Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)

27
PENERAPAN PENDIDIKAN ISLAM DALAM PROGRAM INKLUSIF & PELAKSANAANNYA TERHADAP MURID PENDIDIKAN KHAS SITI FARRAH SOFEA BINTI MOHAMAD SOFFI IEB 150072 SYAZANA BINTI MD YUSOF IEB 150083 SITI NUR SUHANA BINTI AZIZ IEB 150075 SUZITA MADAKILI IEB 150081 NURATIKAH BINTI AHMAD IEB 150060 NORFARAHERMA BINTI RAIBEH IEB 150038 MASTURA BINTI SAPINGI IEB 150021 NUR AISYAH BINTI RUSLAN IEB 150043 AZWINA BINTI JUMAT IEB 150009

Transcript of Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)

Page 1: Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)

PENERAPAN PENDIDIKAN ISLAM DALAM PROGRAM INKLUSIF & PELAKSANAANNYA TERHADAP MURID

PENDIDIKAN KHASSITI FARRAH SOFEA BINTI MOHAMAD SOFFI IEB 150072

SYAZANA BINTI MD YUSOF IEB 150083

SITI NUR SUHANA BINTI AZIZ IEB 150075

SUZITA MADAKILI IEB 150081

NURATIKAH BINTI AHMAD IEB 150060

NORFARAHERMA BINTI RAIBEH IEB 150038

MASTURA BINTI SAPINGI IEB 150021

NUR AISYAH BINTI RUSLAN IEB 150043

AZWINA BINTI JUMAT IEB 150009

Page 2: Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)

INKLUSIF

• Perkataan inklusif berasal daripada bahasa Inggeris “inclusive”, yang membawa maksud

termasuk atau merangkumi semua. Ia juga boleh diertikan sebagai “pendidikan umum”, iaitu

setiap orang individu, sama ada normal, pintar-cerdas, atau cacat adalah berhak di beri

peluang pendidikan umum.

• Menurut naim 1997, dalam buku Psikologi Pendidikan, maksud inklusif secara umumnya

adalah mengintegrasikan murid-murid berkeperluan khas ke dalam bilik darjah biasa supaya

mereka berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal seperti

murid-murid lain tanpa mengira status.

Page 3: Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)

BENTUK PENDIDIKAN INKLUSIF

1. Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa

• Murid mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid biasa.

• Senarai nama murid kekal dalam daftar kelas khas.

• Guru kelas biasa boleh rujuk atau minta bantuan daripada guru pendidikan khas (guru damping)

sekiranya terdapat sebarang masalah sama ada dari segi pembelajaran atau tingkah laku.

• Pelajar pendidikan khas di tahun enam boleh di beri peluang untuk mengambil peperiksaan.

Page 4: Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)

…SAMBUNGAN

2. Pendidikan Separa Inklusif

• Murid mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja.

• Waktu selebihnya mengikuti program di kelas biasa.

• Senarai nama murid pada daftar program Pendidikan Khas.

• Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping.

• Ujian mata pelajaran terlibat sama dengan murid biasa.

Page 5: Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)

OBJEKTIF PENDIDIKAN INKLUSIF

• Membolehkan kanak-kanak tersebut menyesuaikan diri dalam semua aspek dari

awal.

• Membuktikan bahawa mereka juga mempunyai kemahiran dan kebolehan yang

setanding dengan rakan-rakan yang normal.

• Membolehkan mereka hidup berdikari mengikut kelaziman orang normal.

• Mendapat perhatian dan tanggungjawab ibu bapa dan masyarakat.

Page 6: Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)

PENDIDIKAN KHAS

• Program pendidikan khas ialah suatu program yang disediakan di sekolah khas untuk murid-murid

yang bermasalah penglihatan ataupun bermasalah pendengaran. Suatu program percantuman di

sekolah biasa bagi murid-murid yang bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran ataupun

masalah pembelajaran. Suatu program pendidikan inclusive bagi murid-murid pendidikan khas yang

dapat menghadiri kelas biasa bersama-sama dengan murid biasa.

