PENGARUH MEDIA ELEKTRONIK TERHADAP KERUNTUHAN … · Faktor-faktor media elektronik memberikan...

30
PENGARUH MEDIA ELEKTRONIK TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK PELAJAR MAWADDAH BINTI ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of PENGARUH MEDIA ELEKTRONIK TERHADAP KERUNTUHAN … · Faktor-faktor media elektronik memberikan...

PENGARUH MEDIA ELEKTRONIK TERHADAP KERUNTUHAN

AKHLAK PELAJAR

MAWADDAH BINTI ABDULLAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGARUH MEDIA ELEKTRONIK TERHADAP KERUNTUHAN

AKHLAK PELAJAR

MAWADDAH BINTI ABDULLAH

Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

( Pengajian Islam )

Fakulti Pendidikan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2008

iii

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang

Syukurku panjatkan di atas segala kurnianya...

Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah S.A.W.

Kajian ini didedikasikan khas buat insan-insan tersayang yang banyak membantu,

memberi semangat dan dorongan yang tidak terhingga...

Buat Bonda tersayang,

Hajah Esah Bt. Md.Akib

Terima kasih atas didikan dan kasih sayang yang dicurahkan

Sesungguhnya,engkaulah sumber kekuatanku dalam mengharungi hidup ini..

Buat Abang dan Kakakku yang dikasihi,

Abang, Bg.Di, Kak Ta, Bg.Puan, Bg.Pit, Kak Anit, Kak Maz, dan Bg.Khairul

Terima kasih kerana kalian menjadi sumber inspirasiku untuk terus berjaya

Buat Penyelia yang dihormati,

Ustaz Abdullah Bin Sulong

Terima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajarmu yang tidak pernah jemu

Buat Pensyarah-Pensyarah PPIPS,

Dr.Farahwahida, PM. Ajmain Safar, Dr.Azhar, dan pensyarah yang lain

Atas didikan, nasihat, dan teguran yang diberikan akanku sentiasa ingati

Buat sahabat-sahabat seperjuangan,

Terima kasih kerana kalian sentiasa memberiku perangsang dan bersama-sama

dalam mengharungi pahit getir dalam menggenggam segulung ijazah

Sesungguhnya, kalian sentiasa menjadi pembakar semangatku,

Moga ikatan ukhuwah yang terbina akan kekal buat selamanya...Amin

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah segala puji bagi Allah S.W.T. Tuhan sekalian Alam. Selawat

dan salam ke atas Rasul junjungan Muhammad S.A.W. Setinggi kesyukuran

dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya akhirnya terhasillah

Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya.

Ucapan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Ustaz Abdullah bin

Sulong selaku penyelia projek yang telah banyak memberi bimbingan, dorongan,

tunjuk ajar serta nasihat sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Selain itu, terima kasih diucapkan buat pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian

Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) dan Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia dan ahli keluarga yang banyak memberi dorongan dan

sokongan. Seterusnya, buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu

menyumbangkan idea dan bahan sampingan.

Akhir sekali ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat

baik secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menyiapkan projek ini.

Semoga segala usaha yang dilakukan akan mendapat keberkatan daripada Allah

S.W.T. Mudah-mudahan hasil kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua

pembaca.

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh dan hubungan yang wujud antara media

elektronik dengan keruntuhan akhlak pelajar. Fokus kajian meliputi pemerhatian

terhadap kandungan bahan-bahan yang ditayangkan, penayangan waktu siaran,

pemantauan ibu bapa, dan penampilan personaliti televisyen. Kajian ini dijalankan di

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Satu set soal selidik yang

mengandungi 33 item telah diedarkan kepada 91 responden daripada tiga kursus

yang dipilih sebagai responden kajian. Walau bagaimanapun, hanya 87 responden

yang mengembalikan. Ianya dianalisis secara deskriptif bagi mendapatkan nilai

kekerapan, peratusan, dan min dengan menggunakan Statistical Package For Social

Science (SPSS) versi 13.0 for Windows. Hasil kajian rintis menunjukkan nilai

Cronbach’s Alpha 0.808. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan

bahawa kecenderungan responden terhadap permasalahan akhlak membabitkan

pelajar adalah sederhana iaitu pada tahap min 3.50. Di samping itu, kandungan

bahan-bahan yang ditayangkan, penayangan waktu siaran, pemantauan ibu bapa, dan

penampilan personaliti televisyen berada pada tahap min yang sederhana iaitu

masing-masing 3.50, 3.10, 3.59, dan 3.28. Analisis secara inferensi dilakukan

menggunakan pekali korelasi Pearson (r) dan regrasi (r2) untuk melihat hubungan

dan pengaruh yang wujud antara kedua-dua angkubah. Faktor-faktor media

elektronik memberikan input yang besar terhadap keruntuhan akhlak pelajar

berdasarkan kandungan bahan-bahan yang ditayangkan dengan nilai r = 0.925, r2 =

0.855, penayangan waktu siaran dengan nilai r = 0.764, r2 = 0.584, pemantauan ibu

