Pengalaman Sebagai Pengurus Pusat Internet 1Malaysia Pekan Tatau

3
Pengalaman sebagai Pengurus Pusat Internet 1Malaysia Pekan Tatau Nama saya Kurniawan Binti Abdul Haris.Saya berumur 29 tahun.Saya berasal dari Pekan Tatau.Saya merupakan pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dari Universiti Malaysia Sabah.Saya berminat untuk bekerja sebagai Pengurus Pusat Internet 1Malaysia kerana ia merupakan bidang yang saya minati sejak dulu lagi.Saya telah berjaya dalam temuduga dan dilantik sebagai Pengurus Pusat Internet 1Malaysia Pekan Tatau pada 24 Jun 2013.Cita-cita saya ialah ingin ada sebuah tempat yang sama seperti Pusat Internet agar saya dapat berkongsi maklumat dan membantu golongan yang kurang mampu untuk mendapatkan latihan asas komputer di tempat tinggal saya. Saya telah bekerja di Pusat Internet 1Malaysia Pekan Tatau sudah lebih daripada setahun. Saya telah bekerja di Pusat Internet 1Malaysia Pekan Tatau sudah lebih daripada setahun.Pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu saya tempuhi sepanjang bekerja di Pusat Internet 1Malaysia Pekan Tatau.Pada mulanya memang agak susah menyesuaikan diri bekerja di tempat yang tiada orang beri tunjuk ajar mengenai proses kerja.Semuanya perlu dipelajari sendiri dan perlu banyak bertanya dengan Pengurus yang berada di tempat lain.Semua perkara perlu diuruskan sendiri terutamanya pengurusan Pusat Internet 1Malaysia.Jutaan terima kasih saya kepada rakan-rakan pengurus saya yang lain kerana telah banyak membantu saya dalam menguruskan Pusat Internet 1Malaysia Pekan Tatau dengan baik. Rutin kehidupan juga berubah sejak bekerja sebagai Pengurus Pusat Internet 1Malaysia kerana masa cuti tidak sama seperti tempat lain kerana Pengurus cuti pada hari isnin dan selasa dan bukan pada hujung minggu.Syukur Alhamdulillah berkat dengan usaha dan kegigihan saya dapat meneruskan pekerjaan saya dengan baik malah sambutan daripada komuniti setempat juga amat memberangsangkan.

description

Contoh Karangan pengalaman sebagai Pengurus PI1M.

