PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum...

45
PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN PENGAJARAN AMALI DI KOLEJ VOKASIONAL NABILAH BINTI ABU BAKAR Laporan tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik Dan Vokasional Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia DISEMBER 2015

Transcript of PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum...

Page 1: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN

PENGAJARAN AMALI DI KOLEJ VOKASIONAL

NABILAH BINTI ABU BAKAR

Laporan tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik Dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

DISEMBER 2015

Page 2: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PENGESAHAN STATUS TESIS PROJEK SARJANA

PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN

PENGAJARAN AMALI DI KOLEJ VOKASIONAL

SESI PENGAJIAN : 2014/2015

Saya NABILAH BINTI ABU BAKAR mengaku membenarkan Laporan Tesis Sarjana ini

disimpan di Perpustakaan dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Laporan Tesis Sarjana adalah hakmilik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

2. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan ()

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah

keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti

termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah

ditentukan oleh organisasi/badan di mana

penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disah oleh:

__________________________ ___________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap : Nama Penyelia:

NO 5003, JLN LUBOK MERIAM 1, DR.MIMI MOHAFFYZA BINTI

KAMPUNG LUBOK MERIAM, MOHAMAD

13300 TASEK GELUGOR,

SEBERANG PERAI UTARA,

PULAU PINANG

Tarikh: 29 DISEMBER 2015 Tarikh : 29 DISEMBER 2015

CATATAN :

** Jika Laporan Tesis Sarjana ini SULIT atau TERHAD, sila

lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan

dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu

dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Page 3: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN

PENGAJARAN AMALI DI KOLEJ VOKASIONAL

NABILAH BINTI ABU BAKAR

Laporan tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik Dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

DISEMBER 2015

Page 4: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

‘Saya akui laporan penyelidikan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan

dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya’

Pelajar : ………................................................

NABILAH BINTI ABU BAKAR

Tarikh : DISEMBER 2015

Penyelia : ………………………………………

DR.MIMI MOHAFFYZA BINTI MOHAMAD

Page 5: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

Terima kasih khas buat ayah Abu Bakar bin Ariffin, mak Siti Mariam binti Ismail

dan kak Zurina binti Abu Bakar yang menjadi sumber kekuatan dan selamanya

menjadi penyuntik semangat positif diri. Jasamu amat dihargai dan diingati

sehingga akhir hayat. Kepada Majdina, Kuji, Aqib, Buden, Acap, Dud dan Kak

Nah. Kalian senantiasa dihati.

Sejuta penghargaan dirakamkan atas bantuan dan motivasi yang dihulurkan.

Semoga Tuhan membalas jasa dan ilmu yang dikongsikan. Terima kasih Doktor dan

Puan

sri, nurul, xsmkgp,xsmai,xkmpp serta sahabat-sahabat lain yang sentiasa mendoakan

dan membantu menyiapkan tesis ini. Terima kasih atas segalanya.

Semoga Allah sentiasa merahmati kalian semua.

Page 6: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

PENGHARGAAN

Segala pujian kehadrat Allah S.W.T, kerana dengan limpah rahmat dan hidayahNya,

projek ini dapat disempurnakan seperti yang telah dirancang. Selawat dan salam

keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, pesuruh Allah yang amat dikasihi,

ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda, serta sesiapa sahaja yang mengikuti

perjuangan mereka dengan ikhlas.

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada Dr.Mimi Mohaffyza Mohamad

yang telah memberi bimbingan, motivasi, panduan dan tunjuk ajar bagi menjalankan

penyelidikan ini.

Jutaan terima kasih dirakamkan kepada FPTV, UTHM, ORICC UTHM, CGS

UTHM, BPTV, JPN, tenaga pengajar dan staf-staf KV Tawau, KV Balik Pulau, KV

Sandakan, KV Miri, KV Likas, KV Kuching, KV Nibong Tebal, KV Temerloh, KV

Betong, KV Ampangan, KV Leboh Cator, KV Kuala Klawang, KV Batu Pahat dan

KV Kluang yang telah banyak membantu dalam menyiapkan kajian ini hingga

penghujungnya.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada insan-insan tersayang, mak, ayah, kak

Ina serta ahli keluarga tersayang yang tanpa jemu mendoakan, memberikan dorongan

dan bantuan dan pengorbanan yang tidak ternilai harganya.

Semoga segala hasil kerja keras kita ini senantiasa berada dalam rahmat dan

keredhaan Allah hendaknya. Amin.

Page 7: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

ABSTRAK

Pengajaran adalah proses berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan dan kemahiran

tertentu. Pengajaran amali di bengkel merangkumi gabungan kaedah pengajaran dan

amalan berdasarkan domain psikomotor. Bagi melaksanakan pengajaran kemahiran,

pengajar memainkan peranan utama dalam sesi pengajaran. Pemilihan sesuatu kaedah

pengajaran merangkumi perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran oleh tenaga

pengajar haruslah memenuhi segala aspek keperluan dalam kehendak pengajaran yang

ditetapkan. Pengajaran kemahiran perlulah menerapkan semua domain psikomotor seperti

yang termaktub dalam elemen pengajaran kemahiran. Kajian ini melibatkan pemerhatian

kepada 4 orang ketua bengkel manakala 301 orang tenaga pengajar amali pula sebagai

responden kepada soal selidik. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan dengan

menggunakan pendekatan kuantitatif dan disokong oleh pemerhatian. Ujian MANOVA

dan analisis tidak berstruktur pemerhatian digunakan dalam kajian ini. Terdapat

perbezaan kaedah pengajaran berdasarkan pengalaman mengajar, pemilikan sijil

kemahiran dan jantina manakala bagi kaedah pemerhatian pula, tenaga pengajar kolej

vokasional lebih memberi penekanan kepada pelaksanaan aspek psikomotor kepada

domain pengamatan, persediaan, pergerakan terkawal, pergerakan khusus dan

penyesuaian. Strategi pengajaran paling dominan diamalkan oleh tenaga pengajar adalah

kaedah imbas kembali, soal jawab, demonstrasi, perbincangan dan tayangan video.

Tenaga pengajar kurang memberi penekanan kepada domain mekanisme dan keaslian

dalam kaedah pengajaran di bengkel. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi idea baru

kepada tenaga pengajar aliran kemahiran dalam meneliti pendekatan dalam pemilihan

kaedah pengajaran yang diperlukan bagi pengajaran berpaksikan pentaksiran standard

kompetensi disamping meningkatkan nilai kemahiran amali dalam diri tenaga pengajar.

Page 8: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

ABSTRACT

Teaching is a process in connection that dissemination of knowledge and specific skills.

Teaching based on competency is combination of teaching methods and practices in

accordance with the psychomotor domain. In competency oriented, instructors are the

main character in the learning and teaching session. The teaching method selected by the

instructors should be includes planning in teaching, implementation in teaching and

evaluation in teaching with fulfill all aspects of teaching requirements set. Teaching in

competency should involve all of the psychomotor domain that defined in the elements of

teaching skills. This research involved observation to 4 instructors which are head of

workshops and then 301 instructors as questionnaire respondents in vocational colleges.

Survey research design was conducted with quantitative approaches and supported by

observation method. MANOVA analysis and unstructured observation analysis applied in

this study. There are differences in teaching methods based on teaching experience in

workshops, certificates skills, and gender while in observation methods, the vocational

college teachers more emphasis on implementation aspects of the psychomotor domain

observations, inventory, motion control, special movements and adjustments. The most

dominant of teaching strategies applying by instructors is throwback, question and

answer, demonstrations, discussion and video screenings. Instructors less emphasis on

psychomotor domain of mechanisms and originality in the teaching methods. The results

of this study is to provide new ideas to instructors in competency approaches in selection

of appropriate teaching methods in assessment standard competency centered to improve

the practical skills in their teaching.

