PENGARUH APLIKASI TEORI KECERDASAN BERJAYA...

9
Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu,Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 809 PENGARUH APLIKASI TEORI KECERDASAN BERJAYA MENERUSI AKTIVITI PENGAYAAN BERMODUL TERHADAP KECERDASAN BERFIKIR ANALITIKAL, KREATIF DAN PRAKTIKAL Nurulwahida Hj Azid @ Aziz School of Education & Modern Languages Universiti Utara Malaysia, 06010 Malaysia [email protected] Ridzuan Hashim Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu 06000 Jitra Kedah [email protected] ABSTRAK Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 antaranya berhasrat menghasilkan pelajar bertaraf dunia dengan menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi (Muhyidin 2012). Berfikir aras tinggi dikaitkan dengan kecerdasan pelajar berfikir secara seimbang menerusi analitikal, kreatif dan praktikal (Sternberg, 2012). Ketiga-tiga aspek ini dikaji secara mendalam menerusi teori kecerdasan berjaya (successful intelligences Nevid, 2003; Sternberg, 1985; 1996; Syarifah, 2009, Nurulwahida, 2011). Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai pengaruh modul aktiviti pengayaan yang dibina berdasarkan teori kecerdasan berjaya terhadap kecerdasan berfikir analitikal, kreatif dan praktikal pelajar MRSM. Sebuah MRSM dijadikan lokasi kajian dengan seramai 30 orang pelajar dipilih secara rawak dan diberikan aktiviti pengayaan bermodul berasaskan penyelesaian masalah. Instrumen kajian ini merangkumi ujian pra dan ujian pasca yang terdiri daripada Sternberg Triarchic Abilities Test dipetik daripada kajian Syarifah Amnah (2009) dan memperoleh kebolehpercayaan tinggi iaitu STAT (esei) ialah .70 dan (objektif) Kr20 ialah .70. Ujian STAT (peringkat H) diubah suai untuk pelajar-pelajar sekolah menengah (Sternberg, 1993). Ujian STAT yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu mengandungi dua bahagian iaitu soalan aneka pilihan dan soalan esei. Ujian STAT bahagian aneka pilihan terdiri daripada 36 soalan dan 3 soalan esei yang menguji kemahiran berfikir secara analitis, kreatif, dan praktikal. Analisis data melibatkan ujian MANOVA berulangan. Keputusan ujian Univariate ini menunjukkan ada kesan variabel bebas prapasca yang signifikan terhadap ketiga-tiga variabel bersandar iaitu kecerdasan berfikir analitikal (F(1,29) = 80.39, p,<.05), kecerdasan berfikir kreatif [F(1,29) = 138.91, p<.05] dan kecerdasan berfikir praktikal [F(1,29) = 107.69, p<.05)]. Secara signifikan modul aktiviti pengayaan yang mengaplikasikan teori kecerdasan berjaya berkesan terhadap kecerdasan berfikir analitikal, kreatif dan praktikal responden kajian. Kata kunci: Teori Kecerdasan Berjaya (successful intelligences theory), kecerdasan berfikir analitikal, kreatif dan praktikal. 1. Pendahuluan Pendidikan merupakan penyumbang utama pembangunan modal sosial dan ekonomi Negara. Pendidikan adalah pencetus kreativiti dan inovasi yang melengkapkan generasi muda dengan pengetahuan dan kemahiran untuk bersaing dalam pasaran kerja dan perkembangan ekonomi (Muhyiddin, 2012). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 merupakan pelan transformasi pendidikan ke arah menyediakan pendidikan abad ke-21. Persaingan antara Negara membangun seperti Malaysia dengan Negara-negara termaju dunia seperti Amerika Syarikat, England dan Jepun memerlukan penghasilan pelajar yang bertaraf dunia dan mempunyai kemahiran

Transcript of PENGARUH APLIKASI TEORI KECERDASAN BERJAYA...