Transcript of Pengalaman Sebagai Pengurus Pusat Internet 1Malaysia Pekan Tatau

Pengalaman sebagai Pengurus Pusat Internet 1Malaysia Pekan TatauNama saya Kurniawan Binti Abdul Haris.Saya berumur 29 tahun.Saya berasal dari Pekan Tatau.Saya merupakan pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dari Universiti Malaysia Sabah.Saya berminat untuk bekerja sebagai Pengurus Pusat Internet 1Malaysia kerana ia merupakan bidang yang saya minati sejak dulu lagi.Saya telah berjaya dalam temuduga dan dilantik sebagai Pengurus Pusat Internet 1Malaysia Pekan Tatau pada 24 Jun 2013.Cita-cita saya ialah ingin ada sebuah tempat yang sama seperti Pusat Internet agar saya dapat berkongsi maklumat dan membantu golongan yang kurang mampu untuk mendapatkan latihan asas komputer di tempat tinggal saya. Saya telah bekerja di Pusat Internet 1Malaysia Pekan Tatau sudah lebih daripada setahun.Saya telah bekerja di Pusat Internet 1Malaysia Pekan Tatau sudah lebih daripada setahun.Pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu saya tempuhi sepanjang bekerja di Pusat Internet 1Malaysia Pekan Tatau.Pada mulanya memang agak susah menyesuaikan diri bekerja di tempat yang tiada orang beri tunjuk ajar mengenai proses kerja.Semuanya perlu dipelajari sendiri dan perlu banyak bertanya dengan Pengurus yang berada di tempat lain.Semua perkara perlu diuruskan sendiri terutamanya pengurusan Pusat Internet 1Malaysia.Jutaan terima kasih saya kepada rakan-rakan pengurus saya yang lain kerana telah banyak membantu saya dalam menguruskan Pusat Internet 1Malaysia Pekan Tatau dengan baik.Rutin kehidupan juga berubah sejak bekerja sebagai Pengurus Pusat Internet 1Malaysia kerana masa cuti tidak sama seperti tempat lain kerana Pengurus cuti pada hari isnin dan selasa dan bukan pada hujung minggu.Syukur Alhamdulillah berkat dengan usaha dan kegigihan saya dapat meneruskan pekerjaan saya dengan baik malah sambutan daripada komuniti setempat juga amat memberangsangkan.Sepanjang saya bekerja di Pusat Internet 1Malaysia Pekan Tatau pelbagai program dan latihan yang kami berikan kepada komuniti untuk menarik minat mereka untuk menggunakan Pusat internet 1Malaysia sebagai tempat untuk mereka mendapatkan segala info terkini.Kami juga mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik agar lebih ramai komuniti daripada pelbagai golongan agar datang ke Pusat Internet 1Malaysia Pekan Tatau. Kamu juga menggalakkan mereka untuk mendaftar sebagai ahli dan menggunakan segala kelebihan sebagai ahli untuk menggunakan kemudahan yang ada di Pusat Internet 1Malaysia Pekan Tatau.Bagi saya ,bekerja sebagai Pengurus Pusat Internet 1Malaysia bukanlah satu kerja yang mudah kerana kita perlu berdikari dalam setiap tugas yang diberikan dan perlu berjumpa pelbagai pihak dalam menyelesaikan sesuatu urusan.Teknik berkomunikasi juga amat penting dalam diri seorang Pengurus kerana dengan adanya kemahiran berkomunikasi yang baik,kita lebih mudah menyelesaikan sesuatu urusan.Pengalaman yang paling menyeronokkan bagi saya ialah apabila melihat wajah gembira para peserta menerima goodies yang diberikan semasa Program Kempen Pengguna Bijak dan Keusahawanan.Saya rasa sangat gembira dapat berkongsi info mengenai program tersebut bersama komuniti dan juga memberi goodies sebagai penghargaan kepada mereka kerana sudi datang ke Program tersebut.Selain itu,kelas latihan yang saya jalankan juga amat menyeronokkan kerana ramai yang berminat untuk belajar menggunakan komputer malah ada yang meminta untuk mendapatkan latihan tambahan untuk menambahkan lagi pengetahuan mereka mengenai penggunaan Microsoft Office.Penglibatan yang amat menggalakkan daripada komuniti setempat banyak membantu kami untuk memenuhkan kuota untuk peserta Program Kempen Pengguna Bijak dan Keusahawanan iaitu seramai 220 orang peserta dalam tempoh 6 bulan.Saya sangat bersyukur kerana dapat memenuhkan kuota tersebut sebelum tarikh tamat program tersebut.Kami juga dapat mencapai kuota melebihi 300 peserta untuk program Klik Dengan Bijak dalam tempoh setahun.Perkara ini amat menggembirakan saya sebagai Pengurus Pusat Internet 1Malaysia Pekan Tatau kerana ramai yang berminat untuk datang ke Pusat Internet 1Malaysia dan menggunakan kemudahan yang ada.Cabaran yang saya hadapi semasa menguruskan Pusat Internet 1Malaysia Pekan Tatau ialah melayan karenah pelbagai pihak yang masing-masing mementingkan kepentingan diri sendiri.Selain itu,terdapat juga pengunjung Pusat Internet 1Malaysia yang tidak mematuhi peraturan yang terdapat di Pusat Internet 1Malaysia.Ada juga pengunjung yang datang ke Pusat internet 1Malaysia selepas waktu bekerja iaitu jam 5.00 p.m.Nasihat saya kepada bakal-bakal Pengurus Pusat Internet 1Malaysia yang baru perlulah sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menjalankan pengurusan Pusat Internet 1Malaysia dengan baik.Segala masalah perlu diselesaikan dengan bijak dan juga belajar teknik berkomunikasi yang baik agar urusan akan lebih mudah.