Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar

43
Kertas Kerja Penyelidikan Projek Pembangunan Jati Diri Kebangsaan Pelajar ASASIpintar Nama kumpulan Wawasan 2020 Pensyarah Prof Madya Dr Fazilah binti Idris Subjek Pembangunan Jati Diri Kebangsaan Tajuk Kertas Kerja Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesannya terhadap Jati Diri Pelajar.

description

Projek research ini adalah dibuat bawah subjek jati diri semasa asasi dulu. Kajian ini sangatlah impak nilainya.Hiburan merupakan elemen penting kepada kehidupan kita terutama rata-rata anak muda atau belia. Namun malangnya, hiburan luar negara lebih digemari oleh remaja daripada hiburan tempatan malahan ia mempengaruhi kesan jati diri remaja. Justeru, kajian ini dibuat ke atas pelajar PERMATApintar Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengetahui sama ada trend hiburan luar negara lebih digemari ini sama dengan remaja di luar sana atau tidak dan seterusnya mengetahui adakah hiburan luar negara memberi kesan kepada jati diri pelajar pintar dan berbakat ini serta mengukur tahap kesedaran pelajar PERMATApintar terhadap pengekalan hiburan tempatan di negara kita. Soal selidik telah dibuat dan dimuat turun menerusi perisian online 'eSurv' dan soalan temu bual juga dibuat. Kaedah ini terbahagi kepada tiga kategori umur, iaitu umur 16 tahun,17 tahun dan 18 tahun (pelajar ASASIpintar). Akhirnya, keputusan menunjukkan majoriti pelajar PERMATApintar mengikuti trend luar, iaitu sukakan hiburan luar negara berbanding hiburan tempatan tetapi tidak mempengaruhi jati diri unggul mereka. Di samping itu, mereka juga kebanyakannya sedar dan mahu mengekalkan hiburan tempatan yang mana kebanyakannya meminta kementerian berkenaan dengan pengarah hiburan tersebut agar membuat sesuatu yang menarik dan berkualiti untuk mengembalikan anak-anak muda yang 'lari' kembali kepada hiburan tempatan. Rumusan boleh didapati ialah langkah perlu dibuat agar hiburan tempatan mendapat sambutan hangat kembali dan kembali timbul di negara kita.

Transcript of Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar

Page 1: Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar

Kertas Kerja Penyelidikan Projek

Pembangunan Jati Diri Kebangsaan Pelajar

ASASIpintar

Nama kumpulan

Wawasan 2020

Pensyarah

Prof Madya Dr Fazilah binti Idris

Subjek

Pembangunan Jati Diri Kebangsaan

Tajuk Kertas Kerja

Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap

Hiburan Tempatan dan Kesannya terhadap Jati

Diri Pelajar.

Page 2: Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar

Nama Ahli Kumpulan

1. Arif Anwar bin Lokmanol Hakim

- Jawatan: Ketua Penyelidikan

- Kelas: AP501

- No matrik: AP00352

- Tugas: Soal Selidik

- Email: [email protected]

- No telefon: 012-546 1592/013- 4953470

2. Safwan bin Ibrahim

- Jawatan: Penolong Ketua Penyelidik

- Kelas: AP301

- No matrik: AP00360

- Tugas: Temu Bual

- Email: [email protected]

- No telefon: 011-2381 8667

3. Ubaidurrahman bin Zulkifli

- Kelas: AP201

- No matrik: AP00314

- Tugas: Soal Selidik

- Email: [email protected]

- No telefon: 011-2374 8020

4. Harith Haiqal bin Husni

- Kelas: AP301

- No matrik: AP00427

- Tugas: Soal Selidik

- Email: [email protected]

- No telefon: 011-1151 5272

5. Ker Zer Heng

- Kelas: AP201

- No matrik: AP00437

- Tugas: Temu Bual

- Email: [email protected]

- No telefon: 017-788 9277

Page 3: Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar

6. Anis Syahirah binti Adnan

- Kelas: AP301

- No matrik: AP00408

- Tugas: Temu Bual

- Email: [email protected]

- No telefon: 011-1655 8603/ 011-2408 8143

7. Aisyah bt Mohd Habib

- Kelas: AP301

- No matrik: AP00400

- Tugas: Temu Bual

- Email: [email protected]

- No telefon: 017-201 3296

Page 4: Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar

PENGENALAN

Hiburan bermaksud peristiwa, persembahan, atau kegiatan yang diwujudkan untuk memberi

kenikmatan kepada penonton dan industri yang membekalkan hiburan dinamakan industri

hiburan. Hiburan boleh dipisahkan kepada dua iaitu hiburan tempatan dan hiburan

antarabangsa yang merangkumi beberapa kategori seperti lagu, filem atau drama dan alat

muzik. Hiburan seperti ini sering mendapat tempat di hati penonton atau pendengar tidak kira

masa dan waktu kerana hiburan merupakan sumber utama pada saat kebosanan dan

kesunyian.

Namun, sejak akhir-akhir ini, hiburan tempatan kurang mendapat sambutan dari masyarakat

tempatan kerana mereka lebih gemar mengutamakan dan mengagungkan hiburan

antarabangsa disebabkan oleh beberapa alasan tertentu. Oleh itu, kajian terhadap aspek

hiburan ini telah dipilih untuk menilai sejauh mana sambutan dan penerimaan terhadap

hiburan tempatan berbanding hiburan luar dan antarabangsa. Kajian ini dilakukan ke atas

pelajar pintar dan berbakat dari permata pintar dan asasi pintar yang berada di Universiti

Kebangsaan Malaysia. Hal ini kerana kebanyakan pelajar- pelajar di sini yang rata-rata dari

usia yang muda lebih gemar melayan hiburan luar negara berbanding hiburan tempatan.

Justeru, diharap dengan kajian ini dapat membuktikan bahawa kebanyakan anak-anak muda

mempunyai jati diri kebangsaan yang semakin lentur dari zaman ke zaman.

Pertama, muzik yang disajikan di corong-corong radio seperti genre “rock”, balada, cinta,

sentimental dan jazz banyak didengari oleh anak-anak muda. Walaupun hiburan tempatan

dan hiburan luar negara menjanjikan kepuasan yang sama dengan menyediakan genre-genre

lagu seperti ini, anak-anak muda lebih cenderung untuk memilih lagu luar negara. Sebagai

contoh, konsert-konsert yang dipersembahkan oleh artis-artis tempatan kurang laris dan

kurang mendapat sambutan jika hendak dibandingkan dengan konsert-konsert yang

dinyanyikan oleh “superstar” mereka yakni artis-artis luar negara terutamanya konsert “k-

pop” dan barat.

Kategori kajian yang seterusnya ialah bidang lakonan seperti filem. Sebagaimana yang

dinyatakan pada perenggan di atas filem luar negara lazimnya lebih mendapat jualan tiket

yang lebih laris di panggung-panggung wayang seluruh negara berbanding dengan filem

Malaysia. Sebagai contoh, filem X-Men mendapat jualan tiket berjumlah jutaan ringgit

berdasarkan statistik jualan tiket di Golden Screen Cinemas (M) Sdn Bhd.

