PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filemaklumat dan memproses dalam minda dan...

9
9 PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI MELALUI PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK PENGAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH Noor Haniza Abdul Halim, Effandi Zakaria Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Kertas konsep ini akan membincangkan penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) melalui Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) dalam Pembelajaran dan Pengajaran Sains sekolah rendah Transformsi sistem pendidikan Negara iaitu seperti yang terkandung dalam perancangan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menitikberatkan penerapan dalam elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi bagi memperkasakan pembelajaran Sains, Teknologi, kejuruteraan dan Matematik (STEM). Oleh yang demikian murid dapat meningkatkan kemahiran kognitif dengan peluang dan ruang yang diberi untuk menyampaikan pandangan menggunakan kaedah yang lebih kreatif dan tidak hanya menghafal seperti kaedah konvensional. Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) membantu murid belajar sains dengan satu kaedah pengajaran yang menyeronokkan, malah KBAT boleh digabungjalinkan PBP supaya dapat memberikan manfaat dalam Pembelajaran dan Pengajaran (PdP). Pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah PBP boleh digunapakai oleh guru-guru dan warga sekolah sekiranya pendedahan khusus diberikan. Oleh itu, dapat membantu murid menjalani pembelajaran yang lebih aktif dengan adanya pedagogi PBP. Pembelajaran melalui projek dan kolaboratif mampu meningkatkan kefahaman kognitif murid dalam PdP. Oleh itu diharap kajian konsep ini dapat memberi manfaat kepada dunia pendidikan berkaitan kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk meningkatkan KBAT dalam kalangan murid. Kata kunci: Pembelajaran Berasaskan Projek, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, Pengajaran Sains, Sekolah Rendah, Pedagogi ABSTRACT The concept paper will discuss the application of high-level thinking skills through project-based learning in Science Teaching, Learning and school education system as embodied in the design of the Malaysian Education Blueprint (2013-2025) focuses on the application of the elements of higher order thinking skills to strengthen the teaching of Science, Technology, engineering and Mathematics (STEM) .Therefore thus can improve the cognitive skills of students with the opportunity and space to express their views by using methods that are more creative and not just memorize such conventional methods. Project-based learning (PBL) helps students learn science with a teaching method more fun. Besides, High Order Thinking Skills (HOTS) with project-based learning providing benefits in the teaching and learning. Teachers should be given special exposure about teaching and learning using project-based learning. Therefore, it can help students lead more active learning pedagogy by project-based learning. This study discusses the application of HOTS in science subjects in primary school through project-based learning. Learning through collaborative projects helps to increase students' cognitive understanding in teaching and learning process. This concept study is expected to be beneficial to the world of education- related methods and approaches appropriate to increase HOTS among students. Key words : Project-based learning, higher order thinking skills, Teaching Science, Primary school,pedagogy

Transcript of PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filemaklumat dan memproses dalam minda dan...

Page 1: PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filemaklumat dan memproses dalam minda dan diterjemahkan ... Kaedah berkesan yang boleh dilakukan untuk ... penghasilan satu produk

9

PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS

TINGGI MELALUI PEMBELAJARAN

BERASASKAN PROJEK PENGAJARAN SAINS

SEKOLAH RENDAH

Noor Haniza Abdul Halim, Effandi Zakaria

Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Kertas konsep ini akan membincangkan penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) melalui

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) dalam Pembelajaran dan Pengajaran Sains sekolah rendah

Transformsi sistem pendidikan Negara iaitu seperti yang terkandung dalam perancangan Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menitikberatkan penerapan dalam elemen

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi bagi memperkasakan pembelajaran Sains, Teknologi, kejuruteraan dan

Matematik (STEM). Oleh yang demikian murid dapat meningkatkan kemahiran kognitif dengan peluang

dan ruang yang diberi untuk menyampaikan pandangan menggunakan kaedah yang lebih kreatif dan tidak

hanya menghafal seperti kaedah konvensional. Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) membantu murid

belajar sains dengan satu kaedah pengajaran yang menyeronokkan, malah KBAT boleh digabungjalinkan

PBP supaya dapat memberikan manfaat dalam Pembelajaran dan Pengajaran (PdP). Pengajaran dan

pembelajaran menggunakan kaedah PBP boleh digunapakai oleh guru-guru dan warga sekolah sekiranya

pendedahan khusus diberikan. Oleh itu, dapat membantu murid menjalani pembelajaran yang lebih aktif

dengan adanya pedagogi PBP. Pembelajaran melalui projek dan kolaboratif mampu meningkatkan

kefahaman kognitif murid dalam PdP. Oleh itu diharap kajian konsep ini dapat memberi manfaat kepada

dunia pendidikan berkaitan kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk meningkatkan KBAT dalam

kalangan murid.

