PENGAMATAN

51
PENGAMATAN PENGAMATAN PENGAMATAN PENGAMATAN PENGAMATAN PENGAMATAN PENGAMATAN PENGAMATAN PENGAMATAN PENGAMATAN PENGAMATAN PENGAMATAN PENGAMATAN PENGAMATAN PENGAMATAN PENGAMATAN PENGAMATAN PENGAMATAN PENGAMATAN

description

pengamatan

Transcript of PENGAMATAN

  • PENGAMATANPENGAMATANPENGAMATANPENGAMATANPENGAMATANPENGAMATANPENGAMATANPENGAMATANPENGAMATANPENGAMATAN

  • PEMBELAJARAN ASASmerupakan kemahiran penting yang menjurus kepada kejayaan dalam pendidikan, pekerjaan, pembelajaran dan perkembangan personal

  • KEMAHIRAN ASAS (Wales)Komunikasi Kemahiran bertutur, mendengar, membaca dan menulis

    Aplikasi nombor Imentafsir maklumat melibatkan nombor, pengiraan, mentafsir data dan mempersembahkan hasil

    Information Communication Technology Meneroka dan membangunkan maklumat

  • KEMAHIRAN ASAS (Wales)Bekerja dengan orang lainMelibatkan kemahiran interpersonal dalam menjalankan kerja dengan orang lain

    Mempertingkatkan tahap pencapaianPerancangan yang sistematik dalam proses pembelajaran

    Penyelesaian masalah Menggalakkan pelajar membangunkan kebolehan menyelesaikan masalah secara sistematik

  • Jabatan Pendidikan Khas, KPM (1999);

    * satu istilah psikologi yang berkaitan dengan kefahaman yang tepat mengenai objek-objek, situasi, persekitarannya dan kejadian-kejadian di mana punca pancaindera fisiologikal dan neurologikal memainkan peranan penting.

    *satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas pancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman iaitu pengamatan dan ini berhubung rapat dengan pemikiran.DEFINISI

  • Janet W Leaner (1971) dalam bukunya Children With Learning Disabilities mendefinisikan pengamatan sebagai:

    satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas pancaindera ataupun mekanisma yang mentafsirkan sesuatu pergerakan pancaindera dengan kuasa intelek.

  • Ruth Strang dalam bukunya Reading Diagnosis and Remediation mengatakan pengamatan sebagai satu proses yang bergantung kpd kederiaan dan kognitif.

    * proses ini penting terhadap aspek pembelajaran khususnya dalam binaan konsep yang dialami oleh kanak-kanak.

  • *pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas pancaindera dengan bantuan kuasa intelek.

    * satu kemahiran yang boleh dikembang dan dipelajari walaupun ia berkait rapat dengan darjah kecerdasan seseorang.

    *pengamatan boleh diajar kepada k/k lemah agar dapat membantu mereka dalam pembelajaran.

    *proses pengamatan dimulai (1) PENERIMAAN, diikuti proses (2) PEMPROSESAN dan diakhiri proses (3) BERTINDAK BALASKESIMPULAN

  • * satu proses otak menerima maklumat dari deria, menyusun semula maklumat dari deria, menyusun semula maklumat tersebut dan menterjermahkannya kepada pengalaman yang bermakna.

    * pengamatan melibatkan deria lihat, deria dengar, rasa, bau, kinestetik dan perasaan

    * pengamatan berkaitan dengan pemikiran manusiaKONSEP

  • PENGLIHATANPENDENGARANPSIKOMOTORDORONGAN/ MOTIVASIPenerimaanpemerosesanbertindakbalasPenerimaanpemerosesanbertindakbalasbertindakbalaspemerosesanPenerimaanPROSES2 faktor1. Internal2. External

  • AMALI

    Kepentingan PENGAMATAN dari segi;

    Motivasi

    2.Kesediaan Belajar

  • KEPENTINGAN1.Objek-objek di sekitar ditanggap melalui alat-lat panca indera dan diproses pada bahagian tertentu dalam otak sehingga objek itu dapat diamati.

    2.Kemampuan untuk membeza, mengumpul dan membuat penumpuan itu disebut sebagai kemampuan untuk mengorganisasi pengalaman.

    3.Dengan adanya organisasi ini, manusia selalu belajar dari pengalaman, maka lambat laun tersusunlah pola pengalaman yang kekal dalam diri kita.