Skop terakhir yang akan dikaji ialah alat muzik. Seperti yang umum diketahui, alat muzik

tradisional semakin dipinggirkan dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah dan universiti.

Sebaliknya, alat muzik moden lebih digemari untuk digunakan dalam majlis-majlis rasmi &

keramaian. Contohnya, setiap kali majlis perkahwinan yang ditayangkan di kaca televisyen,

pihak tuan rumah lebih suka untuk menjemput dan menampilkan kumpulan muzik yang

menggunakan alat muzik moden. Hal ini menyebabkan berlakunya pengaruh hiburan barat

dalam kehidupan pelajar.

Page 5: Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar

Konklusinya, kecenderungan seseorang individu melayan hiburan tempatan melambangkan

jati diri individu tersebut sebagai warganegara Malaysia yang bangga terhadap produk buatan

Malaysia.

KAJIAN KEPUSTAKAAN

Berdasarkan maklumat yang diberi pada ‘Malaysia Yearly Box Office’ yang menunjukkan

ranking filem luar dan dalam negara yang pernah ditayangkan di panggung wayang, filem

‘The Conjuring’ memenangi Top 20 sedangkan filem dalam negara yang lain tiada dalam

senarai tersebut. Hal ini membuktikan bahawa ramai rakyat Malaysia suka menonton filem

luar negara yang lebih menyeronokkan jalan ceritanya daripada filem kita yang sambutannya

tidaklah sebanyak mana.

Seterusnya, daripada laman web ‘Utusan Online’ yang bertajuk ‘Tiket Laris jadi Bukti

Konsert Mahal Anuar Zain dapat Sambutan’ dan ‘united.my’ yang bertajuk ‘Taylor Swift

Red Tour KL 2014’ membandingkan bahawa konsert artis luar negara lebih mendapat

sambutan hangat berbanding konsert artis tempatan. Hal ini juga memberikan kesan terhadap

jati diri kebangsaan anak-anak muda kita yang kita nampak sering mengamalkan gaya Barat

yang bersifat terbuka.

Jelaslah bahawa satu langkah drastik perlu dilakukan pihak terlibat dalam mengembalikan

kesedaran hiburan tempatan kepada masyarakat kita khususnya anak-anak muda. Justeru,

kajian ini akan dibuat ke atas pelajar PERMATApintar yang terdiri daripada pelajar

Tingkatan 4 dan 5 serta ASASIpintar untuk mengetahui adakah mereka mengikuti trend

remaja kini yang lebih suka akan hiburan luar negara daripada tempatan atau tidak dan juga

mengetahui adakah hiburan luar negara yang sering dipilih oleh pelajar menggugat jati diri

unggul pelajar.

PERMASALAHAN

Dewasa ini, hiburan tempatan dan luar negara memberi impak ke atas jati diri seseorang

individu terutamanya anak-anak muda. Kemajuan teknologi sedikit sebanyak merangsang

kepada peningkatan hiburan apatah lagi dengan wujudnya kemudahan memuat turun segala

bentuk hiburan melalui satu klik sahaja. Berdasarkan pemerhatian kami terhadap majoriti

pelajar PERMATApintar lebih menggemari hiburan antarabangsa berbanding hiburan

tempatan. Hal ini jelas sekali menunjukkan betapa rendahnya jati diri kebangsaan dalam diri

mereka. Permasalahan ini membawa kepada persoalan, bagaimanakah penerimaan pelajar-

pelajar PERMATApintar™ Negara terhadap hiburan luar negara dan tempatan serta apakah

kesan pengaruh hiburan tersebut terhadap jati diri pelajar?

Page 6: Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar

OBJEKTIF KAJIAN

1. Menilai faktor kecenderungan pelajar PERMATApintar dalam memilih jenis hiburan sama

ada tempatan atau luar negara sebagai sumber hiburan mereka.

2. Membuktikan sejauh mana hiburan luar negara dapat pengaruhi jati diri pelajar

PERMATApintar yang berwarganegara Malaysia.

3. Meningkatkan kesedaran terhadap diri kita untuk mengekalkan hiburan tempatan sebagai

hiburan utama dalam kehidupan seharian sebagai strategi meningkatkan jati diri pelajar.

METODOLOGI

SOAL SELIDIK (Lihat Lampiran 1)

Dalam mendapatkan maklumat mengenai penerimaan pelajar PERMATApintar terhadap

hiburan tempatan, kami telah berbincang soalan-soalan yang ingin ditanya kepada pelajar-

pelajar di situ. Soalan yang dibuat berteraskan tiga objektif utama yang ingin dicapai. Contoh

soal selidik akan dilampirkan di akhir metodologi nanti. Soal selidik yang dibuat dibahagikan

kepada empat bahagian:

A: Demografi (umur, kaum, nama & jantina).

B: Kecenderungan dalam memilih jenis hiburan (Pilih satu daripada dua sahaja).

C: Pengaruh hiburan terhadap jati diri pelajar.

D: Kesedaran terhadap kepentingan hiburan tempatan.

Untuk bahagian B dan C, hanya dua pilihan sahaja yang responden boleh pilih sama ada

perkara itu ialah hiburan tempatan atau perkara itu ialah hiburan luar negara. Namun,

bahagian C dibuat dalam bentuk pemilihan berdasarkan foto yang diberikan. Akhir sekali,

bagi bahagian D dibuat dalam bentuk jawapan ya atau tidak. Seterusnya, kaedah temu bual

juga dijalankan dengan mencipta soalan secara rawak tetapi masih berdasarkan tiga objektif

tersebut.

Kaedah Soal Selidik Online

Soal selidik yang telah dibuat akan dimasukkan ke satu perisian online, yang bernama ‘e-

Survey’ pada laman web ‘eSurv.org’ untuk menjimatkan bajet mencetak soal selidik kerana

semua pelajar PERMATApintar ada laptop dan mengetahui untuk melayari internet. Perisian

ini percuma dan perlu mendaftar untuk menggunakan perisian yang tidak dimuat turun ini.

Dengan menggunakan pilihan dan komponen yang ada pada ‘e-Survey’, kami memanfaatkan

sepenuhnya dalam menyiapkan soal selidik ‘online’.

Page 7: Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar

Laman web soal selidik online ini diedarkan secara tertutup melalui emel responden pelajar

PERMATApintar yang ingin menjawab soal selidik ini. Kaedah ini dibuat demi memastikan

matlamat jumlah responden 10 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan daripada

setiap kategori umur 16-18 tahun tercapai. Oleh sebab itu, kuota ini telah ditetapkan kepada

sesiapa yang ingin menjadi responden atau terpilih.

