Pengajaran Berasaskan Perojek
-
Upload
santhiya-perisamy -
Category
Documents
-
view
18 -
download
0
description
Transcript of Pengajaran Berasaskan Perojek
1.0 Pengajaran Berasaskan Perojek
Definisi
Project Based Learning (PBL) merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang pesat berkembang dalam zaman moden ini. Kaedah ini menekankan kolaborasi antara
guru dan pelajar dalam mempelopori sesuatu perkara atau topik secara penyempurnaan projek.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) mentafsirkan Pembelajaran Berasaskan Projek sebagai
model aktiviti yang keluar daripada amalan bilik darjah yang biasa dan banyak melibatkan
gabungan antara disiplin ilmu.
Kaedah projek yang diasaskan oleh John Deney (1997), menggalakkan pelajar
mempelajari sesuatu melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Pelajar merasa
seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna.
Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria
mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan.
Proses pembelajaran yang berjaya memberi impak yang lebih positif kepada pelajar
bergantung kepada pelbagai faktor termasuklah teknik pengajaran yang dijalankan oleh
seseorang guru. Salah satu pendekatan P&P yang boleh digunakan bagi meningkatkan mutu
dan pengetahuan pelajar ialah melalui teknik Pembelajaran Berasaskan Projek. Pembelajaran
sebegini bukan sahaja member ruang kepada pelajar menunjukkkan kemampuan dan kreativiti,
malah memberi peluang untuk pelajar mengembangkan lagi pengetahuan yang sedia ada.
Melalui pendekatan menbelajaran berasaskan projek, pelajar mampu menimba ilmu
dengan lebih praktikal dan tidak bergantung kepada pemusatan terhadap guru semata-mata.
Pembelajaran ini menekankan konsep pembelajaran kendiri dan amalan penerokaan yang lebih
luas oleh seseorang pelajar.
Secara tidak langsung, konsep pembelajaran ini memberi peluang kepada para pelajar
untuk menunjukkkan keupayaan diri kerana setiap pelajar mempunyai tahap kecemerlangan
akademik yang berbeza dan tidak sama di antara satu sama lain. Pembelajaran ini juga dikenal
pasti mampu mewujudkan kemahiran sosial yang lebih baik kerana pembelajaran ini membuka
peluang untuk pelajar bergaul lebih rapat dan mampu mengeratkan hubungan sesama ahli
kumpulan. Salah satu konsep pembelajaran berasaskan projek ialah, pelajar harus membuat
tugasan secara berkumpulan, maka disinilah wujudnya peluang untuk pelajar berkomunikasi di
antara satu sama lain dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.
2.0 Konsep Strategi Pembelajaran Berasaskan Projek
Strategi Berasaskan Projek dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
mempunyai definisi yang tersendiri. Shmeck (1998) menyatakan strategi ialah prosedur-
prosedur untuk melaksanakan rancangan dalam sesuatu operasi atau dalam usaha mencapai
sesuatu tujuan.
Zarina (2002) pula berpendapat bahawa strategi pembelajaran ialah langkah-langkah
yang diambil oleh pelajar untuk mempercepatkan proses pemerolehan, penyimpanan,
mengingat kembali dan penggunaan maklumat.
Menurut Poh (2003), projek ditakrifkan sebagai tugas, pembinaan atau siasatan yang
teratur yang akan menjurus kepada matlamat yang spesifik. Ianya boleh dilaksanakn untuk
menggalakkan murid menggunakan kemahiran proses sains. Selain itu, projek juga boleh
dibuat berdasarkan keperluan topik dan mengikut minat murid. Pengajaran dan pembelajaran
berasaskan projek boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan di bawah bimbingan guru.
Kementerian pelajaran Malaysia melalui “Handbook, project Based Learning” menekankan
kaedah ini sebagai strategi pembelajaran yang membawa pelajar mempelopori ilmu keluar
daripada tradisi bilik darjah lama yang memfokuskan guru sebagai pemberi ilmu. Kaedah
melibatkan penerokaan ilmu melalui pemerhatian serta kajian lapangan atau dunia sebenar.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), strategi bermakna kebijaksanaan dalam
menguruskan sesuatu perkara. Secara umum, strategi ialah prosedur memilih pendekatan,
kaedah dan teknik yang sesuai berdasarkan hasil pembelajaran yang hendak dicapai dalam
jangka panjang. Strategi yang dipilih hendaklah mengambil kira segala aspek pembelajaran
termasuk pemilihan bahan, masa dan sebagainya.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), projek bermaksud rancangan kerja atau
aktiviti pembangunan yang hendak dijalankan atau sedang dijalankan dan kajian terperinci
tentang sesuatu bidang atau subjek.
