Pengajian Perniagaan 2: Strategi Memulakan Perniagaan

24
BAB 2: KEUSAHAWAN 2.5 STRATEGI MEMULAKAN PERNIAGAAN

Transcript of Pengajian Perniagaan 2: Strategi Memulakan Perniagaan

Page 1: Pengajian Perniagaan 2: Strategi Memulakan Perniagaan

BAB 2: KEUSAHAWAN

2.5 STRATEGI MEMULAKAN PERNIAGAAN

Page 2: Pengajian Perniagaan 2: Strategi Memulakan Perniagaan

D. Perniagaan Francais

Francais- kaedah pemasaran produk atau perkhidmatan oleh sebuah syarikat induk (francaisor) memberi hak kepada syarikat lain atau individu (francaisi) untuk memasarkan produk atau perkhidmatan tersebut berlandaskan kaedah tertentu di lokasi atau kawasan yang ditetapkan dan dalam jangka masa yang ditentukan.Mempunyai 3 ciri asas @ sistem 3S yang perlu dipatuhi iaitu system (sistem), specialization (pengkhususan) dan standardization (keseragaman perniagaan) oleh francaisi kerana sistem tersebut telah ditetapkan oleh francaisor.

Page 3: Pengajian Perniagaan 2: Strategi Memulakan Perniagaan

Sistem francais dikatakan membuka jalan termudah sebagai francaisi kerana

Mendapat bantuan kepakaran dan idea rancangan untuk membangunkan perniagaan.Mendapat pinjaman kewangan daripada institusi kewangan.Mudah mendapat khidmat nasihat dalam mencari jalan penyelesaian. (wujudnya hubungan francaisi dan francaisor yang berasaskan perniagaan yang sama)

Page 4: Pengajian Perniagaan 2: Strategi Memulakan Perniagaan

Kaedah atau bentuk perniagaan francis boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori:

Pemegang Francais Berformat.Kaedah yang paling digalakkan di mana francaisi mendapat lesen untuk buat dan pasarkan barangan daripada francaisor.Francaisor tawarkan format perniagaan seperti hak penggunaan harta intelektual (logo, jenama, goodwill), strategi pemasaran, operasi, pengiklanan, perakaunan dan latihan kepada francaisi.

Page 5: Pengajian Perniagaan 2: Strategi Memulakan Perniagaan

Prinsip 5C dalam kaedah francais jenis ini:

Prinsip 5C Keterangan

Keseragaman (consistency)

~ punya imej yang sama dari segi tanda logo, produk dan keseluruhan sistem pengurusan tidak kira di negara tuan rumah mahupun di seluruh dunia.

Kelebihan persaingan (competitiveness)

~ buat pengusaha kerana francaisor boleh membeli bahan mentah, mesin dan peralatan secara pukal (dapat diskaun bahan yang besar) lalu dijualkan kepada francaisi pada harga yang berpatutan.

Page 6: Pengajian Perniagaan 2: Strategi Memulakan Perniagaan

Prinsip 5C Keterangan

~ aktiviti pengiklanan dan promosi secara komperhensif dapat dilakukan apabila premis francaisi di seluruh tempat membayar peratus yuran yang dikumpulkan.

Keselesaan (convenience)

~ ciri reka bentuk premis yang menarik memberi keselesaan kepada pelanggan.

Kebersihan (cleanliness)

~ menjadi amalan utama dari segi imej, penyediaan produk dan persekitaran premis. (ada manual penjagaan kebersihan yang sistematik; pekerja dilatih untuk urus premis perniagaan)

Page 7: Pengajian Perniagaan 2: Strategi Memulakan Perniagaan

Prinsip 5C Keterangan

Kesopanan (courtesy)

~ pekerja diajar cara melayan dan menjaga kesopanan apabila berurusan dengan pelanggan.

Francais Pengilangan ProdukFrancaisor – memberi lesen kepada francaisi untuk kilangkan barangan mengikut formula, resipi atau reka bentuk lalu memasarkan barangan tersebut dengan menggunakan sistem pemasaran.Contohnya, pembotolan Pepsi Cola.

Page 8: Pengajian Perniagaan 2: Strategi Memulakan Perniagaan

Lesen Bertanda Dagang/Jenama.Pelbagai jenis barangan berlesen yang dibuat oleh francaisor. Francaisi diberi lesen untuk menjual barangan itu lalu diberi ganjaran yang berbentuk komisen.Contohnya, watak² Walt Disney, Garfield, Pierre Cardin dan Dunhill.

Francais Wakil Pengedar.Francaisi wajib pasarkan barangan keluaran francaisor secara eksklusif mengikut peraturan dan kaedah yang ditentukan serta diberi monopoli di kawasan geografi tertentu. Contoh: stesen perkhidmatan minyak dan pengedaran kereta =Petronas, Pusat Perkhidmatan EON.

