PENGANTAR ULUM HADIS

49
PENGANTAR ULUM HADIS Mohamad Fauzi Bin Hassan IPG Kampus Kent

Transcript of PENGANTAR ULUM HADIS

Page 1: PENGANTAR ULUM HADIS

PENGANTAR ULUM HADIS

Mohamad Fauzi Bin HassanIPG Kampus Kent

Page 2: PENGANTAR ULUM HADIS

Kandungan dan Peruntukan Masa

BIL TAJUKMASA

TEORI AMALI

1 Muqadimah Ulum Hadis 2 jam -

2 Al-Hadis 4 jam -

3Hadis Sumber kedua syariat Islam

4 jam -

4 Sejarah al- Hadis 5 jam -

Page 3: PENGANTAR ULUM HADIS

Muqadimah Ulum HadisPengetahuan Kemahiran Pengalaman

Pengajaran dan Pembelajaran

Pendahuluan

Pembahagian Ulum Hadis : Hadis Riwayah dan Hadis Dirayah

Sejarah Perkembangan Ulum Hadis

Jenis-jenis Ilmu Hadis

Mengklafikasikan hadis-hadis

Membezakan pembahagian ulum hadis berdasarkan hadis Riwayah dan hadis Dirayah

Menggalurkan sejarah perkembangan ulum hadis

Menyenaraikan serta memberi sinopsis jenis-jenis ilmu hadis

Strategi :KuliahMunaqasahForum

KB:Banding bezaKenal PastiKlasifikasi

Nilai :Berhati-hati dalam menerima sesuatu hadis

Meyakini al hadis sebagai sumber hukum kedua

Page 4: PENGANTAR ULUM HADIS

Al-Hadis

Pengetahuan KemahiranPengalaman Pengajaran

Pembelajaran

Pendahuluan

Pengertian al-Hadis, Assunah, Alkhabar dan al-Athar

Hadis Qudsi dan Hadis Nabawi

Menjelaskan maksud istilah hadis, sunnah, khabar dan Athar

Membanding beza hadis qudsi dan hadis nabawi

Straegi:Penerangan

Perbincangan

Bengkel

Page 5: PENGANTAR ULUM HADIS

Hadis Sumber Kedua Syariat Islam

Pengetahuan Kemahiran Pengalaman pengajaran

Pembelajaran

Pendahuluan

Autoriti Al-Sunnah dan Peranan-peranannya

Memperincikan hadis sebagai sumber kedua syariat Islam

Menghuraikan peranan-peranan al-hadis

Strategi:Projek mengumpul maklumat berkaitan tajuk melalui pelbagai sumber termasuk internet

Page 6: PENGANTAR ULUM HADIS

Sejarah Al-Hadis

Pengetahuan Kemahiran Pengalaman Pengajaran Pembelajaran

Pengumpulan dan penulisan Hadis

Tokoh-tokoh hadis dizaman sahabat dan tabi’in

Pandangan Orientalis terhadap al-Hadis

Menerangkan sejarah pengumpulan dan penulisan hadis

Menyenarai dan memberi sinopsis tokokh-tokoh hadis di zaman sahabat dan Tabi’in

Menganalisis pandangan orientalis terhadap peranan dan fungsi hadis

Strategi:Menganalisis hadis dari segi peranan dan kritikan Orientalis terhadap hadis

KMD Mengkaji penghayatan hadis di kalangan umat Islam di masa awal, kini dan kemungkinan akan datang

Page 7: PENGANTAR ULUM HADIS

Ilmu Hadis dan Perbahasan

Ilmu hadis bermaksud beberapa ilmu berkaitan dengan hadis

Perbahasannya berkisar tentang PengertianKehujahansumber ambilanPembahagian darjat-darjat hadisFaedah-Faedah mempelajarinya

Page 8: PENGANTAR ULUM HADIS

Pengertian Hadis

Dari segi Bahasa Beerti baharu lawan kepada perkataan qadim

yang beerti sedia ada iaitu al-Quran Bermakna cerita , berita atau perkataan ( Surah

al-Nisa’ 4:87) Membawa makna mimpi ( Surah yusuf 12:101)

Page 9: PENGANTAR ULUM HADIS

Pengertian Hadis

Istilah Ibn Hajar

Apa-apa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW Al-Harawi

Apa-apa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW sama ada dari segi perkataan, perbuatan, ikrar, gerak laku dan diamnya sama ada dalam jaga atau tidurnya

Al-Khatib ( Usul al-Hadith: Ulum wa al-Mustalah al-Hadith) Semua Perkara yang disandarkan kepada Nabi Muhammad

