Pengajaran Mikro - Drama,Teknik Bercerita Permainan Bahasa, Latih Tubi

download Pengajaran Mikro - Drama,Teknik Bercerita Permainan Bahasa, Latih Tubi

of 58

Transcript of Pengajaran Mikro - Drama,Teknik Bercerita Permainan Bahasa, Latih Tubi

PENGAJARAN MIKROTeknik Drama, Teknik Bercerita, Teknik Permainan Bahasa, Teknik Latih Tubi

Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid

a) TEKNIK BERCERITA

Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasaHafazkan frasa atau ayat-ayat penting. Guru boleh menggunakan gambar, objekobjek sebenar atau lain-lain BBM Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan..

b) TEKNIK DRAMA Drama : Memisahkan ruang dan waktu, main pura pura , komunikasi antara pelakon dan penonton. (untuk cerita atau naskah, improvisasi, pentomin dan penceritaan ). Drama ialah aksi.

Teknik DramaPendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa

Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar.

Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan

Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata

Jenis Drama / TeaterDikon Mimos

Arca

Mestamu

Jenis Drama

Improvisasi Main Peranan

Pentomin Teater Bercerita Simulasi

1. Mimos Lakonan yang mengutamakan gerak laku seluruh anggota dan ekspresi muka bagi menyampaikan idea, cerita, perasaan dan emosi pelakon tanpa dialog.

Maksud

Kisah pendek, Bahan untuk Aktiviti Bahagian bahagian cerita Petikan puisi

Contoh Aktiviti MimosIndividu Guru menyediakan beberapa situasi untuk dilakonkan oleh pelajar. a) Anda sedang membaca surat khabar semasa angin bertiup kencang. b) Anda sedang menonton satu perlawanan tinju, bola sepak atau silat.

BerpasanganGuru memilih dua orang pelajar untuk beraksi. Seorang menjadi pelaku (aksi spontan) dan seorang menjadi bayang dalam cermin (mengikut aksi pelakon) a) Seorang doktor sedang merawat pesakit. b) Anda sedang memujuk seorang rakan yang sedang merajuk.

2. ArcaPatung yang menyerupai seseorang

Bayang-bayang yang terlihat ketika seseorang itu berkhayal

Gambaran dalam fikiran atau pertalian fikiran yang dihasilkan dalam karya sastera

3. Improvisasi

Lakonan secara spontan dalam kumpulan kecil yang mengisahkan kejadian , keadaan atau situasi dalam kehidupan seharian

Contoh Aktiviti ImprovisasiImprovisasi berdasarkan kisah seorang perempuan tua yang tinggal berdekatan dan selalu dilihat oleh pelajar. Dia selalu duduk di atas kerusi malas di beranda rumahnya. Dia seorang yang kaya tetapi sentiasa bersedih sejak ditinggalkan oleh anak lelaki tunggalnya yang pergi untuk menjadi askar.Anaknya tidak pulang-pulang tetapi perempuan tua itu percaya anaknya akan pulang. Jadi, dia menyimpan semua wang untuk perkahwinan anaknya kelak.

i) AKTIVITI

4. Main Peranan Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada pelajarpelajar lain berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.

Jenis Main Peranan1. Memerihal ia merupakan satu cara komunikasi iaitu peserta memerihal suatu situasi atau masalah. Seperti contoh pelajar meminta kebenaran untuk menganjurkan lawatan sambil belajar. 2. Demonstrasi demonstrasi ialah menunjukkan contoh tingkah laku kepada sesuatu perkara. Contohnya seorang guru menunjukkan contoh cara pertuturan bahasa yang baik sebelum para pelajar melakukan aktiviti main peranan.

3. Latihan latihan yang kerap dapat membantu pelajar menguasai kemahiran tertentu seperti kemahiran berkomunikasi

Contoh: pelajar kerap melibatkan diri dalam aktiviti atau memegang jawatan sebagai seorang pengerusi.