Page 9: Pengajian Perniagaan 2: Strategi Memulakan Perniagaan

Penganjur.Francaisi sebagai penganjur kepada francaisor. Barangan dibeli daripada dan nama syarikat² francaisi adalah sama. Penglibatan francaisor dalam perniagaan syarikat adalah mendalam daripada modal, bahan mentah, kepakaran, pengurusan dan pemasaran.Contohnya, PERNAS EDAR (Kedai G-Mart)

Kebaikan perniagaan francaisBerisiko rendah kerana kebanyakan produk yang tersenarai telah lama bertapak dalam bidang perniagaan dan mendapat tempat di hati pengguna.Berpeluang memperdagangkan/memasarkan produk/perkhidmatan yang sudah terkenal jenamanya.

Page 10: Pengajian Perniagaan 2: Strategi Memulakan Perniagaan

Francaisor yang kekurangan modal boleh memperluas pasaran.Memperoleh faedah ekonomi bidangan daripada produk serta pembelian bekalan bahan mentah dan keperluan lain secara pukal.Francaisi berpeluang menjalankan perniagaan dengan kaedah pengurusan yang telah terbukti kejayaannya.Usahawan yang tidak berpengalaman akan mendapat panduan lengkap dari segi pengurusan, nasihat, modal dan bantuan kewangan daripada francaisor.Mudah diaplikasikan kerana mempunyai sistem yang lengkap dan terbukti keberkesanannya.

Page 11: Pengajian Perniagaan 2: Strategi Memulakan Perniagaan

Kelemahan perniagaan francaisBayaran terlalu besar bagi mendapatkan hak ke atas jenama produk dan pakej yang disediakan oleh francaisor.Francais tertakluk kepada peraturan dan kaedah pengoperasian perniagaan yang ditetapkan oleh francaisor.Francaisi perlu berhati-hati dalam memilih francaisor untuk mengelakkan penipuan kerana kemungkinan francaisor mengambil alih perniagaan francais apabila perniagaan tersebut sudah maju.Tiada maklumat terkini yang lengkap mengenai industri francais terutama di Malaysia.

Page 12: Pengajian Perniagaan 2: Strategi Memulakan Perniagaan

Tiada akta untuk mengawasi, sistem kawal selia terhadap taraf kualiti sesuatu sistem francais yang memasuki pasaran dan kurang insentif diberikan kepada usahawan yang berminat.

Beberapa contoh perniagaan francais yang berjaya di Malaysia:

Edaran Otomobil Nasional Berhad. (EON)Goodyear Malaysia Berhad.

Page 13: Pengajian Perniagaan 2: Strategi Memulakan Perniagaan

Ditubuhkan pada

16/5/1984

Tujuan: Edarkankereta nasional

ke pasaran

Pengedar keretaPROTON dan

francaisor tempatan terbesar

103 buah francaisipusat jualan

65 BP, 38 bukan BP

96 buah fraincaissedia perkhidmatan

dan alat ganti

EON

Page 14: Pengajian Perniagaan 2: Strategi Memulakan Perniagaan

Faktor yang menentukan kejayaan sistem francais EON:

Mempunyai produk yang berjaya dan berkualiti.Mempunyai pasaran yang inovatif.Memberi penekanan kepada khidmat selepas jualan.Mempunyai sistem pengurusan yang baik.Melihat francaisor sebagai rakan kongsi.

Senarai produk francais yang berpotensi dalam program pembangunan:

