pengakap

6
Bagi menunjukkan setakat mana berPengakap itu disukai ramai, ialah dengan adanya sekurang-kurangnya satu kumpulan Pengakap ditiap-tiap bandar dan kampong dinegeri ini. Sebabnya Pergerakan ini telah berkembang dengan derasnya, tidaklah payah dicari jauh-jauh. Pengakap tiba dinegeri ini dari awal 1910 lagi, dua tahun selepas dimulakan di Great Britain oleh Lord Baden Powell. Seorang daripada peneroka di Great Britain, Encik F.C. Sands telah datang ke Singapura dalam tahun 1910 dan memulakan penubuhan pasukan pertama dijajahan ini. Bermula dengan dua pasukan Seramai 30 orang ahlinya di Singapura, Pergerakan ini merebak keseluruh Malaysia dan pada hari ini mempunyai pengikut lebih dari 65000 orang terdiri daripada Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap, Pengakap Kelana dan Pemimpin-Pemimpin Pengakap. Semenjak itu kemajuannya adalah tetap dan Pengakap telah beransur- ansur muncul dinegeri yang dahulunya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pasukan Pengakap yang pertama bagi budak-budak Melayu yang tahu bahasa Inggeris telah ditubuhkan dalam tahun 1919 dibawah pimpinan Kapten N. M. Hashim dan Encik A. Z. Alsagoff Pahang adalah negeri yang pertama sekali dinegeri ini mengalu-alukan Pengakap apabila satu pasukan telah ditubuhkan di Pekan oleh Encik G. M. Laidlaw tetapi apabila dia mati satu apapun tiada dibuat beberapa tahun. Pengakap dihidupkan semula hanya dalam tahun 1927 oleh Encik H. R. Hertslet yang kemudiannya diikuti oleh Encik Wheeler dan Encik Frisby dari Pejabat Pelajaran Pahang. Pengakap telah dimulakan di Pulau Pinang oleh seorang ahli pendidik yang masyhur iaitu Encik H. R. Cheeseman. Pasukan Pengakap yang pertama telah didaftarkan dalam tahun 1915 di Sekolah Free, Pulau Pinang. Sungguhpun telah difahamkan bahawa satu pasukan percubaan telah diadakan dari awal 1908 lagi. Pasukan Pengakap yang pertama sekali disekolah Melayu adalah dimulakan di Pulau Pinang. Encik Cheeseman adalah nyawa Pergerakan di Pulau Pinang dimana beliau telah memimpin Pergerakan itu selama 13 tahun sebelum bertukar ke Johor dalam tahun 1928. Pada satu masa, beliau adalah Penolong Pesuruhjaya bagi Malaya dan semasa dalam jawatan itu dia telah memainkan peranannya yang penting dalam membina Pergerakan itu diseluruh negeri. Dia telah dianugerahkan pingat Silver Wolf dalam tahun 1927. Pemimpin-pemimpin Pengakap yang lain-lain yang terkemuka di Pulau Pinang yang telah memberi perkhidmatan kepada Pergerakan ini ialah Allahyarham Encik S.M. Zainal Abidin, Encik Khoo Sim Teong, Encik Oon Hoot Ewe dan Encik Basha Merican. Kedua-dua Encik S. M. Zainal Abidin dan Encik Khoo Sim Teong yang menjadi Penolong Pesuruhjaya Daerah bagi Pulau Pinang dalam tahun 1930 telah mula sebagai rekrut dalam tahun 1915 dan 1916 masing-masing. Encik S. M. Zainal Abidin juga telah memberi perkhidmatan yang baik dengan menterjemahkan buku-buku Pengakap kebahasa Melayu dan ini menggalakkan penubuhan banyak lagi pasukan-pasukan dalam sekolah Melayu diserata negeri. Mereka telah dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Baik kerana jasa-jasanya kepada Pergerakan. Orang yang bertanggungjawab pada mengembangkan Pengakap di Perak adalah Encik H. R. Hertslet, Pesuruhjaya Daerah bagi negeri itu. Dia telah dibantu oleh Encik Keir, dahulunya Nazir Sekolah-Sekolah di Perak, Encik L. R. Wheeler, Encik Ahmad Jalalludin dan Encik D. C. Doral. Encik L. R. Wheeler telah memulakan pasukan Pengakap yang pertama di Perak iaitu di Maktab Melayu Kuala Kangsar dalam tahun 1926 dan