• Menurut Hallahan dan Kauffman (2006): Pendidikan khas merupakan program pendidikan yang

disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas iaitu program pengajaran

khusus yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan pelajar luar biasa.

Page 7: Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)

STATISTIK PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIFMURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)

2015

Jangk

aan

pen

ingkat

an

2012 2013 2014

10%

20%

30%

7.5%

4048/

53,983

5640/

56,406

11,881/

59,406

18,858/

62,862

Meningkatkan kadar penyertaan murid berkeperluan khassecara inklusif di sekolah daripada 7.5% kepada 30.0%

menjelang tahun 2015

Page 8: Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)

JENIS-JENIS KECACATAN &

BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)

Page 9: Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)

JENIS-JENIS KANAK-KANAK ISTIMEWA

Murid-muridbermasalahpenglihatan

Murid-murid

bermasalahpendengar

anMurid-muridbermasalah

pembelajaran

dislexia

Hiperaktif(ADHD)

Sindromdown

autisme

Kerencatanmental

Page 10: Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)

JENIS KECACATAN : PENGLIHATAN

Apakah yang dimaksudkan dengan cacat penglihatan?

• murid-murid yang mengalami masalah yang melibatkan organ penglihatan dan tidak

mempunyai ketajaman penglihatan yang sepatutnya iaitu 6/6 atau 20/20 atau 1.0 yang

dikenali sebagai fraksi Snellen.

Bagaimana situasi ini boleh terjadi?

• situasi ini boleh terjadi apabila penglihatan hilang secara tiba-tiba atau hilang secara

beransur-ansur.

Apakah jenis ketidakupayaan penglihatan?

• Buta, rabun penglihatan, penglihatan terhad, juling.

Apakah punca dan ciri masalah penglihatan?

1)Jangkitan virus dan bakteria 2) kerap membaca sesuatu dalam jarak dekat.

3) gatal-gatal dan kering pada mata. 4) mata sensitif pada cahaya.

Page 11: Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)

…SAMBUNGAN

Apakah bahan bantu mengajar yang boleh digunakan oleh guru?

Bagi murid-murid yang tidak mempunyai penglihatan langsung :-

• Guru mengedarkan nota-nota dalam bentuk Braille

• Perisian penterjemahan Braille(Duxbury) & perisian suara(Jaws)

• Guru menggunakan alat bantu mengajar yang nyata,boleh disentuh,dihidu dan apa-apa yang

dirasakan perlu untuk mengajar mereka.

Bagi murid-murid yang dikategorikan sebagai rabun pula :-

• Guru-guru perlu menyediakan bahan-bahan dalam bentuk cetakan besar,tulisan-tulisan besar

dan alat bantuan atau kanta pembesar bagi memudahkan murid tersebut membaca.

Page 12: Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)

JENIS KECACATAN : PENDENGARANDefinisi :

1) menurut Hallahan & Kauffman (1991) – murid-murid yang tidak dapat mendengar pada satu-

satu tahap intensiti/kekuatan bunyi.

2) menurut Mojuntin Ebin (1997) – murid-murid ini mengalami kelambatan dalam

perkembangan pertuturan dan bahasa.

Apakah punca masalah pendengaran?

1) Sebelum lahir – cth : baka yang disebabkan oleh gen.

: penyakit tertentu seperti rubella.

2) Semasa lahir – cth : masa lahir yang terlalu lama/kesukaran ketika melahirkan.

3) Selepas lahir – cth : murid mengalami penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus dan

bakteria seperti beguk/campak.

: berlakunya kemalangan yang mencederakan bahagian telinga.

Page 13: Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)

…SAMBUNGAN

Apakah bahan bantu mengajar yang boleh digunakan?

• Guru-guru perlu belajar dan mengajar murid-murid menggunakan bahasa isyarat

yang merupakan satu kaedah yang menggunakan kod-kod tangan sebagai

simbol atau lambang untuk menghasilkan sesuatu maksud.

