Pengaruh motivasi usahawan terhadap prestasi perusahaan kecil ...

25
Pengaruh motivasi usahawan terhadap prestasi perusahaan kecil dan sederhana: pengurusan strategik dan faktor utama kejayaan sebagai pengantara oleh Abdull Suki Bin Hamat Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat memperolehi Ijazah Sarjana Keusahawanan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN 2015

Transcript of Pengaruh motivasi usahawan terhadap prestasi perusahaan kecil ...

Page 1: Pengaruh motivasi usahawan terhadap prestasi perusahaan kecil ...

Pengaruh motivasi usahawan terhadap prestasi

perusahaan kecil dan sederhana: pengurusan strategik

dan faktor utama kejayaan sebagai pengantara

oleh

Abdull Suki Bin Hamat

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat memperolehi Ijazah

Sarjana Keusahawanan

Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

2015

Page 2: Pengaruh motivasi usahawan terhadap prestasi perusahaan kecil ...
Page 3: Pengaruh motivasi usahawan terhadap prestasi perusahaan kecil ...

PENGARUH MOTIVASI USAHAWAN TERHADAP

PRESTASI PERUSAHAAN KECIL DAN

SEDERHANA: PENGURUSAN STRATEGIK DAN

FAKTOR UTAMA KEJAYAAN SEBAGAI

PENGANTARA

ABDULL SUKI BIN HAMAT

SARJANA KEUSAHAWANAN

2015

Page 4: Pengaruh motivasi usahawan terhadap prestasi perusahaan kecil ...

i

PENGESAHAN TESIS

Saya dengan ini mengesahkan bahawa kerja yang terkandung di dalam tesis ini adalah

hasil penyelidikan yang asli dan tidak pernah dikemukakan untuk ijazah tinggi kepada

mana-mana Universiti atau Institusi.

X TERBUKA Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah keras atau akses terbuka dalam talian (teks penuh).

SEKATAN Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai

naskah keras atau dalam talian (teks penuh) bagi tempuh yang diluluskan oleh Jawatankuasa

Pengajian Siswazah.

Dari tarikh-------------- sehingga ---------------

SULIT (Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi1972)*

TERHAD (Mengandungi maklumat terhad yang ditetapkan

oleh organisasi penyelidikan dijalankan)*

Saya mengakui bahawa Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Kelantan.

2. Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk membuat

salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

antara institusi pengajian.

Tandatangan Tandatangan Penyelia Utama

Nombor Kad Pengenalan

Tarikh:

Nama Penyelia Utama

Tarikh:

Page 5: Pengaruh motivasi usahawan terhadap prestasi perusahaan kecil ...

ii

PENGHARGAAN

Assalamualaikum wr.wbt. dan Salam Sejahtera

Pertamanya saya ingin menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana atas

limpah kurnia-Nya telah memberi kekuatan dan memudahkan urusan dalam

menyempurnakan penyelidikan ini.

Tidak lupa setinggi-tinggi penghargaan ikhlas kepada penyelia utama Prof. Madya Dr

Wee Yu Ghee atas bimbingan dan dorongan serta tunjuk ajar secara berterusan

sehingga saya berjaya menyiapkan penyelidikan ini. Kesediaan berkongsi pengalaman

dan kepakaran yang beliau miliki terutamanya dalam bidang penulisan ilmiah adalah

satu sumbangan yang tidak ternilai harganya buat diri saya.

Kepada kesemua 299 pemilik usahawan PKS di seluruh Kelantan, saya mengucapkan

berbanyak-banyak terima kasih kerana tanpa kerjasama anda semua penyelidikan ini

tidak mungkin dijalankan, kerana anda semua merupakan organ utama yang menjadi

responden dalam penyelidikan ini.

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih khas buat isteri tersayang, Suraibah Hassan diatas

pengorbanan dan komitmennya mendorong saya sehingga berjaya menyiapkan

penyelidikan ini. Kepada anak-anak dan menantu serta cucu-cucu merupakan sumber

inspirasi yang membina semangat dan kekuatan kepada saya meneruskan

pembelajaran di usia lanjut ini.

Semoga penyelidikan ini dapat menyumbangkan sedikit manfaat kepada mereka yang

terlibat dalam bidang keusahawanan samada di peringkat perancangan mahupun

pelaksanaan.