SAW sama ada perkataan, perbuatan, ikrar, sifat atau akhlaknya. Begitu juga dengan perjalanan hidupnya dalam tempoh sebelum atau sesudah baginda menjadi Rasul. Takrif ini adalah hampir sama dengan takrif sunnah mengikut ahli hadith

Page 10: PENGANTAR ULUM HADIS

Pengertian Hadis

Rumusan Jika ditinjau dari segi pengertian tersebut

ternyatalah hadith merupakan sesuatu yang bertitik tolak daripada diri Rasulullah SAW yang berupa kata-kata, tindakannya atau juga ikrarnya untuk dijadikan sebagai sumber hukum atau rujukan

Page 11: PENGANTAR ULUM HADIS

Pengertian Sunnah

Bahasa Beerti perjalanan (sirah) sama ada yang baik

atau jahat . Sekiranya dirujukkan kepada diri Nabi Muhammad SAW. Sunnah ialah kebiasaan atau amalan Nabi Muhammad SAW yang selalu dilakukan. Lawannya adalah Bida’ah yang beerti sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW

Page 12: PENGANTAR ULUM HADIS

Pengertian Sunnah

Istilah Apa-apa yang dihubungkaitkan dengan diri Rasulullah SAW

baik yang berupa perintah mahupun larangan atau juga keizinannya yang pernah berlaku sepanjang hidup baginda

Pembahagian Sunnah Nabi Muhammad SAW ( mengikut ulamak usul) Sunnah al-Huda iaitu perjalanan hidup Nabi Muhammmad SAW

yang berbentuk ibadat atau syariat yang tidak dilakukan akan merosakkkan sunnah atau syiar Islam seperti ibadah sembahyang jama’ah, azan,iqamah dan sebagainya.

Sunnah al-Zawa’id iaitu perjalanan hidup yang berupa amalan tambahan bertujuan untuk menyempurnakan atau mengelokkan lagi syiar Islam seperti cara makan, berpakaian, berjalan, duduk dan sebagainya.

Page 13: PENGANTAR ULUM HADIS

Pengertian Sunnah

Selain membahagikan Sunnah kepada dua bahagian tersebut para ulamak usul juga mengatakan bahawa sunnah ialah apa-apa yang bersumberkan daripada diri Rasululullah berdasarkan dalil-dalil syarak selain daripada aapa yang dibaca dan yang bukan berupa mukjizat ( al-quran) sama ada dari segi perkataan, perbuatan dan ikrar yang boleh menjadi hukum atau dalil syarak.

Sementara menurut pandangan para ulamak fiqh. Sunnah ialah apa-apa yang diberi pahala kerana menunaikannya dan tidak mendapat apa-apa sekiranya ditinggalkan

Page 14: PENGANTAR ULUM HADIS

Pengertian Sunnah

Rumusan Daripada ketiga-tiga pengertian tersebut

ternyata bahawa pengertian yang dibuat oleh ahli hadis dianggap lebih lengkap (komprehensif) dan merangkumi semua aspek yang berhubung dengan diri Rasulullah SAW sama ada dalam tempoh Baginda belum diutus menjadi Rasul atau selepasnya, dan juga sama ada ia melibatkan penetapan hukum syarak atau tidak

Page 15: PENGANTAR ULUM HADIS

ILMU MUSTOLAH HADIS

Ilmu Mustolah Hadis ialah ilmu usul dan kaedah-kaedah untuk mengenali keadaan Sanad dan Matan dimana untuk diterima atau ditolak.

Ilmu Hadis terbagi dua bahagian yaitu:Ilmu Hadis Riwayah dan Ilmu Hadis Dirayah.

Page 16: PENGANTAR ULUM HADIS

1 - Ilmu Hadis Riwayah

Ilmu Hadis Riwayah ialah ilmu yang memfokuskan kepadapemindahan kata-kata Nabi s.a.w, perbuatan, riwayat,penjagaan dan penulisannya

Page 17: PENGANTAR ULUM HADIS

2 - Ilmu Hadis Dirayah

Ilmu Hadis Dirayah ialah ilmu yang membantu kita untukmengetahui hakikat riwayat, syarat-syarat,bagian-bagian serta hukum-hukumnya. Dapat jugamembantu kita mengetahui keadaan perawi, syarat-syaratperawi dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Yang di sebut Riwayat dalam ilmu mustolah ialah:Memindahkan Hadis dan seumpamanya dengan mensanadkankepada orang yang dinisbatkan kepadanya. Pemindahantersebut dilakukan secara riwayat atau khabar dsb

