Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
-
Upload
choco-milk -
Category
Documents
-
view
42 -
download
4
description
Transcript of Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
ABDUL QARIM MOHAMEDMOHD FIRDAUS ABDUL RAHANIABDULLAH SYAFIQ ARIFFIN
MOHD HAFIZ IBRAHIM@HUSEIN
PISMP PJ JANUARI 2011
PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
BMM3104
SUBTOPIK• LATIHAN MENGANALISIS STRUKTUR
KARANGANISIKAITKAN ISI DENGAN TAJUK,
KOHESI, KOHEREN, DAN PEMERENGGANAN
KOSA KATA, GAYA PERSEMBAHAN, DAN PENGEMBANGAN IDEA
PENGENALANPenulisan karangan bukanlah dengan cara membuat latihan menerusi tiru salin model-model karangan. Sebaliknya, penulisan karangan hendaklah dilalui dengan mempelajari ilmu mengarang dan membuat latihan berdasarkan ilmu mengarang tersebut.
Antara komponen penting dalam ilmu mengarang ialah :
• mengenali topik perbincangan
• menentukan skop perbincangan bagi tujuan menjana idea/isi dan mengolah idea/isi
• mengolah pendahuluan mengikut jenisnya.
• mengolah idea/isi untuk karangan secara deduktif, induktif dan eklektif.
• mengolah penutup fakta karangan sama ada penutup fakta jenis harapan, cadangan atau komprehensif.
• membina struktur karangan mengikut format yang ada.
LATIHAN MENGANALISIS STUKTUR KARANGAN
ISI• Menurut Khairiah Ahmad ( 1981:1 ), sebelum seseorang
murid mengarang, murid perlu mengetahui fakta- fakta atau isi yang hendak dikarang.
• Kegiatan yang dapat diadadakan dalam pengajaran karangan ialah kegiatan mencari isi daripada bahan- bahan penulisan yang sedia ada di persekitaran guru dan murid, seperti majalah, surat khabar dan buku- buku rujukan yang lain
Perkara yang harus diberi penekanan dalam pengolahan isi adalah seperti:
• Isi karangan – apa yang hendak disebutkan dan disampaikan di dalamnya.
• Apa isi yang hendak didahulukan dan apa yang patut dikemudiankan.
• Berapa banyak satu- satu bahagian isi yang terfikir olehnya yang hendak disebutkan.
• Bagaimana ia hendak menyusun cakap : menghidangkan isi itu supaya orang mengerti membacanya serta maksud yang terang dan mudah untuk membacanya.
KAITAN ISI DENGAN TAJUK, KOHESI, KOHERAN DAN PEMERENGGANAN
MENTAFSIR TAJUK Semasa proses pemulaan mengarang, guru hendaklah mengajar murid untuk mengetahui:
• Apa yang hendak dikatakan
• bagaimana hendak memperkatakannya.
• Sebelum memulan mengarang, murid hendaklah memikirkan apa yang hendak ditulis.
MEMILIH TAJUK Semasa menulis karangan, murid digalakkan
untuk memilih tajuk yang difahami dan diketahui isi dan faktanya, ataupun tajuk itu dialamai oleh murid itu sendiri.
Murid hendaklah memilih tajuk yang diketahui oleh mereka, agar mereka mudah untuk mengarang.
MENENTUKAN TEMA TAJUK KARANGAN • Cara untuk menetukan tema adalah bergantung
kepada kefahaman seseorang.
• Tajuk dan tema yang dipilih hendaklah mudah difahami dan mempunyai idea yang terang.
PEMERENGGANAN • Penulisan suatu proses yang saling berhubungan
antara satu bahagian dengan bahagian yang lain.
• Perenggan, ayat atau perkataan berperanan dalam menentukan gaya dan mempunyai peranan tertentu
• Perenggan memainkan peranan utama dalam pembentukan keseluruhan penulisan.
• Setiap perenggan mempunyai hubungan antara satu sama lain.
FUNGSI PERENGGAN • Memberi kerehatan kepada pembaca setelah mengalami
satu pemikiran dari bacaan tersebut.
• Menjelaskan tentang fakta yang ada dalam perenggan tersebut.
• Memfokus satu idea dalam satu perenggansekumpulan unit idea dan disusun mengikut jalinan idea tersebut.
• Struktur dalam perenggan mesti ada ayat topik, Isi/ hujahan dan kesimpulan
JENIS- JENIS PERENGGAN
Perenggan pengenalan – daya penarik, menyampaikan latar belakang maklumat dengan tepat dan ringkas dan mengemukakan tesis penulisan
1. Ciri-ciri perenggan pengenalan: ringkas dan padat, sederhana pendek dan guna perkataan beraksi2. Jenis perenggan pengenalan – pengenalan ringkasan, deskriptif, ucapan langsung, penceritaan dan pernyataan memeranjatkan
• Perenggan isi – perenggan mengisi tubuh penulisan dan mengemukakan idea topik dan perkembangan idea utama. Kebiasaannya mengandungi lima perenggan isi sekurang-kurangnya.
• Perenggan Penutup – kesimpulan untuk penulisan dalam bentuk pernyataan semula atau penegasan semula idea utama atau harapan penulis. Mengandungi penyimpulan, pengukuhan tema-mesej, penjelasan pengertian dan kepuasan penulis/ pembaca
STUKTUR PERENGGAN • PENGENALAN
• ISI 1
• PERENGGAN TRANSISI
• ISI 2
• PERENGGAN TRANSISI
• PENUTUP
JENIS PERENGGAN Perenggan Transisi – kesinambungan antara
satu perenggan dengan perenggan yang lain- memberitahu pembaca trentang idea baru, meletakkan isi dalam perspektif sebenar dan menyatukan bahagian idea dan hujahan.
Perenggan dialog/ kutipan – ditulis dalam petikan langsung dengan perenggan khas
KOSA KATA, GAYA PERSEMBAHAN DAN PENGEMBANGAN IDEA
KOSA KATA • Mudah
• Senang difahami
• Tepat
• Bersesuaian
• Memberikan murid latihan menulis kosa kata yang menarik
GAYA PERSEMBAHAN Bersesuaian dengan tajuk
menarik perhatian pembaca untuk membaca
Penggabungjalinan
Mantap
PENGGEMBANGAN IDEA
Setelah tajuk dalam tema telah kita perolehi, kita hendaklah memikirkan isi dalam karangan yang akan ditulis.
1. Mula- mula tulis di sekeping catatan, apa sahaja yang terlintas dalam fikiran
2. Pilih isi yang benar- benar sesuai dicantumkan dengan isi- isi besar. Tulis nombor mengikut susunan urutan yang hendak ditulis.
3. Susun semula rangka bentuk karangan.
SEKIAN, TERIMA KASIH