bapa dengan nilai r = 0.853, r2= 0.727, dan penampilan personaliti televisyen dengan

nilai r = 0.798, r2= 0.637.

vi

ABSTRACT

The purpose of the study is to identify the influence of media electronic towards

student’s moral decadence. Focus of the study covers content of programs, the

program’s schedule, parental monitoring and television personality appearance. The

research had been performed at the Faculty of Education, UTM Skudai. A set of

questionnaires containing 33 items had been distributed to 91 respondents from three

courses and from there, only 87 set been collected and analyze by descriptive to

obtain the frequency value, percentage, and mean using Statistical Package For

Social Science (SPSS) version 13.0 for Windows. Pilot research showed that

Cronbach’s Alpha at 0.808. Overall, the result of the analyses shows that respondents

have the medium tendency to have moral problems at the level mean 3.50. In

addition, content of program’s, the programs schedule, parental monitoring and the

television personality appearance are respectively at mean 3.50, 3.10, 3.59, and 3.28.

Data obtained had been analyzed by inference statistics by using Pearson correlation

(r) and regression (r2) to see relationship and existing influence between the the two

variable. The factors of media electronic contribute to the input that showed that

there were links and significant influence between moral decadence student with

content of programs with the value r = 0.925, r2 = 0.855, the program’s schedule

with the value r = 0.764, r2 = 0.584, parental monitoring of with the value r = 0.853,

r2 = 0.727, and television personality appearance with the value r = 0.798, r2 = 0.637.

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI AYAT AL-QURAN xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Hipotesis Kajian 7

