PENGARUH GAYA KEPIMPINAN PENGETUA TERHADAP TAHAP MOTIVASI ... Jalilah Binti Rahman.TP.pdf ·...

35
PENGARUH GAYA KEPIMPINAN PENGETUA TERHADAP TAHAP MOTIVASI KERJA GURU SEKOLAH MENENGAH DI ZON BANDAR SEGAMAT NURUL JALILAH BINTI ABDUL RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of PENGARUH GAYA KEPIMPINAN PENGETUA TERHADAP TAHAP MOTIVASI ... Jalilah Binti Rahman.TP.pdf ·...

Page 1: PENGARUH GAYA KEPIMPINAN PENGETUA TERHADAP TAHAP MOTIVASI ... Jalilah Binti Rahman.TP.pdf · terhadap tahap motivasi kerja guru sekolah menengah di zon bandar Segamat, Johor. Kajian

PENGARUH GAYA KEPIMPINAN PENGETUA TERHADAP TAHAP

MOTIVASI KERJA GURU SEKOLAH MENENGAH DI ZON BANDAR

SEGAMAT

NURUL JALILAH BINTI ABDUL RAHMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENGARUH GAYA KEPIMPINAN PENGETUA TERHADAP TAHAP MOTIVASI ... Jalilah Binti Rahman.TP.pdf · terhadap tahap motivasi kerja guru sekolah menengah di zon bandar Segamat, Johor. Kajian

PSZ 19 : 6 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa.organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

� Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Daktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS THESIS TAJUK : PENGARUH GAYA KEPIMPINAN TERHADAP TAHAP MOTIVASI

KERJA GURU SEKOLAH MENENGAH DI ZON BANDAR SEGAMAT

SESI PENGAJIAN : 2011/2013

Saya NURUL JALILAH BINTI ABDUL RAHMAN Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana /Doktor Falsafah) ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (4)

_________________________ ____________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : TN. HJ. HASSAN BIN HUSIN LOT 32, LORONG 4, PERKAMPUNGAN BATU SAWAR, 26170 KUANTAN, PAHANG. Tarikh : ____________________ Tarikh : ________________________

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan)

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

Page 3: PENGARUH GAYA KEPIMPINAN PENGETUA TERHADAP TAHAP MOTIVASI ... Jalilah Binti Rahman.TP.pdf · terhadap tahap motivasi kerja guru sekolah menengah di zon bandar Segamat, Johor. Kajian

PENGARUH GAYA KEPIMPINAN PENGETUA TERHADAP TAHAP

MOTIVASI KERJA GURU SEKOLAH MENENGAH DI ZON BANDAR

SEGAMAT

NURUL JALILAH BINTI ABDUL RAHMAN

Kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2013

Page 4: PENGARUH GAYA KEPIMPINAN PENGETUA TERHADAP TAHAP MOTIVASI ... Jalilah Binti Rahman.TP.pdf · terhadap tahap motivasi kerja guru sekolah menengah di zon bandar Segamat, Johor. Kajian

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran)”

Tandatangan : .............................................................................

Nama Penyelia : TN. HJ. HASSAN BIN HUSIN

Tarikh : Mei 2013

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Page 5: PENGARUH GAYA KEPIMPINAN PENGETUA TERHADAP TAHAP MOTIVASI ... Jalilah Binti Rahman.TP.pdf · terhadap tahap motivasi kerja guru sekolah menengah di zon bandar Segamat, Johor. Kajian

i

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri, kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ................................................................

Nama Penuh : NURUL JALILAH BINTI ABDUL RAHMAN

Tarikh : MEI 2013

Page 6: PENGARUH GAYA KEPIMPINAN PENGETUA TERHADAP TAHAP MOTIVASI ... Jalilah Binti Rahman.TP.pdf · terhadap tahap motivasi kerja guru sekolah menengah di zon bandar Segamat, Johor. Kajian

ii

DEDIKASI

Ditujukan khas dan teristimewa kepada :

Ayahanda, bonda serta keluarga tercinta yang banyak memberi sokongan

dan sentiasa mendoakan kejayaan anakanda.

Ayahanda Abdul Rahman Bin Tahar

dan

Bonda Masamah Binti Zulkifli

“Semoga kita sentiasa diberkati Allah S.W.T di dunia dan akhirat”

Page 7: PENGARUH GAYA KEPIMPINAN PENGETUA TERHADAP TAHAP MOTIVASI ... Jalilah Binti Rahman.TP.pdf · terhadap tahap motivasi kerja guru sekolah menengah di zon bandar Segamat, Johor. Kajian

iii

PENGHARGAAN

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T atas limpah kurniaNya

kajian ini dapat disempurnakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga

kepada penyelia saya Tuan Haji Hassan bin Husin yang sudi membantu, memberikan

tunjuk ajar dan tidak jemu membimbing sepanjang proses menyiapkan kajian ini.

Tanpa tunjuk ajar, bantuan dan bimbingan yang diberikan adalah mustahil bagi

kajian ini dapat disempurnakan.

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada keluarga terutama sekali

ayahanda dan bonda yang tercinta atas segala sokongan, pengorbanan dan dorongan

yang diberikan sepanjang mengikut pengajian program sarjana dan dalam proses

menyiapkan kajian ini.

Ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada semua pensyarah yang telah

mencurahkan ilmu di sepanjang tempoh pengajian ini, serta rakan-rakan yang telah

memberikan kerjasama dan perkongsian ilmu berguna sepanjang kita bersama-sama

berjuang di lapangan ini.

Setinggi ucapan terima kasih juga kepada Kementerian Pelajaran Malaysia,

Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Pejabat Pelajaran Daerah Segamat serta pengetua-

pengetua di sekolah yang terlibat kerana memberikan kebenaran kepada saya untuk

menjalankan kajian ini. Penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua guru

yang terlibat sebagai responden dan atas komitmen masa yang diberikan semasa

menjawab soal selidik kajian yang dikemukakan.

Semoga segala kerjasama serta bakti yang diberikan akan mendapat ganjaran

daripadaNya. Amin. Sekian, terima kasih.

Yang benar,

NURUL JALILAH BINTI ABDUL RAHMAN

Page 8: PENGARUH GAYA KEPIMPINAN PENGETUA TERHADAP TAHAP MOTIVASI ... Jalilah Binti Rahman.TP.pdf · terhadap tahap motivasi kerja guru sekolah menengah di zon bandar Segamat, Johor. Kajian

iv

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh gaya kepimpinan pengetua

terhadap tahap motivasi kerja guru sekolah menengah di zon bandar Segamat, Johor.

Kajian ini khusus untuk mengenalpasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan

antara gaya kepimpinan pengetua dengan motivasi kerja dalam kalangan guru.

Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan pensampelan rawak mudah. Alat ukur

“Leader Behavior Description Questionnaire” (LBDQ) digunakan untuk mengukur

gaya kepimpinan pengetua berdasarkan dimensi berstruktur dan dimensi bertimbang

rasa. Alat ukur “Questionnaire Measure of Individual Difference in Achieving

Tendency” (QMAT) pula digunakan untuk mengukur tahap motivasi kerja dalam

kalangan guru. Data diperolehi daripada kaedah soal selidik ini menggunakan skala

Likert Lima Mata. Sampel kajian terdiri daripada 140 orang guru dari enam buah

sekolah menengah harian biasa di zon bandar Segamat. Data diproses melibatkan

statistik deskriptif iaitu pengukuran frekuensi, nilai min, sisihan piawai dan

peratusan. Data juga diproses menggunakan statistik inferensi iaitu Ujian-T,

ANOVA dan pekali kolerasi Pearson. Hasil kajian mendapati gaya kepimpinan

pengetua pada persepsi guru adalah tinggi bagi dimensi berstruktur dan sederhana

bagi dimensi bertimbang rasa. Manakala bagi tahap motivasi kerja dalam kalangan

guru pula menunjukkan berada pada tahap tinggi bagi motivasi positif. Berdasarkan

kajian yang telah dijalankan mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan

antara gaya kepimpinan pengetua dengan jantina,kaum dan status perkahwinan guru,

namun terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya kepimpinan pengetua dengan

tempoh perkhidmatan guru. Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan

yang signifikan antara motivasi kerja dalam kalangan guru dengan jantina, tempoh

perkhidmatan dan status perkahwinan, namun begitu terdapat perbezaan signifikan

antara motivasi kerja dalam kalangan guru dengan kaum. Analisis hubungan pula

menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang lemah antara gaya kepimpinan

pengetua dengan motivasi kerja dalam kalangan guru. Beberapa cadangan kajian

lanjutan turut dikemukan bagi penyelidikan pada masa hadapan.

Page 9: PENGARUH GAYA KEPIMPINAN PENGETUA TERHADAP TAHAP MOTIVASI ... Jalilah Binti Rahman.TP.pdf · terhadap tahap motivasi kerja guru sekolah menengah di zon bandar Segamat, Johor. Kajian

v

ABSTRACT

The purpose of research is to determine the influence of leadership style on

work motivation of secondary school teachers in the urban zones of Segamat, Johor.

This study specifically to determine whether there is a significant relationship

between the leadership style of the principal with the level of work motivation

among the teachers. This research used a survey method and simple random

sampling. The measuring tool "Leader Behavior Description Questionnaire"

(LBDQ) is used to measure the dimensions of leadership style based on structured

and consideration dimension. The measuring tool "Questionnaire Measure of

Individual Difference in Achieving Tendency" (QMAT) was used to measure the

level of job motivation among the teachers. Data obtained from the questionnaire

method by using the five point Likert scale. The sample consists of 140 teachers

from six secondary schools in the zone Segamat town common. Data processing

involves the measurement of the frequency of descriptive statistics, the mean,

standard deviation and percentage. Data were also analyzed using inferential

statistical of the t-test, ANOVA and Pearson correlation coefficient. The study found

that leadership style is high on the teachers' perception of the structural dimension

and in medium level for the consideration dimension. While the level of motivation

among teachers work shows the high level of positive motivation. Based on a study

conducted found no significant difference between leadership style and gender, race

and marital status of teachers, but there are significant differences between the

leadership style of teacher tenure. The results also showed no significant difference

between work motivation among teachers with gender, length of service and marital

status, however there are significant differences between work motivation among

teachers and communities. Correlation analysis showed a weak significant

relationship between the leadership style of work motivation among teachers. Some

suggestions for future research are also presented for future research.

Page 10: PENGARUH GAYA KEPIMPINAN PENGETUA TERHADAP TAHAP MOTIVASI ... Jalilah Binti Rahman.TP.pdf · terhadap tahap motivasi kerja guru sekolah menengah di zon bandar Segamat, Johor. Kajian

vi

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN i

DEDIKASI ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

KANDUNGAN vi

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Hipotesis Kajian 6

1.7 Kepentingan Kajian 8

1.8 Batasan Kajian 9

1.9 Definisi Istilah 9

1.9.1 Gaya 10

1.9.2 Kepimpinan 10

1.9.3 Pengetua 12

1.9.4 Motivasi 13

1.9.5 Kerja 14

Page 11: PENGARUH GAYA KEPIMPINAN PENGETUA TERHADAP TAHAP MOTIVASI ... Jalilah Binti Rahman.TP.pdf · terhadap tahap motivasi kerja guru sekolah menengah di zon bandar Segamat, Johor. Kajian

vii

1.9.6 Guru 15

1.10 Kerangka Konsep 16

1.11 Prosedur Kajian 17

1.12 Kesimpulan 18

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 19

2.2 Teori Berkaitan Gaya Kepimpinan 19

2.2.1 Gaya Kepimpinan Demokratik,

Autokratif dan Lepas Bebas

(Laizssez-Faire) 20

2.2.2 Gaya Kepimpinan McGregor 22

2.2.3 Teori Laluan Matlamat 23

2.2.4 Gaya Kepimpinan Dua Faktor 25

2.3 Teori Berkaitan Dengan Motivasi 28

2.3.1 Teori Keperluan Maslow 30

2.3.2 Teori Keperluan ERG 32

2.4 Kajian Lepas 33

2.4.1 Kajian Dalam Negara 34

2.4.2 Kajian Luar Negara 35

2.5 Kesimpulan 36

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 38

3.2 Reka Bentuk Kajian 39

3.3 Lokasi Kajian 40

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 41

3.5 Instrumentasi Kajian 43

3.5.1 Taburan Item-item Soal Selidik Kajian 43

3.5.2 Bahagian A : Demografi Responden 44

3.5.3 Bahagian B : Soal Selidik Gaya Kepimpinan

Pengetua 44

Page 12: PENGARUH GAYA KEPIMPINAN PENGETUA TERHADAP TAHAP MOTIVASI ... Jalilah Binti Rahman.TP.pdf · terhadap tahap motivasi kerja guru sekolah menengah di zon bandar Segamat, Johor. Kajian

viii

3.5.4 Bahagian C : Soal Selidik Tahap

Motivasi Kerja Guru 46

3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen 47

3.7 Analisis Data 49

3.8 Kajian Rintis 51

3.9 Kesimpulan 52

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 53

4.2 Huraian Latar Belakang Responden 54

4.2.1 Jantina 55

4.2.2 Umur 55

4.2.3 Status 56

4.2.4 Kaum 56

4.2.5 Tempoh Perkhidmatan Di Sekolah Terkini 57

4.2.6 Sesi Persekolahan 57

4.3 Analisis Dapatan Kajian 58

4.3.1 Dapatan Soalan Kajian 1 58

4.3.2 Dapatan Soalan Kajian 2 62

4.4 Pengujian Hipotesis 66

4.4.1 Hipotesis Pertama 68

4.4.2 Hipotesis Kedua 68

4.4.3 Hipotesis Ketiga 69

4.4.4 Hipotesis Keempat 69

4.4.5 Hipotesis Kelima 70

4.4.6 Hipotesis Keenam 70

4.4.7 Hipotesis Ketujuh 71

4.4.8 Hipotesis Kelapan 71

4.4.9 Hipotesis Kesembilan 72

4.5 Kesimpulan 73

Page 13: PENGARUH GAYA KEPIMPINAN PENGETUA TERHADAP TAHAP MOTIVASI ... Jalilah Binti Rahman.TP.pdf · terhadap tahap motivasi kerja guru sekolah menengah di zon bandar Segamat, Johor. Kajian

