Pengajian Malaysia (MPW) - PENDAHULUAN (Tindakbalas Penduduk Tanah Melayu Terhadap Malayan Union...

18
MPW 1133 : PENGAJIAN MALAYSIA DIPLOMA PERAKAUNAN PENDAHULUAN Penjajahan Jepun telah menyerah kalah pada tahun 1945. Rentetan itu, Perang Dunia II juga tamat. Tempoh di antara penyerahan kuasa Jepun dan kedatangan semula British di Tanah Melayu telah memberi peluang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) melalui Malayan Japanese Army (MPAJA) bagi mengambil alih kuasa pemerintahan di Tanah Melayu. PKM telah dapat menguasai Tanah Melayu selama 14 hari. Dalam tempoh 14 hari itu dan selepasnya, anggota-anggotanya telah membuat kekacauan dan huru-hara. Pada bulan September 1946, British telah datang ke Tanah Melayu untuk mengembalikan keamanan dan kesejahteraan. Pentadbiran Tentera British atau lebih dikenali sebagai British Military Administration (BMA) telah ditubuhkan. Ketika dalam keadaan huru- hara, sistem pentadbiran tentera yg dilaksanakan tidak dapat bertahan lama. Dalam pada itu, kerajaan British telah bersedia dengan satu sistem pentadbiran sivil yang mengejutkan seluruh rakyat Tanah Melayu iaitu Malayan Union (Kesatuan Malaya). Pada bulan October 1946, kerajaan Inggeris telah mengemukakan Kertas Putih bagi melaksanakan satu sistem pentadbiran baru yang dikenali sebagai Malayan Union di Tanah 1

description

Tajuk : Bincangkan Tindakbalas Penduduk Tanah Melayu Terhadap Malayan Union Yang Diperkenalkan Pada Tahun 1946 oleh British

Transcript of Pengajian Malaysia (MPW) - PENDAHULUAN (Tindakbalas Penduduk Tanah Melayu Terhadap Malayan Union...

Page 1: Pengajian Malaysia (MPW) - PENDAHULUAN (Tindakbalas Penduduk Tanah Melayu Terhadap Malayan Union Yang Diperkenalkan Pada Tahun 1946 oleh British)

MPW 1133 : PENGAJIAN MALAYSIA DIPLOMA PERAKAUNAN

PENDAHULUAN

Penjajahan Jepun telah menyerah kalah pada tahun 1945. Rentetan itu, Perang

Dunia II juga tamat. Tempoh di antara penyerahan kuasa Jepun dan kedatangan

semula British di Tanah Melayu telah memberi peluang kepada Parti Komunis Malaya

(PKM) melalui Malayan Japanese Army (MPAJA) bagi mengambil alih kuasa

pemerintahan di Tanah Melayu. PKM telah dapat menguasai Tanah Melayu selama 14

hari. Dalam tempoh 14 hari itu dan selepasnya, anggota-anggotanya telah membuat

kekacauan dan huru-hara. Pada bulan September 1946, British telah datang ke Tanah

Melayu untuk mengembalikan keamanan dan kesejahteraan. Pentadbiran Tentera

British atau lebih dikenali sebagai British Military Administration (BMA) telah ditubuhkan.

Ketika dalam keadaan huru-hara, sistem pentadbiran tentera yg dilaksanakan tidak

dapat bertahan lama. Dalam pada itu, kerajaan British telah bersedia dengan satu

sistem pentadbiran sivil yang mengejutkan seluruh rakyat Tanah Melayu iaitu Malayan

Union (Kesatuan Malaya).

Pada bulan October 1946, kerajaan Inggeris telah mengemukakan Kertas Putih

bagi melaksanakan satu sistem pentadbiran baru yang dikenali sebagai Malayan Union

di Tanah Melayu. Ianya merupakan cadangan bagi mewujudkan satu kesatuan negeri-

negeri Melayu sedangkan negeri-negeri di semenanjung sebelum ini tidak pernah lagi

ditadbirkan sabagai satu kesatuan dan mempunyai cara pemerintahan tersendiri.

