Pengaruh IT terhadap negara

download Pengaruh IT terhadap negara

of 19

description

PENGARUH IT TERHADAP NEGARA

Transcript of Pengaruh IT terhadap negara

1.0

Pengenalan

Dunia Teknologi Maklumat dan Era Revolusi Teknologi Maklumat memainkan peranan penting bagi membantu mempercepatkan proses membangunkan negara agar tidak ketinggalan dalam persaingan global. Ini kerana segala aktiviti harian bergantung dan banyak dipengaruhi oleh maklumat, penciptaan senjata penting sesebuah negara abad ke 21 serta kemampuan menguasainya menentukan kejayaan ekonomi, politik dan sosial untuk bersaing dalam pelbagai bidang. Pengaruh perkembangan teknologi yang merubah istilah yang digunapakai daripada Teknologi Maklumat kepada Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Teknologi Maklumat ialah teknologi yang berhubung dengan penyebaran, penyimpanan, pemprosesan dan penghantaran maklumat melalui berbagai alat teknologi elektronik (komputer), alat telekomunikasi lain serta perkakasan yang berkaitan. Sepertimana yang diketahui, dunia telah melalui tiga gelombang perubahan iaitu masyarakat pertanian, masyarakat industri dan sekarang masyarakat informasi. Penekanan di Zaman Informasi ini ialah penambahan tekanan terhadap pengeluaran, penyimpanan dan pengedaran informasi. 2.0 Konsep Teknologi Maklumat (IT)

Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat. Maklumat tersebut boleh wujud dalam pelbagai bentuk samada bentuk fizikal contohnya kertas dan buku, bentuk suara, paparan visual, pergerakan atau dalam bit. Perkembangan teknologi maklumat telah mencapai suatu tahap di mana ia mula menampakkan pengaruh tertentu di dalam kehidupan manusia terutamanya penduduk bandar. Pada asalnya, teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan. Contohnya bagi pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi dan sebagainya. Peranannya sebagai agen perubahan tidak pernah berkurang tetapi semakin bertambah lebih-lebih lagi dengan kewujudan komputer. Dewasa ini, ia telah berevolusi kepada bentuk yang menampakkan pengaruh yang lebih mendalam ke atas kehidupan manusia. Contohnya penggunaan rangkaian internet telah dan berupaya menyebabkan perubahan yang besar ke atas aspek fizikal, ekonomi dan sosial melalui globalisasi serta1

berkembangnya modal antarabangsa kapitalis. Teknologi maklumat akan membezakan sebuah negara maju dengan sebuah negara sedang membangun(Arun, 1999). Aspek fizikal yang dimaksudkan di atas termasuklah corak penggunaan ruang bandar, rangkaian lalulintas dan pengangkutan, ruang virtual dan sebagainya. Di samping itu, aspek sosial pula meliputi cara dan corak berinteraksi, pergerakan manusia, aktiviti manusia, cara hidup manusia, kualiti hidup manusia, taraf kesihatan manusia dan lain-lain. Selain itu, rangkaian internet juga membolehkan pelbagai urusan perniagaan dijalankan secara digital dan ini mempunyai implikasi yang besar terhadap proses pembandaran pada masa akan datang. Salah satu kesan yang ketara adalah pergantungan kepada bekalan elektrik. Ini adalah kerana tanpanya segala peralatan teknologi maklumat tidak dapat berfungsi, kecuali jenis yang menggunakan tenaga alternatif misalnya tenaga solar, angin, ombak, biojisim dan sebagainya. Namun pergantungan yang lebih membimbangkan adalah dari segi kuasa ekonomi melalui pemindahan modal antarabangsa dalam jumlah yang besar. Contohnya, gunatanah kawasan bandar juga dipercayai akan mengalami perubahan yang ketara. Misalnya lebih banyak kawasan hijau dapat dikekalkan atau dibekalkan berbanding dengan tempat letak kereta. Maknanya isipadu perjalanan boleh digantikan dengan aliran elektrik atau cahaya. Ini dapat mengurangkan tahap pencemaran bandar. Namun begitu, secara sosial manusia masih perlu menjalankan aktiviti tertentu yang tidak mungkin dapat digantikan oleh teknologi maklumat misalnya makan, rehat, berekreasi, bersukan dan sebagainya. Perubahannya cumalah dari segi cara aktiviti tersebut dijalankan dan apakah batasan serta halangan yang wujud akibat gelombang maklumat yang mempengaruhinya. 3.0 Pengertian Teknologi Maklumat (IT)

Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.2

Teknologi informasi adalah gabungan antara teknologi komputer dengan teknologi komunikasi.Teknologi komputer adalah teknologi yang berhubungan dengan komputer, termasuk peralatan-peralatan yang berhubungan dengan komputer seperti printer, pembaca memori kad, CDR,CDRW dan lain-lain. Manakala teknologi komunikasi atau biasa juga disebut teknologi jarak jauh yang termasuk dalam kategori teknologi ini adalah telefon,radio dan television. Antara pengertian teknologi informasi adalah : I. Alat yang membantu manusia bekerja dengan informasi dan melakukan tugas-tugas yang berhubungan dengan pemprosesan informal. II. Teknologi informasi tidak hanya terbatas pada teknologi komputer yang digunakan untuk memproses dan menyimpan informasi, juga mencakupi teknologi komunikasi untuk mengirimkan maklumat. III. Teknologi yang menggabungkan komputer dengan jalur komunikasi

berkecepatan tinggi yang membawa data,suara dan video. 4.0 Komponen Teknologi Maklumat

Teknologi Maklumat boleh dipecah kepada komponen atau bahagian untuk memudahkan kajian dalam bidang ini. Komponen tersebut adalah Teknologi, Organisasi dan Pengguna. Selain daripada itu terdapat juga tafsiran di mana komponen utama teknologi maklumat ialah komputer (perisian,maklumat,tatacara,manusia), rangkaian komunikasi dan tahuguna(know-how). Ia boleh digambarkan seperti berikut:

i.