Page 18: PENGANTAR ULUM HADIS

Sejarah dan Perkembangan Ilmu Hadits

Period Pertama (Zaman Rasul) Para sahabat bergaul dan berinteraksi langsung dengan Nabi, sehingga setiap

permasalahan atau hukum dapat ditanyakan langsung kepada Nabi. Para sahabat lebih concern dengan menghafaz dan mempelajari Al-Qur’an Secara umum Rasulullah saw melarang menuliskan hadits karena takut tercampur

baur dengan ayat Al-Qur’an karena wahyu sedang / masih diturunkan. Secara umum sahabat masih banyak yang buta huruf sehingga tidak menuliskan

hadits, mereka meriwayatkan hadits dengan menghafaz secara lisan. Sebagian kecil sahabat –yang pandai baca tulis- menuliskan hadits seperti : Abdullah

Bin Amr Bin Ash yang mempunyai catatan hadits dan dikenal sebagai “Shahifah Ash Shadiqah” juga Jabir Bin Abdullah Al Anshary mempunyai catatan hadits yang dikenal sebagai “Shahifah Jabir”

Pada ketika tertentu orang arab badawi ingin fatwa Nabi dituliskan, maka Nabi meluluskan permintaannya untuk menuliskan hadits untuknya.

Para sahabat masih disibukkan dengan peperangan penaklukan kabilah-kabilah di seluruh jazirah Arab.

Para sahabat yang belum faham tentang suatu hukum mereka saling bertanya kepada yang lebih tahu dan saling mempercayai penuturannya

Page 19: PENGANTAR ULUM HADIS

Period Kedua (Masa Khulafa’ ar- Rasyidin) Sebagian sahabat tersebar keluar jazirah Arab karena

ikut serta dalam jihad penaklukan ke daerah Syam, Iraq, Mesir, Persia.

Pada daerah taklukan yang baru masuk Islam, Khalifah Umar menekankan agar mengajarkan Al-Qur’an terlebih dahulu kepada mereka.

Khalifah Abu Bakar meminta kesaksian minima satu orang bila ada yang meriwayatkan hadits kepadanya.

Khalifah Umar melarang sahabat besar keluar dari kota Madinah dan melarang memperbanyak periwayatan hadits.

Setelah Khalifah Umar wafat, sahabat besar keluar kota Madinah tersebar ke Ibukota daerah taklukkan untuk mengajarkan agama

Khalifah Ali meminta bersumpah orang yang meriwayatkan hadits

Page 20: PENGANTAR ULUM HADIS

Period Ketiga Para sahabat besar telah berhijrah keluar dari Madinah. Jabir pergi ke Syam menanyakan hadits kepada sahabat

Abdullah Bin Unais Al Anshary. Abu Ayyub Al Anshary pergi ke Mesir menemui sahabat

Utbah Bin Amir untuk menanyakan hadits. Masa ini sahabat besar tidak lagi membatasi diri dalam

periwayatan hadits, yang banyak meriwayatkan hadits antara lain :

a.       Abu Hurairah (5347 hadits) b.      Abdullah Bin Umar (2360 hadits) c.       Anas Bin Malik (2236 hadits) d.      Aisyah, Ummul Mukminin (2210 hadits) e.       Abdullah Bin Abbas (1660 hadits) f.        Jabir Bin Abdullah (1540 hadits) g.       Abu Sa’id Al Kudri (1170 hadits) h.       Ibnu Mas’ud i.         Abdullah Bin Amr Bin Ash

Page 21: PENGANTAR ULUM HADIS

Pada waktu pemerintahan Khalifah Ali, terjadi pemberontakan oleh Muawiyah Bin Abu Sofyan, setelah peristiwa tahkim muncul kelompok kawarij yang memusuhi Ali dan Muawiyah.

Setelah terbunuhnya Khalifah Ali, muncul Syiah yang mendukung Ali dan keturunannya

Sementara kelompok jumhur tetap mengakui pemerintahan Bani Umayah.

Sejak saat itu mulai bermunculan hadits palsu yang bertujuan mendukung masing-masing kelompoknya. Kelompok yang terbanyak membuat hadits palsu adalah Syiah Rafidah

Page 22: PENGANTAR ULUM HADIS

Period Keempat (Masa Pembukuan Hadits) Pada waktu Umar Bin Abdul Aziz (Khalifah ke-8

Bani Umayyah) yang naik tahta pada tahun 99 H berkuasa, beliau dikenal sebagai orang yang adil dan wara’ bahkan sebagian ulama menyebutnya sebagai Khulafaur Rasyidin yang ke-5, tergeraklah hatinya untuk membukukan hadits dengan motif :

a. Beliau bimbang ilmu hadits akan hilang karena belum dibukukan dengan baik.

b. Kemahuan beliau untuk menyaring hadits palsu yang sudah mulai banyak beredar.

