PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK TAMBAHAN MAJALAH … · 2011. 8. 24. · 1.10.4 Ruangan Kuiz 18...

27

Transcript of PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK TAMBAHAN MAJALAH … · 2011. 8. 24. · 1.10.4 Ruangan Kuiz 18...

Page 1: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK TAMBAHAN MAJALAH … · 2011. 8. 24. · 1.10.4 Ruangan Kuiz 18 1.10.5 Pembelajaran Matematik 19 1.11 Penutup 19 2 SOROTAN KAJIAN 20 2.1 Pengenalan
Page 2: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK TAMBAHAN MAJALAH … · 2011. 8. 24. · 1.10.4 Ruangan Kuiz 18 1.10.5 Pembelajaran Matematik 19 1.11 Penutup 19 2 SOROTAN KAJIAN 20 2.1 Pengenalan
Page 3: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK TAMBAHAN MAJALAH … · 2011. 8. 24. · 1.10.4 Ruangan Kuiz 18 1.10.5 Pembelajaran Matematik 19 1.11 Penutup 19 2 SOROTAN KAJIAN 20 2.1 Pengenalan

PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK TAMBAHAN

MAJALAH WEB DUNIA MATEMATIK TERHADAP MOTIVASI

PELAJAR TINGKATAN EMPAT

NORASMAWATI BINTI MAHMUD KAMARUDDIN

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Mei 2011

Page 4: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK TAMBAHAN MAJALAH … · 2011. 8. 24. · 1.10.4 Ruangan Kuiz 18 1.10.5 Pembelajaran Matematik 19 1.11 Penutup 19 2 SOROTAN KAJIAN 20 2.1 Pengenalan
Page 5: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK TAMBAHAN MAJALAH … · 2011. 8. 24. · 1.10.4 Ruangan Kuiz 18 1.10.5 Pembelajaran Matematik 19 1.11 Penutup 19 2 SOROTAN KAJIAN 20 2.1 Pengenalan

iii

DEDIKASI

Kajian ini ku abadikan buat.......

Bondaku Rosna Binti Berahim

Allahyarham ayahandaku Mahmud Kamaruddin Bin Mamat

(walaupun dirimu tidak dapat menatap kejayaan anakmu)

Untuk abang, kakak dan adikku

Terima kasih atas nasihat dan dorongan serta jasa dan pergorbananmu

Yang di curahkan untuk kejayaan ini,

Segala pengorbananmu akan kukenang dan kubalas sehingga akhir hayatku..

Untuk yang tersayang

Rakan-rakan sekelas, 4SPM

Rakan-rakan Fakulti Pendidikan

Untuk yang dihormati

Semua guru dan tenaga pengajar yang pernah mendidik saya dari SK Chabang

Empat, SMK Chabang Empat, Kolej Matrikulasi Perlis, Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

PM Dr Zaleha binti Ismail dan PM Dr Hamdan bin Said

Page 6: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK TAMBAHAN MAJALAH … · 2011. 8. 24. · 1.10.4 Ruangan Kuiz 18 1.10.5 Pembelajaran Matematik 19 1.11 Penutup 19 2 SOROTAN KAJIAN 20 2.1 Pengenalan

iv

PENGHARGAAN

Alhamdullilah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia

dan keizinan-Nya saya dapat menyiapkan kajian ini. Setinggi-tinggi penghargaan

saya tujukan khas kepada Prof. Madya Dr Zaleha Ismail di atas segala tunjuk ajar,

nasihat dan cadangan-cadangan yang diberikan sepanjang kajian ini sehingga saya

dapat menyiapkan kajian ini mengikut garis panduan yang betul.

Ucapan terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada sekolah di

daerah Johor Bahru yang sudi memberi peluang kepada saya untuk menjalankan

kajian dan mengedarkan soal selidik di sekolah tersebut. Jutaan terima kasih juga

kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4 di sekolah ini yang sudi memberikan kerjasama

yang baik semasa kajian dijalankan. Tanpa jasa baik daripada mereka,kajian ini tidak

akan dapat berjalan dengan lancar.

Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan yang turut memberi sumbangan

dalam menyiapkan kajian ini. Akhir sekali, saya ingin merakamkan jutaan terima

kasih kepada ibu bapa dan ahli keluarga saya yang banyak memberi sokongan dan

dorangan kepada saya sepanjang pengajian saya. Dan terima kasih juga kepada

sesiapa sahaja yang terlibat dalam membantu saya menyiapkan kajian ini sama ada

secara langsung atau tidak langsung. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa

kalian semua.. Sekian.Terima kasih Wassalam.

