Penetapan Hukum Pada Zaman Para Sahabat Nabi

download Penetapan Hukum Pada Zaman Para Sahabat Nabi

of 8

Transcript of Penetapan Hukum Pada Zaman Para Sahabat Nabi

  • 8/6/2019 Penetapan Hukum Pada Zaman Para Sahabat Nabi

    1/8

    Penetapan hukum pada zaman para sahabat nabi

    PENETAPAN hukum dalam Islam peringkat kedua pula berlaku pada zaman

    para sahabat. Mereka masih berpegang kuat dengan al -Quran dan sunnah.

    Mereka juga mempunyai kepakaran dalam memahami nas kerana sewaktuwahyu diturunkan, mereka berada bersama Rasulullah dan mendapat

    penjelasan daripada baginda.

    Peringkat ketiga berlaku pada zaman Tabi' tabi'in. Di sinilah bermula dan

    meluasnya aktiviti ijtihad di kalangan para ulama untuk menyelesaikan

    permasalahan baru yang muncul pada zaman mereka.

    Kedudukan geografi yang agak jauh disebabkan perluasan kuasa,

    penguasaan bahasa Arab yang semakin kurang dan kekurangan sumber -

    sumber nas.

    Di sinilah berlakunya dua aliran fikah iaitu aliran ahlul ra'yu dan aliran ahlul

    hadis. Ketika inilah munculnya ilmu usul fiqh dalam dunia umat Islam.

    Para ulama fiqh memperkenalkan kaedah fiqh bagi memudahkan rujukan

    untuk mengetahui hukum kepada permasalahan yang berlaku, khususnya

    yang melibatkan isu-isu baru muncul.

    Namun, bukanlah kaedah fiqh itu dikeluarkan oleh para ulama dengan

    meminggirkan nas yang utama dalam Islam iaitu al -Quran dan sunnah.

    Sebaliknya kaedah fiqh adalah rumusan dari dalil -dalil yang terdapat dalam al -

    Quran dan sunnah sebagai rujukan utama umat Islam.

    Maka, tidak wajar bagi umat Islam menggunakan kaedah fiqh tanpa merujuk

    kepada sumber-sumber asal tersebut. Terdapat juga isu-isu yang mungkin

    terkeluar atau mendapat pengecualian dari kaedah umum berkenaan.

    Dapat difahami di sini bahawa terdapat permasalahan yang mungki n berada

    dalam ruang lingkup kaedah yang umum dan terpakai dengan menggunakan

    kaedah tersebut dan terdapat juga permasalahan yang bersifat khusus dan

    muqayyadyang tidak boleh berhukum menggunakan kaedah -kaedah fiqh.

    Para ulama telah berijtihad menggunakan penguasaan terhadap ilmu dan

    konteks semasa untuk memahami hukum-hakam dalam al-Quran dan sunnah

    dan 'illah (sebab) pengeluaran hukum berkenaan sama ada wajib, sunat,

    haram, makruh dan harus (hukum-hukum taklif).

  • 8/6/2019 Penetapan Hukum Pada Zaman Para Sahabat Nabi

    2/8

    Selepas kajian terperinci dilaksanakan, p ara ulama mendapati wujudnya

    unsur konsisten dalam hukum-hakam yang datang daripada nas syarak.

    Sebagai contoh, apabila sesuatu perkara itu boleh menyebabkan berlakunya

    kemudaratan, maka ia adalah diharamkan.

    Ini kerana Islam akan menutup segala pintu ke arah kemudaratan dankeburukan. Justeru, melalui kefahaman ini muncullah kaedah fiqh al-dhararu

    yuzal(kemudaratan hendaklah dihilangkan).

    Kaedah ini datang sebagai prinsip umum dalam kita mengenal hukum

    terhadap segala yang ingin atau telah dilakukan. Se kiranya perlakuan atau

    aktiviti tersebut boleh mendatangkan kemudaratan, maka ia diharamkan dan

    pelakunya dikira sebagai berdosa.

    Bukan itu sahaja, semua pihak yang bersubahat dan mempunyai kaitan

    secara langsung dengan perlakuan yang diharamkan itu juga dikira sebagai

    berdosa. Contoh di atas menggambarkan peri pentingnya kaedah fiqh untukdifahami oleh masyarakat untuk memahami dasar penetapan hukum serta

    hikmahnya.