Page 6: Pengaruh motivasi usahawan terhadap prestasi perusahaan kecil ...

iii

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENGISYTIHARAN TESIS i

PENGHARGAAN ii

ISI KANDUNGAN iii

SENARAI JADUAL viii

SENARAI RAJAH x

SENARAI SINGKATAN xi

ABSTRAK xii

ABSTRACT xiii

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Kajian 1

1.2 Pernyataan Masalah 5

1.3 Persoalan Penyelidikan 10

1.4 Objektif Penyelidikan 11

1.5 Limitasi Penyelidikan 12

1.6 Signifikan Penyelidikan 13

1.7 Organisasi Bab 14

BAB 2 SOROTAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 16

2.2 Definisi PKS di Malaysia 16

2.3 Motivasi Usahawan PKS 21

2.3.1 Pengukuran Motivasi Usahawan 23

2.3.2 Faktor Motivasi Usahawan PKS 26

2.3.3 Hubungan Motivasi Usahawan dan Prestasi PKS 30

2.4 Pengurusan Strategik 31

2.4.1 Evolusi Perkembangan Ilmu Pengurusan Strategik 32

2.4.2 Konsep Pengurusan Strategik 34

2.4.3 Model Pengurusan Strategik 36

Page 7: Pengaruh motivasi usahawan terhadap prestasi perusahaan kecil ...

iv

2.4.4 Proses Pengurusan Strategik 39

2.4.4.1 Analisa Persekitaran Persaingan 40

2.4.4.1.1 Analisis Luaran (external analysis) 40

2.4.4.1.2 Analisis Dalaman (internal analysis) 42

2.4.4.2 Formulasi Strategik 43

2.4.4.3 Pelaksanaan Strategik 44

2.4.4.4 Kawalan Strategik 46

2.5 Hubungan Antara Motivasi Usahawan Dengan Pengurusan Strategik 46

Dalam PKS

2.6 Hubungan Pengurusan Strategik dan Prestasi PKS 48

2.7 Faktor Utama Kejayaan PKS 51

2.8 Hubungan Motivasi Usahawan, Faktor Utama Kejayaan dan Prestasi 53

PKS

2.9 Prestasi PKS 54

2.10 Kerangka Teoritikal, Model dan Pembangunan Hipotesis 56

2.10.1 Teori Penyelidikan 58

2.10.2 Model Penyelidikan 59

2.10.3 Pembangunan Hipotesis 64

2.10.3.1 Hubungan Motivasi Dengan Prestasi PKS 64

2.10.3.2 Hubungan Motivasi Dengan Pengurusan Strategik 65

2.10.3.3 Hubungan Pengurusan Strategik dengan Prestasi PKS 66

2.10.3.4 Hubungan Motivasi Dengan Faktor Utama Kejayaan 67

2.10.3.5 Hubungan Faktor Utama Kejayaan dengan Prestasi 68

PKS

2.10.3.6 Kesan Pengantaraan Pengurusan Strategi dan Faktor 68

Utama Kejayaan Keatas Hubungan Motivasi dan Prestasi PKS

2.11 Rumusan 70

BAB 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1 Pengenalan 71

Page 8: Pengaruh motivasi usahawan terhadap prestasi perusahaan kecil ...

v

3.2 Rekabentuk Kajian 71

3.3 Populasi dan Sampel 73

3.4 Kaedah Pengumpulan Data 75

3.5 Alat Kajian 75

3.6 Alat Pengukuran Kajian 76

3.6.1 Motivasi Usahawan 77

3.6.2 Pengurusan Strategik 77

3.6.3 Faktor Utama Kejayaan 78

3.6.4 Prestasi PKS 78

3.7 Ujian Rintis 79

3.8 Teknik Analisis Data 80

3.8.1 Analisis Kebolehpercayaan 80

3.8.2 Analisis Kesahan 81

3.8.3 Analisis Korelasi 82

3.8.4 Analisis Regresi 84

3.8.5 Pengujian Hipotesis 85

3.9 Rumusan 88

BAB 4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 89

4.2 Keputusan Ujian Rintis 90

4.3 Analisis Kebolehpercayaan (Reliability) 91

4.4 Analisis Kesahan (Validity) 92

4.5 Analisis Latar Belakang Responden 93

4.6 Analisis Maklumat Perniagaan 96

4.7 Analisis Deskriptif 101

4.8 Ujian Korelasi Antara Pembolehubah 106

4.8.1 Korelasi antara Motivasi dan Prestasi PKS 107

4.8.2 Korelasi antara Motivasi dan Pengurusan Strategik 107

4.8.3 Korelasi antara Pengurusan Strategik dan Prestasi PKS 108

Page 9: Pengaruh motivasi usahawan terhadap prestasi perusahaan kecil ...

