PENERBITAN BERMUTU MASYARAKAT BERILMU · PDF fileprasekolah dan mengajak mereka ... lui laman...

1
BERITA HARIAN Rabu, 16 Mei 2007 Halaman Sebelas PENERBITAN BERMUTU MASYARAKAT BERILMU BH PILIH L11 16 emel C D-ROM “Bahasa Melayu: Boleh Berbahasa, Boleh Berkomunikasi Jilid 1 dan 2”, “Lagu Kanak-kanak Jilid 3”, dan “Koleksi Puisi Bermontaj Jilid 8” menambahkan lagi koleksi produk berbahasa Melayu dalam pasaran. Usaha Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerbitkan CD-ROM ber- serta buku ini diharap dapat menyu- burkan minat membaca yang kian luntur dalam kalangan masyara- kat. CD-ROM "Bahasa Melayu: Boleh Berbahasa, Boleh Berkomunikasi Jilid 1" ini menekankan asas penu- lisan dan mengenal huruf. Jilid 2 pula menyediakan pelbagai aktiviti untuk menguji minda kanak-kanak prasekolah dan mengajak mereka berfikir. CD-ROM ini amat sesuai men- jadi bahan Pengajaran dan Pem- belajaran (P&P) Bahasa Melayu untuk kanak-kanak prasekolah yang berusia 4 hingga 6 tahun kerana kandungannya menepati Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang menerapkan aspek mende- ngar, membaca, menulis dan menge- nal teknologi maklumat. Lagu-lagu yang terkandung dalam CD-ROM “Lagu Kanak- kanak Jilid 3” pula memuatkan 16 buah lagu yang sesuai untuk tahap 1 (7-9 tahun). Selain CD-Audio, turut disertakan buku yang mengandu- ngi lirik dan skor lagu yang bertu- juan membantu guru membimbing para pelajar. Meskipun CD-ROM ini menekankan unsur hiburan untuk mewujudkan rasa riang, lagu-lagu tersebut turut menyelitkan unsur pendidikan, motivasi, kasih sayang, patriotisme dan kemanusiaan. Sementara, peminat sastera yang sentiasa mengikuti perkembangan dunia kepenyairan tanah air boleh menyimpan koleksi puisi terbaik penyair Rejab F.I., Lim Swee Tin, Zaen Kasturi, Marsli N.O. dan Zaleha M. Hashim yang terkandung dalam CD-ROM “Koleksi Puisi Bermontaj Jilid 8”. Persembahannya berciri- kan web movie; mempunyai elemen teks montaj, audio deklamasi, kara- oke dan muzik yang segar. Ketiga-tiga CD-ROM tersebut dilancarkan oleh isteri Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Datin Paduka Seri Rosmah Mansur, di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC), Kuala Lumpur, baru- baru ini bersem- pena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2007. “Pada zaman digital ini, ibu bapa mahu anak- anak mereka kenal dan mendendangkan lagu-lagu berbahasa Melayu agar rasa bangga dan cinta akan bahasa ibunda berputik sejak kanak-kanak lagi.” katanya. “Proses pembelajaran ini secara tidak langsung membina keyakin- an diri dan membentuk jati diri kanak-kanak dalam melahirkan masyarakat yang mempunyai modal insan kelas pertama.” Ketua Pengarah DBP, YBhg. Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah pula menegaskan, “DBP akan mem- perbanyak penerbitan bahan bacaan berbahasa Melayu, sama ada dalam bentuk bercetak mahupun dalam bentuk elektronik atau multime- dia untuk menyokong kandungan pembelajaran Sekolah Bestari.” CD-ROM ini boleh dibeli mela- lui laman web www.karyanet.com atau www.sms32781.com dengan harga RM25.00 setiap satu. Oleh Norazlinda Misran TERAMPIL MENGARANG Bersama Profesor Dr. Awang Sariyan Pentingnya Rangka atau Lakaran K etika anda menikmati novel atau cerpen yang anda baca, sedarkah anda bahawa novel atau cerpen itu bermula penghasil- annya dengan satu lakaran atau rangka cerita? Demikian juga, ketika anda membaca sebuah makalah atau sebuah buku, maka- lah dan buku itu pun bermula de- ngan lakaran atau rangka. Karangan atau tulisan yang berkesan memerlukan lakaran atau rangka yang mantap. Meskipun sewaktu menulis mungkin muncul idea lain, sekurang-kurangnya penulis telah sedia mempunyai garis panduan untuk memastikan bahawa ia menulis dengan perse- diaan yang rapi, bukan dengan angan-angan kosong. Pentingnya rangka karangan samalah dengan pentingnya pelan rumah. Seseorang yang hendak membina rumah atau bangunan perlu lebih dahulu memikirkan bentuk rumah atau bangunan yang hendak dibinanya. Hanya dalam kes pelan rumah, biasanya khid- mat arkitek diperlukan sedang untuk mengarang, penulis sendiri- lah yang perlu menyediakannya. Bayangkan bentuk rumah tanpa pelan. Bayangkan pula bagaimana karangan tanpa rangka atau laka- ran. Karangan yang dihasilkan tanpa berpandukan rangka atau lakaran biasanya tidak padu dan mem- perlihatkan kelemahan tertentu. Antaranya termasuklah urutan idea atau fakta yang tidak teratur, perulangan isi, panjang pendek huraian antara isi tidak seimbang dan kepanjangan karangan tidak terkawal. Itulah kelemahan yang biasa ditemukan oleh pemeriksa karangan pelajar untuk ujian atau peperiksaan, baik dalam mata pelajaran bahasa mahupun dalam mata pelajaran lain yang memer- lukan pelajar menjawab soalan dalam bentuk esei. Rangka atau lakaran dapat juga dikiaskan dengan kompas dan peta bagi pengembara atau orang yang dalam perjalanan. Dengan adanya kompas, pengembara dapat menen- tukan arah sebagai pedoman. Begitu juga dengan adanya peta, orang yang sedang mencari se- suatu tempat mempunyai panduan yang jelas. Ia tidak akan berputar- putar ke sana sini sehingga mung- kin sahaja sesat dan mengambil waktu yang panjang untuk tiba di tempat yang dicari. Demikianlah, tanpa rangka, penulis menghadapi masalah menulis dengan lancar dan terarah. Rangka karangan merupakan catatan ringkas isi-isi penting yang hendak ditulis. Jika yang hendak ditulis novel atau cerpen, rangka itu boleh jadi ringkasan jalan cerita dan watak yang ter- libat. Untuk menghasilkan puisi yang berkesan pun perlu dilakar- kan idea yang hendak dijadikan bait-bait puisi. Bagi karangan bukan kreatif seperti rencana, laporan dan buku, rangka boleh disusun dalam dua bentuk. Yang pertama berbentuk senarai isi-isi utama dan pecahan atau isi sokongannya. Yang kedua pula berbentuk peta minda, iaitu isi-isi utama yang dicatat dalam bentuk jadual, rajah atau mungkin gambar. Langkah awal untuk merangka atau melakar isi ialah memahami tema atau isu yang menjadi fokus karangan anda. Dengan mempu- nyai kejelasan tentang apakah yang patut diliputi tentang tema atau isu itu, barulah dapat anda menyediakan rangka yang meng- gambarkan skop yang memenuhi tema atau isu tersebut. Sebagai contoh, di bawah ini diberikan rangka yang berbentuk senarai isi-isi penting berasas- kan tajuk karangan “Pencemaran bahasa