Penyatuan ini adalah demi kepentingan British. Tujuan utama Malayan Union

diperkenalkan adalah untuk memastikan kepentingan British di Tanah Melayu

dipelihara. Kepentingan tersebut lebih kepada kepentingan ekonomi. Selain daripada itu

juga, British ingin membentuk pentadbiran yang sistematik di Tanah Melayu dengan

1

Page 2: Pengajian Malaysia (MPW) - PENDAHULUAN (Tindakbalas Penduduk Tanah Melayu Terhadap Malayan Union Yang Diperkenalkan Pada Tahun 1946 oleh British)

MPW 1133 : PENGAJIAN MALAYSIA DIPLOMA PERAKAUNAN

menyeragamkan pentadbiran di Kesatuan Malaya. Dengan cara ini, ianya dapat

menjimatkan kos pentadbiran di negeri-negeri Melayu. Malahan, antara sebab lain

Malayan Union diperkenalkan adalah untuk menyediakan penduduk Tanah Melayu kea

rah berkerajaan sendiri.

Pada bulan Januari 1946, kerajaan Inggeris meluluskan perlembagaan Malayan

Union. Perlembagaan Malayan Union ini mempunyai cirri-ciri utama. Antara ciri

utamanya ialah semua negeri-negeri Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka

disatukan di bawah satu kerajaan pusat. Seorang Gabenor British akan memerintah

Malayan Union dengan bantuan Majlis Mesyuarat Kerja dan Masjlis Undangan. Walau

bagaimanapun, Singapura dikecualikan dalam Malayan Union tetapi masih dikekalkan

sebagai Tanah Jajahan Mahkota British yang berasingan di bawah kuasa seorang

Gabenor. Alasan British memisahkan Singapura daripada Malayan Union adalah

kerana Singapura mempunyai bilangan penduduk Cina yang ramai. Jika Singapura

digabungkan, bilangan bangsa Cina akan melebihi orang Melayu sendiri. Singapura

juga penting dari segi strategi angkatan tentera laut.1

Dalam aspek kedaulatan pula, raja-raja Melayu hanya berperanan sebagai

penasihat Gabenor sahaja sedangkan kedaulatan mereka sebagai raja di negeri

Melayu sendiri dihapuskan. Raja hanya berkuasa dalam soal agama Islam dan adat

istiadat dalam negeri masing-masing serta megetuai Majlis Penasihat Melayu. Majlis-

majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan untuk menguruskan hal ehwal kerajaan tempatan

tetapi masih tertakluk kepada kawalan pemerintahan pusat.

1 M. Ghazali Shafie, “The Pattern of Indonesian Aggression”, Malaysia : International Relations Creative Enterprise, 1982, Kuala Lumpur, hlm. 59.

2

Page 3: Pengajian Malaysia (MPW) - PENDAHULUAN (Tindakbalas Penduduk Tanah Melayu Terhadap Malayan Union Yang Diperkenalkan Pada Tahun 1946 oleh British)

MPW 1133 : PENGAJIAN MALAYSIA DIPLOMA PERAKAUNAN

Dari segi kerakyatan secara kuatkuasa undang-undang, ianya berdasarkan

prinsip jus soli. Melalui prinsip ini, kerakyatan Tanah Melayu diperolehi sesiapa sahaja

yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermastautin di Tanah Melayu selama 10

tahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942.2 Seseorang yang dilahirkan di

Tanah Melayu selepas penubuhan Malayan Union turut akan mendapat kerakyatan ini.

Dengan kerakyatan secara jus soli, orang Melayu telah kehilangan hak-hak

istimewa. Orang Melayu menganggap bahawa sebagai penduduk asal Tanah Melayu,

mereka patut diberikan kelebihan dalam beberapa kes tertentu. Mereka mendakwa

bahawa orang bukan Melayu tidak akan menjadi rakyat yang setia sebab hasil

pendapatan yang diperolehi dari Tanah Melayu dihantar balik ke negara asal dan

mereka hanya mengikuti isu-isu politik negara asal mereka sahaja tanpa mengambil

berat tentang perkembangan dan kebajikan Tanah Melayu umumnya. Hasrat utama

British untuk menyamaratakan rakyat Tanah Melayu supaya menjadi rakyat yang

bergelar ‘Malayan’ memang sudah dirancang. Mereka yakin dapat mentadbir Tanah

Melayu dengan baik di bawah satu sistem pusat iaitu kuasa tertinggi berada di tangan

mereka dan raja-raja diberi kuasa yang serendah-rendahnya. Oleh sebab itulah orang

Melayu menentang rancangan Malayan Union.