4. Cerminan pelajar didedahkan bagaimana tingkah mereka dilihat oleh orang lain semasa dalam situasi tertentu. Contohnya, seorang pelajar memarahi rakan sekelasnya kerana meniru kerja rumah.

5. Kepekaan memberi kesedaran kepada pelajar supaya peka tentang perasaan sendiri atau orang lain pada sesuatu situasi. Contohnya, pelajar memainkan peranan apabila ada pelajar lain menuduhnya mencuri duit persatuan.

5. Simulasi Satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar Pelajar perlu berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masingmasing

MatlamatPelajar dapat: Menggunakan bahasa dengan lebih berkesan Meningkatkan daya kreativiti Belajar kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan Meningkatkan keyakinan diri Membina sikap positif murid

ContohMenjalankan aktiviti simulasi situasi memohon kemaafan kerana merosakkan sesuatu alat kepunyaan orang lain tanpa sengaja. Contoh: Percakapan antara rakan sebaya.

ContohMenjalankan simulasi perundingan pihak pengurusan sekolah dan pihak ibu bapa.Contoh: Permintaan ibu bapa agar kelas tambahan diadakan dua kali seminggu tetapi kelas pada hujung minggu dibatalkan.

ContohMembuat simulasi memujuk rakan dengan memberikan hujah tertentu agar dia bersetuju menyertai pengembaraan di hutan.

6. Teater BerceritaTeater bercerita merupakan aktiviti yang dilakonkan secara spontan. Ia menggabungkan tenaga seorang pencerita dan beberapa orang pelakon yang beraksi mengikut watak dalam cerita.

Selain beraksi, pelakon boleh membina dialog sendiri yang bersesuaian dengan cerita supaya penceritaan lebih berkesan.

OBJEKTIF Aktiviti ini melatih kanak-kanak dalam kemahiran mendengar dan memahami isi serta urutan cerita. Meningkatkan kemahiran berbahasa dan aspek psikomotor kanak-kanak. Melatih murid dalam kemahiran bertutur, mendengar dan menghayati isi dan urutan cerita sebagai asas kemahiran mengarang.

Langkah-langkah Atur kedudukan murid dalam bentuk separuh bulatan menghadap ruang lakon. Edarkan bahan cerita kepada murid yang menjadi pencerita Pencerita duduk di sebelah kiri penonton dan membaca cerita Apabila pencerita menyebut nama watak dalam cerita, murid yang berminat/ ditentukan watak keluar bagi melakonkan aksi seperti yang dibacakan

Aktiviti diteruskan sehingga cerita berakhir Guru membuat aktiviti susulan untuk membina kemahiran berbahasa

Pada suatu hari, arnab keluar bersiarsiar.

Arnab ternampak kura-kura. Kura-kura sedang merangkak perlahan-lahan.

"Ha! Ha! Ha!" arnab ketawa.

"Kura-kura berjalan sangat perlahan," kata arnab dalam hatinya.

Arnab segera pergi berjumpa kura-kura.

"Wahai kura-kura, mahukah engkau berlumba lari denganku?" arnab bertanya.

"Satu, dua, tiga!" arnab membilang. Perlumbaan pun bermula. Arnab berlari kencang. Kura-kura merangkak perlahan.

Di pertengahan jalan, arnab berehat di bawah sebatang pokok. Kemudian, arnab tertidur. Kura-kura terus merangkak. Akhirnya, kura-kura sampai di garisan penamat.

Arnab terjaga daripada tidurnya. Arnab terus berlari kencang. Tetapi kura-kura sudah berada di garisan penamat.Arnab kalah dalam perlumbaan itu. Arnab berasa malu.

NILAI MURNI Jangan sekali-kali memandang rendah terhadap orang yang lemah atau miskin. Setiap orang mempunyai keistimewaan dan kelebihan masingmasing.

Rajah

7. Teknik Pentomin Pentomin merupakan lakonan yang disertai deklamasi puisi dan sajak. Pelakon watak hanya melakonkan gerak-geri berdasarkan cerita yang disampaikan. Manakala suara latar mendeklamasikan puisi yang berkaitan jalan cerita yang dilakonkan.