Secara umumnya, projek merujuk kepada kajian dan aktiviti yang disepadukan bagi
menghasilkan satu susunan bahan yang berkaitan satu tema mengikut minat dan
kecenderungan orang yang menjalankan projek itu. Sesuatu projek mungkin berjalan selama
tempoh masa yang lama seperti beberapa bulan atau beberapa minggu atau beberapa hari
sahaja, bergantung kepada minat, kecenderungan, kemampuan dan kematangan peserta
projek itu. Projek akhirnya akan dipamerkan atau digunakan untuk menggalakkan perbincangan
dalam bilik kuliah atau diterbitkan dalam bentuk tesis, buku, makalah atau jurnal. Suatu hasil
yang praktik juga digalakkan daripada projek yang dijalankan. Strategi berasaskan projek
membolehkan pelajar menjalankan aktiviti mengikut minat dan kecenderungannya sendiri.
Menurut Abd Ghafar Md Din (2009) di dalam bukunya yang bertajuk ‘Prinsip dan
Amalan Pengajaran’, beliau mendefinisikan pengajaran adalah satu proses penyampaian iaitu
untuk menyampaikan maklumat. Cara penyampaian maklumat ini dikatakan sebagai kaedah
dan teknik pengajaran. Sistem aktiviti ini sebenarnya dirancang dan diolah oleh guru untuk
menyampaikan pemahaman tentang maklumat atau pengetahuan tertentu kepada murid-murid
dalam suasana yang dinamakan bilik darjah. Sebagai satu proses, pengajaran melibatkan
penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang membolehkan pelajar mempelajari dan
menguasainya secara berkesan.
Menurut Abd Ghafar Md Din (2009), mengajar bermaksud menukar tingkah laku dan
kelakuan murid-murid melalui ilmu pengetahuan atau kepercayaan baharu. Untuk mencapai
hasrat ini, proses pengajaran harus dapat dilaksanakan secara berkesan, iaitu melalui prosedur
yang sistematik yang telah terlebih dahulu dirancangkan. Perhatian harus diberi kepada aspek
perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Setiap murid yang terlibat dalam proses
pembelajaran mempunyai potensi intelek, emosi, rohani dan jasmani yang tersendiri.
Kepakaran guru mengeksploit pengetahuan dan pengalaman mereka dengan cara
mempelbagaikan teknik dan cara pengajaran, disesuaikan pula dengaaan keperluan murid,
merupakan satu seni yang paling berharga kepada murid-murid tersebut. Melalui bakat dan seni
mengajar yang tersendiri, guru-guru mampu mengetengahkan satu bentuk pengajaran yang
sempurna. Kebolehan menggunakan kreativiti sendiri seperti ini perlu dilatih dan seterusnya
dikuasai untuk membolehkan terciptanya satu bentuk pengajaran yang lebih berkesan.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), Pengajaran merupakan satu sistem
aktiviti yang secara khusus ditujukan kepada murid-murid dengan tujuan membawa perubahan
dalam kalangan mereka. Secara umumnya, pengajaran adalah perihal mengajar, segala
sesuatu yang berkaitan dengan mengajar (seperti cara atau sistem mengajar, aspek yang
dipentingkan dan lain-lain yang berkenaan dengannya).
Kimble (1961) menyatakan bahawa, pembelajaran ialah perubahan potensi tingkah laku
yang lebih kurang tetap dan yang berlaku akibat latihan yang diteguhkan. Kenyataan ini
menggambarkan kepada kita bahawa pembelajaran menghasilkan perubahan tingkah laku dan
pada setiap kali hasil pembelajaran itu diperlihatkan, ia haruslah merupakan tingkah laku yang
dapat diperhatikan. Selain itu, perubahan tingkah laku itu bukan sementara sifatnya. Ia harus
dikekalkan melalui latihan-latihan yang diteguhkan. Pembelajaran juga merupakan semua
perubahan atau penyesuaian semula tingkah laku manusia akibat latihan dan pemerolehan
pengalaman. Pembelajaran adalah proses yang boleh menghasilkan perubahan pada tingkah
laku akibat berlakunya tindak balas terhadap keadaan atau persekitaran.