vi

4.8.4 Korelasi antara Motivasi dan Faktor Utama Kejayaan

4.8.5 Korelasi antara Faktor Utama Kejayaan Prestasi PKS

108

109

4.9 Analisis Regresi 109

4.9.1 Menguji Hubungan Motivasi Usahawan dan Prestasi PKS

4.9.2 Menguji Hubungan Motivasi dan Pengurusan Strategik

110

111

4.9.3 Menguji Hubungan Pengurusan Strategik dan Prestasi PKS 112

4.9.4 Menguji Hubungan Motivasi dan Faktor Utama Kejayaan 113

4.9.5 Menguji Hubungan Faktor Utama Kejayaan dan Prestasi PKS 114

4.9.6 Menentukan Pengurusan Strategik Menjadi pengantara Keatas

Hubungan antara Motivasi Usahawan dan Prestasi PKS

4.9.7 Menentukan Faktor Utama Kejayaan Menjadi Pengantara Keatas

Hubungan antara Motivasi Usahawan Dengan Prestasi PKS

115

117

4.10 Ujian Hipotesis 120

4.10.1 Hipotesis H1: Terdapat Hubungan Signifikan Positif antara

Motivasi Usahawan Dengan Pprestasi PKS

4.10.2 Hipotesis H2: Terdapat Hubungan Signifikan Positif antara

Motivasi Usahawan Dengan Pengurusan Strategik

4.10.3 Hipotesis H3: Terdapat Hubungan Signifikan Positif antara

Pengurusan Strategik Dengan Prestasi PKS

4.10.4 Hipotesis H4: Terdapat Hubungan Signifikan Positif antara

Motivasi Usahawan dan Faktor Utama Kejayaan

4.10.5 Hipotesis H5: Terdapat Hubungan Signifikan Positif antara

Faktor Utama Kejayaan Dengan Prestasi PKS

4.10.6 Hipotesis H6: Pengurusan Strategik Sebagai Pengantara

(mediator) antara Hubungan Motivasi dan Prestasi PKS

4.10.7 Hipotesis H7: Faktor Utama Kejayaan Sebagai Pengantara

(mediator) antara Hubungan Motivasi dan Prestasi PKS

120

121

122

122

123

124

125

4.11 Rumusan 126

BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pendahuluan 127

5.2 Penemuan Kajian 128

5.2.1 Keputusan Ujian Hipotesis 128

Page 10: Pengaruh motivasi usahawan terhadap prestasi perusahaan kecil ...

vii

5.2.2 Profil Demografi Responden 130

5.2.3 Hubungkait antara Motivasi Usahawan dan Prestasi PKS 132

5.2.4 Hubungkait antara Motivasi Usahawan dan Pengurusan

Strategik 133

5.2.5 Hubungkait antara Pengurusan Strategik dan Prestasi PKS 134

5.2.6 Hubungkait antara Motivasi Usahawan dan Faktor Utama

Kejayaan 135

5.2.7 Hubungkait Faktor Utama Kejayaan dan Prestasi PKS 136

5.2.8 Hubungkait Pengurusan Strategik Sebagai Pengantara

(mediator) antara Hubungan Motivasi danPprestasi PKS

5.2.9 Hubungkait Faktor Utama Kejayaan Sebagai Pengantara

(mediator) antara Hubungan Motivasi dan Prestasi PKS

137

139

5.3 Implikasi Penyelidikan 141

5.4 Cadangan 141

5.5 Kesimpulan 143

RUJUKAN

LAMPIRAN

145

LAMPIRAN A Analisis Ujian Rintis 156

LAMPIRAN B Analisis Reliabiliti dan Skor Min 159

LAMPIRAN C Analisis Kesahan KMO 163

LAMPIRAN D Analisis Kekerapan 167

LAMPIRAN E Analisis Korelasi 174

LAMPIRAN F Analisis Regresi Linear 175

LAMPIRAN G Analisis Regresi Berganda 185

LAMPIRAN H Analisis Regresi Linear 189

LAMPIRAN I Analisis Regresi Berganda 190

LAMPIRAN J Analisis Regresi Linear 192

LAMPIRAN K Contoh Borang Soal Selidik 193

Page 11: Pengaruh motivasi usahawan terhadap prestasi perusahaan kecil ...

viii

SENARAI JADUAL

NO.

2.1

Definisi PKS Di Negara-Negara Terpilih Anggota APEC

MUKA SURAT

17

2.2 Jumlah Jualan Tahunan 18

2.3 Bilangan Pekerja Sepenuh Masa 19

2.4 Jumlah Jualan Tahunan 20

2.5 Bilangan Pekerja Sepenuh Masa 20

2.6 Item Motivasi Usahawan (tidak di terjemah) 24

2.7 Perbandingan diantara Item Dengan Tempat dan

Penyelidik

25

2.8 Pengaruh Tarikan dan Penolakan Untuk Memulakan

Perniagaan

26

2.9 Klasifikasi Terhadap Indikator Keperluan dan Peluang

Keusahawanan

27

2.10 Faktor dan Klasifikasi Motivasi 28

2.11 Faktor dan Klasifikasi/Kelompok 30

2.12 Perbandingan Model Pengurusan Strategik

(1985 – 2003)

36

4.1 Nilai Alpha yang dicapai Melalui Ujian Rintis 90

4.2 Nilai KMO yang dicapai Melalui Ujian Rintis 91

4.3 Ujian Analisis Kebolehpercayaan antara Pemboleh Ubah 92

4.4 Ujian Analisis Kesahan antara Pemboleh Ubah 93

4.5 Profil Latar Belakang Responden (Pemilik Firma PKS) 96

4.6 Maklumat Perniagaan Firma PKS 100

4.7 Statistik Deskriptif Item Motivasi 102

4.8 Statistik Deskriptif Item Pengurusan Strategik 103

4.9 Statistik Deskriptif Item Faktor Utama Kejayaan 104

4.10 Statistik Deskriptif Prestasi PKS 105

4.11 Statistik Deskriptif Pembolehubah 106

Page 12: Pengaruh motivasi usahawan terhadap prestasi perusahaan kecil ...