    Oleh kerana permasalahan fikah terlalu banyak dan mempunyai cabang

    tersendiri, para ulama menyenaraikannya di bawah lima kaedah fiqh umum

    iaitu:

    lSetiap perkara dinilai berdasarkan niat dan matlamat ( al-umuru bimaqasidiha)

    lKeyakinan tidak hilang dengan keraguan ( al-yakin la yuzalu bil syak)

    lKesukaran membawa kemudahan (al-masyaqqatu tajlibu al-taisir)

    lKemudaratan hendaklah dihilangkan ( al-dhararu yuzal)

    lAdat dijadikan perundangan (al-'adatu muhakkamah)

    Bekas paderi peluk Islam

    Susunan SITI AINIZA KAMSARI

    SAAT dilahirkan 12 Febuari 1942, bayi lelaki ini diberi nama Abraham David

    Mandey di Menado, Indonesia. Mandey adalah nama keluarga sebagai orang

    Minahasa, Sulawesi Utara.

  • 8/6/2019 Penetapan Hukum Pada Zaman Para Sahabat Nabi

    3/8

    Anak bongsu daripada tiga bersaudara yang kesemuanya laki -laki. Keluarga

    Abraham termasuk golongan yang dipandang tinggi dan dihormati masyarak at

    terutamanya pihak gereja.

    Bapanya adalah Bupati Sulawesi pada awal revolusi kemerdekaan Republik

    Indonesia, iaitu di Makasar dan ibunya pula seorang guru sekolah menengahdi sebuah sekolah mubaligh milik gereja Minahasa.

    "Sejak kecil saya mengagumi pah lawan-pahlawan Perang Salib seperti

    Richard The Lion Heartyang sangat legenda itu. Saya juga sangat kagum

    kepada Jeneral Napoleon Bonaparte yang gagah perwira.

    "Semua cerita tentang kepahlawanan, begitu berbekas dalam diri saya

    sehingga saya sering berkhayal menjadi seorang tentera yang bertempur

    dengan gagah berani di medan perang" kata Abraham.

    Diringkaskan, Abraham memulakan fasa baru kehidupan dengan membawadirinya ke Jakarta dan mendaftarkan diri dengan Mabes Angkatan Bersenjata

    Republik Indonesia (ABRI).

    Tanpa banyak masalah, beliau lulus dan layak mengikuti pendidikan

    ketenteraan dan menghuni di asrama.

    "Tidak banyak yang dapat saya ceritakan mengenai pendidikan ketenteraan

    yang saya ikuti selama dua tahun itu, kecuali disiplin ABRI dengan doktrin

    'Sapta Marga' telah membentuk jiwa saya sebagai perwira remaja yang

    kental, berdisiplin dan bersedia melaksanakan apa juga tugas negara yang

    dibebankan kepada saya," katanya.

    Meskipun beliau kemudiannya merupakan perwira yang bertugas di bahagian

    pembinaan mental, Abraham turut terlibat dalam beberapa operasi tempur.

    Pada saat-saat operasi pembersihan G-30S/PKI di Jakarta misalnya,

    Abraham turut bergabung dalam komando yang dipimpin Kolonel Sarwo

    Edhie Wibowo (arwah).

    Setelah situasi negara kembali pulih dengan lahirnya Orde Baru tahun 1966,

    Abraham ditugaskan melanjutkan pengajian di Sekolah Tinggi Teologi (STT)milik gereja Katholik yang terletak di Jalan Proklamasi, Jakarta Pusat.

    Pengajiannya berlarutan selama tujuh tahun bermula tahun 1966 sehingga

    1972. Ia bagi mempelajari, mendalami, mengkaji dan diskusi tentang pelbagai

    hal yang diperlukan untuk Abraham menjadi seorang paderi.

  • 8/6/2019 Penetapan Hukum Pada Zaman Para Sahabat Nabi

    4/8

    Di samping belajar sejarah dan falsafah agama Kristian, di STT juga mereka

    mengkaji agama-agama di dunia, termasuk Islam.

    Sambil tetap aktif d TNI-AD, atas arahan Gereja Protestan Indonesia,

    Abraham kemudiannya ditugaskan sebagai Paderi II di Gereja P di Jakarta

    Pusat yang berjiran dengan Masjid Sunda Kelapa untuk memimpin sekitar8,000 jemaah (gereja) yang hampir 80 peratus mereka adalah kaum

    intelektual atau masyarakat elit.

    "Di Gereja P ini, saya tumpahkan seluruh pengabdian sebagai 'Pelayan

    Firman Tuhan'. Tugas saya sebagai Pendeta II itu membolehkan saya

    menyampaikan khutbah, membantu mana -mana jemaah yang memerlukan

    bantuan atau mendapat musibah dan termasuk juga menikahkan pasangan

    muda-mudi yang akan berumah tangga," ujarnya.

    Sekalipun bertugas sebagai paderi, namun Abraham masih kekal anggota

    ABRI yang ditugaskan di mana saja di wilayah nusantara malah ke luarnegara.