kebangsaan”. Rangka berbentuk senarai isi penting: Pendahuluan Maksud pencemaran bahasa Aspek-aspek pencemaran bahasa (sebutan, ejaan, tatabahasa, kosa kata, laras bahasa). Faktor-faktor pencemaran bahasa (pendidikan, pengaruh bahasa asing, sikap tidak perihatin). Tempat dan bidang berlakunya pencemaran bahasa (Tempat awam, media massa, pen- tadbiran, pendidikan). Kesan-kesan pencemaran bahasa (Taraf bahasa, mutu bahasa, pen- didikan, pentadbiran). Langkah-langkah mengatasinya (Pendidikan, penguatkuasaan undang-undang, DBP, kempen). Penutup PELAWAAN SEBAGAI PENULIS T awaran dibuka kepada calon- calon penulis yang memenuhi syarat-syarat bagi menulis pakej buku teks tersebut bagi kegunaan tahun 2009 secara kaedah komisi. Calon-calon penulis yang berpe- ngalaman, berkelayakan dan mem- punyai kepakaran dipelawa untuk me-nulis pakej buku teks tersebut yang terdiri daripada Buku Teks (BT), Buku Latihan dan Aktiviti (BLA), dan Buku Panduan Guru (BPG). Syarat Permohonan: Penulis mestilah warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 60 tahun. Mempunyai sijil, diploma atau ijazah dalam mata pelajaran Bahasa Arab atau yang setaraf dengannya serta mempunyai pengalaman me- ngajar sekurang-kurangnya lima tahun. Mahir dan menguasai hal-hal yang berkaitan dengan kurikulum dan pedagogi mata pelajaran Bahasa Arab. Berpengalaman menulis, sama ada menulis buku teks atau buku-buku lain. Salinan kulit buku berkenaan yang telah disahkan perlu diser- takan sebagai bukti hasil penulisan. Mempunyai pengetahuan am yang luas dan terkini yang ada kaitan- nya dengan mata pelajaran Bahasa Arab. Sanggup menulis satu pakej buku dan berkeupayaan melaksanakan tugas penulisan dalam masa yang ditetapkan. Mematuhi peraturan, jadual, dan arahan daripada penerbit. Mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan masing-masing. Menghadiri taklimat/bengkel/ mesyuarat yang dilaksanakan oleh DBP atau Bahagian Buku Teks (BBT), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Penulis yang terpilih tertakluk pada peraturan, jadual serta arahan. Cara Memohon: Dokumen boleh dibeli dengan harga RM50.00 daripada Bahagian Kewangan dan Bekalan, DBP mulai 15 Mei 2007 hingga 30 Mei 2007 secara tunai atau dengan menggunakan Wang Pos/Wang Kiriman Pos/Draf Bank Berpalang atas nama Ketua Pengarah DBP. Disket dan satu salinan maklu- mat biodata penulis yang telah leng- kap diisi dan disahkan oleh Ketua Jabatan hendaklah dikembalikan ke Bahagian Buku Teks, DBP selewat- lewatnya pada 15 Jun 2007 dan dilam- pirkan dengan resit asal pembelian dokumen. Manuskrip bab contoh hendaklah diserahkan pada 23 Jun 2007 sebe- lum pukul 4.30 petang. Taklimat akan diadakan pada 1 Jun 2007 di Dewan Seminar, Menara DBP, Kuala Lumpur. Penulis akan menerima honorari- um bagi cetakan pertama dan royalti bagi cetakan ulang. Sila hubungi talian 21481270 (Daud Hamid), 21481019 (Siti Maizatul), 21481103 (Zawinnajah) atau e-mel: [email protected] rozihani@dbp. gov.my atau [email protected] Pakej Buku Teks KBSR Bahasa Arab Tahun 2 CD-ROM Memperkaya Khazanah Berbahasa Melayu KETUA Pengarah DBP menerangkan sesuatu kepada isteri Timbalan Perdana Menteri.