Page 1: PENGARUH APLIKASI TEORI KECERDASAN BERJAYA …worldconferences.net/proceedings/icssr2014/toc/papers_icssr2014/IC... · Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu ... 4. Aktiviti Pengayaan

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,

Kota Kinabalu,Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 809

PENGARUH APLIKASI TEORI KECERDASAN BERJAYA MENERUSI AKTIVITI

PENGAYAAN BERMODUL TERHADAP KECERDASAN BERFIKIR ANALITIKAL,

KREATIF DAN PRAKTIKAL

Nurulwahida Hj Azid @ Aziz School of Education & Modern Languages Universiti Utara Malaysia, 06010 Malaysia

[email protected]

Ridzuan Hashim Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu

06000 Jitra Kedah [email protected]

ABSTRAK

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 antaranya berhasrat menghasilkan pelajar bertaraf dunia dengan menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi (Muhyidin 2012). Berfikir aras tinggi dikaitkan dengan kecerdasan pelajar berfikir secara seimbang menerusi analitikal, kreatif dan praktikal (Sternberg, 2012). Ketiga-tiga aspek ini dikaji secara mendalam menerusi teori kecerdasan berjaya (successful intelligences Nevid, 2003; Sternberg, 1985; 1996; Syarifah, 2009, Nurulwahida, 2011). Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai pengaruh modul aktiviti pengayaan yang dibina berdasarkan teori kecerdasan berjaya terhadap kecerdasan berfikir analitikal, kreatif dan praktikal pelajar MRSM. Sebuah MRSM dijadikan lokasi kajian dengan seramai 30 orang pelajar dipilih secara rawak dan diberikan aktiviti pengayaan bermodul berasaskan penyelesaian masalah. Instrumen kajian ini merangkumi ujian pra dan ujian pasca yang terdiri daripada Sternberg Triarchic Abilities Test dipetik daripada kajian Syarifah Amnah (2009) dan memperoleh kebolehpercayaan tinggi iaitu STAT (esei) ialah .70 dan (objektif) Kr20 ialah .70. Ujian STAT (peringkat H) diubah suai untuk pelajar-pelajar sekolah menengah (Sternberg, 1993). Ujian STAT yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu mengandungi dua bahagian iaitu soalan aneka pilihan dan soalan esei. Ujian STAT bahagian aneka pilihan terdiri daripada 36 soalan dan 3 soalan esei yang menguji kemahiran berfikir secara analitis, kreatif, dan praktikal. Analisis data melibatkan ujian MANOVA berulangan. Keputusan ujian Univariate ini menunjukkan ada kesan variabel bebas prapasca yang signifikan terhadap ketiga-tiga variabel bersandar iaitu kecerdasan berfikir analitikal (F(1,29) = 80.39, p,<.05), kecerdasan berfikir kreatif [F(1,29) = 138.91, p<.05] dan kecerdasan berfikir praktikal [F(1,29) = 107.69, p<.05)]. Secara signifikan modul aktiviti pengayaan yang mengaplikasikan teori kecerdasan berjaya berkesan terhadap kecerdasan berfikir analitikal, kreatif dan praktikal responden kajian. Kata kunci: Teori Kecerdasan Berjaya (successful intelligences theory), kecerdasan berfikir analitikal, kreatif dan praktikal.

1. Pendahuluan Pendidikan merupakan penyumbang utama pembangunan modal sosial dan ekonomi Negara. Pendidikan adalah pencetus kreativiti dan inovasi yang melengkapkan generasi muda dengan pengetahuan dan kemahiran untuk bersaing dalam pasaran kerja dan perkembangan ekonomi (Muhyiddin, 2012). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 merupakan pelan transformasi pendidikan ke arah menyediakan pendidikan abad ke-21. Persaingan antara Negara membangun seperti Malaysia dengan Negara-negara termaju dunia seperti Amerika Syarikat, England dan Jepun memerlukan penghasilan pelajar yang bertaraf dunia dan mempunyai kemahiran

Page 2: PENGARUH APLIKASI TEORI KECERDASAN BERJAYA …worldconferences.net/proceedings/icssr2014/toc/papers_icssr2014/IC... · Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu ... 4. Aktiviti Pengayaan

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,

Kota Kinabalu,Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 810

kritikal seperti kecerdasan berfikir. Justeru itu antara agenda PPPM adalah menyemak semula kurikulum pendidikan dengan antaranya memberi penekanan terhadap kemahiran abad ke-21 iaitu menggalakkan penerapan kecerdasan berfikir dan perkembangan sahsiah pelajar yang holistik dan seimbang (Muhyiddin 2012). 2. Latar Belakang kajian

