Penerangan Inventori Personaliti Plus

13
7/23/2019 Penerangan Inventori Personaliti Plus http://slidepdf.com/reader/full/penerangan-inventori-personaliti-plus 1/13 1 INVENTORI PERSONALITI PLUS 1.0 PENGENALAN Personaliti Plus diperkenalkan oleh Florence Littaeur. Inventori ini diambil daripada  Florence Littauer’s Personality Plus: How to Understand Others by Understanding Yourself. Inventori ini boleh didapati dalam dua bahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Inventori Personaliti Plus ini terdiri daripada 160 item atau sifat diri. 80 item adalah untuk profil keupayaan “  strengths profile” dan 80 item yang lain adalah untuk profil kelemahan “ weaknesses  profil”. Inventori ini juga dibentuk berdasarkan 4 konstruk utama mengenai jenis personaliti iaitu choleric, melancholy, sanguine dan phlegmatic. 2.0 LATAR BELAKANG Florence Littauer telah dilahirkan pada tahun 1982. Beliau membesar di kedai ayahnya di  Haverhill, Massachusetts, disamping berkongsi tiga bilik dengan keluarganya. Beliau merupakan seorang penulis berkaitan pertolongan diri dalam agama Katolik serta bekerja sebagai  penceramah awam. Ibu bapanya adalah Walter  dan  Katie F. Chapman. Beliau belajar di Universiti Massachusetts dengan mendapat biasiswa, di mana beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Inggeris dengan minor dalam bidang psikiatri. Beliau telah berkahwin dengan  Fred Littauer  pada tahun 1953 dan meninggal pada tahun 2002. Littauer  bertemu suaminya  Fred Littauer  di kem hari Yahudi untuk kanak-kanak perempuan dengan kedua- duanya mengikat tali pertunangan selama setahun. Perkahwinan itu bertemakan „Kehidupan Bersama Untuk Menuju Perkahwinan‟ dan hasil perkahwinan kedua-dua telah mempunyai empat orang anak. Anak ketiga mereka,  Fred Jr "Freddie"  meninggal dunia, dan daripada isu-isu yang

Transcript of Penerangan Inventori Personaliti Plus

Page 1: Penerangan Inventori Personaliti Plus

7/23/2019 Penerangan Inventori Personaliti Plus

http://slidepdf.com/reader/full/penerangan-inventori-personaliti-plus 1/13

1

INVENTORI PERSONALITI PLUS

1.0 PENGENALAN

Personaliti Plus diperkenalkan oleh Florence Littaeur. Inventori ini diambil daripada

 Florence Littauer’s Personality Plus: How to Understand Others by Understanding Yourself.

Inventori ini boleh didapati dalam dua bahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Inventori

Personaliti Plus ini terdiri daripada 160 item atau sifat diri. 80 item adalah untuk profil

keupayaan “ strengths profile” dan 80 item yang lain adalah untuk profil kelemahan “weaknesses

 profil”.  Inventori ini juga dibentuk berdasarkan 4 konstruk utama mengenai jenis personaliti

iaitu choleric, melancholy, sanguine dan phlegmatic.

2.0 LATAR BELAKANG

Florence Littauer telah dilahirkan pada tahun 1982. Beliau membesar di kedai ayahnya di

 Haverhill, Massachusetts, disamping berkongsi tiga bilik dengan keluarganya. Beliau merupakan

seorang penulis berkaitan pertolongan diri dalam agama Katolik serta bekerja sebagai

 penceramah awam. Ibu bapanya adalah Walter   dan  Katie F. Chapman. Beliau belajar di

Universiti Massachusetts dengan mendapat biasiswa, di mana beliau memperolehi Ijazah Sarjana

Muda dalam Bahasa Inggeris dengan minor dalam bidang psikiatri. Beliau telah berkahwin

dengan  Fred Littauer   pada tahun 1953 dan meninggal pada tahun 2002.  Littauer   bertemu

suaminya  Fred Littauer   di kem hari Yahudi untuk kanak-kanak perempuan dengan kedua-

duanya mengikat tali pertunangan selama setahun. Perkahwinan itu bertemakan „Kehidupan

Bersama Untuk Menuju Perkahwinan‟ dan hasil perkahwinan kedua-dua telah mempunyai empat

orang anak. Anak ketiga mereka, Fred Jr "Freddie"  meninggal dunia, dan daripada isu-isu yang