Transcript of PENERBITAN BERMUTU MASYARAKAT BERILMU · PDF fileprasekolah dan mengajak mereka ... lui laman...

Page 1: PENERBITAN BERMUTU MASYARAKAT BERILMU  · PDF fileprasekolah dan mengajak mereka ... lui laman web   ... tema atau isu yang menjadi fokus karangan anda

BERITA HARIAN Rabu, 16 Mei 2007 Halaman Sebelas

PENERBITAN BERMUTU MASYARAKAT BERILMUBH PILIH L11 16 emel

CD-ROM “Bahasa Melayu: Boleh Berbahasa, Boleh Berkomunikasi Jilid 1 dan 2”,

“Lagu Kanak-kanak Jilid 3”, dan “Koleksi Puisi Bermontaj Jilid 8” menambahkan lagi koleksi produk berbahasa Melayu dalam pasaran.

Usaha Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerbitkan CD-ROM ber-serta buku ini diharap dapat menyu-burkan minat membaca yang kian luntur dalam kalangan masyara-kat.

CD-ROM "Bahasa Melayu: Boleh Berbahasa, Boleh Berkomunikasi Jilid 1" ini menekankan asas penu-lisan dan mengenal huruf. Jilid 2 pula menyediakan pelbagai aktiviti untuk menguji minda kanak-kanak prasekolah dan mengajak mereka berfikir.

CD-ROM ini amat sesuai men-

jadi bahan Pengajaran dan Pem-belajaran (P&P) Bahasa Melayu untuk kanak-kanak prasekolah yang berusia 4 hingga 6 tahun kerana kandungannya menepati Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang menerapkan aspek mende-ngar, membaca, menulis dan menge-nal teknologi maklumat.

Lagu-lagu yang terkandung dalam CD-ROM “Lagu Kanak-kanak Jilid 3” pula memuatkan 16 buah lagu yang sesuai untuk tahap 1 (7-9 tahun). Selain CD-Audio, turut disertakan buku yang mengandu-ngi lirik dan skor lagu yang bertu-juan membantu guru membimbing para pelajar. Meskipun CD-ROM ini menekankan unsur hiburan untuk mewujudkan rasa riang, lagu-lagu tersebut turut menyelitkan unsur pendidikan, motivasi, kasih sayang, patriotisme dan kemanusiaan.

Sementara, peminat sastera yang sentiasa mengikuti perkembangan dunia kepenyairan tanah air boleh menyimpan koleksi puisi terbaik penyair Rejab F.I., Lim Swee Tin, Zaen Kasturi, Marsli N.O. dan Zaleha M. Hashim yang terkandung dalam CD-ROM “Koleksi Puisi Bermontaj Jilid 8”. Persembahannya berciri-kan web movie; mempunyai elemen teks montaj, audio deklamasi, kara-oke dan muzik yang segar.

Ketiga-tiga CD-ROM tersebut dilancarkan oleh isteri Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Datin Paduka Seri Rosmah Mansur,

di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC), Kuala Lumpur, baru-baru ini bersem-pena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2007.

“Pada zaman digital ini, ibu bapa mahu anak-anak mereka kenal dan mendendangkan lagu-lagu berbahasa Melayu agar rasa bangga dan cinta akan bahasa ibunda berputik sejak kanak-kanak lagi.” katanya.

“Proses pembelajaran ini secara tidak langsung membina keyakin-an diri dan membentuk jati diri kanak-kanak dalam melahirkan masyarakat yang mempunyai modal insan kelas pertama.”

Ketua Pengarah DBP, YBhg. Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah pula menegaskan, “DBP akan mem-perbanyak penerbitan bahan bacaan berbahasa Melayu, sama ada dalam bentuk bercetak mahupun dalam bentuk elektronik atau multime-dia untuk menyokong kandungan pembelajaran Sekolah Bestari.”

CD-ROM ini boleh dibeli mela-lui laman web www.karyanet.com atau www.sms32781.com dengan harga RM25.00 setiap satu.