description

sejarah pengakap & laut

Transcript of pengakap

Page 1: pengakap

Bagi menunjukkan setakat mana berPengakap itu disukai ramai, ialah dengan adanya sekurang-kurangnya satu kumpulan Pengakap ditiap-tiap bandar dan kampong dinegeri ini. Sebabnya Pergerakan ini telah berkembang dengan derasnya, tidaklah payah dicari jauh-jauh. Pengakap tiba dinegeri ini dari awal 1910 lagi, dua tahun selepas dimulakan di Great Britain oleh Lord Baden Powell.

Seorang daripada peneroka di Great Britain, Encik F.C. Sands telah datang ke Singapura dalam tahun 1910 dan memulakan penubuhan pasukan pertama dijajahan ini.

Bermula dengan dua pasukan Seramai 30 orang ahlinya di Singapura, Pergerakan ini merebak keseluruh Malaysia dan pada hari ini mempunyai pengikut lebih dari 65000 orang terdiri daripada Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap, Pengakap Kelana dan Pemimpin-Pemimpin Pengakap.

Semenjak itu kemajuannya adalah tetap dan Pengakap telah beransur-ansur muncul dinegeri yang dahulunya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pasukan Pengakap yang pertama bagi budak-budak Melayu yang tahu bahasa Inggeris telah ditubuhkan dalam tahun 1919 dibawah pimpinan Kapten N. M. Hashim dan Encik A. Z. Alsagoff

Pahang adalah negeri yang pertama sekali dinegeri ini mengalu-alukan Pengakap apabila satu pasukan telah ditubuhkan di Pekan oleh Encik G. M. Laidlaw tetapi apabila dia mati satu apapun tiada dibuat beberapa tahun. Pengakap dihidupkan semula hanya dalam tahun 1927 oleh Encik H. R. Hertslet yang kemudiannya diikuti oleh Encik Wheeler dan Encik Frisby dari Pejabat Pelajaran Pahang.

Pengakap telah dimulakan di Pulau Pinang oleh seorang ahli pendidik yang masyhur iaitu Encik H. R. Cheeseman. Pasukan Pengakap yang pertama telah didaftarkan dalam tahun 1915 di Sekolah Free, Pulau Pinang. Sungguhpun telah difahamkan bahawa satu pasukan percubaan telah diadakan dari awal 1908 lagi. Pasukan Pengakap yang pertama sekali disekolah Melayu adalah dimulakan di Pulau Pinang.

Encik Cheeseman adalah “nyawa Pergerakan” di Pulau Pinang dimana beliau telah memimpin Pergerakan itu selama 13 tahun sebelum bertukar ke Johor dalam tahun 1928. Pada satu masa, beliau adalah Penolong Pesuruhjaya bagi Malaya dan semasa dalam jawatan itu dia telah memainkan peranannya yang penting dalam membina Pergerakan itu diseluruh negeri. Dia telah dianugerahkan pingat Silver Wolf dalam tahun 1927.

Pemimpin-pemimpin Pengakap yang lain-lain yang terkemuka di Pulau Pinang yang telah memberi perkhidmatan kepada Pergerakan ini ialah Allahyarham Encik S.M. Zainal Abidin, Encik Khoo Sim Teong, Encik Oon Hoot Ewe dan Encik Basha Merican. Kedua-dua Encik S. M. Zainal Abidin dan Encik Khoo Sim Teong yang menjadi Penolong Pesuruhjaya Daerah bagi Pulau Pinang dalam tahun 1930 telah mula sebagai rekrut dalam tahun 1915 dan 1916 masing-masing.

