Pengajian Perniagaan 1

download Pengajian Perniagaan 1

of 31

Transcript of Pengajian Perniagaan 1

  • 7/27/2019 Pengajian Perniagaan 1

    1/31

    1.1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN1.1 Pengenalan Perniagaan

    Perniagaan wujud apabila manusia mengkhususkan dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan

    yang mereka berkemahiran dan cekap. Perniagaan banyak memberi faedah kepada manusia keranaaktiviti-aktiviti perniagaan dapat memenuhi kehendak dan keperluan manusia dengan menyediakanberbagai-bagai barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan sama ada di dalam negara ataupundiimport dari luar negara.

    Selain itu, perniagaan juga menjanakan keuntungan yang menggalakkan manusia berkecimpung danmengembangkan perniagaan pulangan kepada pemilik-pemilik yang sanggup menghadapi risikodaripada pelaburan wang dan masa mereka.

    1.1.1 Definisi Perniagaan

    Business is the distribution and exchange of all the surplus goods produced in the fields, seas,forests and factories of the earth so that they reach the final consumer in the right place and at theright price

    Perniagaan merupakan pengagihan dan pertukaran semua barangan berlebihan yang dihasilkandaripada ladang-ladang, lautan, hutan-hutan dan kilang-kilang supaya mereka dapat diperoleh olehpengguna terakhhir pada tempat dan harga yang berpatutan.

    Vincent A. Gabriel (1995) m.s 5

    Perniagaan merupakan semua kegiatan membeli dan menjual barangan dan perkhidmatan dengantujuan mendapat keuntungan.

    Teng Yoon Soon, Lok Chung Hwa dan

    Abdullah Munsi b. Abdul Rahim (1999) m.s 1

    Perniagaan adalah pertukaran barang atau perkhidmatan dengan wang untuk tujuan mendapatkankeuntungan atau sebarang bentuk faedah.

    Zumilah Zainalaludin (1999) m.s 3

    Perniagaan boleh didefinisikan sebagai pertukaran barang atau perkhidmatan dengan wang atau alatpertukaran lain, bertujuan untuk mendapat keuntungan atau sebarang bentuk faedah.

    Norhayah Zulkifli et. al (1999) m.s 2

    Business is an organization that provides goods or services in order to earn profits

    Perniagaan merupakan suatu organisasi yang membekalkan barangan atau perkhidmatan untukmendapat keuntungan.

    Ronald J. Ebert dan Ricky W. Griffin (1998) m.s 2

    Rumusan

    Berdasarkan definisi-definisi yang dikemukakan di atas, maka perniagaan dapat ditakrifkan sebagai:-

    Suatu usaha untuk mengagih dan menukarkan barangan yang berbentuk barang fizikal atau

    perkhidmatan atau kedua-duanya daripada pengeluar asal kepada pengguna terakhir pada tempatdan harga yang berpatutan. Usaha pemindahan dan pertukaran barangan ini dijalankan berasaskan

  • 7/27/2019 Pengajian Perniagaan 1

    2/31

    alat pertukaran yang telah dipersetujui oleh pengeluar asal dan pengguna terakhir. Pertukaransedemikian akan membawa faedah dan keuntungan kepada semua pihak yang terlibat dalam usahaini.

    1.1.2 Barangniaga

    Ia juga dikenali sebagai produk atau keluaran. Barangniaga terdiri daripada unit-unit yang dapat

    dilihat, dihidu, dirasa dan disentuh secara fizikal seperti baju, keropok, anak patung mainan dansebagainya.

    1.1.3 Perkhidmatan

    Ia merupakan sesuatu keluaran yang tidak dapat dilihat, dihidu, dirasa dan disentuh secara fizikal.Namun demikian, kehadirannya akan memenuhi keperluan dan kehendak pembeli ataupenggunanya. Contoh-contoh perkhidmatan adalah perkhidmatan pakar perubatan, bank, insuran,pendidikan Kolej Matrikulasi dan sebagainya.

    1.1.4 Keuntungan

    Keuntungan merupakan perbezaan di antara pendapatan dan perbelanjaan perniagaan. Keuntunganperniagaan yang menggalakkan peniaga-peniaga untuk menjalankan dan mengembangkan

    perniagaan mereka. Ia juga merupakan pulangan atau ganjaran kepada peniaga-peniaga yangsanggup menghadapi risiko daripada pelaburan wang dan masa mereka.

    Keuntungan (perniagaan) = Pendapatan - Perbelanjaan

    Keuntungan (ekonomi) = Pendapatan (Perbelanjaan + Kos Melepas*)

    * Kos melepas merupakan kos yang terpaksa dilepaskan kerana membuat sesuatu pilihan.

    1.1.5 Faedah

    Faedah juga dikenali sebagai kebaikan atau kelebihan. Semua pihak yang terlibat dalam perniagaanakan memperolehi faedah. Misalnya, seorang peniaga yang menjual barangan atau menyediakanperkhidmatan akan memberi faedah kepada pelanggannya. Pelanggan itu akan menggunakanbarangan atau perkhidmatan yang disediakan untuk kepentingan diri iaitu mencapai matlamat

    individu atau organisasi. Pada masa yang sama, peniaga yang memberi perkhidmatan atau menjualbarang akan dibayar oleh pelanggannya.

    1.1.6 Kepuasan

    Apabila kehendak dan keperluan seseorang itu dipenuhi, maka dia akan berasa puas hati. Jika tidak,kepuasannya tidak akan tercapai. Misalnya, barang atau perkhidmatan yang dibeli oleh seseorang itudapat memenuhi keperluan dan kehendak pihak pembeli, maka pembeli akan berasa puashati.Begitu juga dengan penjual barang atau perkhidmatan. Bayaran yang diperoleh daripada jualanbarang atau perkhidmatan dan ia digunakan untuk memenuhi keperluan dan kehendak penjual,maka penjual akan mencapai kepuasan.

    1.1.7 Objektif Perniagaan

    Keuntungan iaitu perbezaan diantara kos pengeluaran (perbelanjaan) dan apa yang pelanggan-pelanggan mahu bayar untuk sesuatu produk (pendapatan) merupakan salah satu asas dalam sistemekonomi kapitalis.

    Keuntungan

    Pada jangka masa panjang, keuntungan ialah objektif utama untuk kebanyakan organisasiperniagaan sama ada bersaiz besar atau kecil. Keuntungan merupakan faktor atau daya tarikankepada seseorang individu untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan dan peniaga untukmengembangkan perniagaan yang sedia ada. Selain itu, keuntungan boleh menjadi pengukurprestasi sesebuah organisasi perniagaan, sama ada disifatkan berjaya atau gagal.

    Namun, persepsi atau tanggapan masyarakat terhadap keuntungan sebagai objektif utama dalam

    bidang perniagaan mula berubah. Banyak organisasi perniagaan sanggup berkorban keuntungan padajangka masa pendek untuk objektif perniagaan pada jangka masa panjang. Contohnya, banyak

  • 7/27/2019 Pengajian Perniagaan 1

    3/31

    organisasi perniagaan Jepun berjaya bersaing dan memasuki pasaran Amerika Syarikat keranamereka sanggup untuk menangguhkan keuntungan pada peringkat permulaan dengan menawarkanproduk yang bermutu dan berharga rendah.

    Pada zaman ekonomi berpengetahuan (k-economy), organisasi perniagaan yang mengutamakankeuntungan semata-mata sebagai objektif utama sering dikritik malah disangsikan oleh masyarakatumum. Oleh sebab itu, sebahagian besar organisasi perniagaan hari ini mengubah pendirian merekadaripada terlalu mengutamakan keuntungan kepada pertimbangan-pertimbangan yang dapatditerima oleh masyarakat umum seperti tanggungjawab sosial, kerja-kerja amal dan sebagainya.

    Kemandirian (Survival)

    Kewujudan sesebuah organisasi perniagaan baru atau semasa keadaan ekonomi yang tidak stabil,objektif kemandirian (survival) adalah lebih penting daripada keuntungan. Kemandirian bertujuanuntuk menyedarkan masyarakat umum tentang kewujudan organisasi perniagaan itu. Organisasiperniagaan harus cuba sedaya upaya untuk menarik perhatian masyarakat umum tentangkewujudannya. Lazimnya, organisasi perniagaan mengalami kerugian di peringkat kemandiriantetapi fenomena ini tidak berkekalan. Pihak peniaga juga harus memastikan bahawa jangka masakerugian yang dialami di peringkat kemandirian adalah singkat dan tidak berlarutan. Jika tidak,kerugian yang dialami itu bertambah dan sukar untuk ditanggung oleh organisasi perniagaan yang

    terbabit. Ini akan menggagalkan organisasi perniagaan pada akhirnya.

    Pertumbuhan

    Apabila organisasi perniagaan berjaya memperkenalkan diri dan menyedarkan masyarakat umumtentang kewujudannya, maka ia harus berusaha untuk mengurangkan kerugian yang dialami diperingkat kemandirian. Pada masa yang sama, usaha peningkatan keuntungan patut ditekankansupaya organisasi perniagaan itu bertumbuh dan terus membesar dan berdaya saing denganorganisasi perniagaan lain sama ada organisasi perniagaan tempatan ataupun antarabangsa.

    Tanggungjawab Sosial

    Pada hakikatnya, kemandirian dan pertumbuhan sesebuag organisasi perniagaan dipengaruhi oleh

    tahap penerimaan serta sambutan masyarakat umum terhadap organisasi perniagaan yangberkenaan dan aktiviti-aktiviti perniagaannya. Oleh itu, organisasi perniagaan itu harus memenuhitanggungjawab sosialnya dengan menyediakan peluang-peluang pekerjaan, menjual barangan yangbaik dan bermutu tinggi, menawarkan perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat dengan cekapdan pada kadar atau harga yang berpatutan, membantu negara untuk mempertingkatkan kedudukanekonominya.

    1.2 Kepentingan Perniagaan

    Perniagaan merupakan suatu bidang yang berpengaruh kepada kehidupan seluruh manusia danseluruh dunia. Kefahaman terhadap konsep perniagaan amat penting untuk kehidupan harianseluruhmanusia kerana ia dapat memberi kesan atau impak kepada manusia dalam aspek-aspek seperti:-

    1.2.1 Memenuhi Keperluan Masyarakat

    Perniagaan dapat memenuhi keperluan masyarakat. Hasil daripada aktiviti-aktiviti perniagaan, iaituurusan pembelian dan penjualan barangan dan perkhidmatan, para peniaga akan memperolehikeuntungan manakala pihak pembeli dan pengguna pula memiliki barangan dan perkhidmatan yangdapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Contohnya, penjual air kacang soya di tepi jalanraya akan mendapat keuntungan apabila air kacang soyanya dibeli oleh pembeli. Pada masa yangsama, pembeli yang membeli dan meminum air kacang soya itu dapat memenuhi keperluan dankehendaknya iaitu menghilangkan dahaga.

    1.2.2 Menyediakan Pekerjaan Kepada Masyarakat

    Sebahagian besar masyarakat menyara kehidupan mereka melalui pekerjaan yang diperolehidaripada sektor perniagaan. Masyarakat boleh bekerja sebagai peniaga atau sebagai pekerja dalamorganisasi perniagaan. Pendapatan yang diterima melalui pekerjaan yang diperolehi daripada sektor

    perniagaan dapat menyara malah meningkatkan taraf hidup masyarakat.

  • 7/27/2019 Pengajian Perniagaan 1

    4/31

    Selain itu, pekerja-pekerja yang kehilangan pekerjaan dan terdesak semasa berlakunya kemelesetanekonomi boleh beralih kepada perniagaan terutamanya perniagaan secara kecil-kecilan sebagaisumber rezeki yang baru.

    1.2.3 Tidak Ditipu

    Dalam kehidupan sehari-hari, kefahaman terhadap konsep perniagaan dapat membantu malah

    mencegah pengguna terakhir daripada ditipu oleh para peniaga yang menggunakan teknik-teknikperniagaan yang berniat serong seperti perniagaan seperti perniagaan jualan murah di pasaran.Pembeli-pembeli harus bijak dan berhati-hati semasa membeli-belah barangniaga jualan murah.Bukan semua barangniaga yang ditawarkan jual murah itu sebenarnya murah. Setengah-setengahnyamemang berharga murah dan setengah-setengah lagi mungkin lebih mahal daripada harga biasa.