Kata kunci: Pembelajaran Berasaskan Projek, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, Pengajaran Sains,

Sekolah Rendah, Pedagogi

ABSTRACT

The concept paper will discuss the application of high-level thinking skills through project-based learning

in Science Teaching, Learning and school education system as embodied in the design of the Malaysian

Education Blueprint (2013-2025) focuses on the application of the elements of higher order thinking

skills to strengthen the teaching of Science, Technology, engineering and Mathematics (STEM)

.Therefore thus can improve the cognitive skills of students with the opportunity and space to express

their views by using methods that are more creative and not just memorize such conventional methods.

Project-based learning (PBL) helps students learn science with a teaching method more fun. Besides,

High Order Thinking Skills (HOTS) with project-based learning providing benefits in the teaching and

learning. Teachers should be given special exposure about teaching and learning using project-based

learning. Therefore, it can help students lead more active learning pedagogy by project-based learning.

This study discusses the application of HOTS in science subjects in primary school through project-based

learning. Learning through collaborative projects helps to increase students' cognitive understanding in

teaching and learning process. This concept study is expected to be beneficial to the world of education-

related methods and approaches appropriate to increase HOTS among students.

Key words : Project-based learning, higher order thinking skills, Teaching Science, Primary

school,pedagogy

Page 2: PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filemaklumat dan memproses dalam minda dan diterjemahkan ... Kaedah berkesan yang boleh dilakukan untuk ... penghasilan satu produk

10

PENGENALAN

Transformasi pendidikan dalam tempoh tiga belas tahun dipertingkatkan secara menyeluruh melalui

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang merupakan satu pelan jangkamasa

panjang ke arah pendidikan lebih berkualiti. Pentaksiran antarabangsa TIMSS dan PISA merupakan

hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi melonjakkan Negara dalam kelompok sepertiga

teratas Maka, wujud lima aspirasi sistem dan enam aspirasi murid telah dikenalpasti sebagai pemangkin

kecemerlangan pendidikan Negara di masa hadapan.

Bakri dan Firdaus (2013) menyatakan bahawa KBAT tidak semata-mata menghafal fakta sahaja,

malahan mengukur keupayaan berfikir secara kritis, analisa dan menilai. Kemahiran berfikir adalah

berkaitan semua disiplin ilmu dalam kalangan murid perlu diberi penekanan di sekolah. Justeru itu, guru-

guru perlu mempunyai pengetahuan tinggi dan berkemahiran tentang amalan-amalan baharu Pengajaran

dan Pembelajaran (PdP) seiring pembelajaran dan keperluan semasa iaitu abad ke-21. Guru perlu kreatif

dalam menyampaikan pengajaran supaya PdP yang dihasilkan menarik minat murid supaya pembelajaran

lebih bermakna.

Kementerian Pelajaran Malaysia mendefinisikan KBAT sebagai sebagai keupayaan untuk

mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat sesuatu penaakulan dan refleksi bagi

menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (Lembaga

Pepriksaan Malaysia,2013). Kemahiran berfikir dalam Taksonomi Bloom merangkumi kemahiran

berfikir aras rendah (KBAR) iaitu pengetahuan dan pemahaman, sedangkan kemahiran menganalisis,

sintesis dan penilaian tergolong dalam KBAT.

Kajian Zuraina (2009) menyatakan bahawa KBAT mampu diasah melalui Pembelajaran secara

kolaboratif. selaras dengan matlamat untuk mempertingkatkan elemen KBAT pelajar, penginovasian ke

atas kaedah dan pendekatan pengajaran iaitu pedagogi memainkan peranan yang penting. Perkembangan

teknologi abad ke-21 kini serba sedikit memberi kesan yang besar ke atas bidang pendidikan yang

sentiasa mengutamakan penglibatan murid secara lebih aktif dalam usaha meningkatkan rasa ingin tahu

serta pemahaman pelajar dalam suatu subjek yang dipelajari (Madhuri et al., 2012; Peters et al., 2011).

Kurikulum sains dalam konteks Pendidikan Malaysia adalah memperluas ilmu sains disamping

meningkatkan kecekapan dan memupuk sikap positif terhadap sains dalam kalangan murid. Berdasarkan

Agensi Inovasi Malaysia menyatakan bahawa standard kandungan dan pengajaran yang digariskan dalam

dokumen standard kurikulum memberi penekanan kepada keupayaan murid aplikasi, analisis, menilai dan

mencipta dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. KPM telah menggariskan tujuh elemen iaitu,

kurikulum, pedagogi, pentaksiran sumber, sokongan masyarakat, kokurikulum dan bina upaya guru untuk

menjalankan KBAT di sekolah.