c.Al-Qur’an sudah dibukukan dalam mushaf, sehingga tidak ada lagi kebimbangan tercampur dengan hadits bila hadits dibukukan.

d.Peperangan dalam penaklukan negeri negeri yang belum Islam dan peperangan antara sesama kaum Muslimin banyak terjadi, dibimbangkan ulama hadits berkurang karena wafat dalam peperangan-peperangan tersebut

Page 23: PENGANTAR ULUM HADIS

Khalifah Umar mengarahkan kepada Gobenor Madinah Abu Bakar Bin Muhammad Bin ‘Amr Bin Hazm (Ibnu Hazm) untuk mengumpulkan hadits yang ada padanya dan pada tabi’in wanita ‘Amrah Binti ‘Abdur Rahman Bin Sa’ad Bin Zurarah Bin ‘Ades, murid Aisyah-Ummul Mukminin.

  Khalifah Umar Bin Abdul Azis menulis arahan kepada Ibnu

Hazm :   “Lihat dan periksalah apa yang dapat diperoleh dari hadits

Rasulullah, lalu tulislah karena aku takut akan lenyap ilmu disebabkan meninggalnya ulama dan jangan anda terima selain hadits Rasulullah saw dan hendaklah anda sebarkan ilmu dan mengadakan majlis-majlis ilmu supaya orang yang tidak mengetahui dapat mengetahuinya, lantaran tidak lenyap ilmu hingga dijadikannya barang rahasia.”

Page 24: PENGANTAR ULUM HADIS

Berdasarkan arahan resmi Khalifah itu, Ibnu Hazm minta bantuan dan mengarahkan kepada Abu Bakar Muhammad Bin Muslim Bin Ubaidillah Bin Syihab az Zuhry (Ibnu Syihab Az Zuhry)-seorang ulama besar dan mufti Hijaz dan Syam- untuk turut membukukan hadits Rasulullah saw.

Setelah itu penulisan hadits pun marak dan dilakukan oleh banyak ulama abad ke-2 H, yang terkenal diantaranya :

a. Al-Muwaththa’, karya Imam Malik Bin Anas (95 H – 179 H).

b. Al Masghazy wal Siyar, hadits sirah nabawiyah karya Muhammad Ibn Ishaq (150 H).

c.Al Mushannaf, karya Sufyan Ibn ‘Uyainah (198 H)d.Al Musnad, karya imam Abu Hanifah (150 H)e.Al Musnad, karya imam Syafi’i (204 H)

Page 25: PENGANTAR ULUM HADIS

Periode kelima (Masa Kodifikasi Hadits) 1. Period Penyaringan hadits dari Fatwa-

fatwa sahabat (abad ke-III H)

Menyaring hadits nabi dari fatwa-fatwa sahabat nabi

Masih tercampur baur hadits sahih, dhaif dan maudlu’ (palsu).

Pertengahan abad tiga baru disusun kaedah-kaedah penelitihan kesahihan hadits.

Penyaringan hadits sahih oleh imam ahli hadits Ishaq Bin Rahawaih (guru Imam Bukhary).

Penyempurnaan kodifikasi ilmu hadits dan kaedah-kaedah pengsahihan suatu hadis.

Penyusunan kitab Sahih Bukhory

Page 26: PENGANTAR ULUM HADIS

Penyusunan enam kitab induk hadis (kutubus sittah), yaitu kitab-kitab hadits yang diakui oleh jumhur ulama sebagai kitab-kitab hadits yang paling tinggi mutunya, sebahagian masih mengandungi hadis dhaif tapi ada yang dijelaskan oleh penulisnya dan dhaifnya pun yang tidak keterlaluan dhaifnya, ke enam kuttubus shittah itu adalah :a.      Sahih Bukhoryb.      Sahih Muslimc.       Sunan Abu Dawudd.      Sunan An Nasaye.       Sunan At-Turmudzyf.        Sunan Ibnu Majah

Page 27: PENGANTAR ULUM HADIS

2. Period menghafal dan meng isnadkan hadits (abad ke-IV H)

-Para ulama hadits berlumba-lumba menghafalkan

hadits yang sudah tersusun pada kitab-kitab hadis.

