

2.1. Sebuah naskhah berjudul "Ini Oari Sejarah Melayu Asal Raja-raja" (IOSMAR) yang dalam kepustakaan di barat dikenali sebagai Maxwell 9, misalnya dengan jelas menyatakan bahawa kerajaan Melayu Melaka telah diasaskan pada 1260-an. Menurut dokumen ini , setelah tiga tahun memerintah bermula sanat (tahun) 663 (Hijrah) , Singapura diserang Majapahit lalu raja Singapura yang kelima, Seri Iskandar Syah, "menyebarang ke tanah besar" dan "diperbuatnya pula kota namanya Melaka".5 Naskhah ini tidak menyebut tempoh yang diambil Raja Seri Iskandar Syah dalam perjalanan sebelum sampai ke Melaka. la sebaliknya menyatakan dengan jelas bahawa baginda "memegang perintah 25 tahun ... [yakni] tiga tahun di Singapura, 22 tahun di Melaka". Jadi, menurut sumber ini , kerajaan Melayu Melaka telah dimulai Seri Iskandar Syah pada sanat 666 Hijrah yang bersamaan 1268 Masihi.

2.2. Satu lagi dokumen yang mirip IOSMAR ialah naskhah barjudul "Ceritera Asal Raja­Raja Melayu Punya Keturunan" (CARMPK). Naskhah ini telah dirumikan R. Roolvink dan dimuatkan dalam C.C. Brown, (ed.), Sejarah Melayu or Malay Annals, Oxford University Press, 1970, him. XXVIII-XXXI serta diterbitkan semula sebagai Appendix 0 dalam Muhammad Yusoff Hashim, The Malay Sultanate of Malacca (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm.294-296). Kecuali perbezaan kecil yang nampaknya berlaku dalam proses penyalinan, naskhah ini pada asasnya sama dengan naskhah IOSMAR. Naskhah ini juga menyebut setelah tiga tahun memerintah Singapura bermula sanat 663 (Hijrah) , Raja Seri Iskandar Syah berlepas diri ke Semenanjung kerana serangan Majapahit lalu pada kira-kira sanat 666 (bersamaan 1268 Masihi) membuat kota di tempat yang dinamakan Melaka. Seperti IOSMAR, CARMPK turut menyatakan bahawa Seri Iskandar Syah memerintah Singapura selama tiga tahun dan kemudian Singapura selama 22 tahun.

2.3. Oalam kajian lapangan yang mereka lakukan dalam tahun 2009, Prof. Abdullah Zakaria Ghazali dan Dr. Zulkanain Abdul Rahman telah menemui beberapa sumberl dokumen lain yang juga mencatatkan bahawa kerajaan Melayu Melaka telah didirikan pada sekitar pertengahan kurun ke-13 Masihi. Sumber tersebut berupa empat dokumen yang dinamakan "Salasilah ANM, SP/75", "Salasilah Singkep (Lingga)", "Salasilah Pulau Penyengat" dan "Salasilah Bintan (Tengku Husin)". Menurut dokumen-dokumen ini Kerajaan Melayu Melaka telah didirikan sama ada pada 1249 atau 1251 atau 1254 Masihi. 6

5 Lihat Lampiran 4.

6 Lihat " Laporan Kemajuan Projek Penyelidikan Bagi Mengenal Pasti Tahun Pengasasan Kerajaan Melaka "yang diedarkan dalam mesyuarat khas Jawatankuasa Penyelidikan pad a 20 Februari 2010.