Untuk pengetahuan semua, pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 tinggal di PERMATApintar,

sedangkan pelajar asasi yang berumur 18 tahun tinggal di Kolej Pendeta Zaaba walaupun

tempat belajar adalah sama. Sehubungan itu, kaedah ini terbahagi kepada dua kumpulan,

yang mana seorang ahli kumpulan menguruskan pelajar tingkatan 4 dan 5 manakala dua

orang ahli kumpulan menguruskan pelajar asasi.

Kategori: Tingkatan 4, Tingkatan 5 & ASASIpintar

Pelajar yang ingin menjawab soal selidik ini memberikan nama mengikut kelas mereka.

Perkara ini telah diamanahkan kepada setiap ketua kelas untuk menguruskan nama

responden. Kuota juga telah ditetapkan yang mana setiap kelas tingkatan 4 menghantar dua

orang pelajar lelaki dan dua orang pelajar perempuan manakala setiap kelas tingkatan 5

memberikan nama tiga orang pelajar tetapi mengikut ketetapan. Misalnya, ada kelas

merangkumi dua lelaki serta satu perempuan dan begitulah sebaliknya.

Bagi pelajar ASASIpintar, 20 orang responden telah ditetapkan secara rawak oleh ahli

kumpulan. 20 orang responden yang terpilih menjawab soalan soal selidik online dengan

diemelkan ‘link’ soal selidik tersebut.

Pelajar yang telah memberi nama diemelkan laman web tersebut dan mereka membukanya

untuk menjawab sehingga habis. Responden yang telah menjawab diemelkan semula kepada

emel seorang ahli kumpulan yang ada akaun ‘eSurv’ yang bertuliskan ‘already complete’

(sudah dijawab). Semua maklumat dan jawapan mereka disimpan dalam satu ‘folder’ yang

laman web ini telah sediakan. Pelajar yang tidak menjawab lagi akan diingatkan melalui lisan

kerana laman web ini boleh memberitahu pelajar yang tidak menjawab lagi.

TEMU BUAL (Lihat Lampiran 2)

Kaedah yang digunakan dalam menjalankan penyelidikan ini ialah kaedah menemu bual

sembilan orang pelajar. Sembilan orang pelajar tersebut terdiri daripada tiga orang pelajar

tingkatan 4, tiga orang pelajar tingkatan 5 dari program pendidikan Pusat PERMATApintar

Negara manakala tiga orang pelajar lagi ialah pelajar ASASIpintar. Lokasi penyelidikan ini

ialah di Pusat PERMATApintar Negara UKM. Sembilan responden yang ditemu bual ini

dipilih secara rawak dan terdiri daripada pelbagai kaum.

Kesemua responden ini diajukan beberapa soalan mengenai pendapat mereka tentang hiburan

luar dan hiburan tempatan. Hal ini bagi melihat sejauh mana jati diri dalam diri mereka.

Soalan-soalannya banyak berkisar perkara yang sama sahaja. Rakaman daripada telefon

bimbit canggih juga digunakan bagi tujuan merakam temu bual ini. Dalam masa yang sama,

buku nota juga digunakan bagi mencatat maklumat penting daripada jawapan responden yang

dipilih untuk dianalisis.

Page 8: Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar

ANALISIS

Soal selidik

‘eSurv’ sebenarnya mempunyai data penuh dalam bentuk grid yang menunjukkan hasil

keputusan soal selidik tersebut. Data tersebut dianalisis dengan menggunakan SPSS software

untuk memasukkan data ‘variable’ dan data ‘numeric’. Setelah memasukkan data tersebut, ia

dianalisis dengan menggunakan kaedah ‘Report – Codebook’ untuk mengetahui peratus dan

jumlah yang menjawab pilihan daripada 18 soalan yang berbentuk pilihan jawapan. Selain

itu, kaedah ‘frequency’ juga digunakan untuk mengetahui kekerapan atau jumlah mereka

memilih pilihan untuk setiap soalan. Kaedah ini dapat mengetahui peratus sah sebenar

responden yang memilih pilihan tersebut.

Hasil data yang diperoleh akan ditambah satu lagi komponen hasil dapatan, iaitu penukaran

data dalam bentuk carta pai dengan memilih ‘chart pie’ yang diberi. Seterusnya, dua jadual

data serta satu carta pai dimasukkan ke dalam hasil dapatan.

TEMU BUAL

Data-data yang diperoleh daripada jawapan-jawapan sembilan orang responden akan

dianalisa. Caranya adalah dengan memasang semula rakaman telefon bimbit daripada

jawapan responden. Di samping itu, nota-nota yang telah dicatat juga dianalisa berserta

rakaman dan dibandingkan melalui perbincangan sesama ahli kumpulan. Setiap jawapan

telah dikategori mengikut kategori jawapan responden itu sendiri. Hasilnya disertakan pada

perbincangan hasil keputusan temu bual tersebut.

Page 9: Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar

HASIL DAPATAN KAJIAN

Bahagian A (Pecahan mengikut demografi)

Jantina

Value Count Percent

Standard

Attributes

Position 1

Label Jantina

Type Numeric

Format F8

Measurement Nominal

Role Input

Valid Values 1 lelaki 28 37.8%

2 perempuan 33 44.6%

Missing Values System 13 17.6%

Page 10: Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar

Umur

Value Count Percent

Standard Attributes Position 2

Label Umur

Type Numeric

Format F8

Measurement Nominal

Role Input

Valid Values 1 16 23 31.1%

2 17 18 24.3%

3 18 20 27.0%

Missing Values System 13 17.6%

Page 11: Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar

Tempat Tinggal

Value Count Percent

Standard

Attributes

Position 3

Label Tempat

Tinggal

Type Numeric

Format F8

Measurement Nominal

Role Input

Valid Values 1 bandar 17 23.0%

2 sub bandar 27 36.5%

3 luar bandar 17 23.0%

Missing Values System 13 17.6%

Page 12: Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar

Kaum

Value Count Percent

Standard Attributes Position 4

Label Kaum

Type Numeric

Format F8

Measurement Nominal

Role Input

Valid Values 1 melayu 50 67.6%

2 cina 4 5.4%

3 india 3 4.1%

4 lain-lain 4 5.4%

Missing Values System 13 17.6%

Page 13: Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar

BAHAGIAN B (Kecenderungan memilih hiburan)

Konsert (Jadual 1)

Value Count Percent

Standard

Attributes

Position 5

Label Konsert

Type Numeric

Format F8

Measurement Nominal

Role Input

Valid Values 1 Taylor

Swift 44 59.5%

2 Shila

Amzah 17 23.0%

Missing Values System 13 17.6%

Konsert (Jadual 2)

Frequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

Valid Taylor Swift 44 59.5 72.1 72.1

Shila Amzah 17 23.0 27.9 100.0

Total 61 82.4 100.0

Missing System 13 17.6

Total 74 100.0

Page 14: Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar

Filem (Jadual 1)

Value Count Percent

Standard

Attributes

Position 6

Label Filem

Type Numeric

Format F8

Measurement Nominal

Role Input

Valid Values 1 The

Conjuring 51 68.9%

2 Jangan

Pandang

Belakang

10 13.5%

Missing Values System 13 17.6%

Page 15: Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar

Filem (Jadual 2)