-Para ulama hadis mengadakan penelitian hadis hadis yang tercantum pada kitab-kitab hadis.-Ulama hadis menyusun kitab-kitab hadis yang bukan termasuk kuttubus shittah

Page 28: PENGANTAR ULUM HADIS

3.  Period Klasifikasi dan Sistematik Susunan Kitab-Kitab Hadis (abad ke-V H s.d 656 H, jatuhnya Baghdad)

-Mengklasifikasikan hadis dan menghimpun hadis-hadis yang sejenis

Menghuraikan dengan luas (men syarah) kitab-kitab hadis. Memberikan komentar (takhrij) kitab-kitab hadits. Meringkas (ikhtisar) kitab-kitab hadis. Menciptakan kamus hadis. Mengumpulkan (jami’) hadis-hadis bukhory-Muslim Mengumpulkan hadits targhib dan tarhib. Menyusun kitab athraf, yaitu kitab yang hanya menyebut

sebahagian hadits kemudian mengumpulkan seluruh sanadnya, baik sanad kitab maupun sanad dari beberapa kitab.

Menyusun kitab istikhraj, yaitu mengambil sesuatu hadits dari sahih Bukhory Muslim umpamanya, lalu meriwayatkannya dengan sanad sendiri, yang lain dari sanad Bukhary atau Muslim karena tidak memperoleh sanad sendiri.

Menyusun kitab istidrak, yaitu mengumpulkan hadis-hadis yang memiliki syarat-syarat Bukhary dan Muslim atau syarat salah seorangnya yang kebetulan tidak diriwayatkan atau di sahihkan oleh keduanya

Page 29: PENGANTAR ULUM HADIS

Period keenam (dari tahun 656 H – sekarang)

Mulai dari jatuhnya Baghdad oleh Hulagu Khan dari Mongol tahun 656 H – sekarang ini.

Menertibkan, menyaring dan menyusun kitab kitab takhrij.

Membuat kitab-kitab jami’ Menyusun kitab-kitab athraf Menyusun kitab-kitab zawaid, yaitu

mengumpulkan hadits-hadits yang tidak terdapat dalam kitab-kitab yang sebelumnbya kedalam sebuah kitab yang tertentu.

Page 30: PENGANTAR ULUM HADIS

Kedudukan Hadis Dalam Hukum Islam

Sumber Hukum Islam yang pertama adalah Al-Qur’an dan yang kedua adalah Hadis

Sumber hukum Islam terbahagi kepada dua kategori yang besar : Sumber yang disepakati ( al-quran, as-sunnah,

ijma’ & qias) – Sumber yang tidak disepakati ( istihsan.

Istishab,masalih mursalah, ahli Madinah & uruf)

Page 31: PENGANTAR ULUM HADIS

Sebab-sebab Al-Qur’an lebih tinggi darjatnya dari hadis

1.      Al-Qur’an kita terima dari Nabi dengan jalan Qoth’i (pasti) karena didengar dan dihafal oleh sejumlah sahabat dan ditulis oleh para penulis wahyu. Sedangkan hadits tidak semuanya dihafal atau dituliskan dan tranmisinya berupa dzan (dugaan kuat).

2.      Para sahabat mengumpulkan Al-Qur’an dalam satu mushaf dan memindahkan kepada umat dalam keadaan aslinya (redaksinya) sehuruf pun tidak berubah, tidak bertambah dan tidak berkurang dan mushaf itupun terpelihara dengan sempurna dari masa ke masa. Sedangkan hadits dapat diriwayatkan dengan maknanya saja.

3.      Semua ayat Al-Qur’an Mutawatir. Sedangkan hadits kebanyakan tidak mutawatir

4. Al-Qur’an merupakan pokok yang memuat prinsip dasar dan hadits adalah penjelas dari yang pokok atau hadits adalah cabang dari yang pokok. Bila hadits yang cabang mendatangkan yang bertentangan dengan Al-Qur’an yang pokok maka ditolak.

 5. Ijma Sahabat, yaitu Khalifah Abu Bakar, Umar bila akan memutuskan hukum suatu perkara yang belum ada keputusan hukumnya pada masa Rasulullah maka mereka merujuk ke Al-Qur’an, bila tidak ditemukan di Al-Qur’an maka Khalifah mengumpulkan sahabat-sahabat besar untuk ditanyakan apakah ada yang pernah mendengar Hadis Rasulullah, mengenai masalah tersebut, bila ada yang menyebutkan haditsnya maka Khalifah memutuskan hukum berdasarkan hadis tersebut. Kaedah tersebut juga dilakukan oleh Usman dan Ali dan tidak ada yang berselisihi mengenai hal ini.

Page 32: PENGANTAR ULUM HADIS

Fungsi Hadis terhadap Al-Qur’an

Memperkuat hukum yang ada di Al-Qur’an. Menerangkan (bayan) hukum yang

disebutkan dalam dalam Al-Qur’an. Memperinci hukum yang disebutkan dalam

dalam Al-Qur’an. Mentakhsish (meng khususkan) dari

ketentuan yang umum dari Al-Qur’an. Menghapus (nasakh) hukum yang ada di Al-

Qur’an. 6.      Melengkapi hukum yang belum ada di

Al-Qur’an.

