Pengagihan Zakat Perubatan di Malaysia: Peranan Bank Rakyat

15

Transcript of Pengagihan Zakat Perubatan di Malaysia: Peranan Bank Rakyat

Page 1: Pengagihan Zakat Perubatan di Malaysia: Peranan Bank Rakyat
Page 2: Pengagihan Zakat Perubatan di Malaysia: Peranan Bank Rakyat

Kewangan

Sosial Islam •ISLAMIC SOCIAL FINANCE•

PROSIDING PERSIDANGAN EKONOMI DAN

KEWANGAN ISLAM MALAYSIA KE-3 2016

PROCEEDINGS OF THE 3RD CONFERENCE ON MALAYSIAN ISLAMIC ECONOMICS AND FINANCE (CMIEF) 2016

Disunting oleh:

Sharifah Shazwani Syed Mohamed

Muhammad Hakimi Mohd Shafiai

Amiratul Nadiah Hasan

Suhaili Alma’amun

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BANGI • 2016

Page 3: Pengagihan Zakat Perubatan di Malaysia: Peranan Bank Rakyat

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016

ii

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM

(CMIEF) 2016

Cetakan Pertama, 2016

Hak cipta Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM)

Universiti Kebangsaan Malaysia

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan

untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun,

sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis

daripada Penerbit terlebih dahulu.

Diterbitkan dan dicetak oleh

Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM),

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UKM Bangi,

Selangor Darul Ehsan, Malaysia

http://www.ekonis-ukm.my/

Tarikh dan Tempat Persidangan:

24 Ogos 2016 / 21 Zulkaedah 1437

International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia,

Jalan Elmu Off Jalan Universiti, 59100 Kuala Lumpur

Anjuran Bersama:

Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM),

Universiti Kebangsaan Malaysia, Institut Islam Hadhari UKM,

International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia,

Pusat Penyelidikan Antarabangsa Ekonomi Dan Kewangan Islam (IRCIEF), KUIS,

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM),

Persatuan Alumni Sahabat Ekonomi Islam, UKM

ISBN 978-983-3198-94-8

Page 4: Pengagihan Zakat Perubatan di Malaysia: Peranan Bank Rakyat

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016

iii

ISI KANDUNGAN

Isi Kandungan iii

Kata Pengantar vi

WAQF & CROWDFUNDING

Aplikasi Konsep Istibdal ke Arah Penjanaan Dana Wakaf Oleh Perbadanan

Wakaf Selangor

Oleh Afiffudin Mohammed Noor & Che Zuina Ismail

1

Peranan Waqaf Dalam Meningkatkan Pendapatan Nelayan Tradisional di

Kuala Langat

Oleh Aidil Afandi Mohamad Alias, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai & Mohd

Adib Ismail

8

Potensi Waqf Dalam Pengurusan Bekalan Sumber Air Terawat di

Kalangan Negara Islam Terpilih

Oleh Mohammad Nasrul Hakim Roslan & Muhammad Hakimi Mohd Shafiai

18

Wakaf Penerbangan Sebagai Bentuk Baru “Perniagaan Sosial Islam”:

Kajian di Air Riths Airline.

Oleh Mohd Salleh Abd Kadir & Muhammad Hakimi Mohd Shafiai

31

Implikasi Pendedahan Pelaporan Wakaf Dalam Penyata Kewangan: Kajian

Terhadap Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

Oleh Nur Fahana Zahari, Nur Adila Ayub & Hairunnizam Wahid

43

Isu-isu dan Penglibatan Organisasi Bukan Kerajaan di Dalam

Crowdfunding

Oleh Anisa Syazwani Aris

53

Equity Crowdfunding Patuh-Syariah di Malaysia

Oleh Hud Sabri, Shahida Shahimi & Suhaili Alma’amun 62

Dana Untuk Pendidikan di Universiti Melalui Crowdfunding: Satu Kajian

Awal

Oleh Nur Saadah Rozali, Suhaili Alma’amun & Shifa’ Mohd Nor

78

Potensi Sukuk dalam Membangunkan Tanah Wakaf di Malaysia:

Satu Tinjauan

Oleh: Latifah Nuroniah Selamat & Muhammad Hakimi Mohd Shafiai

89

Proposal Penubuhan Platform Crowdfunding Berasaskan Wakaf Dari Segi

Perundangan Malaysia

Oleh Nur Sakinah Nabilah Nor Saeran, Suhaili Alma’amun & Asma Hakimah

Ab. Halim

104

The Role of Muslim Millionaires in Enhancing Waqf-Based Crowdfunding: A

Proposed Framework

Oleh Wan Shamilah Wan Mohammed, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai,

Mohd Fairuz Md Salleh

129

Page 5: Pengagihan Zakat Perubatan di Malaysia: Peranan Bank Rakyat

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016

iv

TAKAFUL

Review On Trust in Takaful Agent-Client Relationship

Oleh Aimi Fadzirul Kamarubahrin & Syadiyah Abdul Shukor 236

Melindungi Golongan Berpendapatan Rendah Melalui Takaful Mikro:

Prospek & Cabaran

Oleh Mardziah Idris & Hendon Redzuan 245

Penganggaran Tahap Kesolvenan Pengendali Takaful Dengan Skor-Z

Altman

Oleh Noor Huzaidah Husin, Rubayah Yakob & Hairunnizam Wahid 264

Kajian Empirikal Terhadap Penentu Kepada Polisi Luput Pelan Takaful

Keluarga

Oleh Norasykeen binti Mohd Baharom & Rubayah Yakob 280

Penerimaan Penjawat Awam Terhadap Skim Perlindungan Takaful

Keluarga di Putrajaya Oleh Ratna Edayu Bt Jumiran & Hendon Redzuan

291

ZAKAT & PERCUKAIAN

Analisis Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Agihan

Zakat: Kajian Terhadap Majlis Agama Islam Negeri Johor

Oleh Ahmad Fathi Aminuddin, HairunnizamWahid & Mohd Ali Mohd Nor 142

Pengagihan Zakat Perubatan di Malaysia: Peranan Bank Rakyat

Oleh Mohd Yusof Bin Ismail Hairunnizam Wahid Zulkefly Abdul Karim 158

Localization Model for Education Zakat Distribution Among University

Students: A Theoretical Proposal to Islamic Religious Councils in Malaysia

(IRC) With Cooperation of Selangor Zakat Board (LZS)