Page 9: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

KANDUNGAN

JUDUL

ABSTRAK

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL i

SENARAI RAJAH iv

SENARAI SINGKATAN v

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar belakang kajian 3

1.3 Penyataan masalah 11

1.4 Tujuan kajian 12

1.5 Kerangka konsep kajian 13

1.6 Objektif kajian 14

Page 10: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

1.7 Persoalan kajian 14

1.8 Hipotesis kajian 15

1.9 Kepentingan kajian 16

1.10 Skop kajian 16

1.11 Definisi terminologi dan operasional 17

1.11.1 Kolej Vokasional 17

1.11.2 Kaedah pengajaran dominan 18

1.11.3 Sijil kemahiran Malaysia 20

1.11.4 Domain psikomotor 20

1.11.5 Kemahiran 21

1.11.6 Amali 21

1.11.6 Bengkel 22

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 23

2.1 Pengenalan 23

2.2 Pengajaran di bengkel 24

2.3 Sistem Pentaksiran Standard Kompetensi (PSK) 32

2.3.1 Penilaian Pentaksiran Dalam Pengajaran 36

Page 11: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

2.3.2 Penilaian Pentaksiran Dalam Bentuk Prestasi 37

2.3.3 Pentaksiran Standard Kompetensi (PSK) 38

2.4 Tenaga Pengajar dan Pengalaman Mengajar di Bengkel 40

2.5 Tenaga Pengajar dan Pemilikan Sijil Kemahiran 42

2.6 Tenaga Pengajar dan Pengalaman Bekerja di Industri 43

2.7 Teori Psikomotor dalam Pengajaran 47

2.7.1 Teori Taksonomi Pengajaran Bloom (1956) 47

2.7.2 Teori Psikomotor Simpson (1972) 48

2.7.3 Teori Psikomotor Dave (1970) 50

2.7.4 Teori Psikomotor Harrow (1972) 51

BAB 3 METODOLOGI 55

3.1 Pengenalan 55

3.2 Reka bentuk kajian 56

3.3 Populasi dan Kaedah Pemilihan Sampel Kajian 59

3.4 Instrumen Kajian 60

3.4.1 Soal Selidik 61

3.4.2 Pemerhatian 64

Page 12: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

3.5 Kesahan Kandungan Instrumen Kajian 65

3.5.1 Soal Selidik 65

3.5.2 Kaedah Pemerhatian 67

3.6 Kajian Rintis Dan Kebolehpercayaan Instrumen 68

Kajian

3.6.1 Soal Selidik 68

3.6.2 Pemerhatian 70

3.7 Kaedah Pengumpulan Data 71

3.7.1 Edaran Soal Selidik 71

3.7.2 Pemerhatian 72

3.8 Kaedah Penganalisisan Data 73

3.8.1 Soal Selidik 73

3.8.2 Pemerhatian 74

3.9 Rumusan 77

BAB 4 ANALISIS DATA 78

4.1 Pengenalan 78

4.2 Ujian Normaliti 80

Page 13: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

4.3 Persoalan Kajian Satu 81

4.3.1 Pengalaman Mengajar Di Bengkel 81

4.3.2 Pemilikan Sijil Kemahiran 82

4.3.3 Pengalaman Bekerja Di Industri 82

4.3.4 Jantina Tenaga Pengajar 83

4.4 Persoalan Kajian Dua 83

4.5 Persoalan Kajian Tiga 85

4.5.1 Perancangan pengajaran 85

4.5.2 Pelaksanaan pengajaran 86

4.5.3 Penilaian pengajaran 92

4.6 Persoalan Kajian Empat 93

4.7 Persoalan Kajian Lima 98

4.8 Persoalan Kajian Enam 103

4.9 Persoalan Kajian Tujuh 108

4.10 Kesimpulan 113

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 115

5.1 Pengenalan 115

Page 14: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

5.2 Perbincangan dan Kesimpulan 116

5.2.1 Demografi tenaga pengajar kolej 117

vokasional yang merangkumi aspek

pengalaman mengajar di bengkel, pemilikan

sijil kemahiran, pengalaman bekerja di industri

dan jantina.

5.2.2 Kaedah pengajaran amali dominan yang 119

diamalkan oleh tenaga pengajar di bengkel.

5.2.3 Penerapan domain Psikomotor dalam kaedah 121

pengajaran amali yang diamalkan oleh tenaga

pengajar di kolej vokasional.

5.2.4 Perbezaan diantara kaedah pengajaran 124

amali paling dominan diamalkan oleh tenaga

pengajar berdasarkan kepada pengalaman

mengajar di bengkel.

5.2.5 Perbezaan diantara kaedah pengajaran 128

amali paling dominan diamalkan oleh tenaga

pengajar berdasarkan kepada pemilikan sijil

kemahiran..

5.2.6 Perbezaan diantara kaedah pengajaran 130

amali paling dominan diamalkan oleh tenaga

pengajar berdasarkan kepada pengalaman

bekerja di industri

.

5.2.7 Perbezaan diantara kaedah pengajaran 132

amali paling dominan diamalkan oleh tenaga

pengajar berdasarkan kepada jantina tenaga

pengajar.

.

Page 15: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

5.3 Kesimpulan 134

5.4 Cadangan 135

5.4.1 Cadangan terhadap Kajian 136

5.4.2 Cadangan Untuk kajian Lanjutan 137

5.5 Penutup 138

RUJUKAN 139

LAMPIRAN 156

Page 16: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

i

SENARAI JADUAL

1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM

(Jabatan Perdana Menteri, 2010)

18

2.1 Analisis mengikut turutan skor min tertinggi bagi strategi

pengajaran paling dominan

31

2.2 Jadual pengagihan purata gaya pengajaran dan

perbandingan markah

32

2.3 Pensijilan Dan Pentauliahan Kolej Vokasional (Lembaga

Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013)

39

2.4 Antara Contoh Kurikulum Standard Kolej Vokasional

(Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran

Malaysia,2013)

40

2.5 Domain Teori Psikomotor (Simpson, 1972) 48

2.6 Operasional Teorin Psikomotor (Simpson, 1972). 49

2.7 Jadual perbandingan antara Teori Pengajaran Taksonomi

Bloom (1956),Teori Psikomotor Simpson (1972), Teori

Psikomotor Dave (1970) Dan Teori Psikomotor Harrow

(1972).

52

3.1 Gambaran bilangan taburan rawak tenaga pengajar sebagai

responden mengikut kawasan

59

3.2 Pembahagian Taburan Item Soal Selidik 62

3.3 Format skala likert (sumber: kaedah penyelidikan

Pendidikan, Konting, 2000)

63

Page 17: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

ii

3.4 Nombor soalan mengikut kaedah pengajaran secara

spesifik dalam borang soal selidik (Mok, 2000, Tan, 2010

dan Huitt, 2003).

64

3.5 Senarai Bilangan Item Pemerhatian (Rubrik Penilaian). 65

3.6 Senarai pengesahan pakar dari segi kandungan 66

3.7 Tahap kebolehpercayaan Alpha Cronbach, α (Abdul Ghafar,

2003) (Burke dan Larry, 2000)

69

3.8 Nilai Alpha Cronbach bagi setiap pembahagian soal selidik 69

3.9 Interpretasi Skor Min.(Sumber: Mohd Najib, 2003) 74

3.10 Kaedah analisis data bagi setiap persoalan 75

4.1 Ujian normaliti 80

4.2 Statistik Tenaga Pengajar Berdasarkan Pengalaman

Mengajar Di Bengkel.

81

4.3 Statistik Tenaga Pengajar Berdasarkan Pemilikan Sijil

Kemahiran.

82

4.4 Statistik Tenaga Pengajar Berdasarkan Pengalaman Di

Industri.

82

4.5 Statistik Berdasarkan Kepada Jantina Tenaga Pengajar. 83

4.6 Statistik Berdasarkan Kepada Kaedah Pengajaran PSK

Yang Diamalkan Oleh Tenaga Pengajar

84

4.7 Min Terperinci Keseluruhan Kepada Kaedah Pengajaran

PSK Yang Diamalkan Oleh Tenaga Pengajar

84

4.8 Perbandingan Statistik Descriptive Pengalaman Mengajar

Bagi Tenaga Pengajar

94

4.9 Keputusan Ujian Box’s M Bagi Pengalaman Mengajar

Oleh Tenaga Pengajar

94

4.10 Keputusan Ujian Multivariate Bagi Pengalaman Mengajar

Oleh Tenaga Pengajar

95

4.11 Ujian Levene Dari Persetaraan Ralat Varians Bagi

Pengalaman Mengajar Oleh Tenaga Pengajar

95

4.12 Ujian Test Of Between-Subjects Effect Bagi Pengalaman

Mengajar Oleh Tenaga Pengajar

97

Page 18: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

iii

4.13 Perbandingan Statistik Descriptive Bagi Aspek Pemilikan

Sijil Kemahiran

99

4.14 Keputusan Ujian Box’s M Bagi Aspek Pemilikan Sijil

Kemahiran

99

4.15 Keputusan Ujian Multivariate Bagi Aspek Pemilikan Sijil

Kemahiran

100

4.16 Ujian Levene Dari Persetaraan Ralat Varians Bagi Aspek

Pemilikan Sijil Kemahiran

100

4.17 Ujian Test Of Between-Subjects Effect Bagi Aspek

Pemilikan Sijil Kemahiran

102

4.18 Perbandingan Statistik Descriptive Bagi Tenaga

Pengalaman Bekerja Di Industri Oleh Tenaga Pengajar.

