Pengangkutan sungai

34
PENGANGKUTAN SUNGAI

description

GEOMORFOLOGI LEMBANGAN SALIRAN

Transcript of Pengangkutan sungai

Page 1: Pengangkutan sungai

PENGANGKUTAN SUNGAI

Page 2: Pengangkutan sungai

KONSEP- Suatu proses pemindahan. Bahan-bahan yg ada dipindahkan dari hulu

ke hilir serentak dengan aliran sungai. Dipengaruhi oleh tenaga kinetik. Beban atau muatan daripada hakisan

bahagian tebing atau dasar sungai, juga disumbangkan oleh proses luluhawa cerun, larian air permukaan dan gerakan jisim.

PROSES-PROSES PENGANGKUTAN SUNGAI

Page 3: Pengangkutan sungai

Bahan-bahan(beban) dan muatan

Page 4: Pengangkutan sungai

GOLEKAN LOMPATAN (SALTASI) AMPAIAN LARUTAN

CARA PENGANGKUTAN SUNGAI

Page 5: Pengangkutan sungai

Cara Pengangkutan Sungai a.                 Larutan – melibatkan pemindahan zat-zat galian yang terlarut dalam

aliran dari batuan. Cara larutan ini lebih giat jika sistem aliran terdapat di permukaan batuan yang lembut seperti batu kapur.

b.                 Ampaian – berlaku terhadap puin-puin yang halus dengan adanya arus dasar yang kuat. Biasanya mautan ampaian menentukan warna air, contohnya tanah liat.

c.                  Loncatan – melibatkan pergerakan muatan sungai yang berbentuk bujur seperti batu kelikir di dasar sungai, ia giat berlaku selepas hujan lebat.

d.                 Seretan – melibatkan pergerakan bongkah batu yang besar, dianggap muatan dasar kerana pergerakannya hanya berlaku di dasar-dasar sungai. Ia sangat giat berlaku apabila isipadu air yang banyak atau halaju air yang tinggi terutama ketika banjir.

e.                 Golekan – melibatkan pergerakan batuan yang sederhana besar dan dianggap muatan dasar.

f.                   Apungan – melibatkan beban sungai yang ringan dan halus, pergerakannya di atas permukaan air.

Page 6: Pengangkutan sungai

Tenaga -          berkait rapat dengan halaju dan isipadu

air sungai. -     semasa isipadu air sungai tinggi ( semasa

banjir ), halaju aliran air sungai turut bertambah. -          aliran air sungai yang deras mempunyai

tenaga kinetik yang tinggi. -          dengan tenaga kinetik yang tinggi, aliran

air sungai berupaya untuk mengangkut bahan dengan lebih banyak dan cepat.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGANGKUTAN SUNGAI

Page 7: Pengangkutan sungai

Cerun -          pada peringkat hulu ,cerun sungai curam dan

mempunyai aliran air yang deras. Pada peringkat ini semua bahan yang dihakis akan diangkut secara maksimum.

-          pada peringkat tengah, cerun sungai agak landai, menyebabkan halaju aliran air berkurangan. Proses pengangkutan bahan pada peringkat ini agak kurang berkesan di mana sungai mulai memendapkan sebahagian daripada bahan yang diangkutnya.

-          manakala pada peringkat hilir, cerun sungai landai, proses pengangkutan minimum sekali dan sungai mulai memendapkan bahan yang diangkutnya.

Page 8: Pengangkutan sungai

Kekasaran alur -          merujuk kepada licin atau kasar

( berlekuk-lekuk ) sesuatu alur sungai. -          sekiranya alur sungai licin, bahan-

bahan diangkut dengan lebih mudah terutama pengangkutan cara golekan dan seretan.

-          alur sungai yang berlekuk akan menyebabkan bahan yang diangkut akan tersekat dan melompat- lompat di dasar sungai tersebut.

Page 9: Pengangkutan sungai

Halangan -          sungai yang lurus dan tanpa

halangan pada alur, biasanya kurang melakukan proses pemendapan bahan.

-          sungai yang pada alurnya terdapat halangan sama ada halangan semula jadi ataupun buatan manusia akan berupaya unuk memerangkap bahan yang diangkut oleh aliran sungai tersebut lalu memendapkannya.

Page 10: Pengangkutan sungai

Bentuk alur -          alur sungai yang lurus menyebabkan

aliran air sungai deras dan menggalakkan pengangkutan bahan berlaku secara maksimum dan keadaan ini mengurangkan proses pemendapan bahan.

-          alur sungai yang berliku menyebabkan aliran air sungai terganggu dan halaju pergerakan air menjadi kurang. Kesannya bahan-bahan yang dibawa oleh aliran air akan dimendapkan.