    1.2.4 Memahami Pergolakan Perniagaan

    Kefahaman terhadap konsep perniagaan akan dapat membantu dan memudahkan lagi individuataupun organisasi untuk memahami dan mengenal pasti sebarang pergolakan perniagaan semasa.Misalnya, Syarikat A sedang menghadapi masalah kewangan, maka kita boleh mengambilkesempatan ini untuk memiliki syarikat yang berkenaan dengan membeli saham-sahamnya atautidak.

    1.2.5 Kehidupan Yang Lebih Mewah

    Masyarakat yang giat berkecimpung dalam bidang perniagaan akan meningkatkan kedudukansosioekonomi mereka terutamanya dalam sistem ekonomi kapitalis atau sistem ekonomi campuran.Pada umumnya, individu yang berilmu perniagaan dan terlibat dalam bidang perniagaan menikmatitaraf hidup atau kehidupan yang lebih mewah berbanding dengan individu yang kurang ilmuperniagaan dan kurang terlibat dalam bidang perniagaan.

    1.2.6 Meningkatkan Pembangunan

    Dalam usaha untuk menyakin dan menarik pelaburan daripada pelabur-pelabur sama ada pelabur-pelabur asing ataupun pelabur-pelabur tempatan, pihak berkuasa akan cuba memperbaikikemudahan asas atau infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik di sesebuah tempat.Peningkatan prasarana asas ini secara tidak langsung membawa kesan kepada pembangunan

    kawasan dan masyarakat tempatan yang terlibat dalam perniagaan.

    1.2.7 Peluang Global

    Masyarakat yang berilmu perniagaan akan memudahkan negara untuk menceburi dalam perniagaandi peringkat antarabangsa atau global. Penguasaan ilmu perniagaan membolehkan peniaga-peniaganegara kita bersaing terutamanya dengan peniaga-peniaga dari negara-negara maju. Kitamemerlukan kemahiran, kepakaran dan lebihan persaingan (competitive edge) yang tinggi danberkualiti untuk maju dan menjayakan perniagaan di peringkat antarabangsa atau global.

    Contoh soalan Pendek STPM

    1.1 Pengenalan Kepada Perniagaan

    Q1: Jelaskan maksud perniagaan.2M

    Perniagaan boleh dimaksudkan sebagai aktiviti membeli dan menjual barangan atau perkhidmatandengan bermotifkan keuntungan.

    Q2: Secara ringkas, bezakan antara perniagaan dan bukan perniagaan.3M

    Perniagaan merupakan sebuah organisasi yang menggemblengkan semua sumber untuk menjalankanaktiviti-aktiviti perniagaan bagi tujuan memaksimumkan keuntungan.Bukan perniagaan merujuk kepada organisasi yang ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti-aktivitiyang tidak bermotifkan keuntungan.

    Q3: Nyatakan empat unsur penting dalam perniagaan.2M

    (a) Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna(b) Barangan atau perkhidmatan

  • 7/27/2019 Pengajian Perniagaan 1

    5/31

    (c) Pertukaran nilai(d) Keuntungan perniagaan

    Q4: Berikan definisi keuntungan.2M

    Keuntungan ialah baki pendapatan setelah semua perbelanjaan pengeluaran dan pemasaranbarangan atau perkhidmatan ditolak daripada jumlah pendapatan atau jumlah penerimaan.

    Q5: Nyatakan lima komponen yang terdapat dalam setiap organisasi merujuk pandangan

    Mintzberg.2M

    (a) Manusia(b) Matlamat atau objektif(c) Struktur organisasi(d) Aktiviti(e) Kawalan

    Q6: Nyatakan dua jenis keuntungan perniagaan.1M

    (a) Untung kasar(b) Untung bersih

    Q7: Senaraikan empat sebab sesebuah perniagaan berusaha untuk mencapai keuntungan.

    2M

    (a) Mengekalkan kedudukan perniagaan(b) Membentuk strategi perniagaan yang berkesan(c) Mengembangkan perniagaan(d) Memenuhi kehendak pemilik perniagaan

    Q8: Berikan empat peranan penting perniagaan dalam sesebuah negara.2M

    (a) Meningkatkan kegiatan pelaburan dalam negara(b) Mewujudkan peluang pekerjaan(c) Meningkatkan aktiviti pengeluaran dan eksport

    (d) Menyumbang kepada pendapatan negara

    Q9: Nyatakan empat keadaan ekonomi yang dapat merangsang perkembangan sesebuah

    perniagaan.2M

    (a) Ekonomi yang stabil(b) Sistem kewangan yang liberal(c) Kuasa beli pengguna yang tinggi(d) Nilai mata wang yang stabil

    Q10: Senaraikan empat tahap penting dalam kitaran perniagaan.2M

    (a) Pertumbuhan(b) Kemerosotan

    (c) Kemelesetan(d) Kemewahan

    Q11: Bincangkan secara terperinci tahap kemerosotan dan tahap kemelesetan dalam kitaran

    perniagaan.3M

    Tahap kemerosotan berlaku apabila kadar pertumbuhan perniagaan menurun selepas mencapaitahap pertumbuhan yang paling tinggi. Namun, kadar pertumbuhan perniagaan masih bernilaipositif.Kemerosotan yang berterusan dalam ekonomi akan menyebabkan kadar pertumbuhan perniagaanterus menurun sehingga perniagaan mengalami tahap kemelesetan. Tahap kemelesetan berlakuapabila kadar pertumbuhan perniagaan bernilai negatif.

    Q12: Nyatakan empat jenis sistem ekonomi utama.2M

    (a) Pasaran bebas(b) Komunis

  • 7/27/2019 Pengajian Perniagaan 1

    6/31

    (c) Sosialis(d) Campuran

    Q13: Terangkan empat faktor penting pengeluaran.4M

    Faktor pengeluaran merupakan sumber-sumber yang digunakan untuk mengeluarkan barangan atauperkhidmatan. Faktor-faktor pengeluaran terdiri daripada empat elemen utama iaitu tanah, buruh,

    modal dan usahawan.(a) Tanah merupakan sumber alam yang berharga atau produktif yang boleh digunakan untukpengeluaran barangan atau perkhidmatan.(b) Buruh merupakan semua sumber manusia yang diperlukan untuk menukarkan bahan-bahanmentah kepada barangan atau perkhidmatan.(c) Modal merujuk kepada bentuk kewangan, bahan mentah, peralatan, kelengkapan, jentera, ataubangunan yang digunakan untuk pengeluaran barangan atau perkhidmatan.(d) Usahawan merupakan orang yang merancang aktiviti perniagaan dengan menggabungkan danmenggunakan kombinasi faktor-faktor pengeluaran yang sedia ada.

    Q14: Nyatakan lima tahap penting dalam proses perniagaan bagi semua jenis perniagaan.

    2M

    (a) Input(b) Transformasi(c) Output(d) Proses pemasaran(e) Penjanaan untung atau rugi

  • 7/27/2019 Pengajian Perniagaan 1

    7/31

    1.2 PERSEKITARAN PERNIAGAANPersekitaran Perniagaan

    Berdasarkan teori system, sesebuah organisasi perniagaan itu tidak dapat berdikari. Organisasiperniagaan dikelilingi oleh elemen-elemen persekitaran yang berinteraksi dan mempengaruhi

    pembuatan keputusan dan tingkah lakunya. Sebelum para peniaga merancang strategi perniagaan,mereka perlu mengenali, menganalisa dan memahami keadaan persekitaran perniagaan terlebihdahulu. Namun, persekitaran perniagaan boleh ditinjau dari dua perspektif iaitu persekitaranperniagaan dalaman dan persekitaran perniagaan luaran.

    1.3.1 Persekitaran Tugas (Pihak-pihak Yang Berkepentingan)

    Persekitaran perniagaan dalaman sesebuah organisasi perniagaan terdiri daripada elemen-elemenperniagaan asas seperti pemilik perniagaan, pelabur, pekerja, pengguna dan pembekal. Elemen-elemen ini berinteraksi dan mempunyai hubungan langsung dalam pem,bentukan polisi, prosedur-prosedur dan system sesebuag organisasi perniagaan.

    1.3.1.1 Pemilik Perniagaan

    Pemilik perniagaan juga dikenali sebagai tuan punya atau towkay perniagaan. Pemilik perniagaanterdiri daripada individu atau kumpulan-kumpulan individu yang telah menyumbangkan modal danmemiliki organisasi perniagaan. Pada amnya, pemilik perniagaan yang mengendali dan menjalankanoperasi harian perniagaan. Penglibatan pemilik perniagaan secara langsung dalam operasi harianpasti akan mempengaruhi perjalanan perniagaan.

    1.3.1.2 Pelabur

    Pelabur juga merupakan pemodal organisasi perniagaan. Pelabur terdiri daripada individu, syarikat,institusi dan badan-badan yang ditubuhkan oleh kerajaan. Setengah-setengah pelabur menyuntikkanmodal yang besar dalam organisasi perniagaan sama ada dalam bentuk mata wang ataupun teknologiyang tinggi kerana mereka mempunyai kepentingan dengan perniagaan yang berkenaan. Pelaburdemikian akan bergiat dalam perjalanan perniagaan tersebut. Mereka inginkan pulangan yang baik.

    Ada juga pelabur yang menyumbangkan modal dalam organisasi perniagaan melalui pembeliansaham atau syer . Mereka akan membeli saham organisasi perniagaan apabila harganya rendah danmenjual apabila harganya meningkat. Pelabur demikian merupakan pemilik organisasi perniagaanyang pasif. Mereka, pada amnya, tidak terlibat secara aktif dalam menjalankan perniagaan.

    Pelabur menyumbangkan modal dalam sesebuah organisasi perniagaan bertujuan untukmemperolehi keuntungan. Matlamat pulangan pelaburan yang telah ditetapkan oleh pelabur nescayamempengaruhi keputusan, dasar serta aktiviti-aktiviti perniagaan. Oleh itu, organisasi perniagaanperlu mengambil tindak-tanduk yang dapat memenuhi kehendak pelabur jangka masa pendek danjuga pelabur jangka masa panjang.

    1.3.1.3 Pekerja

    Pekerja merupakan sumber manusia yang penting dalam sesebuah organisasi perniagaan. Pekerja

    terlibat secara langsung dalam operasi perniagaan. Oleh itu, pekerja dibayar gaji dan juga faedah-faedah lain seperti cuti sakit, cuti tahunan, bonus dan sebagainya, dilindungi oleh kesatuan sekerjadan juga kerajaan.

    Interaksi pekerja dengan perniagaan perlu diberi perhatian yang rapi. Namun, pengambilan pekerja,hubungan perindustrian diantara pemilik perniagaan dan kesatuan sekerja serta kerajaan akanmemberi kesan kepada penentuan bentuk sistem, dasar, perancangan strategi dan aspek-aspek lainyang berkaitan dengan perniagaan.

    1.3.1.4 Pengguna

    Pengguna merupakan individu, institusi, firma dan kerajaan yang perlu diberi keutamaan olehorganisasi perniagaan. Kejayaan sesebuah organisasi perniagaan amat bergantung kepada kepadagolongan pengguna. Permintaan golongan pengguna terhadap barangan atau perkhidmatan atau

    kedua-duanya yang disediakan oleh organisasi perniagaan menetapkan sejauh manakah pencapaianobjektif / matlamat organisasi perniagaan iaitu mendapat keuntungan.

  • 7/27/2019 Pengajian Perniagaan 1

    8/31

    Kehendak atau citarasa pengguna mempengaruhi keputusan organisasi perniagaan terhadap jenisatau barangniaga yang hendak ditawarkan di pasaran. Organisasi perniagaan harus sentiasa menilaisama ada keluarannya dapat memenuhi kehendak pengguna atau tidak. Sekiranya keluaran yangditawarkan oleh organisasi perniagaan itu tidak diminati dan tidak disambut baik oleh pengguna,maka organisasi perniagaan akan menanggung risiko tidak terjual yang tinggi dan ini pastimerugikannya.