Teknologi

Merujuk kepada Perkakasan, Perisian dan Sistem Telekomunikasi yang digunakan di dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Perkakasan komputer seperti unit3

pemproses pusat (CPU), ingatan (RAM), cakera keras (HDD), papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse) dan sebagainya amat penting dalam proses kemasukan, pemprosesan dan penyimpanan maklumat.

Perisian komputer seperti sistem operasi (OS) yang popular termasuk Linux, UNIX, Mac OS dan Windows dan aplikasi produktiviti pejabat seperti OpenOffice atau Microsoft Office serta perisian Internet seperti pelayar web (Mozilla, Netscape Navigator, Safari dan Internet Explorer) memainkan peranan besar dalam teknologi maklumat. Ini kerana ia merupakan perisian yang paling banyak digunakan oleh pengguna komputer setiap hari.

Dari segi komersial dan pembangunan sistem, perisian komputer boleh dibahagian kepada dua iaitu: Perisian Bebas / Sumber Terbuka - Secara amnya, boleh didapati secara PERCUMA atau dibeli berserta kod sumber seperti Linux, FreeBSD, dan OpenOffice. Perisian Komersial / Sumber Tertutup - Secara amnya, lesen menggunakan perisian perlu dibeli manakala kod sumber tidak diberikan seperti Microsoft Windows dan Miscrosoft Office. Namun begitu , untuk mengimbang kebangkitan penggunaan perisian sumber terbuka, syarikat Microsoft telah melancarkan kempen yang dipanggil kongsi sumber (share source). Dengan konsep ini, pengguna komersial dan pihak kerajaan boleh 'melihat' kod sumber perisian Miscrosoft. Namun begitu, pengguna tidak dibenarkan untuk mengguna, menyunting atau mengubah kod sumber tersebut. Pengguna juga perlu menandatangani satu perjanjian untuk membolehkan mereka melihat kod sumber tersebut. Sistem Telekomunikasi merupakan komponen yang amat penting selepas perkakasan dan perisian. Ia merupakan rangkaian dan jambatan yang menyambungkan semua sistem komputer dan sistem telekomunikasi di seluruh dunia seperti Internet, satelit, dan sistem telefon. Ia merupakan kombinasi beberapa teknologi seperti: Protokol / Senibina Telekomunikasi - TCP/IP, OSI dan SNA, dan sebagainya.

4

Teknologi Telekomunikasi/ Rangkaian - ATM, X.25, Frame Relay, 3G, SMS, MMS, Bluetooth, dan sebagainya. Teknologi Media Penghantaran - Wayar tembaga, Gentian Optik, Gelombang Mikro, Radio dan Satelit

ii.

Organisasi

Merupakan tempat dimana teknologi maklumat digunakan, ia mempengaruhi pengurusan dan pemprosesan maklumat tersebut. Ia mungkin boleh dilihat dari sudut pentadbiran organisasi yang membahagikan organisasi kepada tiga bahagian iaitu peringkat operasi, taktikal dan strategik dimana setiap peringkat memerlukan sistem yang berbeza seperti rajah dibawah.

iii.

Pengguna

Merupakan pengguna teknologi maklumat yang boleh dipecahkan kepada pengguna yang mengguna dan pengguna yang mentadbir maklumat tersebut. Pengguna teknologi maklumat iaitu pengguna sistem yang tidak mentadbir sistem tersebut seperti kerani, jururuwang, pengurus, dan sebagainya. Pentadbir teknologi maklumat seperti Juruteknik komputer, pengurus teknologi maklumat, juru analisa sistem , pengaturcara program , dan sebagainya.5

5.0

Sejarah Teknologi Maklumat

Istilah "teknologi maklumat" muncul pada sekitar dekad 1970-an. Bagaimanapun, konsepnya yang asas boleh dikesani jauh lebih lama lagi. Pada sepanjang abad ke-20, pihak tentera telah berikat dengan berbagai-bagai industri untuk membangunkan elektronik, komputer, dan teori maklumat. Secara sejarah, pihak tentera telah mendorong penyelidikan-penyelidikan tersebut dengan memotivasi dan membiayai inovasi dalam bidang penjenteraan dan pengkomputan. Komputer komersil yang pertama ialah UNIVAC I yang direka bentuk oleh J. Presper Eckert dan John Mauchly untuk Biro Banci Amerika Syarikat. Akhir dekad 1970an memperlihatkan kebangkitan mikrokomputer, diikuti dengan rapat oleh komputer peribadi IBM pada tahun 1981. Sejak dari masa itu, empat generasi komputer telah berkembang, dengan setiap generasi melambangkan satu langkah yang dicirikan oleh perkakasan yang semakin kecil dan berupaya. Generasi pertama menggunakan tiub vakum, dengan generasi-generasi kedua dan ketiga masing-masing menggunakan transistor dan litar bersepadu. Generasi keempat, iaitu generasi terkini, menggunakan sistem-sistem yang lebih rumit seperti penyepaduan skala sangat besar (VLSI). 6.0 Teknologi Maklumat Pada Hari Ini