Page 2: Penerangan Inventori Personaliti Plus

7/23/2019 Penerangan Inventori Personaliti Plus

http://slidepdf.com/reader/full/penerangan-inventori-personaliti-plus 2/13

2

 berkaitan dengan sawan dialaminya semasa peringkat awal manakala anak keempat mereka,

 Larry, mengalami masalah otak dan ditempatkan di institusi. Selepas daripada itu, Littauer

mengalami kemurungan yang berterusan sehingga dia bertemu Roy Gustafson, ahli Billy Graham

 Evanelistic Team. Dari pertemuan ini,  Littauer   dan suaminya memulakan pengucapan awam

tentang perniagaan dan menerbitkan satu siri buku bertemakan agama.  Littauers  akan

mempunyai seorang lagi anak selepas kematian  Freddie. Pada bulan Oktober 2002 , Fred  

meninggal dunia akibat serangan jantung di rumah mereka manakala Littauer  menglibatkan diri

dalam dunia percakapan. Disebalik,  Personality: The Story of My Life,  penyuntingan terakhir

dibuat secara berperingkat-peringkat pada masa itu dan Littauer  memasukkan satu penghormatan

kepada mendiang suaminya dalam bab akhir buku ini. Menurut Florence Littauer (2012), “25

tahun yang lalu, seorang kawan memberikan saya sebuah buku mengenai sifat-sifat manusia.

Apabila saya membaca buku itu, saya merasakan seolah-olah penulis itu mengenali diri saya dan

suami saya, Fred, secara rahsia. Setelah betahun-tahun mengajar, dan memberi kaunseling

kepada ramai orang, saya mula menulis buku ini, Personality Plus. Saya sangat bersetuju dengan

kata-kata seorang rakan saya, sekarang saya lebih yakin dan teori sifat-sifat manusia adalah

 penjelasan terbaik terhadap masalah-masalah harian kita.” 

3.0 TUJUAN ALAT UKUR / PERSONALITY PLUS

 Personality Plus  akan menunjukkan bagaimana menilai diri seseorang, mengcukil

kekuatan dan mencantas kekurangan. Apabila kita tahu siapa diri kita dan kenapa kita melakukan

 perkara-perkara tententu, kita akan memahami sifat dalaman kita, memperbaiki personaliti dan

 belajar berinteraksi dengan orang lain.

Page 3: Penerangan Inventori Personaliti Plus

7/23/2019 Penerangan Inventori Personaliti Plus

http://slidepdf.com/reader/full/penerangan-inventori-personaliti-plus 3/13

3

CERIA BERSAMA POPULAR SANGUINE

Popular Sanguine  adalah seorang yang periang dan original. Mereka sukakan sisi indah

kehidupan seperti kisah dewa-dewi dan mahu sentiasa gembira dan bahagia selama-lamanya.

Sikap tipikal seorang  Popular Sanguine  ialah mereka emosional dan mempamerkan perasaan

mereka tanpa ragu, menjadikan sesuatu tugasan kepada sesuatu yang menyeronokkan, dan suka

 bergaul dengan orang ramai.  Popular Sanguine  dapat melihat keseronokkan dalam setiap

 pengalaman dan menceritakan sesuatu kejadian dengan secara berulang kali dan dengan

gambaran yang indah-indah.  Popular Sanguine  bersifat peramah dan optimis. Terdapat 7 ciri

 Popular Sanguine. Antaranya ialah :

i.  Membawa kegembiraan dalam kedukaan.

ii.  Memberi kata-kata yang bernas ketika seseorang patah semangat.

iii.  Menghiburkan seseorang ketika hati resah.

iv.  Memberi cahaya harapan dan menyikirkan kehampaan.

v.  Keterujaan dan tenaga untuk bangkit lagi dan lagi.

vi. 

Kreatif dan menawan untuk mewarnakan hari-hari yang menjemukan.

vii.  Ringkas seperti kanak-kanak dalam situasi yang kompleks.

Walau bagaimanapun, kelemahan popular Sanguine pula adalah tidak pandai mengurus

kadangkala terlalu banyak cakap, mudah terlupa, dan tidak serius. Kebanyakan pengacara TV

serta pegawai pemasaran datang dari kategori ini.