Oleh Noor Afiqah Che Soh, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Nor

167

Lokalisasi Agihan Zakat Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi: Satu Kajian

Atas Status Anak Negeri

Oleh Nurul Aqilah Jalaludin, Noor Afiqah Che Soh & Hairunnizam Wahid 181

Lokalisasi dan Sosialisasi Antara Amil Dan Asnaf:

Kajian di Malaysia

Oleh Ramizah Begam Abd Aziz, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Nor 191

Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Agihan Zakat:

Kajian di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Oleh Samsiah Jumati, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Nor 200

Analisis Perubahan Pola Agihan Zakat: Kajian Kes Negeri Kelantan

Oleh Wan Nurhanini Wan Hassim & Hairunnizam Wahid 213

Layanan Cukai Terhadap Amalan Kewangan Sosial Islam di Malaysia

Oleh Nur Liyana Omar, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai & Suhaili Alma’mun 226

Page 6: Pengagihan Zakat Perubatan di Malaysia: Peranan Bank Rakyat

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016

v

KONTRAK DAN PEMBIAYAAN ISLAM

Potensi Pembiayaan Kewangan Islam Dalam Peningkatan Produktiviti

Perladangan Kelapa Sawit di Kalangan Pekebun Kecil Oleh Muhammad Zaid Fahmi Bin Mahadzir

313

Kontrak Al-Murabahah Purchase Order (MPO): Implementasi Dalam

Produk Pembiayaan Kenderaan Daripada Sudut Memenuhi Keperluan

Pengguna

Oleh Nazhatul Shima Abdul Rahman & Hairunnizam Wahid

322

Pengurusan Dana Masjid Di Malaysia: Satu Kajian Mengenai Penggunaan

Akaun Amanah

Oleh Norakma Sabran, Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad 334

Pemahaman Penjawat Awam Terhadap Produk Pembiayaan Perumahan

Secara Islam Oleh Kerajaan

Oleh Norzulaily Binti Ahmad Kamal, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai &

Ruzian Markom

343

Maqasid Al-Shariah in Ar-Rahnu

Oleh Nur Rasyidah Kamaruzaman & Salina Haji Kassim 357

LAIN-LAIN ISU BERKAITAN EKONOMI ISLAM

Impak Kepercayaan Dan Kesetiaan Pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH)

Terhadap Risiko Kecairan

Oleh Nurul Ain Mohd Pauzi, Aisyah Abdul Rahman & Shifa Mohd Nor 367

Tingkah Laku Perancangan Persaraan dan Isu Caruman KWSP Pekerja

Sektor Swasta di Melaka

Oleh Nurul Fariha Jamaludin, Suhaili Alma’amun & Hairunnizam Wahid 381

Faktor-faktor Mempengaruhi Pemilihan Produk Halal Farmaseutikal

Oleh Rabiatul Aiisyah Muhammad, Mohd Ali Mohd Noor & Hairunnizam Wahid 394

Perkembangan Industri Makanan Halal Jepun di Malaysia

Oleh Sharifah Shazwani Syed Mohamed, Mohd Ali Mohd Noor &

Muhammad Hakimi Mohd Shafiai 405

Pasar Islam: Sebuah Model Masyarakat Ekonomi Madani Kajian Menerusi

Al-Quran, Hadis Dan Pasar Pada Masa Khulafaurrasyidin

Suwandi, Muhammadi Hakimi Mohd Shafiai & Wan Nasyrudin Wan Abdullah 414

Page 7: Pengagihan Zakat Perubatan di Malaysia: Peranan Bank Rakyat

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016

vi

KATA PENGANTAR

Persidangan Ekonomi dan Kewangan Islam Malaysia (CMIEF) 2016 ini bertemakan

KEWANGAN ISLAM SOSIAL. Penganjuran persidangan ini merupakan kesinambungan daripada

persidangan CMIEF 2015 di mana penganjurnya adalah Pusat Penyelidikan Ekonomi dan

Kewangan Islam (EKONIS) Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dan Institut Islam Hadhari, UKM.

Namun pada tahun 2016, pihak EKONIS telah bekerjasama dengan Institut Islam Hadhari UKM,

International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia, Pusat Penyelidikan

Antarabangsa Ekonomi Dan Kewangan Islam (IRCIEF) KUIS, Institut Latihan Islam Malaysia

(ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Persatuan Alumni Sahabat Ekonomi

Islam, UKM bagi sama-sama menjayakan penganjuran CMIEF 2016

Persidangan ini diadakan adalah lebih tertumpu bagi membincangkan hasil kajian dalam bidang

kewangan Islam sosial dan juga bidang-bidang lain yang berkaitan dengan ekonomi dan kewangan

Islam. Disamping itu, persidangan ini juga merupakan menjadi wadah perbincangan ilimah antara

penyelidik, pensyarah, pelajar pascasiswazah dan juga pengamal industri di Malaysia. Melalui

prosiding persidangan ini, kertas kerja yang mempunyai potensi akan diterbitkan di dalam jurnal

berindeks selain dikumpulkan untuk memberi manfaat kepada semua pihak.