Page 11: Pengangkutan sungai

Saiz bahan -          bahan yang bersaiz besar dan berat seperti batu

tongkol diangkut secara perlahan melalui cara golekan atau seretan.

-          bahan-bahan yang bersaiz kecil dan ringan seperti kelodak, habuk dan debu akan diangkut secara apungan atau ampaian.

Jenis bahan -          bahan yang mempunyai daya apungan yang

tinggi seperti sampah sarap, sisa pertanian akan diangkut

oleh aliran air sungai dengan cara apungan. -          bahan yang berat seperti batu tongkol akan

diangkut secara seretan atau golekan.

Page 12: Pengangkutan sungai

Bentuk bahan bahan yang berbentuk bulat atau hamper

bulat akan diangkut di bahagian dasar sungai dengan cara golekan atau seretan.

bahan yang berbentuk bersegi-segi seperti serpihan batuan akan terloncat-loncat di    

dasar sungai.

Page 13: Pengangkutan sungai

-          Pengangkutan sungai biasanya dikaitkan dengan sungai peringkat dewasa ( pertengahan ).

-          Ini kerana sungai peringkat dewasa menjalankan proses pengangkutan ( proses yang dominan ).

-          Ini kerana cerun sungai menjadi sederhana berbanding peringkat hulu.

-          Kesannya aliran air kurang deras berbanding di hulu. ( tenaga kinetiknya mulai hilang )

-          Isipadu sungai semakin bertambah kerana percantuman beberapa cawangan sungai mengalakkan proses pengangkutan sungai.

BENTUK MUKA BUMI ( SUNGAI PERINGKAT DEWASA )

Page 14: Pengangkutan sungai
Page 15: Pengangkutan sungai

Konsep pemendapan Pemendapan sungai merujuk kepada proses pemendapan

bahan-bahan yang diangkut oleh aliran sungai di bahagian tebing , dasar atau hilir sungai oleh aliran air sungai itu sendiri akibat daripada hilangnya tenaga pengangkutan aliran air sungai tersebut .

Kata Kunci -          proses pemendapan bahan-bahan yang diangkut oleh

aliran sungai -          di bahagian tebing , dasar atau hilir sungai -          oleh aliran air sungai itu sendiri - akibat daripada hilangnya tenaga pengangkutan aliran

air sungai tersebut

PEMENDAPAN SUNGAI

Page 16: Pengangkutan sungai

Isi padu air/ halaju air sungai

Isi padu atau kuantiti air sungai mempengaruhi halaju air sungai dan keberkesanan pemendapan bahan. 

Semasa isipadu air sungai tinggi terutamanya semasa banjir, air akan melimpahi tebing sungai. Air yang melimpahi tebing ini akan membawa bersamanya bahan seperti kelodak, pasir, lumpur dan sebagainya ke tebing sungai. Bahan-bahan ini kemudiaanya akan dimendapkan dibahagian tebing selepas banjir surut.

Isipadu sungai yang tinggi juga menyebabkan halaju air sungai bertambah. Aliran air yang laju mempunyai keupayaan yang tinggi untuk menbawa lebih banyak bahan daripada hulu ke hilir sungai. Bahan yang banyak ini kemudiannya akan dimendapkan dibahagian hilir atau muara sungai.

Walaupun begitu, isipadu air yang tinggi akan menyebabkan proses pengangkutan lebih dominan dan ini mengurangkan proses pemendapan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMENDAPAN

Page 17: Pengangkutan sungai

Kecerunan Kecerunan dasar sungai mempengaruhi halaju air sungai. Cerun dasar sungai yang curam di kawasan hulu sungai

menyebabkan halaju air sungai tinggi. Oleh itu, proses pemendapan tidak berlaku kerana terdapatnya proses hakisan dan pengangkutan bahan secara besar-besaran di kawasan ini.

Cerun yang landai di kawasan hilir sungai menyebabkan halaju air sungai berkurangan. Halaju air sungai yang perlahan menyebabkan bahan-bahan yang diangkut oleh aliran sungai dimendapkan di kawasan ini.

Page 18: Pengangkutan sungai

Muatan sungai

-          Muatan sungai merujuk kepada bahan-bahan yang dibawa oleh aliran air sungai seperti kelodak, lumpur, pasir, kelikir dan sebagainya .

-          Bahan-bahan tersebut berasal daripada kegiatan hakisan yang berlaku ke atas tebing dan dasar sungai, hakisan permukaan berhampiran dengan sungai ataupun kegiatan luluhawa di bahagian hulu sungai.

-          Sungai yang banyak muatan bahan aktiviti pemendapan berlaku dengan hebat berbanding dengan sungai yang tidak mempunyai bahan yang dibawa.

Page 19: Pengangkutan sungai

Bentuk alur -          Alur sungai yang lurus menyebabkan

aliran air sungai deras dan menggalakkan pengangkutan bahan berlaku secara maksimum dan keadaan ini mengurangkan proses pemendapan bahan.