1.7 Kepentingan Kajian 8

1.8 Batasan Kajian 9

1.9 Definisi Istilah 9

1.9.1 Pengaruh 9

1.9.2 Media Elektronik 10

1.9.3 Keruntuhan 10

1.9.4 Akhlak 10

viii

1.9.5 Pelajar 10

1.10 Penutup 11

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Pengertian Akhlak 12

2.3 Masalah Keruntuhan Akhlak Remaja 16

2.4 Pengaruh Media Massa Terhadap Keruntuhan

Akhlak Remaja

18

2.5 Pengaruh Media Elektronik Terhadap Keruntuhan

Akhlak Pelajar

2.5.1 Kandungan Bahan-Bahan Yang Ditayangkan

2.5.2 Penayangan Waktu Siaran

2.5.3 Pemantauan Ibu Bapa

2.5.4 Penampilan Personaliti Televisyen

21

23

24

25

26

2.6 Menangani Cabaran 27

2.8 Kajian Lepas 29

2.9 Penutup 32

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 33

3.2 Reka Bentuk Kajian 33

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 34

3.4 Instrumen Kajian 35

3.5 Kaedah Pengumpulan Data 36

3.6 Kajian Rintis 37

3.7 Analisis Data 38

3.8 Jangka Masa Kajian 39

3.9 Penutup 39

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 40

4.2 Bahagian A: Analisis Latar Belakang Responden 40

ix

4.2.1 Latar Belakang Responden Mengikut

Jantina

4.2.2 Latar Belakang Responden Mengikut Umur

4.2.3 Latar Belakang Pendidikan Sekolah

Menengah

4.2.4 Latarbelakang Mengikut Kursus

4.2.5 Peralatan Media Elektronik Yang DiMiliki

Atau Terdapat Di Rumah

4.2.6 Jenis Media Elektronik Yang Digemari

41

42

42

43

43

44

4.3 Bahagian B: Analisis Deskriptif 45

4.3.1 Analisis Data Mengenai Permasalahan

Akhlak Membabitkan Pelajar

4.3.2 Analisis Data Mengenai Hubungan Media

Elektronik Dalam Menyumbang Kepada

Keruntuhan Akhlak

4.3.2.1 Taburan Kekerapan Mengikut Peratus

Dan Min Bagi Kandungan Bahan-

Bahan Yang Ditayangkan

4.3.2.2 Taburan Kekerapan Mengikut Peratus

Dan Min Bagi Penayangan Waktu

Siaran

4.3.2.3 Taburan Kekerapan Mengikut Peratus

Dan Min Bagi Pemantauan Ibu Bapa

4.3.2.4 Taburan Kekerapan Mengikut Peratus

Dan Min Bagi Penampilan Personaliti

Televisyen

45

52

52

55

58

60

4.4 Bahagian C (Analisis Inferensi) 63

4.4.1 Analisis Korelasi 63

4.4.2 Analisis Regrasi 66

4.5 Analisis Keseluruhan 67

4.6 Penutup 69

x

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 70

5.2 Perbincangan

5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden

5.2.2 Permasalahan Akhlak Pelajar

5.2.3 Kandungan Bahan-Bahan Yang

Ditayangkan

5.2.4 Penayangan Waktu Siaran

5.2.5 Pemantauan Ibu Bapa

5.2.6 Penampilan Personaliti Televisyen

5.2.7 Analisis Inferensi

70

70

72

75

76

77

78

79

5.3 Rumusan

5.3.1 Mengenalpasti Permasalahan Akhlak

Membabitkan Pelajar

5.3.2 Hubungan Media Elektronik Dalam

Menyumbang Kepada Keruntuhan Akhlak

5.3.3 Pengaruh Media Elektronik Terhadap

Masalah Akhlak Di Kalangan Pelajar

81

82

82

5.4 Cadangan

5.4.1 Meneliti Kandungan Bahan-Bahan Yang

Ditayangkan

5.4.2 Mengkaji Semula Penayangan Waktu

Siaran

5.4.3 Meningkatkan Pemantauan Ibu Bapa

5.4.4 Menitikberatkan Aspek Penampilan

Personaliti Televisyen

83

83

84

84

85

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 86

5.6 Penutup 86

BIBLIOGRAFI 88

LAMPIRAN 93

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

Jadual 3.1 Jumlah populasi pelajar fakulti pendidikan 34

Jadual 3.2 Maklumat setiap bahagian 35

Jadual 3.3 Pengelasan skala likert 36

Jadual 3.4 Skor pengelasan item 38

Jadual 3.5 Interpretasi nilai kolerasi 39

Jadual 4.1 Taburan jantina responden 41

Jadual 4.2 Taburan umur responden 42

Jadual 4.3 Taburan pendidikan sekolah menengah responden 42

Jadual 4.4 Taburan kursus responden 43

Jadual 4.5 Taburan peralatan media elektronik yang dimiliki

atau terdapat di rumah

43

Jadual 4.6 Taburan jenis media elektronik yang digemari 44

Jadual 4.7 Taburan skor bagi item satu 45

Jadual 4.8 Taburan skor bagi item dua 45

Jadual 4.9 Taburan skor bagi item tiga 46

Jadual 4.10 Taburan skor bagi item empat 46

Jadual 4.11 Taburan skor bagi item lima 47

Jadual 4.12 Taburan skor bagi item enam 47

Jadual 4.13 Taburan skor bagi item tujuh 48

Jadual 4.14 Taburan skor bagi item lapan 48

Jadual 4.15 Taburan skor bagi item sembilan 49

Jadual 4.16 Taburan skor bagi item sepuluh 50

Jadual 4.17 Taburan skor bagi item 11 50

Jadual 4.18 Taburan skor bagi item 12 51

Jadual 4.19 Taburan skor bagi item 13 51