Encik S. M. Zainal Abidin juga telah memberi perkhidmatan yang baik dengan menterjemahkan buku-buku Pengakap kebahasa Melayu dan ini menggalakkan penubuhan banyak lagi pasukan-pasukan dalam sekolah Melayu diserata negeri. Mereka telah dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Baik kerana jasa-jasanya kepada Pergerakan.

Orang yang bertanggungjawab pada mengembangkan Pengakap di Perak adalah Encik H. R. Hertslet, Pesuruhjaya Daerah bagi negeri itu. Dia telah dibantu oleh Encik Keir, dahulunya Nazir Sekolah-Sekolah di Perak, Encik L. R. Wheeler, Encik Ahmad Jalalludin dan Encik D. C. Doral.

Page 2: pengakap

Encik L. R. Wheeler telah memulakan pasukan Pengakap yang pertama di Perak iaitu di Maktab Melayu Kuala Kangsar dalam tahun 1926 dan dalam tahun itu juga dia telah dianugerahkan pingat Silver Wolf sementara Encik D. C. Doral menerima Pingat Perhidmatan Baik dalam tahun 1930.

Diantara sekolah-sekolah pada masa-masa yang awal, yang ada Pasukan Pengakap ialah Sekolah Anderson, Sekolah Anglo-Chinese dan Sekolah St. Michael kesemuanya di Ipoh dan Sekolah St. George di Taiping. Lebih banyak lagi pasukan-pasukan telah ditubuhkan dibandar-bandar yang lain di Perak dalam tahun dua puluhan iaitu tahun yang banyak penubuhan Pengakap di Malaysia.

Pemimpin-pemimpin Pengakap yang lain-lain terkemuka di Perak sebelum dan selepas Peperangan Dunia Yang Ke 2 ialah Encik Chong Wan Fook, Encik V. Arumukham, Encik Mangal Singh, Tuan Haji Abdullah bin Haji Mohd Salleh dan Encik F. G. H. Parry.

Seorang lagi Pemimpin Pengakap tempatan yang terkemuka di Perak ialah Encik Abdul Kuddus bin Mohamed, di Maktab Latihan Sultan Idris, Tanjung Malim yang telah dilantik menjadi Penolong Pesuruhjaya Daerah. Dia telah dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Baik dalam bulan Januari Tahun 1948.

Kedah mempunyai pasukan Pengakapnya yang pertama dalam tahun 1922. Banyak lagi pasukan-pasukan telah ditubuhkan dalam tahun-tahun yang berikut. Peneroka disni ialah Encik E. C. Hicks, Encik E. A. G. Stuart, Encik R. P. S. Walker dan Encik C. W. Bloomfield.

Pengakap mula di Johor pada awal-awaltahun 1928 dengan kedatangan Encik H. R. Cheeseman dari Pulau Pinang. Dua pasukan mula-mula ditubuhkan di Maktab Inggeris Johor Bahru. Dengan persetujuan Encik F. C. Sands, seorang Pemimpin Pengakap dari Singapura iaitu Encik Abdul Hamid datang ke Johor Bahru pada tiap-tiap hari Khamis memberi latihan kepada mereka. Tidak berapa lama Pengakap merebak pula kelain-lain bandar dalam negeri itu iaitu di Muar, Batu Pahat dan Segamat.

Johor adalah bernasib baiK dengan adanya sebilangan Pemimpin-pemimpin tempatan yang datang membantu perkembangan Pengakap dalam negeri itu. Diantara peneroka-peneroka yang awal ialah Encik M. C. M. Chill, Encik R. A. Logan, Encik Mohd Salleh bin Hassan, Encik Hans Raj, Encik Krishnan, Encik Chiang Mong Hoe, Encik Ng Ah Ow, Encik Abdul Wahid, Encik Hashim b Haji Ali, Encik Sivaguru Pillai dan Dato Syed Esa yang khasnya bertanggungjawab pada menubuhkan pasukan-pasukan Pengakap di sekolah-sekolah Melayu bersama-sama dengan Encik Shukor, Muar.