Frequency Percent

Valid

Percent

Cumulative

Percent

Valid The Conjuring 51 68.9 83.6 83.6

Jangan Pandang

Belakang 10 13.5 16.4 100.0

Total 61 82.4 100.0

Missing System 13 17.6

Total 74 100.0

Page 16: Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar

Lagu (Jadual 1)

Value Count Percent

Standard

Attributes

Position 7

Label lagu

Type Numeric

Format F8

Measurement Nominal

Role Input

Valid Values 1 John Legend

- All of Me 41 55.4%

2 Yuna -

Rescue 20 27.0%

Missing Values System 13 17.6%

Lagu (Jadual 2)

Frequency Percent

Valid

Percent

Cumulative

Percent

Valid John Legend - All of

Me 41 55.4 67.2 67.2

Yuna - Rescue 20 27.0 32.8 100.0

Total 61 82.4 100.0

Missing System 13 17.6

Total 74 100.0

Page 17: Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar

Alat Muzik (Jadual 1)

Value Count Percent

Standard Attributes Position 8

Label Alat Muzik

Type Numeric

Format F8

Measurement Nominal

Role Input

Valid Values 1 Kompang 16 21.6%

2 Gambus 4 5.4%

3 Gitar 41 55.4%

Missing Values System 13 17.6%

Page 18: Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar

Alat Muzik (Jadual 2)

Frequency Percent

Valid

Percent

Cumulative

Percent

Valid Kompang 16 21.6 26.2 26.2

Gambus 4 5.4 6.6 32.8

Gitar 41 55.4 67.2 100.0

Total 61 82.4 100.0

Missing System 13 17.6

Total 74 100.0

Page 19: Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar

Stesen Radio (Jadual 1)

Value Count Percent

Standard Attributes Position 9

Label Stesen Radio

Type Numeric

Format F8

Measurement Nominal

Role Input

Valid Values 1 Fly FM 32 43.2%

2 Sinar FM 29 39.2%

Missing Values System 13 17.6%

Stesen Radio (Jadual 2)

Frequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

Valid Fly FM 32 43.2 52.5 52.5

Sinar FM 29 39.2 47.5 100.0

Total 61 82.4 100.0

Missing System 13 17.6

Total 74 100.0

Page 20: Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar

Bahagian C (Pengaruh hiburan terhadap jati diri pelajar)

Baju Beraya (Jadual 1)

Value Count Percent

Standard Attributes Position 10

Label Baju Beraya

Type Numeric

Format F8

Measurement Nominal

Role Input

Valid Values 1 Kiri - baju

melayu 52 70.3%

2 Kanan - baju

berjalan 9 12.2%

Missing Values System 13 17.6%

Page 21: Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar

Baju Beraya (Jadual 2)

Frequenc

y Percent

Valid

Percent

Cumulative

Percent

Valid kiri - baju melayu 52 70.3 85.2 85.2

kanan - baju

berjalan 9 12.2 14.8 100.0

Total 61 82.4 100.0

Missin

g

System 13 17.6

Total 74 100.0

Page 22: Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar

Sapaan Sebelum Berbicara (Jadual 1)

Value Count Percent

Standard Attributes Position 11

Label sapaan

sebelum

berbicara

Type Numeric

Format F8

Measurement Nominal

Role Input

Valid Values 1 kiri - selamat

pagi 31 41.9%

2 kanan - Hi 30 40.5%

Missing Values System 13 17.6%

Sapaan Sebelum Berbicara (Jadual 2)

Frequenc

y Percent

Valid

Percent

Cumulative

Percent

Valid kiri - selamat

pagi 31 41.9 50.8 50.8

kanan - Hi 30 40.5 49.2 100.0

Total 61 82.4 100.0

Missing System 13 17.6

Total 74 100.0

Page 23: Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar

Jenis Pergaulan (Jadual 1)

Value Count Percent

Standard Attributes Position 12

Label pergaulan

Type Numeric

Format F8

Measurement Nominal

Role Input

Valid Values 1 kiri - sopan 59 79.7%

2 kanan - bebas 2 2.7%

Missing Values System 13 17.6%

Page 24: Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar

Jenis Pergaulan (Jadual 2)

Frequency Percent

Valid

Percent

Cumulative

Percent

Valid kiri - sopan 59 79.7 96.7 96.7

kanan - bebas 2 2.7 3.3 100.0

Total 61 82.4 100.0

Missing System 13 17.6

Total 74 100.0

Page 25: Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar

Makanan Pilihan di Restoran (Jadual 1)

Value Count Percent

Standard Attributes Position 13

Label makanan

Type Numeric

Format F8

Measurement Nominal

Role Input

Valid Values 1 kiri - roti canai 43 58.1%

2 kanan - burger 18 24.3%

Missing Values System 13 17.6%

Makanan Pilihan di Restoran (Jadual 2)

Frequency Percent

Valid

Percent

Cumulative

Percent

Valid kiri - roti

canai 43 58.1 70.5 70.5

kanan -

burger 18 24.3 29.5 100.0

Total 61 82.4 100.0

Missing System 13 17.6

Total 74 100.0

Page 26: Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar

Bahasa Berdialog (Jadual 1)

Value Count Percent

Standard Attributes Position 14

Label bahasa

berdialog

Type Numeric

Format F8

Measurement Nominal

Role Input

Valid Values 1 kiri - biasa 38 51.4%

2 kanan - bahasa

rojak 23 31.1%

Missing Values System 13 17.6%

Page 27: Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar

Bahasa Berdialog (Jadual 2)

Frequency Percent

Valid

Percent

Cumulative

Percent

Valid kiri - biasa 38 51.4 62.3 62.3

kanan - bahasa

rojak 23 31.1 37.7 100.0

Total 61 82.4 100.0

Missing System 13 17.6

Total 74 100.0

Page 28: Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar

Bahagian D (Kesedaran pelajar terhadap hiburan tempatan)

Adakah anda bersetuju bahawa hiburan tempatan

merupakan elemen yang sangat penting dalam pengekalan

kebudayaan dan identiti negara kita?

(Jadual 1)

Value Count Percent

Standard Attributes Position 5

Label Adakah anda

bersetuju

bahawa hiburan

tempatan

merupakan

elemen yang

sangat penting

dalam

pengekalan

kebudayaan

dan identiti

negara kita?

Type Numeric

Format F8.2

Measurement Nominal

Role Input

Valid Values 3.00 yes 56 91.8%

4.00 no 5 8.2%

Adakah anda bersetuju bahawa hiburan tempatan

merupakan elemen yang sangat penting dalam pengekalan

kebudayaan dan identiti negara kita?

(Jadual 2)

Frequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

Valid yes 56 91.8 91.8 91.8

no 5 8.2 8.2 100.0

Total 61 100.0 100.0

Page 29: Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar
Page 30: Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar

Adakah anda merasakan bahawa hiburan tempatan tidak

setanding dengan hiburan luar negara?