Page 7: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK TAMBAHAN MAJALAH … · 2011. 8. 24. · 1.10.4 Ruangan Kuiz 18 1.10.5 Pembelajaran Matematik 19 1.11 Penutup 19 2 SOROTAN KAJIAN 20 2.1 Pengenalan

v

ABSTRAK

Motivasi adalah kecenderungan dari hati naluri dalam diri yang mempengaruhi

dan mengerakkan tingkah laku seseorang. Ia merupakan kuasa dari dalam diri

individu yang mendorongnya melakukan sesuatu bagi mencapai matlamat dan

kehendak diri.Terdapat dua jenis motivasi iaitu motivasi dalaman atau intrinsik dan

motivasi luaran atau ekstrinsik. Dalam konteks kajian ini, penekanan dalam Majalah

Web Dunia Matematik, khususnya ruangan “Kuiz Matematik Tambahan” dikaji dari

segi pengaruhnya terhadap motivasi pelajar dalam membina pengetahuan Matematik.

Kajian yang dijalankan memberi fokus terhadap pengaruh ruangan “Kuiz Matematik

Tambahan” dalam Majalah Web Dunia Matematik terhadap motivasi pelajar

Tingkatan Empat. Majalah Web Dunia Matematik yang telah dibangunkan lebih 3

tahun ini menjadi platform untuk membantu pelajar dalam pembelajaran Matematik

secara berkesan. Pembangunan Majalah Web Dunia Matematik adalah berteraskan

model motivasi ARCS iaitu Attention (Perhatian), Relevance (Relevan), Confidence

(Keyakinan) dan Satisfaction (Kepuasan). Kajian ini melibatkan seramai 37 orang

pelajar Tingkatan Empat dari sebuah Sekolah Menengah di Johor Bahru. Kajian ini

dijalankan selama dua jam dengan menggunakan Edisi Ogos 2010 bertemakan

“Matematik” Bola. Hasil kajian menunjukkan ruangan Kuiz Matematik Tambahan

Majalah Web Dunia Matematik berjaya mempengaruhi motivasi pelajar terhadap

pembelajaran matematik dari aspek Attention, Relevance, Confidence dan

Satisfaction. Ini menunjukkan bahawa Majalah Web Dunia Matematik sesuai untuk

dimanfaatkan oleh ramai pelajar kerana berpotensi dalam memotivasikan mereka

dalam pembelajaran matematik maka penerbitan artikel harus dikekalkan untuk

kepentingan ramai.

Page 8: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK TAMBAHAN MAJALAH … · 2011. 8. 24. · 1.10.4 Ruangan Kuiz 18 1.10.5 Pembelajaran Matematik 19 1.11 Penutup 19 2 SOROTAN KAJIAN 20 2.1 Pengenalan

vi

ABSTRACT

Motivation is the desire from one‟s own self that influences and sets into

motion that person‟s behaviour. It is the power from within the individual that drives

them to do something to achieve their goals at any cost. There are two types of

motivation which are intrinsic motivation and extrinsic motivation. In the context of

this research, emphasis in the Dunia Matematik Web Magazine, especially in the

sections of Additional Mathematics Quiz is investigated based on its influence

towards student motivation in the building of mathematical knowledge. This study

focuses on the influence of the section Additional Mathematics Quiz in the Dunia

Matematik Web Magazine towards the motivation of Form 4 students. Dunia

Matematik Web Magazine that had been developed more than three years ago has

become a platform to help student to achieve effective mathematics learning process.

The development of Dunia Matematik Web Magazine is based on the ARCS

motivation model which consists of Attention (A), Relevance (R), Confidence (C),

and Satisfaction (S). This study involved 37 Form 4 students from a secondary

school in Johor Bahru. This research was conducted for 2 hours using one of the

editions that has been published in Dunia Matematik Web Magazine which is Edisi

Ogos 2010 with the theme of „Matematik Bola.‟ The findings of this research showed

the successful of the sections Additional Mathematics Quiz in influencing student‟s

motivation towards learning mathematics according to Attention, Relevance,

Confidence and Satisfaction. This result implies that Dunia Matematik Web

Magazine is useful for all to motivate them in learning mathematics therefore the

articles publication need to be sustained for all goods.

Page 9: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK TAMBAHAN MAJALAH … · 2011. 8. 24. · 1.10.4 Ruangan Kuiz 18 1.10.5 Pembelajaran Matematik 19 1.11 Penutup 19 2 SOROTAN KAJIAN 20 2.1 Pengenalan

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA

SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Kerangka Teori 10

1.7 Skop Kajian 12

Page 10: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK TAMBAHAN MAJALAH … · 2011. 8. 24. · 1.10.4 Ruangan Kuiz 18 1.10.5 Pembelajaran Matematik 19 1.11 Penutup 19 2 SOROTAN KAJIAN 20 2.1 Pengenalan