Jadual 4.20 Taburan skor bagi item 14 52

Jadual 4.21 Taburan skor bagi item 15 53

Jadual 4.22 Taburan skor bagi item 16 53

xii

Jadual 4.23 Taburan skor bagi item 17 54

Jadual 4.24 Taburan skor bagi item 18 55

Jadual 4.25 Taburan skor bagi item 19 55

Jadual 4.26 Taburan skor bagi item 20 56

Jadual 4.27 Taburan skor bagi item 21 56

Jadual 4.28 Taburan skor bagi item 22 57

Jadual 4.29 Taburan skor bagi item 23 58

Jadual 4.30 Taburan skor bagi item 24 58

Jadual 4.31 Taburan skor bagi item 25 59

Jadual 4.32 Taburan skor bagi item 26 59

Jadual 4.33 Taburan skor bagi item 27 60

Jadual 4.34 Taburan skor bagi item 28 60

Jadual 4.35 Taburan skor bagi item 29 61

Jadual 4.36 Taburan skor bagi item 30 61

Jadual 4.37 Taburan skor bagi item 31 62

Jadual 4.38 Taburan skor bagi item 32 63

Jadual 4.39 Hubungan antara keruntuhan akhlak pelajar

dengan kandungan bahan-bahan yang ditayangkan

64

Jadual 4.40 Hubungan antara keruntuhan akhlak pelajar

dengan penayangan waktu siaran

64

Jadual 4.41 Hubungan antara keruntuhan akhlak pelajar

dengan pemantauan ibu bapa

65

Jadual 4.42 Hubungan antara keruntuhan akhlak pelajar

dengan penampilan personaliti televisyen

65

Jadual 4.43 Pengaruh antara keruntuhan akhlak pelajar dengan

kandungan bahan-bahan yang ditayangkan

66

Jadual 4.44 Pengaruh antara keruntuhan akhlak pelajar dengan

penayangan waktu siaran

66

Jadual 4.45 Pengaruh antara keruntuhan akhlak pelajar dengan

penayangan waktu siaran

67

Jadual 4.46 Pengaruh antara keruntuhan akhlak pelajar dengan

penampilan personaliti televisyen

67

Jadual 4.47 Nilai min keseluruhan konstruk item 68

xiii

Jadual 4.49 Keputusan Kolerasi 68

Jadual 4.50 Keputusan Regrasi 69

Jadual 5.1 Keputusan Korelasi 79

Jadual 5.2 Keputusan Regrasi 80

xiv

SENARAI AYAT AL-QURAN

AL-QURAN HALAMAN

Surah Al-Qalam: 4 14

Surah Al-Ahzab: 21 15

xv

SENARAI SINGKATAN

Bil Bilangan

Ha Hipotesis Alternatif

Ho Hipotesis Nol

KS Kurang Setuju

r Pekali Korelasi

r2 Regrasi

RA Radhi Allah ‘Anhu

S Setuju

SAW Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam

SPSS Statistical Package For Social Science

SS Sangat Setuju

STS Sangat Tidak Setuju

SWT Subhanahu Wa Ta’ala

TS Tidak Setuju

SPS Sains Pendidikan Sukan

SPL Sains Pendidikan Bahasa Inggeris (TESL)

SPP Sains Pendidikan Fizik

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 93

B Nilai Alpha Kajian Rintis 102

C Surat Kelulusan Fakulti Pendidikan

Untuk Menjalankan Kajian

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perkembangan industri media amat dirasai pada pertengahan abad 1990an

apabila kerajaan telah mengubah dasarnya terhadap perkhidmatan penyiaran, dengan

pindaan akta penyiaran yang membolehkan wujudnya siaran televisyen satelit.

Begitu juga dipertengahan tahun 1990an, didapati perubahan dasar kerajaan yang

memberikan lesen untuk mengendalikan perkhidmatan siaran kepada beberapa

stesyen televisyen dan radio swasta bagi merancakkan lagi perkembangan media

massa di Malaysia. Hasilnya, media menjadi penyumbang utama kepada corak

kehidupan belia hari ini (Samsudin A.Rahim, 1998 : 92).

Media merupakan satu alat yang mampu merangsang dan mempengaruhi

sikap serta tingkah laku individu atau masyarakat merangkumi semua aspek

kehidupan manusia. Ini kerana, media berperanan dalam membina identiti bangsa

dan budaya untuk pembangunan keseluruhannya. Di peringkat budaya, media massa

di harap supaya menjadi jambatan penting bagi mewujudkan dialog antara agama

dan peradaban pelbagai bangsa di dunia negara agar ia menjadi semakin penting

kepada dunia dalam menuju era globalisasi iaitu dunia tanpa sempadan.

2

Oleh itu, pelbagai kemudahan sosial dan budaya disalurkan melalui

televisyen, VCD, majalah, buku cerita, radio, telefon bimbit, internet, dan lain-lain

kemudahan yang sedia ada. Media massa bukan sahaja merupakan saluran maklumat

bagi memperolehi hiburan dan pengetahuan, tetapi juga mencorakkan pelbagai

tingkah laku sosial, budaya, perkembangan personaliti dan seterusnya memperkasa

kendiri individu sama ada ke arah positif ataupun sebaliknya. Justeru, pengaruh

negatif media massa yang terdiri daripada media cetak dan media elekronik ini

sebenarnya secara tidak langsung mempengaruhi tingkah laku masyarakat.