    Selain itu, keluaran organisasi perniagaan perlu mempunyai inovasi, berkreativiti dan berkembangmaju supaya keperluan dan citarasa pengguna selari dengan perkembangan teknologi dunia hari ini.

    1.3.1.5 Pembekal

    Pembekal membekalkan bahan yang diperlukan oleh organisasi perniagaan untuk dijadikanbarangniaga yang boleh dijual dan memenuhi citarasa pengguna. Pembekal sendiri juga peniagayang mendapat keuntungan daripada jualan bahannya kepada organisasi perniagaan lain sepertikedai runcit, pasaraya.

    Pembekal sentiasa berinteraksi dengan organisasi perniagaan. Pada hakikatnya, kedua-duanya salingmemerlukan diantara satu sama lain dalam dunia perniagaan. Interaksi diantara pembekal danorganisasi perniagaan banyak memberi kesan kepada penetapan corak perjalanan / operasi dankemajuan sesebuah organisasi perniagaan. Hubungan baik dengan pembekal adalah perlu untukmenjamin perjalanan / operasi sesebuah organisasi perniagaan tidak terganggu dan terusberkembang.

    1.3.1.6 Sistem dan Prosedur

    Selain factor-faktor persekitaran perniagaan dalaman yang telah dibincangkan tadi, semua prosedurdan sistem organisasi yang diamalkan akan turut mempengaruhi keputusan perniagaan yang dibuatoleh pihak pengurusan. Keputusan perniagaan yang dibuat berdasarkan prosedur dan sistemorganisasi yang diamalkan akan mengarah organisasi perniagaan itu ke arah pencapaianmatlamatnya.

    1.3.2 Persekitaran Umum

    Persekitaran perniagaan luaran terdiri daripada elemen-elemen yang berinteraksi dan

    mempengaruhi organisasi perniagaan secara tidak langsung. Diantaranya elemen-elemenpersekitaran perniagaan luaran ialah persaingan, persekitaran ekonomi, persekitaran teknologi,persekitaran sosiobudaya, persekitaran politik dan undang-undang, institusi kewangan danpersekitaran global / antarabangsa.

    1.3.2.1 Persaingan

    Dalam system ekonomi kapitalis, organisasi perniagaan sering menghadapi persekitaran persainganyang dinamik. Persaing iaitu organisasi perniagaan lain yang mengeluarkan barangniaga atauperkhidmatan yang sama, boleh menentukan daya tahan dan kreativiti, kemajuan dan kejayaan ataukegagalan sesebuah organisasi perniagaan di dunia perniagaan. Persaing cuba membaiki produkmereka supaya dapat berdaya saing dengan produk pengeluar lain malah menguasai pasaran.Contohnya, di bidang automobil Proton telah berjaya mengeluarkan kereta yang dapat berdaya

    saing dengan pengeluar-pengeluar kereta yang lain di Malaysia. Dengan perkataan lain, persainganboleh memberi kesan secara tidak langsung kepada perjalanan sesebuah organisasi perniagaan.

    1.3.2.2 Ekonomi

    Dalam perancangan organisasi perniagaan baik jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang,peniaga-peniaga harus prihatin dan peka kepada perubahan ekonomi. Keadaan ekonomi baikekonomi tempatan mahupun ekonomi antarabangsa atau global, banyak berinteraksi denganorganisasi perniagaan. Ia akan mempengaruhi operasi, prestasi dan dasar sesebuah organisasiperniagaan. Misalnya, apabila kadar faedah pinjaman asas (Base Lending Rate [BLR]) bankmeningkat, tanggungan pembiayaan pinjaman organisasi perniagaan turut bertambah. Begitu jugadengan peningkatan kadar inflasi. Kos pengeluaran akan meningkat apabila kadar inflasi meningkat.Peningkatan kadar inflasi akan mengakibatkan harga bahan mentah yang diperlukabn daripadapembekal turut naik. Untuk mempertahankan keuntungan dan meneruskan kewujudan organisasi

    perniagaan dengan peningkatan kos yang mendadak dalam pasaran, maka peniaga terpaksabertindak sama ada menurunkan kos pengeluaran dan mencari barangan pengganti bagi bahan-

  • 7/27/2019 Pengajian Perniagaan 1

    9/31

    bahan mentah yang digunakan selama ini ataupun menaikkan harga jualan barangniaga di pasaran.Persekitaran ekonomi yang sering berubah akan memberi kesan secara langsung serta merumitkanlagi pihak peniaga untuk menetapkan pengurusan organisasi perniagaannya.

    1.3.2.3 Teknologi

    Perkembangan teknologi terutamanya teknologi maklumat yang pesat akan memberi kesan secara

    langsung kepada organisasi perniagaan. Perkembangan teknologi banyak membantu perkembanganorganisasi perniagaan. Misalnya, operasi organisasi perniagaan seperti proses pengeluaran denganpenggunaan mesin berteknologi tinggi dan canggih dapat mengurangkan kesilapan manusia danmenurunkan kos pengeluaran. Kerja-kerja pengurusan pejabat seperti merekod, menyediakanPenyata Kewangan dan sebagainya dikendali dan dipermudahkan dengan penggunaan sistemkomputer. Aktiviti perniagaan iaitu pembelian dan penjualan barangan dan perkhidmatan melaluiperdagangan elektronik atau e-commerce dapat mengurangkan belanja dan masa.

    Walaupun perkembangan teknologi membawa kesan yang positif kepada organisasi perniagaan, tidakdapat dinafikan bahawa ia juga mendatangkan kesan-kesan negatif atau sampingan sepertipeningkatan kesesakan lalu lintas serta pencemaran udara dan air akibat pembuangan sisa-sisatoksik, tenaga buruh digantikan oleh mesin, interaksi dengan mesin berbanding dengan manusia dansebagainya. Oleh itu, amalan pendekatan yang seimbang perlu diutamakan. Faedah dan kebaikan

    daripada penggunaan teknologi moden dan canggih dipetik. Pada masa yang sama, kesan-kesansampingan akibat penggunaan teknologi moden dan canggih itu perlu diminimumkan.

    1.3.2.4 Institusi Kewangan

    Organisasi perniagaan tidak dapat mengelakkan diri daripada berinteraksi dengan institusikewangan. Institusi kewangan merupakan salah satu elemen persekitaran luaran perniagaan yangjuga mempengaruhi organisasi perniagaan. Organisasi perniagaan yang ingin meluaskan ataumengembangkan lagi aktiviti perniagaannya tetapi tidak mempunyai modal yang cukup bolehmendapatkan kemudahan pinjaman seperti pinjaman jangka masa pendek, kemudahan overdraftdan sebagainya daripada institusi kewangan. Modal dapat memberi kesan yang ketara kepada jenis,saiz dan aktiviti-aktiviti perniagaan yang akan diusahakan.

    Apabila dasar institusi kewangan itu berubah seperti mengurangkan jumlah pemberian kredit,

    menghadkan pemberian kredit kepada jenis-jenis perniagaan tertentu, meningkatkan kadar faedahpinjaman asas (BLR) dan sebagainya, organisasi perniagaan yang membuat pinjaman terpaksamenanggung peningkatan liabiliti yang signifikan. Misalnya, kenaikan kadar faedah pinjaman asassecara mendadak semasa kegawatan ekonomi pada tahun 1997 menyebabkan banyak organisasiperniagaan mengalami kemerosotan. Kerajaan Malaysia terpaksa mengarahkan semua institusikewangan di Malaysia menurunkan kadar faedah pinjaman untuk menyelamatkan ekonomi negaraMalaysia. Langkah penurunan kadar faedah pinjaman asas daripada institusi kewangan dapatmemberi nafas baru kepada organisasi perniagaan yang menghadapi masalah kewangan sertapemulihan semula ekonomi Malaysia.

    1.3.2.5 Sosial dan Budaya

    Dalam dunia perniagaan, penilaian terhadap persekitaran social dan budaya tidak dapat diringankankerana masyarakat yang menggunakan barangniaga dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh

    organisasi perniagaan mempunyai tahap sensitivity tersendiri. Setiap masyarakat seperti masyarakatmajmuk di Malaysia mempunyai nilai-nilai etika yang tersendiri mengikut bangsa dan agama.

    Organisasi perniagaan perlu menghormati perbezaan nilai-nilai etika di kalangan masyarakat.Misalnya, makanan yang dikeluarkan khas untuk masyarakat beragama Islam di Malaysia diwajibkanmempamerkan logo halal daripada Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kesedaran tentangperbezaan, keinginan untuk mempelajari, mengetahui dan memahami perbezaan dan persamaannilai-nilai etika yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat dapat membantu organisasi perniagaanuntuk maju dan mengembangkan perniagaannya sepanjang masa.

    1.3.2.6 Persekitaran Politik dan Undang-undang

    Organisasi perniagaan juga harus prihatin dan peka kepada persekitaran politik dan undang-undangyang telah ditetapkan oleh kerajaan di tempat ia beroperasi. Perniagaan tidak dapat dipisahakandaripada kuasa politik. Ia mungkin menyulitkan aktiviti-aktiviti organisasi perniagaan atau memberipeluang kepada organisasi perniagaan. Misalnya, untuk melindungi dan mengembangkan industri

  • 7/27/2019 Pengajian Perniagaan 1

    10/31

    kereta yang baru, kerajaan Malaysia sebagai pemegang kuasa politik mengenakan kadar cukaiimport yang tinggi terhadap kemasukan barangan seperti komponen dan alat ganti kereta darinegara luar. Tindakan kerajaan Malaysia ini akan memberi tekanan kepada pengimport baranganyang berkaitan. Pada masa yang sama, ia juga memberi kebaikan dan sokongan kepada peniagatempatan.

    Selain itu, undang-undang dan peraturan yang digubahkan bertujuan menjamin etika perniagaan.Misalnya, undang-undang jualan langsung (Direct Sale) bertujuan untuk memberi perlindungankepada para pembeli dan pengguan terakhir. Persekitaran politik yang stabil dan undang-undangyang sempurna membolehkan oragnisasi perniagaan terus beroperasi dan berkembang.

    1.3.2.7 Global / Persekitaran Antarabangsa

    Pada era globalisasi, operasi perniagaan tidak lagi terhad kepada persekitaran luaran setempat.Para peniaga tempatan harus bersedia dan menyusun strategi dan merancang perniagaannya supayabenar-benar berdaya saing dengan peniaga-peniaga antarabangsa. Keadaan politik, ekonomi danperkembangan teknologi semasa di negara-negara asing banyak berinteraksi dan memberi kesanyang signifikan kepada perjalanan perniagaan di negara tempatan. Misalnya, kegawatan ekonomiyang berlaku di Malaysia pada tahun 1997 telah menjejaskan sedikit sebanyak negara-negara baratyang mengeksport industri pendidikan mereka. Kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan untuk

    membekukan penghantaran pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara.Tindakan kerajaan Malaysia sedemikian secara tidak langsung memaksa banyak institusi pengajiantinggi luar negara untuk menawarkan biasiswa atau mengurangkan yuran pengajian kepada pelajar-pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara.