(Jadual 1)

Value Count Percent

Standard Attributes Position 6

Label Adakah anda

merasakan

bahawa hiburan

tempatan tidak

setanding

dengan hiburan

luar negara?

Type Numeric

Format F8.2

Measurement Nominal

Role Input

Valid Values 5.00 yes 36 59.0%

6.00 no 25 41.0%

Adakah anda merasakan bahawa hiburan tempatan tidak

setanding dengan hiburan luar negara?

(Jadual 2)

Frequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

Valid yes 36 59.0 59.0 59.0

no 25 41.0 41.0 100.0

Total 61 100.0 100.0

Page 31: Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar
Page 32: Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar

Adakah langkah-langkah yang efektif perlu diambil demi

mempertahankan hiburan tempatan?

(Jadual 1)

Value Count Percent

Standard Attributes Position 7

Label Adakah

langkah-langkah

yang efektif

perlu diambil

demi

mempertahanka

n hiburan

tempatan?

Type Numeric

Format F8.2

Measurement Nominal

Role Input

Valid Values 7.00 yes 59 96.7%

8.00 no 2 3.3%

Adakah langkah-langkah yang efektif perlu diambil demi

mempertahankan hiburan tempatan?

(Jadual 2)

Frequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

Valid yes 59 96.7 96.7 96.7

no 2 3.3 3.3 100.0

Total 61 100.0 100.0

Page 33: Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar

TEMU BUAL

Rujuk pada perbincangan di bahagian temu bual.

Page 34: Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar

PERBINCANGAN

SOAL SELIDIK

Bahagian A (Pecahan mengikut demografi)

Berdasarkan pecahan responden yang menjawab soal selidik yang bertajuk ‘Penerimaan

Hiburan Tempatan dalam kalangan Pelajar PERMATApintar’, responden lelaki berjumlah 28

orang pelajar (37.8%) sedangkan perempuan yang merupakan paling banyak jumlah

responden yang menjawab soal selidik, iaitu 33 orang pelajar (44.6%). Bagi demografi

mengikut umur, jumlah pelajar 16 tahun yang menjawab soal selidik ini berjumlah 23 orang

pelajar (31.1%), pelajar 17 tahun berjumlah 18 orang pelajar (24.3%) dan pelajar 18 tahun

atau sekarang menuntut dalam program ASASIpintar berjumlah 20 orang pelajar (27.0%).

Bagi kategori tempat tinggal pula yang menjawab soal selidik ini, responden sub bandar

adalah paling banyak yang menjawab, iaitu berjumlah 27 orang pelajar (36.5%), diikuti

dengan responden bandar & luar bandar berjumlah 17 orang pelajar (23.0%). Akhir sekali,

responden mengikut kaum pula yang mana pelajar Melayu, Cina dan lain-lain serta India

yang menjawab soal selidik ini berjumlah 50 orang (67.6%), 4 orang (5.4%) serta 3 orang

(4.1%) masing-masing.

BAHAGIAN B (Kecenderungan memilih hiburan)

Bagi bahagian ini, perbincangan akan dilakukan berdasarkan Jadual 1 dan Jadual 2. Kita akan

melihat adakah pelajar PERMATApintar lebih cenderung memilih hiburan tempatan atau

luar?

Soalan 6: Konsert manakah yang anda pergi jika anda menghadirinya di stadium Bukit

Jalil?

Dua pilihan jawapan yang diberi semuanya artis bertaraf antarabangsa adalah untuk membuat

perbandingan artis mana yang lebih mendapat sambutan. Responden yang menjawab soalan

ini yang mengatakan mereka akan pergi ke konsert Taylor Swift berjumlah 44 orang (59.5%)

atau peratus sahnya (72.1%) berbanding mereka yang akan menghadiri konsert Shila Amzah

yang berjumlah 17 orang (23.0%) atau peratus sahnya (27.9%).

Hal ini telah membuktikan sumber website ‘unitedmy.com’ yang mengatakan konsert Taylor

Swift KL Red Tour mendapat jumlah paling ramai dan sambutan luar biasa yang diterima

oleh rakyat Malaysia yang rata-rata muda berbanding konsert artis tempatan yang popular di

antarabangsa, seperti Shila Amzah yang tidak sehebat Taylor Swift. Jelaslah yang pelajar

PERMATApintar majoritinya sukakan hiburan luar negara berbanding negara kita kerana

kandungan lirik lagu itu sendiri.

Page 35: Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar

Soalan 7: Tiket filem mana anda akan beli jika anda hanya tinggal 2 tiket sahaja di

panggung wayang?

Dua pilihan filem yang diberi bertemakan filem seram bertujuan untuk mengetahui filem

seram mana yang mereka ingin beli tiket tersebut. Jumlah responden yang ingin menonton

filem ‘The Conjuring’ ialah 51 orang pelajar (68.9%) atau peratus sahnya (83.6%), iaitu

jumlah yang paling ramai menonton filem ini berbanding filem ‘Jangan Pandang Belakang’

yang hanya menerima 10 orang pelajar sahaja (13.5%) atau peratus sahnya (16.4%).

Hal ini kerana filem ‘The Conjuring’ adalah filem yang lebih menyeronokkan dan banyak

berbentuk aksi yang menarik berbanding filem ‘Jangan Pandang Belakang’ yang banyak

berbentuk konvensional dan agak sedikit bosan. Berdasarkan pemerhatian kami semua,

memang benar filem negara kita kurang bermutu terutama dalam sudut penulisan skrip dan

jalan ceritanya berbanding filem yang diimport dari luar yang banyak berbentuk imaginasi

dan di luar jangkaan serta jalan ceritanya yang menarik. Mungkin sebab itulah ramai anak

muda dan pelajar PERMATApintar khususnya lebih minat menonton filem luar negara.

Soalan 8: Lagu mana anda akan muat turun dalam mp3 anda jika tinggal satu lagu

sahaja boleh masuk?

Dua pilihan jawapan yang diberi adalah lagu yang menjangkau seluruh dunia untuk

mendengar lagu tersebut. 41 orang pelajar (55.4%) atau peratus sahnya (67.2%) sahaja yang

ingin memuat turun lagu ‘John Legend – All of Me’ sedangkan lagu ‘Yuna – Rescue’

hanyalah menerima 20 orang pelajar (27.0%) atau peratus sahnya (32.8%).

Fakta kebenaran yang tidak dipertikaikan ialah lagu antarabangsa atau berasal dari Barat

lebih menarik perhatian ramai anak muda berbanding lagu tempatan sekarang ini yang

walaupun banyak berada di pasaran luar negara juga tetapi masih kurang mendapat sambutan.

Lagu merupakan alat ketenangan hidup yang sering dipasang di mana sahaja berada dan bila-

bila masa. Oleh itu, lagu yang lebih merdu lebih digemari.

Soalan 9: Kelab alat muzik mana yang anda akan masuk?

