pengajian am penggal 2 dasar-dasar malaysia

8
PENGAJIAN AM PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN

Transcript of pengajian am penggal 2 dasar-dasar malaysia

Page 1: pengajian am penggal 2 dasar-dasar malaysia

PENGAJIAN AM PROGRAM TRANSFORMASI

KERAJAAN

Page 2: pengajian am penggal 2 dasar-dasar malaysia
Page 3: pengajian am penggal 2 dasar-dasar malaysia

LATAR BELAKANG

- Dilaksanakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Mohd Najbi Bin Tun Haji Abdul Razak untuk mencapai wawasan 2020.- Dirangka berdasarkan Gagasan 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

- Menggariskan secara terperinci objektif, keberhasilan dan set tindakan permulaan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) & Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) untuk menghasilkan perubahan melalui pelaksanaan program pembangunan dan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

- Kerajaan & perkhidmatan awam saling bergantung khususnya dalam pelaksanaan NKRA & MKRA.

Page 4: pengajian am penggal 2 dasar-dasar malaysia

PELAKSANAAN PTK- FASA 1 ( DARI 2010-2012)* Menjurus kepada langkah menentukan perubahan dan menyampaikan keberhasilan dengan cepat kepada rakyat melalui penetapan dan penyampaian sasaran NKRA dan MKRA.

- FASA 2 ( DARI 2012-2015)* Transformasi kerajaan dilihat lebih melebar serta mendalam dan kehidupan harian rakyat diharap menjadi lebih baik, manakala struktur ekonomi negara akan berkembang sejajar dengan Model Baru Ekonomi (MBE) dalam menghasilkan sektor-sektor yang mempunyai nilai tambah lebih tinggi.

- FASA 3 ( DARI 2015-2020) * Matlamat Wawasan 2020 akan tercapai apabila rakyat menikmati taraf kehidupan dan kemakmuran lebih tinggi, manakala kualiti perkhidmatan awam juga meningkat.* Setiap rakyat Malaysia mempunyai jati diri & semangat cinta negara dengan melihat diri masing-masing terlebih dahulu sebagai rakyat Malaysia dan kemudian mengikut agama, bangsa, kawasan geografi, latar belakang sosial, ekonomi & kecenderungan politik.

Page 5: pengajian am penggal 2 dasar-dasar malaysia

NKRA yang dikenalpasti untuk mencapai PTK

Meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

Mengurangkan kadar jenayah.

Memerangi rasuah.

Meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.

Memperkasa prasarana luar bandar & pedalaman.

Menambahbaik pengangkutan awam.

Page 6: pengajian am penggal 2 dasar-dasar malaysia
Page 7: pengajian am penggal 2 dasar-dasar malaysia

RUMUSAN• Bagi memastikan prinsip "Pencapaian Diutamakan" benar-

benar terlaksana, semua menteri dan pegawai kerajaan yang menguruskan keberhasilan diminta memastikan bahawa keputusan atau tindakan mereka mematuhi "Prinsip-Prinsip Penyampaian".

• Prinsip-prinsip tersebut termasuklah menggalakkan penyertaan rakyat dalam program yang dirancang, meningkatkan produktiviti sebanyak mungkin daripada sumber yang sedia ada, mengoptimumkan taraf perkhidmatan serta menggunakan pendekatan inovatif.

• Kerajaan yakin persefahaman yang wujud antara pemimpin, penjawat awam dan rakyat dalam melaksanakan NKRA akan menjadikan Malaysia lebih maju, aman dan makmur.

Page 8: pengajian am penggal 2 dasar-dasar malaysia