Pendekatan pengajaran dan Pembelajaran (PdP) KBAT yang efektif perlu menggunakan

pelbagai instrumen berfikir dan teknik penyoalan aras tinggi dan memerlukan pedagogi yang bersesuian.

Zoller et.al (2007) berpendapat bahawa melahirkan murid yang lebih saintifik memerlukan PdP yang

menggalakkan soalan terbuka dan tahap tinggi bukan hanya melalui kaedah hafalan semata-mata. Oleh

itu, pedagogi yang dilihat sesuai untuk penerapan KBAT dalam pengajaran sains di sekolah rendah

adalah Pembelajaran Berasaskan Projek memandangkan pedagogi ini merupakan amalan dan Pdp abad

ke-21 yang boleh menyokong KBAT diterapkan dalam kalangan murid.

Murid mempunyai peluang untuk belajar tentang subjek dan topik yang diminati kerana

Pembelajaran Berasaskan Projek ini adalah unik untuk setiap murid-murid dan boleh disesuaikan untuk

setiap individu dan sangat sesuai diaplikasikan dalam PdP. Pendekatan Projek juga membolehkan pelajar

untuk mengalami pembelajaran dalam kehidupan sebenar. Melalui Pembelajaran Berasaskan Projek

(PBP) murid mampu untuk berinteraksi bersama orang lain, persekitaran mereka dan memupuk semangat

ingin tahu, dan melatih murid supaya tidak hanya menjadi murid yang pasif.

Page 3: PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filemaklumat dan memproses dalam minda dan diterjemahkan ... Kaedah berkesan yang boleh dilakukan untuk ... penghasilan satu produk

11

Di samping itu, tanggungjawab, kerjasama dan komunikasi adalah kawasan di mana kanak-

kanak akan berkembang amat kerana mereka sentiasa melakukan siasatan ke atas mereka sendiri dan

kemudian berkongsi dengan rakan-rakan mereka. Pada asasnya, Pendekatan Projek ini memberi tumpuan

kepada kanak-kanak dan bagaimana mereka boleh membesar dan berkembang secara tepat, menarik

projek-projek

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013) KBAT melibatkan kemahiran intelek tinggi yang melibatkan

empat aras teratas Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta. Kemahiran

Berfikir Aras tinggi Aras Tinggi (KBAT) juga didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengaplikasi

pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,

membuat keputusan berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu . Maka, murid mencerap sesuatu

maklumat dan memproses dalam minda dan diterjemahkan melalui pelbagai bentuk.

Berdasarkan kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur,

mengelas dan mengenalpasti sebab dan akibat mengikut pandangan tersendiri. Maka tercetus pemikiran

yang berbentuk kreatif dan inovatif dan mereka cipta dalam kalangan murid. Malah, murid berkeperluan

diberi pendedahan dan mempelajari KBAT dalam penjanaan idea agar tugasan yang diberikan oleh guru

dapat diselesaikan dengan lebih berkesan.

Yee et al. (2010) berpendapat bahawa murid bermasalah untuk menyempurnakan kerja kursus

kerana jarang menggunakan kemahiran aras tinggi bagi menjana pendapat mereka. Dalam penerapan

KBAT penglibatan murid adalah sangat aktif. Penerapan KBAT dalam kalangan murid menjadikan

peranan guru sangat signifikan. Kaedah berkesan yang boleh dilakukan untuk menerapkan KBAT dalam

PdP ialah mengemukan soalan-soalan KBAT berunsurkan KBAT semasa proses PdP dijalankan.

Kebiasaan soalan yang dikemukakan membantu murid untuk mengaplikasi, menganalisa, mensintesis dan

menilai suatu maklumat daripada sekadar menyatakan semula fakta atau mengingati fakta yang dipelajari.

Antara persekitran pembelajaran KBAT ialah menggunakan strategi pembelajaran berbentuk

inkuiri, penyelesaian masalah, Penyelidikan dan berasaskan projek. Maka jelaslah bahawa, penerapan

KBAT boleh dijalankan menggunakan strategi PBP kerana cirri-ciri yang hampir sama. PdP

menggunakan strategi PBP akan berubah menjadi Pembelajaran dan pemudahcaraan dan guru sekaligus

betindak sebagai fasilitator. Guru mengubah cara berfikir, Teknik penyoalan mencungkil pandangan

murid, memotivasi murid dan mengubah jenis tugasan, mentaksir untuk pembelajaran dan berkomunikasi

secara lebih menarik dan berkesan.