104

4.19 Keputusan Ujian Box’s M Bagi Pengalaman Bekerja Di

Industri Oleh Tenaga Pengajar

104

4.20 Keputusan Ujian Multivariate Bagi Pengalaman Bekerja

Di Industri Oleh Tenaga Pengajar

105

4.21 Ujian Levene Dari Persetaraan Ralat Varians Bagi

Pengalaman Bekerja Di Industri Oleh Tenaga Pengajar

105

4.22 Ujian Test Of Between-Subjects Effect Bagi Pengalaman

Bekerja Di Industri Oleh Tenaga Pengajar

107

4.23 Perbandingan Statistik Descriptive Mengikut Jantina

Tenaga Pengajar

109

4.24 Keputusan Ujian Box’s M Bagi Jantina Tenaga Pengajar 109

4.25 Keputusan Ujian Multivariate Mengikut Jantina Tenaga

Pengajar

110

4.26 Ujian Levene Dari Persetaraan Ralat Varians Bagi Jantina

Tenaga Pengajar

110

4.27 Ujian Test Of Between-Subjects Effect Bagi Jantina

Tenaga Pengajar

112

4.28 Matrik data antara aspek Penerapan Domain Psikomotor 114

Page 19: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

iv

SENARAI RAJAH

1.1 Perbandingan gred purata 2007-2011 SPM aliran

vokasional (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011)

5

1.2 Perbandingan peratus kelulusan aliran vokasional 2007-

2011 (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011)

6

1.3 Kerangka konsep kajian berdasarkan Teori Psikomotor

Simpson(1972)

13

2.1 Hubung kait antara Teori Pengajaran dan Teori

Pembelajaran (Ee, 2002)

25

2.2 Perlakuan mengajar guru dalam perancangan, pelaksanaan,

dan penilaian.

29

2.3 Klasifikasi strategi pengajaran dan pembelajaran dan

kaedah-kaedah yang berkaitan (Mok, 2000).

30

2.4 Proses dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran (Lorin

et al., 2001)

33

2.5 Proses dalam penilaian kurikulum (Curtis, 2007) 36

2.6 Bentuk peratus keperluan dalam pentaksiran kolej

vokasional (Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran

Malaysia, 2013)

39

3.1 Kerangka kerja kajian 58

Page 20: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

v

SENARAI SINGKATAN

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

PSK Pentaksiran Standard Kompetensi

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

PIPP Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

PSK Pentaksiran Standard Kompetensi

PBS Pentaksiran Berasaskan Sekolah

NKRA Bidang Keberhasilan Utama negara

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

MPBS Modul Pentaksiran Berasaskan Sekolah

PTV Pendidikan Teknik dan Vokasional

ABBM Alat Bahan Bantu Mengajar

PBE Production-Based Education

CBET Competency-Based Education & Training

SE School Enterprise

GNVQS General National Vocational Qualifications

GRAPE Goal, Role, Audience, Product, Evaluation

MPAV Matapelajaran Aliran Vokasional

LPM Lembaga Peperiksaan Malaysia

JPK Jabatan Pembangunan Masyarakat

SKPK Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan

NOSS National Occupational Skills Standard

PPT Pentauliahan Pencapaian Terdahulu

DPIN Direktori Pakar Industri Negara

SLDN Sistem Latihan Dua Hala

AKEPT Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi

Page 21: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

vi

JERIS Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial

SVM Sijil Vokasional Malaysia

BM Bahasa Melayu

BI Bahasa Inggeris

PA Prinsip Akaun

PM Pendidikan Moral

DPIN Direktori Pakar Industri Negara

MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan

DSD Department of Skills Development

BPPDP Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

FPTV Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

JPN Jabatan Pendidikan Negeri

UTHM Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

SPSS Statistical Package For The Social Sciences

MANOVA Multivariate Analysis Of Variances

Page 22: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Transformasi global dalam ilmu pengetahuan, pembangunan industri, kehidupan

masyarakat kini mendorong kepada perubahan pola penyelenggaraan sistem

pendidikan di dunia (Cheng, 2005). Malaysia pula telah meletakkan matlamat untuk

mencapai taraf negara maju pada tahun 2020. Jadi, sasaran utama negara adalah

untuk menjadikan sektor perindustrian sebagai teras kepada pembangunan negara.

Apabila perubahan ingin dilaksanakan, maka sistem pendidikan berasaskan

pengetahuan perlulah digubal sejajar dengan keperluan yang diinginkan (Tessaring,

2009; Heinz, 2009; Billet, 2009). Pada tahun 1995, Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM) telah mengambil tindakan dengan menggubal Pelan Tindakan

Pengeluaran Tenaga Manusia Teknikal. Pelan ini lebih terfokus kepada

pengembangan matapelajaran aliran teknikal dan vokasional. Sekolah menengah

teknik dan vokasional yang kini dinaik taraf menjadi kolej vokasional merupakan

salah satu aset dalam membawa Malaysia ke arah negara yang lebih berteknologi.

Kurikulum vokasional dikaji untuk perubahan dan keperluan dunia pekerjaan.

Prinsipnya, kurikulum kolej vokasional harus mengambil kira setiap keperluan

pengajar dan pelajar untuk masa depan khususnya (Rojewski, 2009).

Page 23: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

2

Bagi menambahkan bilangan pakar profesional dan berkemahiran tinggi,

sistem pengajaran dan pembelajaran perlulah bersesuaian dengan tahap

perkembangan pelajar. Perkembangan ilmu pengetahuan (kognitif), kemahiran

(psikomotor) dan sikap (afektif) adalah melalui pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan dan berkualiti. Proses pengajaran seharusnya menitik beratkan kepada

kesesuaian standard yang telah ditetapkan. Sementara itu, panduan penilaian

kurikulum dilaksanakan secara teliti, dan tenaga pengajar mempunyai nilai

kemahiran untuk mengajar menurut kehendak yang ditetapkan (Harold, 2001).

Menurut Hiniker dan Putnam (2009), setiap sistem pendidikan yang berlandaskan

dunia pekerjaan wajar menitikberatkan keperluan pengajar dan kaedah pengajaranya.

Namun begitu, pengajaran berbentuk amali menuntut kaedah pengajaran yang

berkualiti dimana tenaga pengajar perlulah menguasai bidang pengajaran yang akan

diajar. Menurut Mok (2004), penguasaan sesuatu kemahiran psikomotor untuk

dipraktikkan dalam pengajaran dalam kalangan tenaga pengajar adalah salah satu

asas yang sangat diperlukan bagi mewujudkan pengajaran yang berkualiti dan

berkesan.

Pentaksiran dalam pendidikan yang diperkenalkan di Malaysia merupakan

satu proses bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan

modal insan. Pentaksiran kompetensi adalah proses dalam eviden mengenai tahap

kompetensi calon yang merangkumi aspek pengetahuan (kognitif), kemahiran

(psikomotor) dan sikap (afektif) dalam melakukan tugasan amali di bengkel

(Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2013). Pentaksiran berkualiti merangkumi lima

aspek utama dimana ianya perlulah bersesuaian dengan tujuan, meningkatkan

amalan pengajaran dan pembelajaran, telus, efisyen dan diyakini awam. Sebelum

melaksanakan amali pentaksiran, tenaga pengajar vokasional perlulah mengadakan

sesi pengajaran terlebih dahulu yang merangkumi perancangan pengajaran,

pelaksanaan pengajaran dan penilaian pengajaran. Amali pentaksiran pula dirancang,

dibina, ditadbir, diperiksa dan dilapor oleh sesebuah institusi. Ini bagi mendapatkan

pernyataan standard yang menerangkan hasil pembelajaran yang dikehendaki

mengikut tahap dari segi kuantiti dan kualiti (Hussin et al., 2005).

Teras II Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) turut memberi

penekanan terhadap aspek pentaksiran. Pentaksiran adalah untuk mengubah

penekanan peperiksaan awam daripada berasaskan kandungan (content based)

Page 24: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

3

kepada berasaskan kemahiran dan kebolehan (skill and ability), mengurangkan mata

pelajaran, menggalakkan pembinaan karakter dan kualiti murid dari segi bina upaya

insan (human capacity building), melibatkan penglibatan semua pihak KPM, dan

mendorong pelajar untuk berjaya dalam peperiksaan. Namun begitu sistem

pentaksiran hanya bertumpu kepada penilaian pencapaian akademik dan produk

akhir pelajar tanpa melihat kepada penilaian proses penghasilan produk (Jabatan

Perdana Menteri, 2010).