7

Page 9: Penemuan Tarikh BAru Pengasasan Empayar …1262 PENEMUAN TARIKH BARU PENGASASAN EMPAYAR KERAJAAN MELAYU MELAKA 1. Pendahuluan Tarikh tepat penubuhan kerajaan kesultanan Melayu Melaka

1262 PENEMUAN TARIKH BARU PENGASASAN EMPAYAR KERAJAAN MELAYU MELAKA

2.4. Seperti yang dinyatakan da/am pendahuluan, da/am kalangan pencatat/pengkaji barat pun ada yang berpendapat bahawa kerajaan Me/ayu Melaka te/ah diasaskan dalam kurun ke-13. Antaranya termasuklah de Barros yang mengatakan Melaka telah didirikan da/am tahun 1240 Masihi dan Francois Valentijn (Valentyn) yang berpendapat kerajaan tersebut te/ah bermula sama ada pada tahun 1252 atau 1253 Masihi. Satu sumber Belanda yang masih boleh dirujuk pada hari ini, "Lyst der Koningen van Malakka"7 juga menyatakan bahawa kerajaan Me/ayu Me/aka telah bermula pada 1252 Masihi.

2.5. Oilihat secara kese/uruhan, tarikh permulaan kerajaan Melayu Melaka menurut sumber-sumber ini bolehlah di senaraikan seperti berikut:

Sumber/Ookumen

Salasilah ANM, Spn5

Salasilah Singkep (Lingga)

Salasilah Pulau Penyengat

Sumber Belanda (Beschryvinge)

Francois Valentijn

Salasilah Bintan (Tengku Husin)

In; Dari Sejarah Melayu Asal Raja-raja (lDSMAR)

Ceritera Asal Raja-Raja Melayu Punya Keturunan (CARMPK)

3.0. 8eberapa amatan

Tahun (Masihi) Pengasasan Kerajaan Melayu Me/aka

1249 M

1251 M

1251 M

1252 M

125213 M 1254 M

1268 M

1268 M

3.1. Kecuali IOSMAR dan CARMPK yang mencatatkan tarikh berasaskan tahun (sanat) Hijrah iaitu kiraan tarikh yang diamalkan orang Melayu setelah mereka menganut agama Islam, sumber lain dalam senarai di atas merakamkan tarikh dalam kiraan Masihi. Penggunaan tarikh Masihi dalam Salasilah ANM, SP/75, Salasilah Singkep (Lingga), Salasilah Pulau Penyengat dan Salasilah Bintan (Tengku Husin) menandakan bahawa dokumen-dokumen itu terhasil lewat iaitu setelah pengaruh barat kuat bertapak di Nusantara. Besar kemungkinan dokumen-dokumen itu ditulis dalam kurun ke-20, antaranya berasaskan sumber Belanda misalnya "Lyst der Koningen van Malakka" yang juga terhasil tidak lebih awal daripada kurun ke-18.

3.2. Pencatatan tarikh atau "san at" berasaskan kiraan Hijrah membuktikan bahawa kedua-dua sumber, IOSMAR dan CARMPK, dihasilkan oleh orang Melayu sendiri, tetapi am alan mencatat tarikh itu sebenarnya sesuatu yang asing dalam masyarakat Melayu tradisional. Tarikh 1268 Masihi yang tersenarai dalam 2.5. di atas diperoleh setelah "sanat

7 Dokumen ini turut diedarkan dalam mesyuarat khas Jawatankuasa Penyelidikan pada 20 Februari 2010.

8

Page 10: Penemuan Tarikh BAru Pengasasan Empayar …1262 PENEMUAN TARIKH BARU PENGASASAN EMPAYAR KERAJAAN MELAYU MELAKA 1. Pendahuluan Tarikh tepat penubuhan kerajaan kesultanan Melayu Melaka