Fenomena hari ini menyaksikan kewujudan pengaruh media massa seperti

media cetak dan media elektronik dilihat sebagai punca yang menyebabkan akhlak

belia pincang dan rosak. Hal ini disebabkan, belia kini lebih berminat menonton

televisyen, mendengar radio, berinteraksi dengan komputer sama ada bermain

‘game’ komputer atau melayari internet daripada bersemuka dengan ibu bapa dan

ahli keluarga. Secara tidak langsung, keasyikan ini menyebabkan pelajaran, kerja

rutin harian dan tanggungjawab lain diabaikan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Sejak kebelakangan ini, isu-isu sosial yang berkaitan dengan remaja

seringkali disiarkan di dada akhbar dengan pelbagai berita dan cerita tentang

kenakalan serta jenayah yang dilakukan oleh remaja. Secara tidak langsung seolah-

olah telah munculnya kegawatan moral atau "moral panic" apabila isu berkaitan ini

dianggap mencerminkan identiti golongan muda keseluruhannya. Adakah benar

bahawa zaman remaja merupakan zaman yang penuh dengan pergolakan emosi, hasil

daripada pelbagai tekanan? Walau bagaimanapun, zaman remaja orang dewasa tidak

sama dengan zaman remaja sekarang. Banyak perubahan telah berlaku dan

mengubah persekitaran sosialisasi remaja.

Keruntuhan moral serta krisis nilai yang dihadapi oleh generasi sekarang

adalah disebabkan oleh kurangnya teladan yang baik yang boleh dijadikan asas

3

pedoman dalam memilih jalan dan gaya hidup ke arah kesempurnaan, berhemah, dan

bermoral tinggi. Pembentukan watak remaja banyak dipengaruhi oleh media massa

seperti radio, televisyen, akhbar, majalah, filem, telefon, papan iklan, dan pelbagai

jenis lagi yang memaparkan beraneka bentuk informasi, berita, dan mesej. Justeru,

kesilapan dalam memilih bentuk hiburan boleh menjadikan manusia ketandusan

akhlak dan mudah terikut-ikut dengan budaya yang diserapkan oleh musuh-musuh

Islam yang akan menyebabkan generasi akan datang semakin rosak akhlak dan

budayanya.

Setiap hari televisyen misalnya, televisyen menayangkan filem-filem yang

berlatar belakangkan budaya dan masyarakat asing. Adegan ganas dan 'panas' dan

segala jenis hiburan sentiasa dipamerkan. Gaya hidup mewah dan "glamor"

ditonjolkan. Hasilnya, didapati remaja terikut-ikut dengan apa yang dilihat dan

didengar walaupun apa yang dibuat itu bertentangan dengan nilai-nilai agama dan

budaya ketimuran. Anehnya, apa yang diikut itu kebanyakannya bersifat negatif.

Akhirnya, timbul pelbagai tingkah laku sumbang seperti pakaian yang tidak senonoh,

kelakuan kasar dan biadab, tidak menghormati orang tua, bersekedudukan tanpa

nikah antara lelaki dan perempuan, melacur dan sebagainya (Ibrahim Mamat,1997:41

dan 43).

Menurut Yusuf al-Qaradawi dalam Abd. Rahim Abd. Rashid, 1993: 89 dan

90) penjelasannya tentang falsafah moral dan bukan moral menyatakan :

"Masyarakat akan tetap ada selagi moral masih ada. Sebaliknya,

masyarakat akan lenyap dan hancur apabila moral telah tiada

bahkan tidak ada ertinya kehidupan bagi masyarakat tanpa moral.

Moral, akhlak, dan budi pekerti mengikut pandangan agama

umumnya dan agama Islam khususnya mempunyai kedudukan yang

mulia dan tempat yang tinggi. Al-Quran memberikan pujian kepada

Rasulullah s.a.w. dengan menyebutkan bahawa beliau mempunyai

budi pekerti yang mulia "

4

Dewasa ini, masyarakat dilihat lebih cenderung menerima hiburan yang

terlampau hingga melupakan ajaran Islam dan nilai-nilai murni serta tatasusila

budaya ketimuran. Pengaruh hedonisme begitu menular hingga mewujudkan gejala-

gejala yang boleh merosakkan akidah dan akhlak generasi akan datang. Gejala ini

umpama virus yang berbahaya yang boleh menghancurkan generasi bakal pemimpin

negara di masa hadapan. Jika dilihat kepada trend semasa, budaya hedonisme seolah-

olah sudah sebati dan bertapak kukuh dalam masyarakat. Budaya yang

mementingkan keseronokan dan kepuasan hawa nafsu menjadi budaya yang dihayati

oleh semua lapisan umur sama ada golongan tua ataupun muda (Fariza Md. Sham

et.al, 2000:53).