ix

4.12 Korelasi Statistik diantara Pembolehubah Motivasi

Usahawan (MU), Pengurusan Strategik (PS), Faktor

Utama Kejayaan (FUK), dan Prestasi PKS (PPKS)

4.13 Analisis Regresi Linear antara Motivasi dan Prestasi

PKS

4.14 Analisis Regresi Linear antara Motivasi dan

Pengurusan Strategik

4.15 Analisis Regresi Linear antara Pengurusan Strategik

dan Prestasi PKS

4.16 Analisis Regresi Linear antara Motivasi dan Faktor

Utama Kejayaan

4.17 Analisis Regresi Linear antara Faktor Utama kejayaan

dan Prestasi PKS

4.18 Model Sum Motivasi, Pengurusan Strategik dan

Prestasi PKS

109

111

112

113

114

115

116

4.19 Anova Motivasi Pengurusan Strategik dan Prestasi PKS 116

4.20 Koefisen Motivasi, Pengurusan Strategik dan Prestasi

PKS

4.21 Model Sum Faktor Utama Kejayaan, Motivasi dan

Prestasi PKS

117

118

4.22 Anova Motivasi dan Prestasi PKS 119

4.23 Koeffisen Faktor Utama Kejayaan, Motivasi dan

Pretasi PKS

120

5.1 Keputusan Ujian Hipotesis Secara Langsug 129

5.2 Keputusan Ujian Hipotesis Secara Tidak Langsug 130

Page 13: Pengaruh motivasi usahawan terhadap prestasi perusahaan kecil ...

x

SENARAI RAJAH

NO. MUKA SURAT

2.1 Struktur Integrasi Sistem Pengurusan 36

(sumber: Wagner, 2010)

2.2 Model Pengurusan Strategik Wheelen &Hunger 37

2.3 Model Pengurusan Strategik di PKS 38

2.4 Persekitaran Luaran firma 41

2.5 Proses Pemikiran Saintifik 57

2.6 Model Motivasi Usahawan dan Proses Keusahawanan 60

(Shane 2003)

2.7 Model Rangka Kerja Konseptual (Che Rose et al., 2009b) 61

2.8 Model Rangka Kerja (Wingwon.B & Piriyakul.M, 2010) 62

2.9 Model Rangka Kerja (Pribadi & Kanai, 2011) 62

2.10 odel Rangka Kerja Konseptual (Hung et.al.,2011) 63

2.11 odel Teoritikal Penyelidikan 63

3.1 Kesan Langsung antara Pembolehubah 87

3.2 Kesan Tidak Langsung antara Pemboleh Ubah 87

5.1 Hubungkait Motivasi Usahawan dan Prestasi PKS 138

5.2 Hubungkait Pengurusan Strategik Sebagai Pengantara antara

Motivasi Usahawan dan Prestasi PKS

138

5.3 Hubungkait Motivasi Usahawan dan Prestasi PKS 140

5.4 Hubungkait Faktor Utama Kejayaan Sebagai Pengantara

antara Motivasi Usahawan dan Prestasi PKS 140

Page 14: Pengaruh motivasi usahawan terhadap prestasi perusahaan kecil ...

xi

SENARAI SINGKATAN

AIM Amanah Ikhtiar Malaysia

APEC Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik

BNM Bank Negara Malaysia

ECER

HRM

Wilayah Ekonomi Koridor Pantai Timur

Pengurusan Sumber Manusia

IDR Wilayah Pembangunan Iskandar

KDNK Keluaran Dalam Negara Kasar

KMO Kaiser-Myer-Olkin

MITI Kementerian Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa

NCER Wilayah Ekonomi Koridor Utara

NSCD Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan

PIP Pelan Induk Perindustrian

PKS Perusahaan Kecil dan Sederhana

RMK.. Rancangan Malaysia Ke..

SMIDEC Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sedehana

SP Sisihan Piawai

SPSS Pakej Statistik Untuk Sains Sosial

SSM Suruhanjaya Syarikat Malaysia

TEKUN Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga

Page 15: Pengaruh motivasi usahawan terhadap prestasi perusahaan kecil ...

xii

Pengaruh Motivasi Usahawan terhadap Pestasi Perusahaan Kecil dan Sederhana

(PKS): Pengurusan Strategik dan Faktor Utama Kejayaan sebagai Pengantara

ABSTRAK

Kajian-kajian lepas telah menunjukkan bahawa motivasi usahawan mempunyai

pengaruh positif keatas perniagaan kecil dan sederhana (PKS). Namun demikian, tidak

banyak yang diketahui mengenai kesan pengantaraan (mediating effects) pengurusan

strategik dan faktor utama kejayaan keatas hubungan diantara motivasi usahawan dan

prestasi PKS. Justeru objektif kajian ini adalah untuk menyelidiki hubungan antara

motivasi usahawan, pengurusan strategik, faktor utama kejayaan dan prestasi PKS.