BELAJAR MENGURUS DARI PERFECT MELANCHOLY

Umumnya individu yang mempunyai personaliti ini seorang yang berfikiran

tajam, organized   dan artistik. Oleh sebab terlalu terperinci dan pentingkan details, kadangkala

Page 4: Penerangan Inventori Personaliti Plus

7/23/2019 Penerangan Inventori Personaliti Plus

http://slidepdf.com/reader/full/penerangan-inventori-personaliti-plus 4/13

4

individu ini mudah mendapat tekanan dan perlu bersendirian. Walaupun begitu, kehadiran

mereka sangat diperlukan dalam tugasan mengurus kerana mereka sangat pentingkan

kesempurnaan. Malah artis, pemuisi, penulis sajak lahir dari golongan ini. Jurutera, pensyarah

serta penyelidik juga ramai dari golongan ini.

Jika  Popular Sanguine seorang  ekstrovet , Perfect Melancholy    pula adalah seorang 

introvert. Popular Sanguine gemar bercakap dan membincangkan semua perkara di khayak

ramai sedangkan  Perfect Melancholy berfikiran dalam dan gemar beranalisa.  Popular Sanguine

melihat dunia secara optimis tetapi  Perfect Melancholy dilahirkan dengan sifat pesimis,

menjangka masalah-masalah yang bakal berlaku dan mengira kos dengan teliti sebelum

melakukan apa-apa. Perfect Melancholy selalu ingin tahu isi kandungan semua perkara.

Berpandangan jauh seperti Powerf ul Choleric  

Kebanyakan pemimpin mempunyai personaliti ini. Mereka jenis yang berani kehadapan,

 berkeyakinan tinggi, bercita  –   cita besar dan sukakan cabaran. Lazimnya mereka bijak dalam

membuat keputusan dan membuatkan mereka tidak terlalu bergantung kepada orang lain. Cuma

kelemahannya, mereka agak degil, sukar menerima pandangan berbeza dan tidak sensitif

terhadap perasaan orang lain. Memang sesuai untuk jadi ahli politik.

Powerf ul Choleric   adalah seorang yang dinamik. Mereka dapat mengimpikan impian-

impian yang mustahil dan cuba mencapai bintang-bintang yang sukar dicapai. Seperti kata-kata

Robert Browning, “Impian seseorang mesti lebih daripada gapaiannya jika tidak, apa gunanya

„syurga‟?”. Seorang  Powerful Choleric sering mengorak langkah, cuba mencapai matlamat dan

selalunya berakhir dengan kejayaan. Ketika  Powerful Choleric  berkata-kata dan  Perfect

 Melancholy  berfikir, seorang  Powerful Choleric  akan mencapai cita-citanya. Mereka adalah

Page 5: Penerangan Inventori Personaliti Plus

7/23/2019 Penerangan Inventori Personaliti Plus

http://slidepdf.com/reader/full/penerangan-inventori-personaliti-plus 5/13

5

 personaliti yang paling senang difahami asalkan kita mengikut kata-katanya. Ciri-ciri seseorang

yang mempunyai personaliti Powerful Choleric adalah seperti beikut :

i.  Ketegasan ketika orang lain kehilangan kawalan mereka.

ii.  Membuat keputusan muktamad untuk mereka yang bercelaru.

iii.  Memimpin kita ke arah kejayaan.

iv.  Kerelaan mengambil risiko dalam situasi yang meragukan.

v.  Keyakinan untuk berpegang teguh dengan prinsip walaupun dicerca.

vi.  Keberanian untuk berdiri seorang diri dan menyuarakan pendapat sendiri.

vii. 

Menunjukkan jalan ketika orang lain kesesatan.

viii.  Perangsang untuk menempuh halangan dan mengatasi cabaran.

RELAX BERSAMA PEACEFUL PHLEGMATIC  

Individu yang mempunyai profil ini adalah seorang yang easy-going   dan diplomasi. Mereka

mudah bergaul dengan semua orang dan mempunyai ramai kawan. Kehadiran mereka diperlukan

untuk mencapai perdamaian antara dua pihak di samping menjadi pendengar yang baik. Cuma

lazimnya mereka tidak sukakan risiko dan cabaran. Lebih suka lakukan perkara yang mudah dan

santai. Mereka ini spesies all-rounders. Semua pun boleh jadi.