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia akan terus mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk menjadikan pendidikan seimbang sebagai asas aspirasi setiap pelajar. Antara kemahiran khusus dan atribut yang boleh diterapkan kepada pelajar bagi membolehkan mereka menerajui pembangunan ekonomi dan dunia global masa hadapan adalah menerusi kecerdasan berfikir berfikir. Kecerdasan berfikir menggalakkan pelajar belajar cara memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan mereka (menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat) untuk membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu dan mencipta ilmu yang baharu. Setiap pelajar perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif. Bidang ini kurang diberi perhatian, menyebabkan murid kurang berupaya untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan dan berfikir secara kritis di luar konteks akademik (Abu Bakar, 2013; Sternberg, 2012). Laporan Pisa menunjukkan Malaysia berada pada tangga ke-54 (bacaan), ke-57 (matematik) dan ke-52 (sains). Pisa yang diselaraskan oleh OECD merupakan pentaksiran yang diiktiraf di peringkat antarabangsa adalah bertujuan menilai kecekapan murid berumur 15 tahun dalam bacaan, matematik dan sains. Tumpuan pentaksiran bukan kepada kandungan kurikulum tetapi keupayaan murid mengaplikasikan pengetahuan dalam kehidupan sebenar.

3. Teori Kecerdasan Berjaya (Successful Intelligence Theory)

Keupayan pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dalam kehidupan sebenar dikaitkan dengan kecerdasan berfikir (Sternberg, Kaufman, Grigorenko, 2008). Teori Kecerdasan Berjaya atau Successful Intelligence Theory diperkenalkan oleh Sternberg (1985) merupakan teori yang memperkenalkan pandangan yang berbeza berkaitan kecerdasan berfikir berbanding teori kecerdasan tradisional. Perbezaannya adalah dari segi penekanan kepada kecerdasan berfikir yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Menurut Nevid, 2003 dan Sternberg, 1985; 1996, realiti kejayaan dalam kehidupan disokong oleh tiga kecerdasan berfikir iaitu analitis (kemahiran intelek dalam menyelesaikan masalah secara tradisional, kreatif (kemahiran intelek dalam menyelesaikan masalah secara luar biasa), dan praktikal (kemahiran menyesuaikan diri dalam kehidupan seharian dengan menggunakan kemahiran dan pengetahuan yang tersedia). Ketiga-tiga kecerdasan berfikir ini dimiliki oleh individu dalam tahap yang berbeza, kebanyakan individu cemerlang dalam satu daripadanya atau cemerlang dalam ketiga-tiga aspek tersebut. Ketiga-tiga kecerdasan berfikir ini boleh dibangunkan dalam proses pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah. Salah satu cara adalah guru boleh membina aktiviti pengayaan berasaskan penyelesaian masalah dengan membimbing pelajar -: (i) memahami dan mengenal pasti masalah, (ii) mengaplikasikan pengalaman lalu dan (iii) memilih strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah dengan menggunakan kecerdasan berfikir analitikal, kreatif, dan praktikal (Reis, McCoach, Jacobs, Coyne, Schreiber, Eckert & Gubbins; 2007 ; Sternberg, Jarvin, Grigorenko, (2010).

4. Aktiviti Pengayaan Berdasarkan Kecerdasan Berfikir

Menurut Sternberg (2012), aktiviti pengayaan yang memerlukan pelajar menyelesaikan sesuatu masalah boleh menggalakkan kecerdasan berfikir analitis. Proses kognitif tersebut berlaku apabila pelajar (i) menganalisis, (ii) menilai, (iii) memutuskan, (iv) membanding dan membeza, (v) menerangkan sebab dan akibat, (vi) meneliti hubungan bahagian yang kecil dengan keseluruhan, (vii)

Page 3: PENGARUH APLIKASI TEORI KECERDASAN BERJAYA …worldconferences.net/proceedings/icssr2014/toc/papers_icssr2014/IC... · Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu ... 4. Aktiviti Pengayaan

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,

Kota Kinabalu,Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 811

membuat andaian, (viii) membuat ramalan, (ix) membuat inferens serta (x) mengupas sesuatu masalah.

Kecerdasan berfikir kreatif boleh berkembang melalui aktiviti pengayaan yang melibatkan (i) penggunaan kreativiti, (ii) pemikiran divergent (menghasilkan idea baru) gerak hati, dan (iii) berkebolehan menghubungkaitkan sesuatu situasi berdasarkan kepada pengalaman atau peristiwa yang lalu (Harris, 2007). Malahan dalam aktiviti pengayaan berasaskan penyelesaian masalah, kemahiran berfikir kreatif diperlukan untuk menentukan pilihan-pilihan kepada penyelesaian masalah tersebut (Sternberg, Lautrey & Lubart, 2003).