Perubahan amalan menghafal kepada fahaman yang mendalam, meningkatkan tahap kesdaran

dengan menganalisa menyelesaikan masalah, menilai serta mencipta. Belajar mewajarkan penyelesaian

dan penemuan. Konsep sains boleh dipelajari dengan berkesan melalui subjek sains. Penyiasatan Saintifik

memerlukan kBAT. Tahun 2016, soalan KBAT akan bertambah menjadi 80%. Pelaksanaan KBAT terdiri

daripada elemen utama iaitu kurikulum dimana perubahan dalam pembelajaran murid, pedagogi iaitu

dimana perubahan dalam pendakatan dan pentaksiran. iaitu perubahan pentaksiran. Perancangan

pentaksiran KBAT adalah meningkatkan kerangka pentaksiran bagi menambah item yang menguji

KBAT serta menggunakan rujukan standard dalam Pentaksiran Berasaskan sekolah (PBS).

Secara keseluruhannya, KBAT mempunyai kelebihan seperti meningkatkan keupayaan dan

kebolehan murid. Bagi melahirkan murid yang berdaya saing para guru digalakkan untuk mengajar

kemahiran berfikir melalui mata pelajaran di sekolah malah golongan guru perlu menguasai ilmu

pengetahuan dan kemahiran pedagogi serta kemahiran KBAT. Apabila para guru menguasai ilmu

pengetahuan, kemahiran pedagogi maka mereka lebih berkeyakinan menggunakan KBAT dalam PdP.

Page 4: PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filemaklumat dan memproses dalam minda dan diterjemahkan ... Kaedah berkesan yang boleh dilakukan untuk ... penghasilan satu produk

12

Justeru itu, pentadbiran sekolah perlu memberikan sokongan padu dalam menyokong guru

mengendalikan PdP menggunakan KBAT dengan memberi pemantauan yang bersistem seperti melalui

sesi pencerapan pengajaran yang boleh dilakukan oleh ketua bidang mata pelajaran. Pemantauan yang

berkesan boleh memberikan kesan terhadap pelaksanaan KBAT. Oleh itu bagi menyahut Pelan

Pembangunan Pendidikan 2013-2025 di mana salah satu pelan ialah untuk meningkatkan kualiti

pendidikan bertaraf antarabangsa dan melahirkan murid yang setanding dengan murid antarabangsa maka

semua pihak perlu berganding bahu melaksanakan kemahiran KBAT maka melahirkan generasi Malaysia

aras ketiga.

Pembelajaran Berasaskan Projek.

Pendekatan menggunakan PBP yang memerlukan murid menyiapkan projek berasaskan masalah

atau soalan yang diberi akan turut mempengaruhi pengetahuan saintifik yang dibina. Tal et al. (2006)

berpendapat bahawa PdP yang menggunakan projek memberi peluang murid merasai sendiri pengalaman

pembelajaran terutama di luar kelas melalui soalan bermakna dan berkaitan dengan komuniti serta

keluarga. Chin (2007) menyatakan kepelbagaian dan jenis soalan yang ditanya guru sangat berpotensi

murid menjalani proses kognitif terutama semasa mereka membina pengetahuan saintifik.

Jelas menunjukkan bahawa PdP yang menggunakan pendekatan PBP perlu berkaitan dengan

perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian murid, maka mereka senang membuat perkaitan dengan

projek yang dibuat melalui pendekatan PBP. Bahagian Teknologi Pendidikan (2010) menyatakan selain

penggunaan soalan yang bermakna, pembelajaran menggunakan PBP selalunya dicirikan dengan

penghasilan satu produk pada akhir pembelajaran. Dalam misi membestarikan sekolah-sekolah di

Malaysia PBP juga dianggap sebagai satu amalan terbaik dalam bidang PdP.

Namun begitu, pelaksanaan PBP walaupun setelah diperkenalkan masih tetap dianggap asing

dalam sistem pendidikan di negara kita khususnya di sekolah rendah dan ini kerana disebabkan

kurangnya pendedahan tentang kelebihan kaedah dan pendekatan PBP itu. Para konstruktif menyatakan

PBP merupakan teori tentang persekitaran pembelajaran yang menggalakkan aktiviti berpusatkan murid,

guru hanya bertindak sebagai pemudahcara dan penyedia pengalaman yang membolehkan murid sendiri

membina kemahiran untuk menyelesaikan masalah, berfikir secara kritis dan kreatif serta memandu

murid menggunakan semua kemahiran tersebut dengan cara yang betul.

