Penerangan litar pengguna

15

Click here to load reader

Transcript of Penerangan litar pengguna

Page 1: Penerangan litar pengguna

KERTAS PENERANGAN

TAJUK : LITAR PENGGUNA KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI)

PENERANGAN :

Setiap pemasangan pengguna mestilah dilindungi dari arus lebihan ( litar pintas dan beban lampau ) dan kebocoran arus ke bumi bagi mengelakkan terkena kejutan elektrik, kebakaran dan sebarang bahaya yang mungkin terjadi.Setiap alat kawalan dalam pemasangan mestilah yang mudah digunakan dan mudah dicapai oleh pengguna bagi tujuan :

i. Pengasingan dan penyuisanii. Perlindungan arus lebihiii. Perlindungan kebocoran ke bumi

Cara-cara pengasingan dan penyuisan.

i. Semua suis kutub tunggal yang dipasang pasa sistem TN dan TT hendaklah hanya kepada pengalir fasa ( hidup ) sahaja.ii. Pengalir neutral tidak perlu diputuskan kecuali pada :

a. Suis utama ; ataub. Alat perkakas pemanas di mana elemennya mungkin boleh disentuh ;

atau c. Pengubah auto lampu discas yang tidak melebihi 1.5 KV dan suis yang digunakan hendaklah daripada jenis berangkai dan tentukan ia dapat memutuskan litar bersama dengan pengalir fasa.

Cara-cara perlindungan arus lebihan.

i. Fius dan pemutus litar tidak boleh dipasang pada pengalir neutral bumi dalam sistem TN dan TT. Sekiranya pemutus litar dipasang pada pengalir neutral bumi, ia mestilah dapat memutuskan litar bersama pengalir fasa.

ii. Perkakas atau alat perlindungan arus lebihan yang digunakan mestilah daripada jenis yang:

a. Dapat dikendalikan atau putuskan litar secara automatik pada kadar yang ditetapkan ;b. Berkeupayaan untuk memutus dan jika perlu ia berkeupayaan menyambung semula ;c. Direkabentuk agar sesuai daripada bahaya kepanasan atau arka apabila ia

dikendalikan dan dapat memberi bekalan tanpa bahaya.

Perlindungan kebocoran arus ke bumi.

Semua bahagian pengalir ( logam ) dalam pemasangan pengguna yang terdedah perlu dibumikan dan dilindungi dengan alat perlindungan arus lebihan yang bersesuaian atau pemutus litar bocor ke bumi kendalian arus. Perkara ini akan dihuraikan secara lebih terperinci di bawah tajuk pembumian.

80

Page 2: Penerangan litar pengguna

KERTAS PENERANGAN

TAJUK : LITAR PENGGUNA KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI)

Kawalan turutan.

Kawalan turutan ialah turutan alat-alat kawalan dan perlindungan yang terdapat pada litar utama pemasangan pengguna, ini termasuklah pengasingan dan penyuisan, perlindungan lebihan arus dan perlindungan kebocoran ke bumi. Susunan alat kawalan dan perlindungan dalam kawalan turutan adalah seperti berikut:-

i. Fius perkhidmatan dan penghubung Neutral – berfungsi sebagai perlindungan arus lebihan dan menghadkan arus pengguna. ( Disediakan oleh pihak berkuasa bekalan TNB ).

ii. Jangka kilo watt jam – berfungsi sebagai mengukur jumlah tenaga yang digunakan bagi menetapkan kadaran bayaran tarif. ( Disediakan oleh pihak berkuasa bekalan TNB ).

iii. Suis utama – berfungsi sebagai pengasing atau penyuisan dan perlindungan arus lebihan.

iv. Pemutus litar bocor ke bumi – berfungsi sebagai perlindungan kebocoran ke bumi dan pengasing litar.

v. Papan agihan – berfungsi sebagai pengagih litar akhir dan perlindungan arus lebihan.