Page 8: Pengagihan Zakat Perubatan di Malaysia: Peranan Bank Rakyat

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

158

PROCEEDING OF THE 3rd CONFERENCE ON MALAYSIAN ISLAMIC ECONOMICS AND FINANCE (CMIEF) 2016

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

PENGAGIHAN ZAKAT PERUBATAN DI MALAYSIA:

PERANAN BANK RAKYAT

_________________________________________________________________________

Mohd Yusof Bin Ismail 1

Hairunnizam Wahid2

Zulkefly Abdul Karim3

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

43600, UKM Bangi, Selangor

ABSTRAK

Isu kesihatan menjadi isu yang sentiasa wujud selagi ada kehidupan. Setiap tahun, Kerajaan terpaksa

memperuntukkan jutaan Ringgit bagi menampung keperluan kepada masyarakat. Pembinaan hospital-

hospital baru serta klinik-klinik seoalah menjadi agenda wajib di dalam belanjawan kerajaan. Dari

kacata mata lain, beban kos perubatan juga meningkat seiring kemajuan negera. Pelbagai penyakit

dikesan dan menghingapi rakyat. Tekanan hidup melampau menunjukkan kos perubatan menjadi faktor

utama di dalam kehidupan seharian. Perbincangan Zakat Perubatan jarang dibincangkan di dalam

kerangka masyarakat umat Islam di Malaysia.Prestasiagihan zakatyang baik dan cekap pula sangat

dititikberatkan bagi memastikan agenda pembasmian kemiskinan dan pembangunan masyarakat

dicapai.Kajianini bertujuan untuk mengkaji peranan Bank Rakyat di dalam pengagihan zakat perubatan

kepada Asnaf yang dipilih bagi tahun 2013 hingga 2015.Kajian juga mencadangkan agar mekanisma

yang lebih baik di dalam pengagihan kepada zakat perubatan agar ianya dapat membantu asnaf yang

memerlukan di saat ditimpa ujian penyakit dan juga keperluan peralatan perubatan dan juga bantuan

kepada mangsa bencana.

Kata kunci: Zakat Perubatan, Bank Rakyat, Majlis Penasihat Shariah, Pengurusan agihan zakat

PENGENALAN

Zakat mempunyai kedudukan yang sangat penting dalam Islam.Pengamalan berzakat merupakan

persoalan pokok dalam agama Islam.Hakikat ini dapat dilihat melalui kedudukannya sebagai salah

satu daripada rukun Islam berasaskan sabdaan Rasulullah s.a.w melalui sabdaannya yang

bermaksud:

"Islam diasaskan atas lima perkara: kesaksian bahawa tiada tuhan selain

daripada Allah dan Muhammad pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan

zakat, menunaikan fardu haji dan berpuasa di bulan Ramadhan”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Inilah salah satu ibadah yang menjadi ujian berat kepada umat manusia pada hari ini. Dengan

peningkatan mendadak keperluan hidup disusuli dengan kenaikan harga barangan dan kos

kepenggunaan yang memuncak menyebabkan manusia semakin terarah untuk mengawal harta dan

1Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, UKM.e-mail: [email protected] 2Pensyarah Kanan di FEP, UKM; email; [email protected] 3 Prof Madya di FEP, UKM; mail: [email protected]

Page 9: Pengagihan Zakat Perubatan di Malaysia: Peranan Bank Rakyat

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

159

juga berlumba-lumba mencari peluang menambah sumber pendapatan. Sekaligus ada di kalangan

umat Islam yang menyangka bahawa mereka tidak diwajibkan mengeluarkan zakat ke atas harta

mereka. Ada juga yang menyangka bahawa mengeluarkan zakat itu hanya pada bulan Ramadhan

sahaja, iaitu zakat fitrah. Sedangkan zakat di dalam Islam terbahagi kepada dua iaitu zakat ke atas

harta dan zakat ke atas badan (zakat fitrah). Inilah ujian dan fitnah yang terdapat pada harta itu.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Anfal ayat 28: َ

“Ketahuilah bahawa sesungguhnya harta-harta dan anak-anak kamu adalah

ujian dan fitnah, dan sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah adalah ganjaran

yang besar”.

Ramai dalam kalangan manusia yang lupa dan melupakan akan hak-hak Allah baik dalam harta

mereka dan diri mereka sama ada kerana kejahilan mereka akan akibatnya, atau kerana keingkaran

terhadap nikmat-nikmat kurnian Allah, atau kerana kebakhilan, cintakan dunia dan sebagainya.

Allah mengingatkan kita di dalam surah at-Taubah, ayat 34 dan 35:

“Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menginfakkannya di

jalan Allah, maka berikanlah khabar gembira kepada mereka bahawa mereka akan

mendapat azab yang pedih. Ingatlah hari ketika emas dan perak dipanaskan dalam

neraka jahannam, lalu dengan itu diseterika dahi, lambung dan belakang mereka, lalu

dikatakan kepada mereka "Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu

sendiri, maka rasakan akibat dari apa yang kamu simpan itu".

Zakat ditakrifkan sebagai harta atau nilai milik sempurna yang wjib diserahkan kepada amil atau

mana-mana asnaf mengikut keutamaan, atas kadar yang ditetapkan pada atau dalam tempoh hawl

kerana Allah SWT. Terdapat 8 golongan asnaf yang berhak menerima zakat iaitu al-Fuqara’

(golongan fakir), al-Masakin (golongan miskin), Amil, al-Gharimin (golongan berhutang), muallaf,

ibn sabil (golongan bermusafir), al-Riqab (hamba) dan fi-sabilillah (golongan berjuang dijalan

Allah)

Di Malaysia, segala urusan berkaitan memungut dan mengagihkan zakat serta segala

urusan berkaitan agama di negeri-negeri adalah di bawah tanggungjawab Majlis Agama Islam

Negeri (MAIN)4. Tanggungjawab ini merupakan salah satu daripada fungsi teras dalam

pentadbiran MAIN yang telah dilaksanakan sejak sekian lama. Di peringkat negeri undang-undang

dan peraturan yang berkaitan dengan zakat termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal

Agama Islam Negeri masing-masing, di mana di dalamnya terkandung peruntukan mengenai

pentadbiran Islam di peringkat negeri secara umumnya.

Kebanyakan negeri tidak mempunyai perundangan atau enakmen khas mengenai zakat.