Tan (2010) pula dalam kajianya telah menjelaskan bahawa tenaga pengajar

vokasional perlu meningkatkan profesionalisme dalam penyampaianya bagi

merealisasikan matlamat Pentaksiran Standard Kompetensi (PSK). Definisi

pengajaran haruslah terfokus kepada pengetahuan (kognitif), kemahiran

(psikomotor) dan sikap (afektif). Namun begitu, penekanan yang lebih mendalam

terhadap kaedah pengajaran aspek pengajaran psikomotor (kemahiran) sangat

diperlukan terutamanya bagi pengajaran kemahiran amali di bengkel. Kemudahan

pengajaran kini yang berpusatkan amali seharusnya dijadikan landasan untuk

pengajar mengembangkan teknik dan kemahiran sedia ada untuk dikongsi bersama

pelajar bagi memudahkan pelajar mengaitkan skop kemahiran yang dipelajari

dengan teori bagi elemen kemahiran yang dipelajari.

1.2 Latar belakang kajian

Perlaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) antaranya adalah untuk

mempertingkatkan pencapaian dan kemahiran pelajar bagi membangunkan tenaga

kerja berkualiti dari segenap aspek. Kualiti dan kaedah pengajaran di institusi

vokasional perlulah dipermantapkan terutamanya pengajaran dan pembelajaran di

bengkel iaitu tempat dimana para pelajar vokasional mendapat pendidikan formal

dalam bidang kemahiran. Kini, telah berlaku penjenamaan sekolah vokasional

kepada kolej vokasional yang bertujuan untuk menambahbaik kurikulum sedia ada

bagi memenuhi tuntutan keperluan negara (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).

Page 25: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

4

Unjuran pekerjaan baru yang diperlukan negara menjelang tahun 2020 mengikut

kelayakan yang diperlukan menunjukkan bahawa pekerjaan yang berkecenderungan

aliran vokasional amat diperlukan negara dengan nilai indeks purata yang paling

tinggi iaitu sebanyak 0.8 (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012).

Sistem Modul Pentaksiran Berasaskan Sekolah (MPBS) telah diperkenalkan

dan dilaksanakan di sekolah aliran vokasional pada tahun 2008 manakala sistem

Pentaksiran Standard Kompetensi (PSK) pula dijalankan di kolej vokasional bermula

tahun 2012 dimana tahun sekolah menengah vokasional dinaik taraf menjadi kolej

vokasional. Kedua-dua sistem ini digunakan untuk mengukur prestasi pencapaian

individu di akhir proses pengajaran dan pembelajaran. Matapelajaran aliran

vokasional tidak tertumpu kepada pembelajaran berbentuk teori sahaja tetapi juga

melibatkan pembelajaran berbentuk amali di bengkel (Daniel, 2010).

Peringkat sijil di kolej vokasional menggariskan 70% bagi pentaksiran

berasaskan sekolah manakala 30% secara berpusat manakala bagi peringkat diploma

pula 80% bagi pentaksiran berasaskan sekolah manakala 20% secara berpusat.

Sistem pembelajaran modular membantu menurunkan gred purata dalam

peperiksaan. Rajah 1.1 menunjukkan perbandingan analisis Gred Purata dari

Kementerian Pelajaran Malaysia (2011) bagi aliran vokasional dari tahun 2007-

2011.

Gred Purata aliran vokasional sebelum diperkenalkan pentaksiran secara

modular adalah pada tahun 2007, 2008 dan 2009 sebanyak 5.66, 5.49 dan 5.11.

Manakala Gred Purata aliran vokasional selepas diperkenalkan pentaksiran secara

modular adalah pada tahun 2010 dan 2011 sebanyak 4.38 dan 4.45. Perkara ini

terbukti apabila terdapat penurunan nilai Gred Purata dari tahun 2007-2012 bagi

peperiksaan aliran vokasional dimana pencapaian terkini lebih baik daripada

pencapaian terdahulu sebelum pentaksiran secara modular diperkenalkan. Semakin

rendah nilai Gred Purata, semakin bagus pencapaian sesuatu keputusan peperiksaan

(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).

Page 26: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

5

Rajah 1.1: Perbandingan Gred Purata 2007-2011 SPM aliran vokasional

(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).

Tan (2010) telah mengatakan bahawa salah satu faktor kejayaan pengajaran

amali adalah kaedah tenaga pengajar menstruktur aktiviti pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas. Robert (2008) juga turut mengatakan dalam kajiannya

bahawa kebanyakkan kes-kes penilaian akademik melibatkan risiko tidak

bertanggungjawab yang tinggi. Kebanyakkan penilai lebih memfokuskan kepada

pencapaian murid yang baik tanpa menghiraukan perancangan, pelaksanaan dan

penilaian pengajaran serta keperluan dalam pengajaran psikomotor, kecekapan atau

penguasaan murid tersebut dalam sesuatu perkara. Hal ini kerana, pelajar hanya

perlu mendapat nilai minimum sebanyak 10 markah dalam skor peperiksaan

berpusat dan kompeten 30% daripada keseluruhan modul untuk lulus dalam Sijil

Pelajaran Malaysia (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009). Keadaan ini dapat

dilihat apabila peratus lulus aliran vokasional meningkat dengan ketara pada tahun

2009, 2010 dan 2011 iaitu dimana tahun berlangsungnya Modul Pentaksiran

Berasaskan Sekolah (MPBS) dilaksanakan.

Page 27: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

6

Rajah 1.2: Perbandingan peratus kelulusan aliran vokasional 2007-

2011(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).

Ferguson (2007) dan Mahajan(1999) menyatakan bahawa paradigma

pendidikan vokasional masa kini dibina berasaskan struktur keperluan pengajaran

secara amali di dalam bengkel. Beliau menambah, kualiti pendidikan turut menurun

sebagaimana pengajar memberi penekanan kepada program bengkel yang berbentuk

struktur modular. Tenaga pengajar bidang ini bukan sahaja perlu mempunyai

kemahiran teknik dan vokasional, malahan mereka juga perlu mempunyai kemahiran

mengajar, penguasaan kemahiran amali yang berkualiti bagi menjamin penyampaian

maklumat kepada pelajar adalah tepat, benar dan jitu dari segi etika dan kaedah

pengajaran yang digunakan supaya para pelajar dapat mengaplikasi segala teori,

teknik dan aturcara elemen pengajaran di bengkel dengan tepat dan baik (Laurie dan

Kerry, 2003). John (2004) juga menambah kecenderungan utama pelajar dan tenaga

pengajar adalah untuk menyiapkan fail pentaksiran berbanding mendapatkan

pengetahuan dan kemahiran psikomotor yang secukupnya. Penerangan yang

diberikan oleh tenaga pengajar, pembangunan secara profesional dan amalan dalam

bilik darjah mendatangkan keberkesanan terhadap amalan-amalan tertentu dimana

ianya mungkin positif ataupun negatif bergantung kepada kesannya terhadap

pencapaian akhir pelajar (Harold, 2001). Pendidik perlu menguasai sesuatu bidang

pendidikan sebelum memulakan sesi pengajaran di dalam kelas. Sigrid et al. (2013)

dan Fionn (1998) mengatakan kebanyakkan pengajaran dan pembelajaran berasaskan

modular mewujudkan ketidakserasian diantara teknik dan isi pengajaran dan

penguasaan pelajar dalam sesuatu pengajaran terutamanya dalam bidang kemahiran.

Page 28: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

7

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Azizi (2008) dan Sharil (1995),

kaedah pengajaran yang digunakan pendidik memberi kesan kepada sesi pengajaran

dan pembelajaran. Pemilihan kaedah pengajaran juga haruslah sesuai dengan

pengajaran yang akan diajar (Nasution,2004). Pendapat ini disokong oleh Pinsent

(2008) yang menyatakan keberkesanan sesuatu pembelajaran bergantung kepada isi

pengajaran dan kaedah penyampaian yang digunapakai oleh pendidik. Menurut

kajian yang telah dijalankan oleh Tiia dan Hants (2011), kaedah pengajaran yang

sesuai bagi pengajaran berbentuk kemahiran adalah pembentangan, demonstrasi, soal

jawab, ingat semula, latihan dan projek amali dimana hasil kajianya menunjukkan

peningkatan prestasi pelajarnya dalam bidang kemahiran.

Plourde (2002), dalam kajianya telah mengatakan kurang daripada satu

pertiga tenaga pengajar merasakan bahawa mereka begitu mahir dalam bidang

pengajaranya manakala dua pertiga daripadanya mengatakan bahawa mereka kurang

menguasai dan memahami bidang pengajaran yang diajar di sekolah. Menurut

kajian yang dijalankan oleh Johari et al. (2009) yang melibatkan 928 orang guru di

22 buah sekolah menengah di empat daerah di sabah mendapati guru-guru yang

berpengalaman mengajar melebihi tujuh tahun mempunyai kemampuan lebih tinggi

dalam aspek pelaksanaan pengajaran berbanding guru-guru dengan pengalaman

mengajar kurang daripada tujuh tahun. Perkara ini disebabkan guru-guru tersebut

berada dalam sesuatu tempoh yang agak lama dalam bidang yang diajar seterusnya

dapat menguasai topik yang diajar kepada pelajar. O’Connor et al. (2004)

mengatakan bahawa tenaga pengajar berpengalaman mampu membuat perkaitan

diantara bahan baru yang dipelajari dengan pengetahuan sedia ada pelajar dari

pembelajaran lepas dengan baik disamping lebih menggalakkan perbincangan secara

terbuka dan fleksibel diantara pengajar dan pelajar.