Menurut kajian yang dijalankan oleh Prof. Madya. Md. Nor Othman di dalam

Samsudin A.Rahim,1998:102), didapati bahawa berbanding remaja bukan Melayu,

remaja Melayu mempunyai tabiat media yang paling negatif di mana rata-ratanya

lebih sukakan majalah berbentuk murahan dan hiburan seperti URTV, Variapop,

Gila-Gila, Gelihati, Ujang dan sebagainya berbanding dengan majalah yang

berbentuk ilmiah seperti Dewan Siswa, Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, dan

sebagainya. Begitu juga, dengan program-program TV yang ditonton, didapati

mereka lebih meminati program berbentuk hiburan seperti rancangan Melodi, Pop

Kuiz melebihi program yang berbentuk keagamaan dan maklumat semasa.

Senario remaja hari ini amat membimbangkan banyak pihak. Sama ada ia

melibatkan pelajar sekolah atau penuntut Institusi Pengajian Tinggi. Masalah yang

ditimbulkan oleh mereka nyata memberi impak yang sungguh besar kepada

masyarakat. Masalah buli, gengterisme, ketagihan rokok, penagihan dadah,

menghidu gam, peras ugut dan vandalisme bukan sahaja berlaku di luar sekolah

malah turut berleluasa di tempat yang sepatutnya penghayatan pendidikan itu

berlaku. Selain itu, penggunaan internet disalahgunakan di mana remaja dengan

mudah dapat meneroka laman-laman web seks.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyusun dan merancang untuk

memperbaiki, memperkukuhkan dan mempertingkatkan dasar pendidikan negara.

Namun visi dan cita-cita yang luhur ini tidak akan tercapai seandainya masalah

5

keruntuhan akhlak di kalangan pelajar tidak dapat dibendung. Sesuatu perlu

dilakukan segera untuk menangani masalah keruntuhan akhlak ini bagi membentuk

sahsiah pelajar agar menjadi insan yang berakhlak tinggi. Mantan Ketua Polis

Negara, Tan Sri Mohd. Bakri Omar di dalam Berita Harian 12 Julai mengatakan bagi

tempoh lima bulan pertama pada tahun 2005, purata 121 pelajar ditangkap setiap

bulan kerana terbabit dalam 1,048 kes jenayah (Samsudian A.Rahim, 1999:125).

1.3 Pernyataan Masalah

Penyalahgunaan media elektronik boleh mengundang berlakunya pelbagai

kesan terhadap masyarakat terutamanya golongan remaja yang terdiri daripada

pelajar. Sudah menjadi lumrah peringkat umur remaja mudah terikut dengan budaya

yang melekakan. Tambahan lagi, dengan kepelbagaian media elektronik seperti

televisyen, alat perakam, video, radio/kaset, ‘overhead projector’ (OHP), slaid,

komputer, dan sekarang ini dengan kewujudan telefon bimbit yang dibekalkan

kemudahan 3G secara tidak langsung memberi impak yang kuat kepada akhlak

pelajar.

Akibatnya, berlaku pengimportan budaya asing melalui rancangan-rancangan

yang jelas menunjukkan bahawa perancangan musuh adalah untuk merosakkan

generasi muda agar leka dan asyik dengan hiburan dan hidup dalam keseronokan

yang sementara. Pendedahan kepada hiburan yang keterlaluan menyebabkan

golongan remaja banyak membuang masa tanpa memikirkan hala tuju dan masa

depan. Kesannya, wujud kegilaan yang keterlaluan dan melampau sehingga terikut-

ikut dengan pembawaan budaya Barat sebagai contohnya kemunculan industri muzik

moden seperti rock, reggae, dan rap.

Di samping itu juga, kerancakan perkembangan teknologi telekomunikasi dan

perkembangan dalam industri serta organisasi media yang memperluaskan liputan di

setiap pelusuk dunia tanpa mempunyai tapisan dan tiada pemantauan yang

sewajarnya daripada pihak yang bertanggungjawab memungkinkan remaja terdedah

6

kepada pengaruh yang negatif. Hal ini kerana, melalui penayangan program di kaca

televisyen sebagai contohnya dilihat banyak mengandungi unsur-unsur yang ditiru

daripada budaya asing.