81

Page 3: Penerangan litar pengguna

KERTAS PENERANGAN

TAJUK : LITAR PENGGUNA KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI)

Keperluan penyuisan dan perlindungan bagi setiap litar akhir pengguna ialah:

i. Pengasing.

a. Suis fius.b. Fius suis.c. MCB.d. MCCB.e. ACB.f. OCB.g. VCB.h. GCB.

ii. Perlindungan arus lebihan.

a. Fius.b. MCB.c. MCCB.d. Peranti lebihan arus ( Over Current Relay ).

iii. Perlindungan kebocoran ke bumi.

a. Pemutus litar bocor ke bumi ( Earth Leakage Circuit Breaker ).b. Geganti kebocoran ke bumi ( Earth Leakage Relay ).c. Geganti kerosakan ke bumi ( Earth Faulth Relay ).

iv. Penunjuk bekalan.

a. Volt meter.b. Frekuensi meter.c. Lampu penunjuk ( Indicator lamp ).

v. Penunjuk beban.

a. Ammeter.b. Faktor kuasa meter.c. Kilo watt meter.d. KVarh meter.e. Watt meter.f. Dan lain-lain.

Litar akhir.

Litar akhir ialah litar yang keluar dari papan agihan untuk membekalkan tenaga elektrik terus kepada alat-alat yang memerlukan arus elektrik.

82

Page 4: Penerangan litar pengguna

KERTAS PENERANGAN

TAJUK : LITAR PENGGUNA KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI)

Tujuan pembahagian litar utama ke litar akhir.

i. Untuk mengelakkan bahaya apabila berlaku kerosakan, iaitu dengan memastikan bahawa arus kerosakan yang akan mengendalikan sistem perlindungan itu tidak melebihi daripada sepatutnya.

ii. Untuk memastikan bahawa bahagian-bahagian dalam pemasangan boleh diputuskan bekalan bagi tujuan pemeriksaan, pengujian atau kerja-kerja membaiki tanpa mengganggu litar lain.

iii. Untuk mengelakkan kerosakan yang berlaku pada sesuatu litar dari mengganggu litar lain.

Susunan litar piawai.

i. Litar akhir menggunakan soket alur keluar BS 1363.ii. Litar akhir menggunakan soket alur keluar BS 196.iii. Litar akhir jejari menggunakan soket alur keluar BS 4343.iv. Litar akhir pemasak di dalam rumah kediaman.v. Litar akhir selain daripada yang di atas.

Peraturan IEE bagi litar akhir ( keperluan umum ).

i. Bagi sesuatu pemasangan yang mempunyai lebih daripada satu litar akhir, setiap litar akhir itu mestilah disambung kepada fius atau pemutus litar yang berasingan dalam peti fius agihan.

ii. Pendawaian bagi setiap litar akhir mestilah diasingkan ( secara elektrik ) daripada litar kecil akhir yang lain. Bagi memudahkan tujuan pemeriksaan, pengalir neutral hendaklah disambung di dalam P.F.A sama seperti pengalir fasa.

iii. Kapasiti membawa arus kabel yang digunakan di setiap litar akhir mestilah tidak boleh kurang daripada kadar arus nominal alat perlindungan litar kecuali bagi litar akhir gelang.

Permintaan arus maksimum.

Permintaan arus maksimum ialah arus terbesar yang perlu dialirkan ke dalam litar, suis dan alat perlindungan pada satu masa. Permintaan maksimum arus bagi litar akhir boleh ditentukan daripada permintaan arus keseluruhan bagi semua punca beban dan perkakas elektrik dalam litar yang sewajarnya dengan kelonggaran kepelbagaian. Bagi menentukan keseluruhan permintaan arus dalam litar boleh berpandukan daripada jadual 4A yang diberi di bawah ini.

Punca beban dan perkakas elektrik Anggapan permintaan arus15 amp soket alur keluar13 amp soket alur keluar5 amp soket alur keluar2 amp soket alur keluar

15A13A5A

sekurang-kurangnya 0.5AKeluaran lampu ( selain dari lampu discas ) Sama dengan arus beban 100

watt per pemegang lampu.Jam elektrik, pencukur elektrik pengubah loceng dan alat-alat yang kurang daripada 15 volt-amp

Boleh diabaikan

Peralatan pegun yang lain Sama dengan kadar arus beban atau arus biasa

83

Page 5: Penerangan litar pengguna

KERTAS PENERANGAN

TAJUK : LITAR PENGGUNA KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI)

Litar akhir soket alur keluar jenis BS 1363.

Soket alur keluar jenis ini arus nominalnya 13A dan khusus digunakan untuk kegunaan rumah domestik. Tetapi ia juga sesuai digunakan untuk tempat selain rumah kediaman. Soket alur keluar boleh dibuat dengan menyambung secara litar jejari dan litar gelang.