  • 4. Kebanyakan kanak-kanak keliru dengan huruf dan nombor seperti menulis secara terbalik, salah menulis kedudukan nombor, keliru dengan huruf besar dan kecil dan lain-lain lagi.

    5.Pengamatan adalah satu proses kemahiran yangmemerlukan kecekapan dalam menganalisa bentuk-bentuk dan simbol dalam bacaan.

    6. Jika kanak-kanak menulis huruf a secara terbalik maka tidaklah dapat kita tafsirkan dalam bacaan. Dalam konsep nombor, kanak-kanak mesti ada kekuatan pengamatan untuk membentuk nombor yang betul. Jika 16 ditulis 19 dan 15-2 ditulis 51-2, ini akan menghasilkan jawapan yang salah.

  • TEORI EDGAR RUBIN* dikenali sebagai teori figure ground @ Pasu Rubin

    * beliau banyak mengkaji tentang angka dan pola-pola tanah yang menggambarkan sesuatu objek yang dapat ditafsirkan dalam pelbagai bentuk/makna.

    * menurutnya, kecenderungan seseorang akan cuba mengamati bagaimana sesuatu susunan ransangan yang ditonjolkan dari latar belakangnya dan dipersepsikan sebagai suatu rajah menyeluruh. Contohnya;

    TEORI PENGAMATAN (PSIKOLOGI)

  • wajah?

    atau

    vas ?

  • HURAIAN TEORI* menurutnya, secara sensual, baik wajah atau gambar itu akan merangsang fotoresepter di retina.

    *namun begitu, otak tidak dapat menerima atau melihat kedua-dua gambar itu secara serentak. * oleh itu, seseorang perlu membuat keputusan sama ada ingin melihat wajah atau vas pada sesebuah gambar itu.

  • istilah gestalt (Bahasa Jerman) bererti keseluruhan atau konfigurasi (Bahasa Melayu)

    tokoh utama ialah Max Wertheimer (1880-1994), Wolfgang Kohler(1887), Kurt Koffka (1886-1941) dan Kurt Lewin(1890-1947)

    umumnya, gestalt didefinisikan bahawa di dalam pengamatan, fikiran tidaklah membentuk pola atau bentuk atau keseluruhan dari bahagian/unit kecil sesuatu benda (objek atau situasi) yang diamati itu, tetapi segera melihat keseluruhan benda itu, barulah bergerak kepada bahagian/unit kecilnya.TEORI GESTALT

  • khususnya, gestalt merujuk kepada bentuk, pola @ keseluruhan yang terhasil daripada hubungan-hubungan dalaman di antara benda atau kejadian-kejadian yang seseorang alami melalui proses pancaindera seperti berikut;LINGKUNGANMANUSIADUNIA DUNIA SEBAGAI DIALAMI PERILAKU INSIGHTKESEDARANPSACUBA JAYA + KESEDARANORGANISASI

  • proses gestalt merupakan salah satu konsep pembelajaran iaitu suatu proses memperoleh perubahan-perubahan pada insight (pemahaman-dalaman-kilat @ pola-pemikiran-segera) atau pengamatan hubungan (medan).Cth;ORANGWANITAPEMUZIK LELAKILATAROBJEK

  • dalam konteks ini, seseorang itu akan mendaftarkan satu rangsangan sebagai objek (PERLUKAN MASA) dan satu lagi sebagai latar belakangnya dan akan bertukar bentuk menjadi objek pengamatan apabila ia didapati sesuai.

    KESIMPULAN:

    Teori ini memperihalkan lakuan pengamatan yang menjelaskan bagaimana sesuatu susunan rangsangan yang tertentu dapat ditonjolkan dari latar belakangnya dan diamati sebagai suatu rajah secara menyeluruh.

  • 5 HUKUM @PRINSIPASAS TEORI GESTALTHUKUM PRAGNANZ organisasi psikologi cenderung bergerak ke arah pragnanz @ kesempurnaan.

    bentuknya sederhana,teratur, kukuh dan stabil.Cthnya; akan asik jadi makan nasiHUKUM KESAMAAN HUKUM KEDEKATAN apabila seseorang melihat sesuatu ransangan penuh, organisasi psikologi cenderung membentuk @ bergabung dalam kelompok bagi benda yang sama.