Berdasarkan jadual 2 dan carta pai, gitar merupakan alat muzik yang paling mendapat

sambutan, iaitu sejumlah 41 orang pelajar (55.4%) atau peratus sahnya (67.2%), diikuti

dengan alat muzik kompang, iaitu 16 orang pelajar (21.6%) atau peratus sahnya (26.2%) dan

gambus yang paling sedikit, iaitu 4 orang pelajar (5.4%) atau peratus sahnya (6.6%).

Gitar adalah alat muzik yang agak profesional dan mengeluarkan bunyi merdu berbanding

kompang dan gambus. Selain itu, gitar juga merupakan alat muzik moden dari Barat yang

kian popular di Malaysia kerana setiap kali lagu dipasang, sudah tentu ada bunyi gitar.

Manakala kompang dan gambus merupakan alat muzik tradisional. Rata-rata remaja

khususnya pelajar PERMATApintar meminati alat muzik moden sehingga alat-alat muzik

tradisional hampir tenggelam, itupun dengan pertandingan formasi kompang peringkat

sekolah menyelamatkan alat muzik tradisional daripada hanyut.

Page 36: Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar

Soalan 10: Stesen radio mana menjadi pilihan anda untuk didengari?

Sebenarnya stesen radio merupakan perkara normal di mana persaingan antara stesen radio

untuk merebut hati pendengar sangat sengit. Begitu juga dengan soalan ini dengan dua

pilihan jawapan yang diberi. Ternyata stesen radio Fly FM mendapat sambutan tinggi sedikit,

iaitu 32 orang pelajar (43.2%) atau peratus sahnya (52.5%) berbanding stesen radio Sinar

FM, iaitu 29 orang pelajar (39.2%) atau peratus sahnya (47.5%).

Hal ini kerana stesen radio Fly FM menyajikan lagu-lagu antarabangsa dari negara Barat

yang mana kebiasaanya lebih digemari oleh pelajar PERMATApintar berbanding radio

tempatan seperti Sinar FM yang menyajikan lagu campuran. Ternyata stesen radio

antarabangsa lebih suka didengari berbanding stesen radio tempatan.

Rumusan

Kesimpulannya, majoriti pelajar PERMATApintar tanpa mengira umur lebih cenderung ke

arah hiburan luar negara berbanding hiburan tempatan. Hal ini kerana mereka menganggap

hiburan tempatan kurang bermutu berbanding hiburan luar negara. Justeru, langkah

sewajarnya perlu dilakukan oleh semua pihak terutama pelajar pintar dan berbakat ini dalam

menyedarkan rakan-rakan kita yang suka mendengar hiburan luar negara agar mereka lebih

banyak mendengar hiburan tempatan.

Selain itu, pihak Kementerian Komunikasi & Multimedia seharusnya mengambil langkah

produktif dalam meminta agar pihak pembikinan filem membuat jalan cerita yang lebih

menarik dan mengikut jalan cerita luar negara tetapi dalam masa yang sama mengekalkan

keunggulan budaya negara kita dalam mengembalikan masyarakat muda untuk cenderung

mendengar hiburan tempatan.

Bahagian C (Pengaruh hiburan terhadap jati diri pelajar)

Bagi bahagian ini, perbincangan akan dilakukan berdasarkan Jadual 1 dan Jadual 2. Kita akan

melihat adakah pelajar PERMATApintar terkesan dengan pengaruh hiburan luaran?

Soalan 11: Baju mana satu anda akan pergi apabila anda beraya di rumah sepupu

anda?

Majoriti responden, iaitu sejumlah 52 orang pelajar (70.3%) atau peratus sahnya (85.2%)

lebih memilih memakai baju melayu daripada baju berjalan yang menerima responden

sejumlah 9 orang pelajar (12.2%) atau peratus sahnya (14.8%).

Hal ini kerana baju melayu sememangnya budaya kita sebagai orang Melayu atau orang

Malaysia. Walaupun kebanyakan anak-anak muda luar sukakan berjalan memakai baju

berjalan tetapi pelajar PERMATApintar yang pintar dan berbakat ini berkelakuan sebaliknya.

Page 37: Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar

Soalan 12: Sapaan mana anda pilih sebelum anda mulakan berbicara dengan rakan?

Responden sejumlah 31 orang pelajar (41.9%) atau peratus sahnya (50.8%) lebih suka untuk

mengucapkan ‘selamat pagi’ berbanding sebutan ‘Hi’ kepada rakan mereka yang mana

berjumlah 30 orang pelajar (40.5%) atau peratus sahnya (49.2%).

Hal ini menjelaskan pelajar mempunyai jati diri tinggi terhadap Bahasa Melayu walaupun

hakikatnya hiburan luar negara lebih mereka cenderung. Hal ini bermakna mereka pelajar

PERMATApintar majoritinya menggunakan bahasa sopan berbanding bahasa pelik seperti

‘Hi’.

Soalan 13: Jenis pergaulan mana yang ada pilih?

Sebanyak 59 orang pelajar (79.7%) atau peratus sahnya ialah (96.7%) yang menjawab

pergaulan antara lelaki dengan perempuan perlulah atas batasnya. Manakala, pergaulan bebas

dijawab oleh 2 orang pelajar (2.7%) atau peratus sahnya (3.3%) yang semuanya dua orang

perempuan pelajar Tingkatan 4.

Hal ini membuktikan pelajar PERMATApintar bergaul secara batasnya antara lelaki dengan

perempuan seperti berbincang perkara penting dan sebagainya. Jika mereka sudah bercinta

sekalipun, mereka akan tetap mengikuti batas dan adabnya. 2 orang yang memilih pergaulan

bebas jelaslah tidak ada mempunyai maruah. Seorang pelajar Cina dan seorang pelajar India

memilih untuk bergaul secara bebas.

Soalan 14: Makanan pilihan anda mana anda pilih apabila bersarapan?

43 orang pelajar menjawab untuk makan roti canai (58.1%) atau peratus sahnya (70.5%)

sementara jumlah pelajar yang menjawab makan burger segera ialah 18 orang pelajar

(24.3%) atau peratus sahnya (29.5%).

Tidak menyangka yang pelajar PERMATApintar lebih memilih makan roti canai berbanding

burger. Ternyata majoriti mereka memilih makan makanan tempatan berbanding burger yang

berasal dari negara Barat. Walaupun burger lebih lazat untuk dimakan dalam kalangan

golongan muda tetapi pelajar PERMATApintar makan sebaliknya.

Soalan 15: Bahasa berdialog mana lebih selesa mereka pilih?

Majoriti pelajar yang berjumlah 38 orang pelajar (51.4%) atau peratus sahnya (62.3%)

memilih untuk bercakap bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sahaja, iaitu bahasa biasa sahaja

manakala pelajar yang lebih selesa bercakap bahasa rojak (campuran bahasa), iaitu sebanyak

23 orang pelajar (31.1%) atau peratus sahnya (37.7%).