1.8 Batasan Kajian 13

1.9 Kepentingan Kajian 13

1.9.1 Pelajar 14

1.9.2 Guru 15

1.9.3 Sekolah 16

1.9.4 Ibu Bapa dan Masyarakat 17

1.10 Definisi dan Istilah 17

1.10.1 Pengaruh 17

1.10.2 Majalah Web Dunia Matematik 18

1.10.3 Motivasi 18

1.10.4 Ruangan Kuiz 18

1.10.5 Pembelajaran Matematik 19

1.11 Penutup 19

2 SOROTAN KAJIAN 20

2.1 Pengenalan 20

2.2 Motivasi Pelajar Terhadap Matematik 21

2.3 Hubungan Antara Motivasi Dan Pencapaian 22

Pelajar Dalam Matematik

2.4 Perubahan Motivasi Terhadap Matematik 25

Dengan Penggunaan Komputer dan Kepelbagaian

Pendekatan Pengajaran

2.5 Penutup 29

3 METODOLOGI KAJIAN 30

3.1 Pengenalan 30

3.2 Reka Bentuk Kajian 31

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 31

3.4 Instrumen Kajian 32

3.4.1 Data Kuantitatif 32

3.4.2 Data Kualitatif 35

3.5 Prosedur Kajian 36

Page 11: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK TAMBAHAN MAJALAH … · 2011. 8. 24. · 1.10.4 Ruangan Kuiz 18 1.10.5 Pembelajaran Matematik 19 1.11 Penutup 19 2 SOROTAN KAJIAN 20 2.1 Pengenalan

3.6 Kajian Rintis 38

3.7 Analisis Data 39

3.8 Penutup 42

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 43

4.2 Analisis Taburan Maklumat Diri Responden 44

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 44

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Keputusan 45

Subjek Matematik Pertengahan Tahun

4.3 Analisis Ruangan Kuiz Matematik Tambahan 46

Dalam Majalah Web Dunia Matematik

Berdasarkan Model Motivasi ARCS

4.3.1 Pengaruh Ruangan Kuiz Matematik 46

Tambahan Ke Atas Motivasi Pelajar Dari

Aspek Attention (Perhatian)

4.3.2 Pengaruh Ruangan Kuiz Matematik 50

Tambahan Ke Atas Motivasi Pelajar Dari

Aspek Relevance (Relevan)

4.3.3 Pengaruh Ruangan Kuiz Matematik 54

Tambahan Ke Atas Motivasi Pelajar Dari

Aspek Confidence (Keyakinan)

4.3.4 Pengaruh Ruangan Kuiz Matematik 58

Tambahan Ke Atas Motivasi Pelajar Dari

Aspek Satisfaction (Kepuasan)

4.4 Aspek Paling Dominan Berdasarkan Model 61

Motivasi ARCS

4.4.1 Aspek Paling Dominan Berdasarkan 63

Model Motivasi ARCS Bagi

Ruangan Kuiz Matematik Tambahan

Page 12: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK TAMBAHAN MAJALAH … · 2011. 8. 24. · 1.10.4 Ruangan Kuiz 18 1.10.5 Pembelajaran Matematik 19 1.11 Penutup 19 2 SOROTAN KAJIAN 20 2.1 Pengenalan

4.5 Komen Responden Majalah Web 63

Dunia Matematik

4.5.1 Komen Responden Dalam 64

Ruangan Kuiz Matematik Tambahan

4.6 Penutup 66

4 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN 68

KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 68

5.2 Perbincangan Analisis Data 69

5.2.1 Motivasi Pelajar Dalam Ruangan Kuiz 69

Matematik Tambahan Berdasarkan Model

Motivasi ARCS

5.2.2 Komen Pelajar Dalam Ruangan Kuiz 77

Matematik Tambahan

5.3 Masalah Yang Dihadapi Semasa 78

Menjalankan Kajian

5.3.1 Capaian Internet 78

5.3.2 Kekangan Masa 79

5.4 Cadangan Penambahbaikan 79

5.4.1 Menambah Baik Capaian Internet 80

5.4.2 Pengurusan Masa Yang Teliti 80

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 81

5.6 Implikasi Kajian 82

5.6.1 Pelajar 82

5.6.2 Majalah Web Dunia Matematik 83

5.7 Kesimpulan 84

RUJUKAN 85

LAMPIRAN 90

Page 13: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK TAMBAHAN MAJALAH … · 2011. 8. 24. · 1.10.4 Ruangan Kuiz 18 1.10.5 Pembelajaran Matematik 19 1.11 Penutup 19 2 SOROTAN KAJIAN 20 2.1 Pengenalan