Disamping menjelaskan tentang kepentingan perhubungan diantara motivasi usahawan

dan pengurusan strategik terhadap prestasi PKS. Faktor motivasi usahawan

berdasarkan kepada indikator keperluan-peluang keusahawanan iaitu; faktor keluarga,

pengesahan luaran, dan pembangunan kendiri. Manakala pengurusan stategik

berasaskan proses yang merangkumi empat tahap iaitu; strategi analisis, strategi

formulasi, strategi pelaksanaan, dan strategi kawalan dan pembangunan. Manakala

faktor utama kejayaan berasaskan kualiti, kepuasan, dan sokongan. Selanjutnya prestasi

firma diukur berasaskan kepada; kewangan (keuntungan), kepuasan pelanggan,

kepuasan pekerja, dan proses dalaman (produktiviti). Kaedah secara tinjauan

digunakan di dalam kajian ini. Data untuk semua pembolehubah kajian telah diperolehi

melalui bancian soal selidik kendiri yang perlu dijawab oleh pemilik atau pengurus

PKS dan sebanyak 299 buah firma PKS seluruh Kelantan telah mengambil bahagian

dalam kajian ini. Data yang diperolehi dianalisa dengan menggunakan aplikasi SPSS

18. Analisis statistik dilakukan terhadap ciri-ciri sampel, pembolehubah bebas,

pembolehubah pengantaraan, dan pembolehubah bersandar. Keputusan daripada

analisis ini menunjukkan terdapat suatu bentuk hubungan yang signifikan positif

diantara pengurusan strategik, faktor utama kejayaan, motivasi usahawan dengan

prestasi PKS. Justeru kajian diharapkan dapat menambahkan literatur di dalam bidang

keilmuan keusahawanan dan mampu menjadi sumber rujukan dalam program

pembangunan keusahawanan bagi pembuat dasar, dan pemilik atau usahawan PKS

dalam usaha mereka untuk meningkatkan kejayaan dan prestasi.

Page 16: Pengaruh motivasi usahawan terhadap prestasi perusahaan kecil ...

Influence of Entrepreneurs’ Motivation on Small and Medium

Enterprises (SMEs) Performance: Strategic Management and Key

Success Factors as Mediators

ABSTRACT

Past research has shown that entrepreneur’s motivation has positive

influence on small and medium enterprises (SMEs). Nonetheless, little is known

about the mediating effects of strategic management and key success factors on the

relationship governing entrepreneurs’ motivation and performance of SMEs. Thus,

the objective of this research is to examine the relationship among entrepreneurs’

motivation, strategic management, key success factors and performance of SMEs in

Malaysia, besides illustrating the importance of correlation between entrepreneurs’

motivation and strategic management in impacting the performance of SMEs.

Entrepreneurs’ motivation was measured according to needs-based indicators

including family factor, external recognition and self-development. Strategic

management was measured based on four-stage process, namely analysis strategy,

formulation strategy, implementation strategy, control strategy and development; key

success factors were examined through items related to quality, satisfaction and

support. This is followed by SMEs performance which was measured on financial

stability (profit standing), customers’ satisfaction, employees’ satisfaction, and

internal processes (productivity). Collection data of research variables was executed

through distribution of self-administered questionnaire to the owners or managers of

SMEs and a total of 299 of SMEs firm in Kelantan participated in this research.

Data was analysed using SPSS 18. Statistical analyses were utilized based on

appropriate sampling size to determine the relationship among the independent,

mediating and dependent variables. Findings show there exists significant positive

relationship among strategic management, key success factors, entrepreneurs’

motivation and SMEs performance. Therefore, it is hoped that such findings can

contribute further to the pool of literature in the field of entrepreneurship and

serves as source of reference in entrepreneurship development program to be read

by policy makers, owners or managers of SMEs, towards of increasing

Page 17: Pengaruh motivasi usahawan terhadap prestasi perusahaan kecil ...

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Kajian

Proses globalisasi menyebabkan berlakunya banyak perubahan di

kebanyakan negara-negara maju dan sedang membangun khususnya dalam

bidang ekonomi. Untuk memasuki pasaran global, memaksa kebanyakan

negara-negara termasuk Malaysia berusaha ke arah perkembangan ekonomi

mereka. Justeru itu komitmen Malaysia ke arah perdagangan antarabangsa perlu

melihat kepada proses transformasi daripada kebergantungan terhadap komoditi

yang berasaskan pengeluaran getah dan kelapa sawit, kepada sebuah negara

yang menguasai eksport melalui sektor pengeluaran barangan pembuatan dan

perkilangan. Menyedari kepentingan sektor tersebut kerajaan telah

mempromosikan strategi pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

di Malaysia dengan harapan dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara

(RMK 9, 2006 -2010).

Bagi menyokong kewujudan PKS di Malaysia, pihak kerajaan telah

mengadakan program-program kemudahan pinjaman, kemudahan tempat dan

lain-lain sebagai langkah mempertingkatkan sektor PKS. Bermula dengan

pernyataan pembangunan polisi negara di dalam Rancangan Malaysia ke7,

Page 18: Pengaruh motivasi usahawan terhadap prestasi perusahaan kecil ...