    Ringkasan Tajuk

    sumber : cikgu azly

    PERSEKITARAN TUGAS (PIHAK YG BERKEPENTINGAN)PIHAK DEFINISI BAGAIMANA IA MEMPENGARUHI? TANGGUNGJAWAB

    PERNIAGAAN?Pelanggan Pembeli produk Perubahan citarasa -

    pengaruhi jenis

    keluaran/harga/kualitiproduk

    Ikut citarasa/kehendakpelanggan

    Jaga kualiti/harga/mutu Beri maklumat

    benar/lengkap

    Pembekal BekalkanINPUT/BhnMentah

    Bekalan yg berterusan &cekap pengaruhikejayaan sykt

    Bayar hutang ikut tempoh Ikut perjanjian jual beli

    Pesaing Penjual produkserupa & ditempat sama

    Persaingan harga/kualiti perlu buat inovasi terhdpproduk

    Amalkan persaingan sihat Tdk cemarkan nama

    pesaing

    Pembiaya/Pemodal Pemberipinjaman &modal

    Sumbanganmodal/pinjaman tinggi-bolehkan pembesaran

    perniagaan

    Bayar hutang ikut syarat Beri pulangan/dividen yg

  • 7/27/2019 Pengajian Perniagaan 1

    11/31

    baik

    Bekalkan maklumat ygdiperlukan

    Pekerja Tenaga buruh(mental/fizikal)

    Pekerja ygberkemahiran/baik- dpt

    tingkatkan produktiviti Semangat

    kerjasama/motivasi -bantu perniagaan capaimatlamat

    Sediakan suasana tempatkerja yg baik

    Jagakebajikan/adil/hormatiidea pekerja

    Kerajaan Penguatkuasa

    undang2

    Cukai yg tinggi- untungakan kurang

    Pewujudan tanggjwbsosial- aktiviti perniagaanakan terjejas/terbatas

    Jalankan perniagaan ikutperaturan

    Daftar perniagaan- adalesen

    Bayar cukai kpd kerajaanPERSEKITARAN UMUMPERSEKITARAN DEFINISI BAGAIMANA IA MEMPENGARUHI?Ekonomi Keadaan/Sistem EkonomiKuasa

    beli/harga brgDinamik Pasaran/Risiko Prestasi ekonomi-baik/buruk.. Sistem ekonomi yg

    diamalkan..kapitalis/sosialis

    Harga brg-mahal/murah Kadar tukaran wang-menarik/tdk Sistem kewangan/bank-

    efisyen/lembab

    Sosiobudaya Nilai budaya sosial/etikaPerubahanpopulasiTanggungjawab sosial

    Budaya unik..pelbagai agama/adatresam/perayaan

    Sikap/minat, golonganmuda/tuabeza citarasa

    Tarafhidupkaya/miskin/bandar/luarbandar

    Politik &Perundangan

    Keadaaan politik, polisi awam,peraturan dan kawalan kerajaan,sokongan atau galakan kerajaan sertasistem percukaian

    Bergantung kpd sistem politik ygdiamalkan- komunis/kapitalis

    Undang2 yg ketat-perlindunganhak cipta

    Kestabilan politik Galakan kerajaan

    Persaingan &Jaringan

    Persaingan, jenis struktur pasaran,dan persaingan harga, produktiviti

    dan persaingan antarabangsa

    Bergantung kpd jenis persaingan-jika tulen-harga akan rendah tapi

    perlu jaga kualiti

  • 7/27/2019 Pengajian Perniagaan 1

    12/31

    Teknologi Sebarang perubahan penggunaansains

    Memudahkan & percepatkancapaian maklumat

    Prosedur kerja lebih mudah/cepat Jimat kos penggunaan buruh

    Fizikal Kemudahan fizikal (bangunan,

    jalanraya, perhubungan), tenaga(minyak, elektrik, dll), sumbersemulajadi, pencemaran alam, danekologi.

    Pengangkutan yg cekap akancepatkan penghantaran brg

    Kemudahan perhubungan yg baikakan percepatkan prosesperniagaan

    Kemudahan pergudangan Kemudahan Air dan letrik Kekayaan sumber semulajadi

    KEPENTINGANPERSEKITARANFIZIKAL TERHADAPPEMBANGUNAN

    PERNIAGAAN.

    Fakta Huraian fakta Kepentingan

    Pengangkutan Keretapi, jalan raya,pelabuhan

    Pengangkutan yangcekap mengekalkesegaran barangan

    Kos yang murahPerhubungan Telefon, internet Untuk

    memesan/menjual

    Untuk komunikasiUtiliti Air, elektrik, Bekalan air dan elektrik

    yang berterusan

    Voltage yang stabiluntuk industri mikrocip

    Kandungan klorin dalambekalan air menjejaskan

    perwarnaan produkseperti kain

    Zon Perdagangan Segala infrastrukturyang disediakan

    Binaan kilang Kawasan perdagangan

    bebas cukai

    Berhampiran denganpelabuhan

    Pengecualian cukai insensif

    pengeluaran/jualan pemberian taraf

    perintis

    inland port pihakkastam mengenakancukai tanpa perlupemunggahan barang

    kemudahaninfrastruktur

    Pembangunansetempat/ciri-ciri

    budaya fizikal

    Kawasan perumahanyang selesa

    Wujud kedai-kedai(perniagaan)

    Balai bomba, balai

  • 7/27/2019 Pengajian Perniagaan 1

    13/31

    polis, kuil, masjid,hospital dan sekolah

    Memudahkanpengguna

  • 7/27/2019 Pengajian Perniagaan 1

    14/31

    1.3 ENTITI PERNIAGAANPengenalan Entiti Perniagaan

    Tiada usahawan dapat menafikan bahawa cabaran perniagaan semakin bertambah di alaf baru ini.Perniagaan merangkumi semua aktiviti dan usaha yang menyediakan barangan dan perkhidmatan

    yang perlu untuk sesuatu sistem ekonomi (M.B. Muda et. al., m.s 3)

    Kejayaan sesuatu perniagaan amat dipengaruhi oleh jenis entiti yang dipilih oleh seseorang peniaga.Malangnya, kebanyakan peniaga tidak begitu sedar dan faham tentang kepentingan entitiperniagaan yang tepat atau betul.

    (a ) Pengertian Entiti Perniagaan

    Entiti perniagaan merupakan satu badan perniagaan yang mempunyai fungsi tersendiri (M.B. Mudaet.al., m.s 28). Oleh itu, perniagaan boleh dikelaskan berdasarkan bentuk pemilikan perniagaan,aktiviti perniagaan yang dijalankan, sektor industri di mana perniagaan itu beroperasi, jeniskeluaran yang diterbit dan dipasarkan dan juga peringkat perniagaan dalam aliran industri.

    Sebelum bentuk-bentuk perniagaan diterangkan dengan lebih lanjut, lebih baik beberapa konsep

    asas perniagaan difahami dahulu. Antaranya ialah :-

    i. Konsep Liabiliti Perniagaan

    Usahawan-usahawan yang menceburi diri dalam bidang perniagaan sering menghadapi pelbagairisiko terutamanya syarikat perniagaan yang mempunyai liabiliti tidak terhad. Liabiliti perniagaanadalah tanggungan dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh perniagaan mulai sekarang (tempohsemasa) hingga pada masa hadapan sebelum liabiliti tersebut dijelaskan pada jangka masa yangtelah ditetapkan (Zumilah Zainalaludin, m.s 31). Pada dasarnya, liabilti perniagaan dibahagikankepada dua jenis yang utama iaitu liabiliti terhad dan liabiliti tidak terhad.

    Liabiliti terhad merupakan tanggungan perniagaan yang terhad kepada jumlah pelaburan yang telahdilaburkan dalam perniagaan yang berkenaan. Sekiranya pemilik perniagaan tidak mampumenjelaskan segala tanggungan perniagaan apabila perniagaannya gulung tikar (gagal), maka aset

    peribadi pemilik perniagaan tidak akan terlibat langsung dalam melunaskan tanggunganperniagaannya. Ini bermaksud pemilik perniagaan yang berliabiliti terhad hanya akan kehilanganjumlah modal yang dilaburkan dalam perniagaan sahaja bagi tujuan melunaskan liabititi perniagaantadi. Perniagaan sendirian, perniagaan awam ataupun perniagaan perkongsian boleh didaftarkansebagai perniagaan berliabiliti terhad. Nama perniagaan sendirian dan perniagaan perkongsian yangberliabiliti terhad perlu diakhiri dengan perkataan Sdn. Bhd. atau Bhd. Contoh: Addison WesleyLongman Bhd. Perniagaan awam pula perlu menunjukkan perkataan PLC pada hujung namaperniagaan. Contoh : Olympia Plc., Tanjong Plc.

    Pemilik perniagaan yang berliabiliti tidak terhad perlu melibatkan asset peribadi dalam melunaskantanggungan perniagaan sekiranya perniagaannya mengalami sesuatu yang malang. Ini bermaknatanggungan perniagaan tidak terhad kepada jumlah pelaburan yang pemilik laburkan padaperniagaan yang berkenaan. Contoh: Syarikat Hazami, Kedai Runcit Cheong Fatt.

    ii. Konsep Sendirian dan Awam

    Negara-negara yang mengamalkan system ekonomi campuran seperti Malaysia dan Britainmempunyai perniagaan sendirian dan juga perniagaan awam.

    Perniagaan sendirian (private enterprise) merujuk kepada perniagaan yang dimiliki dan diusahakanoleh individu-individu tertentu (some of the public) yang biasanya bermatlamatkan keuntungan.Entiti perniagaan sendirian menjalankan berbagai-bagai aktiviti perniagaan. Syarikat-syarikatperniagaan dan korporat adalah entiti perniagaan yang tergolong dalam kategori ini. Contoh : KedaiGunting XYZ, Public Bank Berhad.

    Perniagaan awam (public enterprise) pula merujuk kepada entiti perniagaan yang dimiliki olehNegara (all of the public). Perniagaan awam ditadbir oleh kerajaan pusat ataupun kerajaantempatan. Perniagaan awam lazimnya berfungsi sebagai agen pelaksana dasar-dasar awam kerajaandan matlamatnya ialah semata-mata matlamat sosial. Contoh: Jabatan Pengangkutan Jalan,Perbadanan Kemajuan Negeri.

  • 7/27/2019 Pengajian Perniagaan 1

    15/31

    2.2 Bentuk-bentuk Pemilikan Perniagaan

    Salah satu asas untuk mengelaskan sesuatu perniagaan ialah pemilikan perniagaan itu sendiri.Pemilikan perniagaan melihat perspektif pemilik atau tuan punya perniagaan. Terdapat empatbentuk pemilikan perniagaan iaitu pemilikan tunggal (sole proprietor), perkongsian (partnerships),syarikat / korporat dan koperasi. Setiap bentuk pemilikan perniagaan yang tersebut tadi mempunyaiciri-ciri, kelebihan dan kelemahan tersendiri.

    (a) Pemilikan Tunggal (Sole Proprietor / Trader)

    Bentuk perniagaan ini seperti kedai runcit, pasar mini, warung paling banyak terdapat di Negarakita, Malaysia. Ciri-ciri utama bentuk perniagaan ini ialah:

    i. Dimiliki oleh seorang pemilik sahaja. Pemilik berperanan sebagai pengurus dan pekerjaperniagaan. Kadang-kala pemilik perniagaan dibantu oleh ahli keluarga ataupun satu atau dua orangpembantu yang digaji.

    ii. Modal perniagaan disumbangkan oleh pemilik sendiri daripada hasil tabungan atau pinjamandaripada keluarga.

    iii. Pemilik perniagaan ini mesti mendaftarkan perniagaannya dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan.

    Pendaftaran perniagaan boleh dibuat dengan menggunakan nama pemilik seperti Kedai RuncitAhmad Kamal ataupun nama perniagaan seperti Pasar Mini Pongsu Seribu.

    iv. Pemilikan tunggal merupakan sejenis perniagaan yang menjual satu jenis produk atauperkhidmatan yang tidak memerlukan modal yang besar.

    Kelebihan Pemilikan Tunggal

    i. mudah ditubuhkan, dikembangkan dan dibubarkan.

    ii. kos penubuhan dan kos overhed perniagaan rendah.

    iii. pemilik perniagaan bebas untuk mengurus, mengawal dan membuat keputusan perniagaan

    iv. pemilik perniagaan mendapat kepuasan yang lebih kerana segala untung dan rugi menjadi

    tanggungannya, memberi layanan secara peribadi kepada pelanggan.v. cukai pendapatan secara perseorangan dan akaun perniagaan tidak perlu diaudit semasadilaporkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

    Kelemahan Pemilikan Tunggal

    Perniagaan pemilikan tunggal juga mempunyai beberapa kelemahan. Antara kelemahan-kelemahannya ialah :

    i. aset peribadi pemilik perniagaan berisiko tinggi kerana bentuk perniagaan ini berliabiliti tidakterhad.

    ii. modal, idea dan kemahiran pengurusan pemilik perniagaan yang terhad menyukarkanpengembangan perniagaan.

    iii. masa kerja pemilik perniagaan panjang dan tidak bebas untuk bercuti panjang.