Hal ini bermakna majoriti daripada mereka lebih selesa bercakap biasa berbanding bahasa

rojak yang jelaslah bahasa rojak mencemarkan bahasa dan jati diri mereka. Mereka tidak

mencampuraduk bahasa seperti yang kerap diamalkan oleh majoriti rakyat Malaysia.

Page 38: Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar

Rumusan

Walaupun majoriti pelajar PERMATApintar lebih cenderung dengan hiburan luar negara

berbanding hiburan tempatan, tetapi hiburan luar negara tidaklah melunturkan semangat jati

diri rakyat Malaysia dalam kalangan mereka yang pintar dan berbakat. Secara arusnya, kini

hiburan luar negara sememangnya memberi kesan kepada golongan muda khususnya tetapi

jati diri pelajar PERMATApintar tidak terpengaruh.

Hal ini membuktikan hiburan luar negara tidak mempengaruhi jati diri kebangsaan pelajar

PERMATApintar. Hal ini dibuktikan berdasarkan hasil keputusan soal selidik online yang

menunjukkan pelajar mengamalkan gaya tempatan dan gaya Timur, bukan gaya luar negara.

Mungkin mereka mengatakan hiburan tempatan tidaklah sehebat hiburan luar negara yang

menyebabkan mereka ‘lari’ daripada hiburan tempatan namun jati diri tetap tidak luntur.

Bahagian D (Kesedaran pelajar terhadap hiburan tempatan)

Bagi bahagian ini, perbincangan akan dilakukan berdasarkan Jadual 1 dan Jadual 2. Akhir

sekali, kita akan membicarakan tahap kesedaran pelajar PERMATApintar terhadap hiburan

tempatan dan pandangan mereka mengenai hiburan tempatan dan luar negara melalui setuju

atau sebaliknya.

Soalan 16: Adakah anda bersetuju bahawa hiburan tempatan merupakan elemen yang

sangat penting dalam pengekalan kebudayaan dan identiti negara kita?

Sebanyak 56 orang responden (91.8%) yang menjawab ya terhadap pertanyaan di atas

manakala sedikit sahaja, iaitu 5 orang responden (8.2%) sahaja yang menjawab tidak setuju

dengan pernyataan di atas.

Hal ini bermakna majoriti pelajar lebih setuju bahawa hiburan tempatan adalah elemen yang

sangat penting dalam pengekalan kebudayaan dan identiti negara kita. Walaupun kebanyakan

daripada mereka suka akan hiburan luar negara, tetapi mereka sedar hiburan tempatan terlalu

penting kerana bagi mereka, inilah simbolik budaya negara kita yang perlu dipelihara demi

generasi akan datang.

Soalan 17: Adakah anda merasakan bahawa hiburan tempatan tidak setanding dengan

hiburan luar negara?

Daripada jumlah 61 orang responden yang telah jawab soal selidik ini, 36 orang responden

(59.0%) yang mengiyakan pernyataan di atas. Manakala, jumlah responden yang menidakkan

soalan di atas sebanyak 25 orang responden (41%).

Di sini, ramai yang bersetuju bahawa hiburan tempatan tidaklah sebanding hiburan luar

negara. Maka, apakah jawapan anda semua terutama kepada pihak yang membuat lirik lagu,

mencipta skrip filem dan drama yang semuanya merupakan industri tempatan? Malah, ramai

di luar sana juga berfikiran sebegitu. Jawapan ‘ya’ inilah menjadi faktor utama kepada pelajar

‘lari’ untuk mendengar hiburan luar negara sedangkan mereka semua sedar akan kepentingan

hiburan tempatan secara jujur dalam hati pelajar PERMATApintar. Di sinilah pihak industri

Page 39: Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar

tempatan perlu memikirkan cara untuk menarik perhatian ramai rakyat Malaysia khususnya

anak muda untuk mendengar hiburan tempatan.

Soalan 18: Adakah langkah-langkah yang efektif perlu diambil demi mempertahankan

hiburan tempatan?

Seramai 59 orang responden (96.7%) mengatakan ‘ya’ untuk pernyataan ini manakala 2

orang responden sahaja (3.3%) yang menjawab ‘tidak’ bagi pernyataan atau soalan tersebut.

Kita sekarang boleh melihat terlalu ramai pelajar pintar dan berbakat ini ingin bersama

dengan pihak kerajaan untuk mempertahankan hiburan tempatan. Bukti yang mengatakan

mereka bersetuju boleh dilihat pada bahagian temu bual di mana pelajar-pelajar yang

menjawab soal selidik ini memberikan pandangan mereka mengenai cara menarik perhatian

orang lain untuk kembali ke hiburan tempatan & perasaan mereka terhadap hiburan tempatan.

Justeru, langkah efektif perlu diambil dalam mempertahankan hiburan tempatan sebagai

hiburan terbaik rakyat Malaysia dan tidaklah tenggelam di arus globalisasi.

TEMU BUAL

Berdasarkan dapatan daripada temu bual kami bersama pelajar-pelajar PERMATApintar

Negara yang terdiri daripada pelajar ASASIpintar dan Program Pendidikan

PERMATApintar, purata mereka bersetuju dengan kenyataan hiburan luar negara lebih

diminati ramai.

Banyak faktor yang telah menjadi penyebab kepada perkara ini. Mereka berpendapat hiburan

tempatan kurang menarik dan ketinggalan zaman. Mereka merasakan hiburan-hiburan luar

negara seperti muzik, filem dan tarian mereka lebih maju dan menghiburkan.

Majoriti daripada pelajar tersebut juga telah banyak dipengaruhi dengan budaya-budaya barat

berdasarkan daripada pemerhatian kami sewaktu temu bual tersebut dijalankan. Lebih

daripada 70% sampel yang kami kaji berpakaian ala kebaratan dan berfesyen. Hal ini

membuktikan kebanyakan daripada pelajar PERMATApintar sudah mula hilang jati diri

kebangsaan mereka.

Walau bagaimanapun, terdapat juga pelajar yang sedar akan perkara ini dan mencadangkan

agar beberapa usaha dijalankan bagi membendung perkara ini daripada terus berleluasa.

Mereka mencadangkan agar kerajaan memberi peluang kepada syarikat-syarikat tempatan

untuk menjana industri kreatif dengan memberikan dana kepada mereka. Satu insentif

tambahan juga perlu dikerjakan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia

(FINAS) supaya menghasilkan filem-filem tempatan yang lebih menarik dan mengandungi

unsur-unsur dan budaya-budaya tempatan yang baik.

Kesimpulannya, majoriti pelajar PERMATApintar tanpa mengira umur lebih cenderung ke

arah hiburan luar negara berbanding hiburan tempatan. Hal ini kerana mereka menganggap

hiburan tempatan kurang bermutu berbanding hiburan luar negara. Justeru, langkah

sewajarnya perlu dilakukan oleh semua pihak terutama pelajar pintar dan berbakat ini dalam

Page 40: Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar

menyedarkan rakan-rakan kita yang suka mendengar hiburan luar negara agar mereka lebih

banyak mendengar hiburan tempatan.