4.0 PENTADBIRAN INVENTORI PERSONALITI PLUS

Bagi menjawab Inventori Personaliti Plus ini, masa yang diperuntukkan adalah selama 10

hingga 15 minit. Tempoh masa ini adalah yang paling berkesan meskipun jangka masa yang

sebenar untuk menyelesaikan ujian ini tidak ditetapkan. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam

 bilik yang selesa, tidak bising dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi

dan meja. Selain itu, pentadbir ujian mestilah mengingatkan kepada calon yang mengambil ujian

Page 6: Penerangan Inventori Personaliti Plus

7/23/2019 Penerangan Inventori Personaliti Plus

http://slidepdf.com/reader/full/penerangan-inventori-personaliti-plus 6/13

6

supaya mematuhi segala arahan yang telah disediakan di dalam borang soalan. Individu perlu

menjawab ujian ini dengan jujur dan ikhlas iaitu menjawab berdasarkan apa yang sebenarnya

dan bukan berdasarkan kepada apa yang anda fikirkan baik atau orang kata baik. Jawapan

spontan adalah jawapan yang terbaik.

Bagi menjawab ujian ini, calon dikehendaki menanda X pada satu perkataan yang

menggambarkan diri calon daripada 4 pilihan perkataan pada setiap lajur. Jika calon tidak pasti

 perkataan yang paling tepat, calon boleh bertanya kepada ahli keluarga atau rakan atau fikirkan

diri sendiri semasa zaman kanak-kanak. Calon juga diingatkan supaya mengelak dari menjawab

dari sudut kerja dan kerluarga kerana banyak protokol dan prosedur yang perlu diikut.

Kemudian, calon dikehendaki memindahkan semua sifat/perkataan yang telah ditanda X dari

Profil Personaliti kedalam kotak didalam Kertas Skor Personaliti. Calon mestilah diingatkan

 bahawa susunan perkataan dalam kedua-dua kertas adalah tidak sama.

Bagi mengira markah ujian ini, calon dikehendaki menambah keseluruhan markah

 jawapan bagi setiap empat baris dalam Kertas Skor Personaliti dan jumlahkan kedua-dua

kekuatan dan kelemahan. Calon akan mengetahui dominan personaliti dengan melihat markah

yang paling tinggi. Selain itu calon juga dapat mengetahui kombinasi personaliti diri dengan

melihat markah kedua tertinggi.

Page 7: Penerangan Inventori Personaliti Plus

7/23/2019 Penerangan Inventori Personaliti Plus

http://slidepdf.com/reader/full/penerangan-inventori-personaliti-plus 7/13

7

Interpretasi Inventori Personaliti Plus

1. Popular Sanguine

 Popular Sanguine (Burung

Merak)

Unsur alam: tanah

Maksud :bermuka merah

Sifat: ekstrovert, peramah,

optimis

Kata Kunci: Fun, Excitement  

Motto  Fun, Fun, Fun

Kerjaya Jurujual, hiburan, public speaking  

Suara Kuat dan laju; banyak idea, inginkan perhatian

Kekuatan  Promoters, enthusiastic, creative, high energy,

sentiasa bersedia

Kekurangan Pelupa, tidak suka peraturan, emosi tidak

menentu, mudah ubah fikiran

Pakaian Stylish, flamboyant, coloutrful

Perkara

yang tidak

disukai

Tidak dapat bergembira, facts and figures, 

 bersendirian

Realiti  sorang-sorang , balik kursus 5

orang;

 –   walaupun kecil tetapi sangat

gembira, sebulan tak habis cerita;

 –   boleh gantikan pengacara majlis

walaupun short notice;

 –   lupa  park kereta, lupa letak  pen-

drive ; banyak buang masa mencari;

- pagi lain, petang lain.

Page 8: Penerangan Inventori Personaliti Plus

7/23/2019 Penerangan Inventori Personaliti Plus

http://slidepdf.com/reader/full/penerangan-inventori-personaliti-plus 8/13

8

2. Perfect Melancholi c

 Perfect Melancholic  (Burung

Hantu)

Unsur alam: angin

Maksud :sayu, murung, hiba,

sugul yang sempurna

Sifat: introvert, pemikir,

 pesimis

Kata Kunci: why, graphs,

charts, research

Motto Jika ia patut dilakukan, ia patut dilakukan

dengan cara terbaik.