Tenaga pengajar novis (pengajar baru) didapati kurang berkeyakinan apabila

berhadapan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tambahan pula jika

pengajaran tersebut adalah berbentuk amali atau pengajaran kemahiran. Tenaga

pengajar novis didapati mempunyai banyak idea-idea yang bakal dijalankan dalam

aspek perancangan pengajaran namun apabila berada dalam realiti pengajaran dan

pembelajaran mereka didapati kurang berkeyakinan dalam menyebarkan atau

melaksanakan idea-idea yang telah dirancang (Guney, 2012; Coulter, 1987 dan

Cruickshank, 1990). Menurut Darling-Hammond (2000), secara puratanya tenaga

pengajar yang berkhidmat kurang daripada tiga tahun pengalaman adalah kurang

Page 29: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

8

berkesan dari aspek pemilihan kaedah pengajarannya. Walaubagaimanapun, kualiti

perhidmatan mereka meningkatkan secara berterusan sehingga mencecah lima tahun

dan kemudianya stabil. Tenaga pengajar baru lebih mementingkan dalam penjagaan

reputasi kerja, hubungan sosial diantara organisasi sekolah berbanding kepada

pencapaian akademik pelajar. Mereka berusaha keras dalam membangunkan kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang unik dan baru dalam menarik perhatian pelajar

berbanding memacu dalam menambahkan pengetahuan dan kemahiran mereka

sendiri dengan lebih mendalam dalam bidang yang diajar (Guney, 2012; Artiles et

al., 1994; Housner dan Griffey, 1985; Szpiczka, 1990).

Menurut kajian yang telah dilaksanakan oleh Kusnawati (2009), latar

belakang pendidikan pengajar merupakan satu faktor yang sangat penting dalam

dunia pendidikan. Latar belakang pendidikan tenaga pengajar mampu mempengaruhi

aras pencapaian akademik pelajar. Hasil kajian beliau yang mengkaji mengenai

pengaruh latar belakang pendidikan tenaga pengajar dengan kemampuan mengajar

telah menunjukkan bahawa terdapat pengaruh yang signifikan antara latar belakang

tenaga pengajar terhadap kemampuan mengajarnya. Berdasarkan kajian ini tenaga

pengajar yang memiliki persamaan bidang yang diajar dengan latar belakang

pendidikan lalu, memiliki kelebihan dalam mengajar berbanding dengan tenaga

pengajar yang tidak mempunyai persamaan. Menurut Kusnawati (2009) lagi,

akauntabiliti sebagai seorang guru hendaklah mempunyai sijil terhadap

pengkhususan bidang-bidang tertentu terutamanya hal-hal yang berbentuk kemahiran

yang berhubungan dengan aliran tugas mengajarnya. Sebagai seorang yang

berkredibiliti, guru hanya perlu bercakap atau memberi nasihat di dalam perkara-

perkara yang ia berkelayakan mengenainya. Ali (1996) juga mengatakan tenaga

pengajar tanpa sijil dan latihan kemahiran yang secukupnya menghadapi masalah

untuk mengendalikan kelas dengan baik. Sekiranya tenaga pengajar tidak dapat

mengawal kelas dengan baik dan murid-murid akan menghadapi masalah di mana

mereka tidak dapat belajar dengan sempurna. Sebanyak 73.1% guru Kemahiran

Hidup mempunyai masalah dari segi kemahiran amali terutamanya semasa membuat

demonstrasi di hadapan pelajar.

Tenaga pengajar yang berpengalaman di lapangan kerja sebenar menurut

Ainley dan Luntley (2004) berkebolehan melakukan aktiviti secara spontan mahupun

dirancang di dalam kelas dengan cemerlang berdasarkan pengalaman mengendalikan

kelas dan penglibatan secara langsung dalam skop pendidikan (penglibatan dalam

Page 30: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

9

industri) sendiri sepanjang perkhidmatanya dalam bidang pendidikan. John (2003)

mengatakan bahawa secara relatifnya, guru berprestasi tinggi dapat meningkatkan

pencapaian murid berbanding guru yang berprestasi rendah dalam aspek kemahiran.

Di dalam konteks penglibatan di industri, tenaga pengajar yang pernah didedahkan

dengan suasana bekerja di industri lebih berkeupayaan dalam mendidikan pelajar

aliran kemahiran. Tenaga manusia yang diperlukan dalam industri haruslah cekap

dan profesional. Memandangkan aktiviti perindustrian pada masa akan datang

berteraskan teknologi tinggi, maka adalah menjadi kemestian bagi meningkatkan dan

memperbanyakkan penglibatan pihak industri di dalam sistem pendidikan yang

berasaskan kemahiran terutamanya pendidikan teknik dan vokasional (Kementerian

Pelajaran Malaysia, 2009). Menurut Zulkifli dan Nik Zafri (2000), kualiti kurikulum

tenaga pengajar mempengaruhi tahap keterampilan pelajar. Oleh itu tenaga pengajar

yang mempunyai pengalaman terlibat di industri mampu menerapkan segala

kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan industri masa kini di samping

memberi ilmu pengetahuan kepada pelajar.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Kasa dan Md Aroff (1997),

didapati bahawa tenaga pengajar lelaki lebih mementingkan nilai kerja yang kreatif

dan autoriti berbanding tenaga pengajar perempuan dalam aktiviti pengajaran.

Menurut Kosnin dan Che Ahmad (2010), tidak terdapat perbezaan di antara jantina

dengan tahap kesediaan pengetahuan dan kemahiran amali dalam komponen pilihan

Pertanian dan aktiviti pengajaran. Manakala perbezaan min bagi komponen pilihan

Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumah Tangga dan juga Perniagaan dan

Keusahawanan menunjukkan perbezaan yang signifikan antara jantina dengan tahap

kesediaan Pengetahuan dalam pengajaran. Disini, pengkaji mendapati wujudnya

percanggahan maklumat diantara kajian yang telah dilakukan oleh Kasa dan Md

Aroff(1997) dan Kosnin dan Che Ahmad (2010).

Pengajaran kemahiran perlulah melibatkan penerapan semua aspek-aspek

psikomotor (Harold,2001). Mark (2009) berhujah bahawa kajian empirikal mengenai

pengajaran dan pembelajaran, amalan pengajaran, penyelesaian masalah dalam

pengajaran dan penilaian pengajaran memerlukan tenaga pengajar tersebut

memahami secara teliti dalam menentukan aras kemahiran (psikomotor) kendiri

sebelum disebarkan untuk kegunaan orang lain (para pelajar). Menurut Alyas (2006),

pengetahuan dalam bidang pengajaran adalah penting tetapi masih ramai tenaga

pengajar yang masih belum menguasai pengetahuan dalam bidang masing-masing.

Page 31: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

10

Aspek psikomotor yang perlu ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

haruslah merangkumi tujuh tahap iaitu pengamatan, persediaan, pergerakan

terkawal, mekanisme, pergerakan khusus, penyelesaian, dan keaslian. Pengajaran

dan pembelajaran yang melibatkan aspek psikomotor adalah diselaraskan dan

diorientasikan oleh pengajar itu sendiri. Tenaga pengajar seharusnya menerapkan

semua elemen psikomotor dalam kaedah pengajaran yang dijalankan (Simpson,

1972).

Pembelajaran dan pengajaran yang baik adalah mempunyai kriteria

berunsurkan aktiviti atau hands-on. Kemahiran membuat sesuatu (hands-on) adalah

antara cabang proses dalam tujuh domain psikomotor. Kemahiran ini dikenalpasti

apabila seseorang pelajar berusaha meningkatkan kualiti pergerakan dalam amali

kemahiran dengan melakukan pergerakan tersebut berulang kali. Pencapaian

terhadap kemahiran kompetensi ini diperoleh dengan menjalani latihan dan praktikal

(Selamat, 2000). Menurut Simpson (1972), bidang psikomotor adalah melibatkan

pergerakan fizikal, penyelarasan dan penggunaan bidang kemahiran motor.