Biasanya pembelajaran menggalakkan pemerolehan pengetahuan dan kemahiran dan
ini dilakukan melalui satu perlakuan dan teknik tertentu yang bersifat saintifik dan sistematik.
Dalam proses pembelajaran formal, ia melibatkan pelbagai kegiatan, umpamanya memerhati,
meninjau, membaca, menyoal, memahami, mengingati, menyemak, merujuk, merumus,
membuat keputusan dan sebagainya. Secara umumnya, belajar membawa maksud
penyiasatan untuk kenyataan. Ia melibatkan idea atau aturcara yang belum lagi diketahui oleh
individu. Sebarang penggunaan tenaga untuk pembelajaran bahan baharu, penyelesaian
kepada sesuatu masalah, dapatan terhadap perhubungan-perhubungan baharu atau gerakerja
yang berfaedah boleh dianggap sebagai belajar. Biasanya, dalam sesuatu proses
pembelajaran, seseorang itu mungkin mendapat nilai-nilai lain selain yang utama yang
dikehendakinya pada masa itu.
Secara umumnya, pembelajaran bermaksud satu proses mengakumulasi maklumat dan
pengalaman secara berterusan, yang berlaku dalam diri seorang sejak dilahirkan. Proses ini
berlaku dalam dua bentuk, iaitu sama ada disedari ataupun tidak disedari. Biasanya,
pembelajaran melibatkan organ deria untuk mengesan semua bentuk pengalaman dan ilmu
pengetahuan yang berselerak di persekitaran. Sewaktu organ-organ ini digunakan, seseorang
akan memilih rangsanga-rangsangan yang sesuai dan diperlukan daripada persekitaran itu,
kemudian diproses dalam otak untuk dijadikan pengalaman yang bermakna. Tindakan
mempraktikkan pengalaman yang baru diperoleh itu dianggap sebagai perubahan tingkah laku,
dan ini menggambarkan satu pembelajaran yang sebenar.
Kesimpulannya, strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada kemahiran dan
kecekapan merancang serta menguruskan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai
objektif pelajaran secara optimum. Di dalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk
kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik
dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Dengan
perkataan lain, strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada penentuan dan
perancangan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif jangka panjang sesuatu
pendekatan. Di dalam bidang pendidikan, terdapat banyak kaedah dan teknik mengajar yang
disarankan oleh pakar-pakar pendidikan. Antara strategi yang kerap digunakan ialah, strategi
berasaskan projek dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah
3.0 Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projek melibatkan pendekatan berfokuskan murid meneroka
sendiri. Seorang pengkaji, Nancy Kraft menyatakan beberapa ciri Pembelajaran Berasaskan
Projek yang merangkumi:
Membolehkan cara pembelajaran yang pelbagai
Persekitaran yang bebas dalam membuat pilihan berkaitan pembelajaran
Menggalakkan penggunaan kemahiran berfikir peringkat tinggi
Menggunakan kaedah pengalaman ‘hands-on’
Memberi pemahaman yang tinggi
Boleh dirujuk oleh semua pelajar
Melibatkan pelbagai mod komunikasi
Pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri
Pelajar merasa pembelajaran kurikulum sebagai kepunyaan sendiri
Projek menggalakkan pembelajaran yang bermakna dengan menghubungkan
yang baru dengan yang lama
Pembelajaran merentasi kurikulum
Guru sebagai fasilitator.
Penilaian kendiri pelajar dalam pembelajaran digalakkan.
Dijalankan secara individu atau secara berkumpulan.
Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil
yang siap.
Mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti.
Interaksi guru – murid yang berupa bimbingan dan perundingan pada setiap
tahap proses.
Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap.
Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses
maklumat dan data, dan pelaporan hasil juga refleksi kendiri.