ix

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 75

5.2 Rumusan 75

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 78

5.3.1 Gaya Kepimpinan Dalam Kalangan

Pengetua Sekolah Menengah Harian Biasa 78

5.3.2 Tahap Motivasi Kerja Dalam Kalangan

Guru Sekolah Menengah Harian Biasa 81

5.3.3 Perbincangan Berdasarkan Hipotesis

Kajian 83

5.4 Implikasi Dapatan Kajian 86

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 90

5.6 Penutup 91

RUJUKAN 92

LAMPIRAN A 94

Page 14: PENGARUH GAYA KEPIMPINAN PENGETUA TERHADAP TAHAP MOTIVASI ... Jalilah Binti Rahman.TP.pdf · terhadap tahap motivasi kerja guru sekolah menengah di zon bandar Segamat, Johor. Kajian

x

SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1.1 Prosedur Kajian 17 3.1 Taburan Bilangan Guru-guru Sekolah Menengah Di Zon Bandar Segamat 40 3.2 Jadual Krejcie, R.V. dan Morgan D.W 42 3.3 Jadual Taburan Item Dalam Soal Selidik 44 3.4 Skala Jawapan Untuk Soal Selidik Bahagian B (LBDQ) 45 3.5 Cara Pemarkahan Gaya Kepimpinan Pengetua 45 3.6 Jumlah Skor Untuk Penentuan Tahap Dimensi Gaya Kepimpinan 46 3.7 Pengelasan Skala Lima Mata 47 3.8 Nilai Kebolehpercayaan Instrumen Oleh Kajian Lepas 49 3.9 Jadual Ringkasan Pengujian Statistik Bagi Objektif Kajian 50 3.10 Nilai Kebolehpercayaan Instrumen Dapatan Kajian Rintis 52 4.1 Huraian Latar Belakang Responden Keseluruhan 54 4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 55 4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 55 4.4 Taburan Responden Mengikut Status 56 4.5 Taburan Responden Mengikut Kaum 56 4.6 Taburan Responden Mengikut Tempoh Berkhidmat Di Sekolah Terkini 57 4.7 Taburan Responden Mengikut Sesi Persekolahan 57 4.8 Analisis Gaya Kepimpinan Pengetua Berdasarkan

Pandangan Guru (Dimensi Berstruktur) 58

Page 15: PENGARUH GAYA KEPIMPINAN PENGETUA TERHADAP TAHAP MOTIVASI ... Jalilah Binti Rahman.TP.pdf · terhadap tahap motivasi kerja guru sekolah menengah di zon bandar Segamat, Johor. Kajian

xi

4.9 Analisis Gaya Kepimpinan Pengetua Berdasarkan

Pandangan Guru (Dimensi Bertimbang Rasa) 61

4.10 Perbezaan Nilai Min Bagi Gaya Kepimpinan Pengetua Mengikut Dimensi Berstruktur dan Bertimbang Rasa 62 4.11 Analisis Tahap Motivasi Kerja Guru Bagi Motivasi Positif 63 4.12 Analisis Tahap Motivasi Kerja Guru Bagi Motivasi Negatif 66 4.13 Perbezaan Nilai Min Bagi Tahap Motivasi Kerja Guru Untuk Motivasi Positif Dengan Motivasi Negatif 68 4.14 Garis Panduan Guilford 69 4.15 Perbezaan Gaya Kepimpinan Pengetua Dengan Jantina 70 4.16 Perbezaan Gaya Kepimpinan Pengetua Dengan Kaum 70 4.17 Perbezaan Gaya Kepimpinan Pengetua Dengan Tempoh

Perkhidmatan 71 4.18 Perbezaan Gaya Kepimpinan Pengetua Dengan Status Perkahwinan 71 4.19 Perbezaan Motivasi Kerja Guru Dengan Jantina 72 4.20 Perbezaan Motivasi Kerja Guru Dengan Kaum 72 4.21 Perbezaan Motivasi Kerja Guru Dengan Tempoh

Perkhidmatan 73

4.22 Perbezaan Motivasi Kerja Guru Dengan Status Perkahwinan 73 4.23 Analisis Korelasi Antara Gaya Kepimpinan Pengetua Dengan Motivasi Kerja Guru 74

Page 16: PENGARUH GAYA KEPIMPINAN PENGETUA TERHADAP TAHAP MOTIVASI ... Jalilah Binti Rahman.TP.pdf · terhadap tahap motivasi kerja guru sekolah menengah di zon bandar Segamat, Johor. Kajian

xii

SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 1.1 Kerangka Konsep 17 2.1 Dua Dimensi Gaya Pemimpin Ohio State

Yang Menghasilkan Sukuan Gaya Kepimpinan 27 2.2 Piramid Keperluan Maslow 31

Page 17: PENGARUH GAYA KEPIMPINAN PENGETUA TERHADAP TAHAP MOTIVASI ... Jalilah Binti Rahman.TP.pdf · terhadap tahap motivasi kerja guru sekolah menengah di zon bandar Segamat, Johor. Kajian

xiii

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Soal Selidik Kajian B Analisa Kajian C Surat Pengesahan Status Pelajar 134 D Surat Kebenaran Melaksanakan Kajian 135

Page 18: PENGARUH GAYA KEPIMPINAN PENGETUA TERHADAP TAHAP MOTIVASI ... Jalilah Binti Rahman.TP.pdf · terhadap tahap motivasi kerja guru sekolah menengah di zon bandar Segamat, Johor. Kajian

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Setiap organisasi mempunyai visi dan misi tersendiri dan setiap organisasi

mempunyai ketua yang bertindak selaku pentadbir dalam memacu dan memangkin

pasukannya untuk mencapai visi dan misi organisasi yang disasarkan. Seorang

pentadbir di sekolah seharusnya mempunyai halatuju dalam mencapai visi dan misi

yang telah ditetapkan melalui sebarang cara ataupun usaha yang dilakukan. Cabaran

utama sektor awam dan swasta ke arah pengisian dan pencapaian yang disasarkan

dalam visi dan misi organisasi ialah untuk memastikan segala perancangan jangka

pendek dan jangka panjang dapat dilaksanakan serta mencapai matlamatnya. Ini amat

bergantung kepada keupayaan para pengurus untuk mengurus dan memimpin sumber

manusia yang terlibat sepanjang proses ini berlangsung. Ini kerana kejayaan

sesebuah organisasi pendidikan adalah bergantung kepada keupayaan dan kepintaran

seseorang pengurus mengendalikan pasukannya, serta kualiti sumber manusia yang

terdapat dalam organisasi tersebut dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan

segala perancangan yang dibuat.

