Pengabaian

4
PENDERAAN KANAK-KANAK: PENGABAIAN UNICEF Malaysia, September 2010 www.uniteagainstabuse.my 1 HELAIAN FAKTA DEFINISI: PENGABAIAN berlaku apabila ibu bapa atau penjaga sengaja tidak memenuhi keperluan fizikal, emosi dan perkembangan kanak-kanak. Misalnya, ibu bapa tidak menyediakan makanan, tempat tinggal, pakaian, pendidikan, kebersihan, pengawasan dan penjagaan kesihatan yang memadai. Pengabaian tidaklah selalunya mudah dikenal pasti, tetapi orang yang rapat dengan kanak-kanak yang berkenaan sepatutnya dapat menyedari bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Pengabaian boleh menyebabkan kerosakan yang serius terhadap kesihatan kanak-kanak, ataupun terhadap perkembangan fizikal, rohaniah, mental, moral dan sosial kanak-kanak. Pembuangan anak ialah bentuk pengabaian yang amat teruk dan biasanya terjadi kerana ibu bapanya tidak mampu menjaga ataupun tidak mahukan anaknya itu. Pembuangan anak itu berbahaya dan boleh mengancam nyawa anak buangan itu. Pengabaian ialah bentuk penderaan yang paling lazim berlaku dan sungguhpun boleh mengancam nyawa, namun biasanya sukar dikenal pasti. DEFINISI MENURUT DASAR PERLINDUNGAN KANAK-KANAK: Dasar Perlindungan Kanak-kanak Kebangsaan Malaysia memberi definisi yang berikut: “Pengabaian ialah kegagalan yang berterusan dan serius dalam menyediakan keperluan fizikal, emosi dan perkembangan yang asas dari segi kesihatan, pendidikan, perkembangan emosi, makanan, tempat tinggal dan kehidupan yang selamat untuk kanak-kanak. Pengabaian boleh mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai jenis bahaya, termasuklah ancaman terhadap nyawanya.” Pengabaian ialah perbuatan yang berterusan dan boleh mendedahkan kanak- kanak kepada ancaman terhadap nyawanya. SIFAT PENGANIAYAAN: Ibu bapa yang mengabaikan anaknya biasanya mengalami perasaan murung, apati, kesia-siaan dan tiada daya inisiatif. Ciri-ciri lain penjaga yang mengabaikan anak jagaannya ialah pencapaian pendidikan yang rendah, pengangguran, pemencilan sosial dan tiada kemahiran menjaga anak. Pengabaian kanak-kanak biasanya diiringi masalah sosial yang lain, khususnya kemiskinan, penyalahgunaan bahan dan keganasan keluarga. Pengabaian biasanya bercirikan pola penjagaan yang tidak memadai secara berterusan AKIBATNYA: Kesan fizikal akibat pengabaian kanak-kanak merangkumi penyakit dan

Transcript of Pengabaian

Page 1: Pengabaian

PENDERAAN KANAK-KANAK: PENGABAIAN

UNICEF Malaysia, September 2010

www.uniteagainstabuse.my

1

HELAIAN FAKTA

DEFINISI: PENGABAIAN berlaku apabila ibu bapa atau penjaga sengaja tidak

memenuhi keperluan fizikal, emosi dan perkembangan kanak-kanak.

Misalnya, ibu bapa tidak menyediakan makanan, tempat tinggal, pakaian,

pendidikan, kebersihan, pengawasan dan penjagaan kesihatan yang

memadai.

Pengabaian tidaklah selalunya mudah dikenal pasti, tetapi orang yang rapat

dengan kanak-kanak yang berkenaan sepatutnya dapat menyedari bahawa

ada sesuatu yang tidak kena. Pengabaian boleh menyebabkan kerosakan

yang serius terhadap kesihatan kanak-kanak, ataupun terhadap

perkembangan fizikal, rohaniah, mental, moral dan sosial kanak-kanak.

Pembuangan anak ialah bentuk pengabaian yang amat teruk dan biasanya

terjadi kerana ibu bapanya tidak mampu menjaga ataupun tidak mahukan

anaknya itu. Pembuangan anak itu berbahaya dan boleh mengancam nyawa

anak buangan itu.

Pengabaian ialah bentuk penderaan yang

paling lazim berlaku dan sungguhpun boleh

mengancam nyawa, namun biasanya sukar

dikenal pasti.

DEFINISI MENURUT DASAR

PERLINDUNGAN KANAK-KANAK:

Dasar Perlindungan Kanak-kanak Kebangsaan Malaysia memberi definisi

yang berikut:

“Pengabaian ialah kegagalan yang berterusan dan serius dalam

menyediakan keperluan fizikal, emosi dan perkembangan yang asas

dari segi kesihatan, pendidikan, perkembangan emosi, makanan,

tempat tinggal dan kehidupan yang selamat untuk kanak-kanak.