Sesuai dengan murid dan kurikulum.
Berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan murid.
4.0 Pembelajaran Tradisional
Pembelajaranan tradisional (konsep lama) sangat menekankan pentingnya penguasaan
bahan pelajaran. Pembelajaran tradisional merupakan pembelajaran dimana secara umum,
pusat pembelajaran berada pada guru, dan menempatkan siswa sebagai objek dalam belajar.
Jadi, disini guru berperan sebagai orang yang serba bisa dan sebagai sumber belajar.
Pembelajaran tradisional ini dekenal dengan pembelajaran behavioristik.
Sistem pembelajaran tradisional memiliki ciri bahwa pengelolaan pembelajaran
ditentukan oleh guru. Peran siswa hanya melakukan aktifitas sesuai dengan petunjuk guru.
Model tradisional ini lebih menitik beratkan upaya atau proses menghabiskan materi pelajaran,
sehingga model tradisional lebih berorientasi pada teks materi pelajaran. Guru cenderung
menyampaikan materi saja, masalah pemahaman atau kualitas penerimaan materi siswa
kurang mendapatkan perhatian secara serius.
Teori kontruktivisme beranggapan bahwa pengetahuan tidak dapat ditransfer begitu
saja, melainkan harus diinterpretasikan sendiri oleh masing-masing individu. Pengetahuan juga
bukan merupakan sesuatu yang sudah ada, melainkan suatu proses yang berkembang terus
menerus. Dalam proses itu, keaktifan peserta didik sangat menentukan dalam mengembangkan
pengetahuannya. Ia harus aktif melakukan kegiatan, aktif berfikir, menyusun konsep dan
memberi makna tentang hal-hal yang dipelajari. Disisi lain, kenyataannya masih banyak
peserta didik yang salah menangkap apa yang diberikan oleh gurunya. Hal ini menunjukkan
bahwa pengetahuan tidak begitu saja dipindahkan, melainkan harus dikontruksikan sendiri oleh
peserta didik tersebut.
Peranan guru dalam pembelajaran bukan pemindahan pengetahuan, tetapi hanya
sebagai fasilitator yang menyediakan stimulus baik berupa strategi pembelajaran, bimbingan
dan bantuan ketika peserta didik mengalami kesulitan belajar, atau menyediakan media dan
materi pembelajaran agar peserta didik itu merasa termotivasi dan tertarik untuk belajar
sehingga pembelajaran menjadi bermakna hingga akhirnya peserta didik tersebut mampu
mengkonstruksi sendiri pengetahuannya.
Pada pembelajaran tradisional berorientasi pada guru atau disebut dengan Teacher
Centered. Di sini proses pembelajaran tergantung pada guru. Guru bertugas mengajar dan
memberi pengetahuan kepada para siswa, sedangkan siswa hanya mendengarkan saja. Jadi,
siswa bersifat pasif karena yang penting bagi siswa adalah mendengarkan apa yang dijelaskan
oleh guru. Siswa dianggap tidak memiliki pengetahuan lain selain yang diajarkan oleh guru.
Guru di sini dianggap yang “paling pintar” dan menganggap murid-muridnya ini tidak tahu apa-
apa bila tidak mendapatkan pelajaran dari gurunya karena guru sebagai satu-satunya sumber
pembelajaran.Murid hampir tidak memiliki kesempatan untuk melakukan aktivitas sesuai
dengan minat dan keinginannya.
5.0 Strategi Pengajaran Tradisional
Strategi pembelajaran tradisional juga dikenali sebagai eksplisit. Strategi ini diamalkan di
dalam bilik darjah di mana guru berada di tengah-tengah aktiviti bilik darjah. Dalam strategi ini
guru menguasai dan mengawal segala aktiviti pembelajaran. Dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, guru memainkan peranan yang penting sedangkan murid berperanan sebagai
penonton sahaja. Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah sehala. Guru
banyak bercakap dan murid banyak mendengar. Akibatnya, di bawah strategi ini murid-murid
menjadi kurang kreatif dan berinisiatif. Strategi ini menggunakan persembahan bahan dalam
langkah-langkah kecil dan sistematik dengan hentian untuk menyemak pemahaman murid.