    Cthnya, kita sering teringat rakan baik kita apabila melihat foto yang ada persamaan dengan rakan tadi organisasi psikologi cenderung menggabungkan benda @ peristiwa yang berdekatan dalam ruang @ waktu.

    Cthnya, sejumlah garis-garis lurus yang jaraknya satu sama lain berbeza, maka semua garis tersebut akan digabungkan dalam satu unit/kelompok.

  • HUKUM CLOSURE @ PENUTUPAN HUKUM KELANJUTAN BAIK apabila individu melihat sesuatu ransangan terbuka (lompang), organisasi psikologi lebih cenderung menutup dengan sempurna.

    bentuknya lebih stabil

    Cthnya;

    organisasi psikologi cenderung melengkapkan bahagian-bahagian yang hilang dari peristiwa atau benda yang kita amat.

    Cthnya,

  • Teori Pemprosesan Maklumat Robert M.Gagne, menjelaskan bahawa rangsangan dari luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Kemudian, maklumat itu disimpan dan dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan kepada penggerak tindak balas.

    Pengalaman yang disimpan dalam stor jangka panjang penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman baru bagi membolehkan proses pembelajaran berlaku.. TEORI PEMPROSESAN MAKLUMAT

  • Setiap individu akan menilai input dari persekitarannya, merekod dan memindahkan- nya kepada tindakbalas tertentu. Rangsangan itu akan diproses oleh sistem saraf untuk dikenali dan diletakkan dalam bahagian otak ingatan jangka pendek.

    Setelah direkodkan, maklumat yang penting dihantar kepada ingatan jangka panjang. Secara ringkasnya, teori ini menekankan aspek perhatian di mana tumpuan daripada panca- indera mesti tinggi terhadap rangsangan yang diterima

  • 1.Bagi rajah di atas,maklumat @ bahan yang dilihat akan dibawa ke bahagian otak untuk disimpan dan diproses.

    Maklumat atau objek tersebut akan disimpan dalam stor ingatan dan akan menilai secara menyeluruh maklumat tersebut sebelum mentafsirkannya dengan jelas.

    3.Menurut teori ini, maklumat yang banyak tersebut perlu diproses secara menyeluruh dalam sistem otak untuk mentafsirkannya. Kemampuan pemprosesan otak bergantung kepada objek yang dilihat.

  • KOMPONEN & JENIS-JENIS PENGAMATANPengamatan Penglihatan

    a. Diskriminasi penglihatanb. Penerimaan penglihatanc. Perkaitan penglihatand. Ingatan penglihatane. Melengkapkan penglihatan

    Pengamatan Pendengaran

    a. Diskriminasi pendengaranb. Penerimaan pendengaranc. Perkaitan pendengarand. Ingatan pendengarane. Melengkapkan pendengaranf. Pencatuman bunyi

  • 3.SENSORI MOTOKo-Ordinasi pergerakan tubuh badan Ko-Ordinasi motor kasar dan motor halusImej badanSisihan dan arahan

    Psikomotor Lateraliti & DominanLateraliti pergerakan seseorang. Dominan penguasaan satu bahagian otak ke atas bahagian kiri atau kanan badan. Bahagian ini pula akan menguasai pergerakan otot-otot kiri atau kanan anggota.

    Marianne Frosting: i) Penyelarasan/Ko-Ordinasi motor mata tangan.ii) Rajah latarbelakangiii) Ketetapan bentukiv) Kedudukan dalam ruang/ pertalian jarakv) Orientasi kedudukan.

  • a) Diskriminasi Penglihatan (Visual) Keupayaan untuk melihat dan mengamati persamaan dan perbezaan objek,bentuk geometri, gambar, huruf dan perkataan.

    b) Penerimaan Penglihatan (Visual Reception) Keupayaan untuk memahami apa yang dilihat.

    c) Perkaitan Penglihatan (Visual Association) Keupayaan untuk mengaitkan benda-benda yang ditunjukkan atau disampaikan secara visual.

    d) Ingatan Penglihatan (Visual Memory) Keupayaan mengingati apa yang telah dilihat atau disampaikan secara visual

    e) Melengkapkan Penglihatan (Visual Closure) Keupayaan mengenali sesuatu yang tidak lengkap.Kebolehan mengenali, membaca dan menginterpretasi perkataan@ayat.