Pembangunan kemahiran ini memerlukan latihan dan ianya diukur dalam bentuk

kelajuan, ketepatan, jarak, prosedur-prosedur dalam perlaksanaanya. Hal ini kerana

keperluan para pelajar lepasan aliran vokasional lebih menjurus kepada kehendak

dunia pekerjaan. Ini kerana majikan lebih mengutamakan bakal pekerja yang

mempunyai kemahiran dalam penguasaan sesuatu bidang (Harun, 2002).

Oleh sebab itu, seseorang tenaga pengajar harus menyediakan dirinya dengan

ilmu dan kemahiran yang lengkap terlebih dahulu sebelum masuk ke alam

penguruan. Dalam Kajian yang telah dijalankan oleh Akademi Kepimpinan

Pengajian Tinggi (AKEPT) pada tahun 2011, 12% daripada pengajaran guru

disampaikan dalam ukuran standard yang tinggi dimana melaksanakan amalan

pedagogi yang terbaik dan bersesuaian, 38% pada tahap memuaskan dan selebihnya

sebanyak 50% berada pada tahap yang tidak memuaskan (Kementerian Pelajaran

Malaysia, 2012).

Page 32: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

11

Kesimpulanya, tenaga pengajar harus memilih kaedah pengajaran yang sesuai

disamping mempunyai pengalaman yang mendalam dalam pengajaran berbentuk

amali dan kemahiran. Hal ini kerana pemilihan kaedah pengajaran yang berkesan

dapat membantu meningkatkan tahap kecekapan pelajar dalam penguasaan sesuatu

kemahiran amali di bengkel. Penerapan semua domain psikomotor yang merangkumi

domain pengamatan, persediaan, pergerakan terkawal, mekanisme, pergerakan

khusus, penyesuaian dan keaslian haruslah diterapkan dalam semua kaedah

pengajaran dan strategi pengajaran yang menjadi amalan dalam pengajaran amali di

bengkel.

1.3 Penyataan masalah

Pengajaran kemahiran perlulah melibatkan penerapan semua domain-domain

psikomotor. Tenaga pengajar sebagai saluran menyampaikan ilmu pengetahuan

kepada pelajar perlulah menerapkan semua domain psikomotor di dalam kaedah

pengajaran yang dipilih. Hasil pencapaian pelajar dalam bidang akademik

bergantung kepada kemampuan pengajar. Penerapan kaedah pengajaran yang

merangkumi perancangan pengajaran, pelaksanaan pengajaran dan penerapan

domain psikomotor dalam kaedah pengajaran juga haruslah sesuai dengan

pengajaran yang akan diajar berasaskan kepada pengajaran amali itu sendiri (Tan,

2010). Pentaksiran modular pula membantu calon untuk mendapatkan lulus dalam

peperiksaan namun kurang mempunyai nilai dalam penguasaan sesuatu kemahiran.

Hasil temu bual secara tidak berstruktur bersama guru bengkel di sekolah menengah

vokasional yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun mengatakan bahawa para

pelajar kini kurang berkemahiran berbanding para pelajar terdahulu.

Kemampuan pengajaran turut dipengaruhi oleh latar belakang yang pernah

diambil oleh tenaga pengajar. Tenaga pengajar yang mempunyai latar belakang

pendidikan bukan berunsurkan aliran pendidikan vokasional atau tidak mempunyai

pengalaman pekerjaan dalam bidang kemahiran mendapat kesulitan dalam sesi

pengajaran kompetensi di kolej vokasional dari aspek kaedah pengajaran amali di

bengkel yang merangkumi perancangan, pelaksanaan, penilaian dan penerapan

domain psikomotor dalam pengajaran. Idealnya, tenaga pengajar aliran kemahiran

Page 33: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

12

yang mampu mengajar dengan berkualiti dan menerapkan semua domain psikomotor

dalam aktiviti pengajaranya adalah tenaga pengajar yang memiliki semua elemen

pendidik bagi pendidikan berasaskan kemahiran yang diperolehnya daripada

lembaga pendidikan atau pengalaman terdahulu (Danim, 2002).

Oleh itu, berdasarkan kajian-kajian yang telah dibincangkan, maka adalah

perlu dijalankan kajian bagi mengenal pasti penerapan domain psikomotor dalam

kaedah pengajaran, mengenalpasti perbezaan di antara penerapan kaedah pengajaran

paling dominan yang merangkumi pelaksanaan pengajaran, perancangan pengajaran

dan penilaian pengajaran yang diamalkan tenaga pengajar berdasarkan latar belakang

tenaga pengajar.

1.4 Tujuan kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui penerapan domain psikomotor dalam kaedah

pengajaran guru berdasarkan amali di bengkel dan mengenalpasti perbezaan kaedah

pengajaran yang paling dominan berdasarkan latar belakang tenaga pengajar

berasaskan pengajaran amali di bengkel

Selepas pembelajaran berpandukan sistem modular, para pelajar akan

melaksanakan amali di bengkel. Secara terperinci, kajian ini ingin melihat samada

terdapat perbezaan diantara kaedah pengajaran amali paling dominan yang

merangkumi aspek perancangan pengajaran, pelaksanaan pengajaran dan penilaian

pengajaran yang diamalkan oleh tenaga pengajar berdasarkan latar belakang tenaga

pengajar merangkumi pengalaman mengajar di bengkel, pemilikan sijil kemahiran,

pengalaman di industri dan jantina tenaga pengajar. Begitu juga dengan penerapan

domain psikomotor di dalam strategi dan kaedah pengajaran berdasarkan amali di

bengkel. Hal ini kerana telah dikenalpasti bahawa wujudnya kekangan dalam

perlaksanaan kaedah pengajaran dari segi kemahiran pengajar bagi menambahkan

penguasaan kemahiran pelajar berteraskan pengajaran amali di bengkel.

Page 34: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

13

1.5 Kerangka konsep kajian

Kerangka konsep kajian berperanan menjelaskan tentang konsep sebenar kajian yang

dijalankan oleh penyelidik. Ianya dihasilkan berperanan untuk memudahkan

pembacaan bagi memahami idea keseluruhan kajian. Dalam kajian ini, kerangka

konsep kajian diadaptasi oleh penyelidik dengan merujuk kepada Teori Psikomotor

Simpson (1972). Teori Psikomotor Simpson ini dikaitkan dengan kaedah pengajaran

yang telah ditetapkan dalam kaedah pengajaran amali di bengkel. Kaedah pengajaran

terbahagi kepada tiga bahagian iaitu perancangan pengajaran, pelaksanaan

pengajaran dan penilaian pengajaran. Hal ini kerana model ini didapati bersesuaian

dengan kehendak kajian yang bakal dijalankan. Domain psikomotor adalah satu

domain dalam menerapkan nilai keupayaan fizikal. Domain psikomotor terdiri

daripada tujuh pengelasan utama iaitu pengamatan, persediaan, pergerakan terkawal,

mekanisme, pergerakan khusus, penyesuaian dan keaslian. Pengiktirafan terhadap

kepentingan nilai keupayaan fizikal ini yang telah diperkenalkan oleh Dave (1970),

Simpson( 1972), Harrow (1972), Ennis (1987), Seels dan Glasgow (1990),

Romiszowski (1999), dan Krathwohl (2002) .

Rajah 1.3: Kerangka konsep kajian berdasarkan Teori Psikomotor Simpson (1972)

Penerapan Domain

Psikomotor:

1.Pengamatan

2.Persediaan

3.Pergerakan

Terkawal.

4.Mekanisme

5.Pergerakan

Khusus

6.Penyesuaian

7.Keaslian.

Penerapan

Domain

Psikomotor

Dalam

Pelaksanaan

Pengajaran

Amali Di Kolej

Vokasional

Demografi Responden.

Pengalaman Mengajar Di Bengkel, ,

Pemilikan Sijil Kemahiran,

Pengalaman Bekerja Di Industri,

Jantina

Kaedah Pengajaran

1.Perancangan pengajaran

2.Pelaksanaan Pengajaran

3.Penilaian Pengajaran

Page 35: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

14

1.6 Objektif kajian

Berikut merupakan empat objektif kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji:

(i) Mengenal pasti aspek demografi merangkumi pengalaman mengajar di

bengkel, pemilikan sijil kemahiran, pengalaman bekerja di industri dan

jantina dalam kalangan tenaga pengajar kolej vokasional.

(ii) Mengenal pasti kaedah pengajaran amali dominan yang diamalkan oleh

tenaga pengajar di bengkel.

(iii) Mengenalpasti penerapan domain psikomotor dalam kaedah pengajaran amali

yang diamalkan oleh tenaga pengajar di kolej vokasional.

(iv) Mengenal pasti perbezaan diantara kaedah pengajaran amali paling dominan

diamalkan oleh tenaga pengajar dengan aspek demografi tenaga pengajar.