Justeru, polemik tentang isu-isu sosial remaja di negara ini sebenarnya hasil

daripada pengaruh industri media. Perkembangan industri media di Malaysia di lihat

telah menunjukkan ke arah memperagakan budaya popular seperti yang berlaku di

negara barat khususnya Amerika Syarikat. Oleh kerana itulah, penggunaan media

perlulah di berikan pemantauan yang sepatutnya bagi mengelakkan penayangan

unsur-unsur yang menyumbang kepada keruntuhan akhlak pelajar.

Situasi permasalahan yang berlaku ini mendorong pengkaji untuk membuat

kajian mengenai “Pengaruh Media Elekronik Terhadap Keruntuhan Akhlak

Pelajar”. Ini kerana mereka merupakan aset dan generasi yang bakal memimpin

negara pada masa akan datang serta masalah-masalah timbul di kalangan mereka

perlu diberi perhatian sewajarnya.

1.4 Objektif Kajian

Tujuan utama kajian ini dilaksanakan adalah bagi mengenal pasti pengaruh

media elektronik terhadap keruntuhan akhlak pelajar. Secara khususnya objektif

kajian penyelidikan ini adalah seperti berikut:

1.4.1 Untuk mengenal pasti permasalahan akhlak yang membabitkan

pelajar.

1.4.2 Untuk melihat sejauh mana hubungan media elektronik dalam

menyumbang kepada keruntuhan akhlak.

7

1.4.3 Untuk mengenal pasti pengaruh media elektronik terhadap masalah

akhlak di kalangan pelajar.

1.5 Persoalan Kajian

Secara umumnya, kajian ini untuk mengetahui pengaruh media elektronik

terhadap masyarakat khususnya para pelajar. Berdasarkan objektif, diharapkan kajian

ini dapat menjawab beberapa persoalan berikut:

1.5.1 Apakah permasalahan akhlak yang membabitkan pelajar?

1.5.2 Adakah terdapat hubungan di antara kandungan bahan-bahan yang

ditayangkan, penayangan waktu siaran, pemantauan ibu bapa dan

penampilan personaliti televisyen dengan keruntuhan akhlak?

1.5.3 Adakah terdapat pengaruh di antara kandungan bahan-bahan yang

ditayangkan, penayangan waktu siaran, pemantauan ibu bapa dan

penampilan personaliti televisyen menyumbang kepada keruntuhan

akhlak?

1.6 Hipotesis Kajian

Hipotesis kajian ini adalah :

Ha 1 : Terdapat hubungan yang signifikan antara kandungan bahan-bahan

yang ditayangkan dengan keruntuhan akhlak pelajar.

8

Ha 2 : Terdapat hubungan yang signifikan antara penayangan waktu siaran

dengan keruntuhan akhlak pelajar.

Ha 3 : Terdapat hubungan yang signifikan antara pemantauan ibu bapa

dengan keruntuhan akhlak pelajar.

Ha 4 : Terdapat hubungan yang signifikan antara penampilan personaliti

televisyen dengan keruntuhan akhlak pelajar.

Ha 5 : Terdapat pengaruh antara kandungan bahan-bahan yang ditayangkan,

penayangan waktu siaran, pemantauan ibu bapa, dan penampilan

personaliti televisyen dengan keruntuhan akhlak pelajar.

1.7 Kepentingan Kajian

Pengkaji sangat berharap melalui kajian yang dilakukan ini dapat

dimanfaatkan oleh seluruh umat Islam. Antara kepentingan kajian yang dijalankan

ini mempunyai beberapa kepentingan iaitu :

1.7.1 Membolehkan pihak-pihak berwajib seperti Kementerian Penerangan,

Kementerian Kesenian dan Kebudayaan serta beberapa kementerian

lain menetapkan spesifikasi rancangan yang akan di tayangan melalui

media elektronik agar bersesuaian terutama bagi golongan remaja.

1.7.2 Kajian ini membolehkan ibu bapa melakukan pemantauan rancangan

yang hendak ditonton oleh anak-anak mereka agar bersesuaian dan

memberi manfaat kepada anak mereka.

1.7.3 Kajian ini juga diharap dapat menyedarkan masyarakat supaya tidak

menyalahgunakan penggunaan media elektronik.