Pada hari ini, istilah teknologi maklumat telah diperluas untuk merangkumi banyak aspek pengkomputan dan teknologi, dengan istilah ini lebih dapat dikenal, berbanding dengan dahulu. Payung teknologi maklumat adalah amat besar, dan meliputi banyak bidang. Ahli-ahi profesional melakukan berbagai-bagai tugas yang berbeza-beza dari pemasangan perisian penggunaan sehingga perekaan bentuk rangkaian komputer dan pangkalan data maklumat. Sebilangan tugas yang dilakukan oleh mereka adalah seperti yang berikut:

Pengurusan data Pengurusan sistem Perangkaian komputer Perekaan bentuk perisian Perekaan bentuk sistem pangkalan data Sistem maklumat pengurusan (MIS)6

7.0

Kedatangan Era Informasi

Wilson P. Dizard (1982) dalam membincangkan kedatangan Era Informasi dalam bukunya "The Coming Information Age" telah mengatakan bahawa abad ke 20 merupakan di mana kebajikan manusia sejagat dipandang amat penting dan bermakna. Menurut beliau pada pertengahan abad ke 20 satu evolusi rangkaian bersifat universal akan berlaku di mana manusia boleh menghubungi antara satu sama lain di mana-mana sahaja pada bila-bila masa iaitu titik permulaan era maklumat. Impak yang nyata adalah di luar sana adalah sesama rakan industri (industral allies), negara membangun (developing nations) dan negara komunis (communists states). Dalam penganalisaan terakhir, kebolehan kita menyesuaikan diri dengan alat komunikasi dan maklumat yang serba baru, canggih dan penuh berkuasamcuma akan terjawab dari kemajuan yang akan kita kecapi semasa menempuhi era baru ini. Apakah senario yang boleh kita perlihatkan bagi masyarakat yang berorientasikan informasi pada tahun-tahun akan datang. Berbeza dengan percetakan, teknologi hari ini mempunyai impak yang segera terhadap penggunanya. Perintis komputer, John Newmann, pernah berkata teknologi moden ini meningkatkan kadar perubahan bukan sahaja dari segi memendekkan masa yang terlibat bagi menyebarkannya tetapi juga memperluaskan bidang dan tempat dari segi ekonomi, politik, dan budaya. Dari aspek komunikasi dan informasi, teknologi terkini tidak lagi terbina secara linear, dipisahkan antara satu sama lain oleh jarak masa, di mana terdapat laluan -laluan bagi merubah implikasi yang ada, diperbaiki dan diketengahkan. Sekarang kita sedang berdepan dengan perubahan teknologi pelbagai bidang dalam pembentukan yang meluas. Ini memaksa kita membuat pemilihan yang semerta dan setepat mungkin bagi mengelakkan kesilapan. 8.0 Tiga Peringkat Perubahan

Teknologi informasi mempunyai tiga peringkat perubahan pengeluaran informasi secara asas yang mempengaruhi peringkat penambahan bidang perkhidmatan dan pengedaran untuk industri dan kerajaan serta peringkat peningkatan kemudahan bidang penyebaran untuk kegunaan pengguna.

7

i.

Peringkat Pertama Infrastruktur asas informasi dan komunikasi iaitu syarikat telefon atau telegraf (MIMOS, TM-Net)

ii.

Peringkat Kedua Kemunculan Ekonomi Informasi (Knowledge Economy - K-Economy) Industri perbankan -kewangan elektronik sistem pemindahan yang mengganti transaksi kertas (ATM, Online- Banking). Kesihatan kebangsaan - sistem edaran (automated computer based systems) berfungsi dari penyimpana rekod perubatan hingga pengawasan perubatan jarak jauh telemedicine. Industri pendidikan - pergerakan drastik kepada sistem pengajaran bentuk elektronik. Kesilapan yang dialami pada tahun 60an automated instruction yang diutarakan pada masa itu untuk menjimatkan kos bukan untuk membaiki proses pembelajaran. Computer assisted instruction mengambil tempat dengan memberi penekanan kepada kemahiran asas literasi. Pejabat Elektronik - automated office terutama pejabat perniagaan. Syarikat besar menjadi pusat informasi syarikat kecil. Kerajaan US menjadi gedung terunggul menggumpul dan menyebar maklumat. Kerajaannya mencetak maklumat dari buku masakan ke pemetaan Bintang Marikh oleh Pentadbiran Angkasalepas (NASA). "National Technical Information service"nya merupakan penerbit yang terbesar mengeluarkan buku dan laporan di dunia ini dengan hanya menggunakan sistem komputer.

iii.

Peringkat 3 Peringkat pemangkin era informasi. Mass consumerization of high-technology information services iaitu pengguasaan massa dalam bidang perkhidmatan informasi teknologi tinggi. Sumber informasi dan komunikasi terkini yang biasanya terhad kepada perniagaan besar dan kerajaan, sekarang boleh disebarluaskan kepada penggunaan di rumah dan organisasi kecil.8

Informasi melalui komputer akan melampaui batasan waktu dan tempat. Komputer kelihatan memenuhi ruang tamu dan menjadi pengisi masa lapang.