    Tugas sebagai ABRI ditambah tugas-tugas di gereja, menjadikan Abraham

    mempunyai jadual kesibukan yang agak luar biasa. Akibatnya, berlakulah

    pergeseran antara kepentingan peribadi dan kepentingan keluarga.

    Isterinya yang merupakan anak perempuan kepada bek as Duta Besar

    Republik Indonesia di salah satu negara Eropah, sering mengeluh dan

    menuntut agar Abraham memberi lebih perhatian untuk rumah tangga.

    "Nama sahaja wanita, umumnya lebih banyak berbicara atas dasar perasaan.

    Melihatkan kesibukan saya yang tidak juga berkurang menyebabkan sang

    isteri meminta agar saya mengundurkan diri dari tugas -tugas gereja, dengan

    alasan supaya lebih banyak waktu untuk keluarga.

    "Tentu saja saya tidak dapat menerima usulnya itu. Sebagai seorang 'Pelayan

    Firman Tuhan' saya telah bersumpah bahwa kepentingan umat adalah

    melebihi segala-galanya," katanya.

    Rumah tangga berantakan

    Krisis rumahtangga yang terjadi sekitar tahun 1980 ini semakin panas dan

    rumahtangga mereka tidak lagi harmoni dan damai.

    Yang dibimbangkan adalah satu-satunya anak perempuan mereka, Angelique

    yang bakal menerima kesan akibat kedua -dua orang tuanya yang berantakan.

  • 8/6/2019 Penetapan Hukum Pada Zaman Para Sahabat Nabi

    5/8

    "Namun saya bertekad membuatkan Angelique memahami posisi ayahnya

    sebagai paderi yang bertugas melayani umat. Syukur, dia sangat mengerti.

    "Hanya Angelique, satu-satunya orang di rumah yang menyambut hangat

    setiap kepulangan saya," katanya.

    Namun dalam kesunyian malam, saat bebas daripada tugas -tugas gereja,

    Abraham sering merenungkan kehidupan ramah tangganya sendiri.

    "Saya sering berfikir, buat apa saya menjadi paderi kalau tidak mampu

    memberikan kedamaian dan kebahagiaan buat rumah tangga sendiri.

    "Saya sering berkhutbah menekankan supaya setiap umat Kristian mampu

    memberikan kasih sayang kepada sesama umat manusia. Tetapi bagai mana

    dengan saya sendiri?

    "Saya cuba untuk memperbaiki keadaan. Tetapi, semuanya sudah terlambat.Isteri saya benar-benar tidak dapat memahami sehingga sampai pada

    kesimpulan bahwa antara kami berdua sudah tidak sejalan lagi," katanya.

    Ketika niat Abraham untuk 'melepaskan' isterinya diketahui oleh sahabat -

    sahabat terutama di kalangan paderi yang lain, mereka menyarankan agar

    Abraham bertindak lebih bijak.

    "Mereka mengingatkan saya, bagaimana mungkin seorang paderi yang sering

    menikahkan orang lain, tetapi dia sendiri menceraikan isterinya? Bagaimana

    dengan citra seorang paderi di mata umat? Mereka mengingatkan saya.

    "Apa yang mereka katakan semuanya benar. Tetapi, saya sudah tidak mampu

    lagi mempertahankan bahtera rumah tangga. Bagi saya yang penting saat i tu

    bukan lagi persoalan menjaga citra paderi. Tetapi, bagaimana agar batin saya

    damai.

    "Dengan berat hati saya terpaksa juga menceraikan isteri saya dan Angelique,

    satu-satunya puteri kami, memilih ikut bersama saya," katanya.

    Selepas bercerai, Abraham banyak melakukan introspeksi diri. Beliau lebih

    banyak membaca mengenai falsafah dan agama.

    Termasuk kajian tentang falsafah Islam, yang akhirnya menjadi bahan yang

    paling beliau sukai untuk dikaji, termasuk mengkaji pemikiran beberapa tokoh

    Islam yang banyak disiarkan di media massa.

  • 8/6/2019 Penetapan Hukum Pada Zaman Para Sahabat Nabi

    6/8

    Salah satunya mengenai komentar seorang tokoh ulama (almarhum) K.H.

    E.Z. Muttaqin terhadap krisis perang saudara di Timur Tengah, seperti di

    Palestin dan Lubnan.

    Waktu itu, iaitu tahun 1983, ulama itu dalam khutbah Aidilfitri nya bertanyakan,

    mengapa Timur Tengah selalu bergolak dengan amarah dan perang, padahaldi tempat itu diturunkan para nabi yang membawa agama wahyu dengan

    pesanan-pesanan kedamaian?

    "Saya begitu tersentuh dengan ungkapan puitis kiai dari Jawa Barat itu.

    Sehingga, dalam salah satu khutbah saya di gereja, khutbah K.H. E.Z.