  • Cadangan AktivitiDISKRIMINASI PENGLIHATANMencari gambar, bentuk, huruf dan simbol yang tidak sama.Perbezaan dan persamaan objek-objek kerusi, meja, cawaan dll.Objek hampir serupa haiwan, bunga, daun.Memadankan huruf-huruf dengan perkataanMenekap corak, bentuk dan huruf.

  • Cadangan Aktiviti PENERIMAAN PENGLIHATAN Ajar murid mengenal dan membeza pelbagai bentuk benda mudah.Telitikan perbezaan saiz, warna dan kedudukannya.Gunakan bentuk segi empat, bulat, segitiga, huruf dan perkataan.Adakan permainan soal siapa boleh lihat banyak benda dalam kedai.

  • Cadangan Aktiviti PERHUBUNGAN PENGLIHATAN Galak murid melahirkan pemikiran terhadap sesuatu objek suruh kritik. Beri beberapa soalan bimbingan.Bimbing murid konsep berlawan terhadap sesuatu yang dilihat. besar dan kecil.Guna 2 gambar berkaitan anjing dengan tulang. Minta murid ceritakan.Latih konsep kumpulan sediakan gambar dari jenis makanan, binatang dll.

  • Cadangan Aktiviti INGATAN PENGLIHATAN Sediakan benda di atas meja- Minta murid teliti- Tutup Murid sebut semula.Tunjuk satu corak atau gambar Tutup Murid melukis semula.Tunjuk satu gambar Tutup Berbincang mengenai gambar.Gantung beberapa gambar ikut pada satu tali- Turunkan Murid gantung gambar semula.Perkembangkan ingatan cerita ttg warna, tempat, orang dijumpai dll.

  • Cadangan Aktiviti MELENGKAPKAN PENGLIHATAN Memadan/Mencantumkan gambar- gambar Jigsaw puzzleBuat teka-teki- Contoh : biru, merah, kuning,hijau. Minta murid rumus kumpulan : Warna.

  • Pengamatan Pendengarana) Diskriminasi PendengaranKeupayaan mengenali dan mengamati persamaan dan perbezaan Bunyi atau perkataan- didengar.

    b) Penerimaan PendengaranKeupayaan memperoleh atau mendapat makna daripada apa yangtelah didengar atau secara lisan.

    c) Perkaitan PendengaranMengaitkan konsep-konsep yang disampaikan secara lisan.

    d) Ingatan PendengaranMengingati apa yang telah didengar, kemudianmengulanginya.

  • e) Melengkapkan Pendengaran (Auditory Closure)- Mengenali dan menggunakan unit-unit biasa dalam pengalaman pendengaran apabila sebahagian sahaja unit-unit itu didengar secara lisan.f) Pencantuman bunyiMencantum bunyi-bunyi yang terasing hingga menjadi perkataan.

  • FAKTOR INTERNALMinat, kecenderungan dan perhatian kanak-kanak.Keupayaan tenaga, tekanan emosi dan kesukaran peribadi kanak-kanak.Kerosakan / kecacatan pendengaran dan penglihatan.

  • FAKTOR EXTERNALKurang pendedahan

    Kurang rangsangan/dorongan

  • CIRI-CIRI KANAK-KANAK YANG MENGALAMI KESUKARAN PENGAMATANLambat membuat pengolahan mengkelaskan himpunan ikut jenisnya.Sukar kaitkan perkara yang diketahui dengan situasi baru.Cepat lupa perlu ulangan yang kerapKecenderungan ke arah tindakan terburu-buru tanpa berfikir.Lemah ko-ordinasi motor mata tangan.Ketidakbolehan membuat keputusan secara am

  • CIRI-CIRI KANAK-KANAK YANG MENGALAMI KESUKARAN PENGAMATANTidak mahir dalam kerja kreatifTidak dapat menyiap kerja dengan cepatLambat menukar perhatian dari satu situasi kepada situasi yang lain.Lemah dalam diskriminasi pendengaran.Berfikir terlalu lama sebelum membuat sesuatu kerja.Sukar mengikut corak sesuatu permainan

  • CIRI-CIRI KANAK-KANAK YANG MENGALAMI KESUKARAN PENGAMATANKetidakbolehan membuat keputusan secara am.Kurang sifat bekerjasama.Sering melanggar peralatan dalam kelas.Membuat sesuatu kerja tanpa mengetahui di mana harus berhenti.