Perkhidmatan terbaru selain telefon dan television adalah Internet melalui email dan telnet. Di Britain - Projek Prestel - mengadakan satu bentuk rangkaian 'network' yang menggunakan sistem komputer yang bergantung kepada 3 perkara: telefon, TV set dan sebuah kotak hitam. Perkhidmatannya ialah menghubungkan ratusan maklumat database yang boleh dilihat di kaca TV dan dipesan melalui satu sistem panggilan telefon.

9.0 i.

Penggunaan Teknologi Maklumat Pengangkutan Darat Bayangkan anda sedang duduk di dalam kenderaan yang berhalaju 120 batu sejam di atas lebuhraya yang padat. Anda menghadapi masalah jerebu namun pengendali kenderaan di lorong sebelah telah tertidur sedangkan anda sedang menonton televisyen. Pelik? Terkejut? Sebenarnya anda agak selamat, anda sedang memandu kenderaan bestari dalam Lebuh-Raya Bersistem Automasi(LBA) masa depan yang berupaya mengurangkan 1.2 juta pelanggaran setiap tahun, menyelamatkan beriburibu nyawa, serta menjimatkan berjuta-juta ringgit akibat kemalangan. Namun isu timbul merujuk kepada penerimaan masyarakat terhadap sistem sebegini. Sediakah mereka melepaskan pemanduan kenderaan secara bebas dan serahkan tugas tersebut kepada komputer. Seperti yang diketahui umum, komputer kadangkala gagal, kegagalannya dalam sistem ini akan mencetuskan kemalangan yang boleh dimasukkan dalam rekod antarabangsa. Walaubagaimanapun, bukan senang untuk mewujudkan lebuh-raya

bersistem automasi tersebut, Amerika Syarikat telah memulakan penyelidikan dan pembangunan sejak 1991 dan ia masih dalam proses. Untuk menyokong lebuh-raya tersebut, pelbagai teknologi diperlukan untuk memandu kenderaan dan mengawal sistem lalulintas; Sistem Pengangkutan Pintar, sesetengah teknologi ini telah dipasarkan dewasa ini.9

Selain itu, Kenderaan Pintar diperlukan untuk membantu pengendali dalam pengendalian kenderaan, persekitaran dan memberi amaran terhadap masalah kesesakan. Salah satu elemen kenderaan pintar adalah Anti Lock Braking System(ABS) yang menghalang tayar kenderaan mengunci dirinya dalam keadaan perhentian panik. Di samping itu, salah satu elemen penting untuk mewujudkan LBA adalah Sistem Kedudukan Global. Dengan wujudnya sistem ini, peta tidak lagi diperlukan, sistem ini akan menentukan jalan yang paling pendek serta cepat dan memandu kenderaan anda ke destinasi yang telah ditentukan anda. Dewasa ini, Sistem Pemanduan Kenderaan telah mula dipasarkan di Amerika Syarikat. Untuk melengkapkan lagi LBA, Sistem Pengurusan Kesesakan diperlukan untuk mengenalpasti kesesakan. Antara tahun 1985 dan 1994, bandar Lexington, Kentucky telah menggunakan sistem lalulintas berkomputer untuk mengurangkan lalulintas henti-jalan sebanyak 40% serta mengurangkan pelanggaran sebanyak 30%(Meyer, 1999). Namun LBA dikritik akan memburukkan lagi masalah kesesakan dalam jangka panjang. LBA direkabentuk untuk mengurangkan kesesakan dengan cara mengerakkan kenderaan secara lebih padat. Dengan itu, ia seakan-akan menambahkan lorong dalam lebuh-raya. Namun penambahan ini hanya boleh menyelesaikan masalah kesesakan dalam jangka pendek. Secara logiknya, apabila lorong menjadi banyak, ia akan menggalakkan lebih banyak penggunaan kenderaan. Sekiranya LBA membawa kepada pengembagan keupayaan

menampung kenderaan yang tinggi maka kita akan kembali kepada masalah asal kesesakan. ii. Pengangkutan Udara Sekiranya lalulintas udara terus meningkat pada kadar dewasa ini, pada tahun 2010, ia akan sampai kebarangkalian satu kemalangan utama setiap minggu. Dalam kes ini, teknologi maklumat terutamanya komputer memainkan peranan yang penting untuk memastikan keselamatan yang lebih, berkait dengan rekabentuk, juruterbang, sistem pemanduan dan lalulintas udara(Meyer, 1999).10

iii.

Pengangkutan Laut Dengan wujudnya Emergency Position Indicating Radio Beacons(EPIRB), pelayarpelayar dengan mudah boleh menghantar isyarat kecemasan sekiranya timbul sebarang masalah. Kedudukan pelayar tersebut akan ditentukan melalui Sistem Kedudukan Global dan bantuan akan dihantar secepat mungkin. Namun masalah komputer seperti Y2K boleh memberi pengaruh negatif terhadap sistem tersebut. Kecacatan ataupun dilema komputer tersebut boleh mencacatkan sistem kedudukan global dan menyebabkan kapal-kapal menghadapi masalah penentuan lokasi (Star, 21-8-1999).

iv.