Dato Syed Esa adalah diantara Pemimpin Pengakap yang mula-mula sekali dihantar ke Gilwell Park, England dan berkelayakan menjadi Timbalan Ketua Perkhemahan. Dia juga adalah Ketua Pesuruhjaya Negara Malaysia sebelum daripada bersara daripada mengambil bahagian cergas dalam Pengakap dalam tahun 1968.

Pengakap bermula di Melaka dalam tahun 1925 dan dalam tahun itu juga Persekutuan Pengakap Melaka telah ditubuhkan dengan Encik R. Brunston menjadi Pesuruhjaya Daerahnya yang pertama.

Apabila Encik Brunston pergi dalam tahun 1928, tempatnya diambil oleh Encik Fuller. Dalam tahun 1930 Encik R. P. S. Walker yang dahulunya di Kedah datang ke Melaka dan menjadi Pesuruhjaya Daerah.

Diantara pemimpin-pemimpin tempatan yang telah memberi khidmat di Melaka ialah Encik B. P. Richards, Encik R. Sathasivam dan Encik Loh Hung Loon.

Negeri Sembilan sebagaimana jirannya Melaka telah memulakan Pengakap dalam tahun 1925 dengan Encik Bird dan Encik Roger Smith sebagai Pesuruhjaya Daerah dan Penolong

Page 3: pengakap

Pesuruhjaya Daerah. Pada masa yang awal-awal berpengakap dinegeri itu, mereka yang berikut ini adalah orang kuat pergerakan itu – Major Neilson, Encik Gunn, Encik Nicol dan Encik Sundram. Lain-lain orang kuatnya ialah Encik O. E. Fernandez, Encik L. V. C. D’Souza, Kapten Mohamed Salleh bin Haji Suleiman, Raja Mohd Noordin, Encik Ngui Choon Jin, Encik E. M. F. Payne. Kesemuanya ini telah menerima Pingat Perkhidmatan Baik.

Satu percubaan telah dibuat dari awal-awal tahun 1909 lagi untuk mengadakan Pengakap di Selangor tetapi tidak ada apa-apa kemajuan. Dalam tahun 1926 sahaja barulah Pergerakan itu terdiri dengan tetapnya dinegeri itu. Orang kuat Pergerakan itu dalam tempoh awal-awal dahulu ialah Encik Ameen Akbar. Yang lain-lain yang patut dipuji ialah Encik G. Barber, Encik B. E. Shaw, Encik C. G. Coleman, Encik H. S. Duncan, Encik E. S. Redfearn, Encik Sze Chan Chew, Encik Mohd Yusof bin Ahmad dan Kapten Mohamed Ali bin Mohamed.

Dalam tahun 1918 Pasukan Pengakap Kanak-kanak Selangor yang pertama sekali telah ditubuhkan dengan Encik H. C. Chan dari Sekolah Victoria sebagai pemimpinnya.

Apabila Persekutuan Tempatan Selangor ditubuhkan dalam tahun 1926, Encik J. R. Kellam telah dilantik menjadi Pesuruhjaya Daerah dan Encik Ameen Akbar, Penolong Pesuruhjaya Daerah.

Terengganu telah memulakan Pengakap dalam tahun 1926 dibawah Encik A. J. Gracie. Kelantan dan Perlis adalah negeri yang terkemudiannsekali di Malaysia menubuhkan pasukan Pengakap. Yang terkemuka diantara pemimpin-pemimpin dinegeri-negeri ini ialah Raja Mohamed Zahid, Dungun. Tengku Ahmad Temenggong dan Tengku Mahideen daripada Kelantan. Mereka kesemuanya menerima Pingat Perkhidmatan Baik.

Dalam tahun-tahun yang awal, Berpengakap di Perlis adalah dibawah kawalan Persekutuan di Kedah tetapi kemudiannya negeri itu ada Persekutuannya sendiri.