Strategi pemusatan guru mengandungi pengajaran yang mempunyai langkah-langkah kecil
yang menegaskan latihan amali murid selepas setiap langkah. Peranan guru ialah
menyampaikan bahan, membimbing murid pada sesi awal latihan amali, dan membekalkan
setiap murid dengan amali yang lebih tinggi dan kerap.
6.0 Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Tradisional
Menjadikan proses pembelajaran berkesan dalam setiap sesi pengajaran isi pelajaran
menjadi fokus utama bagi setiap pendidik. Suasana pembelajaran yang dilatari keceriaan dan
keharmonian proses pengajaran menjadi pemangkin ke arah mencapai objektif pelajaran yang
telah dirancangkan. Sehubungan itu, guru sebagai individu persuatif kepada pelajar memainkan
peranan penting bagi mewujudkan suatu bentuk proses P&P yang mampu memberi daya
tarikan di kalangan para pelajar. Tegasnya, kemahiran dalam proses pengajaran oleh seorang
guru yang ditunjangi daya kreativiti menjadi asas utama berhubung isu ini. Kreativiti dapat
difahami sebagai sesuatu yang dibuat dan dihasilkan oleh individu-individu kreatif dengan
menggunakan daya imaginasi dan pemikiran mereka untuk menghasilkan sesuatu yang baru,
kreatif dan berguna bagi manusia (Jauhara Hj. Tak, 1995). Hal ini merujuk kepada kebolehan
serta kemahiran yang dapat dimanipulasi untuk menghasilkan sesuatu yang asli, bermutu dan
berkualiti tinggi. Oleh itu, penghasilan satu bentuk pengajaran melalui daya kreativiti disifatkan
sebagai satu wadah pembelajaran yang memberi kesan ke atas satu-satu isi pelajaran. Justeru,
adanya daya kreativiti bagi seorang guru yang dapat disesuaikan dengan proses
pengajarannya akan menghidupkan lagi suasana dan meransang penyertaan pelajar dalam
aktiviti pembelajaran. From (1959) mengemukakan berkenaan individu kreatif sebagai seorang
yang selalu melihat kepada yang baru. Oleh itu , individu seperti ini akan memperlihatkan sifat
kedinamikan dalam setiap tingkah laku dan juga pemikirannya. Dalam konteks keguruan
kreativiti berperanan sebagai momentum yang akan menghasilkan satu proses pengajaran
berkesan seterusnya menjadi asas ke arah merealisasikan kecemerlangan akademik pelajar.
Sementara itu, Robiah Sidin dan Hassan Langgulung (1980) mengemukakan Kreativiti
bagi seorang guru merupakan elemen yang dapat dipergunakan untuk menghasilkan satu
bentuk pengajaran dinamik. Para guru yang memiliki daya kreatif seringkali mendatangkan
banyak idea baru selain dapat mengatasi masalah dengan menggunakan bahan-bahan serta
situasi-situasi tertentu dengan cara luar biasa. Jelaslah bahawa sekiranya daya kreativiti ini
dapat dijelmakan dalam proses pengajaran oleh seorang guru maka proses pembelajaran
pelajar-pelajarnya akan mendapat limpahan maklumat pengetahuan maksimum. Kemantapan
proses pengajaran menerusi adunan kaedah, teknik dan pendekatan kreatif oleh seorang guru
menjanjikan suatu proses pembelajaran yang menarik minat pelajar dalam mengikuti isi
pelajaran yang disampaikan oleh guru tersebut. Seterusnya, kreativiti guru yang mewarnai
proses pengajarannya akan menjadikan suasana pembelajaran yang kondusif selain membuka
ruang untuk pelajar dalam memahami sepenuhnya isi pelajaran yang disampaikan dan sentiasa
mengingati terhadap apa yang telah mereka pelajari itu. Malahan kreativiti guru tersebut juga
secara langsung menanam nilai murni kepada pelajar supaya melahirkan sesuatu yang
berinovasi dalam pemikiran mereka. Di samping itu, penghasilan proses pengajaran berkesan
juga meliputi hubungan dua hala antara guru dan murid. Bagi menjamin kelangsungan setiap isi
pelajaran yang disampaikan hubungan ini akan merangsang tindak balas (respons) daripada
kedua-dua pihak. Perhubungan guru dan pelajar terutamanya dalam bilik darjah berperanan
sebagai medium yang menghubungkan isi pelajaran supaya ia dapat diterima sepenuhnya oleh
para pelajar. Sehubungan itu, kemahiran berkomunikasi guru yang melibatkan gabungan
kreativiti dapat mewujudkan suatu suasana yang dapat mempengaruhi minda dan respons
pelajarnya. Selain itu, Komunikasi yang baik diantara guru dan pelajar akan mewujudkan
kemesraan yang memberi kesenangan dalam proses pembelajaran sekaligus memberi input
pengetahuan bermanfaat bagi para pelajar. Justeru, guru sewajarnya memberi penekanan
terhadap hal ini agar dapat menyumbang ke arah proses pendidikan melalui peningkatan dan
perkembangan hubungan sosial positif terhadap setiap anak didiknya. Kereativiti dalam proses
pengajaran juga melibatkan teknik atau kaedah yang digunakan oleh seorang guru terhadap
penyampaian kandungan pelajarannya. Kemahiran yang ada dalam menguruskan hal-hal ini
akan menjana kemajuan dan prestasi pelajar ke arah membentuk kefahaman mereka.