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Pemetaan item untuk motivasi pelajar terhadap 34

ruangan Kuiz Matematik Tambahan berdasarkan

model motivasi ARCS

3.2 Indeks kebolehpercayaan dan pengkelasan ujian 40

3.3 Nilai kebolehpercayaan antara ruangan Kuiz Matematik 40

Tambahan

3.4 Nilai kebolehpercayaan berdasarkan model 41

motivasi ARCS untuk ruangan Kuiz Matematik

Tambahan

4.1 Kekerapan, peratus dan min item 1 46

4.2 Kekerapan, peratus dan min item 2 47

4.3 Kekerapan, peratus dan min item 3 47

4.4 Kekerapan, peratus dan min item 4 48

4.5 Kekerapan, peratus dan min item 5 49

4.6 Kekerapan, peratus dan min item 6 50

4.7 Kekerapan, peratus dan min item 7 51

4.8 Kekerapan, peratus dan min item 8 51

4.9 Kekerapan, peratus dan min item 9 52

4.10 Kekerapan, peratus dan min item 10 53

4.11 Kekerapan, peratus dan min item 11 54

4.12 Kekerapan, peratus dan min item 12 55

4.13 Kekerapan, peratus dan min item 13 55

Page 14: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK TAMBAHAN MAJALAH … · 2011. 8. 24. · 1.10.4 Ruangan Kuiz 18 1.10.5 Pembelajaran Matematik 19 1.11 Penutup 19 2 SOROTAN KAJIAN 20 2.1 Pengenalan

xii

4.14 Kekerapan, peratus dan min item 14 56

4.15 Kekerapan, peratus dan min item 15 57

4.16 Kekerapan, peratus dan min item 16 58

4.17 Kekerapan, peratus dan min item 17 59

4.18 Kekerapan, peratus dan min item 18 59

4.19 Kekerapan, peratus dan min item 19 60

4.20 Kekerapan, peratus dan min item 20 61

4.21 Tahap purata skor min 62

4.22 Taburan purata min skor ruangan Kuiz Matematik 63

Tambahan

Page 15: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK TAMBAHAN MAJALAH … · 2011. 8. 24. · 1.10.4 Ruangan Kuiz 18 1.10.5 Pembelajaran Matematik 19 1.11 Penutup 19 2 SOROTAN KAJIAN 20 2.1 Pengenalan

xiii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka teori kajian 12

3.2 Prosedur kajian 37

4.1 Bilangan responden mengikut jantina 44

4.2 Peratusan responden mengikut jantina 44

4.3 Bilangan responden mengikut keputusan subjek 45

Matematik pertengahan tahun

4.4 Peratusan responden mengikut keputusan subjek 45

Matematik pertengahan tahun

4.5 Komen responden terhadap ruangan Kuiz Matematik 65

Tambahan

Page 16: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK TAMBAHAN MAJALAH … · 2011. 8. 24. · 1.10.4 Ruangan Kuiz 18 1.10.5 Pembelajaran Matematik 19 1.11 Penutup 19 2 SOROTAN KAJIAN 20 2.1 Pengenalan

xiv

SENARAI SINGKATAN

ARCS - Attention, Relevance, Confidence, Satisfaction

MSC - Multimedia Super Corridor

IPT - Institut Pengajian Tinggi

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

KBSM - Kementerian Bersepadu Sekolah Menengah

Page 17: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK TAMBAHAN MAJALAH … · 2011. 8. 24. · 1.10.4 Ruangan Kuiz 18 1.10.5 Pembelajaran Matematik 19 1.11 Penutup 19 2 SOROTAN KAJIAN 20 2.1 Pengenalan

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Jadual Kekerapan & Peratus, Jadual Min Berdasarkan

Model Motivasi ARCS dan Jadual Skor Responden Bagi

Ruangan Matematik Tambahan

B Aktivitil Ruangan Kuiz Matematik Tambahan

Page 18: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK TAMBAHAN MAJALAH … · 2011. 8. 24. · 1.10.4 Ruangan Kuiz 18 1.10.5 Pembelajaran Matematik 19 1.11 Penutup 19 2 SOROTAN KAJIAN 20 2.1 Pengenalan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Menurut Moh. Surya (1997), belajar adalah sebagai satu usaha seseorang

individu untuk mengalami perubahan perilaku secara keseluruhan baik aspek kognitif,

afektif dan psikomotor. Namun hingga saat ini, proses pembelajaran di sekolah lebih

cenderung kepada perubahan pencapaian kognitif (intelektual) yang dilaksanakan dalam

pelbagai bentuk pendekatan, strategi, dan model pembelajaran tertentu.