Page 14: Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PIHAK SEKOLAH

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PIHAK SEKOLAH

Guru Besar

Memastikan warga sekolah peka dan faham tentang Program Pendidikan

Inklusif (PPI)

Memantau pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) secara

berkala

Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran, GPK HEM dan GPK Kokurikulum

Membantu merancang dan menyelaras keperluan bahan bantu belajar

serta kebajikan murid

Menyelaras permohonan Elaun Murid Khas(EMK)

GPK Pendidikan Khas/Penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi(PPKI)

Mengurus dan merancang MBK di PPKI ke PPI

Memastikan warga sekolah peka dan faham tentang PPI

Page 15: Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)

…SAMBUNGAN

Guru Pendidikan Khas

• Kenalpasti Murid Berkeperluan Khas(MBK) yang berada di kelas arus perdana @ di PPKI bagi ditempatkan dalam PPI

• Berperanan sebagai guru pendamping MBK semasa PdP

• Berperanan sebagai guru resos dalam menyediakan Bahan Bantu Mengajar(BBM) yang sesuai untuk MBK

Guru Mata Pelajaran

• Melaksanakan PdP bagi MBK dalam kelas inklusif

• Berbincang dengan guru pendidikan khas untuk membantu meningkatkan PdP MBK

Guru bimbingan Kaunseling

• Memberikan khidmat bimbingan dan kaunseling kepada MBK,ibubapa/Penjaga

• Bekerjasama dengan guru pendidikan khas dalam melaksanakan PPI

Pembantu Pengurusan Murid

• Menghantar dan mengambil MBK yang mengikuti inklusif separa

• Mengurus Keperluan murid di PPI

Page 16: Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)

OBJEKTIF PENERAPAN PENDIDIKAN ISLAM DALAM PROGRAM INKLUSIF

• Untuk melahirkan individu Muslim yang betul-betul faham danmengamalkan Islam seperti murid biasa yang mampu memikultanggungjawab sebagai hamba dan khalifah itu sendiri.

• Untuk menerapkan nilai-nilai Islam dan pembentukan akhlak dalamdiri murid pendidikan khas.

• Untuk memastikan MBK tidak tersisih serta mendapat pendedahantentang Pendidikan Islam.

• Untuk memberikan kefahaman yang jelas tentang Pendidikan Islam kepada MBK supaya mereka mampu mengaplikasinya dalamkehidupan seharian.

Page 17: Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)

1. MODUL PDP TILAWAH AL-QURAN

• Model kelas pengajaran & pembelajaran Kaedah Iqra’

• Model Hafazan

• Model Tasmik

-Guru yang mengendalikan aktiviti berikut terdiri daripada guru Pendidikan Islam

dan guru yang mengajar Pendidikan Islam Pendidikan Khas

MODUL-MODUL PDP PENDIDIKAN ISLAM

DALAM PROGRAM INKLUSIF

Page 18: Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)

2. MODUL PDP IBADAH (AMALI SOLAT)

• Model kelas pengajaran dan pembelajaran amali solat (teori&amali)

3. MODUL PDP SIRAH

• Model kelas pengajaran dan pembelajaran BERCERITA

• Model kelas pengajaran dan pembelajaran VIDEO (TMK)

4. MODUL AQIDAH & AKHLAK

• Model kelas pengajaran dan pembelajaran interaksi sosial dan pemprosesan

informasi

…SAMBUNGAN

Page 19: Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)

CADANGAN METHOD PENERAPANPENDIDIKAN ISLAM DALAM PROGRAM

INKLUSIF

• Memerlukan sokongan penuh dari segi moral dan praktikal bukan sahaja daripada

guru tapi juga daripada pelajar normal

• Membekalkan 2 orang guru iaitu guru PAI dengan guru pendidikan khas di dalam

satu kelas

• Penyediaan BBM yang sesuai dan selaras pelajar oku dan pelajar biasa.

Page 20: Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)

KELEBIHAN PROGRAM INKLUSIF

1. DAPAT BERINTERAKSI DENGAN SEMUA PELAJAR NORMAL.

2. MENJADI PLATFORM KEPADA PELAJAR NORMAL UNTUK MENCURAHKAN BAKTI

KEPADA MEREKA DENGAN BERTINDAK SEBAGAI RAKAN PEMBIMBING .