Abd Ghafar Md. Din (2003) menyatakan hal ini bergantung kepada beberapa faktor
yang melibatkan masa pengajaran, jumlah pelajar, bahan pengajaran dan lain-lain lagi. Menurut
beliau lagi, dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran atau teknik pelajar tidak akan
berasa bosan. Oleh demikian, teknik atau kaedah pengajaran yang bersesuaian akan
menjadikan pengajaran guru lebih menarik dan berkesan. Oleh itu, ia melibatkan kemahiran
dan idea-idea kreatif seorang guru bagi menguruskan halhal ini. Dalam proses pengajaran ia
melibatkan gabung jalin isi pelajaran dan aktiviti pelajar. Bagi mencapai matlamat pengajaran
sekaligus menjamin keberkesanannya ia haruslah memberi fokus kepada kecenderungan
pelajar. Ini melibatkan kebebasan memilih pendekatan serta teknik P&P mengikut kemampuan
pelajar agar dapat memberi sepenuh perhatian. Dengan demikian, daya kreativiti guru menjadi
asas dalam mencorakkan proses pengajaran supaya dapat mewujudkan keceriaan pelajar
menerusi aktiviti-aktiviti pengajaran seperti melakukan eksperimen, demonstrasi, lakonan dan
sebagainya yang memperlihatkan perkara-perkara praktikal. Selain itu, kreativiti guru dapat
diwujudkan dalam menyampaikan isi pelajaran semasa proses P&P dengan mengaitkannya
dengan isu-isu semasa yang menjadi sumber maklumat tambahan kepada para pelajar.
Penerangan isi pelajaran dengan perkaitan sumber maklumat semasa akan mencambahkan
minda dan pengetahuan sedia ada pelajar. Seterusnya hal ini akan membentuk kefahaman
maksimum dan penerapan ilmu serta mendedahkan mereka kepada realiti dunia semasa.
Misalnya, dalam matapelajaran sains yang membincangkan berkenaan biologi, guru dapat
mengaitkan konsep biologi tersebut dengan teknologi pengklonan yang telah dijalankan oleh
beberapa negara maju di dunia dan menimbulkan pelbagai perspektif masyarakat. Secara tidak
langsung perkaitan seperti ini akan menjadikan para pelajar terus menerokai secara mendalam
lagi berkenaan isi pelajaran yang disampaikan. Tuntasnya, kemahiran dan kebolehan para guru
dalam mengendali setiap proses P&P bergantung kepada keupayaan kreativiti mereka dalam
mempelbagaikan corak penyampain isi pelajaran. Justeru, proses pengajaran sedemikian akan
menjadikan pelajar dapat mengikuti setiap isi pelajaran yang disampaikan serta dapat
menguasai pemikiran mereka supaya dapat memberi sepenuh perhatian semasa proses P&P
dilaksanakan.