1.7 Persoalan kajian

Berikut adalah antara persoalan kajian yang dijadikan panduan penyelidik dalam

kajian yang dijalankan:

(i) Apakah demografi tenaga pengajar kolej vokasional yang merangkumi aspek

pengalaman mengajar di bengkel, pemilikan sijil kemahiran, pengalaman

bekerja di industri dan jantina?

(ii) Apakah kaedah pengajaran amali dominan yang diamalkan oleh tenaga

pengajar di bengkel?

(iii) Apakah penerapan domain psikomotor dalam kaedah pengajaran amali yang

diamalkan oleh tenaga pengajar di kolej vokasional?

(iv) Apakah terdapat perbezaan diantara kaedah pengajaran amali paling dominan

diamalkan oleh tenaga pengajar berdasarkan kepada pengalaman mengajar di

bengkel?

(v) Apakah terdapat perbezaan diantara kaedah pengajaran amali paling dominan

diamalkan oleh tenaga pengajar berdasarkan kepada pemilikan sijil

kemahiran?

Page 36: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

15

(vi) Apakah terdapat perbezaan diantara kaedah pengajaran amali paling

dominan diamalkan oleh tenaga pengajar berdasarkan kepada pengalaman

bekerja di industri?

(vii) Apakah terdapat perbezaan diantara kaedah pengajaran amali paling

dominan diamalkan oleh tenaga pengajar berdasarkan kepada jantina tenaga

pengajar?

1.8 Hipotesis kajian

Hipotesis null dirangka untuk menjawab Persoalan Kajian. Hipotesis kajian yang

dijalankan pengkaji adalah seperti berikut:

(i) Ho: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan diantara kaedah pengajaran

amali dominan diamalkan oleh tenaga pengajar berpengalaman

mengajar melebihi 5 tahun dan berpengalaman mengajar kurang dari

5 tahun di bengkel.

(ii) Ho: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan diantara kaedah pengajaran

amali dominan diamalkan oleh tenaga pengajar yang memiliki sijil

kemahiran dan tidak mempunyai sijil kemahiran.

(iii) Ho: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan diantara kaedah pengajaran

amali dominan diamalkan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman

bekerja di industri dan tidak berpengalaman bekerja di industri.

(iv) Ho: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan diantara kaedah pengajaran

amali dominan diamalkan oleh tenaga pengajar lelaki dan perempuan.

Page 37: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

16

1.9 Kepentingan kajian

Kajian ini memberi kepentingan dalam mencadangkan kaedah pengajaran kepada

tenaga pengajar dalam menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran amali di

bengkel dengan baik. Ianya menjadi satu panduan kepada tenaga pengajar untuk

meningkatkan nilai kemahiran amali dalam diri dan meneliti penerapan domain

psikomotor dalam pemilihan kaedah pengajaran yang diperlukan bagi pengajaran

berpaksikan modul pentaksiran supaya kemahiran para pelajar dapat ditingkatkan

disamping memfokuskan untuk menyiapkan sistem fail pentaksiran.

Kajian ini juga secara tidak langsung dapat membantu pihak-pihak tertentu di

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), Kementerian Pendidikan

Malaysia dalam merangka satu strategi bagi meningkatkan tahap kompetensi tenaga

pengajar dalam bidang kemahiran dan merangka kaedah pengajaran amali yang

berkesan yang merangkumi penerapan semua domain psikomotor untuk

meningkatkan kualiti sistem pendidikan bagi aliran vokasional. Kualiti pengajaran

guru dan sistem pendidikan bukan sahaja terletak pada prestasi akademik pelajar

namun terletak juga kepada keupayaan dan penguasaan kemahiran tenaga pengajar

dalam domain psikomotor.

1.10 Skop kajian

Kajian ini difokuskan dari segi kaedah pengajaran merangkumi aspek perancangan

pengajaran, pelaksanaan pengajaran dan penilaian pengajaran yang diamalkan oleh

tenaga pengajar dalam melaksanakan sistem pengajaran dan pembelajaran

berdasarkan amali di bengkel dan penerapan domain psikomotor dalam kaedah

pengajaran yang menjadi amalan tenaga pengajar di kolej vokasional.

Dalam pengajaran amali dan kemahiran, aspek yang paling ditekankan oleh

pengajar adalah aspek psikomotor berbanding aspek kognitif dan afektif. Hal ini

kerana bentuk pentaksiran kolej vokasional bagi peringkat diploma lebih

memfokuskan kepada aspek kemahiran dimana 80% modul vokasional ditaksir oleh

tenaga pengajar dan 20% oleh peperiksaan berpusat. Perkara ini jelas menunjukkan

Page 38: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

17

bahawa pengajaran kemahiran lebih menitiberatkan kepada domain psikomotor.

Kajian ini adalah untuk mengenalpasti keselarian penerapan kaedah pengajaran

amali yang dipraktikkan oleh pengajar dengan kehendak kaedah pengajaran yang

telah ditetapkan dan mengetahui pengelasan domain psikomotor dalam kaedah

pengajaran berasaskan pentaksiran. Kajian tertumpu kepada guru vokasional di

semua kolej vokasional.

1.11 Definisi Terminologi dan Operasional

Terdapat beberapa istilah penting yang digunakan di dalam kajian ini. Definisi

perkara tersebut dari aspek terminologi dan operasional bagi kajian yang dijalankan

adalah seperti berikut:

1.11.1 Kolej Vokasional

Kurikulum Kolej Vokasional adalah berorientasikan pembelajaran berasaskan kerja

(amali). Kandungan pembelajaran berasaskan kepada kompetensi kerja, kompetensi

keusahawanan insaniah dengan nisbah dimensi teori-amali 30:70. Nisbah komponen

akademik kepada vokasional juga 30:70. Ianya merangkumi empat elemen iaitu

ilmu, aplikasi, kreativiti dan inovasi (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2013). Berikut

merupakan jadual gambaran program kurikulum Kolej Vokasional KPM.

Page 39: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

18

Jadual 1.1: Gambaran Program Kurikulum Kolej Vokasional KPM. (Jabatan Perdana

Menteri, 2010).

KOMPONEN PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL KPM

(78 buah Kolej Voctech mulai 2013)

Program Pendidikan Vokasional Latihan Kemahiran

Akademik :

Kemahiran

30:70 20:80

Persijilan Sijil Kolej Vokasional

Designed for employment, self

employment and further training

later

Sijil Kemahiran Malaysia

Atau

Sijil Agensi Latihan Lain

Elemen Employability Skills, Work Values, Creativity and Innovation, and ICT

skills.

Wujudkan Jawatankuasa Kurikulum Industri bagi setiap bidang

Metodologi Production-Based Education

(PBE)

PBE

Competency-Based Education &

Training (CBET)

CBET

School Enterprise (SE) – Earning

while Learning

SE

Apprenticeship/Traineeship

Networking dengan institusi negara serantau (Thailand, Indonesia,

Singapura)

Bahasa

Tambahan

Komunikasi Mandarin / Arab

Nilai Tambah Memenuhi keperluan industri

Penglibatan industri (Centre Of Excellence) dan

agensi awam (sekolah angkat) di Kolej Voctech

On Job Training (termasuk di negara serantau)

1.11.2 Kaedah Pengajaran Dominan

Pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada proses mengajar dan belajar yang

dijalani oleh tenaga pengajar dan pelajar di dalam bengkel kejuruteraan aliran

vokasional dalam bentuk teori dan amali. Kaedah pengajaran dominan bermaksud

kaedah pengajaran yang paling utama dimana kaedah pengajaran tersebut

merangkumi perancangan pengajaran, pelaksanaan pengajaran dan penilaian

pengajaran.

Page 40: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

19

Perancangan pengajaran adalah keputusan awal yang dirangka oleh tenaga

pengajar mengenai perkara yang akan dijalankan semasa sesi pelaksanaan

pengajaran supaya ianya lebih teratur dan difahami oleh para pelajar. Pelaksanaan

pengajaran pula adalah amalan pengajaran yang telah dirancang semasa perancangan

pengajaran. Pelaksanaan pengajaran merangkumi penggunaan pelbagai strategi

pengajaran seperti demonstrasi, soal jawab, syarahan, latih tubi, tayangan video,

penceritaan, dan lain-lain lagi. Manakala penilaian pengajaran adalah proses

penilaian akhir kepada para pelajar berdasarkan kepada perkara-perkara yang telah

diajar. Penilaian pengajaran adalah proses terakhir dalam pengajaran dan

pembelajaran. Penilaian pengajaran terbahagi kepada penilaian pengajaran yang

dijalankan oleh tenaga pengajar dan penilaian kepada hasil pembelajaran pelajar

(Sulaiman, 2004).