Pendidikan Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran. Komputer boleh direkabentuk supaya ia dapat membantu pelajar secara individu dan secara berkumpulan. Ini dapat dijalankan dengan menggunakan Arahan Program, pelajar akan diajar mengikut kadar dan tahap yang boleh diterima oleh mereka. Ini adalah penting supaya pelajar tidak tercicir dan putus asa. Merujuk kepada sistem pendidikan konvensional, kesemua pelajar terpaksa mengikuti sistem yang berlangsung tanpa mengambil kira samada mereka dapat mengikuti pelajaran tersebut. Justeru itu, arahan program dapat memberi peluang terutamanya kepada golongan pelajar "lemah" untuk membaiki kelemahan dia. Dalam arahan program ini, pelajar akan mengikuti langkah-langkah tertentu dalam pembelajaran dia, langkah tersebut akan diteruskan asalkan pelajar dapat memberi jawapan yang sesuai dan boleh diterima. Namun sekiranya jawapan tersebut tidak memuaskan, dia akan dipandu kepada langkah terdahulu dan ditunjukkan bahan rujukan yang berkaitan bagi memperbaiki kelemahan tersebut. Pengajaran sedemikian biasanya tidak dijalankan di dalam kelas yang terdiri daripada ramai pelajar, tambahan pula pelajar Asia yang kurang bertanya akan memburukkan lagi proses pembelajaran pelajar. Selain itu, pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap. Tren semasa semakin menampakkan masa depan pengajaran dengan cara jarak jauh tetapi ini tidak bermakna pendidikan11

konvensional perlu dihapuskan sama sekali. Sesetengah daripadanya perlu dikekalkan bagi membolehkan pelajar membelajari kemahiran tertentu yang tidak boleh diperolehi melalui teknologi maklumat. Contohnya cara persembahan menggunakan komputer amat berbeza dengan cara konvensional. Namun kita tidak harus bergantung sepenuhnya kepada komputer dan melahirkan golongan yang tidak mampu berinteraksi tanpa komputer. Justeru itu, sistem pendidikan perlu membekalkan kemahiran interaksi asas pada awal persekolahan dan menggunakan teknologi maklumat pada masa yang sama. Dengan itu, pelajar mempunyai kemahiran lebihan dan pilihan untuk menggunakan teknologi maklumat atau cara konvensional sesuai dengan keadaan tertentu. v. Reformasi Sistem Persekolahan Cara pengajaran konvensional di Amerika Syarikat misalnya memberi kuliah didapati tidak mendatangkan keputusan yang baik. Ini adalah kerana pelajar hanya duduk dan mendengar kuliah tersebut tanpa penyertaan yang menggalakkan. Ini merupakan senario yang kerap di dalam USM sendiri terutamanya dalam kuliah sarjana muda. Walaupun terdapatnya usaha pensyarah untuk menggalakkan penyertaan pelajar namun penyertaan yang diharapkan adalah amat kurang. Namun dengan wujudnya rangkaian maklumat yang membolehkan pelajar memberi pandangan dan maklum balas secara rawak dan dengan cepat maka penyertaan tersebut akan mempunyai kadar yang lebih tinggi. Alasan seperti tidak dapat berjumpa dengan pensyarah akan dihapuskan sama sekali memandangkan faktor masa dalam rangkaian maklumat tidak sama dengan masa sebenar. Menurut teori pergerakan ruang, ruang aliran akan menentukan masyarakat rangkaian maklumat. Segala maklumat yang disalurkan merupakan penyebab yang secara kumulatif menjanakan ruang tersebut. Aktiviti menghantar dan menerima maklumat tersebut merupakan tindakan sosial yang dibawa dalam ruang aliran. Asalkan seseorang peka terhadap rangkaian tersebut, segala maklumat dan maklum balas akan dapat disampaikan mahupun diterima.

12

vi.

Perubatan Membantu Golongan Yang Memerlukan Bantuan Khas. 10 daripada 100 orang adalah cacat. Di Amerika Syarikat, 20 juta orang cacat mengalami halangan dalam kehidupan harian mereka(Meyer, 1999). Bagi golongan ini, teknologi maklumat terutamanya komputer memainkan peranan yang penting dalam memberi kebebasan kepada mereka. Contohnya kewujudan program yang berupaya membaca teks dapat membantu orang buta berkomunikasi tanpa bantuan keluarga, rakan-rakan dan pekerja lain atau mesin rekod suara. Selain itu, komputer juga memberi peluang sosial baru kepada orang cacat melalui penggunaan internet, irc serta icq, ym, facebook dan lain-lain program. Mereka tidak perlu pergi ke kawasan bandar untuk bertemu atau berkenalan. Mereka juga tidak perlu melalui pengalaman pahit di dalam bandar yang tidak direka untuk mereka. Di samping itu, terdapat rangkaian yang dikhaskan untuk mereka berkenalan dan bergaul dengan golongan yang sama di mana sebelum ini tiada seluran yang begini mudah. Mesyuarat boleh dijalankan bila-bila masa asalkan seseorang mempunyai talian telefon, komputer serta modem.

vii.