Page 15: Pengajian Perniagaan 2: Strategi Memulakan Perniagaan

Bil Francais Induk Jenis Perniagaan

Modal

1 McDonalds Makanan Segera

RM 800 000 -RM 1 Juta

2 Mary Brown Fried Chicken

Makanan Segera

RM 250 000 – RM 500 000

3 The Little Gym Program Pembanguna

n Kanak²

RM 250 000

4 Kinderland Pra-Sekolah dan Pusat

Jagaan Kanak²

RM 85 000

5 Kodak Express Kedai Gambar

RM 215 000

6 Singer Barangan Elektrik

RM 30 000

7 Fuji Image Plaza Kedai Gambar

RM 175 000

Page 16: Pengajian Perniagaan 2: Strategi Memulakan Perniagaan

Bil Francais Induk Jenis Perniagaan

Modal

8 Kit Loong Tayaria Perkhidmatan Kenderaan dan

Jualan Tayar

RM 175 000

9 Goodyear Service

Centre/Servitaker

Perkhidmatan Kenderaan dan

Jualan Tayar

RM 250 000 – RM 300 000

10 Sign Express Membuat Papan Tanda

RM 250 000

11 Pharmacare Medicine Shoppe

Kedai Ubat RM 200 000 – RM 250 000

12 Bonia Menjual Pakaian dan Barang Kulit

RM 200 000

13 Habib Jewel Kedai Emas RM 500 000 – RM 1 Juta

Page 17: Pengajian Perniagaan 2: Strategi Memulakan Perniagaan

Bil Francais Induk Jenis Perniagaan Modal

14 Farmasi Dewma

Kedai Ubat RM 230 000 – RM 250 000

15 Hotel Seri Malaysia

Kos Sederhana RM 500 000 – RM 1.4 Juta

16 Mobikom Shoppe

Telefon Bimbit dan Aksesori

RM 188 000 – RM 220 000

17 Eye Master Perkhidmatan Pemeriksaan dan

Jual Cermin Mata/Contact

Lense

RM 210 000 -RM 250 000

18 Avon Kosmetik, Toiletries,

Jewellers dll

RM 83 000 – RM 100 000

19 Sugar Bun Makanan Segera RM 500 000

Page 18: Pengajian Perniagaan 2: Strategi Memulakan Perniagaan

Bil Francais Induk Jenis Perniagaan Modal

20 MPH Bookstores

Kedai Buku dan Alat Tulis

RM 400 000

21 Popular Bookstores

Kedai Buku dan Alat Tulis

RM 250 000

22 Arastu Barangan Elektrik dan

Perabot

RM 70 000

23 Sabar Express Perkhidmatan Kurier dan

Penghantaran Cepat

RM 50 000

24 Caserini Pakaian RM 165 000

25 Deli Giant Pakaian RM 210 000

26 Academic of Learning

Pembelajaran Komputer

RM 200 000

Page 19: Pengajian Perniagaan 2: Strategi Memulakan Perniagaan

E. Perikatan Strategik

Persekutuan atau penggabungan bersama dua atau lebih firma yang bertujuan untuk mempelajari dan mendapatkan teknologi, produk, kemahiran dan pengetahuan antara satu sama lain.Mekanisme perikatan ini termasuklah perlesenan, pengeluaran bersama, usahasama atau konsortium. Contoh perikatan strategik: United Engineering Malaysia (UEM), PNSB, Ho Hup, Teka Neka, Sato dan Mitsui dan sebagainya.

Page 20: Pengajian Perniagaan 2: Strategi Memulakan Perniagaan

Beberapa cabaran dalam perikatan strategik: Menetapkan wawasan strategik yang jelas.

Cabaran pertama : bentuk logik yang kuat dan kukuh mengapa perikatan perlu dilaksanakan. Firma yang bakal membuat perikatan mesti berupaya mengenal pasti faedah yang besar iaitu capai kos yang rendah dan anjal dan punya potensi yang lebih khusus. Alasannya:

mencapai pasaran baru memperoleh teknologi dan kemahiran mencapai tahap ekonomi bidangan menyebarkan risiko mengurangkan persaingan

Page 21: Pengajian Perniagaan 2: Strategi Memulakan Perniagaan

Mencari rakan kongsi yang sesuai.Faktor yang diambil kira bagi memastikan kesesuaian perikatan strategik

Saiz dan stail organisasi. Stail dan kecepatan pembuatan keputusan.Proses penyelesaian sesuatu isu.Sikap pihak pengurusan dan halangan².Persefahaman budaya.

Cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan jurang perbezaan yang mungkin timbul dengan memperkenalkan:

Pembangunan pengurusan bersamaMenterjemahkan budaya dan bahasa korporatMembangunkan sistem pengurusan yang komperhensif dan berpadananProjek bersama atau integrasi secara selektif

Page 22: Pengajian Perniagaan 2: Strategi Memulakan Perniagaan

Rancang, rancang dan rancang semula. Kedua-dua pihak perlu lebih proaktif dan meletakkan fokus yang berterusan ke atas keperluan komersial dan perhubungan mereka.

Perkara yang perlu dirancang dengan teliti – perjanjian secara formal tentang cara berhadapan dengan suasana persaingan, liabiliti percukaian dan aspek kewangan.

Kemungkinan kedua-dua pihak ini mempunyai pandangan yang berbeza terhadap jumlah nilai sumbangan setiap pihak dalam perkongsian tersebut atau jumlah nilai yang boleh dihasilkan tanpa perikatan.

Page 23: Pengajian Perniagaan 2: Strategi Memulakan Perniagaan

Menyemak semula secara berterusan perhubungan yang dibentuk.

Tidak boleh dilakukan berdasarkan logik awal terhadap keperluan kepada persekutuan bersama dan kemudiannya dibiarkan.Semakan semula secara berterusan adalah perlu kerana sasaran dan arah tuju perikatan boleh berubah ikut perubahan, masa dan perubahan persekitaran.

Page 24: Pengajian Perniagaan 2: Strategi Memulakan Perniagaan

SEKIAN TERIMA KASIH

PEMBENTANG: NUR RIFAH SYAHIRAH SHARUM