Sehingga ini hanya Kedah dan Sabah sahaja yang mempunyai undang-undang khas mengenai

Zakat Negeri Selangor sedang dalam peringkat penggubalan enakmen khas mengenai zakat dan

dijangka akan dapat membentang perundangan zakatnya tidak beberapa lama lagi. Di samping

Selangor, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP) juga sedang bergerak ke arah yang

sama. Pihak Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JWZH)

serta Jabatan Peguam Negara telah selesai merangka perundangannya dan kini sedang disemak

oleh Bahagian Gubalan Jabatan Peguam Negara sebelum dapat dibentang ke Parlimen. Apabila

Akta ini diluluskan, ianya akan menjadi model law untuk dapat dicontohi oleh negeri-negeri lain

yang belum mempunyai perundangan yang khusus mengenai zakat.

Namun begitu persoalan kajian ini ialah sejauhmanakah pengagihan zakat dapat dilakukan

secara efisien dan cekap oleh MAIN. Ini kerana isu pengagihan zakat masih menjadi isu utama

yang sering dibincangkan dalam kalangan pengkaji (Muhammad Syukri, 2004; dan Sanep &

Hairunnizam, 2004). Masalah ini akan menjejaskan keyakinan masyarakat untuk membayar zakat

melalui saluran formal (Sanep, 2006). Kecekapan prestasi agihan zakat adalah sesuatu yang

dipandang penting oleh masyarakat terutamanya oleh pembayar zakat (Eza Ellany at. Al, 2014).

4 Butiran (1) Senarai Kedua, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan, zakat terletak di bawah bidang

kuasa negeri-negeri.

Page 10: Pengagihan Zakat Perubatan di Malaysia: Peranan Bank Rakyat

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

160

Terdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan kecekapan pengagihan zakat seperti melalui

kaedah lokalisasi turut juga dibincangkan (Muhammad Syukri, 2006). Kebanyakan kajian yang

ada banyak membincangkan aspek agihan zakat terhadap asnaf fakir dan miskin (Azninainie et al,

2013).

Namun begitu, kajian ini berpendapat dimensi perbincangan berkenaan pengagihan zakat

perlu diperluaskan lagi kepada bentuk pengagihan zakat yang lain termasuklah aspek zakat

perubatan dan mengutakan lagi keberkesanankonsep lokalisasi dalam agihan zakat perubatan5 di

hospital kerajaan (Muhammad Hafiz et. al, 2016). Jumlah dana yang diperuntukkan oleh institusi

zakat semakin bertambah ekoran keperluan yang meningkat serta kenaikan harga ubat-ubatan dan

juga kos rawatan yang semakin mendesak. Berdasarkan Laporan Jabatan Kerja Sosial Perubatan

Hospital Kuala Lumpur menunjukkan jumlah dana yang disalurkan oleh Lembaga Zakat Selangor

(LZS) dan juga Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada Hospital Kuala

Lumpur (HKL) dan PPUKM mengikut tahun bagi membantu pesakit dalam kalangan asnaf yang

memerlukan (Muhammad Hafiz et. al, 2016). Namun begitu kajian ini berpendapat, institusi

kewangan juga boleh membantu pihak MAIN dalam mengagihkan zakat terutamanya berfokuskan

kepada aspek zakat perubatan, iaitu institusi kewangan Bank Rakyat6 yang turut sama berperanan

mengagihkan zakat di seluruh Malaysia (Norilmiyah, 2014). Namun kajian ini akan mengkaji

peranan Bank Rakyat dalam mengagihkan zakat dalam bentuk zakat perubatan yang mana kajian

zakat perubatan masih lagi kurang dibincangkan secara akademik. Kajian ini juga akan mengkaji

peranan serta bidang kuasa Bank Rakyat melalui Jawatankuasa Syariah (JS) dalam mengagihkan

zakat sertapengkategorian asnaf al-ghariminoleh JS dan hubungannya dengan agihan zakat

perubatan.

KAJIAN LEPAS

Kajian-kajian berkaitan topik zakat telah banyak dijalankan sebelum ini terutamanya aspek

pengurusan zakat seperti aspek kutipan dan juga aspek pengagihan zakat kepada pelbagai asnaf.

Ahmad Hidayat Buang (2000) contohnya telah mengariskan beberapa asas pengurusan zakat yang

telah disebut di dalam Al Quran dan hadith seperti berlaku keadilan dalam pungutan zakat,

memudahkan pungutan zakat, jumlah dan kaedah bayaran hendaklah jelas dan tepat, harta yang

dipungut bukan dari harta yang paling disukai, pihak pengurusan zakat berilmu dan berkelayakan,

wujud badan yang mengawasi pengurusan zakat, mempercepatkan agihan, amil wajib menjalankan

tugas dengan tegas serta menggalakan muslim membayar zakat melalui nasihat dan kempen.

Kesemua asas-asas pengurusan tersebut agar pengurusan zakat lebih effisen dan mencapai objektif

ibadah zakat.

Cadangan dan inovasi berkaitan bagi mempertingkatkan kecekapan kutipan zakat juga

diutarakan oleh ramai pengkaji. Antaranya kajian pengkorporatan institusi zakat (Nor Ghani et al.,

2001), kesedaran masyarakat terhadap pembayaran zakat yang diiktilaf (Sanep & Hairunnizam,

2004), penguatkuasaan undang-undang pembayaran zakat (Kamil, 2006), meningkatkan kesedaran

membayar zakat di kalangan masyarakat termasuklah kumpulan pekerja professional (Mohd Ali,

Hairunnizam & Nor Ghani, 2004) dan penggunaan kaedah bayaran zakat pendapatan melalui skim

potongan gaji kakitangan (Hairunnizam, Sanep & Mohd Ali, 2007). Terdapat kajian yang

mencadangkan penyelesaian masalah pengagihan zakat kepada asnaf-asnaf yang memerlukan,

contohnya kajian oleh Muhamad Syukri (2006) mencadangkan struktur baru yang di dalam urusan