84

Page 6: Penerangan litar pengguna

KERTAS PENERANGAN

TAJUK : LITAR PENGGUNA KURSUS :PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI)

Peraturan IEE – Litar jejari dan gelang BS 1363.

i. Bagi menentukan jumlah litar akhir yang perlu diagihkan dan saiz pengalir kabel yang digunakan ia hendaklah berpandukan kepada jadual A5.

ii. Bilangan soket alur keluar yang hendak disambung adalah tidak terhad tetapi dengan syarat ia mampu mengendalikan perlindungan arus lebihan dan luas lantai kurang daripada yang ditetapkan.

iii. Kelonggaran kepelbagaian (deversiti) tidak boleh digunakan bagi menentukan litar akhir soket alur keluar BS 3036.

iv. Bagi sistem punca bekalan kuasa jenis TT (punca bumi tidak disediakan oleh pihak berkuasa bekalan), semua soket alur keluar mestilah dilindungi oleh alat arus residual (pemutus litar bocor ke bumi kendalian arus) dengan arus kendalian tidak melebihi 30mA.

JADUAL 5A

Jenis

Alat Perlindungan Arus Lebihan

Saiz pengalir minimum

Maksimum Luas Lantai

m2

Kabel Penebat Getah /

PVK Pengalir Kuprum

mm2

Kabel Penebat

PVKPelapikKuprm

Pengalir Aluminium

mm2

KabelPenebatMineralPengalirKuprum

mm2

KadarJenis

Gelang30A atau

32ASebarang

Jenis2.5 4 1.5 100

Jejari30A atau

32A

HRC atau Pemutus

litar4 6 2.5 50

Jejari 20ASebarang

Jenis2.5 4 1.5 20

Peraturan IEE khas untuk litar gelang BS 1363

i. Setiap pengalir dalam litar kecil akhir gelang mestilah bermula dari satu fius dalam papan agihan dan disambungkan pada setiap punca soket alur keluar dan berakhir di punca yang sama di papan agihan.

ii. Setiap litar akhir gelang mestilah mempunyai pengalir perlindungan bumi dan disambung seperti pengalir fasa dan neutral kecuali litar gelang itu dibuat di dalam konduit, sesalur, atau dengan menggunakan kabel berlapikkan logam.

iii. Kapasiti membawa arus kabel (kadar arus kabel) mestilah tidak boleh kurang daripada 0.67 kali kadaran arus fius atau pemutus litar yang mengawal litar tersebut..

iv. Apabila terdapat dua atau lebih litar gelang dipasang dalam satu bangunan yang sama, soket alur keluar itu mestilah diagihkan sama banyak.v. Alat tetap yang dipasang di dalam litar gelang mestilah disambung dari sulur berfius dengan

kadar fiusnya tidak melebihi 13A. Sekiranya ia adalah alat pemasak elektrik, alat tersebut mestilah dikawal oleh suis dengan jarak tidak lebih dua meter atau sulur berfius digantikan dengan pemutus litar yang berkadar tidak melebihi 16A.

vi. Alat pemasak, pemanas air takungan lebih 15 liter dan pemanas immersion tidak boleh disambung pada litar gelang. Litar akhir berasingan perlu diagihkan bagi beban tersebut.

85

Page 7: Penerangan litar pengguna

KERTAS PENERANGAN

TAJUK : LITAR PENGGUNA KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI)

Sulur.

Sulur ialah satu cabang kabel yang disambung pada litar jejari dan gelang. Terdapat dua jenis sulur iaitu sulur berfius dan tidak berfius.

i. Sulur tidak berfius.

a. Sulur tidak berfius mestilah disambung pada ;i. punca soket alur keluar atau ;ii. peti sambungan atau :iii. papan agihan.

b. Kapasiti membawa arus kabel sulur mestilah lebih atau sama dengan pengalir litar gelang.

c. Bilangan yang boleh disambung ialah :i. 1 soket alur keluar atau :ii. 1 soket alur keluar kembar atau ;iii. 1 alat pegun.

d. Jumlah sulur tidak berfius tidak boleh melebihi daripada jumlah soket keluaran dan alat pegun dalam litar jejari dan litar gelang.

ii. Sulur berfius

a. Jumlah bilangan sulur berfius tidak terhad.b. Sulur berfius mestilah disambung pada peti berfius.c. Kadar arus nominal fius tidak boleh melebihi kapasiti membawa arus kabel sulur dan

jika ada persamaan ia mestilah melebihi 13A d. Saiz minimum bagi pengalir kabel sulur berfius adalah seperti berikut :

i. 1.5mm2 - kabel penebat PVK pengalir kuprum.ii. 205mm2 - Kabel penebat PVK pelapik kuprum pengalir aluminium.iii. 1.0mm2 - Kabel penebat mineral pengalir kuprum.