Tele-Perubatan Dalam keadaan tertentu, pesakit sebenarnya tidak perlu berjumpa dengan doktor. Ini adalah kerana dalam kebanyakan kes, doktor cuma memeriksa pesakit melalui sintom yang diberitahu oleh pesakit sendiri. Justeru itu, suatu program yang menyeluruh dan sentiasa diperbaiki adalah memadai untuk menggantikan tugas sedemikian. Britain telah menggunakan sistem sedemikian untuk mengurangkan beban doktor(Laver, 1989). Doktor seharusnya menumpukan perhatian dalam kes yang serius yang mana pesakit tidak dapat memeriksa sebarang sintom. Namun kesahihan sistem sedemikian akan sentiasa dipertikaikan akibat faktor-faktor keselamatan, kepercayaan, psikologi dan sebagainya. Selain itu, kos pelaksanaan sistem sedemikian juga amat tinggi kerana ia perlu sentiasa dinaik taraf dan dinilai bagi memberikan tahap ketepatan dan kepercayaan yang tinggi. Di samping itu, pelaksanaan sistem sedemikian akan menggugat kesenangan golongan buta huruf untuk mendapatkan rawatan biasa memandangkan sistem tersebut13

cenderung mengurangkan atau menggantikan peranan klinik. Justeru itu, timbul pendapat bahawa ia hanya sesuai untuk tujuan farmasi sahaja di mana pesakit telah diberikan diskripsi ubat; dan menggunakan tele-perubatan cuma untuk

mendapatkan ubat tersebut. Walau bagaimanapun, penggunaan Smart Card akan melengkapkan lagi sistem tersebut memandangkan kesemua maklumat peribadi pesakit termasuk sejarah perubatan telah dikodkan. Namun kita tidak harus melihat bidang perubatan ditukarkan kepada sejenis industri. Perubatan sebagai perindustrian akan mencetuskan kesan mental yang buruk terhadap pesakit. Pesakit sebenarnya telah dibebankan dengan persekitaran hospital yang dipenuhi dengan pesakit-pesakit lain. Justeru itu, penggunaan teknologi yang keterlaluan akan menyebabkan hubungan doktor-pesakit hilang, ini akan menjanakan keadaan yang tidak menggalakkan dalam kes kesihatan yang serius. viii. Seni dan Hiburan Dewasa ini, semakin banyak bahan-bahan ditukarkan kepada bit-bit dalam komputer. Penukaran ini akan mencetuskan perubahan yang besar dalam penggunaan ruang di bandar. Misalnya penduduk bandar tidak perlu berada di sesuatu lokasi tetapi dapat merasai situasi tersebut melalui internet. Kes yang sama berlaku terhadap perpustakaan, apabila lebih banyak teks ditukarkan dalam bentuk bit. Pelajar atau penduduk tidak perlu sampai ke perpustakaan untuk mendapatkan bahan rujukan tersebut. Penduduk bandar juga tidak semestinya pergi ke panggung wayang atau muzium untuk melihat filem atau khazanah negara. Kesemua ini memberi impak terhadap perancangan guna tanah kawasan bandar. Kesan langsung daripadanya adalah pengurangan dalam isipadu lalulintas yang disebabkan oleh aktiviti tersebut. Ini akan mengagihkan tanah bagi tujuan yang lain misalnya kawasan hijau atau taman-taman yang tidak dapat digantikan oleh teknologi maklumat. Namun harus diingati bahawa dengan menukarkan bahan-bahan kepada bitbit. Masalah cetak rompak akan lagi berleluasa. Bahan-bahan yang didigitkan kemungkinan besar akan menjadi tidak berharga. Ini adalah kerana ia boleh disalin14

dan dikeluarkan semula berkali-kali, berbeza dengan bahan-bahan sebenar yang akan berkurangan kuantitinya apabila digunakan. ix. Dunia Maya Ia adalah satu sistem yang mensimulasikan alam nyata(reality). Alam nyata ditayangkan dalam bentuk imej, dalam dunia yang kelihatan seperti dunia nyata. Pengalaman dalam dunia maya bukan hanya menerusi skrin imej tetapi ia sendiri menjadi pengalaman kepada mereka yang berada di dalamnya(Castells, 1999). Kewujudan dunia maya akan membawa perubahan tertentu dalam cara hidup di bandar. Memandangkan ia begitu benar dan kadangkala dapat memuatkan ciri-ciri idealisme yang tidak terdapat dalam dunit nyata. ia merupakan satu ruang yang membolehkan penduduk membuat pilihan samada hendak memilih dunia maya atau dunia nyata untuk menjalankan aktiviti tertentu. Contohnya seseorang yang ingin keluar bersiar-siar di bandar boleh memilih bandar nyata atau bandar maya. Bagi mereka yang ingin melihat bandar sebagai utopia maka dunia maya mampu memberi satu bandar sedemikian. Namun penggunaan dunia maya bukan hanya terhad kepada hiburan sahaja. Ia menjadi medan ujian bagi percubaan pengalaman yang seakan-akan benar. Misalnya ujian memandu kenderaan boleh dijalankan di dalam sebuah bilik tanpa menggunakan jalanraya sebenar. Dari segi perancangan pula, model-model boleh dihasilkan untuk menguji kesan perancangan terhadap sesebuah bandar. Seseorang boleh mencuba pengalaman di dalam bandar tersebut sebelum pelan susun atur diluluskan. Ini akan menambahkan lagi penilaian pelan tersebut. x. Rekreasi Dengan wujudnya teknologi maklumat yang membolehkan pemindahan maklumat dengan cepat dan tepat, kebanyakan pekerjaan boleh dijalankan di rumah. Ini bermakna waktu kerja yang lebih bebas serta pendek. Ini adalah kerana seseorang tidak perlu meluangkan masa untuk pergi ke pejabat, tersesak atas jalanraya, makan di luar dan sebagainya. Kesannya masa rekreasi penduduk akan bertambah dan ini akan mempengaruhi penawaran jenis perkhidmatan pada masa depan.