Kemahiran kognitif merupakan domain taksonomi yang digunakan untuk

mengukur kemahiran intelektual berdasarkan satu hirarki kognitif yang disusun dari aras

rendah ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan

penilaian. Taksonomi ini diperkenalkan pada tahun 1956 oleh Benjamin S.Bloom untuk

tujuan pendidikan. Pada tahun 1990-an, berlaku perubahan terminologi dalam domain

kognitif taksonomi Bloom kepada mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis,

Page 19: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK TAMBAHAN MAJALAH … · 2011. 8. 24. · 1.10.4 Ruangan Kuiz 18 1.10.5 Pembelajaran Matematik 19 1.11 Penutup 19 2 SOROTAN KAJIAN 20 2.1 Pengenalan

2

menilai dan membina. Manakala elemen-elemen dalam domain kognitif ialah sintesis,

pemahaman, penilaian dan analisis.

Menurut Krathwol, D.R, Bloom, B.S, & Masia, B.B (1973), domain afektif

dikategorikan kepada penerimaan (receiving), tindak balas (responding), menilai

(valuing), menyelaraskan sistem nilai (organizing a value set) dan mengamalkan

mengikut sistem nilai yang kompleks (characterizing by value complex). Elemen-

elemen dalam domain afektif pula terdiri daripada motivasi, nilai, sikap dan perasaan.

Selain itu, terdapat tiga perkara yang berkaitan dengan aras domain afektif iaitu

kesedaran, kesudian untuk menerima dan perhatian yang terkawal. Motivasi pula

berkait rapat dengan kesudian untuk pelajar menerima ilmu yang disampaikan di mana

pelajar berasa tertarik untuk mempelajari sesuatu daripadanya.

Motivasi adalah kecenderungan dari hati naluri dalam diri yang mempengaruhi

dan mengerakkan tingkah laku seseorang Lee, 1998 (dalam kajian Loh Li E,2006). Ia

merupakan kuasa dari dalam diri individu yang mendorongnya melakukan sesuatu bagi

mencapai matlamat dan kehendak diri. Terdapat dua jenis motivasi iaitu motivasi

dalaman atau intrinsik dan motivasi luaran atau ekstrinsik. Menurut Semiawan ,1986

(dalam kajian Loh Li E,2006), motivasi dalaman ialah suatu keinginan bertindak yang

terjadi tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktor dari persekitaran manakala motivasi luaran

pula ialah tingkah laku terjadi kerana dipengaruhi oleh rangsangan dari luar. Mark

Lepper,1985 (dalam kajian Loh Li E,2006) menunjukkan bahawa motivasi adalah

berkesan dengan penggunaan komputer sebagai bahan bantu mengajar dalam bilik

darjah. Menurut teori kesusasteraan motivasi intrinsik, penggunaan komputer dalam

pembelajaran adalah salah satu cara yang boleh meningkatkan minat pelajar dalam

pembelajaran.

Page 20: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK TAMBAHAN MAJALAH … · 2011. 8. 24. · 1.10.4 Ruangan Kuiz 18 1.10.5 Pembelajaran Matematik 19 1.11 Penutup 19 2 SOROTAN KAJIAN 20 2.1 Pengenalan

3

Oleh itu, bagi meningkatkan motivasi dan minat di kalangan pelajar terhadap

matematik, salah satu pendekatan baru telah diperkenalkan iaitu pengajaran dan

pembelajaran melalui penggunaan komputer berasaskan kepada internet. Penggunaan

teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah

lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun

60-an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang

berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ianya bukan sahaja mampu

membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk

mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata

pelajaran. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70-an telah memberi kesan yang

mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia

(NorHashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996).

Sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang

positif terhadap perkembangan teknologi dalam pendidikan, aspek teknologi telah

digabungkan dalam kurikulum sekolah. Selain itu, budaya persekolahan seharusnya

diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan,

berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini (KPM,

1997). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat

untuk mewujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda

perancangan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor

atau MSC). Pelaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada

teknologi komputer dan internet, yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian

dibina dalam sistem pendidikan (KPM, 1997).

Selain itu, penggunaan dan perkembangan internet yang meluas dalam bidang

perniagaan dan komunikasi, akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang

pendidikan. Sebagai contoh, penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran

Page 21: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK TAMBAHAN MAJALAH … · 2011. 8. 24. · 1.10.4 Ruangan Kuiz 18 1.10.5 Pembelajaran Matematik 19 1.11 Penutup 19 2 SOROTAN KAJIAN 20 2.1 Pengenalan

4

matematik dapat memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Lebih

sedekad yang lalu, NCTM (National Council of Teachers’ of Mathematics, 1980)

mencadangkan supaya pengajaran matematik mengambil peluang yang luas yang

ditawarkan oleh komputer.

Penggunaan Internet menyediakan peluang unik dan cabaran baru berbanding

pengajaran di bilik darjah tradisional. Pelajar tidak lagi hanya mengakses kepada buku

teks sahaja, tetapi mendapatkan pelbagai bahan sumber maklumat melepasi dari

kawasan sempadan bilik darjah di sekolah. Ini dapat disimpulkan bahawa, pelajar boleh

mengakses maklumat di seluruh perpustakaan di dunia tanpa perlu ke tempat tersebut.