    (b) Perkongsian (Partnerships)

    Perniagaan perkongsian merupakan lanjutan daripada perniagaan tunggal. Bentuk perniagaan inidibentuk secara gabungan dan diusahakan oleh dua orang atau lebih dengan matlamat memperolehkeuntungan. Pemilik-pemiliknya dikenali sebagai rakan kongsi perniagaan. Terdapat beberapa jenisrakan kongsi perniagaan. Antaranya ialah:

    i. Rakan Kongsi Umum

    mempunyai liabiliti yang tidak terhad sangat aktif dalam aktiviti operasi perniagaan menyumbangkan modal

  • 7/27/2019 Pengajian Perniagaan 1

    16/31

    ii. Rakan Kongsi Terhad

    mempunyai liabiliti terhad tidak aktif dalam aktiviti operasi perniagaan menyumbangkan modal

    iii. Rakan Kongsi Lelap / Tidur (Sleeping Partners)

    menyumbangkan modal berhak menerima keuntungan tidak aktif dalam aktiviti operasi perniagaan

    iv. Rakan Kongsi Nominal

    tidak menyumbangkan modal membenarkan nama digunakan orang yang berpengaruh / mempunyai tahap kredibiliti yang tinggi

    turut menanggung segala liabiliti perkongsian

    Ciri-ciri Bentuk Perniagaan Perkongsian

    i. Jumlah modal yang disumbangkan oleh rakan-rakan kongsi berasaskan syarat-syarat / persetujuanyang termaktub dalam perjanjian bertulis yang dikenali sebagai Artikel Perkongsian (Articles ofPartnership).

    ii. Jumlah keuntungan diagihkan kepada semua rakan kongsi perniagaan berdasarkan syarat-syarat /modal yang telah dinyatakan dalam Artikel Perkongsian.

    iii. Sekurang-kurangnya dua orang pemilik tetapi tidak melebihi 20 orang bagi perniagaan biasa, 10orang bagi bank, bilangan rakan kongsi tidak terhad bagi bidang professional.

    iv. Didaftarkan dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB). Boleh mendaftarkan perniagaanperkongsian dengan menggunakan nama perniagaan atau nama rakan-rakan kongsi.

    v. Liabiliti perniagaan tidak terhad kecuali bagi pekongsi berhad.

    vi. Aktiviti operasian perniagaan diuruskan oleh rakan kongsi yang aktif. Sebagai balasan, rakankongsi berkenaan dibayar gaji / elaun mengikut syarat-syarat perjanjian.

    vii. Perniagaan perkongsian tidak dikenakan cukai perniagaan. Rakan-rakan kongsi perlu membayarcukai pendapatan perseorangan.

    Kelebihan Perniagaan Perkongsian

    i. Mudah ditubuhkan. Perniagaan perkongsian merupakan lanjutan daripada perniagaan secarapemilikan tunggal. Oleh itu, prosedur untuk menubuhkan perniagaan perkongsian tidak banyak

    perbezaannya berbanding dengan perniagaan secara pemilikan tunggal.

    ii. Penggabungan banyak idea terutamanya pada peringkat awal penubuhan perniagaan perkongsian.Keupayaan berfikir daripada idea rakan kongsi yang banyak dapat memberi kelebihan keyakinankepada perniagaan perkongsian untuk berhadapan dengan pesaing-pesaing yang sedia ada dalampasaran.

    iii. Dapat menggemblengkan tenaga, kemahiran dan kepakaran yang berlainan. Perbincangan danpengkhususan boleh dilakukan antara rakan-rakan kongsi.

    iv. Mudah mendapatkan sumber kewangan terutamanya daripada institusi kewangan. Pihak bankatau syarikat kewangan (Finance) mempercayai bahawa rakan kongsi yang ramai memudahkanperniagaan perkongsian untuk melangsaikan obligasinya.

    v. Dapat mengembangkan kemampuan perniagaan. Dengan modal yang mencukupi hasil daripadasumbangan ekuiti rakan kongsi, perniagaan perkongsian dapat merebut peluang perniagaan sertamemajukan perniagaannya dengan mudah.

  • 7/27/2019 Pengajian Perniagaan 1

    17/31

    vi. Perniagaan perkongsian tidak dikenakan cukai perniagaan. Berdasarkan keuntungan yangditerima, rakan kongsi perniagaan perkongsian masing-masing diwajibkan oleh undang-undang untukmenjelaskan cukai pendapatan perseorangan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

    Kelemahan Perniagaan Perkongsian

    i. Liabiliti / Tanggungan yang tidak terhad. Semua rakan kongsi perniagaan perkongsian berliabiliti

    tidak terhad kecuali pekongsi-pekongsi berhad. Ini bermakna sekiranya perniagaan perkongsian ituterpaksa menggulung tikar, pihak pemiutang boleh menuntut hutangnya daripada aset peribadirakan kongsi perniagaan itu.

    ii. Mudah berlaku konflik atau salah faham. Rakan kongsi yang ramai mudah mempengaruhipembuatan keputusan. Pendapat dan karenah rakan kongsi yang berbeza-beza sering kali menjadipunca perselisihan faham atau pertelingkahan. Masalah ini akan menjejaskan keharmonian dikalangan rakan kongsi perniagaan itu.

    iii. Kewujudan perniagaan perkongsian tidak kekal. Sekiranya seorang rakan kongsi menarik diridaripada perniagaan perkongsian, meninggal dunia, tidak siuman atau diisytiharkan sebagai muflis,maka perkongsian itu dengan sendirinya terbubar. Jika rakan-rakan kongsi yang lain inginmeneruskan perniagaan perkongsian itu, mereka perlu mendaftarkan semula perniagaan perkongsianitu dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB).

    iv. Pemilikan perniagaan sukar untuk dipindahkan. Berdasarkan undang-undang perniagaan, hasratseseorang rakan kongsi untuk memindahkan pemilikan perniagaannya perlu, terlebih dahulu,mendapatkan persetujuan daripada rakan-rakan kongsi perniagaan yang lain. Jika tidak,pemindahan pemilikan perniagaan itu adalah tidak sah.

    (c) Perbadanan Korporat

    Perbadanan korporat merupakan suatu bentuk perniagaan yang ditubuhkan dibawah kuasa undang-undang (Akta Syarikat) dan didaftarkan melalui Pendaftar Syarikat. Ini bermakna perbadanankorporat yang berdaftar boleh menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan, memiliki atau menjualharta, meminjam wang, mengambil dan diambil tindakan oleh mahkamah dan membuat sebarangperjanjian dengan sebarang organisasi (Zumilah Zainalaludin, 1999, m.s 40).

    Ciri-ciri Bentuk Perbadanan Korporat

    Terdapat tiga jenis perniagaan secara perbadanan korporat iaitu syarikat sendirian (swasta),syarikat awam, dan badan berkanun. Selain itu, perbadanan korporat juga boleh dikelaskan kepadasyarikat berhad atau syarikat tidak berhad. Syarikat berhad, tidak kira syarikat sendirian (swasta)atau syarikat awam, dibahagikan kepada syarikat berhad dengan jaminan, syarikat berhad dengansaham dan syarikat berhad dengan jaminan dan saham.

    i. Syarikat Sendirian Berhad (Swasta)

    Syarikat-syarikat sendirian berhad boleh dikenali dengan mudah. Tiap-tiap nama syarikatsendirian berhad diakhiri dengan perkataan sendirian berhad atau Sdn. Bhd.

    Pemilik atau pemegang saham syarikat sendirian berhad terdiri daripada 2 hingga 50 orang.Semua pemilik perniagaan berliabiliti terhad.

    Pemilik / pemegang saham syarikat sendirian berhad yang menyumbang modal perniagaan.Mereka dilarang sama sekali untuk mengutip modal daripada orang awam.

    Saham syarikat sendirian berhad boleh dijual beli tetapi tidak dilakukan secara terbuka dipasaran.

    Pemegang saham yang memiliki 51% atau lebih daripada jumlah saham biasa syarikatsendirian berhad, berhak untuk mengawal syarikat sendirian berkenaan.

    ii. Syarikat Awam Berhad

  • 7/27/2019 Pengajian Perniagaan 1

    18/31

    Syarikat awam berhad boleh dikenali melalui perkataan Berhad / Bhd. Di hujung namasyarikat berkenaan. Terdapat dua jenis syarikat awam berhad iaitu yang tersenarai di bursasaham seperti Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan syarikat awam tidak tersenarai.

    Modal syarikat awam berhad dikumpulkan melalui penjualan saham dan bon kepada orangawam.

    Pemegang saham syarikat awam berhad bebas menjual dan membeli saham di pasaran saham(BSKL). Ini bermakna pemindahan saham syarikat tidak perlu mendapat persetujuanpemegang-pemegang saham lain dalam syarikat.

    Bilangan minimum pemegang saham adalah 2 orang dan boleh melebihi 50 orang. Jumlahpemegang saham itu bergantung kepada jumlah saham yang dipegang oleh ahli-ahli syarikatdan jenis saham yang diterbitkan.

    Pemilik perniagaan ini berliabiliti terhad terhadap jumlah modal yang dilaburkan dalamperniagaan.

    iii. Syarikat Awam Berhad Dengan Jaminan

    Dimiliki oleh ramai pemilik seperti persatuan-persatuan. Tidak bermotifkan keuntungan, hanya bertujuan untuk menjaga kebajikan para pelabur

    perniagaan.

    Dijamin oleh kerajaan atau agensi kerajaan.iv. Badan-badan Berkanun

    Ditubuhkan oleh pihak kerajaan yang bertujuan untuk membangunkan sesuatu industri ataumenjaga kepentingan rakyat jelata. Dibentuk di bawah Akta Parlimen. Badan-badan berkanun yang menjalankan perniagaan seperti Perbadanan Kemajuan Ekonomi

    Negeri, FELDA, Lembaga Pertubuhan Ladang dikenali sebagai perusahaan awam.

    Beberapa badan berkanun di Malaysia telah diswastakan melalui Dasar Penswastaan danPersyarikatan mulai tahun-tahun 1980-an. Antaranya, Sistem Telekom Malaysia, MAS,Tenaga Elektrik Nasional, Perkhidmatan Pos, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), UniversitiMalaya (UM) dan sebagainya. Saham-saham badan-badan berkanun berkenaaan telah dijual

    kepada masyarakat umum.

    Kelebihan Perniagaan Perbadanan Korporat

    Liabiliti pemilik terhad kepada jumlah modal yang dilaburkan. Status perundangan jelas dan perlu dipatuhi dengan tepat. Pemegang-pemegang saham

    dilindungi oleh undang-undang.

    Modal yang besar memudahkan perniagaan berkembang. Bentuk perniagaan secara perbadanan korporat lebih stabil kerana ia entiti berasingan

    dengan pemilik perniagaan.

  • 7/27/2019 Pengajian Perniagaan 1

    19/31

    Pengurusan perniagaan secara perbadanan korporat lebih efisyen kerana ia duruskan olehkumpulan pengurusan professional.

    Kelemahan Perniagaan Perbadanan Korporat

    Operasi perbadanan korporat dikawal oleh undang-undang yang ketat. Pengurusan perbadanan korporat dikawal oleh lembaga pengarah dan bukan pemilik

    perniagaan. Pengurusan dan pemilik perniagaan khususnya syarikat awam dipisahkan.Pembaziran dan salah guna kuasa mungkin dan mudah berlaku.

    Cukai yang dikenakan ke atas perbadanan korporat adalah lebih tinggi berbanding denganlain-lain bentuk perniagaan. Cukai-cukai itu terdiri daripada cukai ke atas keuntungansyarikat yang belum diagihkan dan cukai ke atas dividen yang diperolehi oleh tiap-tiappemegang saham.