Tidak perlu menghafal skrip. Orang yang mendeklamasi puisi sebagai suara latar disembunyikan di sebalik tabir. Hanya orang yang melakonkan watak yang kelihatan beraksi di atas pentas. Suara puisi harus seiring dengan gerak-geri watak.

8. Teknik Mestamu Langkah Mengajar a) Murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik. b) Gunakan melodi lagu yang diminati / popular. c) Gantikan seni kata / lirik lagu kepada sajak atau puisi yang dipelajari. d) Murid akan mudah mengingati sajak / puisi Genre: a. Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun, syair, gurindam dan sebagainya. Sumber: DBP

ii) AKTIVITI

9. Teknik Dikon Langkah Mengajar a. Seorang murid mendeklamasikan sajak atau puisi. b. Seorang atau beberapa orang murid melakonkan aksi yang sesuai dengan sajak / puisi yang dipelajari. c. Murid lebih mudah mengingati sajak/ puisi. Genre: a. Teknik ini sesuai untuk sajak.

iii) AKTIVITI

c) TEKNIK PERMAINAN BAHASA Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.

Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya.

Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu :a) merangsang interaksi verbal pelajar. b) menambah kefasihan dan keyakinan. c) menyediakan konteks pembelajaran. d) bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan. e) bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan.

iv) AKTIVITI

Permainan Kotak BeracunObjektif: Melatih keberanian murid dalam menyebut atau menjawab soalan. Bahan: Kotak, radio (sumber muzik), lipatan kertas yang mengandungi soalan. Cara bermain: Kumpulan/Kelas.

Langkah: 1. Permainan ini boleh melibatkan semua murid dalam satu kumpulan. 2. Apabila muzik dimainkan, kotak mula diedarkan. Pelajar akan menyerahkan kotak tersebut kepada rakan sebelahnya dan begitulah seterusnya.

3. Apabila muzik dihentikan, pelajar yang terakhir yang memegang kotak itu akan didenda. 4. Pelajar yang didenda, perlu membuka kotak itu dan mengambil lipatan kertas yang mengandungi soalan (denda), pelajar dikehendaki membaca denda itu dengan kuat. 5. Pelajar yang didenda akan melakonkan / menjawab soalan.

6. Muzik dimulakan semula dan kotak diedarkan semula. 7. Seperti pusingan pertama, apabila muzik diberhentikan, pelajar terakhir yang memegang kotak itu akan dikenakan denda mengikut arahan yang terdapat pada lipatan kertas yang terdapat di dalam kotak tersebut.

D) TEKNIK LATIH TUBIPengulangan fakta-fakta yang telah dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut dan di samping itu, untuk menjamin kekekalannya.

Teknik latih tubi amat sesuai dilaksanakan untuk pengajaran bahasa kedua, dan ia juga boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran

Teknik latih tubi ini juga mempunyai kelemahan seperti mengehadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreatif pelajar.

Pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu. Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu :

Sebutan (accent) -menyebut patah-patah perkataan atau suku kata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi. Tatabahasa (grammar) -penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek. Perbendaharaan kata (vocabulary) -meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu. Kefasihan (fluency) -menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya. Kefahaman (comprehension) -latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.

KELEBIHAN KAEDAH LATIH TUBIMendapat maklum balas dan keputusan yang segera. Dapat memotivasikan diri pelajar. Menjimatkan masa guru. Meningkatkan daya ingatan dan kefasihan pelajar dalam sesuatu pelajaran.

v) AKTIVITI

MENGECAM HURUF VOKAL DALAM PERKATAAN

HARIMAU

1. Murid diminta mengecam huruf vokal yang terdapat dalam gambar tersebut.

a e io u

BANGAUKELUARGA

PERMAINAN SUKANEKA

Murid perlu mencari huruf- huruf vokal yang terdapat dalam perkataan

TAMAT.