Melalui internet, ianya menyediakan pelbagai kemudahan termasuk mengakses dan

menerokai maklumat dari pangkalan data, perpustakaan, dan kumpulan mengikut minat

khas, menghantar emel, memperkenal pembelajaran interaktif dan koloboratif,

mengadakan persembahan kursus dalam talian, membuat perbualan masa sebenar (chat)

dan sebagainya. Melalui internet juga, ianya dapat membantu menyelesaikan masalah

masa dan rintangan lokasi, dan mengakses maklumat secara eksploratori mengikut tahap

sendiri.

Disebabkan wujudnya kelebihan-kelebihan pengajaran dan pembelajaran (P&P)

berasaskan internet ini, pihak Majalah Web Dunia Matematik terpanggil untuk

menyediakan ruangan pengajaran dan pembelajaran sebegini rupa. Antara ruangan yang

terdapat dalam Majalah Web Dunia Matematik adalah ruangan Kuiz Matematik

Tambahan. Ruangan Kuiz Matematik Tambahan ini telah dibangunkan oleh ramai pihak

sejak dari 2008 dan sehingga kini tetapi pada tahun 2010, ruangan ini telah dibangunkan

oleh Muhamad Shahrul Nizam Diharapkan ianya boleh dijadikan sebagai instrumen

yang terbaik untuk membantu meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran yang

diajar di sekolah terutamanya matematik. Ini kerana, banyak yang beranggapan

matematik adalah di antara mata pelajaran yang susah di sekolah.

Page 22: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK TAMBAHAN MAJALAH … · 2011. 8. 24. · 1.10.4 Ruangan Kuiz 18 1.10.5 Pembelajaran Matematik 19 1.11 Penutup 19 2 SOROTAN KAJIAN 20 2.1 Pengenalan

5

Tambahan lagi, ruangan Kuiz Majalah Web Dunia Matematik adalah

dibangunkan berasaskan kepada kaedah penaksiran mengenai tahap pencapaian pelajar.

Penaksiran berasaskan web boleh menyokong aspek positif dalam pengajaran dan

pembelajaran. Menurut Layna Groen (2006), ‘Appropriate design of online assessment

tasks and support activities can also foster other positive learning outcomes including

competence in the use of, written and electronic communication, critical thought,

reasoned arguments, problem solving and information management, as well as the

ability to work collaboratively’. Pernyataan ini menunjukkan bahawa, penaksiran web

boleh melahirkan kemahiran berfikir secara kritis, menyelesaikan masalah, pengurusan

maklumat dan kebolehan bekerja secara kaloboratif.

Di samping itu, majalah web ini juga boleh membuka minda para pelajar

mengenai ilmu matematik yang sudah semestinya tidak hanya menumpukan kepada

nombor dan simbol semata-mata malah pelajar juga boleh melihat keindahan, keunikan

dan menambah kefahaman tentang Matematik dalam beberapa ruangan yang lain di

dalam Majalah Web Dunia Matematik. Majalah web ini juga bertujuan untuk mendidik

masyarakat Malaysia supaya menghargai matematik dengan menyajikan artikel yang

berkaitan matematik menjangkau luar bilik darjah.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kebanyakan pelajar menganggap mata pelajaran matematik sebagai satu mata

pelajaran yang sukar, rumit dan mengelirukan kerana matematik melibatkan rumus dan

proses pengiraan. Tanggapan negatif terhadap matematik seperti susah dan keliru

menyebabkan motivasi dalam diri pelajar menurun (Noor Azlan Ahmad Zanzali, 2003).

Selain itu pembelajaran matematik dilihat sebagai mata pelajaran yang hanya

Page 23: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK TAMBAHAN MAJALAH … · 2011. 8. 24. · 1.10.4 Ruangan Kuiz 18 1.10.5 Pembelajaran Matematik 19 1.11 Penutup 19 2 SOROTAN KAJIAN 20 2.1 Pengenalan

6

memerlukan hafalan rumus semata-mata dan bukannya untuk berfikir, berkreativiti dan

bersedia untuk menyelesaikan masalah. Menurut Muhammad Suhaimi Ramly (2009),

Matematik sebenarnya memerlukan pelajar sentiasa ligat berfikir mencari jalan

penyelesaian bagi setiap soalan atau permasalahan dan perlu kritis serta kreatif.

Abdul Rahim (2000) menyatakan matematik di sekolah tidak menyeronokkan

dan sukar difahami. Selain itu punca kegagalan yang tinggi menimbulkan psikologi

negatif terhadap pelajar. Menurut beliau lagi, kekurangan unsur-unsur kreativiti dalam

pengajaran dan pembelajaran menjadikan matematik begitu beku dan kaku.