Oleh Norazlinda Misran

TERAMPIL MENGARANG Bersama Profesor Dr. Awang Sariyan

Pentingnya Rangka atau Lakaran Ketika anda menikmati novel

atau cerpen yang anda baca, sedarkah anda bahawa novel

atau cerpen itu bermula penghasil-annya dengan satu lakaran atau rangka cerita? Demikian juga, ketika anda membaca sebuah makalah atau sebuah buku, maka-lah dan buku itu pun bermula de-ngan lakaran atau rangka.

Karangan atau tulisan yang berkesan memerlukan lakaran atau rangka yang mantap. Meskipun sewaktu menulis mungkin muncul idea lain, sekurang-kurangnya penulis telah sedia mempunyai garis panduan untuk memastikan bahawa ia menulis dengan perse-diaan yang rapi, bukan dengan angan-angan kosong.

Pentingnya rangka karangan samalah dengan pentingnya pelan rumah. Seseorang yang hendak membina rumah atau bangunan perlu lebih dahulu memikirkan bentuk rumah atau bangunan yang hendak dibinanya. Hanya dalam kes pelan rumah, biasanya khid-mat arkitek diperlukan sedang untuk mengarang, penulis sendiri-lah yang perlu menyediakannya. Bayangkan bentuk rumah tanpa pelan. Bayangkan pula bagaimana

karangan tanpa rangka atau laka-ran.

Karangan yang dihasilkan tanpa berpandukan rangka atau lakaran biasanya tidak padu dan mem-perlihatkan kelemahan tertentu. Antaranya termasuklah urutan idea atau fakta yang tidak teratur, perulangan isi, panjang pendek huraian antara isi tidak seimbang dan kepanjangan karangan tidak terkawal. Itulah kelemahan yang biasa ditemukan oleh pemeriksa karangan pelajar untuk ujian atau peperiksaan, baik dalam mata pelajaran bahasa mahupun dalam mata pelajaran lain yang memer-lukan pelajar menjawab soalan dalam bentuk esei.

Rangka atau lakaran dapat juga dikiaskan dengan kompas dan peta bagi pengembara atau orang yang dalam perjalanan. Dengan adanya kompas, pengembara dapat menen-tukan arah sebagai pedoman. Begitu juga dengan adanya peta, orang yang sedang mencari se-suatu tempat mempunyai panduan yang jelas. Ia tidak akan berputar-putar ke sana sini sehingga mung-kin sahaja sesat dan mengambil waktu yang panjang untuk tiba di tempat yang dicari. Demikianlah,

tanpa rangka, penulis menghadapi masalah menulis dengan lancar dan terarah.

Rangka karangan merupakan catatan ringkas isi-isi penting yang hendak ditulis. Jika yang hendak ditulis novel atau cerpen, rangka itu boleh jadi ringkasan jalan cerita dan watak yang ter-libat. Untuk menghasilkan puisi yang berkesan pun perlu dilakar-kan idea yang hendak dijadikan bait-bait puisi.

Bagi karangan bukan kreatif seperti rencana, laporan dan buku, rangka boleh disusun dalam dua bentuk. Yang pertama berbentuk senarai isi-isi utama dan pecahan atau isi sokongannya. Yang kedua pula berbentuk peta minda, iaitu isi-isi utama yang dicatat dalam bentuk jadual, rajah atau mungkin gambar.

Langkah awal untuk merangka atau melakar isi ialah memahami tema atau isu yang menjadi fokus karangan anda. Dengan mempu-nyai kejelasan tentang apakah yang patut diliputi tentang tema atau isu itu, barulah dapat anda menyediakan rangka yang meng-gambarkan skop yang memenuhi tema atau isu tersebut.

Sebagai contoh, di bawah ini diberikan rangka yang berbentuk senarai isi-isi penting berasas-kan tajuk karangan “Pencemaran bahasa kebangsaan”.

Rangka berbentuk senarai isi penting:

Pendahuluan Maksud pencemaran bahasa Aspek-aspek pencemaran bahasa (sebutan, ejaan, tatabahasa, kosa kata, laras bahasa).