Mai & Tse (2009), berpendapat bahawa pembelajaran yang berasaskan teori konstruktivisme

merupakan satu pembelajaran yang berfokus tentang PdP berpusatkan murid. Walaupun Pendekatan PBP

ini adalah berpusatkan murid dan mengambil masa untuk disiapkan tetapi PdP merentasi kurikulum serta

kemahiran pelbagai dilibatkan. Murid akan berinteraksi secara langsung dengan isu semasa secara tidak

langsung dan memberikan pengalaman dan peluang kepada murid memberikan pandangan mereka.

Secara tidak langsung, murid murid-murid bekerjasama menentukan objektif pembelajaran mengetahui

laluan pembelajaran untuk mencapainya dan memantau proses perkembangan pembelajaran tersebut.

Secara keseluruhannya, PBP memberikan ruang dan peluang kepada murid untuk memahami suatu

perkara secara mendalam semasa proses PdP dijalankan. Melalui PBP juga melibatkan teori

konstruktivisme daan teknik inkuiri iaitu murid meneroka pengetahuan-pengetahuan baru, membuat

pertimbangan, interpretasi serta membuat sintesis kepada semua maklumat yang telah diperoleh secara.

Maka, wajar diajar dan didedahkan pendekatan PBP bagi membantu penerapan KBAT dalam

matapelajaran sains dalam kalangan murid di sekolah rendah.

Page 5: PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filemaklumat dan memproses dalam minda dan diterjemahkan ... Kaedah berkesan yang boleh dilakukan untuk ... penghasilan satu produk

13

Teori konstruktivisme

Konstruktivisme berasaskan pandangan bahawa proses pembelajaran adalah aktif dan pelajar membina

konsep baharu atau pengetahuan baharu berasaskan pengalaman. Setiap individu mempunyai perwakilan

sendiri melalui pengalaman yang dialami. Pembelajaran terbentuk apabila berlaku ketidakseimbangan

antara kerangka dan maklumat baharu. Teori ini menekankan konsep bahawa pembelajaran merupakan

satu proses yang aktif dan pelajar membina membina konsep baharu berasaskan pengalaman. Maka, PBP

tergolong dalam Pembelajaran Konstruktivisme yang merupakan pembelajaran aktif dan dinamik.

Prinsip prinsip konstruktivisme terdiri daripada setiap murid menerima maklumat dan akan

memprosesnya secara kognitif untuk membayangkan segala keperluan dan sifat semulajadi, membinan

kepercayaan dan mengetahui perasaan sendiri. Ilmu pengetahuan tidak boleh wujud diluar minda tetapi

dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Ilmu pengetahuan terhasil melalui proses saling

mempengaruhi diantara pembelajaran lampau dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Oleh itu,

murid akan membina pengetahuan mereka berdasarkan pengetahuan sedia ada dan pengalaman sebenar.

Teori konstruktivisme ini amat menekankan pembelajaran aktif dan berpusatkan murid.

Ciri-ciri Pembelajaran Konstruktivisme, pembelajaran bukan merupakan satu proses penghafalan

maklumat semata-mata. Pembelajaran dimulai dengan isu isu yang berkaitan dengan minat dan naluri

ingin tahu pelajar untuk membantu menarik minat murid. Guru sangat berperanan sebagai pemudah cara

mengaitkan konsep dengan pengetahuan sedia ada murid. Guru mengemukakan soalan dan perbincangan

bersama murid dijalankan secara aktif. Teori konstruktivisme tidak berbentuk penilaian sumatif yang

berpusat sahaja, malah, proses pembinaan dan penguasaan ilmu melibatkan penilaian formatif yang

dijalankan secara langsung.

Dalam teori konstruktivisme ini, guru tidak hanya memberi pengetahuan malah murid-murid yang

berusaha untuk membina pengetahuan mereka. Pembelajaran secara penemuan digalakkan murid oleh

guru. Guru sebagai fasilitator dan pemudahcara dalam proses pembinaan pengetahuan murid. Antara

implikasi teori konstruktivisme dalam PdP ialah pembinaan ilmu pengetahuan kendiri, penaakulan dan

penggunaan logik dapat diaplikasi secara aktif oleh murid, penggunaan bahan bantu mengajar (BBM)

dalam kalangan guru, penglibatan aktif murid dan strategi pembelajaran dapat dipelbagaikan. Oleh itu,

teori ini amat bersesuaian dengan untuk diaplikasikan dalam PdP yang berasaskan projek seiring

perubahan dan cabaran pendidikan masa kini.

Model Katz dan Chard

Pendekatan projek merupakan pendekatan yang sesuai dengan keperluan abad ke-21 (Walker & Leary,

2008). Pendekatan proejk diperkenalkan melalui program Reggio Emilia atau Reggio Approach di Italy

(Helm & Katz, 2001). Melalui pendekatan projek murid-murid akan diberi peluang untuk meneroka

realiti kehidupan sebenar, meneroka pengetahuan baru (Katz, 2003), berfikir dan menyelesaikan masalah

serta belajar mengikut kadar kemampuan sendiri melalui kaitan yang relevan dengan pengalaman sedia

ada (Rohani Abdullah, 2001).