    Laporan kewangan syarikat perlu diaudit oleh juruaudit bertauliah sebelum diedarkan kepadapemegang-pemegang saham.

    Laporan tahunan perbadanan korporat perlu dikemukakan kepada Pendaftar Syarikat danpemegang-pemegang saham

    Proses penubuhan dan pendaftaran perbadanan korporat lebih sukar dan kompleksberbanding perniagaan secara pemilikan tunggal dan perkongsian.

    (d) Koperasi

    Koperasi merupakan suatu entiti perniagaan yang ditubuhkan secara sukarela untuk menjagakebajikan ahli-ahlinya berdasarkan konsep kerjasama dan semangat tolong-menolong. Terdapat duabentuk koperasi, iaitu koperasi yang keahliannya terhad kepada sesuatu jenis pekerjaan, kawasan

    dan latar belakang seperti Koperasi Guru-guru Semenanjung Malaysia, Koperasi KesatuanPerkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) dan koperasi yang keahliannya adalah bebas sepertiKoperasi Perumahan, Koperasi Pengguna.

    Ciri-ciri Koperasi

    i. Modal koperasi diperolehi melalui yuran sama ada yuran bulanan ataupun yuran tahunan yangdibayar dan saham-saham yang dibeli oleh ahli-ahlinya.

    ii. Tiap-tiap ahli koperasi diwajibkan membeli sekurang-kurangnya 100 unit saham tetapi tidakmelebihi satu perlima daripada jumlah modal koperasi.

    iii. Tiap-tiap ahli koperasi mempunyai hanya satu undi dalam sebarang perlantikan jawatankoperasi.

    iv. Koperasi diurus dan ditadbirkan oleh ahli lembaga pengarah yang dilantik oleh ahli-ahli koperasisemasa Mesyuarat Agung Tahunan.

    v. Pengurusan harian koperasi dikendalikan oleh jawatankuasa pengurusan yang dilantik olehLembaga Pengarah Koperasi.

    vi. Koperasi wajib didaftarkan dengan Jabatan Pembangunan Koperasi.

    vii. Keuntungan koperasi diagihkan kepada ahli, sama ada satu kali atau dua kali setahun, dalambentuk dividen atau bonus atau kedua-duanya.

    Kelebihan Koperasi

    i. Mengutamakan kebajikan dan kepentingan ahli dan bukan hanya mencari keuntungan.

    ii. Menggemblengkan tenaga, modal dan mengumpul orang yang berminat untuk meningkatkankedudukan ekonomi masing-masing melalui konsep kerjasama.

  • 7/27/2019 Pengajian Perniagaan 1

    20/31

    Kelemahan Koperasi

    i. Aktiviti koperasi dikuasai oleh ahli-ahli lembaga pengarah kerana ahli-ahli koperasi kurang aktif.

    ii. Operasi koperasi dikawal rapi oleh Jabatan Pembangunan Koperasi. Jika koperasi tidak mematuhiperaturan operasi, pihak pendaftar Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) berhak untuk menutupoperasi koperasi berasaskan kuasa yang ada padanya.

    iii. Laporan kewangan koperasi perlu diaudit oleh juruaudit dalaman dan juga juruaudit luaran yangbertauliah.

    iv. Mesyuarat agung tahunan yang dihadiri oleh ramai ahli mungkin boleh menggugat sistempengurusan koperasi.

    (e) Usahasama (Joint Venture)

    Usahasama merupakan suatu jenis perniagaan perkongsian yang bersifat sementara untuk tujuanmenyempurnakan sesuatu kerja, projek atau tugas khas dalam jangka masa tertentu seperti musimperayaan.

    Apabila kerja, projek atau tugas khas itu selesai, maka jenis perniagaan perkongsian ini akandibubarkan. Ini bermakna bahawa jangka hayat perniagaan secara usahasama bergantung kepada

    pelaksanaan sesuatu kerja, projek atau tugas khas.

    (f) Sindiket

    Sindiket adalah pertubuhan dua atau lebih jenis perniagaan yang mengutamakan keuntungan atausebarang faedah. Sindiket juga berperanan sebagai persatuan untuk memberi perlindungan ke atashak dan kepentingan ahli-ahlinya.

    2.3 Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

    (a) Pengenalan

    Negara kita, Malaysia, merupakan sebuah Negara yang amat bertuah kerana kaya dengan sumberbahan mentah. Penerokaan terhadap sumber bahan mentah telah banyak membantu pembangunan

    Malaysia, baik dari segi infrastruktur, tahap ekonomi ataupun kualiti hidup rakyat Malaysia.Proses transformasi sumber bahan mentah ternyata melibatkan peningkatan mendadak sektorekonomi Malaysia, khususnya pada bidang pembuatan dan pengeluaran barangan. Pertumbuhan danperkembangan ekonomi Malaysia yang pesat telah memberi peluang yang lebih meluas kepadapembangunan industri kecil dan sederhana (IKS). Penglibatan industri kecil dan sederhana yangmeluas yakin dapat memperkukuhkan struktur asas pembangunan bidang perindustrian negara. Padamasa yang sama, keseimbangan antara penglibatan syarikat-syarikat asing dengan usahawantempatan tercapai.

    (b) Definisi Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

    Banyak definisi tentang industri kecil dan sederhana telah dikemukakan oleh individu, penyelidik,ahli akademik, penggubal dasar, agensi dan institusi. Walau bagaimanapun, di Malaysia, tidak ada

    satu definisi yang khusus, rasmi, sah dan diterima secara umum. Menurut Moha Asri Abdullah (1997),kelemahan ini tidak harus dijadikan halangan kepada usaha untuk memperakukan definisi industrikecil dan sederhana.

    Maka, industri kecil dan sederhana dirujuk sebagai industri yang beroperasi dengan saiz pekerjayang kurang daripada 200 orang secara penuh masa (Moha Asri Abdullah, 1997, m.s. 9)

    (c ) Kepentingan Perniagaan Kecil dan Sederhana Kepada Negara

    Data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa peratusan daripada jumlahpertumbuhan kilang dalam sektor perkilangan telah merosot pada pertengahan 90-an. (Misalnya,kadar pertumbuhan sektor perkilangan pada 1975 ialah 92.4 %, manakala pada 1995, sektor inihanya menujukkan pertumbuhan sebanyak 88.9% ).

    Namun, penurunan peratusan ini tidak bermaksud bahawa sumbangan dan peranan industri kecil dansederhana kepada pembangunan ekonomi Malaysia telah kurang penting. Penurunan peratusan ini,sebenarnya, disebabkan oleh sebahagian besar daripada industri kecil dan sederhana telah

  • 7/27/2019 Pengajian Perniagaan 1

    21/31

    berkembang besar dan tidak layak lagi dikategorikan sebagai industri kecil dan sederhana. Disamping itu, terdapat juga industri kecil dan sederhana yang terletak di kawasan terpencil danpedalaman tidak diambil kira dalam system pembancian.

    Sumbangan dan kepentingan industri kecil dan sederhana di Malaysia secara keseluruhannya dapatdibincangkan dalam beberapa aspek. Antaranya ialah:

    i. Membuka Peluang Pekerjaan

    Penggunaan tenaga buruh secara intensif dalam teknik pengeluaran industri kecil dan sederhanaterus dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam beberapa fungsi pengeluaran danoperasinya. Industri kecil dan sederhana lebih cenderung untuk menggunakan tenaga buruh secaraintensif untuk menandingi kos pengeluaran. Masalah modal, teknik dan teknologi yang canggih untukbarangan tertentu secara kecilan tidak mudah diperolehi serta kuasa beli yang kecil industri kecildan sederhana tidak menggalakkannya mengamalkan modal / kapital secara intensif.

    ii. Tabungan Dalam Ekonomi

    Penglibatan industri kecil dan sederhana dalam ekonomi banyak membantu dalam meningkattabungan modal negara. Dapatan kajian tentang operasi industri kecil dan sederhana menunjukkanbahawa sebahagian besar sumber modal datangnya daripada usahawan sendiri, keluarga atau rakan.

    Oleh itu, industri kecil dan sederhana menjadi sumber penting kepada jumlah tabungan dansimpanan negara. Pada masa yang sama, industri kecil dan sederhana turut membantu dalammengurangkan kadar perbelanjaan penduduk dan seterusnya kadar inflasi.

    Seterusnya, industri kecil dan sederhana juga membeli dan menggunakan mesin peralatan yangmudah atau yang terpakai dalam usaha menjimatkan aset tetap mereka. Dari segi ekonomi,penggunaan mesin dan peralatan seperti ini oleh industri kecil dan sederhana dapat membantumengurangkan modal dan kos mereka.

    Di samping itu, industri kecil dan sederhana jarang melibatkan penggunaan bahan-bahan mentahimpot berbanding dengan firma-firma besar. Hal ini pula membantu Negara menjimatkan pertukaranwang asing dan seterusnya dapat menggalakkan pertumbuhan sektor-sektor ekonomi yang lain.

    iii. Pengagihan Pendapatan

    Kepentingan industri kecil dan sederhana yang seterusnya dapat dilihat dari aspek pengagihansemula pendapatan di kalangan penduduk. Industri kecil dan sederhana lebih cenderung membayargaji, faedah dan menawarkan pekerjaan kepada pekerja-pekerja yang bukan daripada kalanganyang mahir dan profesional. Penglibatan pengusaha, pemilik dan pekerja dalam industri kecil dansederhana boleh membantu merapatkan jurang pendapatan di kalangan penduduk. Denganperkataan lain, penglibatan mereka meningkatkan pendapatan yang lebih ketara di kalanganpenduduk.

    iv. Latihan Kepada Pekerja dan Pengusaha

    Industri kecil dan sederhana juga memainkan peranan yang penting dalam melatih pekerja,pengusaha dan bakal pengusaha. Peningkatan mereka dalam kemahiran dan pengetahuan secaralangsung membantu mengendalikan selok-belok operasi perniagaan dengan lebih berkesan dan terus

    bergantung hidup kepada perniagaan yang berkenaan.

    v. Memperkukuhkan Struktur Asas Industri Negara

    Di samping itu, industri kecil dan sederhana banyak membantu dalam mengembang danmemperkukuhkan struktur asas ekonomi dan industri negara yang sedia ada. Industri kecil dansederhana, sebenarnya, merupakan industri pelengkap kepada keperluan dan pembangunankebanyakan syarikat gergasi antarabangsa (MNCs). Penglibatan industri kecil dan sederhana yanggiat dan dalam pelbagai sector membolehkan asas industri yang mantap dan kukuh dan tidak akantergugat dan terjejas apabila syarikat gergasi antarabangsa yang beroperasi di sesuatu negara itumenarik diri daripada operasi dan pelaburan mereka.

    vi. Memenuhi Citarasa dan Keperluan Penduduk Tempatan

    Industri kecil dan sederhana amat penting dari segi memenuhi citarasa dan keperluan barangansebahagian besar penduduk tempatan yang berpendapatan rendah. Industri kecil dan sederhanadengan penyesuaian mereka kepada intensif tenaga buruh, banyak mengeluar dan menghasilkan

  • 7/27/2019 Pengajian Perniagaan 1

    22/31

    barangan dan perkhidmatan yang tidak dapat dihasilkan oleh syarikat bersaiz besar termasuksyarikat gergasi antarabangsa. Contohnya pengeluaran dan pembuatan barangan makanan, pakaian,perabot, logam, peralatan getah dan plastik.

    (d) Galakan Kerajaan Untuk Industri Kecil dan Sederhana

    Sejak kebelakangan ini, industri kecil dan sederhana seringkali mendapat perhatian dan galakan

    yang meluas daripada banyak pihak terutamanya kerajaan.