Kerjaya  Accountant, engineer, research

Suara Soft & polite

Kekuatan Organized, planners, accurate, persistent,

 follow through, romantic, loyalty

Kekurangan Over analytical, hard to please, lonely, suka

merajuk

Pakaian  Formal, conservative

Perkara

yang tidak

disukai

 Pushy people, no facts, being late

Realiti  –   teratur, ikut sistem; mula yang

 besar dahulu baru , baru sidai yang kecil-kecil;

 –   pun sama, lipat kain dulu,

kemudian baju, seluar, seluar dalam, akhirnya

nasi lemak kat atas sekali; jadi piramid.

 –   kena picit di bawah

dulu, mesti ikut peraturan.

- beremosi, nangis dulu

sebelum pelakonnya menangis.

Page 9: Penerangan Inventori Personaliti Plus

7/23/2019 Penerangan Inventori Personaliti Plus

http://slidepdf.com/reader/full/penerangan-inventori-personaliti-plus 9/13

9

3. Powerf ul Choleri c

 Powerful Choleric (Burung

Helang)

Unsur alam: api

Maksud :cepat marah, lekas

meradang, sangat kuat,

 berkuasa

Sifat: ekstrovert, pelaksana,

optimis

Kata Kunci: money, power,

control, to the point , gila

kerja

Motto Gets out of my way

Kerjaya CEO, attorney, airline pilot

Suara  Forceful with volume

Kekuatan  Focused, goal oriented, intense, berdikari,

 bakat kepimpinan

Kekurangan Ego, domineering, unteachable, impatient,

 short tempered, tiada tolernsi, kurang fleksibel

Pakaian  Dress for success

Perkara

yang tidak

disukai

 Indecision, chit-chat, losing control

Realiti

4. Peaceful Phlegmatic

 Peaceful phlegmatic  (Burung

Merpati)

Unsur alam: air

Maksud :air yang tenang dan

dingin, dingin kepala,

 berdarah dingin

Sifat: introvert, pemerhati,

 pesimis

Motto  Let’s be friends

Kerjaya Teacher, nurse, counselor

Suara Soft and gentle

Kekuatan  Dependable, team player, patient, supportive,

nurturing, calm, good listener

Kekurangan Over sensitive, followers, not goal oriented

Pakaian Casual and comfortable

Perkara  Pushy people, bullies, conflict

Page 10: Penerangan Inventori Personaliti Plus

7/23/2019 Penerangan Inventori Personaliti Plus

http://slidepdf.com/reader/full/penerangan-inventori-personaliti-plus 10/13

10

Kata Kunci: team, together,

relationship, family 

yang tidak

disukai

Realiti

Inventori Personality Plus ini sesuai digunakan untuk individu, pasangan, ibu bapa dan

syarikat pencari pekerja bagi mengenali personaliti dengan lebih mendalam lagi. Selain itu,

terdapat tiga jenis Inventori Personality Plus iaitu : -

a)  Personality Plus for Parents: Understanding What Makes Your Child Tick (2000)

 b)  Personality Plus for Couples: Understanding Yourself and the One You

 Love (2001)

c)  Personality Plus at Work: How to Work Successfully with Anyone (2011)

Ketiga-tiga inventori ini menggunakan inventori yang sama, cuma intepretasi terhadap skor yang

diperolehi sedikit berbeza di mana interpretasi diberikan berdasarkan jenis calon yang menjawab. 

Dalam perkara di atas telah menyentuh berkaitan dengan tujuan inventori ini dan cara

 pentadbiran inventori kepada umum. Melihat kepada tujuan dan pentadbiran inventori

semestinya sesuatu alat pengujian itu tidak dapat lari daripada kebolehpercayaan dan kesahan.

 Namun berdasarkan kepada kesahan tiada data ditemui, namun setelah melihat dengan mata

kasar, inventori ini, sebenarnya ia mengukur konstruk personaliti dari pelbagai aspek status

seseorang individu. Begitu juga kebolehpercayaan, tiada data ditemui berkaitan dengan nilai

 Alpha Cronbach yang diperolehi berhubung inventori ini. dan kedua-dua perkara ini, merupakan

salah satu kelemahan yang ada pada inventori ini.

Page 11: Penerangan Inventori Personaliti Plus

7/23/2019 Penerangan Inventori Personaliti Plus

http://slidepdf.com/reader/full/penerangan-inventori-personaliti-plus 11/13

11

6.0 KOMEN BERKAITAN INVENTORI PERSONALITY PLUS

Inventori  Personality Plus  ini mengandungi 160 item, di mana 80 item konstruk bagi

kekuatan yang ada pada seseorang dan 80 item kelemahan yang terdapat pada seseorang. Apabila

inventori telah selesai dijawab, jumlah skor akan dipindahkan ke dalam kertas skor personaliti.