7.0 Kelebihan Pembelajaran Berasaskan Projek
Kaedah pembelajaran berasaskan projek dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah
ini mempunyai beberapa kelebihan. Melalui strategi ini, hubungan guru dengan pelajar akan
lebih mesra kerana guru dan pelajar saling berkomunikasi dan bertukar pendapat. Persepsi
negatif pelajar kepada guru juga akan berubah kerana proses interaksi sentiasa berlaku. Tujuan
utama strategi ini ialah untuk menggalakkan pelajar mengembangkan kemahiran diri dalam
mengemukakan hujah, pendapat, menyoal serta menyelesaikan masalah. Keadaan ini
membolehkan pelajar berfikiran dengan lebih luas dan mendidik pelajar supaya berani dan
yakin kepada diri sendiri dalam mengemukan hujah, pendapat dan seterusnya menyelesaikan
masalah. Galakan daripada guru akan menambahkan lagi keyakinan pelajar. Topik yang dipilih
oleh guru mestilah sesuai dengan objektif pembelajaran dan pengajaran serta dapat menarik
minat pelajar. Keadaan ini membolehkan pelajar belajar dalam keadaan yang gembira tanpa
tekanan yang membebankan.
Kelebihan yang seterusnya ialah murid-murid boleh menggunakan pengetahuan dan
kemahiran yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah untuk
mencubanya dalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu. Ini akan mendorong
mereka belajar dalam situasi yang seronok dan bermakna.
Selain itu, semangat kerjasama dan sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kerja
projek berdasarkan kumpulan pelbagai kebolehan, pelajar turut melibatkan diri secara aktif
dalam membuat dan menyediakan projek secara berkumpulan dan menanamkan sikap
koperatif dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana, kebiasaannya sesuatu projek dilakukan di
dalam kumpulan, dengan ini, semangat bekerjasama antara ahli kumpulan dapat disemai dan
dipupuk.
Antara kelebihan lain yang diperoleh melalui perlaksanaan projek dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu ialah mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan
kolaboratif dalam kalangan pelajar yang pelbagai terutama dalam kumpulan pelajar.
Murid-murid juga, dapat belajar mengumpul maklumat dan menganalisis. Kebanyakan
projek memerlukan sumber yang memberi peluang kepada pelajar untuk mencari sendiri
maklumat yang diperlukan. Pelajar-pelajar boleh menggunakan pelbagai jenis sumber seperti
pusat sumber, media massa, internet, dan Kamus Peribahasa.
Kemahiran membentangkan tugasan juga dapat diperoleh oleh para pelajar.
Kebiasaannya guru akan meminta setiap pelajar membentangkan hasil tugasan yang mereka
lakukan untuk sesebuah projek. Ini akan dapat meningkatkan lagi kemahiran dan keyakinan
para pelajar ketika berhadapan dengan rakan-rakan lain.
Seterusnya, strategi ini mempunyai beberapa kelebihan lain, antaranya ialah minat
pembelajaran dan daya kreatif murid dapat dipupuk, serta mampu mengembangkan kemahiran
psikomotor dan daya kreatif murid-murid. Tambahan pula, melalui projek ini, ia dapat memberi
peluang kepada murid mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Projek ini
juga mampu menarik perhatian murid-murid terhadap satu-satu topik yang khusus, Memberi
peluang mereka menjana idea mengenai topik tersebut, mengajar mereka untuk menerima dan
menghormati perbezaaan individu, mengalakan mereka untuk sedia menanggung risiko dalam
berkongsi idea dan pandangan masing-masing serta menunjukan bahawa sumbangan idea
mereka dihargai.
Selain daripada itu juga, pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan
masalah yang mereka alami sepanjang mengendalikan sesuatu projek dan pastinya aktiviti
yang dijalankan bermakna dan berilmiah.
Pembelajaran berasaskan projek juga mampu menarik minat dan memotivasikan pelajar
yang kurang menumpukan perhatian dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran, menolong
pelajar dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan, menolong pelajar dalam
pembelajaran dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan
pengurusan kendiri, mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema dan isu-isu
komuniti, menggalakkan akauntabiliti dan penentuan matlamat, serta memenuhi keperluan
pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran dan gaya pembelajaran yang berbeza.