Page 19: PENGARUH GAYA KEPIMPINAN PENGETUA TERHADAP TAHAP MOTIVASI ... Jalilah Binti Rahman.TP.pdf · terhadap tahap motivasi kerja guru sekolah menengah di zon bandar Segamat, Johor. Kajian

2

Pada masa kini, sesebuah organisasi amat mementingkan kualiti kepimpinan

pengurusnya kerana kualiti kepimpinan pengurus menentukan kejayaan atau

kegagalan sesebuah organisasi itu. Pengurus yang mempunyai gaya kepimpinan

yang efektif dan efisien mampu memacu organisasi di bawah pimpinannya mencapai

matlamat yang dikehendaki. Sebaliknya sesebuah organisasi itu akan gagal sekiranya

kepimpinan pengurusnya lemah. Oleh yang demikian, pada masa kini organisasi

meletakkan kebolehan kepimpinan adalah salah satu kriteria penting dalam proses

pemilihan pengurus dan eksekutifnya. Sesetengah organisasi juga menyediakan

program latihan kepimipinan yang bertujuan mengembang dan meningkatkan

kebolehan memimpin dalam kalangan pengurusnya. Dalam konteks dunia

pendidikan terutama di sekolah rendah dan menengah, kepimpinan pengurus yang

dimaksudkan ialah kepimpinan guru besar atau pengetua.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kepemimpinan sekolah hari ini telah menjadi suatu profesion yang amat

mencabar bagi warga pendidik. Sebagai pemimpin yang dilantik secara formal

dalam organisasi di sekolah, pengetua seharusnya memainkan peranan selaku

pemimpin dan pengurus di sekolah. Ini bermaksud peranan pengetua bukan sahaja

setakat memastikan kesinambungan struktur dan sistem yang sedia ada malahan

sebagai seorang ketua, pengetua juga mampu menggerakkan orang bawahannya

untuk berubah supaya organisasi berkenaan akan lebih sensitif dan bergandingan

bagi menangani arus perubahan yang melanda sistem pendidikan.

Dalam konteks pendidikan di Malaysia, Wan Zahid (1994) telah

menekankan untuk merealisasikan Wawasan Pendidikan Negara sejajar dengan

Wawasan 2020, pemimpin pendidikan perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang

luas, sahsiah dan akhlak yang baik, serta keberanian mencuba dan mengambil risiko.

Ini bermakna kejayaan sesebuah sekolah berkait rapat dengan tingkah laku

Page 20: PENGARUH GAYA KEPIMPINAN PENGETUA TERHADAP TAHAP MOTIVASI ... Jalilah Binti Rahman.TP.pdf · terhadap tahap motivasi kerja guru sekolah menengah di zon bandar Segamat, Johor. Kajian

3

kepimpinan pengetua. Kerjasama daripada kakitangan yang bertanggungjawab amat

bergantung kepada interaksi positif antara pengetua dengan kakitangan sekolah. Ini

bertepatan dengan pendapat Aminudin (1990) yang mendapati bahawa hubungan

positif antara pengetua dengan guru-guru telah memberi impak yang besar kepada

prestasi, kepuasan kerja dan komitmen guru di sesebuah sekolah.

Sesetengah pengetua menjadi lebih kreatif, inovatif dan efektif dalam

mencapai matlamat yang disasarkan namun begitu ada juga sesetengahnya pula

terpaksa menempuh pelbagai kesusahan dan kesukaran sebelum mencapai matlamat

tersebut. Mengapa situasi sebegini boleh berlaku? Antara kunci utama kepada

persoalan ini ialah motivasi. Faktor motivasi mampu mendorong seseorang itu

bertingkah laku tertentu untuk mencapai matlamatnya. Secara umumnya dapat kita

lihat bahawa motivasi sering kali dihubung kaitkan dengan kecemerlangan prestasi

sama ada prestasi individu mahupun organisasi. Individu yang bermotivasi tinggi

mementingkan kecemerlangan prestasi sebaliknya individu yang bermotivasi rendah

kurang mementingkan kecemerlangan prestasi. Penetapan matlamat sekolah dan

gandingan motivasi yang mantap membolehkan sesebuah sekolah itu mencapai apa

sahaja matlamat yang disasarkan. Oleh yang demikian, pengetua selaku pengurus

dan pemimpin sekolah perlu memberikan perhatian kepada aspek motivasi dalam

kalangan guru kerana guru merupakan antara penggerak utama kepada kejayaan

sesebuah sekolah dan pelajarnya. Pengetua juga perlu memainkan peranan

memotivasikan guru atau membantu dan mengajar mereka untuk memotivasikan diri

sendiri.

Kepentingan motivasi boleh dilihat melalui tiga aspek iaitu pekerja,

kepimpinan dan persekitaran kerja dalam memotivasikan para pekerja. Kepentingan

motivasi kepada pekerja boleh dilihat pada minat, sikap, keinginan, emosi dan

tingkah laku guru terhadap kepimpinan pengetua. Pekerja yang bermotivasi akan

berasa seronok dan puas terhadap kepimpinan pemimpinnya. Menurut Beck (1983),

mereka iaitu pekerja mempunyai semangat yang tinggi, mempamerkan kerjasama

yang erat dan ketaatan yang tinggi kepada organisasi. Jelas di sini membuktikan

apabila seseorang pengetua itu meningkatkan motivasi kerja dalam kalangan

Page 21: PENGARUH GAYA KEPIMPINAN PENGETUA TERHADAP TAHAP MOTIVASI ... Jalilah Binti Rahman.TP.pdf · terhadap tahap motivasi kerja guru sekolah menengah di zon bandar Segamat, Johor. Kajian

4

gurunya, bukan hanya meningkatkan prestasi sekolah malahan turut mendapat

kerjasama yang baik, ketaatan serta mewujudkan perhubungan yang erat antara

pengetua dengan guru serta dalam kalangan guru dengan guru itu sendiri.