2 Fuziah Shaffie, Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, 2000, Selangor Darul Ehsan : FajarBakti Sdn. Bhd. Hlm. 422.

3

Page 4: Pengajian Malaysia (MPW) - PENDAHULUAN (Tindakbalas Penduduk Tanah Melayu Terhadap Malayan Union Yang Diperkenalkan Pada Tahun 1946 oleh British)

MPW 1133 : PENGAJIAN MALAYSIA DIPLOMA PERAKAUNAN

TINDAKBALAS PENDUDUK TANAH MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION

Kuasa raja-raja Melayu dan persoalan kerakyatan di bawah Malayan Union ini

telah membangkitkan kemarahan seluruh orang Melayu. Perasaan tidak puas hati ini

mula tersebar luas. Mereka menyuarakan bantahan melalui pelbagai cara. Antararanya

melalui akhbar-akhbar seperti Utusan Melayu, Majlis dan juga Warta Negara, serta

menghantar surat bantahan kepada kerajaan British di London. Bantahan dilakukan

secara teratur dan secara bersama melalui persatuan-persatuan Melayu di peringkat

seperti mengadakan perarakan dan tunjuk perasaan di seluruh Tanah Melayu. Para

cendekiawan dan pemikir juga menyuarakan keresahan dan melontarkan idea bagi

membangkitkan semangat agar orang Melayu bersatu dalam menggalas masalah yang

dihadapi secara lebih telus dan bersepadu.

Situasi ini akhirnya telah mencetuskan satu gelombang bersepadu antara suara

rakyat dan pemerintah dalam menentang dasar Malayan Union. Kemunculan Malayan

Union menyuntik kesedaran orang Melayu bahawa perjuangan besar untuk

mendapatkan kembali maruah dan kedaulatan negara tidak mungkin tercapai dengan

suara minoriti.

Walaupun mendapat bantahan, kerajaan Inggeris tetap mahu meneruskan

penubuhan Kesatuan Malaya. Pada April 1946, Kesatuan Malaya dilancarkan dengan

rasminya. Edward Gent dilantik sebagai Gabenor yang pertama.Namun, majlis

perasmian tersebut telah dipulaukan oleh raja-raja dan pembesar-pembesar Melayu.3

Kongres Melayu Se-Malaya Kedua di Johor Bahru pada 11 Mei 1946 meluluskan

pembentukan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang diberi tugas

3 Asnarulkhadi Abu Samah, Jayum A. Jawan, Kenegaraan Malaysia, 1997, Serdang : Universiti Putra Malaysia. Hlm. 52

4

Page 5: Pengajian Malaysia (MPW) - PENDAHULUAN (Tindakbalas Penduduk Tanah Melayu Terhadap Malayan Union Yang Diperkenalkan Pada Tahun 1946 oleh British)

MPW 1133 : PENGAJIAN MALAYSIA DIPLOMA PERAKAUNAN

untuk menyatukan orang Melayu bagi menentang Malayan Union dan Dato’ Onn bin

Jaafar dipilih menjadi yang dipertua UMNO yang pertama.

Terdapat pelbagai bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union yang dibuat

dalam pelbagai tindakan. Antaranya adalah seperti berikut :

Melalui Individu

Penentangan secara individu yang dibuat oleh Dato’ Onn bin Jaafar adalah pada

23 Januari 1946. Beliau menyeru orang Melayu dengan menulis surat kepada akhbar

Utusan Melayu supaya orang Melayu mengadakan kongres & menubuhkan United

Malays Organization (UMO). Beliau juga menasihati raja-raja Melayu supaya

membantah Malayan Union. Kesan pembatahan orang Melayu telah menimbulkan

kesedaran raja-raja Melayu supaya berganding bahu menentang Malayan Union.