  • CIRI KESUKARAN DALAM KOMPONEN PENGAMATAN PENGLIHATANDiskriminasi: Tidak boleh membezakan bentuk, saiz, warna, huruf, nombor dan perkataan.Ingat Kembali: Tidak boleh mengingat kembali apa yang diamati/perhatikan.Orientasi Kedudukan: Tidak boleh membezakan kedudukan sesuatu bentuk, hurufn dan nombor.

  • CIRI KESUKARAN DALAM KOMPONEN PENGAMATAN PENGLIHATANTurutan: Tidak boleh mengingati sesuatu mengikut susunan seperti susunan huruf-huruf dalam perkataan.Menyudahkan atau melengkapkan: Tidak boleh mengenal sesuatu benda atau objek, nombor, perkataan atau huruf.Menyalin: Tidak boleh menyalin sesuatu bentuk, huruf, nombor, perkataan atau ayat.

  • CIRI KESUKARAN DALAM KOMPONEN PENGAMATAN PENGLIHATANRajah Latar Belakang: Tidak boleh menentukan sesuatu seperti bentuk, huruf atau nombor dari latar belakang sesuatu gambar atau rajah.Ko-ordinasi Motor- Mata Tangan: Tidak boleh menyelaras pergerakan motor mata dan tangan.Pertalian Jarak / Ruang: Tidak boleh mengagak sesuatu saiz, jarak kiri dan kanan serta hubungan antara satu objek dengan objek yang lain.

  • CIRI KESUKARAN DALAM KOMPONEN PENGAMATAN PENGLIHATANPembalikan: Tidak boleh membezakan bentuk asal sesuatu bentuk, huruf, nombor, perkataan dan gambar.Mazing / Mencari Jalan Keluar: Tidak boleh menyelesaikan sesuatu masalah.Benda Tersembunyi: Tidak boleh menyelesaikan sesuatu masalah yang abstrak.

  • CIRI KESUKARAN DALAM KOMPONEN PENGAMATAN PENGLIHATANKetetapan Bentuk / Kedudukan Dalam Rajah: Tidak boleh mengetahui sesuatu seperti bentuk, huruf atau nombor yang mempunyai bentuk tetap dan tidak akan berubah bentuknya dalam mana-mana keadaan.Gambar bersiri: Tidak boleh mengikuti cerita dari satu babak ke satu babak yang lain.

  • CIRI KESUKARAN DALAM KOMPONEN PENGAMATAN PENDENGARANDiskriminasi:

    Tidak boleh mengenal dan membezakan bunyi sebutan, rentak irama dan intonasi berlainan. Tidak boleh mengenal arah bunyi ( jauh dan dekat) Tidak boleh mengingat bunyi-bunyi yang didengar. Tidak boleh mengulang corak bunyi dan turutannya

  • CIRI KESUKARAN DALAM KOMPONEN PENGAMATAN PENDENGARANPekak Koduktif: Tidak dengar bunyi bernada rendah.

    Pekak Perseptif: Tidak dengar bunyi bernada tinggi.

    Pekak Campur Aduk: Campuran pekak koduktif dan pekak peseptif.

    Pekak Rikrutmen / (Automic Volume Control): Boleh mendengar bunyi kuat sahaja.

    Secretory Otitis Media: Cecair yang menyekat getaran.

  • CIRI KESUKARAN DALAM KOMPONEN PENGAMATAN SENSORI MOTORMotor Kasar: Ketidakbolehan dalam pergerakan badan dengan automatis, mudah dan berirama serta dengan imbangan yang sewajarnya.

  • CIRI KESUKARAN DALAM KOMPONEN PENGAMATAN SENSORI MOTORMotor Halus: Ketidakbolehan untuk menguruskan tugas-tugas/kerja yang melibatkan motor halus terutama dalam penggunaan tangan- menulis, melukis, menjahit dll. Ketidakbolehan bertindakbalas terhadap dorongan melalui penglihatan, pendengaran dan daya perasa. Ketidakbolehan mengesan, mentafsir dan bertindakbalas terhadap dorongan dan daya perasa. Kekurangan kesedaran perhubungan ruang dengan imej badan, sisian dan arah.

  • Sekian

    ADA SIANG ADA MALAMSEKIAN, WASSALAM

    Sehingga Berjumpa Lagi

    ******