Hasil skor yang diperolehi akan dapat menentukan jenis personaliti yang dimiliki individu.

 Namun begitu, setelah mencari pelbagai maklumat berkaitan dengan inventori ini, didapati

 bahawa inventori ini kurang digunakan oleh pengkaji yang mengkaji berkaitan dengan

 personaliti. Disebabkan kurangnya kajian dan penggunaan inventori ini keputusan terhadap

kebolehpercayaan dan kesahannya juga kurang ditemui. Item yang dinyatakan juga turut

menggunakan satu perkataan sahaja bagi menggambarkan sesuatu sifat yang ada pada seseorang,

dan dengan perkataan yang spesifik akan lebih memudahkan peserta untuk mengenali diri

mereka dengan lebih jelas, semasa menjawab soalan. Inventori  Personality Plus ini merupakan

satu inventori yang baik bagi mengkaji personaliti. Namun begitu, didapati ianya kurang

digunakan oleh para pengkaji, oleh kerana terdapat inventori-inventori lain yang juga mengukur

tentang personaliti.

7.0 CADANGAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN INVENTORI

Sekiranya terdapat sesi semakan semula yang ingin dikaji oleh pengkaji pada masa akan

datang, diharap inventori ini diuji terlebih dahulu berkaitan dengan kebolehpecayaan dan

kesahannya. Di samping itu, pengkaji juga mungkin boleh mengkaji faktor-faktor mengapa

kajian berkaitan personaliti kurang menggunakan inventori ini jika dibandingkan dengan

inventori personality lain. Manakala dari segi peserta kajian juga mungkin boleh diperluaskan

Page 12: Penerangan Inventori Personaliti Plus

7/23/2019 Penerangan Inventori Personaliti Plus

http://slidepdf.com/reader/full/penerangan-inventori-personaliti-plus 12/13

12

lagi seperti penilaian terhadap gaya kepimpinan selepas bergelar ketua. Norma adalah asas

kepada pemahaman sosial pemerintahan dan juga perbezaan dalam tingkah laku manusia

(Campbell, 1964; Durkheim, 1951). Melihat kepada norma inventori ini, jika inventori ini

digunapakai dalam kajian di Malaysia, terdapat beberapa soalan yang perlu diubahsuai bagi

menyesuaikan personaliti dengan norma masyarakat.

8.0 KESIMPULAN

Setiap personaliti yang ada dalam diri manusia adalah pelengkap bagi orang lain. Hidup akan

lebih harmoni dan berwarna-warni. Bayangkan jika semua orang di dunia ini adalah dari jenis

yang panas baran (powerful choleric), doktor, pemandu teksi, cikgu buat lawak (popular

sanguine), hakim, posmen, peniaga pasar malam. Pentingnya menghargai perbezaan kerana

orang yang hebat ialah orang yang boleh memikirkan hikmah dan kebaikan dalam setiap

 perbezaan personaliti. Inventori ini juga merupakan inventori yang mudah untuk difahami serta

mempunyai item yang menjurus kepada sesuatu jenis personaliti. Pentadbiran dan juga cara

 pemarkatannya juga mudah untuk diterangkan kepada individu yang menduduki ujian ini.

Diharap agar kajian pada masa datang lebih meluas lagi berbanding sekarang.

Page 13: Penerangan Inventori Personaliti Plus

7/23/2019 Penerangan Inventori Personaliti Plus

http://slidepdf.com/reader/full/penerangan-inventori-personaliti-plus 13/13

13

RUJUKAN

WIKIPEDIA, The Free Encyclopedia. (n.d.). Retrieved from

https://en.wikipedia.org/wiki/Florence Littauer

SUNSIGNS.ORG, Everything Under The Sun. (n.d.). Retrieved from

http://www.sunsigns.org/personality-plus/

 Nor Atikah Abdul Wahid. (2012). Personality +Plus : Mana satu karektor Anda. Hijjaz Records

Publishing, Selangor.

Florence Littauer, (1999). Personality Plus : How to Understand Others by Understanding

Yourself. Petaling Jaya : Advantage Quest Publication.

CAMPBELL, (1964) E.Q. The internalization of moral norms. Sociometry 27: 391- 412,