5Secara umumnya bantuan zakat perubatan kepada asnaf adalah bertujuan meringankan kos rawatan

kesihatan yang dihadapi mereka semasa mendapatkan rawatan di hospital. Bantuan ini, bukanlah dalam

bentuk cek atau wang tunai tetapi bantuan terus kepada pihak hospital yang merangkumi pembiayaan kos

penbedahan, kos rawatan, ubat-ubatan, peralatan perubatan, makanan tambahan dan lain-lain. 6Bank Rakyat ditubuhkan pada tahun 1954 yang dikenali pada waktu itu sebagai Bank Agong Kampong

Berkerjasama-sama Persekutuan Tanah Melayu Dengan Tanggongan (Bank Agong) secara rasminya

didaftarkan dan Menteri Besar Perlis, Tan Sri Sheikh Ahmad Mohd Hashim dipilih sebagai Presiden

Lembaga Penaja. Cawangan pertama di Jalan Petri, Sungai Petani dipindahkan ke Jalan Ibrahim, Sungai

Petani, Kedah. Ibu Pejabat pertama didirikan di Bukit Mertajam.

Page 11: Pengagihan Zakat Perubatan di Malaysia: Peranan Bank Rakyat

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

161

pengagihan zakat iaitu penyetempatan atau melokalisasikan kuasa pengurusan zakat kepada suatu

daerah atau penempatan yang tertentu.

Menurut Muhamad Syukri (2006), konsep lokalisasi pengagihan zakat berlaku di mana

kuasa kutipan dan agihan zakat diperuntukan kepada pusat pengurusan zakat dijalankan dalam

lokaliti atau kawasan yang tertentu secara relatifnya adalah lebih kecil. Konsep ini akan

mengecilkan kuasa pusat pengurusan zakat kepada lokaliti tertentu seperti daerah, mukim,

kampong atau kariah untuk mengutip hasil zakat daripada pembayar zakat yang wajib dan

seterusnya mengagihkan kepada golongana asnaf yang memerlukan di kawasan lokaliti tersebut.

Amil zakat yang dilantikkan dapat mengesan dan menyalurkan zakat kepada asnaf dengan lebih

tepat dan dekat dengan penerima zakat. Ini secara tidak langsung akan memudahkan pihak

pengurusan zakat untuk berinteraksi dengan masyarakat kerana berlakunya perubahan struktur

pentadbiran dan akauntabiliti yang merangkumi sempadan geografi. Proses lokalisasi ini, akan

dapat mengatasi masalah jurang komunikasi antara pusat pengurusan zakat dan asnaf. Ini kerana

kegagalan pusat pengurusan zakat mengenalpasti fakir dan miskin secara tepat dan dapat

mengurangkan karenah birokrasi kerana proses ini melibatkan kakitangan yang terdiri orang

tempatan dalam proses ini. (Muhammad Syukri, 2006). Selain itu, lokalisisasi juga mampu

memperbaiki kualiti hidup asnaf melalui perubahan sikap yang positif untuk meningkatkan

pendapatan (Hairunnizam & Sanep, 2012).

Kajian oleh Hairunnizam (2009) pula telah menjelaskan bahawa institusi zakat amat

penting dalam pengurusan zakat, ia adalah perantara di antara pembayar dan penerima zakat

(asnaf). Institusi ini mempunyai tanggungjawab yang amat besar, iaitu memastikan kutipan zakat

dapat dilakukan dengan cekap dan diagihkan zakat tersebut dengan cekap dan berkesan kepada

asnaf. Seandainya institusi ini gagal berfungsi dengan baik, maka sistem zakat tidak berjaya untuk

dilaksanakan. Institusi zakat seharusnya menunjukkan nilai-nilai Islam yang tinggi, seperti amanah

dan adil dalam pengurusan zakat dan bersifat profesionalisme. Cabaran institusi zakat

menguruskan zakat pada masa kini ialah tidak seperti zaman dahulu di mana seorang amil sangat

diyakini oleh masyarakat setempat berdasarkan latar belakang mereka sebagai ustaz, guru agama

dan imam.

Manakala Azninainie et al. (2013) pula telah mengkaji tentang pengagihan zakat di negeri

Kelantan berdasarkan data laporan zakat dari tahun 2003 hingga 2012. Hasil kajian mendapati

bahawa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengamalkan corak

agihan yang cenderung kepada membantu asnaf fakir dan miskin. Dasar ini masih kekal seperti

yang telah diamalkan oleh kerajaan negeri pada sebelumnya. Melalui pengekalan dasar ini, MAIK

berkeyakinan dana zakat yang diagihkan dapat memberi bantuan secara menyeluruh untuk jangka

masa panjang dan percaya bahawa golongan asnaf fakir miskin perlu diberi peluang menukar

keadaan kehidupan dan kedudukan ekonomi mereka ke arah yang lebih baik.

Kajian berkaitan zakat perubatan adalah terhad dan antara bentuk agihan zakat yang terkini

adalah zakat perubatan yang bertujuan meringankan beban kos perubatan pesakit.Subaib (2009)

mencadangkan supaya menubuhkan farmasi di pelbagai lokaliti yang berbeza dengan menyediakan

rawatan kepada golongan miskin tanpa mengenakan sebarang caj atau dengan bayaran yang

minimum. Bantuan zakat perubatan telah diagihkan kepada asnaf yang tertentu seperti asnaf fakir,

miskin, muallaf dan gharimin yang meliputi bantuan perubatan kronik, rawatan bulanan, peralatan

dan juga bantuan dialisis (Zurina, et al. 2013). Selain bantuan secara terus, kewujudan zakat

perubatan dalam bentuk Tabung Pesakit Kronik dan Kecemasan di hospital-hospital terpilih bagi

membantu asnaf yang mendapatkan rawatan kesihatan di hospital tersebut. Terdapat kajian

diperingkat antarabangsa berkaitan penggunaan dana zakat perubatan bagi membiayai kos rawatan

pesakit. Dengan menggunakan wang zakat, bantuan akan diberikan melalui caruman insuran

kesihatan kepada rakyat miskin (Mohamed, 2007) dan juga menawarkan perkhidmatan rawatan

kesihatan secara percuma kepada rakyat (Public Health Institute; Shaikh 2011). Penggunaan zakat

perubatan ini menjadikan pengagihan lebih terus kepada asnaf yang berkelayakan. Menurut World

Health Organization (WHO), kesihatan adalah suatu keadaan yang sempurna daripada aspek

fizikal, mental dan sosial dan bukan semata-mata bebas daripada pelbagai penyakit dan cacat.