Tumpuan kajian ini ialah untuk melihat sejauhmana pengaruh gaya

kepimpinan seseorang pengetua terhadap tahap motivasi kerja dalam kalangan guru

di sekolah menengah dan zon kajian ini adalah tertumpu pada sekolah-sekolah

menengah harian biasa di zon Bandar Segamat, Johor Darul Takzim. Ini adalah

susulan dari beberapa kajian yang telah dijalankan berkaitan kepuasan kerja dan

motivasi guru di daerah Segamat. Antaranya ialah kajian oleh Tey Shing Yee (2012)

yang bertajuk “Kepimpinan Instruksional Pengetua Mempengaruhi Motivasi Guru di

Sekolah Menengah Daerah Segamat” dan kajian oleh Julina bt Kamaludin (2012)

bertajuk “Kepimpinan Transformasional Pengetua Dan Hubungannya Dengan

Motivasi Guru Di Tiga Buah Sekolah Zon Labis Daerah Segamat” begitu menarik

minat saya untuk menjalankan kajian berkenaan jenis kepimpinan pengetua yang

bagaimanakah mempengaruhi tahap motivasi kerja guru dan fokus responden saya

adalah guru-guru di sekolah menengah harian biasa di zon Bandar Segamat.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah di atas dan menyedari bahawa

persoalan kepimpinan dan motivasi kerja merupakan persoalan penting dan

berhubung kait rapat antara satu sama lain serta isu ini perlu dilihat dari segi konsep

tanggungjawab bersama yang mempunyai implikasi besar kepada kejayaan sesebuah

organisasi pendidikan. Justeru itu kajian ini dibuat untuk melihat tahap motivasi

kerja dalam kalangan guru di sekolah menengah yang berkait rapat dengan gaya

kepimpinan pengetua di zon bandar Segamat, Johor Darul Takzim. Walaupun

terdapat banyak faktor yang menentukan tahap motivasi kerja guru di sekolah,

namun kajian ini hanya menfokuskan kepada salah satu faktor yang penting iaitu

Page 22: PENGARUH GAYA KEPIMPINAN PENGETUA TERHADAP TAHAP MOTIVASI ... Jalilah Binti Rahman.TP.pdf · terhadap tahap motivasi kerja guru sekolah menengah di zon bandar Segamat, Johor. Kajian

5

gaya kepimpinan pengetua. Kajian ini dibuat bagi melihat tahap motivasi kerja guru

adakah mempunyai perkaitan yang kuat dengan faktor gaya kepimpinan pengetua di

sekolah dan gaya kepimpinan bagaimanakah yang disukai oleh guru-guru bagi

mewujudkan serta meningkatkan motivasi kerja mereka di sekolah.

1.4 Objektif Kajian

Secara umumnya kajian ini bertujuan melihat pengaruh gaya kepimpinan

pengetua terhadap tahap motivasi kerja guru sekolah menengah di zon bandar

Segamat. Secara khususnya, objektif kajian adalah untuk:

i. Mengenalpasti gaya kepimpinan (dimensi berstruktur atau bertimbang rasa)

yang diamalkan oleh pengetua sekolah menengah harian biasa di zon bandar

Segamat.

ii. Mengenalpasti tahap motivasi kerja dalam kalangan guru sekolah menengah

harian biasa di zon bandar Segamat.

iii. Mengenalpasti perbezaan antara gaya kepimpinan pengetua dengan demografi

guru (jantina, kaum, tempoh perkhidmatan dan status perkahwinan).

iv. Mengenalpasti perbezaan antara motivasi kerja dengan demografi guru

(jantina, kaum, tempoh perkhidmatan dan status perkahwinan).

v. Mengenalpasti hubungan antara gaya kepimpinan pengetua dengan motivasi

kerja dalam kalangan guru sekolah menengah harian biasa di zon bandar

Segamat.

Page 23: PENGARUH GAYA KEPIMPINAN PENGETUA TERHADAP TAHAP MOTIVASI ... Jalilah Binti Rahman.TP.pdf · terhadap tahap motivasi kerja guru sekolah menengah di zon bandar Segamat, Johor. Kajian

6

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang dikemukan bagi kajian ini ialah:

i. Apakah gaya kepimpinan (dimensi berstruktur atau bertimbang rasa)

pengetua sekolah menengah harian biasa di zon bandar Segamat?

ii. Apakah tahap motivasi kerja dalam kalangan guru sekolah menengah harian

biasa di zon bandar Segamat?

iii. Adakah terdapat perbezaan antara gaya kepimpinan pengetua sekolah

menengah harian biasa di zon bandar Segamat dengan demografi guru

(jantina, kaum, tempoh perkhidmatan dan status perkahwinan)?

iv. Adakah terdapat perbezaan motivasi kerja dalam kalangan guru sekolah

menengah harian biasa di zon bandar Segamat dengan demografi guru

(jantina, kaum, tempoh perkhidmatan dan status perkahwinan)?

v. Adakah terdapat hubungan antara gaya kepimpinan pengetua dengan

motivasi kerja dalam kalangan guru sekolah menengah harian biasa di zon

bandar Segamat?

1.6 Hipotesis Kajian

Hipotesis nol bagi kajian yang dijalankan adalah seperti berikut:

Ho 1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya kepimpinan

pengetua sekolah menengah harian biasa di zon bandar Segamat

dengan jantina.

Page 24: PENGARUH GAYA KEPIMPINAN PENGETUA TERHADAP TAHAP MOTIVASI ... Jalilah Binti Rahman.TP.pdf · terhadap tahap motivasi kerja guru sekolah menengah di zon bandar Segamat, Johor. Kajian

7

Ho 2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya kepimpinan

pengetua sekolah menengah harian biasa di zon bandar Segamat

dengan kaum.

Ho 3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya kepimpinan

pengetua sekolah menengah harian biasa di zon bandar Segamat

dengan tempoh perkhidmatan.

Ho 4 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya kepimpinan

pengetua sekolah menengah harian biasa di zon bandar Segamat

dengan status perkahwinan.

Ho 5 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara motivasi kerja

dalam kalangan guru sekolah menengah harian biasa di zon bandar

Segamat dengan jantina.

Ho 6 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara motivasi kerja

dalam kalangan guru sekolah menengah harian biasa di zon bandar

Segamat dengan kaum.

Ho 7 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara motivasi kerja

dalam kalangan guru sekolah menengah harian biasa di zon bandar

Segamat dengan tempoh perkhidmatan.

Ho 8 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara motivasi kerja

dalam kalangan guru sekolah menengah harian biasa di zon bandar

Segamat dengan status perkahwinan.

Ho 9 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan

pengetua dengan motivasi kerja dalam kalangan guru sekolah

menengah harian biasa di zon bandar Segamat.

Page 25: PENGARUH GAYA KEPIMPINAN PENGETUA TERHADAP TAHAP MOTIVASI ... Jalilah Binti Rahman.TP.pdf · terhadap tahap motivasi kerja guru sekolah menengah di zon bandar Segamat, Johor. Kajian

8

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini dilakukan sebagai usaha untuk menambah dan mengembangkan

lagi pengetahuan tentang gaya kepimpinan iaitu dimensi berstruktuk atau bertimbang

rasa yang sering diamalkan dalam kalangan pengetua dan hubung kait serta kesan

gaya kepimpinan tersebut terhadap tahap motivasi kerja guru yang terlibat di bawah

kepimpinan pengetua itu. Berdasarkan objektif kajian, adalah diharapkan kajian ini

dapat memberi maklumat kepada bakal guru serta guru-guru di sekolah untuk

melihat gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengetua di sekolah masing-masing.