Tindakan orang Melayu menentang Malayan Union disokong oleh bekas pegawai

British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu seperti Frank Swettenham, R.O

Winstedt, Sir Frederick Weld dan Sir Cecil Clementi.4 Mereka menentang Malayan

Union secara terbuka iaitu melalui akhbar The Times di London.

Melalui Akhbar-akhbar

Selain itu, melalui akhbar yang merupakan salah satu kaedah menentang

Malayan Union. Orang Melayu menyuarakan bantahan mereka melalui Akhbar Majlis,

Utusan Melayu, dan Warta Malaya. Akhbar Majlis ialah akhbar pertama yang menyeru

orang Melayu menentang Malayan Union. Selain akhbar Majlis, Utusan Melayu juga

4 www.slideboom.com/presentation/133590/BAB-2-%3A-MALAYAN-UNION-DAN-PERSEKUTUAN-TANAH-MELAYU

5

Page 6: Pengajian Malaysia (MPW) - PENDAHULUAN (Tindakbalas Penduduk Tanah Melayu Terhadap Malayan Union Yang Diperkenalkan Pada Tahun 1946 oleh British)

MPW 1133 : PENGAJIAN MALAYSIA DIPLOMA PERAKAUNAN

menyeru raja-raja Melayu supaya menentang Malayan Union. Malahan, akhbar ini turut

menyeru supaya berfikir bagaimana jika Malayan Union tidak ditentang. Justeru, Warta

Malaya juga menggesa orang Melayu menentang Malaya.

Secara Beramai-ramai (Kolektif)

Kaedah lain menentang Malayan Union ialah secara kolektif iaitu penentangan

secara beramai-ramai. Penentangan cara ini lebih berbentuk kepada penyertaan

masyarakat iaitu secara demonstrasi, menubuhkan persatuan-persatuan Melayu 1946

dan mengadakan rapat umum. Contoh demonstrasi iaitu di Alor Setar, seramai 50,000

orang hadir ke demonstrasi ini. Di Kota Bahru pula, seramai 10,000 orang yang hadir.

Demonstrasi terakhir di Johor Bharu, iaitu orang ramai berkumpul di hadapan Masjid

Sultan Abu Bakar bagi memeriahkan lagi demonstrasi itu. Tujuan demonstrasi ini

adalah untuk membantah Sir Harold Mac Michael memperoleh tandatangan raja-raja

Melayu dan sekaligus membantah Malayan Union menghapuskan kedaulatan negeri-

negeri Melayu dan kedudukan orang Melayu sebagai anak negeri. Contoh slogan yang

digunakan di dalam demonstrasi bagi membantah Malayan Union iaitu “Tanah Melayu

Hak Melayu, Malayan Union Tidak Dikehendaki”, dan “Bersatu Teguh, Bercerai Roboh”.

Melalui Persatuan-persatuan

Penubuhan persatuan-persatuan Melayu adalah cara lain bagi menentang

Malayan Union. Banyak persatuan Melayu ditubuhkan dan dihidupkan semula bagi

tujuan menentang Malayan Union secara berorganisasi. Contoh-contoh persatuan

Melayu ialah Persatuan Melayu Terengganu & Persatuan Kebangsaan Melayu

6

Page 7: Pengajian Malaysia (MPW) - PENDAHULUAN (Tindakbalas Penduduk Tanah Melayu Terhadap Malayan Union Yang Diperkenalkan Pada Tahun 1946 oleh British)

MPW 1133 : PENGAJIAN MALAYSIA DIPLOMA PERAKAUNAN

Selangor. Persatuan-persatuan ini menghantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat

Tanah Jajahan di London. Mereka bersetuju dengan surat-surat bantahan dan menolak

sama sekali pentadbiran Malayan Union. Contoh telegram yang dihantar ke London

ialah Telegram Islamic Voice Of Malaya, Pulau Pinang.

Melalui Penubuhan Kongres Melayu 1946

Kongres Melayu pertama ditubuhkan pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan

Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kongres ini dihadiri oleh 41 buah persatuan

dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Kongres ini bersetuju menubuhkan United

Malays National Organization (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

bagi menentang Malayan Union. Hasil pertubuhan UMNO telah mendapat sambutan

yang hebat.