Sternberg (2012) menerangkan kecerdasan berfikir praktikal ataupun disebut juga sebagai street smart memerlukan aktiviti pengayaan yang memperlihatkan bagaimana individu (i) menyesuaikan diri dengan persekitaran, (ii) membentuk persekitaran, dan (iii) memilih persekitaran. Penyesuaian terhadap persekitaran merujuk kepada kebolehan individu untuk berubah bagi menyesuaikan dirinya dengan persekitaran. Contohnya apabila cuaca berubah dan suhu menurun, individu akan menyesuaikan diri dengan persekitaran dengan memakai beberapa lapis pakaian agar tidak mengalami kesejukan. Manakala membentuk persekitaran pula, merujuk kepada individu yang mampu mengubah persekitaran agar sesuai dengan keperluannya. Contohnya, seseorang guru menetapkan peraturan, agar pelajar mengangkat tangan untuk bercakap. Ini adalah bagi memastikan perancangan dan perjalanan pengajaran tidak terganggu. Memilih persekitaran pula merujuk kepada memilih persekitaran alternatif bagi menggantikan persekitaran yang tidak memuaskan agar individu dapat mencapai matlamatnya. Umpamanya pendatang meninggalkan kampung halaman dan negara asal mereka bagi mengelakkan penderitaan dari segi ekonomi mahupun sosial. Oleh itu mereka berhijrah ke negara yang lebih baik sebagai langkah memilih persekitaran alternatif untuk masa depan yang lebih terjamin. Individu yang mempunyai kecerdasan berfikir secara praktikal mampu menyembunyikan kelemahan diri. Mereka akan mempamerkan kekuatan melalui penyesuaian dirinya dengan persekitaran termasuklah masyarakat.

Tujuan Kajian Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesan aplikasi teori kecerdasan berjaya menerusi modul aktiviti pengayaan terhadap kecerdasan berfikir analitikal, kreatif dan praktikal dalam kalangan pelajar MRSM.

Soalan kajian Adakah aplikasi teori kecerdasan berjaya menerusi aktiviti pengayaan bermodul berkesan bagi meningkatkan skor kecerdasan berfikir analitikal, kreatif dan praktikal dalam kalangan pelajar tingkatan empat MRSM?

Hipotesis kajian Hipotesis nul : Aplikasi teori kecerdasan berjaya menerusi aktiviti pengayaan bermodul tidak

berkesan bagi meningkatkan skor kecerdasan berfikir analitikal, kreatif dan praktikal dalam kalangan pelajar tingkatan empat MRSM.

Hipotesis penyelidikan : Aplikasi teori kecerdasan berjaya menerusi aktiviti pengayaan bermodul berkesan bagi meningkatkan skor kecerdasan berfikir analitikal, kreatif dan praktikal dalam kalangan pelajar tingkatan empat MRSM.

Page 4: PENGARUH APLIKASI TEORI KECERDASAN BERJAYA …worldconferences.net/proceedings/icssr2014/toc/papers_icssr2014/IC... · Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu ... 4. Aktiviti Pengayaan

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,

Kota Kinabalu,Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 812

6. Metodologi Kajian

6.1 Reka Bentuk Kajian, Sampel, dan Kaedah Kutipan Data Reka bentuk ujian MANOVA untuk pengukuran berulangan diaplikasikan dalam kajian ini. Dalam kajian ini, seramai 30 orang pelajar tingkatan empat dari sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dipilih secara rawak daripada populasi keseluruhan pelajar tingkatan empat di MRSM tersebut. MRSM merupakan salah sebuah pendidikan yang menawarkan pendidikan menengah dan menyediakan program pengayaan bagi mencabar kognitif pelajarnya (Mohammad Amin, 2007). Aktiviti pengayaan yang menerapkan teori kecerdasan berjaya diberikan kepada responden kajian ini selama sebulan dan pengukuran terhadap kecerdasan berfikir analitikal, kreatif dan praktikal dilakukan sebelum (ujian pra) dan selepas (ujian pasca) aktiviti pengayaan itu dilaksanakan. Bagi kajian ini variabel bersandar ialah kecerdasan berfikir analitikal, kreatif dan praktikal manakala variabel bebas adalah ujian pra dan pasca (Chua, 2009; Field, 2009).