Tahap penjagaan kesihatan yang baik bukan sahaja memberi kesan kepada kualiti hidup individu

bahkan turut memberikan kesan kepada pembangunan ekonomi negara. Kajian Bloom, Canning &

Page 12: Pengagihan Zakat Perubatan di Malaysia: Peranan Bank Rakyat

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

162

Savilla (2001) mendapati bahawa tahap kesihatan individu lebih signifikan menyumbang kepada

agregat output negara berbanding tahap pendidikan individu.

METODOLOGI

Kajian ini menggunakan beberapa laporan zakat oleh Bank Rakyat serta data sekunder. Data yang

diperoleh daripadaLaporan Kewangan Tahunan Bank Rakyat bermula tahun 2011 sehingga 2014

serta Laporan Zakat Bank Rakyat dan Mesyuarat Jawatankuasa Zakat Perniagaan Bank Rakyat Di

bawah Asnaf (JZPBA). Kesemua data yang diperoleh telah disahkan oleh Ketua Audit Negara

Malaysia.

HASIL KAJIAN

Bank Rakyat meneruskan usaha untuk mengukuhkan kedudukan kewangannya. Pembiayaan

secara berhemah dan dasar-dasar pengurusan risiko yang ketat tidak menghalang Bank daripada

mencapai keputusan positif. Pada tahun 2014, keuntungan bersih Bank Rakyat meningkat 2.68

peratus kepada RM1.96 billion berbanding RM1.91 billion yang dicatatkan pada tahun 2013.

Perkembangan dan keuntungan Bank Rakyat terus memberangsangkan setiap tahun. Ini dapat

ditunjukkan di Jadual 1.

Jadual 1: Keuntungan dan zakat oleh Bank Rakyat Tahun 2011-2015 (RM)

2011 2012 2013 2014 2015

Keuntungan sebelum cukai dan zakat (RM Bilion)

2.09 2.11 2.12 2.18 2.01*

Zakat (RM Juta) 33.6 45 34 39 40.3 Nota: *Keuntungan Kumpulan Bank Rakyat

Sumber: Laporan Kewangan Bank Rakyat 2011-2015

Berdasarkan Bidang Rujukan Syariah Bank Rakyat telah menetapkan Pembentukan

Jawatankuasa Syariah (JS) Bank Rakyat adalah satu keperluan yang dikenakan oleh Bank Negara

Malaysia (BNM). Ia bertujuan untuk memastikan semua pengurusan aktiviti, produk, urusniaga,

operasi dan zakat Bank Rakyat dan semua anak syarikatnya mematuhi Syariah sepanjang masa

sebagai sebuah intitusi kewangan Islam lengkap sepenuhnya yang diperbadankan di Malaysia.

Salah satu peranan dan tanggungjawab JS adalah:

“3.10 Menasihati Bank Rakyat berhubung pengiraan, peruntukan dan pengagihan

zakat dan mengesahkan senarai penerima zakat selepas keputusan dibuat oleh

Jawatankuasa Zakat Perniagaan Bank di bawah asnaf (JZPBA).”

Bagi memastikan JZPBA berperanan dengan betul dan menepati tanggungjawab, JS

dilantik sebagai penasihat JZPBA bagi memastikan pengurusan zakat mematuhi Syariah. Wakil JS

atau penasihat zakat tersebut hendaklah memberikan khidmat nasihat berhubung hal-hal zakat yang

merangkumi pengiraan, peruntukan, pengagihan, isu had kifayah (jumlah yang mencukupi) dan

kelayakan asnaf berkaitan hal-hal yang selari dengan prinsip dan keperluan Syariah. Peruntukan

zakat adalah jumlah keseluruhan zakat perniagaan bank yang cukup haul dan nisab pada tahun

tersebut. Peruntukan agihan zakat perniagaan Bank Rakyat dikategorikan kepada 2 bahagian iaitu

(1) Zakat Negeri : Peruntukan agihan sebanyak 5/8 bahagian daripada peruntukan zakat

perniagaan tahunan kepada Majlis Agama Islam Negeri atau Pusat Zakat Negeri. (Zakat Negeri

) Jumlah peruntukan bayaran zakat negeri-negeri di seluruh Malaysia adalah tertakluk kepada

keuntungan cawangan yang di setiap negeri. (2) Zakat Asnaf: iaitu peruntukan agihan sebanyak 3/8

bahagian daripada peruntukan zakat perniagaan tahunan secara terus kepada 6 kategori asnaf

seperti di Jadual 2.

Page 13: Pengagihan Zakat Perubatan di Malaysia: Peranan Bank Rakyat

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

163

Jadual 2: Kategori asnaf oleh Bank Rakyat

No. Kategori Asnaf Peratusan1

1. Fi sabilillah: Segala bentuk usaha yang memenuhi makna jihad fisabilillah (

jihad di jalan Allah ) demi untuk meninggikan syariat Islam

50%

2. Miskin: Seseorang yang mempunyai harta atau pendapatan yang melebihi 50

peratus tetapi tidak mencapai haddul kifayah untuk keperluan asas diri dan

tanggungannya.

30%

3. Fakir: Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan halal

atau yang menerima pendapatan tidak sampai 50% peratus daripada

keperluan asas harian diri dan tanggungannya mengikut ukuran hidup yang

sederhana.