Pembelajaran matematik menjadi lebih bermakna apabila di kaitkan dengan pengetahuan

sedia ada pelajar dan urusan kehidupan sebelum sesuatu konsep baru dijalankan.

Menurut Zanzali (2003), ‘The relationships of mathematics to the real world is the basic

theme used in all the topics of the syllabus. KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah), in general, is mainly based on the constructive view of learning’. Daripada

kenyataan ini, kita boleh melihat bahawa KBSM sendiri menekankan kepada

konstruktivisme di kalangan pelajar agar membina idea atau konsep baru berdasarkan

benda yang berada di sekeling kita.

Kaedah pengajaran guru yang terhad kepada Chalk and Talk dilihat hampir

digunakan disemua sekolah di Malaysia. Seperti yang kita sedia maklum kemudahan

pendidikan di awal peringkat persekolahan iaitu sekolah menengah dan juga sekolah

rendah amatlah kurang terutamanya di sekolah luar bandar dibandingkan di Institut

Pengajian Tinggi (IPT). Menurut Mohammad Khatim (2003), antara masalah-masalah

dalam pendidikan matematik di Malaysia yang di kenal pasti ialah;

Kekurangan kemudahan pembelajaran terkini

Kaedah pembelajaran yang membosankan

Pendekatan latih tubi tanpa pendedahan konsep yang mencukupi

Page 24: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK TAMBAHAN MAJALAH … · 2011. 8. 24. · 1.10.4 Ruangan Kuiz 18 1.10.5 Pembelajaran Matematik 19 1.11 Penutup 19 2 SOROTAN KAJIAN 20 2.1 Pengenalan

7

Apabila guru hanya menggunakan kaedah Chalk and Talk sebagai kaedah

pengajaran, pelbagai masalah timbul seperti pemahaman pelajar dalam memahami

sesutu konsep baru, persoalan pencapaian objektif pengajaran guru, motivasi pelajar

untuk belajar dan sebagainya. Hal ini menyebabkan proses pengajaran dan

pembelajaran yang berlaku di dalam kelas tidak menarik dan membosankan. Ini

menyebabkan pelajar gagal untuk memberi sepenuh perhatian semasa proses pengajaran

dan pembelajaran berlaku. Dengan ini, ianya mendorong pelajar untuk ponteng kelas

atau sekolah. Menurut Nik Aziz Nik Pa (1995), guru bukan sahaja berperanan sebagai

penyampai maklumat yang terdapat di dalam buku teks tetapi berperanan untuk

mewujudkan komunikasi pelajar. Justeru itu, guru seharusnya mengubah cara

pengajaran seperti ini agar kesannya dapat dirasai oleh pelajar.

Oleh itu, didapati bahawa pengajaran secara tradisional ternyata tidak mampu

menarik minat pelajar terhadap pembelajaran matematik. Ini menyebabkan mereka

menjadi kurang berminat terhadap matematik. Oleh itu, melalui Majalah Web Dunia

Matematik motivasi dapat ditingkatkan. Menurut kajian Norulhuda (2010), pelajar

menunjukkan perubahan sikap yang positif terhadap matematik dan Majalah Web Dunia

Matematik. Akan tetapi kajian ini tidak mengenal pasti ruangan manakah yang paling

mempengaruhi sikap pelajar. Belum terhadap kajian yang menjalankan tentang pengaruh

ruangan-ruangan Majalah Web Dunia Matematik terhadap motivasi pelajar dalam

pembelajaran matematik. Oleh itu, kajian ini akan mengkaji pengaruh ruangan Kuiz

Matematik Tambahan Majalah Web Dunia Matematik ke atas motivasi pelajar terhadap

pembelajaran matematik.

Di samping itu, sesetengah pelajar belajar adalah semata-mata untuk lulus di

dalam peperikasaan bukanlah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tersebut. Ini adalah

sama sekali melanggar Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan untuk membantu

pelajar memperkembangkan potensi diri dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek

Page 25: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK TAMBAHAN MAJALAH … · 2011. 8. 24. · 1.10.4 Ruangan Kuiz 18 1.10.5 Pembelajaran Matematik 19 1.11 Penutup 19 2 SOROTAN KAJIAN 20 2.1 Pengenalan

8

secara menyeluruh dan bersepadu. Proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya

dapat membantu para pelajar mengaplikasikan apa yang telah di pelajari oleh mereka.

Bagi mengatasi masalah-masalah tersebut, pendekatan yang berbeza adalah

diambil dengan menggunakan Majalah Web Dunia Matematik. Alternatif kaedah

pengajaran yang diwujudkan ini adalah salah satu langkah untuk meningkatkan lagi

minat dan motivasi pelajar untuk meneroka pengetahuan baru tentang matematik yang

menjangkau sehingga luar bilik darjah.