Kaedah projek ini mempunyai beberapa kelebihan lain, di antaranya adalah minat
pembelajaran dan gaya kreatif murid dapat dipupuk. Di samping itu murid dapat menggunakan
pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi untuk menghasilkan sesuatu. Tambahan pula ia
memberi peluang kepada murid menggunakan masa lapang yang berfaedah. Apabila sesuatu
objek dihasilkan dengan baik, dan dipamerkan akan membolehkan murid menikmati rasa
kejayaan serta kebanggaan. Perasaan ini akan mendorong murid supaya berusaha secara
berterusan dengan lebih tekun lagi.
Walaupun terdapat banyak kebaikan di dalam aktiviti pembelajaran berasaskan projek,
namun terselit juga beberapa kelemahannya. Misalnya strategi berasaskan projek ini
memerlukan banyak tenaga dan masa untuk dilaksanakan. Murid-murid dan guru terpaksa
meluangkan lebih banyak masa dan tenaga untuk menyiapkan sesebuah projek.
Cadangan mengaplikasikan pembelajaran berasaskan Projek
Memberikan Tugasan Mengikut Kurikulum
Tugasan Perlu Mengambil Kira Keupayaan Dan Kemampuan
Pelajar Yang Terlibat
Menentukan Jadual Kerja
Memastikan Bilangan Ahli
Kumpulan Kecil
Penilaian Projek Perlu Mencerminkan Daya Usaha Setip
Pelajar Dalam Kumpulan
Guru Perlu Memberikan Bimbingan dan Pemantauan
Penilaian Dilaksanakan Sepanjang Tempoh Projek
Perlaksanaan dan Perancangan Secara
Berperingkat
penyediaan jadual penentu tugasan dan
panduan memberi markah
Pembentangan, Penilaian Dan
Pemurnian Tugas
Penyerahan Projek
8.0 KESIMPULAN
Kaedah pengajaran berasaskan projek merupakan strategi pembelajaran berpusatkan
pelajar yang melibatkan pelajar menerbitkan atau membangunkan produk dan
mempersembahkannya kepada pelajar lain, guru dan pihak lain. Melalui kaedah ini, pelajar
akan berpeluang merasai sendiri pengalaman pembelajaran dengan melakukan sendiri aktiviti-
aktiviti pembelajaran. Kaedah ini berkait rapat dengan kaedah lain seperti kaedah permainan,
kerja praktikal, penyelesaian masalah dan luar kelas. Melalui kaedah ini, guru berupaya
menimbulkan minat di kalangan pelajar bagi melaksanakan sendiri beberapa aktiviti dalam
bentuk dan situasi yang sebenar. Kaedah ini boleh dilakukan , sama ada secara berseorangan
ataupun berkumpulan.
Tujuan menggunakan kaedah projek dalam pengajaran dan pembelajaran ialah untuk
menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar
supaya mencapai objektif pengajaran pembelajaran. Pemilihan kaedah mengajar perlulah
berdasarkan kepada umur, kecerdasan, kebolehan dan minat pelajar. Strategi bermakna
kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Ianya merujuk kepada kebijaksanaan guru
memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah, teknik dalam satu-satu pengajaran
berdasarkan objektif pelajaran yang ditentukan.
Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan
penyampaian sesuatu subjek khususnya dalam pengajaran Sejarah. Perancangan untuk
strategi berasaskan projek dalam pengajaran haruslah mengambil kira faktor-faktor yang ada
supaya aktiviti pengajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Dalam konteks pengajaran
berasaskan projek, ia lebih menekankan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Keadaan
ini mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan. Hasilnya,
guru dan pelajar dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran seperti yang diperlukan
dan dapat melahirkan pelajar yang lebih bersikap berdikari dalam memperolehi sumber
pengetahuan semasa proses pengajaran dijalankan.
RUJUKAN
1. Mok Soon Sang (2008), Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor :
Penerbitan Multimedia
2. Noraini Idris & Shuki Osman (2009), Pengajaran dan Pembelajaran,Teori dan
Praktis. Perpustakaan Negara Malaysia
3. Abd. Ghafar Md. Din (2003), Prinsip dan Amalan Pengajaran Sejarah,Selangor,
Utusan Publication & Distrib.
4. Shahabuddin Hashim, Dr Rohizani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad (2003), Pedagogi
Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. PTS Publication.
.