86

Page 8: Penerangan litar pengguna

KERTAS PENERANGAN

TAJUK : LITAR PENGGUNA KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI)

Litar akhir soket keluar jenis BS 196.

Soket alur keluar jenis ini biasanya digunakan di industri-industri atau makmal-makmal. Kaedah sambungan litar akhir adalah sama dengan soket keluar BS 3036. Kadar arus nominal soket alur keluar BS 196 ialah 5A, 15A dan 30A.

Peraturan IEE.

i. Soket alur keluar BS 196 yang digunakan dalam sistem punca bekalan kuasa jenis TN dan TT hanya untuk palam berfius dan dibuat agar kedua-dua kutubnya tidak boleh dibalik-balikkan.

ii. Kadaran maksimum arus nominal alat perlindungan adalah 32A.iii. Semua sulur mestilah berfius (atau pemutus litar) yang kadarnya tidak melebihi 16A.iv. Bilangan soket alur keluar yang dipasang adalah tidak terhad tetapi mampu mengendalikan

alat perlindungan.v. Tidak dibenarkan kelonggaran kepelbagaian pada sambungan alat tetap, oleh itu alat tersebut

mestilah dilindungi samada ;a. Fius yang kadarannya kurang 16A dan suis yang dipasang pada jarak tidak

melebihi 2 meter; ataub. Pemutus litar kadarannya kurang daripada 16A.

Litar akhir soket alur keluar BS 4343.

Soket alur keluar jenis ini digunakan hanya untuk industri dan hanya dibuat di dalam litar akhir jejari sahaja. Kadar arus nominal soket alur keluar BS 4343 ialah 16A, 32A, 63A dan 125A.

Peraturan IEE bagi soket alur keluar BS 4343 (khas bagi 16A).

i. Kesemua soket alur keluar BS 4343 kecuali jenis arus nominal 16A mestilah mempunyai litar akhir yang berasingan.

ii. Bagi soket alur keluar 16A bilangan soket alur keluar tidak terhad dengan syarat mampu mengendalikan alat perlindungan.

iii. Kadaran minimum arus nominal alat perlindungan mestilah tidak melebihi 20A.iv. Kapasiti membawa arus (kadar arus kabel) mestilah tidak boleh kurang daripada

kadaran alat perlindungan.v. Beban yang disambung soket alur keluar 16A boleh dikira kepelbagaian (rujuk jadual

kepelbagaian).

Litar akhir alat pemasak rumah kediaman.

Alat pemasak mudahalih mestilah disambung dengan menggunakan kord atau kabel mudah lentur ke soket alur keluar. Melainkan alat pemasak yang lebih daripada 4 KW, ia tidak boleh dianggap mudahalih. Oleh itu, bagi alat pemasak yang lebih daripada 3 KW boleh disambung dengan menggunakan litar akhir tersendiri.

Peraturan IEEi. Bagi menentukan permintaan arus litar akhir alat pemasak ia mestilah dinilai seperti

berikut :a. 10 amp yang pertama.b. + 30% lebihan jumlah arus beban.c. + 5 amp jika terdapat soket alur keluar bersama alat kawalan pemasak.

87

Page 9: Penerangan litar pengguna

KERTAS PENERANGAN

TAJUK : LITAR PENGGUNA KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI)

ii. Litar akhir yang kadarannya 15A hingga 50A boleh membekal dua atau lebih alat pemasak elektrik dalam sebuah bilik.

iii. Setiap alat pemasak elektrik mestilah dikawal oleh suis yang diasingkan daripada alat tersebut dengan jarak tidak lebih daripada 2 meter dan di dalam bilik yang sama. Satu suis boleh mengawal 2 alat pemasak dalam satu bilik dengan syarat kedua-dua alat pemasak itu tidak lebih 2 meter daripada suis tersebut.

