PENERANGAN KONSTRUK SOALAN

7

description

SAINS FORMAT BARU

Transcript of PENERANGAN KONSTRUK SOALAN

Page 1: PENERANGAN  KONSTRUK SOALAN
Page 2: PENERANGAN  KONSTRUK SOALAN

Pengetahuan

Fakta Mengingat semula maklumat yang khusus serta maklumat yang terpisah-pisah.

Istilah / TerminologiPengetahuan tentang penerangan atau defenisi dan penggunaan istilah yang betul da lam suatu komunikasi

Aliran / UrutanPengetahuan tentang susunan mengikut tertib seperti dalam proses eksperimen, arah, aliran dan gerakan

Pengkaedahan / Metodologi Pengetahuan tentang kaedah membuat siasatan, teknik atau prosedur yang digunakan dalam sesuatu bidang

Konsep / Prinsip Pengetahuan tentang idea utama, skim dan corak yang digunakan untuk penyusunan atau pembentukan sesuatu seperti fenomenon

Page 3: PENERANGAN  KONSTRUK SOALAN

Kefahaman

PenterjemahanKebolehan menterjemah ditunjukkan melalui penelitian dan ketetapan yang digunakan dalam menulis semula dan mengemukakan sesuatu komunikasi daripada satu bentuk komunikasi kepada bentuk komunikasi lain

Pentafsiran Kebolehan menghubung kait bahagian- bahagian dalam satu set komunikasi dan menyatakan dalam bentuk lain (verbal atau bentuk grafik ) dengan mengekalkan makna set komunikasi itu

EkstrapolasiKebolehan untuk menjangkau atau meluaskan aliran atau kecenderungan, melampaui data-data yang diberikan bagi menentukan, implikasi, akibat, hasilan, kesan dan sebagainya mengikut keadaan-keadaan yang dihuraikan dalam komunikasi asal

Page 4: PENERANGAN  KONSTRUK SOALAN

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

MengaplikasiMenggunakan maklumat dalam situasi yang baharu.Menunjuk cara, menjalankan, menggunakan

Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada komponen-komponen untuk memahami struktur organisasinya dan perhubungan antara komponenMembanding beza, mengurus, menyelesaikan masalah,menghuraikan

MenilaiMembuat pertimbangan berdasarkan kriteria yang spesifikMengkritik, membuat hipotesis, memberi hujah/pendapat, membuat keputusan

MenciptaMenyatukan elemen untuk membentuk idea atau struktur yang baharuMerekacipta, menggabungkan, merangka, membina

Page 5: PENERANGAN  KONSTRUK SOALAN

Kemahiran Proses Sains (KPS)

PemerhatianPemerhatian berdasarkan stimulus serta pemerhatian lain / tambahan untuk menyokong inferens.

MengelasMengelas objek mengikut kumpulan berdasarkan ciri-ciri dan menyatakan perbezaan dan persamaan berdasarkan kriteria

Mengukur menggunakan nomborMerekod menggunakan nombor

Membuat inferensMembuat kesimpulan awal yang munasabah sama ada benar atau tidak untuk menerangkan sesuatu pemerhatian

Page 6: PENERANGAN  KONSTRUK SOALAN

Kemahiran Proses Sains (KPS)

MeramalMembuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan data

BerkomunikasiMempersembahkan maklumat atau idea dalam bentuk tulisan, jadual, graf atau rajah

Menggunakan perhubungan ruang dan masaMemperihalkan perubahan parameter seperti lokasi, arah, bentuk, saiz, isipadu, berat, jarak dan jisim dengan masa

Mentafsir dataMembuat pernyataan tentang maksud data atau pola atau corak serta dapat menyatakan hubungan / kesimpulan antara pembolehubah berdasarkan maklumat yang dikumpul

Page 7: PENERANGAN  KONSTRUK SOALAN

Kemahiran Proses Sains (KPS)Mendefinisi secara operasi

Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep atau istilah dengan menyatakan perkara yang diperhatikan

Mengawal pembolehubahMenyatakan pembolehubah yang perlu digunakan dalam penyiasatan atau pembolehubah dimanipulasi atau pembolehubah bergerakbalas dan pembolehubah yang dimalarkan.

Membuat HipotesisMembuat sesuatu pernyataan umum tentang hubungan antara pembolehubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa

MengeksperimenMenentukan peralatan yang diperlukan bagi sesuatu eksperimen dan menyatakan langkah-langkah serta melaporkan keputusan eksperimen yang telah dijalankan