    Dalam usaha untuk menggalakkan lebih ramai penduduk terutamanya usahawan Bumiputeraberkecimpung dalam industri kecil dan sederhana, kerajaan Malaysia menerusi agensi-agensinyatelah menyediakan pelbagai galakan dan program sokongan kepada mereka yang berpotensi danberminat dalam bidang industri kecil dan sederhana. Antara galakan dan sokongan yang disediakanoleh kerajaan dapat dibahagikan kepada lima kategori yang utama, iaitu

    i. bantuan kewangan dan kemudahan kredit

    Misalnya, pinjaman daripada Syarikat Jaminan Kredit (CGC), pinjaman dan kemudahan kredit MARA,pinjaman daripada Tabung Usahawan Baru, pinjaman daripada Tabung Pemulihan Usahawan,pinjaman dan kemudahan kredit daripada bank, bank perdagangan, bank saudagar, syarikatkewangan berlesen dan institusi pembangunan, kemudahan kredit Skim Pembayaran Kredit Eksport.

    ii. bantuan latihan teknik dan pelajaran vokasional

    Perbadanan Daya Produktiviti Negara (NPC) dan Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC)menyediakan program pembangunan usahawan dan pengurusan perniagaan.

    SMIDEC, Institut Piawai dan Penyelidikan Industri Malaysia (SIRIM), Institut Penyelidikan PerhutananMalaysia (FRIM), Pusat Instruktor dan Latihan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Institut-institut Latihanperindustrian (ILP), Institut kemahiran MARA (IKM), GIAT MARA menawarkan kursus-kursus teknikaldan kemahiran pekerja jangka pendek.

    iii. bantuan khidmat nasihat dan konsultasi lanjutan

    NPC, SMIDEC, institusi kewangan, SIRIM, MARDI, MEDEC menawarkan bantuan khidmat nasihatpengurusan dan peningkatan kawalan kualiti dan perkembangan reka bentuk kepada industri kecildan sederhana di Malaysia.

    iv. bantuan pemasaran dan penyelidikan pasaran

    MEDEC, NPC, Bank Pembangunan, SMIDEC, MARA, FAMA menyediakan bantuan pengurusan asaspemasaran yang bertujuan untuk meningkatkan pasaran barangan keluaran industri kecil dansederhana.

    v. penyediaan kemudahan infrastruktur

    UDA membantu industri kecil dan sederhana untuk mendapatkan tapak, bangunan dan ruangpejabat yang sesuai di kawasan Bandar, MARA menyediakan tapak-tapak kilang dan perniagaankepada usahawan dan peniaga Bumiputera di Malaysia, MIEL bertanggungjawab untukmembangunkan estet perindustrian di Malaysia, Taman Teknologi Malaysia, Zon Perdagangan Bebas

    (FTZ).

    Sehingga ke hari ini hamper 13 kementerian dan hamper 30 agensi kerajaan yang terlibat secaralangsung dan tidak langsung dalam menawarkan pelbagai jenis program bantuan dan galakankerajaan dalam pembangunan industri kecil dan sederhana di Malaysia.

    (e) Perniagaan Huluan dan Hiliran

    Entiti perniagaan adalah sesuatu organisasi yang amat dinamik. Ia sentiasa mengalamiperkembangan dan pertumbuhan. Pertumbuhan entiti perniagaan boleh diukur mengikut peringkatpenggunaan input. Antaranya ialah:

    i. Perniagaan Huluan (Up-stream Business)

    Perniagaan pada peringkat huluan bererti bahawa perniagaan berkenaan melibatkan aktiviti yangberasaskan sumber-sumber asli / semula jadi seperti bahan galian, tanaman, ternakan dan

  • 7/27/2019 Pengajian Perniagaan 1

    23/31

    sebagainya. Contoh: Syarikat Ayamas yang membekalkan ayam sebagai input untuk ayam gorengrestoran KFC dikatakan menjalankan perniagaan pada peringkat huluan.

    ii. Perniagaan Hiliran (Down-stream Business)

    Perniagaan pada peringkat hiliran bererti bahawa perniagaan berkenaan melibatkan aktiviti-aktivitiperniagaan yang dikembangkan daripada perniagaan lain seperti pemprosesan, pembuatan,

    pengilangan, perkhidmatan dan sebagainya. Contoh: Restoran KFC, ayam goreng KFC yang dijualadalah hasil pemprosesan ayam segar yang dibekalkan oleh Syarikat Ayamas.

    Entiti perniagaan juga boleh dikenalpasti melalui fokus pasaran dan aktiviti pembuatannya iaitusama ada domestik (tempatan) ataupun antarabangsa.

    iii. Perniagaan Domestik (Tempatan)

    Perniagaan ini hanya beroperasi di dalam sesebuah negara, bermula dengan pengeluaran dan diikutidengan pemasaran dan jualan. Keluaran perniagaan domestik bertujuan untuk memenuhi keperluanpenduduk tempatan. Perniagaan domestik pula banyak menyumbang kepada pembangunan ekonominegara dan memperkukuhkan lagi struktur asas industri negara.

    iv. Perniagaan Antarabangsa

    Perniagaan antarabangsa merupakan perniagaan yang menjalankan operasi perniagaannya di duaatau lebih negara asing. Operasi perniagaan itu berbentuk sama ada satu hala, dua hala ataupunpelbagai hala. Perniagaan antarabangsa lazimnya berkembang daripada perniagaan domestik yangmenjalankan aktiviti eksport sama ada di peringkat serantau atau di peringkat global.

    (f) Tahap Perniagaan Primer, Sekunder dan Tertiar

    Perniagaan juga boleh dikategorikan kepada tahap primer, sekunder atau tertiar.

    i. Tahap Primer

    Perniagaan yang menjalankan aktiviti mengeluarkan barang-barang yang akan digunakan sebagaiinput untuk pengeluaran yang seterusnya atau mengeluarkan barang-barang yang boleh digunakanterus oleh pengguna dikenali sebagai perniagaan tahap primer. Contoh: Industri yang berasaskan

    pertanian atau ekstraktif seperti perlombongan galian dan bahan api.

    ii. Tahap Sekunder

    Perniagaan tahap sekunder merupakan perniagaan yang menjalankan aktiviti mengeluarkan barang-barang yang diterbitkan pada tahap primer kepada barangan siap atau separuh siap yang diperlukanoleh aktiviti pemprosesan seterusnya. Contoh: Bijih besi ditukarkan kepada kepingan besi, paip besidan sebagainya.

    iii. Tahap Tertiar

    Perniagaan tahap tertiar terdiri daripada perniagaan yang menghasilkan barangan yang tidak ketara.Perniagaan pada peringkat ini lebih tertumpu kepada pemberian perkhidmatan yang terbaik.Contoh: Perkhidmatan yang ditawarkan oleh doktor, akauntan, bank dan sebagainya.

    2.4 Perniagaan Francais

    Perniagaan francais merupakan suatu pendekatan yang membuka jalan termudah bagi seseorangindividu atau syarikat untuk menceburi dalam bidang perniagaan. Perniagaan francais meliputisemua jenis perniagaan berangkaian yang memenuhi ciri asas 3S iaitu sistem (system), pengkhususan(specialization) dan piawaian (standardization). Perniagaan francais, sebenarnya, telah lama wujuddi negara kita, Malaysia. Namun, amalan perniagaan Malaysia yang berasaskan konsep francais masihtidak menggalakkan. Ini bermakna peluang untuk maju serta berkembang dalam bidang perniagaanfrancais di Malaysia adalah cerah; banyak lagi yang boleh diterokai. Kerajaan Malaysia telahmemainkan peranan yang aktif serta memberi sokongan padu kepada pembangunan perniagaan ini.

    (a) Definisi Perniagaan Francais

    Perniagaan francais boleh ditakrifkan sebagai suatu pendekatan perniagaan di mana syarikat induk(francaisor) memberi lesen atau hak kepada individu atau syarikat lain (francaisi) untuk

  • 7/27/2019 Pengajian Perniagaan 1

    24/31

    menjalankan aktiviti perniagaan yang berlandaskan suatu kaedah tertentu, di lokasi atau kawasanyang ditetapkan dan dalam jangka masa yang ditentukan.

    Dengan perkataan lain, perniagaan francais merupakan suatu bentuk perniagaan yang berkontrak diantara francaisor dan francaisi yang menggariskan tanggungjawab dan tugas kedua-dua pihak, yangmembenarkan fungsi-fungsi pemasaran produk dipiawai dan diselaraskan tanpa penduaan danpeniruan (duplication).

    (b) Francaisor dan Francaisi, Hubungan Antara Kedua Pihak

    Syarikat perniagaan / Pemilik francais yang memberi lessen / kebenaran dan hak kepada individuatau syarikat lain untuk mengeluar dan menjual produknya, menggunakan jenama atau simbolnya,mengamalkan kaedahnya dan lain-lain yang berkaitan dengan perniagaan dikenali sebagaifrancaisor.

    Francaisi pula merupakan syarikat atau individu yang mendapat lesen / kebenaran dan hak untukmengeluar dan menjual produk, menggunakan jenama atau simbol, mengamalkan kaedah dan lain-lain yang berkaitan dengan perniagaan francaisor.

    Pihak francaisor dan pihak francaisi diikat oleh kontrak / perjanjian francais yang telah dipersetujuibersama. Dengan itu, francaisor mengizinkan francaisi menjalankan perniagaan yang serupa

    dengannya dari semua aspek. Sebagai balasan, francaisi perlu membayar royalti setiap tahun kepadafrancaisor.

    (c ) Kelebihan dan Kelemahan Perniagaan Francais

    Seperti bentuk-bentuk perniagaan yang telah dibincangkan terlebih dahulu, perniagaan francaistentu sekali memberi kelebihan dan juga kelemahan kepada kedua-dua pihak yang terlibat iaitufrancaisor dan francaisi. Antaranya:

    i. Kelebihan Perniagaan Francais Kepada Francaisor

    Perniagaan francaisor dapat berkembang serta bertumbuh dengan pesat kerana sistem pengurusandan modal perniagaan cawangan diurus di atas tanggungjawab francaisi. Ini secara tidak langsungmemudahkan pihak francaisor memperluaskan pasaran untuk produknya. Tambahan bayaran royalti

    yang tetap, bayaran asas, caj perkhidmatan pengurusan dan sebagainya akan menambahkankeuntungan perniagaan francaisor.

    ii. Kelebihan Perniagaan Francais Kepada Francaisi

    Francaisi dapat memulakan perniagaan dengan risiko perniagaan yang rendah. Francaisi berpeluangmemperdagangkan produknya berdasarkan suatu sistem yang lengkap dan terbukti berdaya maju /keberkesanannya. Contoh: Pihak francaisi akan menggunakan jenama produk, bahan mentah untukmengeluarkan produk serta prosedur pengurusan perniagaan sebagaimana yang telah ditetap dandiamalkan oleh francaisor.

    Selain itu, francaisi juga mendapat bantuan kewangan, khidmat sokongan dan latihan daripadafrancaisor untuk tujuan membangunkan struktur pengurusan dan premis perniagaan francaisi.

    Disebalik kebaikan tentunya juga kedapatan kelemahan perniagaan francais yang terpaksa dihadapioleh pihak francaisor dan francaisi. Antaranya:

    i. Kelemahan Perniagaan Francais Kepada Francaisor

    Francaisor adalah bertanggungjawab ke atas kewujudan, perkembangan dan daya saing perniagaanfrancaisi. Francaisor perlu memberikan bantuan kewangan dan khidmat sokongan kepada pihakfrancaisi bukan sekadar di peringkat awal tempoh francaisi memulakan perniagaan, bahkan untukseumur hidup perniagaan francais itu dikendalikan oleh francaisi.

    Apabila francaisi gagal untuk mematuhi segala prosedur perniagaan sebagaimana yang telahditetapkan oleh francaisor seperti garis panduan mengenai mutu produk, tentu sekali nilai namaatau reputasi francaisor akan terjejas.

    Pihak francaisor pula mungkin akan menghadapi kesukaran untuk menangani masalah penipuan

    seperti bayaran royalti, bayaran caj perkhidmatan, peniruan dan kebocoran formula produk dansebagainya apabila cawangan francais pihak francaisor bertambah dan berkembang pesat.