6.2 Instrumen & Analisis Reliabiliti

Ujian STAT digunakan untuk mengesan tahap kemahiran berfikir pelajar-pelajar MRSM dari aspek analitis, kreatif, dan praktikal sebelum dan selepas rawatan bagi ketiga-tiga kumpulan sampel. Instrumen untuk ujian pra dan pasca adalah sama terdiri daripada terjemahan Sternberg Triarchic Abilities Test (STAT) yang dipetik daripada kajian Syarifah Amnah (2009). Ujian STAT (level H) digunakan untuk mengukur pencapaian pelajar sekolah menengah atau kolej (Sternberg, 1993). STAT (aneka pilihan) terdiri daripada verbal, kuantitatif, dan figura. Manakala esei melibatkan tiga soalan yang mengukur kecerdasan berfikir analitikal, kreatif dan praktikal. Selain itu, skala STAT menekankan sembilan sub skala iaitu: analitikal-verbal, analitikal-kuantitatif, analitikal-figural, praktikal-verbal, praktikal-kuantitatif, praktikal-figural, kreatif-verbal, kreatif-kuantitatif, kreatif-figural. Bagi kajian ini, pengkaji telah menjalankan kajian rintis ke atas 63 pelajar dan nilai koefisien keseluruhan bagi ujian STAT (esei) ialah .70. Nilai kebolehpercayaan keseluruhan ujian STAT (objektif) yang diperoleh berasaskan Kr20 ialah .70. Dengan ini menunjukkan nilai kebolehpercayaan bagi kedua-dua bahagian instrumen boleh diterima pakai. Selari dengan panduan yang diberikan oleh Miller, Linn, & Grounland (2013) bahawa nilai kebolehpercayaan yang kurang daripada .50 adalah dianggap lemah, .60 hingga .79 boleh diterima pakai dan nilai kebolehpercayaan yang melebihi .80 adalah tinggi.

7. Dapatan & Perbincangan

7.1 Statistik Deskriptif

Jadual 1: Statistik deskriptif ujian pra dan pasca

Mean Std. Deviation N Analitikal 1 13.9333 3.17244 30 Analitikal 2 20.0333 3.57658 30 Kreatif 1 13.5667 2.92060 30 Kreatif 2 19.7333 2.53164 30 Praktikal 1 13.7000 3.37486 30 Praktikal 2 20.9000 2.30965 30

Jadual 1 menunjukkan maklumat deskriptif, iaitu bilangan responden kajian (N), min, dan sisishan piawai bagi ketiga-tiga variabel bersandar (kecerdasan berfikir analitikal, kreatif dan praktikal)

Page 5: PENGARUH APLIKASI TEORI KECERDASAN BERJAYA …worldconferences.net/proceedings/icssr2014/toc/papers_icssr2014/IC... · Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu ... 4. Aktiviti Pengayaan

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,

Kota Kinabalu,Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 813

merentasi kedua-dua kategori variabel bebas (pra-pasca). Didapati bahawa nilai min bagi ujian pasca mengatasi ujian pra bagi ketiga-tiga variabel bersandar.

7.2 Analisis Ujian Multivariat

Jadual 2: Keputusan Ujian Multivariate Pillai’s Trace

Multivariate Testsb

Effect Value F Hypothesis df Error df Sig.

Between Subjects Intercept Pillai's Trace .989 824.928a 3.000 27.000 .000

Wilks' Lambda .011 824.928a 3.000 27.000 .000

Hotelling's Trace 91.659 824.928a 3.000 27.000 .000

Roy's Largest Root 91.659 824.928a 3.000 27.000 .000

Within Subjects prapasca Pillai's Trace .902 82.728a 3.000 27.000 .000

Wilks' Lambda .098 82.728a 3.000 27.000 .000

Hotelling's Trace 9.192 82.728a 3.000 27.000 .000

Roy's Largest Root 9.192 82.728a 3.000 27.000 .000

a. Exact statistic

b. Design: Intercept Within Subjects Design: prapasca

Berdasarkan Jadual 2, keputusan ujian Multivariate Pillai’s Trace menunjukkan bahawa ada kesan utama variabel prapasca yang signifikan [F(3,27)= 82.72, p<.05]. Ini bererti bahawa secara keseluruhan, ada perbezaan yang signifikan antara data ujian pra dan ujian pasca variabel-variabel bersandar. Jadual 3: Keputusan Univariate Tests