Page 33: PENGANTAR ULUM HADIS

Sejarah Penulisan Hadis

sunnah di zaman rasulullah berperanan sebagai pertunjuk yang diam dan senyap

Sabda Rsululullah SAW “Janganlah kamu menulis sesuatu yang kamu terima

daripada aku selain Al-Qur’an. Barangsiapa yang menulis apa yang diterimanya dari aku selain Al-Qur’an hendaklah memadamkannya tetapi tidak mengapa kamu cukup menyampaikan apa yang kamu dengar dari aku (tanpa menulisnya) dan barangsiapa yang sengaja berdusta ke atas aku maka hendaklah bersedia dengan tempat duduknya di neraka.” (hadith sahih riwayat Muslim).

Page 34: PENGANTAR ULUM HADIS

dibimbangi akan menyebabkan percampuran di antara Al-Qur’an dan hadith

tidaklah ramai para sahabat yang tahu membaca dan menulis

percampuran Al-Qur’an akan menyebabkan keaslian kitab Allah tercemar dan bercampur dengan kalam manusia

pengumpulan Al-Qur’an itu sendiri sahaja baru bermula pada zaman Abu Bakar As-Sidq atas saranan Umar Ibn Khattab ra dan disempurnakan tugas ini oleh sahabat bernama Zaid Ibn Sabit ra selepas berlakunya peristiwa perang Yamamah

pengumpulan semula dan penyelarasan Al-Qur’an di atas mushaf yang satu yang dikenali mushaf usmani pada zaman Khalifah Usman Ibn Affan ra (lihat fathul Bari dan Al-Itqan Fi Ulum Qur’an).

Page 35: PENGANTAR ULUM HADIS

Penulisan hadis

pengumpulan hadis itu sendiri pada zaman tabie’en iaitu ketika era Khalifah Umar Ibn Aziz ra dari Bani Umaiyah yang menjadi khalifah selama 2 tahun lebih dari tanggal 99 Hijrah sehingga 101 Hijrah.

Arahan pengumpulan hadith dan membukukannya dimulakan oleh beliau kepada Gabenor Madinah pada waktu itu yang bernama Abu Bakr bin Muhamad ibn Amr ibn Hazm (wafat 117 Hijrah) dan turut sama memerintahkannya supaya menuliskan hadith dari seorang tabien wanita yang bernama Amrah Binti Abd Rahman ra dengan katanya :

“Tuliskan kepada aku hadith baginda rasulullah yang ada padamu dan dari hadith riwayat oleh Amrah binti Abd rahman sebab

aku takut akan hilang dan hancurnya ilmu” (riwayat Ad-Darimy).

Page 36: PENGANTAR ULUM HADIS

Usaha Penulisan perintah khalifah maka dikumpulkanlah hadith baik yang

dipunyai oleh beliau serta dari tabien wanita itu yang banyak meriwayatkan dari ummul Mukminah Aisyah ra serta beliau (ibn hazm) turut juga mengarahkan Ibn Syihab Az-Zuhri seorang ulama besar Hijjaz (wafat 124 Hijrah) untuk membantu pengumpulan hadith rasulullah salallahualaihiwasalam

setelah berlakunya zaman fitnah dan pembunuhan, lahirnya Khawarij, Syiah dan beberapa puak sesat yang mendorong para ulamak dan muslihin Islam memikirkan jalan untuk menyelamatkan hadith baginda dengan mengumpulkan hadith yang sahih dan memperkenalkan ilmu isnad atau disebut mustalahah.

Kerana arahan pelaksanaan membukukan hadith itu dilaksanakan oleh Ibn Syihab Az-Zuhri maka disebut bahawa beliaulah yang pertama mengumpulkan hadith secara tersusun

Page 37: PENGANTAR ULUM HADIS

Usaha diteruskan

Pada zaman khalifah Abbasiyah muncullah pula golongan ulama seperti Ibn Juraij (150 H) yang mengumpulkan hadith di Makkah

Abu Ishaq (151 H) dan Imam Malik (179 H) yang mengumpulkan hadith di Madinah

Ar-Rabi ibn Syabih (160 H) , Hammad ibn Salamah (176 H) yang mengumpulkan hadith di Basrah

Sufyan As-Sauri (116) di Kufah Al-Auzaie (156 H) yang mengumpulkan di

Syam

Page 38: PENGANTAR ULUM HADIS

Perkembangan

Manakala selain menumpukan pada usaha menghimpunkan hadith para ulama’ juga mula meneliti hadith- hadith yang sampai kepada mereka dan perawi-perawi yang meriwayatkan hadith

Mereka mula meneliti siapakah perawi hadith, keadaan dan sifat peribadinya, kaedah menerima dan menyampaikan hadithnya, tarikh lahir dan kematiannya, perawi yang meriwayatkan darinya dan yang diriwayatkan olehnya dan pelbagai lagi demi menjaga kesahihan dan kebenaran hadith itu dari kepalsuan.