Kongres Melayu kedua diadakan dari 30 hingga 31 Mac 1946 bagi membantah

pengisytiharan Malayan Union pada 1 April 1946. Kongres ini dihadiri oleh 9 wakil

persatuan-persatuan negeri Melayu. Kongres Melayu kedua telah memutuskan 3

perkara penting iaitu meminta raja-raja Melayu memulaukan majlis pelantikan Sir

Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union, meminta orang Melayu yang dilantik

memulaukan pelantikan itu dan menuntut orang Melayu berkabung selama 7 hari

dengan melilitkan kain putih pada songkok.

Mengadakan Rapat Umum

Tindakan orang Melayu bagi membantah Malayan Union dengan mengadakan

Rapat Umum. Rapat Umum diadakan semasa lawatan L.D. Gammans & David Rees

7

Page 8: Pengajian Malaysia (MPW) - PENDAHULUAN (Tindakbalas Penduduk Tanah Melayu Terhadap Malayan Union Yang Diperkenalkan Pada Tahun 1946 oleh British)

MPW 1133 : PENGAJIAN MALAYSIA DIPLOMA PERAKAUNAN

William (ahli parlimen British) di setiap bandar. Tujuan lawatan mereka adalah untuk

melihat sejauh mana orang Melayu benar-benar menentang Malayan Union. Buktinya

terdapat orang Melayu membawa sepanduk yang mengutuk Malayan Union & Sir

Harold MacMichael.

Peranan Kaum Wanita

Kaum wanita memainkan peranan yang penting bagi menyokong perjuangan

UMNO menentang Malayan Union. Antara kaum wanita yang menyokong UMNO

menentang pelaksanaan Malayan Union ialah Halimahton Majid iaitu pemimpin Kaum

Ibu UMNO, Rembau yang berucap dalam Perhimpunan Kaum Ibu membantah Malayan

Union. Kaum wanita yang lain menyokong menentang Malayan Union iaitu Datin Puteh

Mariah Ibrahim Rashid iaitu Setiausaha Kaum Ibu UMNO yang pertama. Dia telah

mengetuai Bahagian Wanita Perikatan Melayu Perak dan bergabung tenaga dengan

kaum lelaki bagi menyokong Kongres Melayu 1946. Wanita lain yang turut sama

menentang Malayan Union ialah Cikgu Zaharah Abdullah. Dia menentang Malayan

Union dengan cara member ucapan di Batu Pahat. Peranan kaum ibu atau wanita telah

mendapat pujian daripada Dato’ Onn Jaafar keran kebaikan dan sumbangan yang

diberi oleh mereka bagi menentang Malayan Union habis-habisan.

8

Page 9: Pengajian Malaysia (MPW) - PENDAHULUAN (Tindakbalas Penduduk Tanah Melayu Terhadap Malayan Union Yang Diperkenalkan Pada Tahun 1946 oleh British)

MPW 1133 : PENGAJIAN MALAYSIA DIPLOMA PERAKAUNAN

Kesimpulan

Rakyat mulai sedar, kita tidak boleh selamanya berada di bawah telunjuk

penjajah. Fenomena ini merupakan satu kejutan besar  kepada pihak British yang

sentiasa beranggapan bahawa orang-orang Melayu adalah bangsa yang lemah dan

pasif dalam mengendalikan keperluan serta kepentingan masyarakat mereka sendiri.

Rentetan peristiwa sejarah negara ini iaitu Malayan Union amat penting difahami

dan dihayati oleh semua rakyat negara ini, tanpa mengira lapisan masyarakat dan

batas kaum. Malayan Union walaupun singkat usianya, meninggalkan impak yang amat

hebat dan ia merupakan satu pengajaran yang amat berharga buat kita semua sebagai

generasi pewaris.  