Source Measure Type III Sum of Squares

Df Mean Square

F Sig

Prapasca Analitikal Sphericity Assumed 558.150 1 558.150 80.389 .000 Greenhouse-Geisser 558.150 1.000 558.150 80.389 .000 Huynh-Feldt 558.150 1.000 558.150 80.389 .000 Lower-bound 558.150 1.000 558.150 80.389 .000 Kreatif Sphericity Assumed 570.417 1 570.417 138.912 .000 Greenhouse-Geisser 570.417 1.000 570.417 138.912 .000 Huynh-Feldt 570.417 1.000 570.417 138.912 .000 Lower-bound 570.417 1.000 570.417 138.912 .000 praktikal Sphericity Assumed 777.600 1 777.600 107.691 .000 Greenhouse-Geisser 777.600 1.000 777.600 107.691 .000 Huynh-Feldt 777.600 1.000 777.600 107.691 .000 Lower-bound 777.600 1.000 777.600 107.691 .000

Keputusan ujian Univariate berdasarkan Jadual 3 menunjukkan bahawa ada kesan variabel bebas prapasca yang signifikan terhadap ketiga-tiga variabel bersandar, iaitu kecerdasan berfikir analitikal [F(1,29)=80.39,p,.05), kecerdasan berfikir kreatif [F(1,29)=138.91,p<.05] dan kecerdasan berfikir praktikal [F(1,29)=107.69,p<.05]. Ini bererti bahawa secara signifikan, modul aktiviti pengayaan yang

Page 6: PENGARUH APLIKASI TEORI KECERDASAN BERJAYA …worldconferences.net/proceedings/icssr2014/toc/papers_icssr2014/IC... · Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu ... 4. Aktiviti Pengayaan

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,

Kota Kinabalu,Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 814

mengaplikasikan teori kecerdasan berjaya berkesan terhadap kecerdasan berfikir analitikal, kreatif dan praktikal responden kajian.

Jadual 4: Keputusan Ujian Test of Within-Subjects Contrasts

Test of Within-Subjects Contrasts

Source Measure prapasca Type III Sum of Squares df

Mean Square F Sig.

prapasca analitikal Level 1 vs. Level 2 1116.300 1 1116.300 80.389 .000 kreatif Level 1 vs. Level 2 1140.833 1 1140.833 138.912 .000 praktikal Level 1 vs. Level 2 1555.200 1 1555.200 107.691 .000

Keputusan ujian Test of Within-Subjects Contrasts mengesahkan keputusan ujian Univariate di atas, bahawa ada kesan yang signifikan bagi variabel bebas prapasca ke atas kecerdasan berfikir analitikal, kreatif dan praktikal pada p<.05.

Rajah 1: Graf Garisan Kecerdasan Berfikir Analitikal, Kreatif dan Praktikal

Bentuk graf garisan kecerdasan berfikir praktikal adalah lebih tinggi meningkat dalam ujian pasca. Manakala graf garisan yang lebih tinggi (bagi ketiga-tiga kecerdasan berfikir) di sebelah kanan (ujian pasca) jelas menunjukkan aplikasi teori kecerdsaan berjaya menerusi modul aktiviti pengayaan meningkatkan kecerdasan berfikir analitikal, kreatif dan praktikal responden kajian.

8. Kesimpulan dan Cadangan

Berdasarkan keputusan analisis, kesimpulannya aplikasi teori kecerdasan berjaya (successful intelligences) menerusi aktiviti pengayaan bermodul berkesan meningkatkan kecerdasan berfikir analitikal, kreatif dan praktikal pelajar-pelajar tingkatan empat di MRSM. Sampel kajian ini hanya menumpukan kepada pelajar menengah atas maka untuk kajian selanjutnya harus difokuskan kepada pelajar menengah rendah dan sekolah rendah agar pada usia yang muda mereka telah mengetahui kecerdasan berfikir masing-masing dan boleh dikembangkan pada tahap yang lebih baik. Kecerdasan berfikir analitis, kreatif dan praktikal perlu diberi penenkanan bukan sahaja dalam program pengayaan di MRSM malah dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Ini kerana pendedahan kecerdasan berfikir adalah sebagai persediaan kepada pelajar menghadapi masalah

Page 7: PENGARUH APLIKASI TEORI KECERDASAN BERJAYA …worldconferences.net/proceedings/icssr2014/toc/papers_icssr2014/IC... · Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu ... 4. Aktiviti Pengayaan