5%

4. Muallaf: Mereka yang dijinakkan hatinya atau yang diharapkan

kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau mereka yang baru

memeluk Islam dan belum kukuh Islamnya.

5%

5. Gharimin: Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri,

keluarga, tanggungannya atau masyarakat dan memerlukan penyelesaian

segera yang dibenarkan oleh Syarak.

5%

6. Ibnu Sabil: Orang yang terputus bekalan (perbelanjaan) semasa perjalanan

(safar) dan orang yang hendak memulakan perjalanan (safar) yang

diharuskan oleh syarak.

5%

Jumlah 100%

Nota: 1Perubahan peratusan peruntukan zakat mengikut kategori asnaf adalah bergantung kepada

kelulusan mesyuarat JZPBA dengan sokongan Penasihat Syariah dari masa ke semasa.

Sumber: Polisi Bil 135 – Pengurusan Zakat Perniagaan Bank Rakyat

Berdasarkan Polisi Bil 135 – Pengurusan Zakat Perniagaan Bank Rakyat, pihak Bank Rakyat

telah menetapkan pecahan pengagihan zakat asnaf perniagaan mengikut kategori asnaf seperti

Jadual 3 di bawah:

Jadual 3: Peruntukan agihan zakat untuk kategori asnaf

Kategori Peratusan Peruntukan

Asal (2012)

Peruntukan

Asal (2013)

Peruntukan

Asal (2014)

Peruntukan

Asal (2015)

Fisabilillah 50 7,637,796.00 7,687,500.00 7,687,500.00 6,973,500.00

Miskin 30 4,582,677.00 4,612,500.00 4,612,500.00 4,184,100.00

Fakir 5 763,779.60 768,750.00 768,750.00 697,350.00

Mualaf 5 763,779.60 768,750.00 768,750.00 697,350.00

Gharimin 5 763,779.60 768,750.00 768,750.00 697,350.00

Ibnu Sabil 5 763,779.60 768,750.00 768,750.00 697,350.00

Jumlah 100 15,275,591.28 15,375,000.00 15,375,000.00 13,947,000.00 Sumber: Laporan Zakat Bank Rakyat 2012-2015

Nota: Jumlah pengagihan boleh dipindahkan mengikut keutamaan yang berlaku. Namun ianya perlu

dikemukakan permohonan di dalam JZPBA.

Page 14: Pengagihan Zakat Perubatan di Malaysia: Peranan Bank Rakyat

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

164

Kajian ini mendapati kategori zakat perubatan adalah termasuk di dalam kategori asnaf

gharimin7 iaitu asnaf yang dibebani hutang berdasarkan laporan zakat Bank Rakyat. Walaupun

jumlah peruntukan kecil (hanya 5%) daripada jumlah zakat yang diagihkan oleh Bank Rakyat,

namun pengagihan zakat perubatan kepada asnaf menunjukkan peningkatan setiap tahun kecuali

tahun 2015. Daripada senarai permohonan dan kelulusan JZPBA menunjukan zakat perubatan

diberikan kepada 3 kategori iaitu

a) Bantuan Perubatan / Kos Pembedahan

b) Pembelian Alatan Bantuan Kesihatan

c) Bantuan Bencana Alam

Jadual 4: Kategori bantuan zakat Perubatan oleh Bank Rakyat Tahun 2013-2015 (RM)

Kategori 2013 2014 2015

Bantuan Perubatan/ Kos Pembedahan 442,129.05 307171.40 195,900.25 Pembelian Alatan Bantuan Kesihatan 15,496.00 2,200 347,339.75 Bantuan Bencana Alam 15000.00 17,200.00 121,000.00 JUMLAH 472,625.05 328,585.40 664,240.00

Sumber: Minit Mesyuarat Jawatankuasa Zakat Perniagaan Bank Rakyat di Bawah Asnaf (JZPBA) 2013-2015

IMPLIKASI DASAR DAN PERBINCANGAN

Berdasarkan kepada pengagihan zakat perubatan ianya menunjukkan jumlah agihan yang agak

besar iaitu bagi kategori Bantuan Perubatan/ Kos Pembedahan berjumlah RM195,900.25 dan

RM347,339.75 bagi kategori Pembelian Alatan Bantuan Kesihatan bagi tahun 2015 sahaja.

Walaupun berlaku sedikit penurunan pada tahun 2014 (RM328,585.40), jumlah kelulusan bagi

tahun 2015 meningkat sebanyak 50.3 peratus. Ini jelas menunjukkan keperluan asnaf kepada zakat

perubatan ini perlu diberikan penekanan kerana masih ramai asnaf yang memerlukan. Sumbangan

zakat al-gharimin bagi bantuan bencana alam (banjir) juga bagi membaikpulih rumah penerima

zakat. Jumlah ini penerima sebenarnya jauh lebih besar kepada pengagihan zakat lebih banyak

diberikan di dalam kategori asnaf miskin dan fakir.

Agihan yang cekap perlu dilaksanakan pada tahun semasa kutipan wang zakat diperoleh

(Eza Ellany et al. 2014). Beberapa cadangan dicadangkan untuk meningkatkan prestasi agihan

zakat perubatan di Bank Rakyat. Antara cadangan tersebut ialah mempergiatkan kempen

kesedaran tanggungjawab umat Islam untuk menggunakan perkhidmatan perbankan Islam di Bank

Rakyat kerana dengan cara tersebut setiap keuntungan daripada perniagaan Bank Rakyat akan

dipulangkan kepada masyarakat Islam melalui zakat yang dikeluarkan berbanding pemilihan

perkhidmatan konversional yang tidak menitik beratkan soal pembayaran zakat.