Demikianlah terpeliharanya sunnah dan dijagai serta diwarisi ilmu ketelitian hadith dan sunnah ini oleh para sahabat kepada tabien dan mereka iaitu tabie seperti Said ibn Musayyib ra (93 H) , Amir ibn Syarhabil (104 H), Muhammad ibn Sirin (110 H), Al-A’masy (148 H) sewaktu berlakunya fitnah dan pembohongan serta dusta yang berganda kepada sunnah maka berganda dan bergigih jugalah mereka dalam meneliti dan mengetatkan syarat penerimaan hadith dan melakukan penelitian kepada perawi hadith serta sanadnya.

Page 39: PENGANTAR ULUM HADIS

Seterusnya….

Dari kalangan tabi’ tabien yang berguru kepada tabien seperti Ma’amar ibn Rasyad (153 H), Syu’bah ibn Hajjaj (160 H), Sufyan As-Sauri (161H) , Malik Ibn Anas ( 179 H) mereka ini merupakan tabi tabien yang menjadi pewaris dari tabien dan menulis serta meneliti ilmu jarah wal ta’dil serta mengkaji hal ehwal rawi dan halnya serta menghukumkan mereka dalam soal penerimaan hadith

Kemudian selepas berlalunya mereka maka datanglah generasi Abdullah ibn Mubarak (181 H) , Yahya ibn said Al-Qathan (189 H) , Sufyan Ibn Uyainah (197 H) yang mewarisi ilmu dan menguasai sunnah dari penipuan.

Kemudian muncul kurun ketiga iaitu zaman Abu Daud At-Thiyalisi (204H) , Yazid ibn harun (206 H), Abd Razak ibn Humam ( 211 H), Abu Asim Al-nabil ( 212 H), Yahya ibn Yahya naisaburi (226H) dan Abu Walid At-Tiyalisi (271 H). Selepas zaman mereka ini maka lahirlah zaman penulisan khusus dalam masalah ilmu rawi dan rijal serta munculnya ilmu jarah wal ta’dil secara terperinci yang mengkhususkan bahagian tertentu dalam ilmu rijal.

Page 40: PENGANTAR ULUM HADIS

Kesimpulan ilmu sunnah yang berkembang melalui perkembangan zaman dan

diwarisi oleh ulama sebelumnya kepada ulama selepasnya menjaga keaslian sunnah rasulullah salallahualaihiwasalam dengan berpandukan kepada ilmu isnad dan riwayat yang dikenali sebagai ilmu rijal atau jarh wal ta’dil yang semua ini dikumpulkan dalam ilmu yang disebut mustalahah hadith

Demikianlah sehingga terputusnya mata rantai ilmu ini pada zaman mutakhir ini apabila para ulama sudah tidak mengenal lagi riwayat yang sahih dan dhaif dan mencampur adukkan di antara hadith yang sahih dan tidak sahih dalam penulisan –penulisan mereka lalu membuat istinbat hukum dan lahirlah fiqih yang pelbagai didasari ta’asub pada mazhab dengan meninggalkan hadith dan sunnah yang sahih dan berpegang kepada hadith dhaif, maudhu’ dan mungkar.

Sesungguhnya sunnah itu terpelihara sehingga ke hari ini dalam kitab-kitab dan tulisan ulama terdahulu salaf soleh yang sampai kepada kita melalui jalan riwayat dan dipelihara di dalam naskah-naskah maktutokh (tulisan tangan) mereka dan disimpan di muzium-muzium dan perpustakaan seluruh dunia

Page 41: PENGANTAR ULUM HADIS

Peranan para ulama hadith masa kini dan pelajar hadith

a) Mempelajari ilmu hadith dan memahiri kaedah para ulama yang berbeza-beza dalam manhaj penerimaan riwayat, penulisan hadith , penghukuman hadith, kaedah penyusunan hadith.

b) Mengetahui dan menyelidik sejarah dan tarikh para ulamak hadith, perkembangan hadith zaman berzaman dan mengkaji waktu terputusnya sanad sesuatu hadith dan kaedah penyampaian kitab dan tulisan ulama terdahulu kepada kita.

c) Melihat dan menyelidik para guru dan murid ulamak hadith, perawi yang meriwayatkan dan diriwayatkan darinya, bilangan hadith, jenis dan kedudukan hadith-hadith tersebut