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,

Kota Kinabalu,Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 815

yang lebih kompleks dengan perubahan teknologi yang berlaku secara mendadak. Justeru, pelajar mempunyai kemahiran untuk bertindak secara berkesan bagi menyelesaikan masalah dan menyesuaikan diri dengan persekitarannya. Hal ini kerana kecerdasan berfikir analitikal, kreatif dan praktikal memperlihatkan kecekapan pelajar menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang mempunyai kecerdasan berfikir menunjukkan kecekapan dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya. Manakala aktiviti berbentuk penyelesaian masalah yang dikemukakan melalui modul aktiviti pengayaan yang mengaplikasikan teori kecerdasan berjaya mampu menguji kemahiran berfikir analitis, praktikal dan kreatif. Modul ini secara signifikan memberi kesan peningkatan kecerdasan berfikir pelajar-pelajar tingkatan empat MRSM. Penemuan ini menggambarkan bahawa objektif dan hasil pembelajaran yang diukur bagi setiap aktiviti penyelesaian masalah yang disediakan dalam setiap unit modul berjaya kerana berlandaskan kepada tiga aspek kecerdasan berfikir yang dikaji. Jadual 5 merupakan contoh satu daripada lapan unit aktiviti berdasarkan teori kecerdasan berjaya. Jadual 5: Contoh ringkasan aktiviti berdasarkan teori kecerdasan berjaya Tajuk aktiviti Permainan Matematik-

a) Kiub Matematik b) Cari Maklumat

Ciri-ciri aktiviti Aktiviti melibatkan: Pengiraan menggunakan fakta matematik. Permainan berasaskan nombor. Penggunaan operasi metematik seperti darab, tambah dan tolak. Menganalisis teks masalah yang diberi Mencari maklumat berdasarkan pemikiran logik.

Komponen kecerdasan berfikir yang diukur

Kemahiran berfikir analitis yang melibatkan komponen seperti mengenal pasti, menilai, mengecam pola, memutuskan, membanding beza, dan menganalisis dikenal pasti secara spesifik oleh pengkaji

Contoh hasil pembelajaran

Pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran berfikir analitikal apabila: Menganalisis nombor yang tepat untuk melengkapkan kiub. Menganalisis fakta matematik yang terdapat dalam masalah yang

diberi. Membanding dan membeza cara terbaik untuk mencari maklumat

yang relevan berdasarkan masalah yang diberi

Tajuk aktiviti a) Gabungkan 2 Ayat b) Gadis Dengan Batu Kelikir

Ciri-ciri aktiviti Aktiviti melibatkan : Penggunaan bahasa. Pembinaan ayat. Penulisan. Pembacaan teks. Perbincangan secara verbal.

Komponen kecerdasan berfikir yang diukur

Kemahiran berfikir kreatif yang melibatkan komponen mengadakan, mencipta, menjana maklumat, menduga, menjelajah dan mengimaginasi dikenal pasti oleh pengkaji.

Contoh hasil pembelajaran

Pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran berfikir kreatif apabila:

Menghasilkan ayat baru menggunakan kata hubung yang tepat. Menjana maklumat untuk menyelesaikan masalah. Mengformulasikan hipotesis (pilihan yang diambil untuk

menyelesaikan masalah dan kemungkinan yang akan berlaku). Menduga pilihan-pilihan yang ada untuk menyelesaikan masalah. Menjelajah idea-idea lain bagi membuat keputusan terbaik.

Page 8: PENGARUH APLIKASI TEORI KECERDASAN BERJAYA …worldconferences.net/proceedings/icssr2014/toc/papers_icssr2014/IC... · Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu ... 4. Aktiviti Pengayaan

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,

Kota Kinabalu,Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 816

Tajuk aktiviti a) Pekerja Balak Yang Rajin b) Membina Analogi

Ciri-ciri aktiviti Aktiviti melibatkan: Pemahamanteks. Pengaplikasian maklumat dan pengetahuan berdasarkan teks cerita

yang diberi. Membuat perhubungan atau pertalian untuk mencari sebab hasil

daripada kesan yang dinyatakan. Mengecam pola abstrak. Pemikiran logik bagi membina analogi.

Komponen kecerdasan berfikir yang diukur

Kemahiran berfikir praktikal yang melibatkan komponen pengaplikasian pengetahuan & maklumat, melaksanakan penyelesaian, dan mengaplikasikan maklumat dikenal pasti oleh pengkaji.