3. MEMUNGKINKAN MURID BERKEPERLUAN KHAS MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM

AKTIVITI-AKTIVITI MASYARAKAT SETEMPAT.

4. PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM KOMUNITI SEKOLAH.

5. MENYEDIAKAN LEBIH PELUANG KEPADA MURID BERKEPERLUAN KHAS UNTUK

BERDIKARI DAN MEMPEROLEHI PELUANG PEKERJAAN.

6. MURID BERKEPERLUAN KHAS YANG DIINKLUSIFKAN MENUNJUKKAN KEMAJUAN

YANG MEMBERANGSANGKAN DALAM SEMUA ASPEK SEPERTI TINGKAHLAKU,SOSIAL

DAN PENCAPAIAN AKADEMIK.

Page 21: Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)

KELEMAHAN @ PERMASALAHAN PROGRAM INKLUSIF

• Pelajar-pelajar istimewa yang layak terpaksa masuk ke dalam kelas yang sesak bersama dengan pelajar normal.

• Pelajar di sekolah biasa tidak ada pengetahuan tatacara menyesuaikan diri dengan pelajar istimewa.

• Guru tidak berpengalaman mengubahsuai kaedah pengajarannya untuk memenuhi kehendak pelajar istimewa.

• Pelajar-pelajar istimewa akan dilabelkan sebagai slow learner di kelas biasa dan ini akan menambahkan tekanan

terhadap guru untuk menyesuaikan strategi pengajarannya.

Page 22: Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)

KAEDAH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (PDP)

Pembelajaran kolaboratif

• Pembelajaran kolaboratif ialah pembelajaran koperatif dengan latihan kemahiran sosial secarasistematik.

• Pembelajaran koperatif memberi manfaat yang signifikan berbanding dengan pembelajaran individuatau pembelajaran persaingan di dalam kelas biasa:

• Membuat tugasan bersama-sama, tanggapan dan sikap negatif pelajar dapat dikikis. Perkembanganintelek dan sosial bukan sahaja kepada pelajar istimewa tetapi juga pelajar normal di sekolah.

• Hubungan di antara pelajar istimewa dan pelajar normal akan bertambah baik.

Tiga perkara yang perlu diberi perhatian untuk menjamin keberkesanan pembelajaran kolaberatifanrtaranya :

1. Guru perlu memberi insentif kepada pelajar dalam kumpulan

2. Pelajar mestilah akauntabiliti

3. Suasana yang positif

Page 23: Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)

…SAMBUNGAN

Kaedah Pembelajaran kolaboratif

Guru mengajar kelas secara menyeluruh

Pelajar dibahagikan kepada 4-6 setiap kumpulan dengan pelbagai kebolehan

Pelajar diberi tugasan dalm kumpulan heterogenus serta berbincang untuk meningkatkan kemahiran sosial

• (pelajar yang lemah dan cacat biberi peluang untuk berinteraksi dan mendapat bimbingan daripada pelajar yang normal)

• Kajian oleh Fenrick dan Peterson (1984) telah menunjukkan pelajar yang normal telah menunjukkan sikap yang lebih positifterhadap rakan yang cacat.

• Shaferet. et.al (1984) menjalankan kajian dengan melatih pelajar yang cacat anggota dalam kemahiran berinteraksi sosial

untuk membimbing rakannya yang autistik. Belaiu mendapati ada peningkatan dalam bilangan interaksi sosial dalam kalanganpelajar yang istimewa sebelum diberi latihan.