    Muttaqin itu saya sampaikan kepada para jemaah gereja.

    "Saya dapat merasakan ada kejutan di mata para jemaah. Saya maklum

    mereka terkejut kerana buat pertama kali mereka mendengar khutbah

    seorang paderi dengan merujuk kepada seorang kiai.

    "Tetapi, bagi saya itu penting, kerana pesan perdamaian yang disampaikan

    beliau amat manusiawi dan universal," katanya.

    Sejak khutbah yang kontroversi itu, Abraham mendapat liputan meluas. Malah

    ada yang menggelarnya 'Paderi Mandey telah miring (sasau)'. Beliau dilihat

    cuba memihak kepada pihak yang salah.

    "Tetapi, saya tidak peduli kerana yang saya sampaikan adalah nilai -nilai

    kebenaran," katanya.

    Kekagumannya pada konsep perdamaian Islam yang diangkat ole h KH. E.Z.Muttaqin, semakin lebih kuat untuk menarik Abraham mendalami konsep -

    konsepsi Islam lainnya.

    "Saya ibarat membuka pintu, lalu masuk ke dalamnya, dan setelah masuk,

    saya ingin masuk lagi ke pintu yang lebih dalam. Begitulah perumpamaannya.

    Saya semakin diheret untuk mendalami, konsepsi Islam tentang ketuhanan

    dan peribadatan.

    "Saya begitu tertarik dengan konsep ketuhanan Islam yang disebut tauhid.

    Konsep itu begitu sederhana dan tuntas dalam menjelaskan kewujudanTuhan yang oleh orang Islam disebut Allah SWT.

    Begitu juga konsep ibadat Islam yang disebut syariat, Abraham melihatnya

    begitu teratur dan sistematik.

  • 8/6/2019 Penetapan Hukum Pada Zaman Para Sahabat Nabi

    7/8

    "Pada tahun 1982 saya benar-benar cuba mendekati Islam. Selama satu

    setengah tahun saya berdebat dan berdiskusi dengan K.H. Kosim Nurzeha

    yang juga aktif di Bintal (Pembinaan Mental) TNI-AD.

    "Saya tidak mahu tergesa-gesa, kerana di samping saya seorang paderi, saya

    juga seorang perwira Bintal Kristian di lingkungan TNI -AD. Saya sudah dapatmenduga apa yang akan terjadi jika saya masuk Islam," katanya.

    Mencari kebenaran

    Namun suara batin Abraham yang sedang mencari kebenaran dan

    kedamaian itu tidak mampu lagi terus berada dalam kebimbangan.

    "Batin saya kuat mendesak agar saya segera meraih kebenaran yang sudah

    saya temui itu," katanya.

    Akhirnya, Abraham yakin akan hikmah di sebalik tragedi rumah tangganya.Beliau yakin di sebalik perceraian itu, Tuhan ingin membimbingnya ke jalan

    yang lurus dan benar.

    Akhirya, pada 4 Mei 1984 Abraham mengucap dua kalimah syahadat dengan

    bimbingan K.H. Kosim Nurzeha dan saksi Drs. Farouq Nasution di Masjid

    Istiqlal, Jakarta.

    "Allahu Akbar! Hari itu adalah hari yang amat bersejarah dalam hidup saya

    kerana saat saya menemukan diri saya yang sejati," katanya.

    Setelah muslim, beliau dikenali sebagai Ahmad Dzulkifli Mandey yangmengalami ujian hidup yang cukup berat selepas memeluk Islam sehingga

    mendapat ancaman bunuh dan sebagainya.

    "Namun alhamdulillah, berkat kegigihan saya, akhirnya saya diterima bekerja

    di sebuah perusahaan swasta. Setelah itu, beberapa kali saya bertukar

    profesion dengan pelbagai jawatan penting.

    "Keadaan saya semakin relatif baik, dan meraih semua kebahagiaan yang

    selama beberapa tahun saya rindukan.

    "Saya juga tidak lagi menyendiri kerana Dra. Nasikhah M, seorang wirawati

    dari Kowad ABRI kini menjadi pendamping setia yang saya nikahi pada tahun

    1986.

    "Sehingga kami dikurniakan seorang gadis kecil yang manis dan lucu,

    Achnasya. Sementara, Angelique, puteri daripada isteri pertama, sehingga

  • 8/6/2019 Penetapan Hukum Pada Zaman Para Sahabat Nabi

    8/8

    hari ini tetap bersama saya, meskipun beliau masih penganut Protestan yang

    taat," katanya.

    Kebahagiaan Ahmad Dzulkifli semakin bertambah lengkap tatkala mendapat

    peluang menunaikan ibadah haji ke Tanah Suci Mekah bersama isteri tercinta

    pada tahun 1989.