2

penekanan terhadap pengurusan adalah sesuatu yang menjadi keperluan pada

abad ini. Pelaksanaan pengurusan adalah dirujuk sebagai keberlangsungannya

budaya pengurusan berkualiti yang menitik beratkan dari segi ketepatan masa,

inovatif, pencapaian matlamat, respon kepada keperluan pelanggan dan

kawalan ke atas kos. (RMK 7, 1996-2000).

Manakala di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK 9, 2006-

2010), pelan strategik telah dibentuk dan terkandung dalam Pelan Induk

Perindustrian Ketiga (PIP3), dengan menyaksikan penekanan kepada

pembangunan perkilangan dan sektor yang berkaitan melalui pendekatan

bersepadu untuk meningkatkan pertumbuhan PKS (MITI, 2005). Dengan ini

peluang-peluang telah disediakan kepada PKS untuk menjadi lebih kreatif dan

berinovatif dalam pengeluaran produk dan perkhidmatan yang berkualiti pada

kos yang kompetatif, dan membolehkan mereka bersaing di peringkat global.

Pembahagian wilayah ekonomi telah dibentuk mengikut kedudukan

geografi negeri-negeri di Malaysia, seperti Iskandar Malaysia (sebelumnya

dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar – IDR), Wilayah Ekonomi

Koridor Pantai Timur (ECER), dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

Untuk menyokong perkembangan PKS, pihak kerajaan telah memperuntukkan

bantuan kewangan sebanyak RM 3.9 bilion kepada kebanyakan kementerian

untuk membantunya. Natijahnya PKS telah menyumbang sekitar 31% kepada

KDNK (GDP), 56% peluang pekerjaan, dan sejumlah 19% nilai eksport negara

(Kementerian Kewangan, 2011).

Page 19: Pengaruh motivasi usahawan terhadap prestasi perusahaan kecil ...

3

RMK10 (2011-2015) kerajaan telah memperkenalkan Skim Jaminan

Modal Kerja dengan dana sebanyak 10 bilion ringgit bagi membantu syarikat

PKS mendapatkan akses pembiayaan modal kerja. Skim ini memberi jaminan

maksimum sehingga RM 2.5 juta bagi setiap syarikat yang layak, di samping

Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) (Kementerian Kewangan,

2012).

Terkini melalui program Pelan Induk PKS (2012-2020), kerajaan dan

sektor swasta telah melaksanakan 154 program pembangunan PKS dengan

komitmen kewangan berjumlah RM 13.3 bilion yang melibatkan pembangunan

modal insan (26%), akses kepada pasaran (23%), akses kepada pembiayaan

(22%), penerapan inovasi dan teknologi (19%), dan infrastruktur (10%) (MPPK,

2014)

Begitu juga dalam bidang penyelidikan, banyak kajian yang telah

dilakukan mengenai penglibatan individu dalam bidang perniagaan dan

keusahawanan PKS serta prestasi perniagaan mereka. Buang dan Yusof (2006)

telah mengenalpasti faktor-faktor motivasi yang terdiri daripada latar belakang

keluarga, pendidikan dan faktor psikologi seperti: kebebasan, puas hati,

kejayaan, pengiktirafan dan peranan penting telah mendorong kontraktor Kelas

F memilih untuk menjadi usahawan. Hashim dan Goh (2010) mendapati faktor

taraf hidup yang lebih baik, status sosial dan pengalaman bekerja

mempengaruhi usahawan Bumiputera di kawasan Bandar Hilir, Melaka untuk

menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Manakala faktor ekonomi

keluarga, minat dan pengalaman telah memainkan peranan yang penting

Page 20: Pengaruh motivasi usahawan terhadap prestasi perusahaan kecil ...

4

mempengaruhi penglibatan ibu tunggal Melayu dalam perniagaan dan

keusahawanan di Bachok, Kelantan (Shazwani, 2008).

Hashim, Othman dan Buang (2009) mengkaji mengenai konsep

kesediaan keusahawanan berdasarkan kajian kes usahawan PKS di Malaysia

dan mendapati kebanyakan usahawan mempunyai latar belakang keluarga yang

terlibat dalam perniagaan dan berkemahiran serta berpengetahuan yang

diperolehi sama ada secara formal atau melalui pengalaman bekerja sebelum

menjadi usahawan. Zakaria (2000) mengkaji kemampuan usahawan

Bumiputera di kawasan Sungai Petani, Kedah, mendapati faktor pengetahuan,

sikap, motivasi diri untuk berjaya, modal dan produk yang dihasilkan serta etika

perniagaan mendorong mereka untuk menjadi usahawan.

Cheng, Manaf, Filzah dan Ardzmi (2012), dalam kajiannya terhadap

usahawan PKS di Negeri Perlis, Kedah dan Penang, mendapati 60% daripada

mereka melaksanakan analisis persekitaran semasa memulakan perniagaan.