Litar akhir selain daripada di atas.

Litar akhir lampu.

Litar akhir lampu biasanya diagihkan untuk bekalan ke punca lampu filamen atau lampu discas. Selain daripada punca lampu beban-beban yang lain juga boleh disambung dari litar akhir lampu, contohnya kipas siling, kipas dinding dan sebagainya dengan syarat arus beban penuh kurang yang ditetapkan. Pengalir kabel litar akhir lampu yang diagihkan dari papan akhir akan berakhir di terminal siling ros atau pemegang lampu jenis batten.

Peraturan IEE.

i. Bagi menentukan litar akhir lampu, jumlah permintaan arus mestilah sesuai dengan alat perlindungan litar dan perlu berpandukan daripada jadual 4A di bab ini. Mengikut TNB dan JKR, setiap litar akhir lampu mestilah dilindungi alat perlindungan yang arus nominalnya 5A dan bilangan maksimum beban yang boleh disambung ialah 10 unit. Setiap unit yang disambung, permintaan arusnya dinilaikan 100W per pemegang lampu.

ii. Bagi menentukan litar akhir lampu discas jumlah permintaan arus mestilah didarabkan dengan 1.8 dan sesuai dengan alat perlindungan litar.

iii. Kapasiti membawa arus kabel mestilah tidak boleh kurang daripada kadaran alat perlindungan.

Litar pendawaian lampu dengan menggunakan kawalan suis kutub tunggal.

i. Kawalan suis sehala.

Suis sehala biasanya digunakan untuk mengawal lampu atau beban lain pada satu kedudukan. Ia boleh mengawal beberapa daripada satu punca lampu tetapi dengan syarat ketahanan kadar arus suis lebih daripada arus beban. Lampu atau beban lebih daripada satu perlulah disambung secara selari. Ini adalah bertujuan supaya setiap lampu atau beban dapat menghasilkan kecekapan maksimum (kecerahan penuh) ketika dihidupkan dan juga untuk mengelakkan daripada satu punca lampu atau beban rosak dari mengganggu beban yang lain.

88

Page 10: Penerangan litar pengguna

KERTAS PENERANGAN

TAJUK : LITAR PENGGUNA KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI)

ii. Kawalan suis dua hala

Suis dua hala boleh mengawal satu lampu atau lebih daripada dua kedudukan yang berlainan. Ia biasa digunakan di tempat seperti dalam bilik tidur, tangga, dewan atau koridor. Bagi penggunaan kawalan suis dua hala perlulah mempunyai dua suis dua hala. Suis dua hala mempunyai 3 terminal, salah satu daripada terminal biasanya dinamakan sepunya (common). Terminal sepunya bagi suis pertama adalah untuk kabel kemasukan (pengalir fasa daripada papan agihan atau suis lain) manakala terminal sepunya suis yang kedua adalah untuk sambungan ke lampu. Bagi dua terminal lagi suis 1 akan disambung ke terminal yang dua di suis 2.

iii. Kawalan suis perantaraan

Suis perantaraan digunakan untuk mengawal lampu pada kedudukan yang lebih daripada 2 iaitu bersama dengan dua suis dua hala. Contoh tempat suis perantaraan digunakan adalah di koridor yang panjang seperti di bangunan asrama, hotel ataupun di koridor laluan. Terdapat dua jenis kendalian suis perantaraan (rujuk pada rajah di bawah). Rajah di bawah ini menunjukkan tiga mata lampu dikawal oleh suis dua hala dan suis perantaraan.

89

Page 11: Penerangan litar pengguna

KERTAS PENERANGAN

TAJUK : LITAR PENGGUNA KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI)

Rajah di bawah ini menunjukkan tiga mata lampu dikawal oleh suis dua hala dan suis perantaraan

Litar lampu kalimantang jenis tunggal (penghidup berbara)

Litar alat pegun.

Litar alat pegun (tetap) yang berkadar lebih daripada 3KW tidak boleh disambung ke soket alur keluar, litar akhir yang berasingan perlu diagihkan untuk beban tersebut.

Peraturan IEE

i. Hanya satu beban sahaja yang dibenarkan disambung dari litar akhir alat pegun dan anggapan permintaan beban adalah dengan kadar arus beban.

ii. Kapasiti membawa arus kabel mestilah tidak boleh kurang daripada kadaran alat perlindungan.

90