1.3 Pernyataan Masalah

Masalah kefahaman konsep yang rendah dalam matematik perlu diberi perhatian

sewajarnya. Ini kerana konsep yang rendah menyebabkan pelajar hanya dapat menjawab

soalan yang tertentu sahaja dan tidak dapat mengaitkankannya dengan soalan yang lain

walhal soalan yang diberikan hampir sama tetapi dalam bentuk yang berbeza. Lantaran

itu, wujud persepsi negatif terhadap matematik di mana mereka menganggap Matematik

adalah salah satu mata pelajaran yang sukar, rumit dan mengelirukan. Secara tidak

langsung pelajar menjadi kurang berminat terhadap matematik. Ini disokong oleh Skemp

(1989) yang menyatakan bahawa matematik adalah mata pelajaran yang susah jika

dibandingkan dengan mata pelajaran lain. Oleh itu, pemahaman konsep yang tinggi

diperlukan dalam matematik

Kefahaman konsep yang rendah dalam Matematik Tambahan juga mungkin

disebabkan oleh gaya pembelajaran yang tidak sesuai dengan individu tersebut. Menurut

Hadamard (dlm Ordan 1992), gaya pembelajaran seseorang individu adalah penting

Page 26: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK TAMBAHAN MAJALAH … · 2011. 8. 24. · 1.10.4 Ruangan Kuiz 18 1.10.5 Pembelajaran Matematik 19 1.11 Penutup 19 2 SOROTAN KAJIAN 20 2.1 Pengenalan

9

dalam pembelajaran Matematik. Ini adalah kerana terdapat perbezaan sifat pembelajaran

individu terhadap sesuatu mata pelajaran. Menurut kajian Nelson (1993) mendapati

bahawa pelajar yang mendapat pendedahan gaya pembelajaran yang sesuai mempunyai

tahap kefahaman dan pencapaian akademik yang lebih tinggi berbanding pelajar yang

tidak sesuai dengan gaya pembelajaran yang dialami.

Ini sejajar dengan KBSM yang menekankan pembelajaran matematik bagi

melahirkan pelajar yang dapat menghargai kepentingan dan keindahan matematik. Oleh

itu, Majalah Web Dunia Matematik.yang telah diterbitkan lebih 3 tahun ini adalah

bertujuan untuk memaparkan matematik menjangkau sehingga luar bilik darjah dengan

menyajikan pelbagai maklumat dan aktiviti matematik dalam ruangan sejarah, tokoh, isu

semasa, kuiz matematik tambahan dan lain-lain. Norulhuda (2010) telah menunjukkan

bahawa penyertaan pelajar dengan Majalah Web Dunia Matematik telah mampu

meningkatkan motivasi pelajar sekolah menengah. Namun begitu, kajian ini tidak dapat

mengenal pasti ruangan manakah dapat mempengaruhi motivasi pelajar terhadap

pembelajaran matematik. Oleh itu, kajian seterusnya haruslah menumpukan pengaruh

setiap ruangan terhadap motivasi pelajar. Laporan ini mengutarakan pengaruh ruangan

Kuiz Matematik Tambahan Majalah Web Dunia Matematik terhadap motivasi pelajar

Tingkatan Empat.

1.4 Objektif Kajian

Majalah Web Dunia Matematik telah dibangunkan berdasarkan model motivasi

ARCS yang merangkumi aspek attention (Perhatian), relevance (Relevan),

confidence (Keyakinan) dan satisfaction (Kepuasan). Objektif kajian ini ialah

Page 27: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK TAMBAHAN MAJALAH … · 2011. 8. 24. · 1.10.4 Ruangan Kuiz 18 1.10.5 Pembelajaran Matematik 19 1.11 Penutup 19 2 SOROTAN KAJIAN 20 2.1 Pengenalan

10

untuk menentukan pengaruh ruangan Kuiz Matematik Tambahan ke atas empat

aspek motivasi dalam pembelajaran matematik dalam kalangan pelajar Tingkatan

Empat.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk menentukan motivasi pelajar setelah melayari

ruangan Kuiz Matematik Tambahan Majalah Web Dunia Matematik mengikut model

motivasi ARCS. Antara persoalan kajian yang timbul adalah:

i. Adakah ruangan Kuiz Matematik Tambahan mempengaruhi motivasi pelajar dari

aspek perhatian?

ii. Adakah ruangan Kuiz Matematik Tambahan mempengaruhi motivasi pelajar dari

aspek relevan?

iii. Adakah ruangan Kuiz Matematik Tambahan mempengaruhi motivasi pelajar dari

aspek keyakinan?

iv. Adakah ruangan Kuiz Matematik Tambahan mempengaruhi motivasi pelajar dari

aspek kepuasan?