1262 PENEMUAN TARIKH BARU PENGASASAN EMPAYAR KERAJAAN MELAYU MELAKA

666" dialih ke kiraan menurut tarikh Masihi. Oarjah ketulenan maklumat dalam sumber ini mungkin lebih tinggi dibandingkan dengan keempat-empat sumber lain itu. Namun, dilihat secara keseluruhan terdapat maklumat-maklumat tertentu yang menimbulkan tandatanya. Antaranya di dalam IOSMAR dicatatkan bahawa Sultan Ahmad Syah naik takhta menggantikan ayahandanya Sultan Mahmud Syah pada sanat 922 dan mangkat pada sanat 942/943 (Hijrah). 922 Hijrah adalah bersamaan 1516 Masihi iaitu 5 tahun setelah Melaka ditakluk Feringgi manakala 942 dan 943 Hijrah adalah bersamaan 1535 dan 1536 Masihi iaitu tujuh atau lapan tahun setelah Sultan 'Alauddin Riayat Syah II naik takhta menggantikan ayahendanya Sultan Mahmud Syah yang mangkat di Kampar pada 1528. Tarikh ini nyata salah kerana Raja Ahmad naik takhta pada akhir 1510 atau awal 1511 iaitu sebelum Melaka jatuh ke tangan Feringgi pada bulan Ogos 1511. Baginda mangkat pada sekitar 1516 Masihi. Oi dalam CARMPK pula Sultan Ahmad Syah dikatakan mangkat pada sanat 945 atau 1539 Masihi. Sebagai contoh lain, Seri Iskandar Syah pula dicatatkan naik takhta pada fahun 663, memerintah Singapura selama tiga tahun dan kemudian Melaka selama 22 tahun. Anehnya baginda dikatakan mangkat pada sanat 678, iaitu sepuluh tahun lebih awal daripada tarikh sepatutnya iaitu 688 Hijrah.

3.3. Catatan dalam sumber Belanda, "Lyst der Koningen van Malakka" dapat memperjelaskan lagi punca selisihan tarikh-tarikh yang dikemukakan. Tarikh-tarikh yang tercatat dalam "Lyst der Koningen van Malakka" kelihatan teratur berasaskan tempoh pemerintahan setiap raja Singapura, Melaka dan Johor sehingga 1708 Masihi. Namun, terdapat tarikh yang dirakamkan nyata salahnya. Antaranya, pemerintahan Sultan Mansur Syah dicatatkan berakhir pada 1447 Masihi tetapi pemerintahan penggantinya, Sultan 'Alauddin Ri'ayat Syah pula ditulis sebagai bermula lebih awal iaitu 1337 Masihi. Selain itu, Sultan Ahmad Syah Melaka dicatatkan naik takhta pada 1513 Masihi dan meninggal dunia pada 1540 Masihi, sedangkan umum mengetahui baginda naik takhta pada sekitar akhir tahun 1510 atau awal tahun 1511, terlibat dalam peperangan mempertahankan Melaka daripada serangan Portugis dan meninggal dunia di Bintan sekitar 1516 Masihi.

3.4. Oaripada perbincangan di atas jelaslah terdapat suatu himpunan dokumen atau sumber yang menyatakan bahawa kerajaan Melayu Melaka telah diasaskan oleh Raja Seri Iskandar Syah pada sekitar pertengahan kurun ke-13 Masihi. Soalnya ialah dari manakah sumber-sumber itu mendapat maklumat tentang perkara ini? Kecuali dalam "Lyst der Koningen van Malakka" tiada petunjuk jelas tentang perkara ini dalam sumber-sumber tersebut. Cuma, yang menariknya kedua-dua IOSMAR dan CARMPK mencatatnya dalam sanatltahun Hijrah manakala yang lain-lain termasuk "Lyst der Koningen van Malakka" mencatatnya dalam kiraan Masihi. Kelebihan "Lyst der Koningen van Malakka" ialah di samping tarikh-tarikh disertakan juga tempoh pemerintahan setiap orang raja Singapura, Melaka dan Johor sehingga 1708 Masihi. Jelaslah bahawa dalam hal permulaan kerajaan Melayu Melaka, tarikh 1252 Masihi itu diperoleh secara pengiraan mengundur ke belakang dengan menolak tempoh keseluruhan pemerintahan raja-rajanya daripada sam a ada 1511 atau 1528 Masihi.8 Menurut sumber ini tempoh pemerintahan raja-raja Melaka sehingga 1511 Masihi misalnya ialah selama 259 tahun. Cara pengiraannya ialah: 1511-259 = 1252 Masihi. Sejauh manakah pengiraan ini tepat

8 1511 Masihi ialah tarikh Melaka ditakluk Feringgi dan 1528 ialah tarikh kemangkatan Sultan Mahmud Syah di Kampar.

9