Zaim Shah (2009) mengkaji usahawan PKS di kawasan perindustrian Padang

Tembak, Kelantan, mendapati strategi pembuatan iaitu kualiti, kos, tahap

penghantaran dan tahap fleksibel memberi kesan kepada prestasi syarikat PKS.

Manakala faktor keyakinan kepada diri sendiri merupakan faktor yang

signifikan mempengaruhi kejayaan usahawan peruncitan Melayu di Daerah

Hulu Langat (Norhafizah, 2009).

Faktor keperibadian merupakan faktor yang signifikan mempengaruhi

kejayaan usahawan PKS. Mengikut kajian Sri Wahyuningsih Munawir (2007)

terdapat lapan faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan PKS di Melaka

Page 21: Pengaruh motivasi usahawan terhadap prestasi perusahaan kecil ...

5

iaitu; sifat-sifat usahawan, pengaruh hubungan dengan pihak luar, pengaruh

lokasi, pengaruh produk, pengaruh pendidikan, pengaruh pengalaman,

pengaruh modal dan pengaruh globalisasi. Manakala Mamat dan Ismail (2011)

melalui kajiannya terhadap usahawan perabut di Kelantan mendapati bahawa

mereka mengamalkan orientasi pasaran (orientasi pelanggan, orientasi persaing,

dan koordinasi antara-fungsian) dan mempunyai hubungan yang signifikan

dengan prestasi perniagaan.

Malangnya, tahap daya saing dan tahap berdikari usahawan PKS adalah

masih rendah (Mohd Nasir, 2006), dan pencapaian perniagaan khususnya

Bumiputera terlalu jauh daripada sasaran (Kadir dan Rosli, 2011). Mereka

bukan sahaja dibelenggu masalah modal dan teknologi tetapi juga isu-isu

pengurusan, kualiti produk, dan pasaran (Mamat dan Ismail, 2011). Dengan lain

perkataan usahawan PKS Bumiputera terpaksa menjalankan perniagaan mereka

dalam serba kelemahan, di mana hasil yang diperolehi tidak setimpal dengan

usaha yang mereka curah (Minai, Ibrahim, dan Kheng, 2012).

1.2 Pernyataan Masalah

Meskipun PKS memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan

ekonomi dan peluang pekerjaan di Malaysia (BNM, 2006), namun sumbangan

yang berharga ini tidak mencapai sasaran disebabkan cabaran yang dihadapi

oleh PKS dalam proses kedinamikan globalisasi yang tinggi (Razak, 2011).

Terdapat segelintir usahawan kecil yang berhadapan dengan kegagalan dan

Page 22: Pengaruh motivasi usahawan terhadap prestasi perusahaan kecil ...

6

prestasi yang teruk. Kesannya, sumbangan PKS kepada KDNK hanya sekitar

32% dan nilai eksport hanya 19% sahaja (BNM, 2006). Bahkan terdapat 79,310

firma kecil tidak dapat meneruskan perniagaan pada tahun 2002, dan angka ini

kian meningkat (Che Rose, Kumar dan Yen, 2006). Situasi ini menyebabkan

PKS tidak mampu bersaing di peringkat global (Mohd Nasir, 2006) walau pun

pelbagai bantuan telah disalurkan oleh kerajaan (Ahmad, 2007).

Hashim (2000) menyatakan sebahagian PKS masih berhadapan dengan

kesukaran dalam operasi perniagaannya disebabkan oleh persekitaran dalaman

dan luaran, seumpama; kekurangan sumber dan kapabaliti, pengurusan yang

lemah, teknologi yang rendah, persaingan, dan faktor sosio-budaya. Meskipun

kerajaan berbelanja berbilion ringgit untuk menyokong PKS melalui berbagai

insentif, namun kadar kegagalannya masih tinggi (Ahmad, 2007).

PKS di kebanyakan negara berdepan dengan cabaran yang sangat besar,

di peringkat teoritikal kajian-kajian telah mengenalpasti beberapa halangan

kepada pertumbuhan PKS, khususnya di persekitaran global, umpamanya:

keupayaan pengurusan, kewangan yang lemah, produktiviti yang rendah, dan

sebagainya (Saleh dan Ndubisi, 2006). Manakala Mohd Khairuddin (2002)

mendedahkan bahawa antara kelemahan usahawan PKS ialah dalam bidang

pengurusan yang masih ketara boleh dilihat dari perspektif keupayaan mencari

dan merebut peluang. Dalam situasi tertentu, usahawan tidak bersedia dan tidak

mampu untuk meningkatkan perusahaannya kerana pengurusan yang tidak

cekap dan lemah serta tidak berpengalaman (Hussain, Si, Xie dan Wang, 2010).

Page 23: Pengaruh motivasi usahawan terhadap prestasi perusahaan kecil ...

