Penganalisisan Dan Pentafsiran Keputusan Ujian

1
Penganalisisan dan pentafsiran keputusan ujian Penganalisan dan pentafsiran keputusan ujian merupakan peringkat penting dalam segala proses penilaian. Setelah ujian ditadbirkan dan kertas jawapan setiap orang murid diperiksa, guru boleh menggunakan keputusan-keputusan yang diperoleh untuk membuat analisis, kemudian mendapat kesimpulan tentang prestasi atau pencapaian murid-murid dalam ujian itu. Penganalisan dan pentafsiran keputusan ujian bergantung kepada penggunaan sistem perangkaan yang melibatkan aktiviti memungut, menyusun, mengira, membuat analisis atas data (iaitu skor-skor yang diperoleh oleh calon dalam ujian) serta membuat interprestasi atas hasil penganalisisan datanya. Peringkat- peringkat pentafsiran keputusan ujian matematik adalah : Rajah 1.1 Penganalisisan dan Pentafsiran Keputusan Ujian Kegunaan Min, Median, Mod dan Sisihan Piawai Berdasarkan ukuran kecenderungan memusat yang digunakan untuk membuat perbandingan tentang pencapaian antara murid-murid tahun 4 Bestari yang menduduki ujian bertulis, sukatan memusat yang paling sesuai untuk menggambarkan prestasi kelas tersebut ialah min. Hal ini kerana, nilai min dikira dengan mengambil setiap markah murid dalam ujiannya, iaitu min mengambil kira semua skor dalam satu-satu taburan. Selain itu, min turut mengimbangi jumlah sisihan negatif dan jumlah sisihan positif serta lebih peka daripada mod dan median yang kepada skor yang melampau. Di samping itu, mod dan median pula tidak mengambil semua nilai dalam data ke dalam akaun di mana ia mengurangkan lagi ketepatan kecenderungan memusat. Memungut dan menyusun skor murid Mengira min, mod, median dan sisihan piawai Membuat analisis Membuat interpretasi

description

kfjgorjfdlkv

Transcript of Penganalisisan Dan Pentafsiran Keputusan Ujian

Page 1: Penganalisisan Dan Pentafsiran Keputusan Ujian

Penganalisisan dan pentafsiran keputusan ujian

Penganalisan dan pentafsiran keputusan ujian merupakan peringkat penting dalam segala

proses penilaian. Setelah ujian ditadbirkan dan kertas jawapan setiap orang murid diperiksa,

guru boleh menggunakan keputusan-keputusan yang diperoleh untuk membuat analisis,

kemudian mendapat kesimpulan tentang prestasi atau pencapaian murid-murid dalam ujian

itu.

Penganalisan dan pentafsiran keputusan ujian bergantung kepada penggunaan sistem

perangkaan yang melibatkan aktiviti memungut, menyusun, mengira, membuat analisis atas

data (iaitu skor-skor yang diperoleh oleh calon dalam ujian) serta membuat interprestasi atas

hasil penganalisisan datanya. Peringkat-peringkat pentafsiran keputusan ujian matematik

adalah :

Rajah 1.1 Penganalisisan dan Pentafsiran Keputusan Ujian

Kegunaan Min, Median, Mod dan Sisihan Piawai

Berdasarkan ukuran kecenderungan memusat yang digunakan untuk membuat

perbandingan tentang pencapaian antara murid-murid tahun 4 Bestari yang menduduki ujian

bertulis, sukatan memusat yang paling sesuai untuk menggambarkan prestasi kelas tersebut

ialah min. Hal ini kerana, nilai min dikira dengan mengambil setiap markah murid dalam

ujiannya, iaitu min mengambil kira semua skor dalam satu-satu taburan. Selain itu, min turut

mengimbangi jumlah sisihan negatif dan jumlah sisihan positif serta lebih peka daripada

mod dan median yang kepada skor yang melampau. Di samping itu, mod dan median pula

tidak mengambil semua nilai dalam data ke dalam akaun di mana ia mengurangkan lagi

ketepatan kecenderungan memusat.

Memungut dan

menyusun skor murid

Mengira min, mod, median dan sisihan

piawai

Membuat analisis

Membuat interpretasi