Sandakan di Sabah, mempunyai Pasukan Pengakap yang pertama di Malaysia Timur dalam tahun 1913 dan Pergerakan itu mengambil masa lebih 9 tahun untuk mendapatkan pengikut-pengikut dan pembantu-pembantu dibandar-bandar yang lain dinegeri itu.

Berpengakap telah muncul di Sarawak dalam tahun 1915 tetapi berhenti bergerak dalam tahun-tahun dua puluhan. Percubaan kedua telah dibuat dalam tahun-tahun tiga puluhan dan semenjak itu Pergerakan telah subur dengan adanya.

Sebelum Malaysia merdeka, Persekutuan Budak-budak Pengakap Kawasan Malaya, mewakili Pergerakan dinegeri ini dengan tiap-tiap sebuah negeri debagai daerah Pengakap.

Selepas Peperangan Dunia Yang Kedua, pendirian itu telah disusun semula dengan Malaya dan Singapura menjadi dua cawangan Persekutuan Budak-budak Pengakap Great Britain.

Dengan susunan semula itu, tiap-tiap negeri menjadi satu pertubuhan yang terdiri dari beberapa Daerah Pengakap, tiap-tiap daerah ada Persekutuan-persekutuan Tempatannya.

Badan kebangsaan sekarang terkenal sebagai Persekutuan Budak-budak pengakap Tanah Melayu telah menjadi satu badan yang berasingan dan bebas, dan menjadi ahli penuh dalam Persidangan Pengakap Sedunia pada 1hb September 1957.

Dengan wujudnya Malaysia, Persekutuan Budak-budak Pengakap Singapura, Sarawak dan Sabah berhenti menjadi cawangan-cawangan Persekutuan Budak-budak Pengakap Great Britain.

Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia telah ditubuhkan dalam bulan November 1964 dengan dengan Persekutuan Budak-budak Pengakap Singapura, Sarawak dan Sabah menjadi cawangan-cawangannya.

Page 4: pengakap

Walau bagaimana pun, apabila Singapura berpisah daripada Malaysia dalam bulan Ogos 1965, Persekutuan Budak-budak Pengakap Singapura berhenti daripada menjadi cawangan Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia.

“Rumah B. P.” di Jalan Davidson, Kuala Lumpur adalah Ibu Pejabat Kebangsaan Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia.

“Rumah B. P.” yang telah dibina dengan harga $150,000 telah dibuka dengan rasminya pada 5hb Januari 1957 adalah peristiwa yang penting sekali diadakan kerana merayakan 50 Tahun Kejayaan Pengakap Sedunia.

Dia juga adalah nadi bagi gerakan-gerakan Pengakap diseluruh negara dan satu perhubungan yang kekal diantara Pengakap-pengakap di Malaysia dan diseberang laut, ada seorang Pesuruhjaya Kerja Kebangsaan yang bekerja sepenuh masa.

Disinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan gerak kerja Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia yang ada cawangan-cawangannya disegenap pelusuk negeri ini.

Page 5: pengakap

Pengasas Pengakap, Lord Baden Powell (BP) lahir di dalam sebuah keluarga yang terlibat secara intensif di dalam aktiviti marin dan kelautan. Kematian bapanya ketika berusia 3 tahun menyebabkan Lord BP menjadi begitu rapat dengan datuk di sebelah ibunya, Laksamana William Smyth. Datuknya memulakan KERJAYAsebagai tentera laut bermula dari bawah dan berjaya menjadi laksamana pada 1863. Abang kepada Lord BP iaitu Warington Baden Powell yang lebih tua 10 tahun daripadanya memulakan kerjaya sebagai "Merchant Marine".

Warington Baden Powell adalah pengasas kepada pelayaran keno dan menulis sebuah buku bertajuk “Canoe Travelling: and practical hints on building and fitting canoes”. Beliau menjalani latihan kelautannya di HMS Conway selama 3 tahun sebelum menyertai Hotspur pada 1864.