KESIMPULAN

Bank Rakyat merupakan salah satu institusi yang penting di dalam membangunkan ekonomi

(perbankan) umat Islam di Malaysia. Keuntungan hasil operasi Bank telah menyumbang kepada

agihan dana zakat yang cekap adalah amat diperlukan bagi menjamin matlamat untuk membasmi

kemiskinan dan meningkatkan taraf kehidupan masyarakat Islam ke tahap yang lebih baik tercapai,

khusunya zakat perubatan. Oleh itu, prestasi pengurusan kewangan dan prestasi agihan zakat yang

cekap perlu dikekalkan dan dipertingkatkan lagi ke tahap yang lebih baik. Melalui pengurusan

7Pada prinsipnya ulama’ fiqh telah menentukan kriteria tertentu bagi al-ghârim yang berhak menerima zakat

ditinjau dari faktor penyebab atau dibebani hutang.Ada dua jenis penyebab seseorang dibebani hutang atau

menjadi al-gharimiaitu Ghârim limaslahati nafsihiiaitu dibebani hutang demi kemaslahatan dirinya dan

Ghârim li ishlâhi dzatil bainiaitu dibebani hutang karena mendamaikan manusia, qabilah atau suku.Kedua

jenis al-ghârim diatas berhak menerima zakat tetapi dengan syarat tambahan pada ghârim linafsihi iaitu harus

dalam keadaan miskin. Sedangkan untuk ghârim li ishlâhi dzatil bain maka boleh diberi zakat meskipun dia

seorang yang kaya (Abu Riyadl Nurcholis Mursidi, 2010 )

Page 15: Pengagihan Zakat Perubatan di Malaysia: Peranan Bank Rakyat

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

165

yang cekap maka keyakinan masyarakat akan bertambah dan sekaligus menjana kepada

peningkatan kutipan di masa akan datang. Pertambahan dan peningkatan dana kutipan zakat akan

membolehkan lebih banyak perancangan dan pembangunan dapat dijalankan unutuk meningkatkan

taraf ekonomi masyarakat Islam.

Perlaksanaan zakat perubatan oleh Bank Rakyat yang mana telah dipantau dan dipastikan

sistem dan prosedur yang ditetapkan maka ianya dapat membantu proses lokalisasi pengurusan

zakat kepada asnaf yang memerlukan. Setiap cawangan Bank Rakyat di seluruh Negara menjadi

agen perubahan untuk mengenalpasti dan seterusnya mengemukakan permohonan kepada pihak

JZPBA untuk kelulusan. Kewujudan 149 Cawangan seluruh Negara sekurang-kurangnya

memudahkan asnaf untuk memohon bantuan dana zakat perubatan.

RUJUKAN

Al Quran

Abu Riyadls Nurcholis Mursidi. 2010. Kreteria Gharimin Penerima Zakat. Majalah As-Sunnah

Edisi 04-05/Tahun XIV/1431/2010M. Surakarta. Yayasan Lajnah Istiqomah.

Adibah Abdul Wahab & Joni Tamkin Borhan. 2015. Analisis Prestasi Kutipan Zakat di Malaysia.

Dlm.Nor Aini Ali, Azizi Che Seman & Mohamad Taqiuddin Mohamad (pnyt). Isu

Kotemporari Pengurusan dan Pembayaran Zakat di Malaysia, hlm. 1-20. Kuala Lumpur:

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Ahmad Hidayat & Saidatul. 2014. Pentadbiran zakat dan kesedaran masyarakat Islam membayar

zakat di daerah Kota Belud Sabah. Sains Humanika 2(1): 125-134.

Ahmad Hidayat Buang. 2000. Pengurusan Zakat: Satu Analisis Dari Perspektif Al Quran dan Al-

Sunnah. Jurnal Syariah, 8(2), 89-102.

Aino Moktar.2016. Mengapa masih berlapar? Harakah. 27-30 Jun: F8

Akta Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas 1978)

Eza Ellany, Mohd Rizal &Mohamat Sabri. 2014. Prestasi kecekapan agihan kewangan dan bukan

kewangan dalam kalangan institusi zakat di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia 48(2): 51-

60.

Faiz Mat Isa, Hairunnizam & Sanep. 2014. Pengukuran prestasi menggunakan nisbah aliran tunai

dan nisbah tradisi: perbandingan di antara Majlis Agama Islam Selangor dan Majlis Agam

Islam dan Adat Melayu Perak. Dlm. Prosiding International Conference Muamalat,

Economic & Islamic Finance.310-325.

Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad. 2012. Cadangan penyetempatan pengagihan zakat

di Malaysia: Adakah amil sudah bersedia? Jurnal Ekonomi Malaysia, 46(2), 17–27.

Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad. 2014. Faktor mempengaruhi tahap keyakinan agihan zakat:

Kajian terhadap masyarakat Islam di Selangor. Jurnal Ekonomi Malaysia 48(2): 41-50.

Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad, Mohd Ali Mohd Nor& Maryam Abd Rashid, 2015, Prestasi

Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Agihan zakat: Perbandingan antara

Majlis Agama Islam Negeri. Dlm Nor Aini Ali et.al (penyt). Isu Kontemporari agihan

zakat di Malaysia. Kuala Lumpur: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

hlm 21-35.

Hairunnizam, Sanep & Radiah. 2009. Pengagihan zakat oleh institusi zakat di Malaysia: Mengapa

masyarakat Islam tidak berpuas hati? Shariah Journal 17(1): 89-112.

Harunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Mohd Ali Mohd Noor. 2007. Kesedaran Membayar Zakat

Pendapatan di Malaysia. Islamiyyat, 29, 53-70.

http://www.mainpp.gov.my (Diakses pada 10 Mei 2016)

http://www.zakatpenang.com (Diakses pada 10 Mei 2016)

Ismail Hj Ahmad & Masturah Main. 2014. The efficiency of zakat collection and distribution:

Evidence from two stage analysis. Journal of Economics and Development 35(3): 133-170.

Kamil Md Idris.2006. Kesan Persepsi Undang-undang dan Penguatkuasaan Zakat

Terhadap Gelagat Kepatuhan Zakat Pendapatan Gaji. Dlm. Abdul Ghafar Ismail &Hailani

Muji Tahir (pnyt.). Zakat: Pensyariatan, Perekonomian dan Perundangan. Bangi.

Penerbit UKM.