  • 7/27/2019 Pengajian Perniagaan 1

    25/31

    Kegagalan francaisor menangani masalah sedemikian boleh mengakibatkan kemusnahan ikatanpemfrancaisan.

    ii. Kelemahan Perniagaan Francais Kepada Francaisi

    Penglibatan serta penerusan pihak francaisi dalam perniagaan francais adalah tertakluk kepadaperaturan dan sistem pengoperasian perniagaan yang telah ditetapkan oleh pihak francaisor. Ini

    secara tidak langsung akan menyekat tahap daya kreativiti dan innovasi francaisi terutamanyadalam aspek pengendalian perniagaannya.

    Tambahan, pelaburan modal permulaan perniagaan francais yang besar menjadikan bentukperniagaan ini lebih eksklusif dan sukar untuk bakal usahawan menceburi dan memasuki pasaranseperti ini.

    Francaisi juga mudah dikhianati oleh pihak francaisor yang tidak jujur dan tamak. Misalnya, padaperingkat permulaan, pihak francaisor memberi kebenaran dan hak pengoperasian perniagaanfrancais kepada francaisi terutamanya pengoperasian perniagaan itu berjalan di kawasan yangkurang membangun. Apabila perniagaan francais berkenaan di kawasan itu meningkat maju danterkenal, pihak francaisor mengambil balik hak berniaga dan beroperasi sendiri. Tindakan pihakfrancaisor sedemikian tentu sekali merugikan francaisi yang telah bertungkus lumus untukmembangunkan perniagaannya.

    CIRI-CIRIENTITIPERNIAGAAN

    TUNGGAL 1 org, Pendaftar perniagaan, modalsendiri/keluarga, kawalan sendiri,cukai individu, liabiliti tdk terhad

    PKONGSIAN 2-20, Pendaftar perniagaan, modalrakan kongsi, diurus rakan kongsiaktif, cukai individu shj, liabiliti tdkterhad

    SDN BHD 2-50, Pendaftar sykt (Akta Sykt 1965),syer dr keluarga/rakan rapat, jual syer

    mesti minta kebenaran, diurus olehahli lembaga pengarah yg dipilih,cukai sykt, liabiliti terhad setakatmodal dilabur.

    AWAM BHD 2-tiada had, Pendaftar sykt (Akta Sykt1965), syer kpd org awam, bebas jualbeli saham, diurus oleh ahli lembagapengarah yg dipilih, cukai sykt,liabiliti terhad setakat modal dilabur.

    KOPERASI Min 100, Ketua Pendaftar KoperatifMalaysia, syer kpd ahli, syer tdk boleh

    tukar milik, diurus oleh ahli lembagapengarah yg dipilih, tiada cukai,liabiliti terhad.

    KEBAIKAN DANKELEMAHANENTITIPERNIAGAAN

    JENIS ENTITI KEBAIKAN KEBURUKANMILIKANTUNGGAL

    1. Mudahditubuhkanhanya perlu isiBorang A danyuran yg rendah

    2. Mudahdiuruskan- bebas

    membuatkeputusan sendiri3. Beban cukai yg

    1. Liabiliti tdkterhad-pemilikbertanggungjawab atassemua hutangperniagaan

    dan hartaperibadi akanterlibat jika

  • 7/27/2019 Pengajian Perniagaan 1

    26/31

    rendah-cukaiindividu shjbukan cukaiperniagaan

    4. Pemilikmenikmati

    semuakeuntungan

    rugi2. Modal

    terhad-sukarmendapatmodal besardari bank

    3. Keterusanperniagaantdk terjamin-bergantungkpd hayatpemilik

    4. Terpaksamenguruskansendiri semuakerja2berkaitanperniagaan

    5. Pasaranterhad-sukardikembangkan

    PERKONGSIAN 1. Mudahditubuhkan-hanya perlu isiBorang A danyuran yg rendah

    2. Beban cukai ygrendah-tertakluk kpdcukai perorangan

    3. Modal lebih bykdari milikantunggal keranasumbanganmodal pekongsi2.

    4. Tanggunganrisikoperniagaanbersamapekongsi

    5. Pengkhususandpt dilaksanakan

    6. Liablititi tdktehad bagipekongsi biasa

    7. Keterusanperniagaan tdkterjanim-dibubarkan bilaada pekongsimuflis, mati,tidak siuman

    8. Perkongsianuntung-terpaksabahagikankeuntungan

    9. Percanggahanpendapat-perniagaan

  • 7/27/2019 Pengajian Perniagaan 1

    27/31

    terjejas bila adakonflik antarapekongsi

    KOPERASI 1. Mementingkankebajikan sosial

    ahli-Beli brgmurah danpinjaman dgnfaedah rendah

    2. Tidak wujudmonopoli kuasa-pengurusandemokrasi dgnsatu ahli satuundi

    3. Beban cukai ygrendah-cukaiindividu

    4. Modal bolehditingkatkantanpa hadmaksimum-tdktertakluk kpdmodal berdaftar

    5. Operasi kurangagresif-kurangusaha utk carikeuntungan lebihsebab hanya jagakebajikan shj

    6. Pengurusankewanganterikat dgn akta-kewangandikawal ketatolehjab.pembangunan koperasi utkjaga kepentinganahli

    7. Sukarditubuhkan-mimimum 100

    org ahli sukardicari8. Modal terhad-

    ahli biasanyagolonganpendapatanrendah sptnelayan, petanidll dan sukarbersaing sgnentiti lain.

    SYARIKAT 1. Mudah mendapatmodal-drp ramaipemegang syer

    1. Beban cukaiyg tinggi-cukai sykt

  • 7/27/2019 Pengajian Perniagaan 1

    28/31

    dan perniagaanmudahberkembang

    2. Liabliti terhad-pemegang syerrugi setakat

    modal dilaburkanshj

    3. Berterusan dantdk mudahdibubarkan-perniagaan tdkterjejaswalaupun berlakukematian, tdksiuman, bankrapdan pindah milikdikalanganpemegang

    syer/saham4. Pengkhususan

    dptdilaksanakan-kerja mengikutkepakaran

    5. Pengurusan syktlebih berkesandan cekap-berupaya upahpengurus ygprofesional dlmbidang ttt.

    sebanyak 28%ke atasuntung sykt

    2. Kawalanundang2 danperaturan yg

    ketat-dikawalakta sykt 1965

    3. Pemisahanpemilikandanpengurusan-kecekapanbergantungkpdkebolehanlembagapengarahbukannya

    pemegangsaham, risikosalah gunakuasamungkinberlaku

    4. Kurangkerahsiaanbagi syktawamberhad-perlukemukakanlaporan

    kewangantahunan

    5. Kesukaranmemindahkan syer bagisdn bhd-perlupersetujuanpemegangsaham yg lain.

    AKTIVITI PERNIAGAAN PENGELUARAN/INDUSTRI

    Def: ialah aktiviti yg melibatkan pengeluaraniaitu menggunakan tenaga buruh untuk

    mengeluarkan bahan mentah danmemprosesnya kepada sesuatu barang lain

    1. Ekstraktif Meliputi penghasilan dan pemprosesan

    untuk mendapatkan sesuatu bahanmentah

    Dijadikan input kepada pengeluaranlain

    Cth:Pelombongan bijih timah, petanihasil tani dan nelayan mendapat ikan.

    1. Perkilangan

  • 7/27/2019 Pengajian Perniagaan 1

    29/31

    Barang konsumer Melibatkan proses mengeluarkan

    barang-barang terus boleh digunakanoleh pengguna

    Proses mengeluarkan barang-barangsiap dan melibatkan beberapa

    peringkat Cth: Barang makanan (gula, minyak

    masak), barang eletrik

    Barang industri Melibatkan pengeluaran barang-barang

    yang digunakan untuk prosespengeluaran seterusnya

    Cth: pengeluaran cip komputer, tayarkereta, barangan elektronik

    Pembuatan Aktiviti menggunakan bahan mentahuntuk menghasilkan barang siap atau

    barang separuh siap.

    Cth: Menggunakan getah untukmenghasilkan tayar dan sarungtangan, menggunakan kayu balakuntuk menghasilkan perabot sepertikerusi dan meja

    Pemasangan Aktiviti memasang komponen-

    komponen untuk menghasilkan barangsiap.

    Cth: Komponen elektronik dipasanguntuk menghasilkan televisyen, radiodan perakam video.

    PERKHIDMATAN 1. Perdagangan adalah aktiviti menyediakan barangan

    supaya mudah didapati oleh pembeliapabila diperlukan

    mereka terlibat merupakanpenghubung antara pengeluar danpengguna spt peruncitandan

    pemborongan

    1. Kewangan aktivitinya adalah sperti bank

    perdagangan, syarikat pelaburan,syarikat insurans dan syarikatkewangan

    terlibat dalam bidang pengumpulanmodal, pelaburan ekuiti,penyediaankemudahan kredit dan urusniagapasaran wang.

  • 7/27/2019 Pengajian Perniagaan 1

    30/31

    1. Perkhidmatan merangkumi perkhidmatan profesional

    dan perkhidmatan perdagangan

    -contoh: syarikat peguan, doktor agen

    pelancongan dll

    SEKTOR 1. SektorSwasta

    Mewujudkan peluang pekerjaankepada rakyat dengan membukakilang/perniagaan

    Tingkatkan hasil negara melalui cukai Memberi kemahiran dan pengalaman

    untuk meningkatkanproduktiviti/pembangunan sumbermanusia kepada masyarakat.

    Sumbangan kepada negara sepertiderma dll

    Menyediakan infrastruktur/prasaranaspt jalanraya dll

    Memindah teknologi ke dalam negara Menjalankan r & d

    1. SektorAwam

    Menjadi penyokong & pendorongkepada sektor swasra

    Memberi kemudahan dan panduan,insentif dll dalampengeluaran,pertanian dll

    Membantu mengurangkan lapisanbirokrasi

    Cth: kelulusan lesen/permit dapatdiselesaikan bawah satu bumbung

    1. BadanBerkanun

    Mengawal selia aktiviti perniagaansektor swasta supaya tidak melanggarperaturan dan

    Perundangan yg telah ditetapkan. Dapat menjaga kewibawaan sektor

    swasta & kepentingan pihak penggunasupaya tidak ditindas

    Pihak tidak bertanggungjawab Menyediakan sumber manusia contoh

    universiti

    Melaksanakan dasar berkaitan denganpihak swasta

    TAHAPPERNIAGAAN

    PENGELUARANPRIMER Tahap pertama dalam prosespengeluaran

    Pengeluaran bahan mentah padaperingkat asas

    Contoh: penoreh pengeluaran susugetah dari pokoknya

    SEKUNDER Tahap kedua dalam prosespengeluaran

    Pemprosesan bahan mentah untukmenghasilkan barang separuh siap

  • 7/27/2019 Pengajian Perniagaan 1

    31/31

    Dan barang siap

    Contoh : susu getah digunakan untukmenghasilkan keluaran getah lain

    Seperti sarung tangan getah

    TERTIER Tahap terakhir dalam prosespengeluaran

    Pemasaran produk kepada penggunaakhir

    Lebih tertumpu kepada sektorperkhidmatan

    Contoh : sarung tangan getah akandiedarkan kepada pengguna melaluirangkaian pengedaran yang sesuai.

    INDUSTRI HULUAN Peringkat industri yang membekalkanbahan mentah, barang separuh siap

    atau Barang siap yang akan digunakan

    dalam aktiviti pengeluaran lain

    Contoh: Industri yang mengeluarkansusu getah

    HILIRAN Tahap perniagaan yang berlakuselepas tahap huluan

    Contoh: Perniagaan yangmenghasilkan tayar getad daripadasusu getah

    PASARAN DOMESTIK Melibatkan penjualan produk padaperingkat pasaran dalamNegara/tempatan

    Cth: tayar getah yang dihasilkanpengeluar malaysia dijual kepada

    Pengguna dalam pasaran malaysiasahaja

    ANTARABANGSA Penjualan produk kepada penggunaasing di luar negara

    Cth: pengeluar tayar getah di malaysiamengeksport tayar getah ke Negara

    lain.