Warington Baden Powell, abang kepada Lord Baden Powell yang membantu mengasaskan Pengakap Laut

Warington menyertai HMS Conway pada 1861 ketika berusia 14 tahun. HMS Conway adalah bekas kapal tentera laut yang berlabuh secara kekal dan digunakan sebagai tempat latihan. Sekitar tahun 1872, Lord BP dan abang-abangnya membuat ekspedisi menjelajah negaranya menggunakan keno. Mereka berkeno menuju ke arah punca sungai Thames hingga tiba di Wales. Dalam ekspedisi ini, mereka berkhemah dan memasak makanan menggunakan unggun.

Warington menukar pekerjaannya ke bidang undang-undang pada 1873 dan diterima menjadi King Counsel. Beliau memulakan usaha merekabentuk dan mengawai pembinaan kapal layar miliknya yang dinamakan Diamond. Terdapat banyak faktor mengapa Lord BP mengadakan perkhemahan Pengakap yang pertama di Pulau Brownsea. Namun yang pasti, Pulau Brownsea membolehkan para peserta menaiki bot dan mengalami perjalanan di laut.

Dalam tahun 1908, lencana “seaman badge” adalah antara lima lencana kemajuan terawal yang dikeluarkan untuk ahli Pengakap. Lord BP sering menekankan bahawa “seorang Pengakap hendaklah tahu mengendalikan bot dan membawanya bersebelahan dengan kapal secara selamat”.

Pada 1909, perkhemahan Pengakap yang ketiga diadakan Beaulieu River dan memberi penekanan kepada aktiviti-aktiviti air. Perkhemahan di Beaulieu menyedarkan Lord BP tentang potensi dan peranan Pengakap Laut. Oleh itu, beliau mengamanahkan kepada abangnya Warington untuk menulis buku panduan tentang Pengakap Laut. Warington telah membentangkan ideanya tentang Pengakap Laut di dalam Kursus Pemimpin Pengakap di London pada Januari 1911.

Page 6: pengakap

Sebaik sahaja Pengakap Laut diumumkan, banyak pasukan Pengakap terutamanya di kawasan pantai mahu bertukar kepada skim baru ini. Ramai bekas pelayar dan pelaut yang berminat untuk menjadi Pemimpin Pengakap Laut. Antara pasukan-pasukan awal Pengakap Laut di England ialah:

- 1st Cleethorpes

- 1st Ratcliffe, London

- 1st Skegness

- Hamble Sea Scouts

- Gibraltar Sea Scouts

Warington Baden Powell telah mengeluarkan buku panduan untuk Pengakap Laut bertajuk “Sea Scouting and Seamanship for Boys” pada tahun 1912.Di dalam bukunya, Warington menyatakan dengan jelas bahawa:

“Pengakap Laut adalah cabang kepada pergerakan Pengakap” & “Pengakap diutamakan dahulu, selepas itu barulah pelaut” (Scout first, Seaman afterwards)

Kulit buku "Sea Scouting and Seamanship for Boys" yang ditulis oleh Warington Baden Powell

Undang-undang, organisasi, lencana, pangkat, pakaian seragam dan nasihat tentang latihan dinyatakan dengan jelas:

"Pengawal pantai atau pesara tentera laut akan digunakan untuk menguji lencana. Adalah dinasihatkan supaya setiap kumpulan melantik seorang "bapa laut" (sea dad) iaitu sama ada pengawal pantai, bekas pegawai tentera laut atau kelasi kapal nelayan.

Buku panduan Pengakap Laut yang kedua ialah “Seamanship for Scouts” yang ditulis oleh Lt. Stuart Garnett pada 1915 di mana buku ini adalah lebih mendalam berbanding buku pertama. Warington Baden Powell meninggal dunia pada 24 April 1921 akibat penyakit tuberculosis. Dipercayai bahawa penyakit ini menghalang beliau memegang jawatan sebagai Chief Sea Scouts.