Page 42: PENGANTAR ULUM HADIS

d) Mengumpulkan hadith-hadith yang banyak masih belum diketahui dalam kitab-kitab yang masih belum dibuka oleh kebanyakkan orang kerana hadith bukan hanya berada dalam ashab sunnah atau sahihan atau musnad sahaja sebaliknya banyak lagi hadith yang belum dijumpai oleh kebanyakan para pelajar hadith.

e) Menyemak dan melihat sanad, riwayat dan perawi yang meriwayatkan dan berusaha menjelaskan kedudukan perawi serta kedudukan matan hadith dan mencari kesamaan dalam hadith-hadith yang sudah berada dalam kitab yang mashyur dan berusaha menyingkap kesamaran perawi yang dituduh majhul dan berusaha membersihkan hadith waham, hadith dhaif jika mampu dengan jalan riwayat yang lain.

Page 43: PENGANTAR ULUM HADIS

f) Menyusun dan mengumpulkan hadith-hadith yang sahih dalam satu susunan yang memudahkan dan menurut bab dan meneiliti kesalahan cetakan dan kesilapan penulisan dan kecuaian yang berlaku dalam pemindahan hadith.

g) Menyebarkan dan mengalakkan pembacaan dan pengajian hadith oleh para pelajar ilmu agama sebagai asas sebelum menguasai ilmu lain seperti fiqh, usul, tafsir dan lain-lain kerana ilmu hadith merupakan ilmu dasar yang menjadi tapak kepada keilmuan Islam.

Page 44: PENGANTAR ULUM HADIS

ISTILAH-ISTILAH YANG DIGUNAKAN DALAM 'ILMU MUSTHALAH HADITH

Sanad: iaitu jalan yang menyampaikan kepada hadith.

Isnad: iaitu menyebutkan hadith itu kepada orang

yang mengatakannya. Sanad dan isnad hampir sama ertinya; keduanya adalah penting untuk menentukan nilaian hadith. 'Abdullah bin Mubarak berkata: "Isnad adalah dari urusan agama, dan kalaulah tidak kerana isnad, nescaya berkatalah orang yang mau apa yang ia mau berkata."

Page 45: PENGANTAR ULUM HADIS

Musannid: iaitu orang yang meriwayatkan hadith dengan

isnadnya Musnad:

iaitu kitab yang dikumpulkan hadith di dalamnya, yang diriwayatkan dari seorang sahabat atau lebih.

Matan: iaitu hadith nabi (s.a.w) yang di akhir sanad

Riwayat: iaitu memindahkan hadith dari seorang kepada

seorang yang lain, dan orang yang memindahkan disebut rawi.

Page 46: PENGANTAR ULUM HADIS

Istikhraj dan Ikhraj: iaitu mengambil sesuatu hadith dari sesuatu kitab,

dan mencari sanad yang lain dari sanad penyusun kitab itu, atau menerangkan bahawa hadith itu dipindahkan oleh penyusun dari kitab yang lain; umpamanya dikatakan: Akhrajah Al-Bukhari, ertinya: mengeluarkan hadith itu oleh Imam Bukhari; maksudnya ada disebut di dalam Bukhari dan ia memindahkannya ke dalam kitabnya.

Muhaddis: iaitu orang yang banyak menghafaz hadith serta

mengetahui sifat-sifat orang yang meriwayatkan tentang 'adil dan kecacatannya.

Page 47: PENGANTAR ULUM HADIS

Hafiz: iaitu orang yang menghafaz sebanyak

100,000 hadith dengan isnadnya.

Hujjah: iaitu orang yang menghafaz sebanyak

300,000 hadith dengan isnadnya.

Hakim: iaitu orang yang meliputi 'ilmunya dengan

urusannya hadith.

Page 48: PENGANTAR ULUM HADIS

Pandangan Orientalis terhadap Hadis

Para orientalis dan misionaris Yahudi dan Kristian telah menimbulkan kesan yang cukup besar. Melalui tulisan-tulisan yang diterbitkan dan dibaca luas, mereka telah berhasil mempengaruhi dan meracuni pemikiran sebagian kalangan Umat Islam.

muncullah gerakan anti-hadis di India, Pakistan, Mesir, dan Asia Tenggara. Pada 1906 sebuah gerakan yang menamakan dirinya Ahl-Qur’an muncul di bahagian barat Punjab, Lahore dan Amritsar. Pimpinannya, Abdullah Chakrawali dan Khwaja Ahmad Din, menolak hadits secara keseluruhan.

Page 49: PENGANTAR ULUM HADIS