PENERANGAN TENTANG KONSTRUK

7
PENERANGAN TENTANG KONSTRUK - JSU PENERANGAN TENTANG KONSTRUK Kebolehan kognitif di peringkat Pengetahuan, Pemahaman, Aplikasi, Sintesis dan Penilaian (Bloom 1956) adalah meliputi objektif untuk mengingat semula atau mengenal pasti elemen spesifik yang terdapat dalam kandungan sukatan mata pelajaran. Kepelbagaian pengetahuan itu dikelompokkan mengikut kumpulan tertentu dan dilabelkan sebagai konstruk. Bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu ada sembilan konstruk yang telah dikenal pasti dan digunakan untuk menguji dan mentaksir pencapaian pelajar dalam kertas ini. Berikut penerangan ringkas tentang bagaimana sesuatu soalan itu dibina dan dilabelkan mengikut konstruk. P01: Pengetahuan tentang Terminologi Pengetahuan tentang nama, istilah atau memberi definisi sesuatu perkara P02: Pengetahuan tentang Fakta Pengetahuan tentang maklumat am atau khusus sesuatu perkara seperti fungsi, keadaan atau tujuan sesuatu komponen P03: Pengetahuan tentang Konvensyen Pengetahuan tentang sesuatu yang diterima atau diiktiraf sebagai satu kelaziman seperti simbol atau tanda lazim P04: Pengetahuan tentang UrutanPengetahuan tentang sesuatu proses, aktiviti tindakan yang berlaku secara tersusun mengikut aturan atau prosedur yang telah dikenal pasti P05: Pengetahuan tentang Pengelasan Pengetahuan tentang pembahagian, pengkategorian atau mengelompokkan sesuatu perkara untuk dilabelkan di bawah satu kumpulan P06: pengetahuan tentang Kriteria Pengetahuan tentan gsesuatu perkara yang berkaitan dengan ciri-ciri, sifat atau komponen yang perlu ada pada sesuatu perkara P07: Pengetahuan tentang Metodologi

description

nota

Transcript of PENERANGAN TENTANG KONSTRUK

Page 1: PENERANGAN TENTANG KONSTRUK

PENERANGAN TENTANG KONSTRUK - JSU PENERANGAN TENTANG KONSTRUK

Kebolehan kognitif di peringkat Pengetahuan, Pemahaman, Aplikasi, Sintesis dan Penilaian (Bloom 1956) adalah meliputi objektif untuk mengingat semula atau mengenal pasti elemen spesifik yang terdapat dalam kandungan sukatan mata pelajaran. Kepelbagaian pengetahuan itu dikelompokkan mengikut kumpulan tertentu dan dilabelkan sebagai konstruk.

Bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu ada sembilan konstruk yang telah dikenal pasti dan digunakan untuk menguji dan mentaksir pencapaian pelajar dalam kertas ini.

Berikut penerangan ringkas tentang bagaimana sesuatu soalan itu dibina dan dilabelkan mengikut konstruk.

P01: Pengetahuan tentang Terminologi

Pengetahuan tentang nama, istilah atau memberi definisi sesuatu perkara

P02: Pengetahuan tentang Fakta

Pengetahuan tentang maklumat am atau khusus sesuatu perkara seperti fungsi, keadaan atau tujuan sesuatu komponen

P03: Pengetahuan tentang KonvensyenPengetahuan tentang sesuatu yang diterima atau diiktiraf sebagai satu kelaziman seperti simbol atau tanda lazim

P04: Pengetahuan tentang UrutanPengetahuan tentang sesuatu proses, aktiviti tindakan yang berlaku secara tersusun mengikut aturan atau prosedur yang telah dikenal pasti

P05: Pengetahuan tentang PengelasanPengetahuan tentang pembahagian, pengkategorian atau mengelompokkan sesuatu perkara untuk dilabelkan di bawah satu kumpulan

P06: pengetahuan tentang Kriteria

Pengetahuan tentan gsesuatu perkara yang berkaitan dengan ciri-ciri, sifat atau komponen yang perlu ada pada sesuatu perkara

 P07: Pengetahuan tentang Metodologi

Pengetahuan tentang cara, kaedah atau teknik yang standard dalam melaksanakan sesuatu tugasan, arahan atau kerja

 P08: Pengetahuan tentang Prinsip atau Ganeralisasi

Pengetahuan tentang idea atau pegangan tertentu yang menyimpulkan pemerhatian terhadap sesuatu kajian, kejadian atau ketetapan

P09: Pengetahuan tentang Teori dan Struktur

Pengetahuan tentang prinsip yang menjadikan dasar pembentukkan sesuatu fenomena yang dapat dibukti dengan kukuh hasil daripada kajian, penyelidikkan pemerhatian

Page 2: PENERANGAN TENTANG KONSTRUK

Kod Konstruk Penerangan Aspek

COO Kefahaman(comprehension) Kebolehan kognitif yang melibatkan penggunaan pengetahuan tanpa situasi baru dan tidak memerlukan atauk memerhati tentang implikasi terhadap pengetahuan tersebut