-          Alur sungai yang berliku menyebabkan aliran air sungai terganggu dan halaju pergerakan air menjadi kurang. Kesannya bahan-bahan yang dibawa oleh aliran air akan dimendapkan.

Page 20: Pengangkutan sungai

Jenis batuan -          sekiranya bahagian dasar dan tebing

sungai terbentuk daripada batuan yang lembut daripada kumpulan batuan enapan , maka kadar hakisan ke atas tebing dan dasar sungai menjadi lebih giat.

-          hakisan yang giat ke atas dasar dan tebing sungai akan menyediakan bahan ( sedimen ) yang banyak yang diangkut oleh aliran sungai tersebut. Kesannya proses pemendapan akan berlaku secara giat.

Page 21: Pengangkutan sungai

Halangan -          sungai yang lurus dan tanpa

halangan pada alur, biasanya kurang melakukan proses pemendapan bahan.

-          sungai yang pada alurnya terdapat halangan sama ada halangan semula jadi ataupun buatan manusia akan berupaya unuk memerangkap bahan yang diangkut oleh aliran sungai tersebut lalu memendapkannya. 

Page 22: Pengangkutan sungai

Dataran banjir -          banjir yang melimpahi tebing sungai akan

memendapkan bahan-bahan yang dibawanya seperti lumpur, kelodak, lempung,pasir, kelikir dan sebagainya.

    -          kejadian banjir yang berulang-ulang menyebabkan bahan yang dimendapkan bertambah dan membentuk satu dataran yang luas dan lebar dikenali sebagai dataran banjir.

    -          satu contoh dataran banjir yang terkenal di Malaysia ialah Dataran Kedah – Perlis.

 

BENTUK MUKA BUMI PEMENDAPAN SUNGAI ( PERINGKAT TUA / HILIR )

Page 23: Pengangkutan sungai

Dataran banjir

Page 24: Pengangkutan sungai

Tasik ladam -          pembentukan tasik ladam berlaku dalam tiga

peringkat. -          Peringkat 1 - Hakisan berlaku dengan giat di tebing

luar likuan sungai manakala pemendapan berlaku di tebing dalam likuan sungai. Hakisan di luar likuan dan pemendapan di dalam likuan sungai menyebabkan kedua-dua lengkok likuan menjadi semakin rapat.

-          Peringkat 2 - Kedua-dua lengkok bertemu dan air mengalir terus.

-          Peringkat 3 - Pemendapan yang berterusan membentuk likuan sungai yang terpisah daripada alur baru sungai. Likuan sungai asal yang terpisah daripada alur baru akan membentuk likuan terpenggal lalu menjadi sebuah tasik yang dikenali sebagai tasik ladam. 

Page 25: Pengangkutan sungai

Tasik ladam

Page 26: Pengangkutan sungai

Tetambak -          merujuk kepada permatang rendah

yang terbentuk selari dengan tebing sungai. -          terbentuk apabila banjir yang

melimpahi tebing sungai memendapkan bahan pada tebingnya.

-          timbunan bahan ini dibentuk secara berperingkat-peringkat setiap kali berlakunya banjir.

-          contoh tetambak ialah di tebing sungai Hwang Ho,Rhine dan Sungai Mississippi.

Page 27: Pengangkutan sungai

Tetambak

Page 28: Pengangkutan sungai

Pulau -          terbentuk di bahagian hilir sungai. -          bahan-bahan yang dibawa oleh

aliran sungai di halang lalu dimendapkan. -          pemendapan bahan berlaku secara

berulang kali lalu membentuk daratan yang ditumbuhi pelbagai jenis tumbuhan.

-          Daratan ini dikenali sebagai pulau. Contoh Pulau Duyung di Terengganu.

Page 29: Pengangkutan sungai
Page 30: Pengangkutan sungai

Beting Pasir -          merujuk kepada timbunan pasir atau

kelikir yang mewujudkan permatang rendah selari dengan tebing sungai.

-          beting pasir terbentuk apabila terdapatnya pusaran air yang menggali dan memendapkan semula pasir tersebut.

Page 31: Pengangkutan sungai

Beting pasir

Page 32: Pengangkutan sungai

Delta -          merujuk kepada satu dataran mendap

yang luas dan rata. -          terbentuk apabila bahan-bahan yang

dibawa oleh aliran air sungai ditimbunkan secara berterusan di muara sungai.

-          sebahagian besar bahan yang membentuk delta ialah terdiri daripada kelodak, lempung, pasir dan lain-lain.

-          contoh delta di Malaysia ialah Delta Kelantan.

Page 33: Pengangkutan sungai

Delta

Page 34: Pengangkutan sungai