Ini kerana, setiap pengetua di sekolah mengamalkan gaya kepimpinan yang berbeza

antara satu dengan yang lain. Gaya kepimpinan seseorang pengetua itu selalunya

dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti keadaan sekolah itu sendiri, faktor

persekitaran, faktor guru, faktor pelajar dan faktor ibu bapa. Diharapkan juga

kajian ini dapat memberikan gambaran sebenar tentang gaya kepimpinan yang

diamalkan oleh pengetua di Zon Bandar Segamat yang ditunjukkan dalam proses

kepimpinan di sekolah mereka.

Di samping itu juga, kajian yang dilaksanakan ini diharapkan dapat

dijadikan sebagai rujukan oleh pihak yang terlibat seperti Jabatan Pelajaran Negeri

(JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dalam usaha meningkatkan kualiti kursus-

kursus kepimpinan yang disampaikan kepada pengetua sekolah selain membantu

melihat sejauhmanakah gaya kepimpinan profesional yang diamalkan dalam

kalangan pengetua sekolah di daerah atau negeri tersebut. Para pensyarah Fakulti

Pendidikan di institut pengajian tinggi mahupun di institut perguruan juga boleh

menggunakan hasil kajian ini untuk meningkatkan kualiti sahsiah bakal guru-guru

terutama dari segi gaya kepimpinan yang akan diamalkan oleh bakal guru jika

mereka telah berada di sekolah kelak. Sebagaimana yang kita ketahui, pengetua

merupakan nadi penggerak yang utama dalam proses perkembangan sesuatu progam

atau aktiviti yang dijalankan di sekolah. Melalui kajian ini diharapkan dapat

menjadi panduan kepada pengetua itu sendiri dalam mengatur strategi yang berkesan

sebelum menjalankan sesuatu program atau aktiviti yang dapat meningkatkan lagi

Page 26: PENGARUH GAYA KEPIMPINAN PENGETUA TERHADAP TAHAP MOTIVASI ... Jalilah Binti Rahman.TP.pdf · terhadap tahap motivasi kerja guru sekolah menengah di zon bandar Segamat, Johor. Kajian

9

mutu kerja yang cemerlang dalam kalangan warga sekolah di bawah

tanggungjawabnya.

Akhir sekali, kajian ini diharapkan dapat membantu penyelidik dalam

mengenal pasti gaya kepimpinan yang sesuai digunakan oleh pengetua di sekolah

bagi menguruskan hal ehwal sekolah dengan lebih berkesan, selain dapat

meningkatkan hubungan dan interaksi sosial antara pengetua dengan guru-guru, staf

sekolah serta hubungan yang baik antara pengetua dengan pelajar.

1.8 Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan di zon bandar Segamat, Johor dan melibatkan sekolah

menengah harian biasa sahaja iaitu sebanyak enam buah sekolah. Skop kajian hanya

meninjau gaya kepimpinan iaitu dimensi berstruktur atau bertimbang sara yang

diamalkan oleh pengetua di enam sekolah tersebut dan pengaruhnya terhadap tahap

motivasi kerja guru di sekolah berkenaan. Sampel kajian ialah guru-guru di enam

buah sekolah menengah harian biasa seramai orang dan dipilih secara rawak.

Kaedah yang digunakan ke atas responden ialah kaedah soal selidik.

1.9 Definisi Istilah

Definisi istilah menerangkan berkaitan perkataan-perkataan dan istilah

tertentu yang digunakan sepanjang kajian ini. Istilah penting yang akan digunakan

dalam kajian ini ialah gaya, kepimpinan, pengetua, motivasi, kerja dan guru.

Page 27: PENGARUH GAYA KEPIMPINAN PENGETUA TERHADAP TAHAP MOTIVASI ... Jalilah Binti Rahman.TP.pdf · terhadap tahap motivasi kerja guru sekolah menengah di zon bandar Segamat, Johor. Kajian

10

1.9.1 Gaya

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), gaya ialah sikap, kesukaan,

ketaksukaan dan cara berkelakuan yang menjadi ciri seseorang. Gaya juga merujuk

kepada cara menulis atau bertutur, cara membuat sesuatu terutamanya yang menjadi

ciri sesuatu zaman atau seseorang. Ainon (2005), menyatakan gaya kepimpinan

merupakan cara seseorang itu berfikir, sikapnya dan tingkah lakunya.

Dalam kajian ini, gaya dilihat sebagai perlakuan, stail, cara atau orientasi

kepimpinan pengetua dalam mengurus, memimpin dan mentadbir sekolah ke arah

mencapai matlamat, visi dan misi sekolah.

1.9.2 Kepimpinan

Kepimpinan didefinisikan sebagai keupayaan memimpin (Kamus Dewan

Edisi Keempat, 2005). Manakala menurut Ainon (2003), kepimpinan ialah sejenis

tingkah laku yang bertujuan mempengaruhi individu-individu lain supaya mereka

sanggup dan secara sukarela melakukan apa yang dikehendaki oleh individu yang

memimpin. Hollander (1978), menyatakan bahawa kepimpinan adalah satu proses

menanamkan pengaruh antara pemimpin dengan pengikut. Walaupun pemimpin

mempunyai kuasa tetapi kekuatan pengaruh lebih bergantung kepada pujukan

daripada paksaan. Proses kepimpinan selalunya melibatkan pertalian pengaruh yang

bersifat dua arah dantujuan utama adalah untuk mencapai matlamat bersama. Oleh

itu, kepimpinan bukan hanya tanggungjawab pemimpin sahaja tetapi juga

memerlukan kerjasama daripada pengikut. Menurut Gordon (1955), kepimpinan

secara amnya ialah proses interaksi antara individu dengan kumpulan atau antara

individu dengan keseluruhan ahli yang menganggotai kumpulan. Setiap orang yang

terlibat dalam proses interaksi itu memegang watak yang berbeza antara satu dengan

Page 28: PENGARUH GAYA KEPIMPINAN PENGETUA TERHADAP TAHAP MOTIVASI ... Jalilah Binti Rahman.TP.pdf · terhadap tahap motivasi kerja guru sekolah menengah di zon bandar Segamat, Johor. Kajian

11

yang lain. Asas yang membezakannya ialah pengaruh. Pemimpin mempengaruhi

pengikutnya, manakala pengikut menuruti pengaruh pemimpin.

Hisham al-Talib (1992), mentakrifkan kepemimpinan sebagai satu proses

yang menggerakkan sekumpulan manusia menuju ke suatu jalan yang telah

ditentukan melalui dorongan yang tidak bermaksa. Hussein (1997), menyatakan

kepimpinan pengetua di sekolah merangkumi kepimpinan pengajaran dan

kepimpinan pendidikan. Koontz dan Wichrich (1991) dalam Mohamad Najib

(2004), mentakrifkan kepimpinan sebagai pengaruh, seni atau proses mempengaruhi

orang supaya mereka berjuang dengan rela hati dan penuh semangat ke arah

pencapaian matlamat kumpulan. Aizzat, Intan dan Zainal Ariffin (2006),

menyatakan kepimpinan merupakan proses membentuk wawasan, menimbulkan

inspirasi ke arah komitmen yang lebih tinggi dan mengarah usaha sumber manusia

ke arah pencapaian matlamat organisasi.