15

xi.

Perdagangan dan Perindustrian Perdagangan elektronik (shopping online) ditakrifkan sebagai penggunaan telekomunikasi atau rangkaian yang luas untuk melaksanakan pemindahan kewangan. Dengan berkembangnya perkhidmatan sedemikian pada masa depan, pengguna tidak perlu melangkah keluar dari rumah untuk membeli-belah. Di samping itu, mereka boleh membeli-belah 24 jam sehari tanpa gangguan kesesakan, cuaca dan jurujual yang membosankan. Selain itu, lokasi juga tidak menjadi masalah kerana perkhidmatan yang dibekalkan akan menjamin pembelian tersebut dijalankan dengan senang. Halangan yang wujud cumalah kos penghantaran yang mahal bagi lokasi yang jauh. Selain daripada aktiviti membeli-belah, rangkaian teknologi maklumat juga membolehkan aktiviti perbankan dan pasaran dijalankan. Ini akan memberi pengaruh yang besar ke atas guna tanah kawasan perdagangan pusat. Dewasa ini, aktiviti tersebut sentiasa berkait dengan kesesakan di lokasi perletakan bank atau bursa saham. Namun dengan adanya rangkaian maklumat yang membolehkan aktiviti tersebut dijalankan dengan selamat maka penduduk bandar dengan sukarela akan memilih rangkaian tersebut berbanding dengan cara konvensional yang tidak berkesan serta membazirkan masa dan tenaga. Di samping itu, surat elektronik yang semakin tinggi kadar penggunaannya akan memberi pengaruh terhadap perkhidmatan pos serta sistem pengangkutan yang bersabit dengannya. Ia juga mengurangkan penggunaan kertas dan sampul surat. Ini merupakan satu langkah baik ke arah kemampanan hutan di dunia.

10.0

Pengaruh IT Ke Atas Budaya Hidup Abad Ke-21

Pengaruh IT akan memberi kesan yang amat luas mencorakkan budaya hidup kemasyarakatan samaada negara maju mahupun negara membangun. Pengaruh IT yang berkembang pesat akan mencorakkan perubahan dan kemajuan dunia yang akan memecahkan tembok budaya, politik dan kenegaraan, sehingga telah mewujudkan dunia tanpa sempadan. Dunia budaya manusia yang selama ini disempadani oleh unit-unit budaya dan politik yang terasing di antara satu sama lain telah menjadi semakin dekat dan kehilangan identitinya disebabkan pengaruh baru yang berlaku.

16

Melalui kuasa IT yang dimiliki negara-negara barat, mereka akan mendominasi perkembangan dunia blok membangun yang lemah, kurang berkuasa dan kurang berpengaruh. Walaubagaimanapun, IT akan mempengaruhi perkembangan dan perubahan global yang memberi kesan meluas kepada perubahan ekonomi, politik, kebudayaan, sosial, pendidikan, perubahan dan pengurusan moden. Kehidupan zaman moden dan teknologi sangat bergantung kepada IT kerana ia merupakan tamadun hidup yang tidak dapat dipisahkan daripada kemajuan, perubahan dan pemodenan. IT membawa banyak kebaikan yang boleh dimanfaatkan bagi membaiki dan meningkatkan fitrah hidup manusia. IT akan membawa revolusi dan mencetuskan perubahan paradigma baru yang cukup berpengaruh dalam pengurusan organisasi di mana maklumat dan operasi organisasi dan misi penguasaan perubahan akan bergantung sepenuhnya kepada IT. Peranan IT mencakupi satu dimensi yang luas dan dinamis. Pengaruh IT juga akan mencorakkan ideologi pengurusan dan pentadbiran yang berpengaruh di negara-negara membangun. Malaysia begitu komited untuk menjadikan IT sebagai satu cara hidup dan budaya baru masyarakat Malaysia. Dengan penubuhan MSC atau Koridor Raya Multimedia dan pangkalan maklumat Cyberjaya yang menelan belanja berjuta-juta ringgit, Malaysia akan menjadi negara yang terkehadapan dalam memprojekkan imej sebuah negara IT yang tercanggih di dunia. Ideologi IT mulai menjadi satu pegangan baru bagi mengubah budaya hidupdalam segala aspek kehidupan moden masyarakat Malaysia. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Seri Mahathir Mohamad begitu komited membentuk Kerajaan Elektronik sebagai langkah drastik mentransformasikan jentera pengurusan kerajaan dengan menggunakan teknologi canggih IT. MSC dan Cyberjaya yang bertunjangkan kekuatan pengaruh IT akan berperanan sebagai satu mekanisme pengawalan maklumat dan pengawalan data-data penting bagi mencorakkan perubahan dan pembangunan negara. IT dalam konteks ini akan menjadi satu elemen utama bagi mentransformasikan berbagai-bagai aspek pengurusan dan pentadbiran moden untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya menjelang abad ke-21 sejajar dengan Wawasan 2020. MSC dan Cyberjaya merupakan wawasan politik Tun Mahathir yang bertujuan untuk membawa Malaysia ke satu era baru dalam perkembangan revolusi industri maklumat yang melibatkan penggunaan teknologi tinggi dan canggih dalam pembangunan17