Satu perkara menarik yang perlu diketahui umum, kegagalan pelaksanaan

Malayan Union di Tanah Melayu tidak langsung bergantung kepada kekuatan bala

tentera atau jumlah senjata yang digunakan. Tidak juga melalui sebarang pertempuran

atau keganasan. Sebaliknya, penentangan yang diajukan adalah melalui pergabungan

kuat suara rakyat serta pemimpin yang dipayungi Raja-raja Melayu. Penyatuan suara

ini juga amat unik sehingga dapat merungkai segala percaturan dan rancangan rapi

yang disusun oleh pihak British.

Jalinan erat kerjasama antara rakyat, pemimpin, dan raja ibarat selirat akar di

umbi. Teguh akar dan umbi, maka teguhlah pokoknya. Cetusan semangat dan inspirasi

dari Malayan Union perlu diambil dan disemat sentiasa dalam jiwa setiap rakyat ketika

mengharungi apa jua kemelut dan keadaan. Ketelusan, kebijaksanaan dan kewibawaan

pemimpin pula akan membawa rakyat dan negara ke arah kemajuan yang seimbang,

kemakmuran dan kesejahteraan.

9

Page 10: Pengajian Malaysia (MPW) - PENDAHULUAN (Tindakbalas Penduduk Tanah Melayu Terhadap Malayan Union Yang Diperkenalkan Pada Tahun 1946 oleh British)

MPW 1133 : PENGAJIAN MALAYSIA DIPLOMA PERAKAUNAN

Hakikat yang perlu kita fahami ialah institusi raja yang diwarisi secara tradisi

sejak dari dahulu ini sesungguhnya amat penting buat kita semua dan wajar untuk ia

dipertahankan bersama. Jika hilang tradisi ini, hilanglah tonggak warisan negara. Dan

hilangnya juga tidak akan berganti lagi.

10

Page 11: Pengajian Malaysia (MPW) - PENDAHULUAN (Tindakbalas Penduduk Tanah Melayu Terhadap Malayan Union Yang Diperkenalkan Pada Tahun 1946 oleh British)

MPW 1133 : PENGAJIAN MALAYSIA DIPLOMA PERAKAUNAN

BIBLIOGRAFI

Asnarulkhadi Abu Samah, Jayum A. Jawan, Kenegaraan Malaysia, 1997, Serdang :

Universiti Putra Malaysia. Hlm. 52

Fuziah Shaffie, Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, 2000, Selangor Darul Ehsan :

FajarBakti Sdn. Bhd. Hlm. 422.

M. Ghazali Shafie, “The Pattern of Indonesian Aggression”, Malaysia : International

Relations Creative Enterprise, 1982, Kuala Lumpur, hlm. 59.

www.slideboom.com/presentation/133590/BAB-2-%3A-MALAYAN-UNION-DAN-

PERSEKUTUAN-TANAH-MELAYU

http://www.arkib.gov.my

htpp://sejarahmalaysia.pnm.my

11

Page 12: Pengajian Malaysia (MPW) - PENDAHULUAN (Tindakbalas Penduduk Tanah Melayu Terhadap Malayan Union Yang Diperkenalkan Pada Tahun 1946 oleh British)

MPW 1133 : PENGAJIAN MALAYSIA DIPLOMA PERAKAUNAN

LAMPIRAN

Penubuhan Malayan Union 1 April 1946

Rapat Umum di Johor 1946. Dato' Onn menentang Malayan Union

12

Page 13: Pengajian Malaysia (MPW) - PENDAHULUAN (Tindakbalas Penduduk Tanah Melayu Terhadap Malayan Union Yang Diperkenalkan Pada Tahun 1946 oleh British)

MPW 1133 : PENGAJIAN MALAYSIA DIPLOMA PERAKAUNAN

Rapat umum menentang Malayan Union di Melaka

Rapat Umum di Tapah, Perak

13

Page 14: Pengajian Malaysia (MPW) - PENDAHULUAN (Tindakbalas Penduduk Tanah Melayu Terhadap Malayan Union Yang Diperkenalkan Pada Tahun 1946 oleh British)

MPW 1133 : PENGAJIAN MALAYSIA DIPLOMA PERAKAUNAN

Rapat Umum menentang Malayan Union

Berikutan penentangan hebat orang Melayu, Malayan Union digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948

14