Menurut Jamaliah dan Norashimah (2005), kepimpinan adalah daya

mempengaruhi tingkah laku seseorang itu sehingga menyebabkan ia sanggup

memberi kerjasama untuk mencapai sesuatu matlamat yang dipersetujui. Dalam

konteks kepimpinan sesebuah komuniti, kepimpinan ditakrifkan sebagai daya

pengaruh ke atas tingkah laku seseorang untuk mencapai matlamat bersama dengan

menggunakan sistem dan sumber yang diiktiraf oleh komuniti tersebut. Apabila

seseorang pemimpin memilih menggunakan sistem atau sumber lain daripada apa

yang telah diiktirafkan, maka pemimpin tersebut boleh dikatakan berisiko dalam

pengaruhnya terhadap pengikutnya.

Hasil daripada penelitian terhadap kebanyakan definisi konsep kepimpinan

terdapat beberapa perkara sepunya yang terkandung dalam definisi kepimpinan

tersebut (Razali, 1991). Antaranya ialah :

i. Satu fenomena yang berlaku dalam kumpulan yang melibatkan dua atau lebih

individu.

ii. Wujud dalam semua aktiviti yang tersusun dan sistematik.

Page 29: PENGARUH GAYA KEPIMPINAN PENGETUA TERHADAP TAHAP MOTIVASI ... Jalilah Binti Rahman.TP.pdf · terhadap tahap motivasi kerja guru sekolah menengah di zon bandar Segamat, Johor. Kajian

12

iii. Secara langsung atau tidak langsung berkaitan dengan keseluruahn aktiviti

dalam organisasi.

iv. Mempunyai pertalian rapat dengan kuasa.

v. Mengandungi tugas-tugas menetapkan matlamat, menyusun, mengarah, dan

menyelaraskan usaha pengikut untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

vi. Satu proses mempengaruhi yang berlaku secara berterusan dan bukan hanya

dilaksanakan atau diamalkan apabila keadaan terdesak atau krisis.

vii. Gaya atau tingkah laku kepimpinan tertentu perlu sesuai dengan keadaan

tertentu.

viii. Keupayaan memujuk untuk mendorong pengikut berusaha mencapai

matlamat tertentu.

ix. Memberikan kepuasan kepada pengikut dan seterusnya menghasilkan prestasi

kerja yang cemerlang.

Sebagai seorang ketua dalam sebuah organisasi, pengetua perlu mempunyai

gaya kepimpinan yang mampu membawa warga sekolahnya ke arah mencapai

matlamat yang telah dibina. Kepimpinan pengetua yang berpengaruh akan

menjadikan warga sekolah melaksanakan bidang tugas masing-masing dengan penuh

berdedikasi.

Dalam kajian ini, kepimpinan pengetua yang dinilai ialah dari dimensi

berstruktur atau bertimbang rasa terhadap guru-guru dan staf yang berada di

bawahnya.

1.9.3 Pengetua

Kamus Dewan (2005), menyatakan pengetua bermaksud sebagai orang yang

mengetuai kepada satu jawatan dalam struktur organisasi sekolah menengah yang

Page 30: PENGARUH GAYA KEPIMPINAN PENGETUA TERHADAP TAHAP MOTIVASI ... Jalilah Binti Rahman.TP.pdf · terhadap tahap motivasi kerja guru sekolah menengah di zon bandar Segamat, Johor. Kajian

13

merupakan ketua eksekutif dan pemimpin sekolah bagi menjalankan tugas mengurus,

memimpin dan mentadbir sekolah menengah.

Pengetua sekolah adalah merupakan kakitangan yang terpenting di peringkat

sekolah kerana peranannya sebagai pemimpin, pentadbir dan pengurus sekolah.

Pengetua merupakan jawatan yang tertinggi di peringkat sekolah menengah, dilantik

oleh Kementerian Pendidikan, bertanggungjawab atas apa yang berlaku di sekolah

dan persekitarannya (Jemaah Nazir Sekolah-Sekolah Perseketuan, Kementerian

Pendidikan, 1993).

Dalam kajian ini, pengetua dirujuk sebagai ketua dalam pengurusan dan

pentadbiran di sekolah-sekolah menengah Zon Bandar Segamat. Setiap pengetua

mempunyai cara yang tersendiri untuk menentukan hala tuju dan matlamat

sekolahnya. Cara dan gaya seseorang pengetua dalam mentadbir dan mengurus

sekolah berhubung secara terus dengan semua guru. Guru mempunyai pandangan

yang tersendiri tentang gaya kepimpinan yang ditunjukkan oleh pengetua di sekolah

masing-masing.

1.9.4 Motivasi

Motivasi menurut Ishak (2006) didefinisikan sebagai dorongan dalaman diri

seseorang untuk menggerakkan, menghidupkan dan mengekalkan tingkah lakunya ke

arah matlamat yang disasarkan. Jerald Greenberg dan Robert A. Baron (1995),

menyatakan motivasi adalah satu yang menghasilkan mengarah dan mengekalkan

tingkah laku individu bagi mencapai sesuatu matlamat. Menurut Andrzej Hucynski

dan David Buchanan (1991), motivasi merupakan satu proses pembuatan keputusan

bagi membolehkan seseorang individu memilih hasil yang dikehendaki dan

menentukan set tingkah laku yang bersesuaian untuk mencapainya.

Page 31: PENGARUH GAYA KEPIMPINAN PENGETUA TERHADAP TAHAP MOTIVASI ... Jalilah Binti Rahman.TP.pdf · terhadap tahap motivasi kerja guru sekolah menengah di zon bandar Segamat, Johor. Kajian

14

Berdasarkan definisi yang diberikan oleh tokoh-tokoh ilmuwan terdahulu,

konsep definisi ini dapat diterangkan sebagai :

i. Terbit dari dalam diri seseorang sama ada dalam bentuk dorongan atau naluri.

ii. Berasakan kepada kehendak atau keperluan.

iii. Satu proses yang berlaku secara berterusan.

iv. Menyebabkan seseorang itu mengambil sesuatu tindakan.

v. Memberikan kekuatan atau tenaga untuk bertingkah laku tertentu bagi

menyempurnakan keperluan yang dikehendaki dalam jangka masa yang

panjang.

Dalam kajian ini, motivasi dilihat sebagai satu ransangan yang mendorong

dan mengekalkan minat guru di sekolah menengah Zon Bandar Segamat ke arah

mencapai matlamat yang ditetapkan oleh dirinya sendiri dalam kerjayanya serta

dalam masa yang sama memenuhi matlamat yang disasarkan oleh pihak sekolah.