Ini bersesuaian dengan pandangan Walker dan Leary (2008) bahawa pendekatan pembelajaran

melalui projek merupakan kaedah pembelajaran yang bersifat autentik. Pengalaman sebenar melalui

pendekatan projek boleh menggalakkan proses berkomunikasi murid terutama melalui perkongsian idea

dan pengalaman murid. Katz dan Chard (2000) membahagikan fasa pengajaran guru kepada tiga, iaitu

fasa permulaan projek, pelaksanaan projek dan merumuskan projek pendekatan projek oleh Katz dan

Chard (2000) juga menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam melaksanakan pendekatan projek.

Penglibatan ibu bapa dalam pendekatan projek dapat mewujudkan kesinambungan proses.

Page 6: PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filemaklumat dan memproses dalam minda dan diterjemahkan ... Kaedah berkesan yang boleh dilakukan untuk ... penghasilan satu produk

14

Fasa 1: Permulaan Projek

Pada fasa permulaan, guru dan murid memperuntukkan masa untuk berbincang memilih dan memastikan

tajuk kajian yang bakal dijalankan. Pemilihan tajuk projek boleh boleh dibuat oleh murid ataupun guru.

Setelah tajuk dipilih, guru melukis web topik atau peta konsep menggunaskan asas peta minda bersama

murid. Ketika fasa permulaan murid diminta mengingat semula pengalaman lepas mereka berkenaan

topik yang dikenalpasti. Secara ringkasnya, Fasa 1 melibatkan perkara seperti berikut:

Murid memilih perkara yang ingin disiasat dengan bantuan guru

Murid mengadakan perbincangan tentang pengetahuan sedia ada mereka tentang satu topik.

Guru merekodkan idea murid.

Dengan bantuan guru, murid menyenaraikan persoalan yang ingin mereka rungkai semasa

menjalankan projek.

Fasa 2: Menjalankan Projek

Fasa menjalankan projek merupakan perkara penting dalam Pembelajaran Berasaskan Projek. Dalam fasa

ini, murid akan menjalankan kerja lapangan mengenai topik. Setiap ahli kumpulan akan menyiasat,

melukis berdasarkan pemerhatian, membinan model, menyiasat dan merekod penemuan secara

mendalam, meneroka, menjangka dan berbincang tentang pengetahuan baharu. Antara perkara yang perlu

diberi perhatian oleh guru ketika menjalankan projek adalah:

Membahagikan murid kepada kumpulan kecil (4 hingga 5 orang). Ini penting untuk memberikan

peluang kepada semua pelajar yang terlibat dalam pelaksanaan projek.

Setiap ahli kumpulan bebas memberikan idea mereka dan dibincangkan bersama-sama guru.

Guru menggalakkan murid menjalankan projek menggunakan pelbagai cara untuk mewujudkan

variasi dan kepelbagaian dalam proses penerokaan ilmu.

Guru perlu memantau aktiviti-aktiviti projek yang dijalankan oleh murid-murid.

Fasa 3: Merumus Projek

Fasa ketiga ini merupakan penutup kepada sesuatu projek dan boleh dilakukan dengan pelbagai cara.

Perkara penting yang perlu dititikberatkan ketika merumus projek adalah:

Guru berbincang tentang hasil penemuan yang membantu mereka menjawab persoalan kajian

mereka. Perbincangan tentang hasil penemuan murid yang membantu mereka menjawab

persoalan kajian mereka. Perbincangan dengan guru dapat membantu murid membandingkan

apa yang telah mereka pelajari dengan pengetahuan terdahulu mereka.

Murid berbincang bagaimana mereka ingin menunjukkan dan mempamerkan hasil kerja mereka

kepada ibu bapa dan rakan sebaya.

Libatkan murid dalam persiapan akhir pameran yang akan memberi pengetahuan secara

mendalam tentang apa yang dipelajari dan berkongsi dengan orang lain.

Murid menyediakan pameran untuk menunjukkan hasil kerja mereka. Pameran boleh jadi dalam

pelbagai bentuk, lukisan, nota, cerita, rakaman perbualan, fotografi, dan sebagainya. Murid juga

boleh berlakon untuk menggambarkan apa yang telah mereka pelajari.

Murid boleh menjemput ibu bapa dan tetamu lain untuk pembentangan hasil kerja projek

mereka. Guru boleh membantu murid memilih bagaimana mereka ingin mempersembahkan

kerja mereka.