AOI Aplikasi (application) Kebolehan menggunakan prinsip (kebenaran) dan generalisasi (penyataan umum) pada suatu masalah dan situasi baru

NOO Analisis (analysis) Kebolehan memisah suatu set komunikasi kepada beberapa bahagian sehingga suatu bentuk pertalian antara bahagian yang membina set komunikasi itu dapat di lihat dengan jelas

TOO Sintesis (synthesis) Kebolehan menggabungkan bahagian untuk membentuk suatu set komunikasi yang tidak jelas sepenuhnya

VOO Penilaian (evaluation) Kebolehan membuat pertimbangan dengan menggunakan kaedah, kriteria atau standard untuk menentukan sesuatu yang dihasratkan (kesesuaian, keberkesanan, prosedur, kecekapan dan lain-lain)

PendahuluanJadual Penentu Ujian (JPU)  merupakan satu “ blue print” yang dapat membantu

guru-guru menyediakan soalan-soalan ujian mengikut kriteria-kriteria yang

ditentukan untuk menyediakan satu ujian yang mempunyai keutuhan dan kesahan

yang tinggi. Oleh itu, setiap ujian yang disediakan oleh guru memerlukan

perancangan yang rapi.

                  Jadual Penentuan Ujian mengenal pasti objektif dan kemahiran yang

akan diuji dan pemberatan yang akan diberikan kepada setiap kemahiran. JPU juga

memberi gambaran tentang jumlah soalan serta aras kemahiran dalam satu ujian.

Justeru itu, guru-guru perlu mereka sebuah JPU sebelum membina item-item soalan

dalam sebuah ujian.

                  JPU biasanya mengandungi bilangan soalan yang mengikut aras

kesukaran soalan berdasarkan Taksonomi Bloom iaitu aras pengetahuan,

kefahaman,aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian yang akan diuji.

Page 3: PENERANGAN TENTANG KONSTRUK

2.0             Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian

JSU menyenaraikan aras-aras kemahiran yang akan diuji dalam sebuah ujian iaitu

sama ada pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

Taksonomi Bloom ialah satu panduan yang diguna dalam JSU dimana guru-guru

mengarahkan soalan-soalan kepada murid-murid mengikut penyoalan aras rendah

kepada penyoalan aras tinggi.  Kesemua tahap perlu diberi penekanan. Dengan itu,

guru seharusnya memberi ruang supaya terdapat soalan untuk setiap tahap.

Pembinaannya juga sangat bergantung pada isi pelajaran. Sesetengah tajuk

mempunyai lebih banyak isi daripada tajuk lain.  Oleh itu, lebih banyak butiran perlu

disediakan untuk tajuk tersebut. Rasionalnya ialah perwakilan isi penting untuk

meningkatkan kesahan penilaian. JSU  seharusnya mengandungi data yang berikut,

iaitu jumlah soalan bagi setiap kandungan, tahap kemahiran dan jenis soalan.

Page 4: PENERANGAN TENTANG KONSTRUK

Rajah 2.1 :Peringkat-Peringkat Taksonomi Bloom              Secara umumnya, enam aras ini boleh digunakan untuk membina dua set item

ujian : item aras rendah (menguji pengetahuan, kefahaman dan aplikasi) dan item

beraras tinggi (menguji analisis, sintesis dan penilaian). Adalah penting mengambil

perhatian bahawa item beraras tinggi bukanlah item sukar. Sebenarnya, item

beraras tinggi berkehendakkan calon menggunakan kemahiran berfikir yang lebih

kompleks atau beraras tinggi berbanding dengan item beraras rendah. Aras item

atau kemahiran yang dipilih akan diuji harus padan dengan objektif ujian dan

perkembangan kognitif pelajar. Walaubagaimana pun, item-item yang menggunakan

kemahiran berfikir aras tinggi digalakkan.

Rajah 2.2 :Pengiraan Bilangan Item Mengikut Topik

Jumlah soalan bagi setiap topik dikira :

= Jumlah Masa                           X       Jumlah Soalan

Jumlah Masa Keseluruhan

Rajah 2.3 : JADUAL SPESIFIKASI UJIAN TAHUN 4

Page 5: PENERANGAN TENTANG KONSTRUK

PenutupJPU berperanan penting untuk membina soalan ujian dan peperiksaan. Individu atau

mereka yang berkaitan dengan ujian seperti calon, guru yang mengajar dan ibu

bapa berhak dalam erti kata sebenarnya menolak sesuatu ujian itu jika diragukan

kesahannya. Justeru, data-data yang tercetus daripada uijan yang sedemikian tidak

layak digunakan bagi tujuan pemulihan, pengkelasan atau bimbingan.Oleh itu,

penekanan yang sewajarnya perlu diberi perhatian terhadap objektif pembelajaran,

dan prosedur penilaian supaya kualiti soalan dan pengurusan carta pentadbiran

ujian dan peperiksaan dapat dilaksanakan dengan baik dan memuaskan hati semua

pihak yang terlibat.