1.9.5 Kerja

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), kerja bermaksud usaha

(kegiatan, urusan) yang bertujuan menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan dan

sebagainya) sesuatu. Dalam konteks kajian ini, kerja yang dimaksudkan oleh

pengkaji ialah skop bidang kegiatan guru dalam urusan pengajaran dan pembelajaran

serta urusan-urusan lain yang melibatkan guru selaku ahli penggerak dalam sesebuah

sekolah. Ia juga merangkumi penglibatan guru dalam aktiviti bukan akademik,

pengurusan pentadbiran dan pencapaian semasa sekolah.

Page 32: PENGARUH GAYA KEPIMPINAN PENGETUA TERHADAP TAHAP MOTIVASI ... Jalilah Binti Rahman.TP.pdf · terhadap tahap motivasi kerja guru sekolah menengah di zon bandar Segamat, Johor. Kajian

15

1.9.6 Guru

Guru pula didefinisikan sebagai orang yang mengajar, pendidik, pengajar dan

pengasuh (Kamus Dewan, 2005). Guru bertanggungjawab sebagai kaunselor,

pengadil, polis, hakim, pelakon, kerani, jururawat, pensyarah, penulis, setiausaha,

pekerja sosial dan lain-lain. Guru perlu cekap memberikan kebebasan kepada pelajar

dalam menggunakan kebolehan mereka dan meneroka potensi diri pelajar.

Kecekapan guru juga merangkumi kebolehan berkomunikasi dengan orang lain,

membawa idea-idea baru, membuat keputusan, sentiasa membuat kajian dan

berupaya mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif. Guru adalah model yang

menjadi contoh kepada para pelajar.

Menurut Yahya Don (2005), guru atau pendidik adalah golongan yang

banyak memainkan peranan penting dalam melaksanakan kurikulum dan mendidik

sahsiah diri pelajar. Guru mesti memiliki kemahiran yang tinggi dalam kaedah

pengajaran, menguasai kandungan ilmu dalam mata pelajaran yang diajar, mahir

mengaplikasikan teori pertumbuhan dan perkembangan manusia dan berupaya

menjadi kaunselor yang baik kepada para pelajar. Guru yang berkesan perlu

menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai insan guru yang sentiasa

mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi keperluan pendidikan dan masa

depan.

Dalam konteks kajian ini, guru ialah guru-guru yang mengajar dan terlibat

secara langsung dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti di sekolah

menengah Zon Bandar Segamat.

Page 33: PENGARUH GAYA KEPIMPINAN PENGETUA TERHADAP TAHAP MOTIVASI ... Jalilah Binti Rahman.TP.pdf · terhadap tahap motivasi kerja guru sekolah menengah di zon bandar Segamat, Johor. Kajian

16

1.10 Kerangka Konsep

Kerangka konsep yang dibina ini adalah berdasarkan kepada objektif dan

persoalan kajian yang telah dinyatakan dalam kajian ini. Jika dilihat pada kerangka

konsep ini, jelas menunjukkan bahawa pemboleh ubah tidak bersandar bagi kajian

ini ialah gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengetua di sekolah menengah Zon

Bandar Segamat. Setiap pengetua akan dinilai gaya kepimpinannya oleh guru yang

bertindak selaku responden kajian, dan melalui gaya kepimpinan tersebut pengkaji

akan melihat adakah ia mempengaruhi tahap motivasi kerja dalam kalangan guru di

sekolah itu. Tahap motivasi kerja pula dikelaskan sebagai pemboleh ubah

bersandar. Terdapat juga pemboleh ubah kawalan yang ditetapkan dalam kajian ini

iaitu demografi yang merangkumi aspek kaum, jantina, tempoh perkhidmatan dan

status responden. Rajah 1.1 di bawah adalah kerangka konsep yang dicadangkan

oleh pengkaji.

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA

DEMOGRAFI : 1. KAUM 2. JANTINA 3. TEMPOH

PERKHIDMATAN 4. STATUS

MOTIVASI KERJA GURU (Pembolehubah

bersandar)

Pembolehubah tidak bersandar

Pembolehubah kawalan

Rajah 1.1 : Kerangka Konsep

Page 34: PENGARUH GAYA KEPIMPINAN PENGETUA TERHADAP TAHAP MOTIVASI ... Jalilah Binti Rahman.TP.pdf · terhadap tahap motivasi kerja guru sekolah menengah di zon bandar Segamat, Johor. Kajian

17

1.11 Prosedur Kajian

Prosedur kajian diwujudkan adalah sebagai garis panduan masa bagi pengkaji

bagi memastikan kajian yang dijalankan berjalan lancar. Berikut adalah prosedur

kajian yang dilakukan bagi mendapatkan data dan maklumat kajian.

Jadual 1.1 : Prosedur Kajian

Bil Prosedur Kerja Tarikh

1. Membina cadangan dan sorotan penulisan September hingga Oktober

2. Memohon kebenaran daripada pihak-pihak

tertentu untuk menjalankan kajian

Oktober

3. Memohon kebenaran daripada Pejabat

Pelajaran Daerah Segamat untuk menggunakan

responden (guru-guru) di sekolah menengah

harian biasa di Zon Bandar Segamat.

November

4. Mengubahsuai soal selidik untuk kajian rintis Disember

5. Mengedarkan soal selidik untuk kajian rintis Januari

6. Mengedarkan soal selidik kepada responden

iaitu guru-guru di sekolah menengah harian

biasa di Zon Bandar Segamat

Januari hingga Februari

7. Mengumpul data Mac

8. Menganalisis data April

9. Membuat kesimpulan dan rumusan hasil kajian Mei

Page 35: PENGARUH GAYA KEPIMPINAN PENGETUA TERHADAP TAHAP MOTIVASI ... Jalilah Binti Rahman.TP.pdf · terhadap tahap motivasi kerja guru sekolah menengah di zon bandar Segamat, Johor. Kajian

18

1.12 Kesimpulan

Kepimpinan dalam pendidikan merupakan komponen yang penting dalam

mencapai matlamat kecemerlangan pendidikan. Kepentingan kepimpinan menjadi

keutamaan terutama dalam usaha Kementerian Pendidikan Malaysia mengangkatkan

martabat pendidikan ke peringkat dunia selaras dengan matlamat Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan (PIPP) untuk menjadikan sistem pendidikan Malaysia

yang lebih cekap, berkesan dan bertaraf dunia bagi menyedikan Malaysia sebagai

pusat kecemerlangan pendidikan dan meningkatkan martabat pendidikan Malaysia

pada peringkat antarabangsa.

Kajian tentang gaya kepimpinan pengetua dan motivasi kerja dalam kalangan

guru merupakan langkah untuk memahami peranan gaya kepimpinan terhadap

motivasi kerja agar dapat memberikan maklumbalas demi kepentingan pengurusan

terutama di peringkat sekolah.