Page 7: PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filemaklumat dan memproses dalam minda dan diterjemahkan ... Kaedah berkesan yang boleh dilakukan untuk ... penghasilan satu produk

15

Secara kesimpulannya, Pelaksanaan pendekatan projek mengikut fasa demi fasa seperti

cadangan Katz dan Chard (2000) boleh diubah suai mengikut acuan negara ini. Oleh itu, guru

memerlukan panduan terperinci tentang cara merealisasi pendekatan projek mengikut fasa yang

ditetapkan oleh Katz dan Chard (2000) apatah lagi jika ingin menggalakkan murid berkomunikasi dengan

baik. Model pendekatan projek oleh Katz dan Chard (2000) juga menggalakkan penglibatan ibu bapa

dalam melaksanakan pendekatan projek. Penglibatan ibu bapa dalam pendekatan projek dapat

mewujudkan kesinambungan proses pembelajaran murid selain dapat memupuk kesedaran bahawa orang

dewasa perlu sentiasa membimbing anak anak mereka.

CADANGAN

Penerapan KBAT melalui PBP perlu melibatkan penglibatan oleh kedua-dua pihak iaitu guru dan murid.

Pendedahan mengenai penerapan KBAT melalui PBP seharusnya menjadi suatu agenda besar di dalam

sistem pendidikan negara kita supaya guru dan pelajar tahu akan kepentingan dan kegunaan pendekatan

PBP ini dalam menerapkan KBAT dalam matapelajaran sains di sekolah rendah. Kursus-kursus mengenai

Pendekatan PBP perlu dipergiatkan bagi menambah ilmu pengetahuan para guru.

Justeru itu, dapat dilaksanakannya di sekolah sebagai satu platform dalam menjayakan

penerapan KBAT semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Bukan sahaja

kepentingan, malah kaedah-kaedah, gaya pengajaran dan ciri-ciri serta hal-hal yang berkaitan dengan

PBP juga perlu diberi pencerahan supaya guru amnya dapat memperaktikkan PBP dengan lebih berkesan.

Selain itu, guru sememangnya memerlukan sikap terbuka bagi mencorakkan pembelajaran yang lebih

menarik dan mampu menarik minat murid untuk terlibat sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran

mata sains.

Guru bukan sahaja sebagai pemudah cara malah berkemahiran dan berpengetahuan

menggunakan pendekatan pedagogi suapa pembelajaran yang dijalankan lebih bermakna. Pendekatan

PBP ini mampu menjadikan PdP lebih aktif dan terdapat perbincangan dua hala antara guru dan murid.

Maka, dapat menarik murid lebih berkeyakinan diri dan tidak takut untuk memberi pendapat, berkongsi

maklumat dan pemahaman mereka. Eleman-eleman positif ini sekaligus meliputi antara kompenan di

dalam KBAT yang perlu diterapkan dalam matapelajaran sains melalui pendekatan PBP.

KESIMPULAN

Guru yang mengajarkan subjek Sains khasnya perlu bersedia untuk meningkatkan pengetahuan dan

kemahiran yang mereka bagi menjadikan PBP sebagai salah satu pedagogi pilihan untuk menggantikan

pendekatan konvensional. Guru perlu berpengetahuan tinggi dan mengetahui pendekatan sesuai dalam

PdP. PBP merupakan salah satu pendekatan abad 21 yang bersesuaian. Salah satu PdP ialah melalui PBP

dalam sains sekolah rendah. Antara kebaikan PBP menguasai kemahiran 4C iaitu menguasai kandungan

pelajaran, semangat kolaborasi, pemikiran kreatif dan kolaboratif, kemahiran komunikasi dan oral,

kemahiran ICT, pemahaman budaya bangsa dan etika, persediaan kerjaya, dan menyokong gaya

pembelajaran abad ke 21.

PBP mempunyai implikasi terhadap pengajaran sains. Guru yang baik perlu mengubah

pendekatan pedagogi dan kandungan pedagogi dalam menerapkan KBAT supaya PdP lebih berkesan dan

kreatif. Secara keseluruhan, kaedah PBP dilihat masih tidak didedahkan secara meluas di sekolah rendah

maka wajar guru yang mengajar subjek sains untuk mengaplikasikan kaedah ini dalam PdP bersesuaian

dengan kebolehan murid. Pelaksanaan PBP memberi peluang kepada murid untuk terlibat secara aktif di

dalam pembelajaran, terdedah kepada senario pekerjaan sebenar, mempelajari kemahiran inter dan

Page 8: PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filemaklumat dan memproses dalam minda dan diterjemahkan ... Kaedah berkesan yang boleh dilakukan untuk ... penghasilan satu produk

16

intrapersonal dan lebih bebas menyiapkan tugas walau masih terikat dengan skop dan masa yang

ditetapkan.