Selain itu, pihak Kementerian Komunikasi & Multimedia seharusnya mengambil langkah

produktif dalam meminta agar pihak pembikinan filem membuat jalan cerita yang lebih

menarik dan mengikut jalan cerita luar negara tetapi dalam masa yang sama mengekalkan

keunggulan budaya negara kita dalam mengembalikan masyarakat muda untuk cenderung

mendengar hiburan tempatan.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, majoriti pelajar PERMATApintar lebih menyukai hiburan luar negara

daripada hiburan tempatan di Malaysia. Mereka ‘lari’ daripada kebudayaan negara kita bukan

kerana tiada semangat cintakan negara, tetapi atas faktor ‘jalan cerita’ dan lirik lagu yang

tidak berapa menarik perhatian pelajar yang rata-rata golongan muda. Walau bagaimanapun,

majoriti daripada mereka masih mempunyai jati diri kebangsaan yang unggul dan tidak

terkesan daripada hiburan luar negara.

Hal ini merupakan realiti biasa dalam kalangan rakyat Malaysia. Justeru, majoriti daripada

mereka ingin bersama dengan pihak sepatutnya dalam mempertahankan hiburan tempatan

yang kini bukan sehebat sambutannya. Semua pelajar (responden) yang merupakan wakil

pelajar PERMATApintar untuk temu bual memberikan langkah pertahankan dan langkah

pembikinan ‘jalan cerita’ filem dan lagu supaya ia setaraf dengan filem dan lagu P Ramlee

yang tidak jemu-jemu orang mendengarnya. Insya-Allah, dengan langkah sewajarnya

golongan muda terutama pelajar pintar dan berbakat ini ‘kembali’ untuk menyukai hiburan

tempatan dan dalam masa yang sama mendengar juga hiburan luar negara.

RUJUKAN

2014. Konsert Taylor Swift.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0206&pub=Utusan_Mal

aysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm. Utusan Malaysia Online.

Malaysia Yearly Box Office. http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysia_Yearly_Box_Office.

Wikipedia.

Mohd Al Qayum Aziz 2013. Tiket Laris Jadi Bukti Konsert Mahal Anuar Zain Dapat

Sambutan http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2013/02/05/tiket-laris-jadi-bukti-

konsert-mahal-anuar-zain-dapat-sambutan/. Malaysia Star Online.

Ridhatul Rizki Sayuti 2002. Imran Ajmain Tak Risau Album Tak Dapat Sambutan.

http://www.gua.com.my/berita-

artis/Imran_Ajmain_Tak_Risau_Album_Tak_Dapat_Sambutan.html. Gua.com.

Page 41: Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar

United.my. 2014. Taylor Swift Red Tour KL 2014 Tickets.

http://www.unitedmy.com/2014/03/taylor-swift-red-tour-kl-2014-tickets.html. United.my.

LAMPIRAN 1: SOALAN SOAL SELIDIK ONLINE ‘eSurv’

Bahagian A: Demografi

1. Nama

2. Umur: 16/17/18

3. Jantina: Lelaki & Perempuan

4. Kawasan tempat tinggal anda: Bandar, Sub-bandar, Luar Bandar

5. Bangsa: Melayu, Cina, India, Lain-lain

Bahagian B: Kecenderungan pelajar dalam memilih hiburan mereka

Arahan: Tandakan satu pilihan daripada 2 pilihan sahaja.

1. Jika anda diberi pilihan untuk menghadirkan diri ke konsert di Bukit Jalil, konsert

manakah yang anda akan datang untuk memberi sambutan? (Taylor Swift / Shila

Amzah)

2. Anda merancang untuk menonton filem bergenre seram pada minggu hadapan.

Terdapat dua filem seram yang ditayangkan pada minggu itu. Filem manakah yang

bakal anda tonton? (Conjuring / Jangan Pandang Belakang)

3. Mp3 anda sudah hampir penuh, hanya ada satu sahaja lagi ruang yang boleh anda

masukkan lagu kedalamnya. Lagu manakah yang anda akan pilih? (John Legend - All

of Me / Yuna- Rescue).

4. Anda ingin menyertai kelab alat muzik sebagai aktiviti kokurikulum. Kelab alat

muzik moden atau tradisional yang bakal anda pilih? (Gitar / kompang / gambus)

5. Jika anda diberi dua pilihan stesen radio, stesen radio manakah yang menjadi pilihan

hati anda? (Fly FM / Sinar FM)

Bahagian C: Bukti hiburan luar negara mempengaruhi jati diri pelajar

Arahan: Pemilihan melalui foto.

1. Baju mana satu anda akan pergi apabila anda beraya di rumah sepupu anda? (Baju

Melayu/Baju berjalan)

2. Sapaan mana anda pilih sebelum anda mulakan berbicara dengan rakan? (Selamat

pagi/ Hi)

3. Jenis pergaulan mana yang ada pilih? (biasa/bebas)

4. Makanan pilihan anda mana anda pilih apabila bersarapan? (roti canai/burger)

5. Bahasa berdialog mana lebih selesa mereka pilih? (bahasa biasa/bahasa rojak)

Page 42: Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar

Bahagian D: Kesedaran dalam mengekalkan hiburan tempatan

Arahan: Pilihan Ya/Tidak

1. Adakah anda bersetuju bahawa hiburan tempatan merupakan elemen yang sangat

penting dalam pengekalan kebudayaan dan identiti negara kita?

2. Adakah anda merasakan bahawa hiburan tempatan tidak setanding dengan hiburan

luar negara?

3. Adakah langkah-langkah yang efektif perlu diambil demi mempertahankan hiburan

tempatan?

Page 43: Penerimaan Pelajar PERMATApintar terhadap Hiburan Tempatan dan Kesan terhadap Jati Diri Pelajar

LAMPIRAN 2: SOALAN TEMU BUAL

a. Pada pendapat anda, adakah jati diri kebangsaan seseoarang individu dipengaruhi oleh

aspek hiburan sama ada hiburan tempatan atau hiburan luar negara? Jika bukan, apakah

faktor yang akan menpengaruhi jati diri kebangsaan seseorang individu (pelajar)?

b. Antara hiburan tempatan dan hiburan luar negara, yang mana satu anda lebih suka?

c. Apakah sebab anda berminat terhadap hiburan luar negara/ tempatan tetapi bukan hiburan

tempatan/ luar negara?

d. Bagaimanakah hiburan luar negara / tempatan mempengaruhi jati diri kebangsaan

seseorang individu (pelajar)?

e. Apakah cara yang boleh anda cadangkan untuk meningkatkan jati diri kebangsaan

seseorang individu terutamanya pelajar dari segi hiburan?

f. Apakah harapan anda terhadap jati diri kebangsaan seseorang individu dan hiburan

tempatan?

g. Adakah anda sudi menyokong hiburan tempatan? Mengapakah anda sudi membuat

begitu?

h. Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah anda boleh meningkatkan jati diri kebangsaan

dalam jiwa hati anda dari segi hiburan?