Faktor-faktor pencemaran bahasa (pendidikan, pengaruh bahasa asing, sikap tidak perihatin).

Tempat dan bidang berlakunya pencemaran bahasa (Tempat awam, media massa, pen-tadbiran, pendidikan).

Kesan-kesan pencemaran bahasa (Taraf bahasa, mutu bahasa, pen-didikan, pentadbiran).

Langkah-langkah mengatasinya (Pendidikan, penguatkuasaan undang-undang, DBP, kempen).

Penutup

Pelawaan Sebagai PenuliS

Tawaran dibuka kepada calon-calon penulis yang memenuhi syarat-syarat bagi menulis pakej

buku teks tersebut bagi kegunaan tahun 2009 secara kaedah komisi.

Calon-calon penulis yang berpe-ngalaman, berkelayakan dan mem-punyai kepakaran dipelawa untuk me-nulis pakej buku teks tersebut yang terdiri daripada Buku Teks (BT), Buku Latihan dan Aktiviti (BLA), dan Buku Panduan Guru (BPG).

Syarat Permohonan: Penulis mestilah warganegara

Malaysia yang berumur tidak melebihi 60 tahun.

Mempunyai sijil, diploma atau ijazah dalam mata pelajaran Bahasa Arab atau yang setaraf dengannya serta mempunyai pengalaman me-ngajar sekurang-kurangnya lima tahun.

Mahir dan menguasai hal-hal yang berkaitan dengan kurikulum dan pedagogi mata pelajaran Bahasa Arab.

Berpengalaman menulis, sama ada menulis buku teks atau buku-buku lain. Salinan kulit buku berkenaan yang telah disahkan perlu diser-takan sebagai bukti hasil penulisan.

Mempunyai pengetahuan am yang luas dan terkini yang ada kaitan-nya dengan mata pelajaran Bahasa Arab.

Sanggup menulis satu pakej buku dan berkeupayaan melaksanakan tugas penulisan dalam masa yang ditetapkan.

Mematuhi peraturan, jadual, dan arahan daripada penerbit.

Mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan masing-masing.

Menghadiri taklimat/bengkel/mesyuarat yang dilaksanakan oleh DBP atau Bahagian Buku Teks (BBT), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Penulis yang terpilih tertakluk pada peraturan, jadual serta arahan.

Cara Memohon: Dokumen boleh dibeli dengan

harga RM50.00 daripada Bahagian Kewangan dan Bekalan, DBP mulai 15 Mei 2007 hingga 30 Mei 2007 secara tunai atau dengan menggunakan Wang Pos/Wang Kiriman Pos/Draf Bank Berpalang atas nama Ketua Pengarah DBP.

Disket dan satu salinan maklu-mat biodata penulis yang telah leng-kap diisi dan disahkan oleh Ketua Jabatan hendaklah dikembalikan ke Bahagian Buku Teks, DBP selewat-lewatnya pada 15 Jun 2007 dan dilam-pirkan dengan resit asal pembelian dokumen.

Manuskrip bab contoh hendaklah diserahkan pada 23 Jun 2007 sebe-lum pukul 4.30 petang.

Taklimat akan diadakan pada 1 Jun 2007 di Dewan Seminar, Menara DBP, Kuala Lumpur.

Penulis akan menerima honorari-um bagi cetakan pertama dan royalti bagi cetakan ulang.

Sila hubungi talian 21481270 (Daud Hamid), 21481019 (Siti Maizatul), 21481103 (Zawinnajah) atau e-mel: [email protected] [email protected] atau [email protected]

Pakej Buku Teks KBSR Bahasa Arab

Tahun 2CD-ROM Memperkaya Khazanah Berbahasa Melayu

KETUA Pengarah DBP menerangkan sesuatu kepada isteri Timbalan Perdana Menteri.