Pendekatan PBP membantu merungkaikan cara pembelajaran di sekolah yang hanya tertumpu

kepada teori sahaja (Bahagian Teknologi Pendidikan, 2010). Maka, menjadi kerugian kepada guru dan

murid jika kelebihan PBP tidak diaplikasikan dalam proses pembelajaran. Walau bagaimanapun, setiap

pendekatan pengajaran yang dilaksanakan mestilah mencerminkan satu persepsi atau pendapat tentang

matlamat sesuatu pelajaran. Tujuannya untuk memudahkan murid menerima dan memahami isi

kandungan pelajaran yang hendak disampaikan.

Oleh itu, bagi melahirkan murid yang mempunyai pemikiran aras tinggi, proses pembelajaran

dan pendekatan pembelajaran yang sesuai adalah penting bagi seseorang individu murid. Maka,

pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek amat bersesuaian dengan matapelajaran sains sekolah

rendah untuk diaplikasikan dalam PdP dan perlu diberi pendedahan secara meluas kerana banyak

kebaikan dan memanfaatkan kepada pencapaian murid terutama dalam menerapkan KBAT dalam proses

PdP.

RUJUKAN

Bahagian Teknologi Pendidikan. 2010. Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah. Kuala

Lumpur: Bahagian Teknologi Pendidikan

Bakri, Md Nor Bakar dan Firdaus (2013). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Di Kalangan Guru Matematik

Sekolah Menengah Pertama di Kota Makassar. International Seminar on Quality and Affordable

Education.

Chin, C. 2007. Teacher Questioning in Science Classroom: Approaches that Stimulate Productive

Thinking. Journal of Research in Science Teaching, 44(6),815-843

Helm, J.H., & L.G. Katz. 2001. Young investigators: The project approach in the early years. New York:

Teachers College Press.

Katz, L.G., & S.C. Chard. 2000. Engaging children’s minds: The project approach. 2nd ed. Stamford,

CT: Ablex

Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2013). Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (p. 168). Putrajaya:

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Madhuri, G. V., Kantamreddi, V. S. S, dan Prakash Goteti, L. N. S. (2012). Promoting higher order

thinking skills using inquiry-based learning. European Journal of Engineering Education.

doi:10.1080/03043797.2012.661701

Mai Neo & Tse-Kian Neo. 2009. Engaging Students in Multimedia-Mediated Constructivist Learning-

Students' Perceptions. Educational Technology & Society, 12(2), 254-266.

Ministry of Education Malaysia. (2013). Malaysia Education Blueprint 2013 - 2025. Education (pp. 1–

268).

Page 9: PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI · PDF filemaklumat dan memproses dalam minda dan diterjemahkan ... Kaedah berkesan yang boleh dilakukan untuk ... penghasilan satu produk

17

Peters, L. Shmerling S., dan Karren R. (2011). Constructivist pedagogy in asynchronous online

education: Examining proactive behavior and the impact on student engagement levels. International

Journal on E-Learning.

Rohani Abdullah (2001) Perkembangan kanak-Kanak, penilaian secara portfolio Serdang: Universiti

Putra Malaysia.

Tal, T., Krajcik, S. & Blumenfeld, P. C. 2006. Urban Schools' Teachers Enacting Project-Based Science.

Journal of Research in Science Teaching, 43(7), 722-745.

Walker, A. & Leary, H. (2009). A Problem Based Learning MetaAnalysis: Differences Across Problem

Types, Implementation Types, Disciplines, and Assessment Levels. Interdisciplinary Journal of Problem-

Based Learning, 3(1).

Yee, M. H., Jailani, M. Y, Noraini, O., Suzanna, I., Tee, T. K. (2010b). “The Perception of Student on

Mastering The

Level of Higher Order Thinking Skills in Technical Education Subjects.” Proceeding The 3rd Regional

Conference on Engineering Education & Research in Higher Education 2010. Skudai, Johor: Universiti

Teknologi Malaysia.

Zuraina Ali. (2009). A Case Study on Collaborative Learning to Promote Higher Thinking Skills (HOTS)

among English as a Second Language (ESL) Learners. Jurnal UMP: Social Sciences and Technology

Management, 1(1), 1–14. Retrieved from http://umpir.ump.edu.my/5069/Engineering Education.

doi:10.1080/03043797.2012.661701

Zoller, U. & Pushkin, D. (2007) Matching Higher-Order Cognitive Skills (HOCS) Promotion Goals with

Problem-based Laboratory Practice in a Freshman Organic Chemistry Course. Educational Research.

8(2), 153-171.