9

1.8 Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan ini hanya membabitkan pelajar-pelajar beragama

Islam tahun 4 Fakulti Pendidikan, UTM Skudai yang mengikuti kursus Sains

Pendidikan Sukan (SPS), Sains Pendidikan Bahasa Inggeris (SPL), dan Sains

Pendidikan Fizik (SPP). Batasan kajian hanya tertumpu kepada pengaruh media

elekronik sahaja. Dalam skop kajian, pengkaji hanya melihat kepada hubungan serta

pengaruh penggunaan media elektronik terhadap keruntuhan akhlak pelajar sebagai

aspek kajian.

Segala dapatan yang diperolehi adalah bergantung kepada maklumat yang

diberikan melalui masa tertentu. Segala keputusan hasil daripada kajian adalah

terbatas kepada responden-responden di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai sahaja dan

tidak dapat memberi generalisasi bagi tempat-tempat yang lain.

1.9 Definisi/ Istilah

Istilah yang digunakan dalam penulisan ini berhubung dengan istilah-istilah

yang spesifik berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Ini bertujuan untuk

mengelak dari memahami kajian dengan persepsi yang berbeza seperti mana yang

dikehendaki dalam sesuatu kajian. Ia juga membantu pembaca memahami dengan

lebih jelas setiap isu yang dibincangkan. Dalam kajian ini beberapa definisi

digunakan dan berikut merupakan maksud setiap perkataan. Definisi tajuk kajian,

“Pengaruh Media Elektronik Terhadap Keruntuhan Akhlak Pelajar” adalah seperti

berikut:

1.9.1 Pengaruh :

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1172), perkataan pengaruh

bermaksud kuasa yang terbit daripada orang (benda) atas orang (benda), atau

10

bermaksud kekuatan batin (ghaib) yang meninggalkan kesan pada orang lain.

Ensiklopedia Global, Jilid 18 (2001:225) mendefinisikan faktor sebagai punca

keadaan yang dapat mempengaruhi dan mengubah sesuatu yang lain. Dalam kajian

ini, pengaruh hanya tertumpu kepada kesan yang wujud antara media elektronik

dengan keruntuhan akhlak pelajar.

1.9.2 Media Elektronik :

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan media elektronik

sebagai alat atau saluran komunikasi yang berupa atau yang menggunakan alat-alat

elektron moden seperti radio, televisyen dan lain-lain (Noresah, et.al, 2005: 1011).

Dalam kajian ini, media elektronik diskopkan kepada televisyen, radio, komputer,

internet, dan telefon bimbit.

1.9.3 Keruntuhan :

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2005:1356), keruntuhan ialah perihal

runtuh, kejatuhan, kerobohan, kerosakan. Dalam kajian ini, fokus adalah kepada

keruntuhan akhlak yang berlaku dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi.

1.9.4 Akhlak :

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2005: 25), akhlak dalam Bahasa Arab

(jamak bagi khuluk) budi pekerti, kelakuan, tabiat. Dalam kajian ini akhlak diertikan

sebagai sikap dan perilaku yang ada pada diri seseorang mahasiswa dan mahasiswi

tersebut.

1.9.5 Pelajar :

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2005:21), pelajar bermaksud orang

yang belajar (seperti murid sekolah, penuntut di maktab dan sebagainya), orang yang

11

mengaji (menyelidiki ilmu). Dalam kajian ini, fokus pelajar dirujuk sebagai

mahasiswa dan mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

1.10 Penutup

Penggunaan media elektronik seperti televisyen, radio, telefon bimbit,

komputer, dan internet semakin mendapat tempat di hati masyarakat terutamanya

terhadap golongan remaja yang terdiri daripada para pelajar yang masih kurang

kemampuan dalam menilai kebaikan atau keburukan setiap maklumat yang

diperolehi. Namun, kewujudan kepelbagaian media ini dilihat lebih banyak

mendatangkan pelbagai implikasi negatif berbanding positif kepada masyarakat

terutamanya golongan remaja. Dalam kajian ini, pengkaji telah menentukan objektif

kajian bagi melihat hubungan serta pengaruh media elektronik dalam menyumbang

kepada keruntuhan pelajar. Objektif ditentukan berdasarkan persoalan kajian yang

telah diutarakan. Seterusnya, bab ini akan menjadi panduan kepada pengkaji bagi

menjalankan penyelidikan.