Pengabaian boleh mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai jenis

bahaya, termasuklah ancaman terhadap nyawanya.”

Pengabaian ialah perbuatan yang

berterusan dan boleh mendedahkan kanak-

kanak kepada ancaman terhadap nyawanya.

SIFAT PENGANIAYAAN:

Ibu bapa yang mengabaikan anaknya biasanya mengalami perasaan murung,

apati, kesia-siaan dan tiada daya inisiatif.

Ciri-ciri lain penjaga yang mengabaikan anak jagaannya ialah pencapaian

pendidikan yang rendah, pengangguran, pemencilan sosial dan tiada

kemahiran menjaga anak.

Pengabaian kanak-kanak biasanya diiringi masalah sosial yang lain,

khususnya kemiskinan, penyalahgunaan bahan dan keganasan keluarga.

Pengabaian biasanya bercirikan pola

penjagaan yang tidak memadai secara

berterusan

AKIBATNYA: Kesan fizikal akibat pengabaian kanak-kanak merangkumi penyakit dan

Page 2: Pengabaian

PENDERAAN KANAK-KANAK: PENGABAIAN

UNICEF Malaysia, September 2010

www.uniteagainstabuse.my

2

HELAIAN FAKTA

Pengabaian boleh menyebabkan kanak-

kanak tidak berkembang, dan

dalam keadaan yang paling teruk, maut.

tumbesaran yang terbantut. Kekurangan penjagaan pediatrik boleh

menyebabkan masalah kesihatan tidak dikesan dan komplikasi.

Akibat jangka panjang termasuklah perangai jahat, proses kreatif yang

kurang tajam, sikap pasif, kemahiran sosial yang lemah, dan kurang daya

inisiatif dan semangat.

Page 3: Pengabaian

PENDERAAN KANAK-KANAK: PENGABAIAN

UNICEF Malaysia, September 2010

www.uniteagainstabuse.my

3

HELAIAN FAKTA

TANDA & SIMPTOM: Kekurangan pengawasan boleh menyebabkan kecederaan, luka terbakar dan

keracunan, dan bagi kanak-kanak remaja pula, kekurangan pengawasan

boleh meninggikan risiko dia berperangai jahat, melakukan kegiatan seks

dengan awal, dan cuba menggunakan dadah dan arak.

Fizikal

Ruam lampin yang teruk (pada bayi)

Rupa yang tidak bermaya atau kurus-kering, menangis tidak henti-

henti (bagi bayi)

Tiada rumah atau tempat tinggal

Tidak berpakaian sesuai dan tidak menjaga kebersihan diri, misalnya

berbau busuk

Tidak makan dengan baik dan menunjukkan tanda-tanda kekurangan

zat makanan, misalnya perut kembung, kurus-kering atau nampak

tidak bermaya

Jatuh sakit tanpa mendapat rawatan perubatan atau penjagaan

Menunjukkan simptom penyakit yang tidak dirawat dan semakin

melarat (misalnya, kudis buta, kutu atau penyakit kulit yang lain)

Menunjukkan perkembangan yang terbantut (misalnya, lewat

bercakap, berat badan tidak bertambah, dan sebagainya)

Kelakuan Dan Emosi

Tiada penglibatan atau minat oleh ibu bapa tentang kegiatan anak

Memberi alasan tiada penjaga di rumah

Mencuri makanan, atau meminta makanan daripada rakan-rakan

sekelas

Sentiasa mahukan perhatian dan kasih sayang (kanak-kanak kecil)

Tidak dapat memberi kepercayaan terhadap orang lain

Tidak mampu mengawal kelakuan dan gerak hati

Mengalami kemurungan

Selalu berasa lesu atau tidak bermaya, tertidur di dalam kelas

Tidak hadir ke pusat asuhan (bayi) atau sekolah Tidak menghabiskan tempoh persekolahan (terutamanya anak remaja)

Mengambil alih peranan orang dewasa sebagai pengasuh atau menjaga

kanak-kanak yang lebih kecil (biasanya yang ada adik)

Terlibat dengan kegiatan jahat atau haram (terutamanya anak remaja)

Menyalahgunakan arak atau dadah (terutamanya anak remaja)

Mencederakan diri sendiri

Menampakkan tanda-tanda ingin bunuh diri (terutamanya anak

remaja)

Page 4: Pengabaian

PENDERAAN KANAK-KANAK: PENGABAIAN

UNICEF Malaysia, September 2010

www.uniteagainstabuse.my

4

HELAIAN FAKTA