7

Sebagai rumusannya, terdapat pelbagai isu asas yang menjadi cabaran

dalam menentukan prestasi usahawan PKS di Malaysia, antaranya:

i) Motivasi usahawan memulakan perniagaan dalam PKS

ii) Amalan pengurusan strategik dalam PKS

iii) Faktor utama kejayaan dalam PKS

iv) Faktor peranan pengantara kelebihan persaingan dengan hubungan

antara sumber organisasi dan prestasi PKS

Justeru itu dalam konteks keusahawanan, prestasi bergantung kepada

motivasi (kesediaan individu) untuk memulakan perniagaan atau menjadi

usahawan (Shane, Locke dan Collins, 2003). Manakala motivasi pula

berperanan mempengaruhi usahawan membuat keputusan berkaitan proses

keusahawanan (Moy, Luk, Sheehan dan Sammapan, 2001). Maka penumpuan

terhadap mengapa sesetengah individu sangat tertarik kepada bidang

keusahawanan adalah menjurus kepada konsep motivasi usahawan iaitu:

kebebasan, cita-cita, matlamat, tenaga dan stamina, personaliti, kemahiran,

strategi, dan persekitaran yang akan menentukan prestasi PKS (Shane et al.,

2003). Justeru Benzing dan Chu (2009), menyatakan hubungan motivasi

usahawan dengan prestasi PKS adalah berkait rapat dengan dorongan terhadap

ciri-ciri psikologi dan personaliti usahawan itu sendiri. Mereka turut

mencadangkan agar penyelidikan akan datang mengambil kira faktor agama

sebagai sebahagian motivasi usahawan.

Wang, Walker dan Redmond (2007) menyatakan bahawa motivasi

usahawan, samaada untuk memaksimakan keuntungan dan pertumbuhan atau

Page 24: Pengaruh motivasi usahawan terhadap prestasi perusahaan kecil ...

8

keperluan peribadi (personal fulfilment), merupakan penentu kepada amalan

pengurusan strategik dalam PKS. Manakala Banham (2010) memetik

pandangan Miller dan Toulouse, (1986) menyatakan bahawa motivasi

usahawan merupakan penentu utama untuk melibatkan dengan amalan

pengurusan strategik dalam PKS.

Namun demikian, dapatan kajian empirikal mendedahkan bahawa

pengurusan strategik kurang diaplikasi (Wagner, 2010) dan tidak popular dalam

PKS disebabkan oleh kurangnya pengetahuan tentang proses dan kepakaran

dalam pengurusan (Gibbon dan O‟Connor, 2005). Justeru Gunther, Menzel dan

Jentsch (2011) menyatakan, kebanyakan PKS hanya menumpukan kepada

urusniaga harian atau aktiviti operasional jangka pendik yang bermungkinan

pembangunan perniagaan tidak memadai, tanpa mengambil kira perspektif

jangka panjang. Kebanyakan PKS yang gagal adalah kerana mengutamakan

jangkaan keuntungan jangka pendek yang tidak mementingkan pengumpulan

maklumat berbanding mengamalkan pengurusan strategik yang signifikan

dengan keuntungan jangka panjang (Turgay dan Kassegn, 2008). Manakala

Wang et al. (2006) menegaskan pengurusan strategik merupakan ramuan yang

terpenting bagi pembangunan, berdayasaing, kejayaan, dan prestasi PKS.

Selanjutnya Wood dan Joyce (2003) menyimpulkan bahawa usahawan yang

mengamalkan pengurusan strategik lebih cepat membuat keputusan, dan

berjaya melaksanakan perubahan dan inovasi untuk mencapai prestasi PKS.

Chu, Orhan, Xiaowei dan Kubilay (2011) menyatakan bahawa ciri-ciri

penting terhadap faktor motivasi, akhirnya akan menentukan halatuju,

Page 25: Pengaruh motivasi usahawan terhadap prestasi perusahaan kecil ...

9

kesungguhan dan ketekunan terhadap tingkahlaku usahawan yang berkait

dengan faktor utama kejayaan untuk pencapaian prestasi firma. Manakala

Hung, Effendi, Talib dan Rani (2010) mendapati enam faktor utama kejayaan

sebagai penentu prestasi PKS di Malaysia, iaitu: rangkaian, produk, abiliti

tumpuan pasaran, pelanggan, pengurusan sokongan, dan kepimpinan. Di

Singapura, faktor utama kejayaan seperti: memuaskan kehendak pelanggan,

hubungan kerja yang baik antara pengurusan atasan dan pekerja, kepimpinan,

regionalisasi, ketersediaan kewangan, sumber, dan sokongan teknologi

merupakan faktor penting prestasi PKS (Ghosh, Liang, Meng dan Chan 2001).

Justeru Che Rose et al. (2006) menyatakan bahawa usahawan yang

bermotivasi akan memulakan perniagaan melalui proses perantara (mediator)

yang lebih khusus dan berkait dengan prestasi PKS. Manakala Che Rose, Jegak,

Haslinda dan Alimin (2009b), dan Mamat dan Ismail (2011) mengaitkan

peranan pengantara kelebihan persaingan dengan hubungan antara sumber

organisasi dan prestasi PKS.