teknologi maklumat atau IT. Revolusi industri maklumat yang serba canggih ini akan membawa perubahan baru kepada perkembangan komunikasi, sistem kewangan dan perbankan, reformasi pendidikan dan latihan, penyelidikan dan pembangunan (R&D), industri percetakan dan penerbitan, pengeluaran komputer dan berbagai-bagai perisian yang moden lagi canggih. Penyebaran maklumat melalui IT akan sampai kemana-mana sahaja. Maklumat sangat penting dalam kehidupan manusia dan ia mempengaruhi perkembangan dan peluang. Maklumat-maklumat yang mempunyai kepentingan strategik boleh dikesan melalui IT. Ini terpulang bagaimana kebijaksanaan seseorang menggunakan IT sebagai alat mendapatkan maklumat, telahan atau jangkaan. IT juga boleh digunakan bagi menyebarkan maklumat palsu dan bersifat propaganda yang sukar ditangkis dan dibendung. Maklumat-maklumat strategik yang merupakan rahsia sulit dan amat penting boleh diketahui dan disebarkan ke seluruh dunia melalui internet, e-mel dan faksimili serta melalui 3G,GPRS di telefon bimbit masing-masing. Maklumat yang bersifat tohmah, propaganda serta dakyah bagi memburuk-burukkan sesebuah negara, pemimpin dan sebagainya boleh berlaku tanpa sekatan melalui IT. Dengan berlakunya liberalisasi maklumat secara global, maka dasar yang dikenakan oleh sesebuah negara bagi mengetatkan pengaliran maklumat rahsia dan juga tindakan mendakwa seseorang atau pihak tertentu di bawah OSA (Ordinance Secret Act) sudah tidak lagi sah dan boleh dipersoalkan dari segi kesasihannya. Walaubagaimanapun, kebanyakkan negara akan terus mengetatkan pengawalan maklumat-maklumat strategik dan maklumat rahsia daripada terbongkar dengan apa cara sekali pun. IT membawa perubahan besar dari segi liberalisasi maklumat menyebabkan pengaliran maklumat dan propaganda sukar dibendung. Kegawatan ekonomi, spekulasi, penyebaran ideologi tertentu boleh berlaku dan memberi kesan buruk jika sekiranya IT digunakan bagi tujuan dan dengan motif untuk menghancurkan. Penyebaran maklumat lucah melalui internet menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat kerana kesan negatif dan destruktif IT kepada golongan sasaran seperti belia dan remaja seperti mana yang berlaku di negara-negara maju. Perspektif negatif mempersoalkan IT sebagai agen penyebaran maklumat palsu.

18

IT boleh mempengaruhi perkembangan intelektual dan melahirkan maklumat baru yang mencabar dunia intelektual, khusunya di kalangan sarjana, saintis, penyelidik, cendiakawan dan usahawan. IT membuka lembaran baru merangsang kepada perkembangan bidang penyelidikan, reka cipta, pengolahan maklumat dan data-data yang mempunyai kepentingan yang sangat besar ke atas kepentingan strategik dan kepentingan perancangan untuk pengawalan, pencegahan dan perubahan. IT dalam keadaan tertentu mempunyai kuasa inteligen yang sangat berpengaruh mengatasi kuasa penerokaan minda manusia dan melantasi kuasa imaginasi yang sukar ditelah. Dengan berbantukan keupayaan IT yang serba canggih berbagai-bagai penemuan dan kemajuan yang mengagumkan dicipta dan dihasilkan. IT menjadikan dunia sains dan teknologi semakin berpengaruh, canggih dan berwibawa menerokai dan menjangkaui destinasi perubahan masa depan. IT boleh menjadi pemangkin kepada pembentukan masyarakat madani. Masyarakat yang bermaklumat akan menjadi lebih moden,liberal dan fleksibel kerana pemikiran mereka tidak lagi terkongkong seperti katak di bawah tempurung. IT dala erti kata lain boleh menjadi agen perubahan sosial yang dinamik dalam perkembangan masyarakat moden. Selalunya terdapat pertalian signifikan di antara perkembangan pendidikan dengan perkembangan IT. Literasi teknologi maklumat di kalangan ahli masyarakat, khususnya literasi komputer jika didapati meningkat pada tahap yang tinggi, maka ia akan membolehkan satu reformasi maklumat berlaku. Jika terdapat bilangan yang besar di kalangan sesuatu masyarakat yang belum celik komputer, maka tahap perubahan masyarakat yang rendah tidak akan mendorong perubahan sosial yang dinamis dalam masyarakat berkenaan. 11.0 Kesimpulan

Dalam keasyikan dunia melancarkan era teknologi maklumat, penduduk dunia harus diberi pendedahan tentang kesan baik dan buruk yang akan dibawa oleh teknologi maklumat. Tidak dapat dinafikan bahawa negara-negara yang sedang membangun ataupun telah maju memerlukan teknologi ini untuk bersaing dan berganjak kepada corak ekonomi baru namun penduduk haruslah bersedia terutamanya secara mental untuk menerima kos dan faedah yang akan dijanakan.

19