• Pembelajaran kolaboratif ialah melalui rakan pembimbing. Projek ini dibahagikan kepada tiga kategori :

Pelajar normal membimbing pelajar istimewa

• (contoh :cara menunaikan solat)

Pelajar istimewa membimbing pelajar istimewa yang lebih muda

• (contoh : cara membaca Al-Quran)

Page 24: Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)

…SAMBUNGAN

Pelajar istimewa membimbing pelajar normal (peranan songsang)

• (contoh : kaedah menggunakan mesin brille )

• Faedah pembelajaran kolaboratif melalui program rakan pembimbing

• Terdapat banyak faedah pembelajaran kolaboratif yang ada hubungan dengan matlamat

pendidikan inklusif:

Rakan pembimbimg yang berkebolehan tinggi membimbing rakan pembelajar yang berkebolehan

rendah dapat meningkatkan pencapaian akademik rakan pembelajar dan rakan

pembimbing.(memperkemaskan solat dengan rukun dan cara yang betul)

Mereka lebih suka diri sendiri dan lebih suka membantu orang lain

Jalinan hubungan yang lebih baik di antara pelajar

Mereka lebih suka belajar belajar

Page 25: Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)

…SAMBUNGAN

• Garis panduan menjalankan program rakan pembimbing dengan berkesan

Guru harus mengenal pasti matlamat pembelajaran yang sesuai dengan berpandu kepada 3 kategori

projek pembimbing dalam pembelajaran kolaboratif

Guru perlu menggunakan strategi ‘analisis tugasan’ untuk mengenal pasti kemahiran asas yang

diperlukan oleh pelajarnya

Sediakan satu aktiviti untuk pembimbing di mana mereka mempunyai kemahiran untuk

membimbing

Guru perlu memberi latihan kepada pembimbing tatacara untuk memuji rakan pembelajar

Guru perlu sediakan satu kaedah pengukuhan positif untuk pelajar-pelajaar istimewa dan pelajar

normal, contohnya memberi ganjaran

Guru perlu memberi penghargaan atau insentif kepada pembimbing dan pembelajar, contoh sijil

penhargaan

Page 26: Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)

…SAMBUNGAN

Pendidikan teknologi komputer dan multimedia untuk pelajar bermasalah

pembelajaran dan tingkah laku

Pelajar istimewa boleh menggunakan mikrokomputer untuk memperoleh maklumat dan

kemahiran di samping dapat berinteraksi secara langsung dengan penggunaan dan perisian.

Guru khas juga turut digalakkan menggunakan pengajaran dengan bantuan komputer.

Penggunaan komputer di sekolah-sekolah dapat dikategorikan kepada empat fungsi :

I. Tutorial

-perisian software bertutorial

II. Latih tubi

-kaedah pengajaran dan penilaian pengurusan dalam komputer (computer-managed

assessment and instruction)

III. Mainan pendidikan (educational game)

-sebutan dan menjelaskan perkataan

-penggunaan animasi dan video dalam komputer dapat menunjukkan demonstrasi

dalam konsep yang kompleks.

IV. Simulasi dan penyelesaian masalah

-ketiadaan air (tayamum)

Page 27: Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)

KESIMPULAN

Setelah melakukan beberapa kajian dan penelitian, adalah didapati bahawa penerapan Pendidikan Islam dalam program inklusif adalah wajar. Bertepatan dengan matlamat pendidikan negara iaitu usaha untuk

melahirkan pelajar yang berakhlak mulia, Pendidikan Islam merupakan antara jalan terbaik untukmencapai matlamat tersebut. Pendidikan Islam yang sedia ada hanyalah dalam pendidikan khas sahaja.

Namun begitu, konsep dan matlamatnya boleh diaplikasi dalam program inklusif juga. Justeru itu, pelaksanaannya haruslah mendapat sokongan yang padu dan penglibatan menyeluruh dari pelbagai

pihak. Memandangkan ianya mempunyai perkaitan dengan masa hadapan dan kemampuan berdikari bagisetiap individu berkeperluan khas maka adalah sangat penting pelaksanaannya diberi perhatian serius

agar pelajar-pelajar ini dapat turut mencapai kesempurnaan hidup yang lebih baik terutamanyapemahaman yang mendalam murid berkeperluan khas terhadap Islam itu sendiri. Adalah menjaditanggugjawab semua pihak untuk mencapai matlamat ini. Dengan adanya kajian-kajian berkaitan

keberkesanan dan permasalahan yang timbul dalam melaksanakan penerapan ini, diharapkan ianya akan

terus dapat meningkatkan kualiti ilmu dan pengurusannya.