Contoh hasil pembelajaran

Pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran berfikir praktikal apabila: Menggunakan maklumat untuk mengenal pasti hubungan cerita

tersebut dengan kehidupan seharian. Menggunakan pengetahuan dan maklumat dengan membina

pertalian antara pelajaran daripada cerita yang diberi dengan kehidupan seharian.

Melaksanakan penyelesaian dengan menghubungkan bentuk-bentuk geometri dengan kehidupan seharian.

Menyelesaikan masalah dengan membina analogi yang sesuai antara bentuk-bentuk geometri dengan kehidupan seharian.

Penghargaan

Kertas kerja penyelidikan ini adalah di bawah pembiayaan geran HEPA oleh Universiti Utara Malaysia.

Rujukan

Abu Bakar Nordin. (2013). Kurikulum ke arah penghasilan kemahiran berfikiran kritis, kreatif dan inovatif. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. 1, 10-17. Chua Yan Piaw. (2009). Statistik penyelidikan lanjutan: Ujian univariat dan multivariat. Kuala Lumpur: McGraw-Hill. Field, A. (2009). Discovering statistics using SPSS (3rd ed.). London. SAGE Publications Ltd. Harris, S. M. (2007). An historical investigation: Educating the gifted learner in the American educational system. Unpublished doctoral dissertation, Bowie State University. Miller, M.D; Linn, R.L; Gronlund, N. (2013). Measurement and assessment in teaching (11th ed.)United Satates of America: Pearson Education. Mohammad Amin Zakaria (2007). Penilaian pelaksanaan model pengayaan seluruh sekolah (MPSS) untuk pelajar pintar cerdas di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM): Satu kajian kes. Tesis Doktor Falsafah. Tidak diterbitkan. Universiti Sains Malaysia. Muhyiddin Bin Hj. Yassin. (2012). Asli’s 16th Malaysian education summit- transformation in motion: Opportunities and challenges for Malaysian education. Nevid, J. S. (2003). Psychology-concepts and application. Boston, M.A. Houghton: Mifflin Co.

Page 9: PENGARUH APLIKASI TEORI KECERDASAN BERJAYA …worldconferences.net/proceedings/icssr2014/toc/papers_icssr2014/IC... · Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu ... 4. Aktiviti Pengayaan

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,

Kota Kinabalu,Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 817

Nurulwahida Hj Azid @ Aziz. (2011). Pembinaan dan pengujian modul aktiviti pengayaan berdasarkan kepelbagaian kecerdasan dan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar Maktab Rendah Sains MARA. Tesis Doktor Falsafah. Tidak diterbitkan. Universiti Sains Malaysia. Reis, S. M., McCoach, D. B., Coyne, M., Schreiber, F. J., Eckert, R. D.; Gubbins, E.J. (2007). Using planned enrichment strategies with direct instruction to improve reading fluency, comprehension, and attitude toward reading: An evidence-based study. Elementary School Journal, 108, 3-24. Sternberg, R.J. (1985). Beyond IQ: A triarchic theory of human intelligence. New York: Cambridge University Press. Sternberg, R.J. (1996). Successful intelligence: How practical and creative intelligence determine success in life. New York: Simon & Schuster. Sternberg, R.J. (1993). Sternberg triarchic abilities test, high school level. Unpublished test. Sternberg, R. J. (2012). "Chapter 6: The Triarchic Theory of Successful Intelligence". In Flanagan, Dawn P.; Harrison, Patti L. Contemporary Intellectual Assessment: Theories, tests, and issues (3rd ed.). New York (NY): Guilford Press. pp. 156–177 Sternberg, R. J.; Jarvin, L; Grigorenko, E. L. (2010). Explorations in Giftedness. Cambridge: Cambridge University Press Sternberg, R. J.; Kaufman, James C.; Grigorenko, E. L. (2008). Applied Intelligence. Cambridge: Cambridge University Press. Sternberg, R.J., Lautrey, J. & Lubart, T. I. (2003). Models of intelligence: International perspectives. United States: American Psyhological Association. Syarifah Amnah Binti Syed Ahmad (2009). Sumbangan peramal kognitif dan bukan kognitif terhadap pencapaian akademik dalam kalangan pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam. Tesis Doktor Falsafah. Tidak diterbitkan. Universiti Sains Malaysia.