Pada umumnya objektif pengajaran akan termasuk ke dalam salah satu

daripada domain kognitif (penekanan kepada perolehan, pengembangan pengetahuan

serta intelek dan keupayaan berfikir tentang pengumpulan isi pelajaran dalam bentuk

mudah atau kompleks), afektif (tingkah laku berdasarkan perasaan atau nilai), atau

psikomotor (tindakan yang berkait rapat dengan pergerakan otot). Namun begitu,

bagi pengajaran amali di bengkel, pengajaran di ditekankan dalam pengelasan tahap

psikomotor yang merangkumi pengamatan, persediaan, pergerakan terkawal,

mekanisme, pergerakan khusus, penyesuaian dan keaslian.

Dalam konteks kajian ini, pengajaran difokuskan kepada perancangan

pengajaran, pelaksanaan pengajaran, penilaian pengajaran serta penerapan

pengajaran kemahiran (psikomotor) iaitu merujuk kepada kehendak modul

pentaksiran yang dibekalkan. Pengajaran yang dimaksudkan penyelidik ialah

kaedah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran sebelum berlangsungnya penilaian awal atau penilaian sebenar ke atas

pelajar.

Page 41: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

20

1.11.3 Sijil Kemahiran Malaysia

Tenaga pengajar kolej vokasional wajib mempunyai sijil kemahiran. Hal ini kerana

kolej vokasional ditubuhkan untuk melahirkan tenaga pengajar yang mempunyai

kemahiran dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Sijil Kemahiran Malaysia(SKM)

adalah sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

Kementerian Sumber Manusia. SKM terdiri daripada lapan tahap persijilan iaitu

SKM Tahap 1, SKM Tahap 2, SKM Tahap 3, DKM Tahap 4, DLKM Tahap 5,

TKM Tahap 6, MKM Tahap 7 dan MTM Tahap. Tenaga pengajar kolej vokasional

boleh mendapatkan sijil kemahiran Malaysia dengan beberapa cara iaitu latihan di

industri yang diiktiraf, latihan berorientasikan industri (SLDN) dan melalui

pentauliahan pencapaian terdahulu (PPT).

1.11.4 Domain Psikomotor

Pembelajaran dan pengajaran berbentuk kemahiran melibatkan penekanan kepada

penerapan domain psikomotor (Daniel, 2010). Domain ini telah diperkenalkan oleh

Simpson pada tahun 1972. Domain psikomotor terdiri daripada tujuh pengelasan

utama iaitu pengalamatan, persediaan, pergerakan terkawal, mekanisme, pergerakan

khusus, penyesuaian dan keaslian (Simpson, 1972; Dave, 1970; Harrow,1972;

Ennis,1987; Seels dan Glasgow,1990; Romiszowski,1999 dan Krathwohl,2002).

Pengajaran berbentuk pentaksiran yang diperkenalkan di kolej vokasional

iaitu pengajaran berdasarkan Pentaksiran Standard Kompetensi (PSK) di bengkel

yang amat memberi penekanan kepada tujuh domain psikomotor tersebut. Hal ini

kerana pengajaran di kolej vokasional adalah berbentuk pengajaran kemahiran atau

kompetensi.

Domain pengamatan memberi penekanan kepada kepekaan, pengkategorian

dan kebolehan mentafsir ransangan. Domain persediaan menekankan kepada fokus

dan persediaan diri menjalankan amali apabila merujuk kepada pembelajaran dan

pengajaran berbentuk kemahiran. Domain pergerakan terkawal menfokuskan kepada

aktiviti amali yang sedang dijalankan. Domain mekanisme pula menonjolkan kepada

Page 42: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

21

ketrampilan dan prinsip kepada pelaksanaan amali dalam diri pelajar dan penilai.

Domain pergerakan khusus pula memberi fokus kepada karisma dan kelincahan

pelajar menjalankan amali manakala domain terakhir bagi aspek psikomotor iaitu

domain penyesuaian adalah mengidentifikasi pelaksanaan amali dengan kreativiti

dan penyesuaian diri pelajar terhadap perkara yang telah diajar oleh pengajar semasa

P&P berlangsung (Simpson, 1972).

1.11.5 Kemahiran

Menurut kamus dewan edisi ketiga (2000), kemahiran ditakrifkan sebagai

kecekapan, kepandaian untuk mengerjakan sesuatu. Menurut Hamidin (2000),

kemahiran adalah pengetahuan secara praktikal yang merupakan gabungan

kebolehan, pengetahuan dan pengalaman. Kemahiran juga merupakan satu gagasan

ilmu yang berkaitan dengan perlakuan seseorang dimana ianya ditunjukkan melalui

kaedah demonstrasi. Ianya dipelajari melalui pengalaman secara praktikal.

1.11.6 Amali

Amali adalah teori yang dipelajari bukan berdasarkan pengalaman sebenar atau

perlaksanaan prinsip sesuatu ilmu pengetahuan. Ianya dipelajari berasaskan

pengalaman mengendalikan sesuatu perkara (kamus Bahasa melayu Nusantara,

2003). Dalam konteks kajian ini, amali merujuk kepada perlaksanaan teori yang

telah dipelajari mengikut modul pentaksiran di dalam bengkel.

Page 43: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

22

1.11.7 Bengkel

Bengkel adalah tempat melakukan sesuatu kegiatan dengan arah tujuan yang pasti

samada secara berseorangan atau berkelompok untuk mengkaji sesuatu perkara atau

bertukar-tukar idea (Kamus Dewan Bahasa edisi keempat, 2005). Kementerian

pendidikan Malaysia(2001) mengatakan bengkel adalah satu bangunan atau bilik

yang mengandungi mesin-mesin atau alatan tangan untuk membuat kerja. Dalam

kajian ini, bengkel merujuk kepada bengkel aliran vokasional yang terdapat di kolej

vokasional.

Page 44: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Dalam bab ini, pengkaji memfokuskan mengenai sorotan kajian literatur dengan

lebih mendalam yang mempunyai hubungan dengan pengajaran di bengkel, Sistem

Pentaksiran Standard Kompetensi (PSK), Tenaga Pengajar dan Pengalaman

Mengajar di Bengkel, Tenaga Pengajar dan Pemilikan Sijil Kemahiran, Tenaga

Pengajar dan Pengalaman Bekerja di Industri, dan Domain Psikomotor dalam

pengajaran. Fokus juga diberikan terhadap kaedah pengajaran dalam menerapkan

aspek psikomotor yang sedia ada yang dilaksanakan oleh tenaga pengajar dalam

membantu murid memahami isi pembelajaran dan pengajaran aliran vokasional.

Sumber kajian literatur ini adalah daripada jurnal yang disahkan, teks ucapan

sebenar, penulisan ilmiah, buku-buku serta hasil-hasil kajian lepas. Segala maklumat

yang diguna pakai di dalam bab ini adalah dari sumber- sumber yang sah dan boleh

dipercayai.

Page 45: PENERAPAN DOMAIN PSIKOMOTOR DALAM PELAKSANAAN … · 2017. 3. 2. · 1.1 Gambaran program kurikulum kolej vokasional KPM (Jabatan Perdana Menteri, 2010) 18 2.1 Analisis mengikut turutan

24

2.2 Pengajaran Di Bengkel

Perkembangan pendidikan dari semasa ke semasa telah menyebabkan banyak

perubahan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bengkel. Kini, corak

perkembangan sistem pengajaran dan pembelajaran mengalami perubahan serta

bertambah maju. Perkara ini bermula dan semakin dipermantapkan dari semasa ke

semasa apabila tertubuhnya Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan pada tahun

1972 suatu ketika dahulu dimana salah satu objektifnya adalah untuk memurnikan

mutu pelajaran dengan cara menunjukkan contoh kaedah mengajar yang baik dan

mewujudkan bahan pandang dengar sebagai tambahan dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas (Kementerian pelajaran Malaysia, 1988).

Menurut Ee (2002), teori pengajaran dan pembelajaran mempunyai hubungan

yang tersendiri. Teori pengajaran bermaksud satu usaha mengenal pasti kaedah yang

dapat mewujudkan keadaan bagi membolehkan tercapainya matlamat pembelajaran.

Bagi menjamin keberkesanan teori pengajaran, satu keserasian perlulah wujud

dengan teori pembelajaran yang sedia ada.

Teori pembelajaran pula menghuraikan penghubungkaitan antara apa yang

dipelajari dengan keadaan pembelajaran itu berlaku. Teori pengajaran melibatkan

target pembelajaran yang ingin dicapai. Tujuan teori pengajaran adalah menyediakan

prinsip-prinsip yang akan digunakan oleh guru-guru bagi menjamin sesuatu

pembelajaran (Ee ,2002).